Pages

28 March 2011

~Pasal Trip To Simpang Pertang~

Oh. Ini cerita Khamis lepas. Lambat lak aku update.
Akhirnya selamat jugak smpai ke Simpang Pertang.
Setelah misi pertama tidak berjaya akibat terpaksa control cunh di tepi hway berdekatan Planter's Harvey tu.
Maka esuknya dicarikan jugak la keta utk kiterang ke sana. Pegawai yg jaga kenderaan kata, kalo aku nak pegi this week lagi ssh sbb keta da abis di booked.

Ai tak kesah. Pegi nxt month pun takpe. If org odit tanya kenapa tak pegi buat pemeriksaan, ai kata je keta da takde, saya nak bawak keta sendiri ke Simpang Pertang tu pun haram tatau jalan.
Kali ni demand. Fobia kat Waja. So, dpt CRV. Haha. Tp mmg ada hikmah nya naik CRV okeh. Kalo Waja mau aku muntah monggek kat dlm keta. Pening oih. Aku rasa jalan nak balik kg aku da cukup pening (pada sapa yg tak biasa la), tp nak pegi sini lagi pening.
Kira masa outstation tu sebelah Negeri Sembilan kami dah jelajah. Miahaha.


Pegi lalu ikut LEKAS. Kuar kat... err..kat mana eh exit dia. Before Seremban la tapi. Masuk Kuala Klawang, Jelebu suma tu. Jumpa byk tpt hutan lipur. Tak penah dgr pun nama tpt Jeram Toi. Oh. Napak juga signage Broga. Buleh naik bukuit Broga ni kut situ yer? Napak plak signage hutan lipur Lata Kijang. Kat Perak tu air terjun hutan lipur Lata Kinjang yer. Jangan tersilap. Napak jugak signage Gunung Antu (ye ke? sound like that lah).

Barang situ tak byk nak di check kan. Kejap je keja kiterang abis. Gmbr2 buat keja takyah tepek sini lah. Tepek kat blog official dept aku nati. Jadi gmbr terhapa2 ada la sini.

Seperti gambar makanan ini :


Makan kat kedai Kak Wok. Mujur Kak Wok. Kalo Kak Limah? Jenuh lak nak kena nyanyi henjit henjit semot.... Tp dpt makan local nyer masakan. Sedap la. Tp aku tak berapa 'chara' sbb amik ayam goreng tepung. Kat KL pun ada. Haha. Nak wat cena. Aku telur itik tak makan, perut tak makan. Derang suma amik lemak perut ngan rebung, and telur itik.

Ofis kiterang ni dok tang tengah tengah. Antara sempadan Jempol n Jelebu.

Us yg dari KL. Yg smlm nya bertebeng tepi longkang hway.

Ni buek kojo ko nak camwhore? Miahaha.

Harus la rekaan bumbung minangkabau. Kata kat Jelebu kan.

Tgh brief before nak  mulakan keja. Tu showroom derang.
Cantik oh produk buluh kat sini.
Aku da plan nak tempah kusi buluh kat sini.
Nak buh kat balkoni umah baru nati. Huhu :D

Lps tu check suma aset, then tgk tanah yg masih kosong. Bos suh pikir dan come out ngan proposal apa nak buat tanah kosong tu. Errr...homestay boleh bos? Atau lot ni kita ratakan, buat tanam chili... kita bako..kita bako.. Eh...

Balik lak kut Kuala Pilah-Senawang-Highway PLUS. Lalu kat Kuala Pilah tu tetepi jalan tu berderet org jual makanan salai eh. Daging salai, itik salai, ikan salai. Sekali jumpa yg tulis camni
Telur itik
Itik salai
Suma cakap 'eh. telur itik pun ada salai'.
Rupanya, dia jual telur itik, dan dia jual itik salai jugak.
Keta kan laju. Napak cam tulis telur itik salai je.

Dan akhirnya selamat smpai ke opis dlm kul 5 lebih. Alhamdulillah... next station - Johor plak :D

3 juta komen

eh... tpt lapang tu bukak gerai jual benda2 salai la... yg jual tepi jalan tu susah nak berenti... ;p

dr lekas kuar kt Panchor, sban.. masuk KK..
jln kt n9 mmg semua berliku2.. tu pasal org N9. pandai main drift.. wakakakaka

sbb kan kraftgn kt smpg pertang tu dok kt sempadan la kami bermasalah nk wat submission.. kena antar dedua daerah... owhh .. encik sanusi yg handle projek smpg prtg ni wujud lg ke?? hehehe

Maria :
Tak reti oh aku nak masak menda2 salai ni. Derang buat gulai lemak kan??

CBL :
Entah..exit tang mana tah. Lupa dah akak. Tp bes la gak, sbb buleh jumpa memenda yg kita tatau dan selama ni penah dgr je. Jd skang dah tau. hihi

Uit..ada la bkn Sanusi, tp Samsi. Maiahah...ada, ada.. ni akak nak kena pikio apa lagi nak buat kat tanah lebihan tu. Huhu

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign