Pages

23 October 2017

RizqCheckGigi : Kali Kedua

Alah. Takde rupanya cerita Rizq gi check gigi.
Okay. Takpe. Masih belum terlewat utk makRizq jot down kat sini.
Rizq mula tumbuh gigi masa umurnya 6 bln. Ada citer kat sini.

Mula mula makRizq pun tak tahu baby kena bawa check gigi.
Baca kat grup kanak2 kat FB baru cam ooo, kena bawak gak ni.
Derang citer ada yg jadi anak angkat klinik lah apa lah.
MakRizq pun google lah no klinik gigi berhampiran.
Okay je derang layan.
Katanya utk kanak2 hari Jumaat pagi. Walk in je tak perlu appoinment.
Jadi, masa Rizq umo 9 bulan mak bawak gi klinik gigi untuk kali pertama.
3.3.2017. Kejap je. Kira cam datang kul 8.30, kul 9 lebih camtu siap dah.
Lagipun bukan ada prob apa.
Utk yg pertama kali ni, kita buka rekod lah dulu.
Free je utk mak pak yg kerja kerajaan.
Bawa je buku baby n mykid dia.
Pastu nanti nurse panggil utk check.
Macam kat tmpt kiterang ni dia check kat tingkat atas utk kanak2.
Sbb Rizq takde prob apa, nurse just nasihat cara nak berus gigi, jaga gigi apa semua lah.

Ni rekod utk 1st time.



Kalau kat buku rekod kanak2 (kerajaan) mmg dia ada tulis pemeriksaan gigi kali pertama antara umur 6-9bulan kalau anak dah tumbuh gigi.
Seterusnya masa umur setahun.



Jadi, kali kedua makRizq bawa masa umur 16bln.

13.10.2017.
Masa ni Rizq ada 8 batang gigi baru.
Kali ni juruterapi pergigian yg check.
Rizq okay je buka mulut.
Then katanya gigi Rizq okay. Tkde prob.
Tak perlu sapu florida ke apa.
(ada juga toddler yg ada masalah gigi macam rapuh, then derang akan sapu florida).
So, dia kata berus je gigi cam biasa.
Yey! Alhamdulillah.
Kiterang mmg nak jaga elok2 gigi dia.
And nak dia berani pergi check gigi.
Tu yg biasakan pergi klinik gigi dari awal.

Utk gigi, kami pilih utk pergi kerajaan. Sbb gigi pun takde masalah. Klinik gigi pun tak ramai orang. Jadi, takde apa yg perlu dirisaukan. Lain lah KK, tu mmg ramai orang. Tu sbb kami tk buat routine check up kat KK. Nurse klinik gigi pun baik2 belaka :)

Mommies semua yang blum bawa anak check gigi boleh lah pergi bawak.
Takde masalah pun takpe. Just utk tgk2 dan nak biasakan anak2 dgn doktor/juruterapi gigi. Nanti tkde lah dia trauma ke apa.
Cara check gigi anak2 ni, dgn kita mak ni pun baring skali. Pening kepala mak tau. Haha.

19 October 2017

#menukaptenRizq : Chicken Bone Broth

Bone broth is one of the most healing foods you can consume, including popular chicken bone broth. Rich in nutrients like gelatin and glycine, it helps to protect and heal your gut lining, skin and digestive tract


Bone broth adalah satu super food yang boleh dibuat untuk baby/toddler.
Boleh bagi baby bermula 10bulan.
Sangat bagus.
Mak Rizq memang rajin buat Chicken Bone Broth aka CBB untuk Rizq.
Untuk boost immune dia.
Senang sgt CBB ni. Sbb tu makRizq rajin buat.
Well u know me lah kan. MakRizq ni bkn rajin sgt nak masak2 ni (T___T).

Dan CBB adalah bahan wajib ada dalam freezer mak Rizq. Sbb CBB ni amat membantu kalau mak Rizq da buntu nak masak apa.
CBB boleh dijadikan sup. Masuk air, tambah CBB, tambah ayam, tambah carrot - dah jadi sup ayam. Simple kan :)

Cumanya, kalau nak senang, guna slow cooker.
Kalau guna periuk biasa jenuh nak tunggu masak sbb CBB ni perlu masak lama untuk dapatkan stok dari tulang temulang tu.
Yes, mmg boleh pakai pressure cooker, tapi lebih elok kalau kita masak dalam masa yg lama.
Yang paling senang, guna slow cooker.
Tapi jangan guna periuk Aluminium. Bimbang ada resapan air asam akan jadi racun pada kuah. Sbb bone broth ni kena letak bahan yang masam (ie : air lemon, tomato, acv).
Boleh juga guna dapur gas biasa. Tapi kena selalu tgk api dan jaga air dia lah. Takut kering.
Mak Rizq guna slow cooker. Biasanya mak buat hari Jumaat malam. Dari 10mlm sampai lah 10pagi esuknya (Sabtu). Buat hari minggu sebab senang nak prepare and siapkan utk masuk dlm peti ais. Mak Rizq guna slow cooker kecik ja. Yg 3.3liter.
Takyah nak cynical kata slow cooker ni mahal lah, nanti elektrik mahal lah.
No no no ya...
Slow cooker ni tak sampai RM100 pun kat Jusco. Dulu masa Rizq makan nasik lembik, makRizq guna ni usung merata. Senang sgt nak buat nasik dia.
Pastu skrg ni guna utk buat CBB lah. Takde kerugian pun nak invest. In fact kita teringin bubur nasik ke bleh guna gak slow cooker ni. Tp lambat sket lah nak masak dia. Takde hal. Sblm tido tu buh la beras ngan air. Bangun pagi dah jadi breakfast (eh. Best plak. Nanti nak buat lah bubur nasik berlauk nih).
Utk elektrik plak - takde byk pun consumptionnya. Nama pun slow cooker. Mmg tak bergerak pun lahai meter elektrik tu. Toksah duk risau lah letrik byk. Tu tv ngan peti ais tu lagi kuat elektriknya. Ni pun bukan kita pakai hari2. Takat seminggu skali. Takde effect apa lah.

Tkpe. Ikut lah mana2 cara mommy yg mudah kan.
Dapuq gas ka, dapuq kayu ka.. ikut lah mana yg senang. Janji kita buat yg terbaik utk anak kita :)

Jom tengok cara2.

Chicken Bone Broth

Bahan :
*Tulang ayam.
*Kaki ayam (kalau takde pun, takde masalah. Cukup dengan tulang ayam. Tapi kalau guna kaki ayam, sup tu akan jadi berjelly. Itu lah yang bagus. Kolagen dan lelemak ayam dah keluar).
*Celery
*Carrot.
*Bawang besar.
*Bawang putih (lagi banyak lagi bagus).
*Halia.
*Daun sup/leeks/daun bawang.
*Sup bunjut.
*Jus lemon (boleh je kalau nak ganti dengan tomato/apple cider vinegar/asam keping. Tapi jangan letak 2,3 jenis bahan masam. Letak satu je. Kalau lemon, lemon je. Tak payah letak tomato ke asam keping lagi dah).

Cara-cara :
*Masukkan semua bahan dalam periuk. Masuk air. Biarkan selama 10-12jam (slow cooker).

CBB ni boleh dibekukan dalam freezer dan tahan untuk 3 bulan.
Bekukan dalam bekas kecik macam bekas dadih tu.
Bila nak guna, ambil satu, defrost dulu. Jangan terus masuk dalam periuk. Elakkan makanan sejuk beku terus dipanaskan. Cara defrost - turunkan ke dalam chiller/bahagian bawah peti ais. Biarkan dia thaw sendiri. Bila dah thaw, boleh lah masak macam biasa.
(cara - cara untuk defrost makanan dengan betul - defrosting)


Salah satu resepi dari blog omputih : bone broth

Ni antara CBB utk dak Rizq.





Stok CBB dia sentiasa ada dalam freezer.
Sangat berguna.
Boleh juga guna tulang lembu.
Atau kalau buat laksa pun kita panggil bone broth gak.
Tapi paling simple - chicken bone broth lah :D

12 October 2017

Rizq Jumpa Dr Natasha

[dah draft lama citer ni. Baru nak publish. Hihi. Kejadian adalah pada 19 Ogos 2017]

Setelah lebih setahun baru ada kesempatan nak bawak Rizq jumpa Dr Natasha.
Lagi pun saja nak tunggu klinik pindah ke tempat baru.
Nak tgk klinik baru.
Klinik lama di Wisma Perintis, Jalan Dungun Damansara.
Klinik baru di DC Mall, Damansara.

Memang dah lama plan nak bawa Rizq jumpa doktor.
Tapi, asyik lah bertangguh.
So, macam ada masa hari Sabtu.
Emel doktor tanya doktor ada tak hari Sabtu.
Doktor reply, kata dia ada - just buat appointment ja.
Terus call klinik.
Dapat appointment kul 9.45pagi.
Sokay lah.

Hari Sabtu tu, ada sket problem plak. Suppose nak keluar kul 9. Tapi, 9.30 pagi baru keluar. Dah la bukan biasa nak pergi DC Mall tu. Ingat senang ke nak pergi DC Mall tu. Berpusing pusing woh. Nampak macam senang. Tapi, kalau terlajak, memang kena main u-turn.

So, dalam 10.30 baru sampai.
Kebetulan dapat parking dkt lif yang terus masuk dkt dgn entrance KL Fert.
Keluar lif, belah kanan.
Dan masuk je klinik - Wow! sangat ni.
Cantik lah sangat.
Lupa plak nak ambik gambar.
Ala ala hotel sangat persekitarannya.
Dengan kerusi2 empuk.
Aih. Kalau gini memang terus rasa mood segar tau.
Sekarang ni kena ambik gambar dulu utk rekod.
So, receptionist kata puan kena ambik gambar dulu sbb dalam rekod takde gambar.
Wah.
Pastu dia bagi kad. Besar kad atm tu. Pada kad tu ada no rujukan kita. Makna, bawa kad tu each time datang klinik. Gitu lah.
Dulu pakai buku ja. Skrg dah ada sistem.
Dia panggil pun guna nombor tu ja.
Rekod mak pun masih ada kat derang.

Lama gak tunggu baru dapat jumpa doktor. Dekat tghari gak lah baru jumpa.
Sembang sembang jap dgn doktor.
Pastu doktor tunjuk gmbar2 kat dinding dia. Ada byk gambar baby2.
Ada salah sorang tu dia tunjuk. Dia ingat Rizq. Tapi bukan yang tu.
Hehe.
Semua tu baby hasil dari kemajuan teknologi perubatan bidang OnG.
Ilmu Allah ni luas kan. Dan kami salah satu pasangan yang berikhtiar melalui ilmu ini.
Alhamdulillah.

Cam biasa. Doktor Natasha sangat lah baik.
Ambik gambar dengan doktor.
Pastu dak Rizq meragam. Cakap kat doktor ada surau tak sini. Nak bf.
Pastu doktor yang siap pi bawakkan pi surau. Bukakkan lampu.
Yallah hai.... memang tersentuh hati,kan?
Nampak keikhlasan doktor ni.
Sebab tu lah ramai yang success dengan Dr Natasha.
Bila dia ikhlas, kita as a patient pun senang hati.
Doc kata anytime je dia terima if kami nak dtg treatment utk "adik Rizq" 
Haha.
Try natural dulu lah doktor. Hihi.

Okay. Kalau nak tgk keadaan klinik, bleh tgk kat web KL Fertility ni.
Sesapa yg tgh carik carik tempat rawatan fertiliti, boleh la consider klinik ni.
Saya sangat sangat recommend.
Boleh jumpa Dr Natasha. Atau nak doktor lain pun boleh.
Just call je. And kata nak buat appoinment.

11 October 2017

Experience Refund Cash Dari Lazada

Hey...!
Aiols ni pengguna setia Lazada tau. Bertahun tahun dah jadi pembeli Lazada ni.
Dari semurah barang hingga lah barang yg beribu.
Ya.. ai penah beli panty liner dari Lazada ni. Haha. Masa tu cam lambat je nak gi kedai, terus beli lah. Dan yang termahal adalah barang elektrik - slow juicer and Beaba Babycook. Tidak lah beribu ribu sangat tapi hampir2 gak lah.
Selama lama ni memang takde masalah lah dengan Lazada ni.
Order - sampai. Paling lewat pun dalam 3 hari camtu je.
Simple.
Dan kalau COD pun cepat je sampai.

Terbaru ni aiols pun nak lah beli seketui periuk nasik kecik.
Khas utk masak nasik dak Rizq.
Ya... beaba boleh masak nasik, tapi u know y lah kan. Dah ada tapi macam leceh pulak. Senang lagi periuk nasik.
Sebelum ni guna slow cooker. Sbb tekstur nasik masih lembik2. Bila Rizq da bleh makan nasik biasa, kiterang guna lah rice cooker biasa tu. Melantun lantun lah kalau masak nasik 1 pot je kan. 
AyahRizq kata - carik lah kat Lazada.
Ha. Tu yang mak carik kat Lazada tu.

Carik carik, takde yg boleh COD. Eh. Ke ada. Tapi ada caj delivery apa semua - jadi mahal.
So, beli je lah yg terus bayar.
Order 29 Sept. Dia kata sampai before 4Okt.
Tunggu2 takde.
Bila takde, terus live chat kat Lazada.
Bila live chat dia kata barang tu tgh nak hantar. ETA dalam 9 Okt.
9 Okt kita pun tgk la kat Order Status.
Eh. Dah takde apa2. Kira cam takde process apa2 dah. Kalau tak sebelum ni dia highlight tgh "processing". Ni takde apa pun. Haih. Tak boleh jadi ni.
Laju laju mak live chat sekali lagi.
Sekali yg reply tu kata - barang tak boleh deliver - nak refund.

Waaaahhh... mengkalau kita tak tanya, takde nya deme ni nak kabo.
Ni antara live chat pada 9 Okt.


Geram sungguh mak tau. Tak pernah jadik gini.
Saja mak saiko kan derang kata kesian anak tak boleh makan nasik. Periuk takde. Haha.

[dalam pada tu, mak terus tgk kat shopee - kebetulan ada mycybersale kan - ha...kau.. kat shopee murah weh dari Lazada. Apsal lah tu ari aku tak tgk kat Shopee terus. Hiiiii]

Orang Lazada tu mintak no akaun, IC apa semua.
So, petang tu dapat emel kata derang tgh process refund.
Esuk paginya pun (10.10.2017 jam 10.28am) dia emel lagi kata memang nak refund. 
Tapi jam 10.51am dapat emel kata nak reimbursed plak. Sbb katanya aku tak bagi no akaun. Reimbursed ni kira cam nak kontra lah. Kita beli barang lain, depa akan kontra dgn jumlah yg barang kita tak dpt tu. Dia bagi no voucher. Eh... taknak haku. Kang beli, barang tak boleh hantar lagi. Kuasa lah aih.

Terus lah aiols live chat sekali lagi. Susah plak nak dpt. Call pun jenuh tunggu. 
Okeh. Cuba lagi.
Dapat. Live chat. Kata nak reconfirm bebetul. Nak bagi cemna ni. Refund ke reimbursed.
Sekali mak saja bebuat bengong2.
Haha.



Okay.
Dan dalam pada cong ceng ngan Lazada ni mak order kat Shopee.
Order jam 3ptg.
Esuknya kul 3 da smpai pun periuk tu.
Haha.
Shopee ni mostly memang laju.
Sbb seller situ takkan dapat duit selagi dia tak antar barang.
One more thing, kita boleh terus chat dengan seller dia direct. Jadi, kita bleh tanya ready stock ke, berapa lama hantar apa semua.
Dan satu lagi, Shopee akan notify kita kalau seller tu pernah ada bad record.
Setakat ni, aiols tak pernah ada masalah dengan Shopee.



Refund tu pulak, hari ni (11.10.2017) tgk ada emel. Payment Advice dari Citibank.
Macam emel scam tu. Yg kata kita dapat juta juta tu kan.
Haha. Da la citibank selalu kena scam, kan?
Tapi, tgk macam ada full name mak apa semua, berani la klik buka.
Tgk kat maybank2u pun dah masuk.
Sokay lah.
Bagus lah Lazada. Buat kerja cepat juga.
Thank u lah.
Now taktau nak sambung merajuk ke tak dgn Lazada.
Haha.
Ye lah. Mak soping online kat Lazada je.
Ada yg pandang Lazada n Shopee ni shopping online yang cam kampung2 je.
Takpe lah. Ada aku kesah. Berjuta kot laman web shopping online ni. Takkan kita nak citer kita beli kat sekian sekian tempat. Tak pyh lah aih.

Cuma satu je lah.
Kadang kita ni tulis2 status ni merefleksikan balik diri kita.
Kita acah acah play victim. Pikir ada je orang nak sabotaj kita, ada orang selalu kutuk2 kita. Padahal kita pun camtu. Selalu pandang rendah pada orang. Anggap orang takde standard. Tu lah tu.
Bila kena tahu pula meroyan kita ni. Kan?
Tak cakap orang aih. Sbb dah kata - tulis adalah refleksi diri kita. So ai cakap pasal diri ai lah. Takyah nak terasa terasa sangat :P

9 October 2017

Holiday Kapten Rizq : Port Dickson

Hai uols.
Last weekend Rizq, ibu, ayah pi weekend getaway.
Ala. Dekat2 je.
Sebenarnya redeem voucher yang mak beli masa Matta Fair (MF).
Bukan MF yang bebaru ni. MF bulan Mac dulu.
Huhu. Naseb dia boleh redeem sampai Disember.
Tapi, takkan redeem masa cuti sekolah, kan?
Memang tidak lah.
Memula tu mak nak redeem bulan 5. Tapi date kiterang nak tu dah full.
Jadi, tangguh sampai lah bulan 10.
Sebab ada slightly problem.
Nak call, kemain susah nak dapat.
Last last suh ayahRizq call kan. Dia cam terer sket bab call call ni. Org tu suruh emel semula tarikh nak booking. Sokay lah.
Dapat lah utk 7-8 Oktober.

Kiterang gi weekend getaway kat Lexis Port Dickson ja.
Bukan Grand Lexis. 
Tak payah grand grand. Rumah dah ada kolam. Nak apa lagi. Lagi buat susah je sbb dak Rizq ni mmg suka ke sana ke mari. Pantang lepa. Ambik yg ada kolam tu kang, lagi buat risau.
Jadik lah sekali dah merasa duk Grand Lexis tu [citer kat sini]
Bila baca balik..la... lama dah rupanya. Tahun 2012. Masa tu belanja ayahRizq. Bufday dia. 

Dak kecik tu memang seronok la merayap ke sana ke mari.
Eh. Not bad gak lah Lexis ni pun.
Kiterang duk Premium Tower Seaview.
Dapat tingkat 8.
Dan.. pemandangan adalah awesome!
Rasa cam nak dtg sini tetiap tahun plak utk refresh :)
Bilik best.
Smooth check in - staff semua okay dan baik  baik.
And check out pun senang walau ramai orang.
Parking pun senang.
Mak bagi 5 bintang terus.
Oh. Voucher yg kami beli ni takde breakfast. So, tak bleh nak bagi rate utk makan ya. Hihi.
Jom, tgk gegambar.
Bantal busyuk kena bawak tu :P

Kusyuk kasyam ibu baru bangun :D


Ada orang kata nampak tembam yg ni. Hihi

Sunset. Cantik lah sangat.
Subhanallah.

Panorama mode.

Settle cuti cuti Rizq utk bulan Oktober.
Can't wait utk bulan November plak.
Yang tu mmg new experience lah. Utk Rizq as well as us being a parent. Hihik.
Yang tu kalao smooth, baru kita bleh tiket utk gi jejauh plak :D

Gambar tambahan :
Makan kat ayam bakar cowboy

3 October 2017

Hello October


Dah masuk bulan 10.
Maknanya setahun dah makRizq masuk kerja lepas maternity leave 3bln and cuti menjaga anak satu bulan.
Setahun juga dah jadi full time working bf mom.
Pelbagai kisah suka duka.
Dengan pengalaman baru.
Yang pasti Allah bagi apa yang kita perlukan, dan bukan apa kita mahu.
Perancangan Allah itu terbaik.
Sepanjang setahun bekerja selepas cuti ni pun bermacam juga yang dihadapi.
Setahun yang penuh warna warni orang kata.
Tapi, yang paling best adalah melihat development our precious gift - Rizq Iskandar. 
1 October masuk umurnya 16 bulan.
Alhamdulillah.
Perkembangan tak terlalu cepat, tak terlalu lambat.
Membesar menjadi anak yang cergas, sihat dan sentiasa manis muka nya.
Alhamdulillah.
Jarang sangat tak sihat.
(mungkin atas asbab kurniaan Allah masih fully bf)

Sekarang bulan Oktober.
And bulan November - Disember kami ada famili trip ke Sabah.
Wah. MakRizq is tak sabar.
Semua dah settle.
Flight, pakej (penginapan n pengangkutan).
Tinggal nak pegi je lagi ni.
Kali ni kami tak ramai.
Dalam 9 orang je.
Opah Rizq tak follow. And anak2 abgcik pun 2 orang tak follow.
Yang pasti ada tambahan ahli baru - Rizq Iskandar. Hiihi
Okay lah.
Apa pun doa yang baik baik.
InsyaAllah akan dapat yang baik baik :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign