Pages

30 August 2018

Matta Fair September 2018

Matta Fair datang lagi!

Kali ni kami tak dapat join. Hajat di hati tu memang nak pergi.
Ni kan feverent event kami. Dan juga event wajib kunjung utk kiterang.
Kesah pulak orang kata tak sesuai lah bawa anak apa semua.
Kiterang tahu lah cemna.
Kan makRizq da bagi tips kat sini [tips matta fair]
Haha.
Poyo aih ber-tips bagai. Pegi Matta Fair je pun. Hahah.

Adeh.
Takpe lah. Buleh tgk online juga nanti. Tapinya, weols berada di luar kawasan time tu. Smpai 12hb kot nya. Biasanya depa ni buat promo pun dalam 1week gitu ja. Harap2 sempat lah.

Best la Matta Fair ni.
Bleh beli tiket zoo ka. Hotel memana yang tak mampu milik, tapi masa MF ni dapat murah.
Ingat nak tgk cruise lah. Teringin nak bawa si kecik tu.
Oh ya. Superstar Libra da takde tau.
Naseb weols sempat menikmatinya. Hihi.
Sekarang dia tukar dgn Gemini pulak.
Nanti nk try lah.
Gemini ni rasanya lebih besar dari Libra.
Jom. Kita cruise cruise pulak.

29 August 2018

Thistle Hotel JB

Hoih!
Lupa yakmat nak buat entry ni.
Tertangguh kemain lama.
Ni waktu kami ke JDT dulu tu.
Bulan 5 tu ari. Lama dah.
Kesah percutian di JDT pun tak abis lagi.
Takpe. Nanti mak Rizq sambung.

Sekarang kita cerita pasal Hotel Thistle dulu.
Best tak best?
Jawapan mak Rizq.
Best! 
Terbaik lah hotel Thistle JB nih.
Bermula dari makRizq menghantar emel hingga lah check out. Semua pun okay.
Eh. Ada la sket yang tak berapa best. Tapi tu tak kesah lah. Small matter (",)

Sblm ni makRizq selalu booking hotel thro Agoda.
Kali ni terfikir, eh, dah lama tak guna govt rate kan. Lets!
So, emel tanya dulu ada govt rate tak.
Depa reply balik "ada"
Dan harga pun... wahhhh...
Murah dari Agoda.
Ini sudah bagus.
Dah la reply emel pun cepat. Tu yang mak Rizq gumbira tu.
Pastu, terus lah booking.
Tanpa deposit apa pun.
Depa pun reply emel dgn room confirmation.
Nanti masa check in bawa ID je katanya.

Senang kan?
Sukahati lah mak Rizq.

Dah la dapat rega pun within budget.
RM310 utk satu malam beserta 2 breakfast.
Kiterang ambik Deluxe Seaview King.
Yakni, mengadap laut. Nampak Singapore lagik.
Kalau harga kat web dia dalam RM365 (w.out breakfast).
Kalau harga kat Agoda pun masa tu dalam RM300++ gak la.


Masa kami sampai nak check in tu, ada TMJ tgh meeting. Keta duk dia parking kat area nak masuk ke lobby. Jadi, tak boleh nak drop beg dulu. So, pergi lah parking. Parking pulak bangunan lain. Ha, hok ni la tak berapa best sket. Kalau satu building senang lah sket. Dah kena usung beg semua pergi lobby. Takde la jauh, tapi dari tempat parking tu kena la naik lif, jalan sket nak ke lobi.
Tapi.. atas sbb layanan baik receptionist, mak okay ja.
Baik sungguh la receptionist depa ni.
Kadang setgh hotel ni acuh tak acuh je layan kita ni tambah lagi tgk guna govt rate. Cam eleh, bayar pun taknak mahal, nak bagai2. 
Tapi sini tak. Kita tanya ramah tamah je jawab.
Tanya kat dia mmg goreng pisang mawar tu ramai orang eh?
Dia kata, a ah. Memang gitu. Cabin crew pun kalao tido hotel ni mesti gi carik goreng pisang tu katanya.
(Goreng pisang mawar ni mmg sebelah je dgn hotel Thistle ni. Jalan kaki je. Masa nak masuk tu nampak la org ramai tgh q kat situ)
MakRizq terus bayar cash je. Settle. Takde pun depa mintak deposit apa. Senang lah pendek kata. Dapat kunci naik bilik terus.
Tapi, bilik tak berapa sejuk pulak aircondnya.
Tunggu orang dtg baiki. Tp kejap je. Pastu settle.




Mlm tu ingat nak pi makan luar. Tapi dak Rizq malam tu da dedo2 sket badan dia. Actually dari petang tu dia dah dedo2. Berpanas kat Legoland apa semua. Tapi, lps mak telan panadol then susukan dia banyak2, Alhamdulillah okay. Hehe. Mak mmg gitu. Kot kalo buntu nak buat cemna lah nak bagi cepat baik ni, mak je telan panadol. Jangan follow. Tak elok. Mak takpe. Sekali sekala :P
Kami makan KFC ja. Ayah Rizq pi jalan kaki beli. Depan tu ja KFC nya.
Pastu rasa cam eh, apsal sedap ayam kfc sini ni.
Serius. Rasa macam kita makan kfc masa kekecik dulu.
Takde berminyak. Cukup semua rempah ratus nya.

Breakfast pulak. Banyak sangat lah pilihan. Lama kiterang duk makan. Hehe.
Dgn melayan dak kecik tu lagi.
Kami takde pun mandi kolam apa.
Just tgk2 je. Kolam tak besar. Tapi, buleh la kot nak bagi anak mandi.
Staff2 pun rajin je melayan dak Rizq. Cleaner pun baik juga.
Eh. Pendek kata staff pun baik.



Suka pulak rasanya gi Thistle ni.
Walo dlm bilik cam pesen lama, tapi okay ja.
Nanti nak try Thistle PD pulak lah.



Kesimpulannya - Thistle JB best. Boleh consider sebagai penginapan kalo ke JB. Dekat ngan tempat2 makan. Amik seaview. Boleh nampak Singapore. Best!
Dan untuk percutian ke JB ni, kami memang berpuas hati dgn penginapan di 2 hotel nya :)
#puanstoberisuka
#rizqpunsuka








20 August 2018

Rizq Buat Rawatan Homeopathy

Last Friday - 17.8.18.
Pergi ke Ostia Bangi utk berjumpa Dr Suriyakhatun.
Utk mak mak rasanya mostly tahu Dr Suriya ni.
Dan paling terkenal dgn perubatan Homeopathy beliau.


Kenapa tetiba nak pergi ke situ?
Kesahnya dalam 2,3 minggu ni kaki Rizq mengalami kegatalan.


Sebelum ni takde.
Tapi, bila makRizq dah "loose" kan pemakanan dia, mula lah jadi.

Mak Rizq memang suspect ada menda yg trigger kegatalan ni.
Antaranya - gula yang ada dalam makanan dia.
Bila tgk dia tergaru garu memalam, terus cam tak bleh jadi. Kena bawa klinik. Tapi, takmo bawa pergi klinik biasa dulu. No, bukan aku taknak guna steroid ka apa. Aku tak kesah pun, kalau itu memang akan bawa kebaikan utk dia. Cumanya, utk permulaan, biar kita try alternatif lain. 

Mula makRizq sekadar letakkan minyak VCO ja.
Sbb dulu masa dia kecik2 ada juga jadi camtu. Letak VCO, elok.

Tapi, skrg makin melarat.
Dia belah pelipat lutut naik ke atas, sampai diaper area.

Cuma mujur tak berkeruping berdarah. Just cam kulit kasar camtu ja.
Sebenar dr kecik mmg kulit dia mcm kering. Area tangan dia.
Then, doc prescribed guna Ezerra. Since then, mmg guna Ezerra sampai lah skrg pun. Elok dah la. Sesekali je lah kadang tu macam gatal2.

Pastu sekarang ni, cuba lah macam bagi dia biskut ada cream tu.
Rupanya itu pun tak boleh.
Yang dia memang alergi - yang kami tahu - santan (cocoNUT milk), kacang tanah (NUT), then debunga.
Makanan ringan ni - tak berapa nak perasan. Tapi, mmg nampak cream lah. Sbb lps dia mula makan menda2 camtu mula gatal. Roti putih yang yis nya terasa.

Kiterang pergi yang kat Homeopathy Integrasi Bangi.
Dia dalam bangunan Ostia tu. 
Tp, doc Suriya tak sentiasa ada kt situ. Kena tgk FB depa dulu bila Dr. Suriya ada.
Buleh call untuk appointment dulu.
Kami pun pagi tu baru call, trus dtg petang. Tak ramai orang pun.
Tapi, better call dulu lah. Kalau hari Sabtu ramai kata staff dia.

Doktor Suriya prescribed 3 ubat homeopathy (H)
Ubat H ni ada cara2 nak makan dia. And consume satu jenis sehari. 
Rizq dapat 3 jenis. Dua dititiskan which kena consume selang sehari. Satu kunyah ja. Seminggu sekali. Tp ubat tu sedap gamaknya. Mengamuk mintak lagi. Adoi!

Pastu dia bagi supplemen. Utk immune booster. Which kandungannnya ada boabab, almanna dll.
Pastu ada sabun n ubat sapu.
Kami beli juga serbuk boabab.
Harga - kalau takde bagai2 tu - kira murah ja.

Utk 1st time consultation - RM80 utk kekanak.
Pastu ubat2 tu pun semua dalam beberapa ringgit ja.
Tapi, supplemen tu mahal sket lah.



Boabab ni mmg byk khasiatnya. As well as - almanna tu.
Tapi, sblm ni aku taknak consume sblm di prescribed oleh doktor. Aku kan mak mak yang paranoid. Haha.

Ni doktor dah bagi - sokay.
Boabab tinggi Vit C nya. Tak perlu nak consume scott ke apa dah. Antara khasiat dia bleh tgk kt sini [link]
MakRizq campur dalam air minum Rizq ja. Settle.
In fact, itu budak senang makan ubat. Scott cecair tu mak bagi guna sudu ja. 

Lps consume 2,3 hari ni nampak selera Rizq pun okay.

Tatau la sbb tu ka, atau mmg dia nak makan sbb kena dgn selera dia.
Pulak tu dia nak mengunyah ja. Dah la byk kena pantang skrg ni. Mak is buntu tau nak bagi apa untuk dia kunyah2. Mak kena carik biskut free gluten ni. Tggu lah pas raya nanti carik.

16 August 2018

#rizqcheckgigi : Kali ke3


Cerita Rizq check gigi kali kedua - {rizq check gigi kali kedua}
So, ini kali ke3 Rizq check gigi.

Terlewat ni sebenarnya.
Patut check setiap 6 bulan sekali.

Check kali kedua tu hari masa bulan 10.
Patut bulan 4 pergi.
Ter drag sampai bulan 8.
Haghuuu la mak Rizq ni :D
Kali ni gigi Rizq dah hampir penuh.
Macam biasa, nurse check2 kejap. Pastu takde problem apa.
Sekarang ni lagi mudah sbb dia da faham.
Nurse kata tgk gigi - dia tunjuk.
Nurse kata aaaa - dia pun buat aaa.
Tapi, masa nurse guna menda yg ada cermin kecik tu - yang tu dia macam tak selesa sket. Tapi okay ja dia. Dia ni kan selamba. Macam mak dia jugak. Hehe.

Kali ketiga ni pun okay semua.
Alhamdulillah. Tak payah sapu floride ke apa ke.
Nurse suruh gosok gigi 2x sehari. Sebelum tido tu penting. If anak tertido sebelum gosok gigi, just gosok dgn kain lembut yg dibasah dgn air suam pun okay.

Dak rizq ni obses gosok gigi.
Kalau tak dalam bilik air pun dia suka je nak gosok gigi.
Berus gigi dah berlambak dah beli sbb dia berus ke gigit ke ntah.

Apa pun, Alhamdulillah lah bab yg itu kan.
Sbb ada yg citer anak2 payah nak gosok gigi. Nak buka mulut pun payah.

Rizq selamba dia je.
Jadi, sesapa belum buka rekod pergigian anak, better pegi buka.
Kawan kt office ni kata, nanti anak dah masuk tadika, memang kena ada rekod check gigi dari klinik gigi. Haaa.. baik pergi buka.
Simple ja. Terus walk-in. Utk parents kerja kerajaan - foc ja. Utk yg tak kerja kerajaan - RM1 ja utk pendaftaran.
Nurse gigi ni bebaik. Mak suka ja.
Tapi, mak Rizq sendiri pi cabut gigi kat swasta. Hehe.

15 August 2018

Ahli Keluarga Baru

Kena tulis sini supaya ingat.
Dulu. Masa zaman memuda. Zaman yang suka pergi ke home fair ni, mmg selalu lah nampak mendalah ni.
Tapi, masa tu cam kau dah kenapa. Menda harga 20,30 pun buleh dapat, tapi jual sampai ribu riban. Ada orang nak beli kah. Ngarut.
Dan kami pun berlalu tanpa melihat demo yang amoi tu approach kiterang.
Kami lebih suka tgk demo peralatan yang memudahkan utk memasak.
Contoh, food processor ke. Blender pelbagai tu ke.

Pastu. Setelah beberapa tahun selepas itu.
Selepas dah rasa macam rugi je nak hantar kedai, mari lah kita cuba carik menda yang memudahkan.
Ha. Baru kau tahu kenapa orang beli walau harganya beribu.


Apakah ianya itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh. Sejak bila pula aku mengada ngada bercanda macam ni dalam blog.
.
.
.
.
.
Eh. Malas pulak aku nak buat dot 
dot
dot
dot gini.
Makin mengada lah.
Ye lah.
Ye lah.
Ini lah menda nya.


[Disclaimer : Awas lho! jangan membawang frame gambar kawen ada kat bawah. Dan segala blind selonggok di situ. Rumah kami mmg huru hara saat ini. Sbb aiols tgh dalam proses me-minimalis-kan rumah].

Dibawa menjadi ahli keluarga kami pada 18.7.18 (eh. Cantik pula date dia rupanya. Haha)
Puncanya bila terbaca orang viral. Pastu mula rasa cam nak!nak!nak!
Lps tu rasa mudah kalau ada iron gitu. Byk masa bleh luang bersama Rizq. 
Rasa macam nak beli kat outlet ja.
Tapi, kena beli board dia asing. Pastu cena gaya ke nak usung. 
Pastu teringat seorang kenalan yg agent amway.
Contact dia. Sembang2 sket, okay lah. Setuju! Deal.
Memula dia kata kawan dia ada buat kutu.
Being me yg tak suka lah nak tunggu menunggu nak dapat barang, mmg kutu mutu ni bkn kaedah terbaik utk aku. Nanti kutu tu entah mana, ada yg pergi beli kat outlet pulak karang. Lagi buat hal. Sampai dua pulak.
Jadi, cash. But not carry. Ada orang yg carry utk kau sampai depan keta. Haha.
Cash je lah. Hari ni bayar. Esuk tunggu. Lusa sampai.
Ailoike.

Kata seorang sahabat pula "tak suka barang direct selling ni, jadi taknak lah beli dari Amway. Beli kat Lazada je nanti"
Oh. Terpulang memasing.
Pada aiols, aiols okay ja.
Beside, brand pun bukan brand cikai.
Sama je brand yang ada kat luar tu. Cuma kalau di outlet derang, model ni takde. Model ni hanya khas utk pelanggan amway. Dan iron board akan diberi bersama (depa akan kata free iron board, tapi rasanya memang dah termasuk harga dah. But.. aiols okay ja. Lagi senang. Dari nak beli iron lain, board lain. Lagi buat pening kepala). Plus, apa2 hal senang aiols contact je ngan org yg aiols beli tu.

Dan, husband aiols kena pi hantar mendalah ni balik dulu sbb kalau usung skali waktu balik, kiterang (aiols dan Rizq) kena balik naik grab. Haha. Tak boleh masuk bonet. Kena duk melintang tetgh keta nun. Keta aiols bukan Vellfire. Keta Preve cuma. Jadi, muat macam tu saja lah. Iron board tu besar yg sgt besar ya. Kalo diletak iron board biasa tu, kelihatannya iron board biasa tu tak cukup zat saja lagaknya. Haha.

Yang ni memang model tahun 2018.
Katanya ada kelebihan sket berbanding model sebelum ini.

Testimoni :
Memang best lah. Giler kau tak best kalau harga hampir boleh nak beli iphone.
Sebelum ni aiols hantar baju batik ke dobi. RM4/pasang. Kadang hantar sampai 5 pasang. Tapi, pernah juga orang dobi iron tak kemas. Masih berkedut. Rasa nak pi luku je kepala orang tu. Kerja tak semenggah betul. 
Itu lah yang menyebabkan aiols rasa better aiols beli je lah iron ni.
Esuk2 Rizq dah school, senang nak iron baju dia juga.
Lepas tu, aiols dan husband trus rasa nak ambil upah iron baju kat KSU. Haha.

Sekarang ni aiols memang takde apa dah nak dishopping kan. Puas dah rasa membeli belah sebelum ni.
Jadi, ada menda yang memudahkan hidup aiols, aiols beli jelah. Untuk apa kita kerja susah2 kan. Aiols bayar cash dgn "meminjam" dari duit simpanan aiols sendiri. Sebab tu la post sebelum ini aiols dah kata pentingnya menyimpan. Bila ada menda yang kita meleleh ailiyo kita nak, kita boleh beli je. Bila rasa nak pergi travel, boleh pergi je. 
Bukan sbb "kau takpe la. Kau banyak duit" 
Sebab nya adalah kerana menyimpan. Simpan lah semaksima mungkin. Pakar mencadangkan simpanan harus 1/3 dari gaji. Contoh gaji RM1500, simpan RM500, guna RM1000. Tapi, kalau kereta pun dah RM800 bayarnya, cenggana? Haha.
Tapi, ye lah. Bercakap memang mudah, kan? Aku dulu pun sukar juga. Tp, bila semua dah stable, okay, boleh ja. Lepas tu, semua basic needs dah ada. Maklum lah.Umur pun dah 40. Kerja pun tetap yang ada KGT setiap tahun. Takkan umur 40 masih tk bleh nak menyimpan. Aku pun tidak lah menyimpan sampai 1/3 tu. Tapi, at least mesti ada secara konsisten (potong gaji setiap bulan pd dua tmpat yang berasingan).
Jadi, simpan. Dan tidak juga berlebihan kepada menda tak perlu. Contoh kami takda langganan tv berbayar yg mahal, tiada segala unifi ka,strimix ka, netflix ka apa ka, tiada laptop utk ditonton. Kami just ada langganan internet di telefon ja. Dan tv utk ditonton sesekali sekala. Kami juga tak minat nak mencuba kedai2 hipstur sbb kami tak suka makan2 pun. Makan kat rumah lagi best. Menyimpan, tapi bukan kedekut. Bersedekah, tapi tidak berlebihan. So, life pun akan gembira.


Eh. Kau.
Dari cerita iron pun boleh melarat, kan?

14 August 2018

Kenapa Tidak Pernah Dihargai?

"Aku kerja macam nak mati. Tapi tak pernah dihargai"
Pernah dengar, kan?
Atau, terkadang kita pun jadi camtu.
Tapi, sesekali kita kena "basuh" hati kita. Basuh jiwa kita.
Pernah terdengar kata-kata ustaz dalam motivasi pagi.
Byk yg dia bagi.
Salah satunya :
"jangan bersedih kalau kita tak dihargai, tapi bersedih lah kalau kita tidak pernah menghargai orang lain kerana penghargaan itu akan datang bila kita tahu erti menghargai orang lain"

Aku sentiasa mengingatkan diri sendiri. Kita kerja kerana Allah. Kerja ini ibadah. Untuk membantu orang lain. Takpe kalau belum rezeki kita naik pangkat, takpe kalau kita dihargai. 
Allah tahu kerja kita. Allah akan balas dengan seribu satu kebaikan yang lain selain penghargaan sesama manusia ini.

Anak tak selalu sakit - satu penghargaan.
Keluarga dimurahkan rezeki - satu penghargaan.
Boleh pergi bercuti - satu penghargaan.
Punya keluarga yang saling sayang menyayang - satu penghargaan.

Jadi, nikmat mana yang kau dustakan.

Jangan terlalu banyak merungut.
Jangan terlalu berkira dengan kerja.
Jangan menganggap orang tak pernah pandang kerja kita.
Dan jangan menganggap orang tak pernah hargai kita.
Hargai tak hargai, jalan kan kerja.
Takpe orang tak hargai sekarang, InsyaAllah di sana kita akan lebih dihargai.

Aku juga dulu pernah begitu.
Berulang alik ke JPA utk mendapatkan beberapa jawatan.
Lulus.
Dan.
Aku juga akhirnya ketinggalan.
Takpe.
Allah ada.
Allah nampak.
Allah bagi aku rezeki buat umrah.
Allah bagi aku rezeki buat treatment lepas balik umrah.
Allah bagi rezeki, treatment aku succes.
Allah bagi rezeki aku pregnant tanpa ada secebis pun morning sickness.
Allah bagi kandungan aku sihat membesar.
Allah permudahkan proses bersalin.
Allah permudahkan rezeki aku bersalin di hospital yang selesa.
Allah permudahkan rezeki aku menjaga anak.
Allah permudahkan rezeki aku untuk menyusukan anak dgn susu-ku sendiri sehingga umurnya lebih 2 tahun.
Allah murahkan rezeki untuk anakku sampai dia dah boleh pergi umrah dgn saving sendiri walau baru umur 2 tahun.
Allah bagi dia kesihatan yang baik.
Allahu.


Aku lambat naik pangkat, tapi rezeki Allah bagi untuk aku terlalu banyak. Mencurah-curah. Dan perlahan-lahan aku nampak segala hikmahnya.

Apa lagi yang kita nak?
Masih perlu kan penghargaan dari majikan kita? Memang la kadang tu perlu. Tapi kalau dapat rakan sekerja dan boss (immediate boss) yang baik pun dah okay juga. Ada kawan rajin belanja. Ada rakan yang baik2 pun dah okay. 
Tapi, kalau rasa dah sampai tahap bercakap sengsorang - itu dah tahap depress. Awak sangat perlukan bantuan. Jangan pendam okay.
Mungkin awak sangat perlukan penghargaan tu. Sampai dah tak boleh fikir lain. Simpati sangat.

Takpe. Kita kerja kerana Allah. Ikhlaskan diri.
Dan kena ingat, hidup kita bukan di sini saja.
Di sana nanti banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.
Okay. Jangan sedih kalau berasa tidak dihargai.
Cuba lah menghargai orang.
Mungkin anda lebih gembira.

13 August 2018

Takkan Jadi Miskin dan Tak Perlu Kaya

" Tak jadi miskin kalau kita rajin bersedekah.
Dan.
Tak perlu nak tunggu kaya untuk kita mula menyimpan"

Itu adalah status di FB makRizq pagi tadi.
Sempena 1 Zulhijjah.
Salam Zulhijjah utk semua.

MakRizq bukan apa. Ada la share satu "paper cutting". Berkaitan satu isu.
So, ada la yg feedback kata "bukan semua orang kaya utk menyimpan (duit)"
Me like... are u serious ma'am?
Kita perlu kaya yer baru boleh saving?
Kena kaya baru boleh fikirkan simpanan utk anak2. Simpanan pendidikan untuk anak.
Kaya tu pula bagaimana definisi nya pada anda?

Pernah baca yang orang sharing perihal seorang yang sentiasa dimurahkan rezeki. Rezeki dia lapang. Padahal dia bukan kerja besar pun. Rasa macam kerani atau lebih rendah camtu lah. Orang tanya apa rahsianya - katanya sedekah. Tak byk, sedikit pun takpe. Macam pepagi tu, dia letak la 2,3 bungkus nasik lemak dalam pantry. Tak perlu bagi utk semua orang. Mana tahu, kot pepagi tu, ada hamba Allah yang nak bancuh kopi, lapar, gaji belum masuk, boleh la dia makan nasik lemak tu. Takpun, ada kuih2 katanya.

Tu satu kesah. Kesah lain yang seorang tukang kebun yang dapat menyekolahkan anaknya ke peringkat tertinggi. Bagaimana - sama. Sedekah yang tak pernah putus.
Sebab tu lah makRizq kaitkan kedua-duanya.

Sedekah dan simpanan.
Bersedekah - mengeluarkan sedikit rezeki kita untuk orang lain.
Manakala menyimpan - mengenepikan sedikit rezeki kita untuk diri kita.
Kita tak boleh kedekut. Dan kita juga tak boleh membazir serta boros.

Menyimpan lah. Tak banyak pun takpe. Ada faedah nya. Bukan perlu tunggu kaya. Kerja sendiri pun boleh menyimpan. Put aside la 2,3% dari gaji.
"kau senang lah cakap - kau banyak duit"
Sekali lagi, mesti orang akan cakap macam tu. 
Kakak, abang, adik, ni bukan masalah banyak duit atau tak. Atok Rizq pesara tentera. Bukan pegawai tinggi pun. Opah pula surirumah tangga. Tapi, berkat derang ni menyimpan, kami anak2 dapat sebidang sorang tanah peninggalan arwah (malah ada yang dapat lebih dari sebidang). Atok Rizq tinggalkan kami kebun durian, kebun getah dan kebun kelapa sawit. Tak banyak, tapi ada. Dan kami tak kaya, tak banyak duit. AtokRizq selalu ceritakan kesusahan dia masa dia kecik dulu. Katanya "ayah dulu orang susah yang paling susah dalam kampung ni. Tapi ayah berazam nak ubah nasib. Sbb ayah tau, Allah takkan mengubah nasib seseorang, kecuali hambaNya itu sendiri yang berubah"
*sebak*
AtokRizq takde mak dari kecik. Dijaga mak tiri. Tapi atokRizq cekal. Dia masuk askar. Dari situ mula kehidupannya berubah. Lepas pencen, atokRizq balik kampung, dan dapat beli beberapa bidang tanah utk diusahakan, selain peninggalan ayah kepada atokRizq.
Sebab tu, usah dikatakan makRizq tak pernah ambil tahu erti kesusahan orang. Apatah lagi tak ambil tahu erti orang kampung. Sbb makRizq memang asal kampung. Kami orang kampung! Tapi, makRizq belajar dari kesusahan atokRizq dulu dan dia dapat beri kesenangan pada kami, anak anaknya.

Tapi dalam menyimpan, kita kena juga put aside utk bersedekah.
Zakat. Paling penting. Janganlah lupa. Utk yang bekerja, ada gaji, ada pendapatan, berzakatlah. Itu lah salah satu item yang akan menyelamatkan kita di akhirat kelak. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain.
Bersedekah. Nescaya Allah lapang dan murahkan rezeki kita. 
Paling mudah utk orang lelaki, sedekah tabung masjid hari Jumaat.
Dan utk kita isteri pula, tak dapat pergi masjid, hulur aje pada suami.
Tak perlu tunggu kaya, dan tidak pula ia menjadikan kita miskin.
Seiringkan lah. Ditambah dengan kehidupan pada masa ini.
Kedua ini dapat membantu kita.

Sedekah dan menyimpan.
Jadikan lah amalan.
Tak perlu tunggu kaya. Dan tidak akan menjadikan kita miskin.
Dan makRizq mohon - tak perlu lagi lah kita keluarkan statement "tak semua orang kaya utk menyimpan"
Salam 1 Zulhijjah.

6 August 2018

#menuKaptenRizq : Bebola Nasi Brokoli

Taraaaaa.....


Lama dah tak ciwi menu kaptenRizq kat sini.
Kali ni dipersembahkan bebola nasi brokoli.
Actually, menu ni makRizq alter dari resepi sini.
Dalam resepi tu dia bakar guna oven. Tapi, mak Rizq goreng. Utk tambah berat elok goreng2 sket lah.

Satu menu yang simple. Utk mak yang bekerja ni memang sesuai. Balik kerja pun bleh buat. Yang penting, nasik dah siap tanak kena ada lah.

Dan berkhasiat juga. Dan sesuai untuk anak yang mula dah pandai refuse sayur. Da pandai luahkan semula (Rizq lettew...). Padahal dulu mak buat segala puree brokoli lah, bayam lah. Sekarang ni pandai dia taknak makan seketui tu. Dan untuk anak yang susah makan nasik (apadaa banyak sangat "dan" ni).

***sesuai untuk anak berusia setahun dan ke atas (cuma omit garam n chilli flakes kalau bawah 2 tahun)***

Bahan-bahan :
1. Sayuran - brokoli/bunga kobis/carrot/baby corn (ikut la nak letak apa pun).
2. Isi ayam (boleh juga alternate dengan daging).
3. Nasi.
4. Bawang putih.
5. Bread crumb.
6. Secubit garam (pink) dan juga chilli flakes.
7. Daun sup
8. Sebiji telur dipukul.

Cara-cara.
1. Celur sedikit sayur2 (rendam dalam air panas pun cukup)
2. Blend isi ayam (memang blend mentah. Tak perlu rebus ka, celur ke apa ke. Sbb nanti dah goreng, dia akan masak juga).
3. Masukkan bawang putih yang dah dimayang dan sayur2.
4. Blend sebati.
5. Masuk nasi, bread crumb. Dan blend lagi.
6. Masukkan semua bahan blend dalam mangkuk. Letak daun sup yang dihiris. Letak garam n chilli flakes. Gaul rata.
7. Bentukkan. Nak buat bulat buleh, bujur buleh, ikut la cemana pun takpe.
8. Celup dalam telur. 
9. Letak bread crumb dalam pinggan asing. Golekkan dalam bread crumb.
10. Siap semua, goreng dengan api perlahan.
11. Settle.

(p/s : Kalau suka, boleh letak cheese tetengah bebola tu. Baru rasa bercheese sket. Lagi sedap)

Ni bukan anak2 je suka. Mak pak pun suka. Cicah dgn sos. Makan pepanas. Nyum nyum. Rizq pun suka. Tak sesabar dia nak makan. Awas ya.. panas tau dalam tu. Kena tunggu dia sejuk sket baru buleh bagi anak makan. Selamat mencuba.

Nota kaki : 
The health benefits of broccoli for babies include supply of essential vitamins and minerals, strengthening of the immune system, good for eyesight, cure for anemia, remedy for gastric ulcer, good source of antioxidants, cure for diarrhea and acts as a natural laxative. (kredit : Here)

2 August 2018

Beli Ikan Bilis Di Shopee

Apa kome ingat baju bajan, pampes segala je buleh beli kat shopee.
Menda lain pun buleh tau.
Termasuk ikan bilis.
Haha.

Sebelum ni, makRizq beli ikan bilis online juga.
Kat org yg jual kt FB. Pastu dah 2x beli. Sebab macam mahal dah.
Setiap kali beli, setiap kali naik harga.
So, tgk kat Lazada pun ada org jual ikan bilis.
Try tgk kat Shopee. Eh. Ada.
Lagi murah pulak tu.
Terus zasss order.
Hari Isnin order, Rabu dapat. Settle.

MakRizq dah hampir2 nak carik hotel kat Pangkor tau.
Konon nak pergi bercuti di Pangkor.
Padahal misi utama nak carik ikan bilis.
Haha.
MakRizq memang beli ikan bilis dari Sabah, Pangkor atau Langkawi saja.
Memang tak pernah lah beli kat tempat lain. Kalau ada kat pasar tani, tulis dari Pangkor tu pun cam was was ja. Entah iyer entah tidak. Tapi kalao iyer pun, harga - dkt nak $100/kg tu.
Tapi tu ari, masa pergi Sabah, beli kat Sabah - sangat kecewa lah.
Kejap je jadi macam hapak. Pastu kaler dia dah cepat kuning. Dah la beli 3kg terus.
Either memang lama atau ikan bilis sabah dah tak best.
Sbb ada juga boss beli di Sabah. Pun jadi camtu gak. Cepat hapak.
Jadi, lps ni stick ngan ikan bilis Pangkor je lah.
Nak beli kat Langkawi, lambat lagi pulak nak ke Langkawi. Bulan 9 sok.

Eh. Uols nak beli, search je kt shopee "ikan bilis mata biru Pangkor"
Pasti jumpa. Ramai juga yang jual.
Tapi carik yang ni. RM75/kg. Pastu dia takde pre-order. Memang ready stock.
Ada setgh tu, harga sama tapi pre-order.
Sedap.
Bersih.
Rangup.
Rizq pun suka ikan bilis ni. Dia ratah ja.


1 August 2018

Hello August!


Dah masuk bulan Ogos.
Lima bulan lagi menginjak ke tahun 2019.
Ayok. Dah masuk 40 tahun. Ayok.
Haha.

Weh. Bulan ni ada raya haji.
Bulan ni ada Hari Kebangsaan.
Dan bulan ni - 1 Ogos 2018 - Rizq 26 bulan.
Bersamaan 2 tahun 2 bulan.
Cepat nya masa berlalu :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign