Pages

Showing posts with label tengok wayang. Show all posts
Showing posts with label tengok wayang. Show all posts

10 July 2019

#rizqtengokwayang : Toy Story 4



Ni bulan lepas punya cerita ni.
22 Jun, hari Sabtu.
Nenek asuh Rizq buat makan2. Dia buat kecik2 ja. Jemput kenalan rapat.
Lepas pegi makan2 tu, terus bawa Rizq tgk wayang citer ni.
Abang Acap dia pun ada skali.
Abang Acap pegi umah nenek asuh jugak. Abang Acap (sepupu Rizq) ni baby 1st yang nenek jaga. Sekarang umo abang Acap dah 25 tahun. Huhu. Abang Acap panggil nenek asuh - mama. Sekarang Rizq panggil nenek. Huhu.

Jadi, lepas makan2 tu kiterang pegi lah terus ke Quill Mall.
Sini lah senang. Takde orang pun. Nak beli tiket pun aman aman ja.
Sekarang beli tiket takde dah kaunter. Kalau kaunter kena guna kad ja.
Nak guna cash, sila ke mesin dia.
Amboi. Bertahun dah kot tak pegi tgk wayang ni.
Eh. Ada la. Masa tgk Didi n Friends tu :D
Kira ni kali kedua lah Rizq masuk wayang.

Dan sekali lagi terkejut sbb tgk tiket 3 orang RM52.50!
Mak oii.. dah kenapa mahai bebeno ni.
Bila tgk resit, cukai hiburan je dah RM10.50.
Maknanya RM3.50 sorang.
Harga tiket RM14 sorang.
Maknanya cukai hiburan tu 25%.
Jadi, tiket masuk untuk seorang adalah RM17.50
Okay. Tepuk dahi.

Naseb la uols yang muda mudi ni nak bawak awek tgk wayang ya.
Kami dulu doblas ringgit dah buleh masuk dah.
Sekarang dekat doploh ringgit hoi.
Tu tak masuk beli popcorn lagi, parking lagi, makan2 lagi.
Ko berdeting takde RM100 cash jangan cerita la.
Tu pun masa beli ni aku tgk ada couple tu nak beli tiket kat kaunter. Guna kad. Sekali kad dia tak cukup nilai. Terpaksa pula dia guna kad awek dia. Takpe dik. Akak faham. Belum gaji, kan? Huhu.

Okay. Lupakan pasal tu.
Caj ni pun nanti jadi kesenangan utk kita juga semula kan. Bukan setiap hari pun nak tgk wayang. Sesekali ja. 3 orang RM50, kalau anak beranak ramai macam 6 orang ke, baru RM100. Okay lah tu.
Lagi tinggi caj, lagi banyak yang akan ditambah baik, lagi banyak kemudahan dan kesenangan kita dapat :)

So, cemana Rizq dalam ni.
(T____T).
15 minit pertama - ya dia teruja. Tapi sbb kami masuk masih part iklan. Patut kena masuk lewat. Bagi cerita dah start baru masuk.
Lepas tu dia dah rengsa. Tapi bertahan lagi.
Masuk sejam dia dah nak bergerak gerak.
Adeh.
Ayah dia bawa keluar jap.
Lepas tu mula lah ke sana ke sini.
Naseb la orang tak ramai. Dan juga naseb cerita kanak-kanak. Kalau cerita lain kami tak bawak lah pun. Ni pun rasa tak selesa jugak. Takut menganggu orang.

Overall cerita ni best.
Suka tgk. Comel2 belaka.
Rasa yg part 1, part 2 dah tgk. Part 3 lupa. 
Boleh lah.
Tapi, nak bawa lagi dia pergi tgk wayang, thn depan lah pulak kot.
Setahun sekali je bawa tgk wayang :D



7 January 2015

Night At The Museum Di Quill City Mall

First time being there.
Quill City Mall. Baru buka je Mall ni. Dalam hujung tahun lepas kot.

Ada yang tak tahu kat mana? Quill City Mall ni letaknya di Jalan Sultan Ismail.
Dekat dgn station Monorail Medan Tuanku.
Sebelah UniKL yang sebelah bangunan DBKL tu. Yang dekat Kg Baru tu.
Berhadapan juga dengan Sheraton Hotel.
Alah, siapa biasa area KL misti tahu lah kan. 

Sebelum review filem Night At The Museum, meh ai review dulu Quill City Mall ni.
Best jugak lah Quill ni. Cuma, tak seperti IOI City Mall Putrajaya, orang kat sini tak ramai lagi. Tapi okay lah. Seleso sket nak makan ke, nak jalan2 ke.
Bangunan ni actually lama terbiar. Sepanjang aku duk Kg Baru 8 tahun tu, mmg tak nampak la macam bangunan ni nak disiapkan. Tup tup tu hari, lalu depan situ dah nampak AEON. Eh, bila masa siap entah bangunan ni. Lagipun lps pindah KSU, mmg aku jarang2 dah lalu situ. 
Anchor tenant - AEON. Best pulak aku tgk AEON sini. First impression, aku nampak dia buat cam ala ala supermarket oversea. Cea.. macam la selalu sgt ke oversea kan. Tapi, ada la iras2 la dgn pasaraya aku tgk kat Perth tu. Nampak cam "moden" la supermarket AEON kat sini. Pastu ada 3,4 tgkt AEON lelain. Ada banyak jual Corelle, Corningware. Eh. Best la pulak.
Tempat baru, mmg la best kan. Toilet pun bersih. Sanitary bin pun guna sensor je. Amboi. Ni tahan lama ke ni. Kejap je kang jahanam. Huhu.
Food court belum ada, tapi restoran banyak je. Burger Bakar Kaw Kaw (kalau tak silap) pun ada. Suka. Mungkin boleh dijadikan tempat jalan2 kami kalau tak kemana-mana.

Wayang GSC - pun besar jugak. Tempat baru - orang pun tak ramai. Seleso beli tiket semua. Huhu. Pastu masuk je bau baru je kerusi semua. Huhu. Best. Best. Pasni takyah la pergi Wangsa Walk lagi dah kalau nak tgk wayang (sejak pindah aku tgk wayang kat Wangsa Walk. Situ TGV. TGV ada couple seat, tapi tak kesah la. Seat biasa murah sket kan).

Tu hari lepas keluar wayang, ingat nak jalan2 dulu. Tapi, keluar wayang, buka w.app, tgk ada berita ayah salah sorang staff kat unit aku meninggal. Dekat dgn rumah lak tu. Jadi, tak patut sgt kalau tak pergi. So, cecepat balik dan terus gi ziarah. Next time lah kita jalan2 lagi kat situ.


Okay Night At The Museum - Secret Of The Tomb.
Overall okay je lah cerita ni.
Sbb mmg yang 1 and 2 aku tgk wayang. So, ini pun kena lah tgk wayang.
Kali ni depa gi museum kat London.
Sbb tablet yang boleh hidupkan menda2 dalam museum tu dah rosak.
Kena pi carik pulak Firaun (bapak Ahkmenrah) kat muzium London utk bagitahu cemana cara nak pulihkan balik tablet tu. 
Kat sini depa jumpa Lancelot.
Kelakar jugak Sir Lancelot ni. Nak mencari Guinevere dia. Ni kena tahu sejarah pasal King Arthur la pulak kan. 

Ada watak caveman baru.
Caveman nama Laa. Muka cam Larry. Dia ingat Larry bapak dia.
Ini kelakar.


Cuma, ada part tak best cam kisah Pompeii tu.
Ada pulak si monyet Capucin tu kencingkan lahar gunung berapi tu.
Kuang hajau je kan. Tu kan salah satu petunjuk dan azab dari Allah pada kaum Pompeii ni.
Depa ni kan, ada je nak selit menda2 camtu kan.
Dan ada juga dia sebut kaum Yahudi kaum terbaik.

Selain dari tu, okay. Kelakar.
Lepas ni takde dah kot sequel dia.
Sbb si Larry pun dah berhenti kerja.
Tak jaga muzium dah.
Dah jadi cikgu.

10 October 2013

Mengapa Saya Menonton KL Gangster 2

Di panggung wayang? (poyo nyerrr)

Kerana saya pencinta filem Melayu?
Urmm.... takde la sgt.

Kerana saya peminat Aaron Aziz?
Eh. Not. Sy la kot perempuan luar biasa yg tak fanatik Aaron Aziz. Biasa biasa je. Takde la rasa aaaa... Aaronn.. tolongg *histeria*. Tidak. Sama je cam saya tgk Zizan ke Adi Putra ke. Eh. Tp suka la tgk Syamsul Yusuf pakai rambut panjang tu. Takde la cam KL Gangster sebelum ni. Dgn 'tatoo' menjalar kat leher dia tuh.

Kerana saya memang rajin tengok wayang?
Tak la jugak. Dulu rajin aaa.. skg malas. Tido kat umah lagi bes. Haha.

Jadi, kerana apa?
Sajaaa....
Lagi pun mmg aku tak tgk yg download2 tu.


Jadi, moh la pergi tgk.
Aku pergi tgk early bird hari Sabtu lepas.
Sbb early bird, jd tak ramai. Ada la dalam 20 orang camtu kot.
Jualan tiket dengarnya juta2 gak, tp tak cecah target la kot. Berapa tah target dia. Ada aku baca dlm sokkaba hari minggu tu.

Cerita dah oke. Penuh aksi. Bikin org geram je ngan Rosyam Noor. Hye.. dah kenapa kau jahat cam setan hah. Siap rogol perempuan dedepan orang. Haihh...  Kereta berbijik2 meletop. Tak cukup itu kontena pun terhempas. Tapi, jadi sia sia bila org dah tgk awal2. Secara percuma. Kasihan...

Dah lah Syamsul.. takyah merajuk sgt lah. Oke dah citer awak tu. Kalau awak merajuk lagi la pihak lawan tu ketawa kemenangan. Pi buat cerita lain lagi. Yg lagi bes. Biar je derang nak bocorkan ke apa ke. Kalau kita di pihak yg benar, Insyaallah, Allah akan bantu.

Nak citer review pun, seme orang dah tgk yg donlod tu kan..  Paling bes dan menyerlah. Sofi Jikan. Bangla jaga stesen minyak - Ron 95, ron 97. Hihi.

Oh. Cerita ni under klasifikasi ada sebenarnya? 18PG? 13SG? Entahh.... tu pun jadi isu panas nampaknya. Aduii.. Tapi yang nyata.. ms pergi tu ari ada je orang bawa budak sekolah rendah. Memula aku igt cerita ni under U sbb ada budak. Tp citer ni mmg tak sesuai utk tontonan bebudak lah. Kut yer pun, nak bawak anak sedara masa kuar dating, bawak la tgk citer katon meatball tu. Ini bawak tgk citer nih (sbb orang tu bawak 3 orang budak yg lebih kurang sebaya, takkan anak.. yg membawa pun anak2 muda yg macam couple).

3 October 2013

Mahal Tiket Wayang Sekarang

Orang takde anak cam aku ni, bole lah bersantai santai tgk wayang (sbb aku tau, sure ada yg komen - susah nak tgk wayang kalau ada anak.. padahal..ada je aku baca yg bawak anak2 derang yg kekecik tgk wayang..tkde hal pun.. sebenarnya mmg tak minat kan..anak di dalih. Eh. Sentap ke che Da?? Hahaha. Takde la, sesket aku buat entry sure  ada yg komen dalih anak..sesket dalih anak. Aku plak jadi annoying, bukan sentap. Sbb ada je aku tgk orang lain ada anak gak, tkde la teruk sgt life tu. Hahahahhaah).

Takde anak pun, dah lama gak aku tak tgk wayang nih. Tak igt last citer apa ntah (kalo tgk archive balik ni tahu lah, tp malas).

Jadi, try nak beli tiket malam (Jumaat malam Sabtu). Hoih... nak terjatuh aku dari kerusi tgk rega. 16 hinggit sorang... ni bila masa plak dia naik nih? (TGV). 2 orang dah RM32 - parking lagi, pop corn lagi, situ je dah  dkt RM50.

Rupanya kat GSC pun dah naik start 23 Mei 2013. Dah naik RM13 kalo tgk Jumaat malam tu. Kami biasa tgk wayang, hari Jumaat malam. Dulu RM11 kalau tak silap. Eh, ye ke? Ke mmg RM13. Tak hingattt... Ini rate harga GSC Berjaya Times Square.
harga tiket wayang GSC

Tapi, skrg ni GSC pun cam dah jauh dari rumah.
Kena la tukar alternatif, carik yg dekat. Tetapi nak yang murah. Haha. 


Dapat la murah. Early bird. Siang2 buta. Haha. Tapi saja gedixsss amik twin seat. Awwww... Baru lah fefeeling orang baru bercinta. Gitewww....

Tgk cerita KL Gangster je pun. Kihkihkih. Beria amik twin seat. 
Oh. Kami tak tgk pun lagi citer tu walau kata dah bocor awal2. Sbb aku kan tak suka nak tgk gmbr kekecik ni. Tgk kat PC mmg la tak puas. Either aku akan tgk kat tv rumah (amik Astro First) atau g wayang terus atau tggu je sok sok kuar la kat tv. Yang ni saja nak g wayang sbb rasa dah lama bebeno tak menonton.

**
Sebenarnya nak jimat, hari minggu lepak je di rumah. Mmg boleh save. If keluar, RM100 tu mmg tak boleh lari la. Contoh cam nak tgk movie ni. Tiket RM29, popcorn lagi, makan lagi, parking lagi, itu ini,  mmg la habis nak dkt seratus. Tu tak masuk tetiba gedik nak tgk kasut, novel bla bla bla.. hurm... sbb tu mudah je nak jimat ni. Duk rumah, masak. Settle. Smpai malam bule makan. Hoho.

13 February 2013

Edisi Movie : Husin,Mon & Jin Pakai Toncit


Bes ke tak bes?
Sapa dah tengok? Rasa bes yg mana? Yang lama ke yang baru ni?
I'm sure ramai yg tgk masa cuti panjang tu ari.

As aku citer last Friday - aku pi tgk lepas kijer.
Whatsapp myDH (cea...dah buleh wasap ngan beliau skang woh.. hihiwiw), tnya dia nak g tgk dak. Memula dia kata nak tgk kat MBO Fest. City. Tp ku tgk tiketnya mahal plak dr GSC. Baik g GSC sajork. Tnya nak amik yg kul 10 ke kul 8pm. Lps tu macam jammed teruk pun kalo nak balik umah. So, weols decide utk tgk yg kul 8pm. If amik kul 10pm pitam nak pegi balik ke BTS tu. Jadi, dlm kul 6 lebih trus ke BTS dari ofis ja. A ah..mmg pakai baju melayu je myDH, manade bawak baju spare ke apa sbb tak plan. Me tak pe la kan.. belasah peplum tu smpai malam (eh..it's rhyme. Haha)
Round2 jap kat BTS. Makan. Cam tatau je nak makan sini. Yg aku tau Papa John je kalo dtg situ nak makan. KFC cam tak rasa nak makan, McD malas plak nak naik. Sudahnya beli auntie anne sajork. Pastu pusing2, situ kan byk jual baju2. Peplum melambak. Skali, napak peplum yg hampir sebijik ngan baju aku tgh pakai. Huwaaa... murah berganda. Rasa nak terjelepok situ. (tipu!) Dah..pasni takyah nak online2 lagi. Rasa teringin g carik situ. If takde baru beli. Mengada sgt nak online bagai kan.

So, komen aku pasal citer ni - oke la sapa nak pegi tengok. Lawak jugak. Cam Nory komen tu kan.. nipu la kalo kata takde gelak langsung. Paling gelak masa pak Jabit kata hantu ni hanya halusinasi kita ja.. tup2 hantu datang belakang derang. Muahahahah. Itu kelakar.
Lelain mostly apa yg ada kat Hantu Kak Limah lama tu, ada jugak kat sini. Cuma beberapa pelakon la takde. Cam Abi (Johan) dah takde. Kata dek Ucop dah pegi ngikut minah Indon. Tapi apa fungsi budak yg asik duk blkg moto Ucop tu ntah la. Takde dia pun takpe kut. Asik terangguk angguk saja.
Pastu hai... antu kambing? Malas nak cakap. Penambah perisa la tu.
Masih mengekalkan trade mark yg macam citer dulu gak. Kena pikir apa yg cuba disampaikan. Lawak lawak sinikal yg disampaikan.

So, sapa nak pegi tenguk, buleh tengok. Kut tak..tunggu la Astro First. 

30 January 2013

Edisi Tengok Wayang : JUVANA

kredit : Here
Yey! At last. Setelah sekian lama tak g menonton, akhirnya dapat gak pegi. Itu pun takut2 nak cakap ke MyDH. Lps balik dari beli tea-set tu, tnya myDH nak lunch mana? Tak cakap pun nak g tgk wayang, walo beberapa hari sblm tu dah hint. Tah..dia cam taknak ja. Jadi, aku pun takmo serabut2. If dia tanak, kita leburkan jelah  RM15 tgk kat AstroFirst. 
Tetiba dia kata 'kata nak tgk wayang'
Eh.. dia nak la pulak. Ngehehehe.
"kata taknak.."
"Nak la.. jom..jom"
Jadi, terus ke Festival City. Mmg cadang nak try tgk kat MBO ja walo kiterang biasa tgk kat BTS. Sbb dkt ngan umah kan.

Smpai sana dah dkt sgt kul 2pm. Tygn mmg kul 2pm. Tah pehapa tah nak beli tiket MBO ni. Tpt beli makanan sama ngan tpt beli tiket. Kira dia nak buat cam mudah, beli tiket buleh beli makanan skali. Tp time aku pegi tu ada 2 kaunter ja. Jadi, kami nak beli tiket, beli kat kaunter tiket. Lps tu skali lagi beratur nak beli popcorn. Huh!

Masuk ja wayang dah start. Mujo org tak ramai. Lagi pun amik tpt yg ujung. Sng. Takde la nak sekius me, sekius me.

Juvana The Movie - ada yg kata tak bes. Tu aku kata, bila tgk wayang (Melayu la esp) jgn letakkan high expectation sgt. Nanti mesti rasa tak bes kalo citer tu tak meet our expectation. Aku pun mujo la tak tgk awal2. Jadi, bila dah ada org kata tak bes, aku dah set mind aku 'tak bes kot citer ni'.

Nak bagi berapa bintang? Tak reti aku bintang-bintang ni. Tp pada aku - oke ja. Kasik bebudak jahat tgk.. kalo derang masuk sekolah juvana cemna rasa jalan terkengkang (upss....!), cemna rasa duk dlm bilik gelap ngan tikus segala. Nak jumpa mak yg sakit pun tak buleh. Haa.. baru kau tahu kan.

Cuma ending tu. Mengapa begitu? Cam takde kesudahan. Ke mahu buat Juvana 2 pula? Patut citer pasal Jamal pun perlu dipanjangkan sket. Sapa yg datang melawat dia tu (lakonan Sara Ali), kakak ke gf? Ke ada dia tunjuk awal2 yg masa aku lum masuk wayang tu lagi. Pastu, mengapakah org yg dtg melawat tu perlu lalu kut sungai hutan bagai masa ada rusuhan tu. Aku rasa, secara logik aku lah, kalo sekolah juvana ke penjara ke apa ke tak semudah itu nak keluar. Selain pagar, kawad berduri penuh keliling tu. Ini dia tunjuk derang kuar kut pagar yg cam bebudak dah buat utk 'fly'. Dan rasanya mmg ada pintu/pagar kecemasan jika ada apa2 berlaku termasuk berlaku kebakaran kan. Itu aku nyer logik akal lah. Aku pun tatau lah keadaan dlm tu. Mana aku tau.. bukan aku penah melawat sesapa dalam sekolah juvana tu. Tp aku penah melawat penjara Kajang. Which, ko igt senang nak keluar gitu je. Berlapis2 pintu. Aku mmg masuk area dlm tu. Dpt lihat para banduan tu. Masa tu kiterang wat lawatan sbb nak tgk cara derang ni simpan stok kat stor. Dan org yg datang melawat sanak saudara bukan masuk kawasan dlm. Kat luar dari pintu berlapis2 tu. Itu penjara kot kan.. sekolah juvana tak begitu. Agaknya lah.

Lan Botak. Eh. Lan Todak. (eh..cam sebut nama laki sendiri plak). Aku rasa tak perlu kut dia meliuk lentok cam nak bagi org menyampah la kononnya. Tak jadi lah.. Sepanjang masa ko buat ala ala melatah tu. Naik meluat plak rasa.

Next... bebudak Wira Bakti - aku sker je. Botak masih cam dulu. Ain pun camtu. Daim cam tenggelam sket watak dia sbb dia dah bebas. Tp cute ja bini dia tu. Jadi Sara. Dia pakai kurung moden cam sweet sgt. Nak buat gitu lah walo aku tau aku tak la sweet cam dia. Haha. Tetiba.
kredit : Gua.com.
Jadi, oke ja kalo nak pegi tgk. Takde la rasa ralat kuarkan duit utk menonton. Takde seteruk citer Antu Botol Kicap (ahaha.. teruk nya compare ngan citer tu). Cuma, gmbr cam gelap kengkadang. Aku pun tatau adakah sbb MBO atau mmg citernya begitu. Siang pun gelap. Apakah?

p/s : Balik kg ujung mggu ni nak suh abg aku beli kat Astro First lah. Cam tak puas lak tgk. Ahahaha. Mesti dah kuar kot. :P

23 January 2013

Edisi Movie : Juvana


Lama tak tgk wayang dah.
Rasa nak tgk ini.
24 Januari-esok- is cuti. Jadi buleh tgk yg "Se-Awal Burung" punya. Hihi. Kalo rajin nak bgn awal la. Sbb rasa cam malas ja. Hauhauhau.
Nak g tgk tpt yg dkt ngan umah ja. Walo rasa cam tak bes je MBO tu. Sesekali tak mengapa lah. Malas nak masuk tetgh KL tu.
Sesekali. Layan je lah. Byk pelakon diminati dlm tu.

Mmg lama sgt dah ni tak menonton movie.
Sbb citer skang cam terhapa je. Tgk tajuk je dah takde selera nak tgk.
Wawa Semput??
Heh!
Buat tajuk ilmiah sket boleh tak?
(eh. tp Adnan Sempit yg tajuk tak ilmiah pun aku tgk jugak ye dok?? Hawhawhawhaw)

20 May 2012

Movie : What To Expect

Atau tajuk sebenarnya What To Expect When You're Expecting.
Ah. Org lain sure tak 'expect' nak tinguk citer ni kan. Sbb byk lagi citer bes. Avenger la apa lah (yg pasti bukan Mantera la kan. Haha. Citer apa tu? Tomok lak tu heronya. T___T )

So, gi tengok hari Jumaat malam tu. Semata-mata kerana Bunga Bunga Syurga, aku tgk yg midnite nyer. Yg start kul 11.30pm. Phew... lama kot dah tak tgk tgh mlm ni. Mujo tak mengantuk. 
Kami kuar dlm kul 10. Igt nak makan roti canai dulu. Kat kedai feveret kami lah. Rest Syed @Doraisamy tu. Tapi jemmm... plak ngan tader parking. Terpaksa tukar tpt, makan kat mamak kat Imbi tu je. Tp dkt dah la ngan BTS. Kali ni aku tak beli trus tiket online, beli kat kaunter je. Phew... mujo sempat. 

*suppose entry ni buat kat blog khas 'sanun', sbb ada sesket pasal TTC, tp takpe lah. Sekali skala perlu juga citer pasal TTC dlm blog ni. Lagipun nak bukan nak citer sgt pasal TTC pun, ni pasal movie kan*

Sbb aku nak tgk sgt - harus la sbb citer expecting expecting ni kan. Lagipun aku ada buku ni.
kredit : Here
Tapi ni "before" la. Bila nak "when" pun entah lah.... hurmmmm.....! *doa.. doa*

Oke, back to movie. Pelakon dia bes bes.
kredit : here
Cameron Diaz - seorang trainer. Terlibat dlm program realiti tv ala-ala biggest loser tu lah. So, dia pregnant lps dia masuk rancangan realiti menari cam 'sehati berdansa'. Lps tu dia konflik sket dgn 'boyfriend' dia pasal nak sunat kan anak atau tak, sbb derang scan lelaki. Tp rupanya lepas lahir, dpt baby girl.

Kredit : Here
Elizabeth Bank - dia ni lak bukak kedai jual peralatan bayi dan ada buku cara susuan ibu. Dia ni TTC la. Kelaka bila dia set dlm smartphone dia date bila ovulate. Lps tu skali ada alarm gitau dah ovulate, dan dan tu la dia ajak husband dia. Padahal masa tu kat kedai, then husband dia nak gi mana tah. Haha. 
Aku pun ada download gak application utk set ovulate ni dlm myS2. Tp idak la ber alarm bagai. Itu kalo yg bayau kut. Aku dload application pree je *cheapskate. Miahahahah*  
Yg ni inspiration utk aku la. Sbb dia ngan asben dia dah cam pasrah. 2 tahun ni dia tak minum arak, last2 dia minum je. Lps tu dia kata dia taknak pikir dah about TTC ni. Kalo tak jadi, buat IVF je. So, dia minum arak puas2. Pedulik. Skali lps tu, buat UPT,  naik double line. Kemain byk dia buat test. Seronok gile dia bagitau kat asben dia yg masa tu tgh swimming kat pool. Heh! Sebak kejapp... seronok nya kan...

Kredit : Here
Yang ni plak kawen ngan orang tua. Husband dia adalah ayah kpd husband Elizabeth Bank tu. Kira cam mak tiri muda la. But, dia ni sempoi je. Dia pregnant kembar. Siap buat baby shower bagai-bagai. Orang kaya la katakan. Dia bersalin pun senang je. Skali bersin je. Hihi. Comel!

kredit : Here
Yang ni plak mengandung secara tak langsung. Jumpa kawan sekolah lama, main sekali je. Trus ter pregnant. Tapi dia bleeding, trus gugur. Jadi tak lama la dia pregnant. 
kredit : Here
Jlo berlakon sbg freelance photographer, lps tu jadi tukang bagi makan shark kat taman tema. Yg ala-ala Akuaria tu lah. So, nyer dia ni tak pregnant la. Cumanya dia mmg nak anak. Jadi amik anak angkat smpai ke Africa sanun. Husband dia lak cam taknak buat adoption ni. Konflik sket la. Yg lawak sbb husband dia ni ada kawan2 yg dah ada anak. Yg kalo kuar peptg duk bawak stroller bawak anak memasing. So, husband dia je takde anak. 

Paling bes aku rasa Elizabeth Bank tu lah. Watak dia cam menonjol sket. 
Dan terkesan di hati bila derang deliver lah. Cam alahaiii... entah ek.. susah la nak cakap. Hanya kami yg ber TTC je faham kut. Sedih pun ada. Mmg nak keluar je air mata ni, tp ku tahan jer. Huhu.

Oh, citer ni 18PL. Tp takde apa pun yg 18PL sgt. Takde adegan ranjang, takde citer melampau lah. Aku rasa citer melayu yg tidak dikategori kan lagi la lebih 'terbuka'. Cerita mana tu?? Pepaham sendiri sudah yek...
Alah, dah masuk Malaysia, harus la di edit sana sini. Kalo nak yang uncut, kena carik DVD dia la kot. Huhu.

Bagi aku oke la citer ni. Sapa yg TTC, takde citer nak tgk, boleh la tgk citer ni. Jadikan inspirasi utk kita :)
Dan aku takde nak bagi bintang2 pada citer ni. Dan diingatkan kalo nak tgk - Don't put High Expectation sgt yew. Nati bila dah tgk jadinya... alah, tak bes pun..entah hapa2. Sbb citer ni mmg bukan citer sedih, takde sendu sendu bagai yer. Cuma...mungkin yg dah lama TTC (3 yrs above) mungkin ada sekelumit 'rasa'. That's it.

2 March 2012

Perihal Adnan Sempit 2

Menonton pada tarikh yg empat tahun lagi baru jumpa balik date tu.
Huhu.



First time aku tgk citer (melayu) yang terbahak2 dari awal hingga akhir citer.
Org lain tak ketawa tu aku tak kesah. Mmg la camtu kan. Ada yg sker, ada yg tak sker. Org lain giler sker tgk Ombak Rindu, aku tak rasa apa pun. Memasing kan.

Tp aku mmg enjoy giler kot tgk citer Adnan Sempit 2 nih.
Oh. Hantu Kak Limah gelak gak. Tp tak la sepanjang citer rasanya.
Tp yg ni mmg la lawak.

Mengong tau. Kondifen, ahli koperasi, it's hurt... dan lelain lagi ayat2 Adnan mmg sumpah lawak.

Sapa blum tgk tu aku syorkan pegi la. Bukan la kata nak carik 'sesuatu' dlm citer tu. Takde apa pun. Just hiburan la. Lawak nak mamppp....

Dan aksi cikaro rempit ni pun bes gak.
Metrowealth
Pemilik nama sebenar Ilia Iryani Shuib turut memberitahu dia jugalah orang yang sama melakukan aksi merbahaya menggunakan motosikal dalam filem arahan Ismail Bob Hashim ini. 

Walaupun terdapat aksi yang ditunjukkan dalam filem ini agak merbahaya untuk seorang gadis, Ilia yang sudah berkecimpung dalam dunia permotoran sejak empat tahun yang lalu tidak gentar untuk melakukannya.
Sumber : Tupai

Kesimpulannya mmg lawak. Double lawak. Harap2 ada Adnan Sempit 3 yg derang dah ada anak. Hahahahahaaaaaa.............

P/S : Saya masih menanti alamat dari penerima souvenir dari Langkawi ini. Baru ada 5 alamat dari 12 org tu.
http://pnstoberi.blogspot.com/2012/03/perihal-10-penerima-souvenir-dari.html

21 January 2012

Perihal Viva Home dan Fazura

Ari ni Sabtu.
Wiken yg panjang minggu ni kan. Siap ngan tambahan cuti pree 2 ari.
Maka, takkan nak lepak umah.
Sbb tak balik kg, mari kita pikirkan apa perlu di buat utk ari pertama cuti ni.
Utk ari ke2 - ke 4 seme da ada agenda.


Plan nak ke Tupperware. Mau amik Rice Dispenser.

Skali da abis stok plak. Wah. Laku RD ni bln nih. Mebi sbb ada free gift tu.
Akak tu kata ari Jumaat baru dpt stok baru.
Fuh. Mujo turn ahkak yg dpt. Kalo tidak sure org lain da bising2 sbb lambat dpt.

Lps tu panjangkan kaki ke Viva Home.
1st time being here.
Umobile buat hal dlm tu. Bleh takde line. Jadi no check-in from VIVA Home. *motip nak check in kat seme tpt yg pegi??*
Tp tpt ni cam bes. Nati da masuk umah baru, nak beli segala sofa ke, katil, tilam, dapur etc.etc.etc bleh mai sini. Bes. Bes.

Lps tu tgk wayang.

Sbb da lama tak tgk wayang. 
Last citer apa tah. 
Lama giler dah kot. Bln 11 ke 10 tah.

Maka, pagi tu tgk ada promo Bujang Terlajak kat Nasi Lemak Kopi O.
So, check via MyS2 je lah time dia. *Bes la application Cinema Showtime nih. Mmg memudahkan. Sapa kaki wayang bleh d.load application neh*
Aku tgk kat Viva je lah. RM11/person. MBO situ. Tp wyg dia cam tak bes ja.
Kan kalo TGV or GSC dia cam menurun kan, so takde la napak sgt kepala org dpn.
Ni mcm menegak ja.
Mujo la org tak ramai.
Eh. Bkn tak ramai. Tak ramai langsung.
Skali ngan aku tgk kul 1.45pm tu ada la dlm 10 org kut.
Haha. Kasihan.
kredit : Budiey
Ala, aku nak tgk ni bkn sbb pasal rasa citer ni bes ke tak.
Saja.
Dah lama tak tgk wayang. 
Lps tu cam citer lelain takde yg bes. 
Citer cina je byk.
Takkan nak tgk citer I Love Hong Kong 2012 tu kan.
Kut yer pun kenangan manis kat Hong Kong, tp taperlu la nak tgk movie Hong Kong jugak.

Citer ni oke la. Jadi la buat gelak2 kata org tu.
Jgn la expect bes nak mati. Sbb nati ko akan rasa duit ko rugi. Dan rasa sakit ati.
*aku dgr ada org ckp rugi duit dia dlm toilet masa kuar dari wayang tu*
Pegi tgk utk santai2 ja. 

Yg lawak Nabil. Sbb dia cakap macam alih bahasa suara Detective Conan tu.
Haha.

Citer dia ada 3 org ni. Bujang Terlajak. Nabil, Saiful ngan Johan. Derang duk satu rumah *rumah Nabil*. Bapak Nabil ni kira kaya la. Lps tu nak carik jodoh. Jumpa ngan Puteri *Fazura*. Lps tu seme nak ngorat la. Bapak Puteri ni buta. Dia kata anak dia nak kawen ngan org yg kurang upaya cam dia gak la. Lps tu tetiga ni berlakon jd OKU la dlm nak memikat si Puteri nih. Saiful jadi buta, Nabil jadi pekak n Johan jadi bisu. So, kat situ la ada lawak2 dia. Last2 cam kita bleh agak la. Rahsia terbongkar jugak. Tp akhirnya Puteri pilih gak salah sorang dari derang ber3 tu. Siapakah? Sila lah menontonnya. Kalo taknak pegi wayang tggu la sesapa donlod kang bila dah kuar kat Astro First. Haha. 
Tp Fazura sgt cantik oh. Baju dia pakai dlm citer ni seme simple2. Tp cantik je aku tgk.
Tetiba ter idola kan cara Fazura berpakaian. Eh.?


Kredit : Here
Kredit : here
Tetiba aku makin sker la si Fazura nih. Lawa nyer la hai.
Kredit : Metro

5 December 2011

Movie : Ombak Rindu

Rata-rata blogger da up citer pasal Ombak Rindu. Dan ujung minggu yg lps ni lagi la ramai dah tgk kan?. Me?? Harus la pun da tgk. Hikhik. Hari Jumaaat tu ari lah. Tayangan kul 9.40pm. Igt kut jammed. Kul 7 lebih da kuar opis. Skali blum kul 8 da smpai. Tak jammed dan mmg la BTS tu sekentut cuma dari opis haku ni ha. Lama jugak tunggu. Lepas gi makan pun masih ada byk masa lagi dan sempat sambar satu 2 ketoi barang. Hihi. It's Y.E.S season kata nya kan.


Mmg ramai la. Itu mmg tak dinafikan. Nak2 plak haku tgk hari kedua yg esuknya cuti. Smpai seat dpn2 pun penuh jugak. Mujo da beli online. Tp kalo tgk kat BTS ni mmg aku beli online ja. Smpai trus scan je tiket yg print tu. Mudah sajork.

So, review haku.

Haa.... takut nak tulis sbb rata2 seme kata bes, 5 bintang seme. Haha.
Bukan la kata tak bes, tp org yg mmg bukan ber'jiwa' Nur Kasih, ber 'jiwa' Lagenda Budak Setan, aku rasa cite ni oke la. Takde la tak bes, dan takde la bes nau. Oke je kalo nak pegi tgk. Sila lah tgk. Terhibur dan berbaloi duk 2 jam dlm panggung tu.
Menangis??
Oh. Dah ku kata ku ini mmg keras hati dan takde simply menangis takde sbb.
Aku hanya sebak dlm 3 scene.
Scene pertama - Izzah di rumah makcik...err...bleh aku lupa makcik apa. Ala, yg kira mak betul si Hariz tu la- yg makcik tu kata "Allah uji kita sbb Allah sayangkan kita".
Scene kedua - ayat yg betul2 buat aku terhiris seketika (seketika je la) - yg kurang lebih berbunyi "tiada yg lebih bahagia bagi seorang perempuan kecuali menjadi ibu" - ni masa Izzah igt dia keguguran.
Scene tiga - tah tak igt. Yg masa Hariz tak dpt nak contact Izzah apa seme tu la kut. Bleh lak lupa.
Tp tu la 3kali aku rasa sebak sket. Lain takde. Haha. My dear kata 'awak memang..tak normal'. Miahaha. My dear pun samo... lagi truk, dia kata cam tgk Cerekarama. Lagi choi kan.

Mungkin aku tak menghayati atau aku tak memasukkan diri aku dlm citer tu, maka tu aku cam biasa je.  Lagipun aku duk mikirkan jalan citer ni dgn apa aku baca. Nak ingatkan balik sbb lupa dah jalan citer tu. Citer adaptasi dari novel mmg akan rasa kurang sana sini sbb novel cam detail. Kira novel mmg lagi bes la. Itu je aku bleh cakap.

Then isu ranjang. Mmg hot la dan secara tak langsung tlh mempromo filem ni gak. Kat wall FB Wardina pun napaknya hangat diperbahaskan. Tp mmg ada sedikit termalu la adegan tu kalo bebudak bawah umur tgk. Tp mungkin bebudak tak paham lagi. Esp tang Hariz dah naik 'geram' tgk Izzah berkemban duk jemur kain. Urut atas lagi, atas lagi. Lagi sket. Muahahhaha. Scene ni la kot Maya Karin kata Alhamdulillah dia dpt melakukan dgn baik tu. Hihi. Aduhai. Aku nak komen lelebih pun malas, sbb aku pun bukan la terbaik. So, biar lah yg sepatutnya komen.

So, itu je lah review saya utk Ombak Rindu ni. Mmg bukan jiwa saya sebenarnya citer camni. Tp sbb da lama tk tgk wayang dan my dear tanak tgk citer Kucing maka, pilih la yg ni sbb nak gak la tumpang selit org duk citer kan. Haha. Choiii....!

Oh. Ada scene yg mak Hariz baca buku cam buku tu terbalik. Dgr soksek juga dlm wayang org kata buku terbalik. Hihi. Buku tu mmg gitu designnya. Dpnnya betul, dan kulit blakang mmg direka terbalik. Buku hasil nukilan Tun Mahathir. Aku perasan sbb buku tu aku da lama aim. Cuma macam masih blum terbuka ati nak beli. Kat pesta buku dulu aku da pegang letak dah. Cam bes, tp kang aku baca selai 2 je, lps tu terperuk entah kat mana. Nak tau pasal buku tu ada kat sini 

Front
Back

Tapi lagu ni mmg aku ter minat lps tgk citer ni. Bes..! {maka akan ramai la buat lagu dlm videoclip/slideshow pasni kan. Tweheheeheh}





Tuhan tolong lembutkan hati dia

Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

2 December 2011

Meleleh kah?

Demam ombak rindu yer skang. Tweheheeh.
Kali ni aku tak terkecuali. Novel dia bila tah aku baca. Ke aku ada buku tu kat umah. Lupa sungguh la novel2 aku da baca ni.
Sebenarnya aku jarang la gi tgk wayang melayu yg leleh2 romantik ni. Contoh cam Nurkasih *series dia pun aku tak folo*, Lagenda Budak Setan. Mmg aku tak pi tgk pun. Ada takde, citer Sepi tu ada la aku tgk.
So, sbb dah lama tak tgk wayang. Pulak tu mydear takmo tgk citer Kucing *tah bila la dpt tgk ni, ke langsung tak dpt tgk gaknya. Nak ajak Dee, dia masih ber cuti sakan kat Newzealand sanun*.
Maka reni, tgk je lah Ombak Rindu ni. Kalo tak dia tgk Petaling Street Warrior. Lagi la tak kuasa kan.

Katanya sedih banget.
Kompem ter esak-esak.

So, mari kita cuba.

Aku ni pelik sket. Susah banget nak nangis, kecuali aku tingat arwah ayah, ha..tu mmg kompem berderai punya. Lelain tu..agak sukar sket la.

Tpt tgk cam biasa lah. Mana ke lagi kan?? Lagipun situ, kalo citer melayu tak pack sgt. Tp kalo citer omputih ke cina ke mmg seawal mungkin kena beli.

Dari opis je lah. Tukar baju seme kat opis jer. Lps tu dinner kat BTS dulu. Bes! Bes! Mmg dating2 camni adalah bes. Sbb rasa mcm jaman2 bercinta cintaan dulu. Ihiksss....

Iklan :
*sapa salu bercuti-cuti meh la join contest ai ni :)

23 October 2011

Filem : The Thing

Aduhai nyer pun.
Nak tgk Reel Steel.
Bleh lak full house.


Hurm.

Misi menonton wayang adalah sbb nak abiskan tiket yg beli dari MyDeal tu ari. 
Retu da tgk Johny English Reborn. Oke la kan.
Igt nak tgk la Reel Steel sbb seme org kata bes. Bes giler. Bes sgt.

Tgk time dia kat KLCC awal kul 11, tp kul 11 pun tak mandi lagi.
Jadi godek2 lagi, kat Wangsa Walk ada yg 12.30pm.
Maka, terus ke sana.
Tp sampai je hampa sbb full house katanya.
Yelah, sbb voucher kan, mana leh booking. Kalo tak lama da booking. Lagipun aku jarang tgk TGV. Aku salu tgk kat GSC-BTS ja.

So, akur. Tgk The Thing. Abis mu nak tgk klip3GP. Kuwasa la mak noks. Kang dload je dari Kawe Ni. Eh. Hik hik.

Bila tgk The Thing ni rasa dejavu. Motip??? Sama je seme mcm pilem lama. Apahal.
Tp debaran2 tu tetap la ada.
Tp kalo pilem melayu buat camni sure mcm meloya. Bukan meloya sbb scary sgt sbb tgk perut terbelah dek alien tu, tp nyer, takkan la rasa suspen camtu. Satu cabaran ni. Eceh. Cuba buat filem sains fiksyen lak other than buat citer antu kan. Hahah.

Oke. Malas nak review.
Sama cam citer dulu tu.


Cumanya ending tu agak tergantung.
Adakah Kate tu dia jadi mutant dan bertukar menjadi seekor anjing??

Pasti dia pun kena virus alien tu sbb alien tu suda pegang kaki dia. 

Dah. Takyah tgk la kot.
Kang jadi dejavu cam aku gak. Miahaha.

18 September 2011

~Pasal Movie : Johny English Reborn~

Bagi aku mmg bes movie ini.
Menggeletek hati. Time abis je citer ni, satu panggung bertepuk tangan. Haha.
Mmg leh release tension lah.
Sapa minat sker  nak gelak gelak bleh tgk ini citer. Klaka ai tell yu...

Johny English yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean. Apa je yg kita suspect kalo ada Mr Bean ni selain dari lawak2 beliau kan.
Tp kali ni sbg Johny English (JE), dia lebih cool. Dia jadi agen risikan yg diberhentikan atas satu kes di Mozambique, tp lps 6 thn dia dipanggil semula. Masa tu dia da blaja ilmu2 mempertahankan diri kat Pergunungan Tibet. Yang dah belajar melembutkan yg keras dan mengkeras yang lembut (tp tetap la ada clumsy beliau tu kan. Hahahah)


Tp kira ni ada action jugak la. Ada lawan2. Tp tetap dalam mood klaka. Ko mampu bawak heli tp ikut guna jalan raya utk carik hospital? Lebih baik bawak keta je kan. Klaka amat. Hahaha.

Paling aku tak bleh tahan masa yg dia naik turun kan kusi waktu meeting ngan PM segala tu. Bleh plak ter patah tpt tombol nak naikkan kusi tu. Lps tu dia jadi tinggi... pehtu jadi rendah (ada dlm trailer).

Dan masa dia gi Swiss utk carik dalam org jahat yg nak bunuh PM China. Klaka amat jugak. Sbb org jahat tu sudah tune otak dia utk ikut cakap org jahat tu.



Oh. Meke juga tlh ter pengaruh dgn citer Hantu Kak Limah kita. Dia pun ada guna wilcha. Tp Wilcha yg klas sket la. Ada gear utk Fast, Very Fast and Extra Fast ke apa tah - yang diterjemah sbg Laju Gila kat skrin tu. Huhu.

Pegasus/Pamela - cam ketua la dlm ejen risikan ni. Ptt cam familiar muka dia ni. Awek X-Files dulu kan. Gillian Anderson.

Dan dia juga ada awek yg minat dgn karakter beliau. Awek tu juga bekerja dlm ejen risikan tpt dia keja - MI7 -sbg seorang peng hipnotesis. Rosamund Pike yg melakonkan watak Kate Sumner.
Sbb awek ni jugak la, Johny English kembali "reborn". Hihi. Eceh!

Tp omputih ni kalo buat citer sng je masukkan adegan utk pemimpin derang cam PM la, Queen seme. Ce kalo kita buat, musti jadi isu besau dah. Huhu.

Jadi, sapa tak tgk lagi dan tatau nak tgk citer apa kat wayang, sila lah beli tiket wayang utk menonton citer ni. Bes!

2 July 2011

~Pasal Dating Dengan Optimus Prime~

Apa lagi. Booking lebih kurang seminggu dah. Itu pun da full. Haih. Kalo la citer melayu pun camni mmg gempak dok ada la. Bukan pecah panggung dah. Tahap pecah punggung dah. Eh. Ko merepek apa labuuu???

Yesza... selesai pun menonton Transformers : Dark of The Moon.
Tetiba aku ter jatuh chenta dgn Optimus Prime. Haha. Giler. Seme org duk jatuh cinta ngan Seth Tan la, Aaron Aziz la, aku pi ter jatuh chenta ngan lori truck. Kihh...

Utk yg 2 dulu, aku sker Bumble Bee, tp skang aku sker Optimus Prime. Cam bes gitu. Paling sker ayat dia yg kata 'kita akan berjuang habis habisan'. Maknanya satu kerja mesti kena buat dengan bersungguh.
Tp sian dia, tgn kudung kena potong ngan Sentinel yg jahat dan giler kuasa tu. Siap aku ckp ngan my dear, sian Optimus Prime, da kudung tgn.
My dear jawab ' dia takpe... dia mesin'
Oh. Ye tak ye jugak. Sure nati boleh dibaiki. Hihi.

Tp dgn Bumblebee pun sedey gak time Witwicky tgk mata dia tu. Masa tu Bee hampir2 nak kena bunuh dgn Decepticon yg jahat banget. Selamat tinggal kawan lama katanya. Tp mujur tak mati.
Err... aku da 'potong' ker? Hoho.

Tp aku tetap rasakan citer ni tarrr baeekkk.. tatau la sbb aku tgk 3D kot sbb napak kecai2 mesin tu dpn mata kan, tp kalo 2D pun aku rasa terbaekk jugak. Cuma lenguh bontot duk dlm tu 3jam. Mmg lama eh citer ni? Yg masa sequel ke2 aku tak igt dah lama mana.
Imej : Google
Seme org komen cam tk sker si pompuan ganti Megan Fox tu. Yg jadi Carly. Tp aku tak hal pun. Oke je. Seksi youu.... tehhee.. Lps tu dia bukan motip utama pun kan. Motip utama aku adalah Autobot n Decepticon. Lantak pi lah sapa pun jadi heroin dia. If ko nak taruk Kak Limah pun aku takde hal. Biasa la aku ni... menda2 camtu tak effect pun.
Imej : Kredit Here
Nama betul dia - Rosie Alice Huntington-Whiteley. Mana tak seksi, dia dulu model Victoria Secret.
Leh tgk sejarah dia di sini.

Cuma mcm takde ending sbb takde citer pasal mak pak Witwicky last last tu dan 2 eko mesin kecik belaan Witwicky (Brains n Wheelie) yg bantu menjahanamkan mesin Decepticon. Mati terhempas ke apa dua budak kecik yg comey tu. Hihi

Oke. Itu saja review saya. Tenkiu.

18 June 2011

~Pasal KL Gangster~


Not bad - 4 ari tayang da 6  juta lebih. Info terkini leh tgk kat website Finas.
Cam biasa, da lewat baru aku berkesempatan nak tgk. Nak tgk wayang pun ada had limit gak kan. Takkan seminggu smpai 3,4 wayang nak pi tgk. Nati pastu sangap.
Tp bulan ni macam tetiap minggu je pegi kan.
Last week je pulun 2. Isnin (6 Jun) Karak. Pehtu Jumaat (10 Jun) - Kung Fu Panda.
This week pulun KL Gangster plak.
Nxt week takdak. 
Nxt 2 week harus la Transformer (dan mungkin citer Sekali Lagi kot)

Oke. Oke. Review.

Cam biasa. Slogan aku kalo nak tgk wayang - aku nak tgk bkn sbb aku anggap citer tu best. Aku tgk sbb aku nak tgk. Best tak best blkg jugak kira. Hahahahha.

Kalo ikut aku citer aksi2, gaduh2 ni malas je aku nak tgk. Tp udah my dear mcm nak tgk, so pegi. Pada aku oke la kut citer dia. Berapa bintang nak bagi? Entah. Lupa nak tnya my dear (sbb dia nak tgk, dia la kena bagi bintang. Huhu).

Tp apsal eh si Shark tu duk cakap wa lu wa lu. Anak cine ke hapa. Bapak tiri dia si King tu oke je cakap melayu. 

Citer dia mcm walo gangster derang ni ada ati perut gak la. Mcm part Jai tu, dia jalan2 tetiba napak anak2 gelandangan tido tepi jalan takde baju. Maka dia selitkan duit (RM100 kot). Padahal Jai ni gangster paling ganas la. Ngan abg dia pun dia tiaw.

Cam Malik tu toksah kata la kan. Mmg cam citer2 Hongkong tu. Yg kalo hero jahat tu tetap la baik. Dan 'Mail Lambung' kita tu pun.... kuar je muka dia terus org ketawa. Haha. Mmg bes la Mat Jijan ni. 'Ni abg long Dil, nati nak jadi Ayahnda Dil' (oohh.. ni la ayat2 yg ada 'org' terasa yaw). Bes part keta dia terbakar 'alamak..keta aku da jadi BBQ'. Gitu la lebih kurang. Hihi. Tp sian dia, kena rodok perut ngan si Shark yg mmg takde ati perut.

Kalo citer Lu Langsi Lu Mati tu ada keta total lost, pilem ni pun ada gak. Abis kena hempuk2 lagi. Haiya.... manyiak ganas oo itu Shark... ayah tiri dia pun dia bunuh. Tp akhirnya tewas di tgn Malik. Kata hero pujaan Malaya kan. Haha. Seth Tan..Seth Tan.

Si Ajib ni pun bes gak.
Kredit : FB AJIB KL GANGSTER

Soffi Jikan nama betul dia.
Byk dia berlakon. Dlm Man Laksa pun ada (yg tggu turn nak masuk Jamban sbb sakit perut tu kan), pehtu Zombie Kg Pisang - yg jadi MA tu.

Secara keseluruhan - oke la. Filem yg takde langsung kisah cinta. Haha. Good. Good. Lari sket dari tema citer Melayu.
Dan aku agak mengkagum bila da abis wayang tu, nak keluar, aku napak 3 anak muda cina pun tgk skali citer ni. Bukan mudah nak tarik org bukan melayu tgk citer melayu. Gud job la utk Shamsul yaw..

10 June 2011

~Pasal Ber Kung Fu Di Hari Jumaat~

Akhirnya.... dpt gak tgk citer Kungfu Panda 2. Walo da ujung2. Takpe. Nak gak tgk.
Pegi waktu lunch hour tadi. (biasa ler. Ari Jumaat. Rehat 2jam setengah katanya kan. Harus sempat).
Pegi pun tak plan dari awal. Memula igt nak lunchdate je ngan Dee, tp bila dia kata dia nak mai amik kat opis then kiterang tatau nak makan kat mana, maka aku trus dpt idea nak ajak dia tgk wayang.
Dia pun tak kesah. Sbb Dee da tgk, maka aku la blanja dia. 
Maka aku trus bkk web GSC. Zas,zas,zas,bla,bla,TAC code,bla,bla,print. Done!
Tygn kul 12.20, tp smpai kat sana da kul 12.35. Maka agak2 kalut la.
Tp senang banget sbb tak perlu beratur sbb beli online dia self print ticket. Bagi je kat budak yg jaga entrance tu, dia scan je. Senang banget.
Dan aku da pilih tpt ujung2 je. Tk perlu nak sekius me, sekius me kan.

Apa yg pasti aku amat berterima kasih pada teknologi online dan opis ku yg sejengkal cuma dari seme tpt ni. Syukur.

Dapat pun tgk si Po yg comel dan berjaya meruntun hati ku. Sedey tau masa part mak dia tinggalkan dia dalam bakul lobak tu. Sobsss.


Cute giler. Awat McD atau KFC tak buat patong camni. Kut tak mesti berebot aku nak beli. Huhu.


Masa ni pun cute bangettt... nak la seko Panda... cute. cute. cute.


Haha. Kelaka tau part ni.

Apa pun terbaek lah citer ni. Ada pasal kasih sayang antara sahabat. Antara ibu bapa. Antara keluarga. Dan semangat 'keharmonian dalaman'. Pendek kata - ai loike sesgt.


Ter baekkk....★★★★★

Kebanyakkan gmbr dari : 
http://kungfupanda.wikia.com/wiki/Category:Images_of_Po

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign