Pages

31 January 2018

Pesta Buku Tahun 2018

Yey!
Event yg tak pernah tak pergi saban tahun.
Kecuali tahun 2015.
Sbb buat di Maeps.
Dan masa tu pregnant pulak.
Memang tak la nak pergi tempat memanjat bukit cam maeps tu.

Last year dia dah buat di PWTC semula.
Weols pergi.
Bawa Rizq skali.
Naik tren ja ☺

Tahun ni - save d date.
Sebelum puasa ni.
Yey!

30 January 2018

Wishlist Come True!

Ini bukan wish list nak beli barang apa.
Ye lah. Dah jadi mak kertu ni rasa macam takde apa dah barang nak di wish list.
Selain dari rasa menyemak rumah je.
Ada byk menda weh aku beli (online) yg elok tak buka dari kotak lagi.
Salah satu nya - noodle maker.
Haha.

Okeh. Lupakan.
Ini wish list dari dulu lagi.
Iaitu..

Ngeh ngeh ngeh.
Maaf kan lah mak kertu ini.
Dah umur nak masuk 39 tahun baru tahu erti nak belajar swimming.
Mujur lah belum masuk 40 dapat di realisasi kan.

Mak memang suka swim.
Mak memang suka xtvt air.
Tapi, mak tak reti berenang.
Even, orang suruh snorkeling pun takut2.
Failed!

Nak belajar swim. Tapi kena pergi kelas yg rasa macam tak dapat nak commit.
Tapi dream come true bila member tag ada kelas buat kat rumah.
Yey!
Trus je w.app tanya nombor yg tertera samada dah full ke belum.
Naseb belum full.

Mak start belajar on 20hb Januari tu ari.
Ada 4 sesi kelas semuanya.
Mak dah settle 3 kelas. Makna ada satu lagi.
Tapi cikgu kata, kalau ada macam tak pandai je lagi, dia bagi je extra 1 class.
Kena pakai swimming suit and goggle.
Swimming suit memang ada dah. Yang muslimah tu. Tapi goggle takde. Hari 1st kena pinjam goggle cikgu. Tapi lps tu terus pi Sogo - beli goggle and baju swimming yang baru.
Ha. Kat Sogo, brand Ogival n Arena tu pun banyak dah baju renang muslimah.
Saiz pun kecik2 ja. Tkde la besar gabak. Harga pun okay ja.

Sangat best okeh.
Cikgu ajar breast stroke technique.
Kami berlima. 3 orang memang residen KSU and 2 orang luar.
Pastu cikgu (coach) nya umur 56 yg mmg master lah berenang.
Memang international qualified teacher.
Cikgu kata kelas sejam setgh tapi kami biasa melarat dkt 3 jam.
Sejuk giler weh.

Dah 3 kali kelas ni, cikgu kata mak okay semua bab tangan, tapi bab kaki masih failed.
So, kena banyak practice lagi.
Baik cikgu.
Apa lah guna rumah ada kolam renang saiz olimpik tapi bila masuk pool tu berjalan dgn kaki. Hahaha.
Mak kena kemaskan lagi stroke tu then mak nak try juga berenang tempat yg mak tak jejak kaki supaya mak bleh berenang kat open sea. Wah. Itu cecita mak tau. Cikgu kata kalau nak pergi belajar tmpt tak jejak kaki, kena pi kat UIA. Okay, dah pandai nanti nak pergi sana lah pulak.

Best juga sbb dapat kenal kawan2 baru.
Yang sama residen tu pun baru kenal. Padahal sorang tu blok mmg sama.
Pastu yang sorang tu - blok C - Doktor kat emergency HKL.
See.. bila ada xtvt ni baru networking kita luas sket.

Kolam renang ni luas dan besar. Tp kami guna hujung ja.

Sebenarnya mak nak antar Rizq untuk swimming class juga.
Dah deal apa semua dgn coach dari last year.
Tapi, maleh bebeno nak pergi ke tmpt orang tu.
Tgk lah nanti. Kot mak buat kt rumah juga ke cemna.
Carik orang then dapat lah murah sket. Kan?

Oh. Mak belajar swimming dengan Bidadari Ladies Swimming.
Kalau rumah uols ada pool, then uols nak belajar berenang, just contact je no tu. Nanti derang akan iklankan carik orang lagi utk cukupkan.
Fees apa semua blh tanya kat cikgu tu nanti.
Selain dari tu, cikgu ada buat kelas kat Batu 9 Gombak juga.
Best la swimming uols.
Suka lah sangat. In love. Hiks :D
Tq Marliza yang tag akak tu ari tau.

25 January 2018

Rizq's Toddler Milestone

Lama tak cerita ceriti ttg milestone dak Rizq kat sini.
Kena jot down juga sbb nanti boleh jadikan kenangan.
Kadang2, baca gak cerita2 lama dlm blog ni.
Seronok.
Okeh. Apa perbezaan baby (infants) ngan toddler ni.
Meh tgk dulu.


Maknanya Rizq dah lama dah masuk fasa toddler.
Not baby anymore.
But.. but.. still our baby, precious baby to be exact :).

Bila dah toddler ni, akal dia semakin panjang tau.
Sebenarnya umur toddler ni seronok nak main2 dgn dia.
Sok sok dia tahu erti kebosanan, dgn mak pun dia taknak layan. Haha.

Rizq dah tahu simple instruction.
:)
Contoh, masukkan baju dalam bakul baju kotor. Yang ni dia tahu start masa umo 1 year lagi.
Masukkan sampah dlm bakul sampah.
Amik shoes bila nak keluar.
Dan.
Suruh buka tingkap kereta sbb nak main angin (T_____T).
Dia tau je nak tekan power window tu. Cuma tak reti nak tekan kuat je.
Sket lagi mesti boleh tu.

Then, dia seorang anak yang suka gosok gigi.
Takde mengamuk nak gosok gigi.
Hehe.
Dia tgk mak dia sekali je gosok gigi. Then dia tahu itu adalah berus gigi.
So, bagi je dia berus gigi n dia masuk dlm mulut.
Then kita ambil lah, berus kan.
Kalau dia berus, mana mau nya kan.
Tu hari ajak dia mandi.
Dah buka baju, seluar semua ni. Tinggal pampers ja.
Pastu buka pintu. Eh. Tgk berus gigi dia takde.
Suruh dia gi ambik sbb sblm tu nampak dia main main berus gigi tu sampai kabinet kat ruang tamu. Tapi taktau pun entah kat mana dia letak.
So, suruh dia gi ambik.
Laju dia kedek kedek dgn ber pampes nya.
Kiterang nak tgk akai dia, kat mana dia nak pergi.
Sekali ehhh.. dia tahu kat mana dia letak. Dia ambik n bawa pergi bilik air ('',)
Trus cam rasa..wah..bagus nya anak aku.
(hahahaha.. matik pi lah, puji anak sendiri. Tapi, memang semua toddler pun camtu lah. Simple instruction tu mmg boleh dah utk toddler below 2 yrs).

Utk gigi, mak dah bawak dia pi klinik gigi 2x dah. Pertama masa umurnya 8 bulan. Masa dia dah ada gigi 4 batang. Pastu masa umurnya 14bulan. Berapa btg dah masa tu. Lupa plak. Ni bulan depan nak bawa lagi skali. Sekarang giginya ada 16 batang. Lagi 4 batang dah complete gigi susu dia. Yang tinggal skrg ni gigi geraham kt blkg tu ja :D
Mak gi klinik gigi kerajaan utk check gigi sbb situ mmg pemeriksaannya lebih teliti. Kalau klinik gigi private dia nak check kalau ada masalah je. Yg klinik gigi kerajaan ni, mmg tugas derang utk check. Ada masalah ke takde masalah ke, check je.
Rizq tak pernah pun sapu floride ke apa tu. And dia pun rilek je masa nurse check gigi dia (dua kali tu dulu la. Skrg ntah la..haha).

Bercakap plak.
Pun dah boleh la sket2. Tpi idak la "fluent"
Dia dah boleh cakap 2 ayat cam "nak dodok.." 
Pastu kadang kita tgh masak2 kat dapo dia dtg tegur "wat pe tuuu?"
Alahai.
Haha.
Lain2 tu bahasa alien lagi lah. Tapi mulut mmg pot pet sangat.
Tatau entah ikut sapa yg ramah tamah ni.
And yes. Bila dia tgk orang dia akan senyum.
And babai.
Tapi, dia takkan nak kalau orang ambik.
Mak syukur yg tu sbb mak pun tak selesa orang pegang2 dia. Hehe.
(kedekut anak ke apa ntah).

Selainnya.
Sama mcm anak2 yg lain seusia dgn nya lah.
Cuma, dia agak lewat juga berjalan.
Umur 18 bulan baru berjalan.
Oh, yang ni, mak akan share cerita2 Rizq buat fisioterapi pula.
Untuk mak mak, kita perlu risau tak kalau anak masih tak berjalan pada usia 1 tahun 6 bulan?
Jawapannya - Ya! Memang perlu risau.
Tapi, takpe. Mesti ada solutionnya.
Yang ni nanti mak Rizq cerita kemudian.
Okay lah. Mak pun tak boleh nak tulis pepanjang.

Banyak kerja menanti.
Ni pun sekejap2 je ni.
Mak still mengepam di office. Still bekalkan ebm ke rumah nenek asuh.
Dalam 2 botol sehari.
Alhamdulillah, masih dipermudahkan utk urusan itu.
Sket je lagi mak nak settle, kan.
Lagi berbaki kurang lebih 4 bulan.
Mak akan usahakan. Dah 20 bulan mak mengepam. Eh. Tak. 16 bulan. Sbb mak masuk kerja masa Rizq umo 5bln. So, 4 bulan maternity leave tu tak pam. Pam sekali sehari ja utk buat stok. Tu pun 3 minggu sebelum masuk kerja. 

Okay, sebelum tu meh la mak belanja gambar anak teruna mak yg rajin ni.
Boleh la sapa nak amik dia utk perkhidmatan dibeli.
Rajin sangat ni.. orang nak ambil penyapu tu simpan pun dia mengamuk marah.
Aiyooooo (T_____T).

17 January 2018

#kaptenRizqkeSabah : Kundasang

1 Disember 2017 (Jumaat).
Salam Maulidur Rasul. Dan salam Jumaat dari Kundasang.

Pagi yang indah.
Amik peluang berjalan2 sekitar homestay.
Serious best walai tokou ni.
Bleh consider pada sesapa nak berkunjung ke Kundasang.
Puncak Kinabalu is depan mata ai tell yu.




Dan Rizq tetiba gatal gatal mata! 
Mata hitam dia jadi kecik. Sbb mata putih dah berselaput tebal. Kaget jap mak dia. Ya Tuhann.. apa kena nih.
Abgnyah kata maybe kena hay fever.
Sebelah je kena. Cepat2 sapu dgn susu badan.
Lps tu nampak surut. Tp derang ni semua dah macam cemas.
So, pergi lah klinik.
Merasa lah Rizq ada rekod kat Klinik Kundasang. Haha.
Old skol sungguh lah klinik tu.
Siap doktor tu pun pakai baju putih doktor. Pastu dia yang amik ubat sendiri.
Doktor kata maybe alergi. Asal dia aktif, okay je doktor kata.
Yang lawak, doktor tanya lepas ni nak pegi mana. Ingat doktor tak bagi pegi tempat berhabuk ke apa. Rupanya doktor recommend pergi Rabbit Village. Haha.
Kiterang diagnose Rizq jadi gitu sbb alergi debunga. Kat homestay ada sepokok mangga yg tgh lebat berbunga. Dkt sgt dgn beranda homestay. Sama aras dengan Rizq berdiri. Tu yg dia tak tahan tu kot. Aiseh. Cemana nak pegi tempat yg ada musim bunga ni, kapten?? Hehehe.

Tema kiterang hijau pada hari kedua ni.



Lps gi klinik, kiterang pergi Desa Dairy Farm. Kat sini tiket masuk dah includes dalam pakej.
Dah elok dah area sini. Kalau dulu nak pergi pun melantun2 batu. Skrg dah turap elok dah.
Cuma lembu2 tu macam jauh dah. Tak berapa nampak.
Tapi, memacam makanan dah ada.
Sedapnya oreo cheesecake tu :P


Lps tu ke Poring.
Sebelum tu singgah makan dulu. Kat Poring tu gak lah.
Lunch style hidang kt depan entrance Poring tu.
Kat Poring pun kami tak bayar tiket masuk sbb dah termasuk dalam pakej.
Kami tak masuk dalam pun. Dulu dah pernah pegi. Lagipun hujan renyai2. 
Duduk kat building depan tu je.
Rizq pulak poo poo.
Oh, kat sini tak mesra baby ya. Takdak pun nursing room ka, baby room ka. Pepandai kau lah cemana nak uruskan. Cumanya toilet agak kering. So, takde lah rasa cam kotor.

Dari Poring kami balik semula ke area Kundasang. 
Singgah solat Zohor kat surau on the way tu.
Tak pergi pun Luanti. Sbb driver bawa kami ke tempat lain. Masa kami ke Sabah dulu pun kami tak pergi Luanti ni.
Driver bawa kami ke Kg Marakau. Kat sini pun ada feeding fish. Tapi, lebih menarik. Ikan lebih besar. Besar yg memang besar. Ikan tu lalu kut celah kaki kau pun rasa geli.
Bagi makan pun ada style nya.
Genggam makanan ikan, pastu bagi ikan sedut celah genggam tu.
AyahRizq taknak bagi sbb dia geli. Laaaa... tah pehapa tau.
Mak Rizq tak bagi lah ikan tu makan sbb babywearing Rizq. Tp syok lah tgk ikan besar2 tu.




Dari situ kami ke rabbit village.
Eh. Nak pergi sini jalan teruk gak. Macam nak pergi ladang lembu dulu tu. Eish. Ni kalau bawak kereta sendiri tak confident kot. Terberenti gak van kami masa nak naik bukit tu. Haishhh.
Kat sini masuk bayar sendiri. RM5/pax. Nanti dia bagi makanan sekali.
Tapi, rabbit pun dah kenyang. Taknak makan dah.
Rabbit memang byk. Rizq geli geli berani nak pegang. Hehe.


Settle - balik ke pekan Kundasang. Tu pun dah dkt kul 5. Dah nak maghrib kiranya tu.
Beli KFC untuk makan malam tu.
Kalau dulu kami makan KFC, rasa sedap sgt coleslaw, tapi kali ni coleslaw takdak. Huhuhu.
Oh. Kaknyah nak makan kepak ayam madu. Tapi dah habis. Kesiannnn... (T____T).

Settle hari kedua.

2 January 2018

Ending Year 2017

31.12.2017




Nanti kita cerita panjang lagi perihal ini.
Pertama kali berkongsi kisah di media cetak.
Untuk berkongsi cerita bersama rakan "sekasut".
Tidak sama sekali untuk "mencapub"
Hanya untuk memberikan semangat.

Berita selanjutnya : Kosmo

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign