Pages

31 March 2011

~Pasal Kenduri Breakfast Mekdi Plak~

Sana sini orang citer pasal big bekpas reni kan.
Aku pun nak la jugak. Miahahaha.
Bangun seawal sebelum Subuh oke semata2 nak beli mendalah tu.
Aku bangun sebelum Subuh kalo nak outstation saja. Owh. 
6.30 je trus kiterang kuar gi McD Jalan Pahang tu. Sbb situ ada drive thru.
Kalo ari biasa tu, waktu aku tgh dok golek2 bercinta nak bangun tau.
Pegi2 tgk orang ramaiiiiiiiiiiiiii...iiiii.....iiii ha...nak citer ramai tu. Ramai sungguh beratur smpai ke nak keluar dari bangunan tu dah. Pastu tgk drive thro takde org. Rupanya tutup. Patut la takde keta. Cis!. Nak beratur situ. Mmg tak la kan.
So, lelaju ke Ampang Park. Smpai situ da 7.05pg. Aku rasa mcm tak sempat je nih. Maka, aku kata ke my dear kita kena punch dulu ni, then awak je pegi beli.
Jadi sejarah aku smpai awal dari bebudak aku reni. Miahahaha. 7.15 okeh. Terkejut bebudak yg biasa dtg awal tu. Derang igt aku kena outstation ke hapa ke. Tehehehehe
Then dlm 8 lebih baru la dpt itu Mc D.

Tp ko tau la kalo suh org lelaki ni kan. Laki aku ni kalo nak order memenda mmg dia serahkan kat aku je. Jadinya masa dia nak beli tu aku tulis la beli air milo, coffee, hot cakes. Kira mana2 la yg boleh dpt RM5 kan. Sekali dia beli suma tu. Makanya suma tu berharga RM13++ . Sama da rega dgn big bekpas tu. Kalo camtu baik tak yah susah berebut nak beli. Huhu. Tp oke la kan. Beli tu dpt pree big bekpas.
Oleh krn, smlm aku edarkan suma voucher tu pada adik2 unit aku, makanya again, kami ber kenduri Mc D. Kali ni pagi pulak.



 Tp reni mmg rezeki melimpah ruah. Pulak tu ada bekpas sbb ada meting Puspanita Induk (kementerian). Lunch pun ada.
And....... ptg kang kami seunit nak ke Steamboat Maeps tu. Ada farewell sket. Adik unit aku kena tukar unit. Ni la antara sbb aku frust smlm. Hurmmm... very very disappointed.

Makanya ari ni adalah ari makan2 sedunia. Yummehhh... nom nom nom....

Pasal Event Bulan April Di Kuala Lumpur~

Mmg seronok duk KL ni sebenarnya.
Sbb setiap mggu ada je event bes bes.
Nak dgn taknak je pegi sbb mmg ramai giler lah orang kalo time ni.
Kalo last week ada ni :

Tingin gak nak pegi ekceli yg tu retu, tp sbb ada menda nak buat, pastu apa kes lak aku nak meramaikan majlis kan? Teheheheh. Saja, nak test market. Miahahahaha :D

Then mulai this weekend until Mei, byk tul expo yg bes bes. Bermula dgn ini :


Home and Perfect Living 2011
31 - 3 April 2011
PWTC

Bes jugak dpt pegi. Tp rasanya tak pegi la kut. Tapi tatau lah kan. Hik hiksss..
Ni last year aku pegi. Ada citer kat sini . Yg aku beli mendalah ni .

Minggu berikutnya pula.
Mihas 2011
KL Convention Centre
6-9 April 2011

Last year aku pegi. Masa tu kat Matrade. Rombongan Che Kiah Puspanita opis aku. Join...jgn tak join. Mieheheheh. Citernya kat sini .
Then diikuti PC Fair. Ini takpe, terlepas pun ada lagi. Selalu ni. Last year aku pegi. Mana tah entry dia. Tak hengat aku dah. Beli sticker Transformer lekat kat Mr Lappy ku iteww.
Thn ni mcm nak survey kamera plak. Eh!. Teheehhehe :D

Pikom PC Fair 2011
KL Convention Centre
15 - 17 April

Yg paling diminati dan ditunggu-tunggu.
Event wajib pegi pada setiap tahun. Mana tah entry aku buat. Lupa dah. Ini mmg wajib pegi. Insyaallah. Pegi 23hb or 24hb kut. Bes ni. My dear salu antar je. Pehtu suka aku la nak duk sari suntuk kat situ. Teheheh.

Pesta Buku Antarabangsa
PWTC
22 April - 1 Mei 2011
Link : KLIBF

Last but not least utk bulan April.
Ini pun kalo dapat pegi bes woh.
Berangan utk deco deco deco umah baru nati. Iskkk...sgt bes.
Last year pun aku pegi. Tp masa tu dkt2 ujung thn rasanya. Ada Part 1 n Part 2 (part 1,2..tehehehe)

Homedec
KL Convention Centre
29 April - 2 Mei
Link : Homedec

Sekali tgk suma event ni last year aku pegi. Rajin tul eh. Tu tak masuk lagi, pameran kasut, autoshow, pesta bunga, pesta belon panas. Suma lah aku pegi. Ate..... da takde anak kan, nak buat apa lagi weekend tu.. baek la pegi jalan2 cuci mata.

So, korang yg berada di KL, bleh pilih mana expo yg nak pegi. Atau kalo rajin mcm saiye.. (tehehehe) buleh la pegi kesemua event tu. Hikssss.

~Pasal Shopping Is The Best Therapy When....

I'm stressed.

Seriyes. Ilang stress suma. Giler lah. Ptg lps aku ting tong ngan berita aku dpt tu, aku ajak my dear gi beli donut. Rasa nak makan donut bebanyak. Lagipun tgk kat tag 365 mcm da lama giler tak pegi makan donut. So, my dear kata ke AU2 kita.
Eh. Rupanya derang tgh sebok pasang khemah. Kan ada konsert AF kat situ ari Sabtu ni. Sapa rajin pegi la ek. Aku mmg tak kwasa la. Dah la ada pasar malam situ. Huh!
Masuk dlm, kat tgh concourse tu ada plak umah kaca. Rupanya bebudak AF ni tgh praktis. Ala, cam kita tgk kat diari tu la. Apa kes? Tgk smbil lalu je la.
Naik tgkt atas, tup2 tgk ohhhhh....sale...murahnya... eh..besnya.... sedapnya kain. ni... comelnya baju.. bla..bla..bla..
Kat JJ AU2 ni mmg byk baju cecantik. Tp kalo nak pilih bra, hbag, kasut bkn disini. Tk byk choice. Motip citer pasal bra? Sbb aku jumpa oh bra ada gmbr stoberi. Huhu. Lama da caik tu. Jumpa, tp tak beli. Sbb masa tu da bayar brg. Jadi mcm segan nak bayar bra je seketoi. Nak amik bebanyak, retu baru je beli. 

Tak plan pun nak shopping. Jadi soping lite lite je lah. Dpt 2 pasang slack sbb aku ni mmg manusia yg takde slack. Nak outstation pun ssh. Tu blouse bunga pun tak dpt lagi tu.Ye lah, aku tgk org cam bes je pakai slack n blouse bunga. Aku tak reti wes blouse bunga2 ni. Teheheh. Ada takde pun,aku ada kemeja je yg sesuai pakai dlm opis. Ce ko pakai gi buat pemeriksaan aset. Mmg tahap peluh keti la ko. Dah tu kemeja tu kan kebanyakkan nya yg cam fit sket tu. Heh!

Lps tu tgk baju bhgn lelaki byk sale. Jadi kata ke my dear, meh saya blanja awak baju nak? Tehehe. Baju sale smpai 70% tu. Bes. Bes. Mula nak beli Durban. Cea. Mcm mematang je pakai Durban kan. Sekali napak baju 'buaya'. My dear kata nak baju 'buaya' lah. Oke, baju buaya takpe bang, jgn awak je jadi buaya..kalo jadi buaya nati, ai akan jadi rimau plak. 

So, ini lah hasilnya bila stress melanda. Seriyes ilang tension pikir masalah keja.
Baju buaya. Miahahahha.

Lps tu beli donut lah. Skali 6 bijik. Abis citer. My feveret donut ever. Beli nam dpt kurang singgit sbb ahli 365. Huyeerrr..... :D


Duren duren tu mmg sejibik rasa durian eh? Setap oh!

Beli jugak A n W. Nak beli ayam. Dia kata tunggu 10minit. Tak kuasa haih. Tp fast food, kalo kena tggu 10minit baik aku makan slow food. Jd beli 1 set coney dog yg panjanggggg tu. Huhu.

Jadi, dgn ini saya akui yg shopping is the best therapy when I'm stressed. 

Ye ke?? But nun jauh di sudut hati aku masih terasa..... smpai ati mereka.....

Maaf la kalo aku tergedik santai plak buat entry beli apa, makan apa ni. Ini pun salah satu therapy gak. Izinkan lah saya menulis suma ni yer, saya tension ni, jd usah lah rasa 'sakit' ulu ati tgk saya jaja beli apa, makan apa ni. Bkn nak belagak yer sayang. Takde niat apa pun. Setakat suar slack Scarlet RM19.90 tu, semerang buleh beli yer sayang. Suci hati je la bila baca entry org yer sayang.

30 March 2011

~Pasal Round Round~

Dugaan yang diterima adalah menunjukkan Allah itu ingat pada kita.

Dan.

Allah takkan sesekali menzalimi hambaNya dan Dia pilih kita untuk menerima dugaan ni sbb Dia tahu kita mampu untuk menghadapinya.

Hampir setahun memegang jawatan ni, ini lah kali pertama aku rasa begitu 'down' skali.
Tapi takpe. Aku akan sambut semua ni sebagai cabaran utk aku.
Take it positive way. Aku 'dihadiahkan' semua ini untuk menyatakan yang orang percaya aku boleh buat kerja ni. Bukan memandang dalam negative way.

Tkpe. Sindir la aku. Buat la apa saja. Bagi la apa saja. Ini bukannya dari mereka, tp sebenarnya dari Allah, untuk mencuba kemampuan aku dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Mmg aku sker menda yang menajamkan minda. Sbb minda yang tajam akan berjaya 'menumpulkan' sesuatu. But, What's goes around comes around.

~Pasal Review Merong Mahawangsa~

Aha! Aku tak wat review lagi pilem Merong Mahawangsa tu yer. Yang aku tgk Jumaat lepas.
Alah...da berzaman pun kan. Rasa mcm semerang da tgk. 
Tp aku rasa citer biasa2 je. Takde apa menarik. Sama cam pilem lain. Cuba la tgk citer omputih tu, kalo dia buat, dia buat bebtul. Langsung tak napak segala kecacatan dia. Ini napak sgt guna teknik CGI ke GCI tu.

Hahahah. Aci tak aku bagi komen camtu? Miahahahah. 

Oke, tu gimik je tu. Kuwasa la aku nak kondem2 ni. Tp tak kuwasa gak aku puji melambung2.

Kalo aku kondem2 kata itu ini, kang baik aku buat pilem sendiri kan. Kira da oke la tu. Dgn pelakon dia yg ramai dia nak manage tu. Plak tu usaha dia utk mengangkat Hikayat tu. Aku rasa tak perlu la kut nak compare ngan teknologi kecanggihan pilem omputih. Mmg btul la, kalo kita tak compare, kita akan duk takuk tu je, tp ini at least da ada kelainan. Aku penah gak la baca kat berita kat mana tah, kata kat Malaysia ni kalo pilem guna CGI ni dpt la anugerah la hapa la. Masa tu Magika byk menang anugerah kat FFM. 
Abis, ko nak citer cemna dpt anugerah. Yg tak guna CGI. Cam citer Jangan Pandang Belakang Congkak? Ke Cuti Cuti Cinta (ye ke tah?) atau Senario yg bersiri2 dlm pilem tu. Atau citer yg aku mmg menyampah tahap gaban iaitu Potret Mistik (ke Mistik tah).
Kira oke la ni kan. Yg tetiba dapat membuatkan aku rasa nak tau apa sebenarnya Hikayat Merong Mahawangsa. (yepp...aku mmg buta hikayat. Teheheheheheh). Dan betul kah Kemawas itu begitu perangai mawas nya. Haha.

Dan aku pun taknak la puji melambung2 smpai bagi 5 bintang lak kan.
Sbb aku pun menyampah tgk ada org yg pakai patung rimau atas kepala tu. Smbil menurun nak panggil ujan turun. Ye ker dalam hikayat sebenar dia berpakaian sebegitu rupa. Dan kesian gak sbb Jehan berlakon tanpa suara. Tehehehe....sian oh Benjy aku berlakon utk berlawan je. Lps tu mati.

Dah la. Aku da kata aku malas nak bagi review tadi kan. Oke. 
"Empangan kalo sudah dibuka, manakan boleh ditahan airnya"

Akhir kata "Filem Kita Wajah Kita". So, buleh pilih nak wajah Kemawas ke, Merong ke, Marcus ke, Embok ke, princess ke atau sapa tah yg ada rimau atas kepala tu. Teja eh?
Eh. Takde sapa ke nak buat kuiz kat FB "Siapakah anda dalam Hikayat Merong Mahawangsa?"

29 March 2011

~Pasal Ada Hari~

Ada hari kita tak terlalu bz.
Ada hari kita akan bz.

Ada hari kita takde meting, takde boss panggil.
Ada hari meting pagi petang. Boss pun salu panggil.

Ada hari kita tak rasa stress pun wat keja.
Ada hari akan rasa humang ai, stressnya rasa.

Ada hari dpt arahan suh buat report.
Nak antar KSU katanya.
Time tu mmg menggelabah itik lah.
Fail penuh satu meja.
Maka hari itu akan dinamakan hari sunyi tanpa entry.

Sekian saja puisi saya yang bertajuk Ada Hari.

*Tetiba*

(entry yg masuk sblm ni adalah entry yg telah siap draftkan. Itu entry yg buleh guna kalo waktu bz cam ari ni. Klik edit dan publishkan saja)

~Pasal Mak De Dan Adam~

Hari Ahad lepas hari melepak2 di umah in law. Dpt la jumpa anak2 buah belah my dear plak.

Ini namanya Adam Daniel. Umur dia baru 1 tahun 2 bulan. Yg cerita masa lahirnya kat entry ini.

Matanya terpejam sbb kena flash.

Oke, skang Mak De (makcik yg muda mmg kena panggil mak De. Miahaha) tak guna flash.

Tak berapa lawa. Sbb tu nak kamera baru. Nati baru Mak De boleh amik gmbr Adam cantik cantik. Hahaha

Oke. Kita camwhore. Ngan akak dia skali. Akak dia ni pandai melukis lah. Baru 5 thn da pandai lukis rumah, bintang, bola. Skali dia suh aku lukis katak. Haaa....rasa nak pitam. Camne ah nak lukis katak????

Sgt comel kan? Aku mls nak buh kat FB sbb nati ada lagi la hamba Allah yg aku block lagi sbb tulis komen camni :
Anak sendiri bila lagi???
Seriyes..tanpa ragu ragu mmg aku remove dan block. Jgn kata gmbr profile nyer, status  dan komennnya pun aku tak siyo nak baca. Emo?? Mmg la.... asik tu je soklan ko tujah. Mmg boleh bertukar jadi KEMAWAS la aku. Eh???

Oh, aku di belah in law adalah anak ke3. Ada 2 orang adik lagi. Jadi kena panggil Uda oke. Sgt tak biasa sbb da berpuluh thn aku dipanggil Ucu oleh anak2 buah ku. Ai nak Mak Su jugak. Tp mana buleh kan. Ikut sker ngko je plak. Teheheh.
Tp Mak De pun oke per. Kira mcm Mak Muda. Iaitu Mak Sedara Yang Sentiasa Muda. Awwww...

~Pasal Kain 53.5 Meter~

Akhirnya.
Beli dah kain satu kayu utk family in law aku. Utk wedding akak ipar aku bln 6 sok. Abis retu da pening2 tatau nak sponsor apa kan. So, kasik kain ini sajork. Yg ni share gak ngan my dear, but if dia nak sponsor T-Shirt lak pada kaum lelaki aku akan bayar balik pada dia rega keseluruhan kain ni.

Nun ke Nagoya. Retu beria survey kat jalan TAR, tp sudahnya beli kat Nagoya. Ceh!
Bkn per, kalo kat Jalan Tar tu dia da siap potong2 4 meter.
Kiterang nak buat utk bebudak kecik skali. Pehtu ada yg guna lebih dari 4 meter.
So, beli kat Nagoya saja.
Jakel?? Err... ntah. Aku sker lagi beli kat Nagoya la instead kat Jakel.
Tp lain org lain citarasanya kan.
Mungkin sbb dari dulu lagi aku da biasa ngan kain dari Nagoya. Tu aku mcm rambang mata je kalo smpai kat sana. Igt dulu masa ada arwah ayah kalo ke sana nak beli kain 'alah...amik je lah memana, kang balik umah cantik la tu'. Tehehehe.

Jumpa satu kain tu, itam putih. Lawa! Bunga dia kaler itam, tanah putih. Tp bunga byk la. Tp kain tu da tak cukup. Entah 4 meter pun tak cukup. Tetiba dpt idea nak beli itam putih. Tipon  my adik ipar, dia kata tak kesah. Aku rasa oke gak. Walo tema akak ipar aku coklat n gold, better pilih kaler lain kan. Nati amik gmbr pun cantik. Lps tu kalo org nak carik tuan umah pun senang. Napak je yg sama itam putih itu la kiterang. Ha...gitew.


Jadi amik la 53.5 meter. Pe jenuh adik tu potong.  Tkpe la, dpt komisen lebih la kau dik kan. Siap kawan dia kata 'wah..lps ni buleh blanja aku Mc D la'.
Cuma kat Nagoya ni dia nyer SA tak la semesra SA kat Jakel. Kalo kat Jakel tu SA nyer rajin membontoti kita, smpai kadang rasa rimas. Kat Nagoya ni SA ni dia siap berkumpul ketawa ketawa, gelak gelak. Kita plak kena pegi kat dia suh ukur. Nak ikut kita??? mmg tk la kan. Ko pilih la dulu then ko panggil la dia balik. Kat Jakel leh la kalo nak tawar menawar. SA tu akan reduce la rega sket (mebi dari komisyen dia kan). Kat Nagoya ni nan hado la kan. Amik je lah rega itu.

Tp oke lah. Maka bertambah lagi lah baju yg aku blum tempah. Bila thn nak tempah nih?? Adehh..pitamsss...

28 March 2011

~Pasal Kena Nekad Jugak~

It's coming again!.
Iklan utk graduate programmes.
Last year aku tak smpat nak buat sbb masa tu da kelam kabut cuti raya.
Thn ni tatau lagi. Moga2 sempat la kan dan nekad la kan (thn ni aku nak nekad buat suma apa yg aku plan. Harus)

Lps tu napak satu iklan yg menarik gak.
Biasiswa MARA utk Program Pasca Siswazah ke IPT Terkemuka Luar Negara.
Wahhh...! macam bes kan kalo dpt.
Ckp kat my dear,
nati awak boleh la mintak cuti tanpa gaji kan. Teman saya ke sana.
Cewah! berangan.
Tetiba my dear jawab :
Abis duit rumah segala cemana?
Upsssieee... teheheheheh. Keja la kat sana. Miaahahha.

Oke, stop berangan.
Tgk kelayakan dia. Sbb aku ni dalam bidang bukan teknikal makanya pointer kena 3.5 above. Aku kena kembali pada zaman blajar dan dptkan lagi beberapa point lagi utk cecah point 5 tu. Ceh!
Lagi pun dia nak result yg cantik sejak SPM lagi. Aku ni SPM mmg merapu lah. Kelas Sains Tulen, tp result menonggen. Ha..gitew la perumpaannya.

Sapa yg ada hajat nak keluar negara utk buat Master dan lelain prog pasca siswazah boleh la ke link ini - MARA

Dan kalo tk cukup syarat utk amik biasiswa tu, mari lah kita further kat sini ajer. Amik je lah loan opis (kalo yg ada buat benefit tu lah. Macam govt mmg ada skim tu). Kalo dpt result bes boleh jadi biasiswa gak. Bes apa, dulu blaja mak ayah antar, skang ni suami yg antar.Awwwww.........

Boleh tgk kat sini kalo nak further UM.

Nak kena buat esei sket la pulak.... adehhh... ni den lomah ni. Aiyarkkk..

~Pasal Tak Sabar Dah Weh~

Cop!
Ari ni baru pasan dan baca entry best dari belog 'inibelogsaya'. 
Entry yang ini.

Alamak aiiii.....ni yg buat ai makin tak sabar.
Oh. Ada sesapa plan mau ke sana?

Jum kita pegi secara beramai-ramai nak??

Booking tiket katebang trus dan start saving dari skang. Masih sempat lagi. Ayuh! jum...jum....

~Pasal Trip To Simpang Pertang~

Oh. Ini cerita Khamis lepas. Lambat lak aku update.
Akhirnya selamat jugak smpai ke Simpang Pertang.
Setelah misi pertama tidak berjaya akibat terpaksa control cunh di tepi hway berdekatan Planter's Harvey tu.
Maka esuknya dicarikan jugak la keta utk kiterang ke sana. Pegawai yg jaga kenderaan kata, kalo aku nak pegi this week lagi ssh sbb keta da abis di booked.

Ai tak kesah. Pegi nxt month pun takpe. If org odit tanya kenapa tak pegi buat pemeriksaan, ai kata je keta da takde, saya nak bawak keta sendiri ke Simpang Pertang tu pun haram tatau jalan.
Kali ni demand. Fobia kat Waja. So, dpt CRV. Haha. Tp mmg ada hikmah nya naik CRV okeh. Kalo Waja mau aku muntah monggek kat dlm keta. Pening oih. Aku rasa jalan nak balik kg aku da cukup pening (pada sapa yg tak biasa la), tp nak pegi sini lagi pening.
Kira masa outstation tu sebelah Negeri Sembilan kami dah jelajah. Miahaha.


Pegi lalu ikut LEKAS. Kuar kat... err..kat mana eh exit dia. Before Seremban la tapi. Masuk Kuala Klawang, Jelebu suma tu. Jumpa byk tpt hutan lipur. Tak penah dgr pun nama tpt Jeram Toi. Oh. Napak juga signage Broga. Buleh naik bukuit Broga ni kut situ yer? Napak plak signage hutan lipur Lata Kijang. Kat Perak tu air terjun hutan lipur Lata Kinjang yer. Jangan tersilap. Napak jugak signage Gunung Antu (ye ke? sound like that lah).

Barang situ tak byk nak di check kan. Kejap je keja kiterang abis. Gmbr2 buat keja takyah tepek sini lah. Tepek kat blog official dept aku nati. Jadi gmbr terhapa2 ada la sini.

Seperti gambar makanan ini :


Makan kat kedai Kak Wok. Mujur Kak Wok. Kalo Kak Limah? Jenuh lak nak kena nyanyi henjit henjit semot.... Tp dpt makan local nyer masakan. Sedap la. Tp aku tak berapa 'chara' sbb amik ayam goreng tepung. Kat KL pun ada. Haha. Nak wat cena. Aku telur itik tak makan, perut tak makan. Derang suma amik lemak perut ngan rebung, and telur itik.

Ofis kiterang ni dok tang tengah tengah. Antara sempadan Jempol n Jelebu.

Us yg dari KL. Yg smlm nya bertebeng tepi longkang hway.

Ni buek kojo ko nak camwhore? Miahaha.

Harus la rekaan bumbung minangkabau. Kata kat Jelebu kan.

Tgh brief before nak  mulakan keja. Tu showroom derang.
Cantik oh produk buluh kat sini.
Aku da plan nak tempah kusi buluh kat sini.
Nak buh kat balkoni umah baru nati. Huhu :D

Lps tu check suma aset, then tgk tanah yg masih kosong. Bos suh pikir dan come out ngan proposal apa nak buat tanah kosong tu. Errr...homestay boleh bos? Atau lot ni kita ratakan, buat tanam chili... kita bako..kita bako.. Eh...

Balik lak kut Kuala Pilah-Senawang-Highway PLUS. Lalu kat Kuala Pilah tu tetepi jalan tu berderet org jual makanan salai eh. Daging salai, itik salai, ikan salai. Sekali jumpa yg tulis camni
Telur itik
Itik salai
Suma cakap 'eh. telur itik pun ada salai'.
Rupanya, dia jual telur itik, dan dia jual itik salai jugak.
Keta kan laju. Napak cam tulis telur itik salai je.

Dan akhirnya selamat smpai ke opis dlm kul 5 lebih. Alhamdulillah... next station - Johor plak :D

27 March 2011

~Pasal Earth Hour 2011~

Nak kata aku tak join Earth Hour ni, join jugak la sesket. 
Sbb apa sesket. Sbb tutup lampu jer.
TV bukak jugak. Teheheheheh.

So, ini ada gmbr yg sempat di capture dr dpn umah aku sahaja.
 10 minutes before.
Ada bangunan AmBank, KLCC (sebelah je napak) n Menara Public Bank.

Tepat jam 9.30pm. KLCC tutup secara berperingkat. Nampak cantik.
Public Bank pun da tutup
Tp bangunan AmBank blum tutup.

Masa ni suma da tutup. Gulita dah.

Blok sebelah pun menyahut jugak kempen ni.

Sokay la kan.... tehehehehhe

p/s : gmbr mmg la tak memuaskan. Maklum la kamera biasa2 je. (cea...kengkonon nak bagi alasan la kenapa aku nak beli kamera baru. Ngeheheheh)

~Pasal Asik Asik Video Seks~

Hehari ada pasal tu.
Naik rimas pun ada.
Retu liwat-liwat-liwat.
Skang ni video seks-seks-seks plak.
Kat paper, kat berita tv, kat  berita radio. Haish.
Tu mujo aku  ni jenis bkn baca sgt blog politik ni. Kalo tak lagi haru.

Abis kalo nati anak tnya
"ibu, video seks tu cemana?"

Apa nak jawab?????

26 March 2011

~Pasal Dah Ada Pilihan (kot)~

Oh. Selamat Hari Sabtu.
Haevan kan dpt melepak2 camni. Suami ada keja di opis. Ku duk sengsorang kat umah meng klik sana meng klik sini. Dari Ahad, aku mmg sker Sabtu.
Sbb tu kalo nak layan wayang mmg ari Jumaat malam Sabtu. Bagi kiterang tu lah malam minggu. Kalo Sabtu tu dah la org ramai, plak tu esuknya da Ahad. Leman Lemau!
So, kali ni nak cerita lagi pasal misi pencarian ku. Retu da shortlisted 3 jenis. So, turun ke 2 skang ni. Dan rasanya da ada pilihan kot.
Tanya2 kat FB pun dpt la 2,3 komen. Sedey oh. Org tak ramai kawan camtu la. Hahaha.



Meke ni suma nak suh amik SLR kamera. Hoho. Mmg idak ada dlm senarai lah. Nak wat kehapa. Function bes bes peh tu tak reti or tak guna. Takat nak amik gmbau makanan, gambau gi jejalan, digital camera dah oke kan.
As aku reply komen derang tu la, aku bkn nyer nak blaja amik gmbr utk jadi pro-PG ke hapa, cumanya nak jadi bloggie-PG je. Hoho. Nak yg pro aku upah je kan. Eh. Projek  nak amik gmbr sempena anniv blum buat lagi. Bile eh? Err... che pidah..akak hired ekau yolah nati yo..nati akak pikirkan temanya. Ajak kengkawan lain pun chara gak kan??? :)

Anak buah ku yg baru form4 pun da pandai bagi komen utk pilih yg mana. Oh. Bebudak skang. Advance tul ngan gajete2 ni. Dah plan nati raya nak amik gmbr lompat2. Abiss..abisss kamera tu. Tu aku kata, takat nak amik gmbr anak beranak melompat2 ni, tak perlu la DSLR bagai kan. Kamera aku skang ni, kalo btul dia nyer penataannya (eceh!) pun buleh amik gmbr melompat sbb dia ada mode utk sukan.
Makanya diberi link kepada maksu nya. Leh tgk sini

So. What say you??
Rasa rasanya mana saya nak amik?
Smlm masa gi Times Square pun da jeling2 kedai kamera. My dear pun da bagi green light. (oh. beliau bagi green light je, ongkosnya masih ongkos saya ya. Teheheheh).
Nak tggu PC Fair ke cane??? Teheheheheh

p/s : entry camni aku sker kuarkan ari wiken sbb tak ramai yg masuk bwalking. Bukan per, nati ada yg meluat terluat plak nengok entry tanya review nk beli barang ni kan. Ate..... mana le kita tau kan..... hati org, bukan nya sama... Ok, peace no war...!

~Pasal Baling Asid~

Korang mesti da baca atau da tau perihal berita ni kan.
Giler risau oh.
Tu kat area KL tu.
Retu penah baca kat blog Syana. Dia kata kawan dia kena camni gak. Dlm keta masa tu tak silap. Kan Syana??

Hari ni ada lagi citer 3 org jadi mangsa. Wanita semuanya.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.

Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.

Boleh baca selanjutnya di sini - MyMetro

Serius takut weh. Rasa tak selamat dah nak jalan2. Ni apa motip dia ni? Gile kedarah sgt nak bunuh org ke hapa. Polis..tolong la ambil tindakan secepatnya. Sgt berbahaya. Lebih berbahaya dari virus H1N1 kot.

Mcm ni kalo nak ke tempat awam pun da takut. Buatnya tgh jalan2 kat area Jalan TAR tu, zuppp..dibalingnya asid ke muka, langsung tak dpt apa. Nauzubilllah... Ya Allah... apa nak jadi Malaysia ni. Mengapa ada org yg kejam mcm tu??

Again, polis...tolong amik tindakan segera carik org tu ya.. Takkan nak suruh kami suma para wanita ni pakai mask camni kalo nak gi jalan2.
 kredit : Here


 p/s : Mmg tau ini bkn perkara lawak, jadi berhati hati lah kita kengkawan. Awasi pergerakan org mencurigakan. Jangan berjalan tempat tak ramai orang (tp yg kena pun kat tempat awam. Aduhhhh). Bila naek keta, bkk tingkap jap utk kuarkan udara panas dlm keta, pehtu jalan trus ttp tingkap ya.. seram oh.

25 March 2011

~Pasal Merong Mahawangsa~


Orang lain da berzaman pegi.
Aku baru terhegeh2 nak tgk.
Lantak.
Dah nak masuk Astro First pun kan.
Lantak. Nak gak tgk.
Dah beli tiket online pun.
Lantak.
Mlm kang pegi. 

Oh. Esuk dah wiken yer.
Happy Weekend utk suma.
Korang gi mana??
Ai?? Ai balik umah mertua n hadiri perkahwinan kawan my dear.
Oh. Sblm tu, esuk nak gi jalan TAR. Mau beli kain satu kayu buat uniform sedara mara dan adik badik utk wedding akak ipar ai bln 6 nati.
Takpe la..akhirnya ai sponsor baju lah. Share ngan my dear. Sbb kalo dia sorang je sponsor dia nak carik kain yg sepasang RM20 jer.

Hey...ai tak pakai oke kain buat baju RM20 sepasang. Pulak tu nak pakai masa kenduri. Oh. Nati tidak selesa. Kenduri okeh, kenduri. Panas nati. Kalo buleh nak je belikan batik, tapi mampuih la muflis haku kan.

Hahahahhahaha.... oke..oke..mmg rasa nak lempang je statement bongok bongkak camtu.
Kak Long Rasinah, sila jgn jadikan ini bahan gosipan yer.. ai memain je tu.
Tp ai cuba carik kain yg mmg selesa utk kita pakai seharian pada hari itu yer.
Hehehehehhehe :D

~Pasal PTPTN Pulak~

Motip tul tau. Call PTPTN mmg la kena dengo robot yg bercakap.
Dia suh tekan 1, tekan 2, tekan 3 bla bla bla.....
Lps tu da tekan 1, kena dgr plak dia bla bla bla.
Tekan 2 pun bla bla bla.
Bila da tekan nak pegi balik cakap ngan operator da tak dpt.
Lost.
Kena la dail semula. Dgr balik robot tu bercakap.
Guna tepon touch screen lagi la hampeh kan. Silap tekan, no jadi bertambah, dia kata 'harap maaf, rekod tuan tiada dlm sistem'.

So, kali kedua aku call trus amik no yg sambung ke khidmat pelanggan dia.
Jadi nya aku gitau la urusan apa aku nak buat.
Lps tu dia suh bukak satu link kat sini utk buat pengesahan baki pinjaman.
Aku terai klik. Tak boleh hoi.
Aku gitau dia tak boleh.
Dia kata cuba jugak smpai dpt.
Aku kata kalo tak buleh gak cemna.
Dia suh tggu kejap. Tnya kat org kot.
Lps tu dia ckp ngan aku balik. Katanya kena gak cuba bkk link tu.
Aku ckp kalo org yg duk kat kg, dia takde internet segala, cena.
Kena pegi CC la cik katanya. Wahhh... sonang kan.
Ko kalo dpt kg aku yg ceruk tu kan, ko tau la sukarnya nak ke pekan carik CC. Kalo tatau drive, kena tggu bas lagi la, itu la ini la. Haih!
Siap dia kata 'cik jangan risau, cik takde saman, takde blacklist'.
Huk aloh. Aku idak la risau, tp aku maleh dah nak bayar installment ni. Maleh nak berhutang piutang  dgn PTPTN dah. Tapi deme lagi sker la kalo kita tak settle kan, sbb deme buleh la dpt interest.

Aku terai guna Mozilla, kat PC aku tak buleh.
So, aku terai guna PC clerk aku. Try bukak guna IE pun tak buleh.
Aku emel rerakan aku. Suh derang try bkk link tu. Boleh la plak.
Hampagas la. So, cena?
Nati aku terai guna bband plak.
If tak boleh aku kena merempan kat opis org la gamaknya.

Haiyaaa.... nak bayar pun susah, talak bayar lagi susahhhhh........

eh..ce korang terai bkk link ni -
http://eform.ptptn.gov.my:8080/borang-digital/sahbaki.cfm
ada tak?
kalo ada, dia akan kuar camni.

Ni member aku screen shot kan.

~Pasal Launch Sudah~

Salam pagi Jumaat. Moga hari ini semuanya baik baik sahaja.
Nak publishkan blog baru tu sebenarnya.
Tp mcm berdebar debar plak. Huhu.

Ok lah. Saya publish yer, tp aci tak kalo saya tak bagi lagi link blog tu dulu.
Boleh cari kot..... huhu...

Jadi, di pagi Jumaat penuh keberkatan ni, saya launchkan blog baru itu.
Insyaallah, segala usaha untuk mendapatkan cahaya mata akan diceritakan dlm blog sana.
Semua orang boleh berkongsi segala cerita di sana.
Boleh hantarkan komen panjang, saya tak kisah.
Boleh juga berbalas balas komen dgn blogger yg lain, saya tak kisah.
Cuma, komen dari anon mmg tak boleh masuk la. Di block sudahhh...
Tp kalo ada anasir2 yg tak bersesuaian masuk ke situ, mungkin akan di private kan.
Jadi kira tempoh percubaan dulu la ni. Eceh!

So, kengkawan yang berminat buleh la jengah di sana.. silakan....... :)

24 March 2011

~Pasal Mee Ladna Dan Sate~

Owh. Ini entry yg citernya masih panas! panas! panas!.
Balik je keja aku da pekik kat wall yg kata nak makan satey. Sbb nya incik my dear tnya nak makan apa mlm ni. Maka secara otomatik ku jawab sate. Kata da gaji kan. Huhu.

So, nya ber pergian lah kami ke sate. Err...maksudnya ke kedai nak makan sate.
So, pegi satu kedai kat area Setiawangsa. Oh. Lama giler aku tak makan di kedai itu. Lebih setahun dah kut. Zaman blum kawen dulu selalu la.
So, napak la keadaan dlm kedai tu kelam kabut. Mean bukan pelanggan yg kelam kabut tp pekerja2 kat kedai tu. Kejap2 aku napak org tu la yg lap meja, org tu la yg amik order, org tu la antar makanan, org tu la kira duit. Oh. Bizinya. Keadaan kedai pun agak penuh.

Kami pun ambil tempat dan order.
Dah teringin sate harus la nak order sate.
Tapi luluh hati bila brader tu kata
"sate tak buat la, dia keras. Stop kejap".
Oh. Agaknya daging dia masih  beku la kut. Susah nak cerai ceraikan. Oke la. Maka, kiterang pun order lain. Aku order mee ladna, incik my dear order nasik goreng paprik. Air, aku tembikai laici, my dear epal. So, tak lama air pun sampai. Oke la kan.
Jadi tunggu makanan. Lama gak. Memacam topik la boleh dibualkan. 
Maka smpai gak nasik goreng paprik. My dear makan la dulu. Tp smpai setgh dia makan, mee aku tak smpai lagi. Aku rilek je lagi.
Dtg sekumpulan budak pompuan duk meja sebelah. Aku dgr derang pun nak order sate. Dan ada yg order mee ladna.

Then my dear nak abis da makan ni. Then mee ladna pun smpai. Tp zupppp...dia hantar kat meja sebelah. Hoi. Hoi. Apa kes ni?
Aku mmg tak kuasa la nak 'kak..oo kak, ni saya order mee ladna ni apahal tak sesampai lagi ni?'.
Nati mesti dia jawab 'oh, jap ye dik nak check. Ha la dik, lupa...buleh tunggu kejap'.
Jawapan nya mmg tak kuwasa la kan.

So, aku suh my dear abiskan makan cecepat then bayar je. Kat situ kalo nak byr dia tgk balik order kita. Aku pun pegi kaunter. My dear gagap2 nak ckp mee ladna tak smpai. Aku dtg aku ckp
"mee ladna tu takde. Tak sampai!. Tak payah lah. Kansel je terus!"
Dan terus kuar dari kedai tu. Lantak lah. Dah la kedainya ada tax. Motip sungguh lah.
Maka order sate kat tpt lain, bawak  balik. Tp aku makan 3 cucuk je. Tak menepati selera. 

Aduh...kalo tau, pegi je kat Sany CKT kat TTwangsa dkt IB tu. Situ ada Satay Station gak. Haaaa... mencik! mencik!

Jadinya, mmg bertahun lagi la aku pegi kedai tu balik. Tu pun kalo kelam kabutnya da ilang la.

Bukan mee ladna aku. Ni mee ladna chef hanieliza

~Pasal Aku Nak Stalk~

Giler oh. Giler.
Apsal giler?
Sbb aku nak stalk satu org ni.
Miahahahah.
Tetiba aku teringin nak carik. Sbb smlm adik unit aku gitau dia jumpa FB ex-bf dia.
Tetiba aku pun cam eh, nak carik gak lah.
Bkn takde kat FB aku ex-bf aku. Ada. Ada 2 org.
Tp ex-bf yg 1st takde.
Aku da terai2 carik guna nama penuh dia, takde plak.
Mmg cam mustahil dia nak guna nama penuh dlm FB kan.
Aku terai google plak. Dgn nama penuh. Pun takde.
Oh, kalo  ko tak keja govt mmg tak kan kuar la segala nama ko.
Ce ko taip nama aku. Tak perlu nama bapa pun aku rasa orang da dpt contact aku. Cis..ciss...dan ciss...
Siap no ext talipon, jawatan bagai kuar. Siap kalo scroll ke bawah lagi jumpa blog aku teruih. Scroll lagi jumpa no. IC sbb ada dlm web KPKK yg nak amik exam PTK tu. Langsung tak privacy oke kalo nama 'lain' sket dan ko duk di govt. Telus katanya kan... aduhai..
So, how?? Last aku tau dia da kawen. Lps tu lost terus. Emel, no phone segala aku da delete. Aku tingin gak nak tau berapa orang da anak dia, dia keja apa skang.
Haha.... sound like org gila kah??? Miahahahah
Takde la. Aku nak tau gak kan. Aku ngan suma ex aku oke je. No hal lah.
Itu je satu2 nya ex aku yg aku totally lost contact. Bufday dia pun aku lupa. Yg 2 org tu aku igt. Satu 28/6, satu 04/08, tp yg ni bebetul lost. Bln 8 ke, ke bln 11. Seriyes, langsung tak igt. Nama penuh tu pun jenuh nak recall, then nama bapak dia plak aku lupa, jenuh nak kasik ingatan.

Ah. Dah lah. Tp cena eh nak carik?? Miahahahha..... nak jugekkkk.... :P

23 March 2011

~Pasal Tak Jadi Outstation~

Hai semua.
Tetiba ada balik kat sini. Tadi da babai segala dah konon nak outstation kan.
Skali da ada kat opis balik.

Motip??

Keta opis breakdown kat hway.
Giler ah!. Tetiba enjin mati. Mujur driver tu duk kat lane kiri. Ce kalo lane kanan tu. Uih. Tk buleh bayang sbb signal pun tak buleh, hazard lamp pun tak buleh.

Terpaksa la kontrol cunh berpakaian opis duk kat tepi jalan.
Udah la tpt tu byk ulat bulu plak. Aiyarkkk...!

Oh. Kejadian ini kat Nilai. Before r n r Seremban.

Elok je berita tu smpai ke opis, clerk aku bagi msg "bale ni bale hehehe". Konghajo kan?? Hahahaha. Tp mmg yer pun. Bale ni Bale!

Dah la call PLUS, PLUS tak mai mai. Yg ada PLUS Ronda. Dia buh kon kat blakang keta, pas tu blah. Kiterang call PLUS mintak hantar kiterang kat R n R terdekat lah. Ye lah ko, igt tak bahaya ke situ. Dah la keta laju laju. Lori byk plak tu. Ngeri pun ada.

Akhirnya keta dari opis yg smpai dulu. Exit Seremban, then pusing balik KL. Balik opis la. Esuk la plak pegi. Naek keta tu semula? Nehi..nehiiii....

~Pasal Outstation Jap~

Morning kawan-kawan...

Cewah...! mood ceria napak... huhu.. harus la.. kata tgh TTC kan. Mood kena baek. Insyaallah. Hik hik.

Oke, kejap lagi nak outstation. Balik ari je. Dokek yo den nak poie.
Simpang Pertang yo...

Jumpa lagi petang nati Insyaallah.

Oh. Byk komen yg belum direply ya esp entry berkenaan TTC tu.
Itu komen spesel tu. Suma akan diangkut ke blog 'sana' nati ya.

Blog tu Insyaallah, akan di launch ari Jumaat nati.
Launch katanya...igt nak bukak butik ke hapa??
So, sapa nak jadi perasmi nya??? Mungkin ada adiah misteri utk 1st follower.

22 March 2011

~Pasal Blog Baru~

Utk menunjukkan nekad aku dlm Trying To Conceive (TTC) ni, dan cabaran utk diri aku sendiri, aku da create satu blog khas. Seronok oih buat blog baru. Tgk layout design yg comey comey. Rambang mata dibuatnya. Hihi.

Blog tu khas utk catatkan segala manis pahit, suka duka dalam usaha untuk menimang cahaya mata.
Takat ni masih blum di publish kan utk public. Sbb masih dalam 'pembikinan', touch up sana, touch sini.
Nati kalo da publish aku war war kan lah.
Mmg tak di private kan sbb mungkin ada some topic yang kita boleh share bersama (esp pada yg sama tgh berusaha TTC).
Mungkin some topic yg agak 'sensitif', akan di passwordkan sahaja.

Mana rakan2 yg sedang berusaha, yg sama masih menanti, aku mintak izin untuk di bloglist kan di blog sana ya. E.g :  Che Sue, Eka, Aitot, Irtiyah, Eyza (sekadar menyebut beberapa nama)
Dan pada yg nak di bloglist kan jugak boleh bagi tau nati. 

Mungkin kita boleh share apa yg kita dah usahakan.

Walo aku rasa tak mudah utk lahirkan blog tu, tapi rasanya itu lah jalan terbaik utk aku nekad dalam usaha ini.
Bukan apa, aku nak diri aku ni serius. Selama ni hot hot chicken shit je usahanya. Name it apa je menda yg org suh makan, suma aku da telan, dari buah yg susah nak dpt tu (buah zuriat) smpai la makan Jamu Mak Dara. Semua tu aku buat separuh jalan je. Mmg la tak serius!

So, skang ni kena serius ya..serius...

Akhir kata
Selamat ber TTC
Errr...pada yg berkenaan saja.. hihihi

p/s : Aku da mulakan 1st step. Da call LPPKN tadi. Akan diceritakan dlm blog tu nati :)

~Pasal Lewat Masuk Opis~

Oh ho ho ho.
Lewat masuk opis reni. Sesuka ati je kan. Buat cam opis ko sendiri.
Idak ghoper itewww.... Ate' deme cpt beno jump into conclusion......

Lewat sbb bangun je pagi mcm sakit kepala (ke pening kepala?).
Mungkin sbb bangun secara mengejut. Tp tak la jugak. Bangun tak mengejut pun rasanya. Entah lah.
Tk boleh pandang bawah, rasa mcm pening. Adakah mengalami kekurangan darah?

So, my dear gi keja dulu. Kul 10pg baru dia amik aku.
Smbil tu aku telan panadol n tido.
Bangun je baru rasa lega. Mula nak ke klinik, tp tak payah la.
Oke dah ni.

Ikut kan mmg la nak MC or cuti je, tp nyer esuk nak outstation.
Subuh sepeie' plak. So, harus la nak siapkan menda2 yg nak dibawak.
Kalo tak dtg reni, kelam kabut lak pagi esuk.

Oh. Seperkara lagi. Tiada spekulasi diharapnya dgn kepeningan kepala ini.
Aku baru nak mula kan jurnal TTC aku, blum lagi C.

Muahahahhahaa.

21 March 2011

~Permata Yang Dinanti : Rawatan~

Aku rasa aku perlu ber tekad. Perlu membulatkan hati. (Hati....yg bentuk love tu nak dibulat kan??cena eh??) Aku perlu memulakan treatment ini. Walo usia perkahwinan belum menjangkau tahun ke3, tp umur aku yg akan mencecah tahun ke 32 pada Disember ini, mmg tidak memerlukan aku untuk berlengah lengah lagi.
Maka setelah ditilik tilik, di risik risik, aku rasa aku akan mulakan di LPPKN. Aku tau mmg akan amik masa yg lama. Akan tunggu giliran yg lama. Tapi takpe. Sbg penjawat awam, ini lah benefit yg aku perlu gunakan ketika ini. Boleh baca di sini utk dapatkan keterangan lanjut. Dan aku petik sedikit

7. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dilaksanakan mengikut tatacara berikut -

(i) mendapat rawatan di klinik LPPKN; dan
(ii)rawatan primary infertility sahaja; dan
(iii)pengesahan oleh pakar perubatan LPPKN mengenai (ii) di atas; dan
(iv)permohonan hendaklah menggunakan borang Permohonan Perbelanjaan Ubat, Alat, Perkhidmatan dan Rawatan; dan
(v)permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Mandul?? Nauzubillah himin dzoliq.  Tapi IVF dan yg tahap tinggi nyer treatment tak lah ditanggung. 

Dipetik dari Utusan Malaysia Online

''Esok merupakan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan. Antara masalah yang dihadapi oleh keluarga ialah kegagalan mendapat cahaya mata. Dari kajian yang dijalankan punca ramai pasangan berselisih faham dan bercerai ialah kegagalan mendapat cahaya mata.

''Sejumlah 30 peratus daripada masalah kesuburan yang berlaku berpunca dari suami, 30 peratus lagi berpunca dari isteri, 30 peratus lagi disebabkan oleh kedua-duanya dan 10 peratus lagi disebabkan masalah yang tidak diketahui," jelasnya.

Tambah Shahrizat, masalah kesuburan menyebabkan tekanan psikologi yang hebat dan beban tekanan yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya dikatakan sama dengan tekanan yang dialami oleh seorang pesakit barah. Selain itu rawatan kesuburan di pusat kesihatan swasta biasanya menelan kos yang tinggi.

''Sejak 1979, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui klinik rawatan kesuburannya sudah berjaya mencatatkan 3,000 kelahiran dari pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat. Ini merupakan satu berita gembira yang boleh dikongsi dengan seluruh dunia," katanya.

Sempena berakhirnya EAMFF dan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan, Shahrizat turut melancarkan buku panduan Jalinan Kasih Subfertiliti LPPKN supaya lebih ramai pasangan tampil untuk mendapatkan rawatan kesuburan melalui LPPKN.

Buku panduan setebal 33 muka surat itu mengandungi maklumat mengenai persediaan untuk mengandung serta penjelasan mengenai prosedur, ujian dan rawatan kesuburan.

Pada majlis pelancaran buku panduan Jalinan Kasih, seramai 48 kanak-kanak yang lahir ekoran kejayaan rawatan kesuburan di LPPKN diraikan bersama ibu bapa masing-masing.

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman yang turut ditemui di EAMFF menjelaskan klinik rawatan kesuburan LPPKN yang beroperasi di ibu pejabat LPPKN di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Ipoh memberi tumpuan untuk membantu pasangan yang berpendapatan rendah mendapatkan zuriat.

''Pusat Rawatan Kesuburan LPPKN komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, beretika dan berpatutan," jelasnya.
Agaknya aku dalam peratus masalah kesuburan yang mana ya? Then kat mana nak dapatkan buku Jalinan Kasih Subfertiliti tu yer?

Aku blum pun set kan appoinment. Mungkin dalam masa terdekat ni akan call jugak. Doakan yg baik2 utk aku ya dlm usaha mendapatkan permata yang dinanti ini.
Utk mereka yg baru nak baca blog ini dan rentetan hidup aku utk mendapatkan cahaya mata, mmg aku belum pernah buat any medic treatment lagi. Taktau sbb apa, takut pun ye gak kut. Skang ni aku pikir smpai bila nak tunggu
Ya Allah, berilah aku kesempatan untuk menjadi seorang ibu.......

~Pasal Baik-Baik Sayang ♥ Tercipta Untukku~

Lagu ini seperti mempunyai persamaan.
Kedua-duanya ada featuring suara perempuan.
Lagu yang mmg menjadi kegemaranku.
Liriknya, melodinya mmg menyentuh jiwa.
Satu lagu ini.



Satu lagu ini.




Entah la. Taktau kenapa suka. Tapi mmg suka.

Yang lagu Tercipta Untukku tu aku da memorikan pada album kawen aku dulu. Photographer tu buat v.clip gmbr2 aku, pun dia masukkan lagu ini. Sgt la romantik lorrr.. kengkononnya la. Hahahaha.


Lagu Baik Baik Sayang tu nanti boleh letak kat album baby nati plak yer. Eceh!

p/s : Ptg ni akan ada entry luahan rasa (kot). Nak buat ber password ke tayah???

~Pasal Bertemu Dania dan Benjy~

Date : 19 Mac 2011
Venue : TGV Wangsa Walk
Event : Sesi Bertemu Peminat Awan Dania
Artis : Dania (Scha) and Benjy (Jehan)

Malas nak tulis panjang lebo. Layan gambau je yer.
Memula dpt mini poster ini. Ingatkan meke je ni yg dtg.

Seterusnya makan popcorn la smbil tunggu artis tu. Dpt popcorn n air coke

Pengacara of d day - Dollah Cantik. Cantik kewww?? Teheheheh

Bila Dania n Benjy dtg derang bagi tengok di Balik Tabir Awan Dania dulu.


Lepas tu sessi soal jawab dgn peminat. Aku tak tanya pun. 
Dengar je. Pehtu ada sesi kuiz plak.

Lps tu baru sesi sain otograph and amik gambau.

 Oh.Benjy..

Oh. Dania. Aku je sengih terlebih kan. Haha

Maka ini lah hasilnya.

Dpt gudie bag dari Clinique juga

Lps kuar dari TGV terus pegi rest. Ayam Penyet.
Dah lapar. Tak lunch. Makan Ayam Penyet serta Udang Penyet.

Utk Scha n Jehan, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami; peminat2 Awan Dania. Kpd Astro, terima kasih bagi tiket utk sesi bertemu peminat ini, dapat gudie bag Clinique lagi dan popcorn. Eh. Apsal eh..popcorn TGV Wangsa Walk ni sedap lah.Hihi (ayat dlm Awan Dania)

p/s : Gmbr sungguh la tak memuaskan. Sbb tu la aku gedik gedik nak camera baru. Uhuksss.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign