Pages

Showing posts with label belajar. Show all posts
Showing posts with label belajar. Show all posts

7 November 2015

Best nya Orang Konvo

Last month musim orang konvo kan.
Err.. tak termasuk konvo bebudak tadika lah kan. Hiks.

Seronok tgk orang berkonvo.
Jauh di sudut hati, terselit jeles.
Heh! Mau tak jeles. 
Rata rata kengkawan yg sama register kat UM tu ari seme pun dah konvo bebaru ni.
Cuma ada sorang kawan chinese tu dia konvo sebelum ni. Last year ke. Tapi awal la dari kengkawan yg lain ni.
Laju betul dia.
Kalau ikutkan ai pun dah konvo lah ni.
Dah ada Master Degree in Public Admin from UM.
Ecewah.

Okaylah. Mungkin dulu ada yg tahu ai further Master kan.
Siap tunjuk ID card bagai kat FB.
Pastu senyap. Haha. Padan lah muka. Haha. Now tkpe, dah tak main FB. Haha.
Orang belajar sekerat jalan kan. Memang lah tetiba senyap.
Muehehehe.

Bila orang tanya kenapa tak abis.
Ai jawab senang je - malas!
Haha. Orang akan blank nak tanya lagi bila dah jawab camtu.

Sebenarnya ada lah sebab musabab lain.
Tapi, sebenarnya mmg ai tak berapa nak rajin lah.
Ai ingat dulu, ai rajin. Rupanya... tak! Haha.
Orang kata, takde anak senang lah nak study.
Takde lah. Bukan pasal anak ke apa.
Ai cuma rasa, ai dah duk kat zon selesa, dah boleh jalan ke sana sini. Tup2 bila jadi student ni ai jadi terkongkong. Nak kena siapkan assignment on weekend, nak g library apa semua. Pastu pulak saing2 ai seme belum kerja. So, bila ai grup dengan mereka ni, kesian pula mereka kena ikut time ai. Kadang lecturer bagi soalan waktu office. Dia bagi kat dalam sistem pagi tu, then petang kena bentang. Kau rasa cemana? Nak tak nak kau kena juga amik waktu ofis cari bahan apa semua kan? 

Ai rasa kurang keberkatan bila bekerja sambil belajar ni.
Eh. Belajar sambil bekerja. Orang lain boleh, itu mmg depa superwomen.
Ai rasa something wrong somewhere bila ai kena tumpu cari bahan utk pembentangan masa ofis. Ye lah, soalan bagi dalam kul 10 pagi. Kul 6 ptg ni dah kena bentang dalam kelas.

So, cukup 1 sem, I quit.
Settle. Abis dalam 2k gak lah tuition fees tu ari. Haha. Ai bebuat pejam mata ja.
Lepas pada quit, ai gone thro buat operation laparoskopi. Kira macam ada something jugak lah lepas ai quit tu. Konon ai nak tumpu pada fertility treatment. Tapi lepas tu nan hado jugak, ai sebok balik travel sana sini. Itu yang ai nak sebenarnya kheeennnn.... Haha.

Sungguh la ai jeles dengan korang yg committed bekerja sambil belajar.
Dan ai jeles tgk uols semua konvo dah. Huwaaa.... 
Tapi, bila fikir2 ah lantak lah! Banyak lagi menda lain yg ai bole buat.

Ai mmg nak further. Kalau boleh mmg sampai dapat Ph.D. Tu mmg cecita ai sebaik saja grad degree.
Tapi, ai mmg tak nak kalau belajar sambil bekerja.
Ai nak buat full time.
Sebagai penjawat awam, ai mmg ada peluang itu.
Sbb tu bebaru ni ai ada apply HLP. Cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa. Ai boleh belajar secara full time dengan gaji penuh!
Uols doa doakan ai dapat ya.
Ai nak sangat sambung Master dan buat full time tanpa ganggu waktu kerja.
Ai nak jadi full time student. Baru ai lega dan hati tenang.
Biar lah dah lewat. Biarlah dah dekat umur boleh pencen baru dapat Master. Takpe. 

Tapi, ai dah tak minta UM. Sbb dah malu. Haha. Tu ari kan tetiba berenti.
Ai ada minta 3 U yang lain. Seme pun dalam negeri lah.
Hajat hati nak je minta UWA. Cea.. nak Perth saja. Haha. Tapi usah dok merapu. Dalam negara sudah. 

Uols doakan ya ai dapat HLP tu.
Mekasih... :)

To my klik masa kt UM, Iza n Zaimah, tahniah dah konvo.
Akak tumpang happy :)


28 November 2012

Bkn WW : Cabaran Belajar dan Bekerja

Salah satu cabaran masa belajar dan bekerja ni adalah bila ko susah nak reach rakan2 sekelas. Pergh!
Apa nak kata bila pagi baru tgk ada topik utk kita present secara grup (berdua) dan ko pulak takde no phone grup-mate tu. Herghh..!

Satu Malaysia aku pusing carik nombor orang tu (oke, exaggerated) 
Aduhainya pun.

Nombor org lain yg aku simpan pun takde nombor kawan tu. Aduhai.
Aku plak, instagram dia aku add, tp nombor tak simpan. Lagipun tak sangka pun sbb suppose aku present ngan orang lain.
Skali nama lain plak naik kat spectrum tu.
Oh. Utk kelas ni, lecturer masukkan topik n siapa nak present thro website yg namanya Spectrum. So, tgk kat situ je lah. Smlm aku tgk takde, pagi ni tgk baru ada. Choi 3kali!

Tp mujo la ada rerakan yg very helpful.

Thanks to them.
Dpt gak aku reach akhirnya.



Buat je lah sambil2 kan.
Case study plak tu "u're required to advice the top management to reduce resistant to change..bla..bla..bla.."


Hurm. Mmg itu salah satu cabarannya sbb dulu masa fulltime sng nak access kengkawan (and oso lecturer). Skrg dgn kekangan masa segala, mmg cabaran lah aku rasa. 

Tapi.... sedar tak sedar, lagi 2 minggu kelas dah habis utk sem ni :)

Kejap je kan. Lps tu bulan 1 exam (gegar.. rasa cam blank je.. lama giler kot tak masuk dewan exam. Eh, ada, exam jabatan. Tu pun lamaaaa dulu dah. Sbb ada PTK yg aku malas nak amik. Haha)

Lps tu bulan 2 dah jadi senior. Ceaa..


Eh. Oke lah.. citer pjg2 plak. Nak edit2 sket lagi. Pastu dah. Present je lah petang kang. 
Good luck utk diri sendiri. Dan berdoa agar tidak lah hujan ptg ni.

Kalo tak.. pitam.. smlm pun 2 jam nak menyampai ke umah aku dari ofis. Tu kuar kul 7.30pm tu. Haih.

2 October 2012

HLP or SPPK?

Sebenarnya kerja govt ni, walo gaji agak rendah sket berbanding sykt GLC/bank/big comp segala tu, tp kemudahan byk jugak la. Eh. Nada cam tak bersyukur plak bila kata gaji rendah kan. Tidak lah macam tu. Oke je. Setimpal dgn lifestyle skrg ni.

Salah satu kemudahan yg ada adalah ini.

Hadiah Latihan Persekutuan utk sambung belajar.
Aku tgh berkira kira juga. Nak mohon ke tak.
Sbb kalo tgk, mmg memenuhi syarat.
Tapi, bukan senang nak dpt.

Beribu malah berpuluh ribu  kut yg apply.

Dan, ofis aku sendiri pun ada kemudahan lebih kurang camni.
SPPK namanya. Skim Pinjaman Pengajian dan Kerjaya.
Loan. Tp boleh tukar jadi biasiswa bila kita dpt pointer sekian sekian.
Utk Master tak silap aku 3.7 kut.
(gulp. Buleh ke score 3.7 neh?)

Berpikir2 gak aku.
Tapi aku rasa better amik SPPK sudah.
Lagipun ofis sendiri. Apa2 hal thro ofis.
Ni kang, apa2 hal jenuh nak manjat tangga JPA.
Tu kalo p sana, kalo call..... harap maklum je lah kan. 

So, itu lah... sapa yg keja govt, ada niat nak sambung study, sambung je.... 
Byk kemudahan kalo nak sambung belajar ni.
Walo gred kita tak tinggi mana, tak lepas smpai JUSA segala, at least, kita ada something juga. Utk diri sendiri dan juga utk pembangunan organisasi :)

1 October 2012

Edisi Ke Library

Seingat saya, baru 2x kali saya masuk Perpustakaan Negara nih (tak termasuk ada course kat situ.. tu lain, tu pasai keja)
Dan utk kali ke2 baru saya tahu yg rupanya tak boleh pinjam buku kat perpustakaan ni.
Haha.
Mana la CikDa tahu uolss... Cikda ingatkan cam library jaman2 sekolah, jaman2 kat U dulu tu. Pilih buku mana sesuai, then pinjam. Rupanya tak boleh cenggitu. Mostly buku adalah utk rujukan sahaja. Esp buku2 yg kalo terjatuh atas kaki, leh jadi cagu. Haha.

Bukan lah tak boleh pinjam semua.
Ada yg boleh dipinjam, tp ada dibangunan lain. Kat Wisma Sejarah tu. Itu pun bukan semua kot.

La... aku baru tahu nih. Haha.
Ye lah, ai bkn orang KL yg menggunakan library utk study ke apa ke kan.
Juga, ai bukan student di KL.
Ni dah jadi student balik ni baru la nak berjinak jinak dgn library.
Library UM

Kalo camni kekdahnya, harus kena ke library UM jugak lah napaknya.
Atau nati, kalo nak ke library negara tu gak *sbb dkt dah ngan umah*, kena la duk dari pagi smpai petang utk siapkan assignment. Hurm.

28 September 2012

Edisi Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

kredit : Here
Harap harap aku dapat gak kad ni.
Tweheheee.
Sbb aku kan siswa skrg ni.
Tweheheee.


TnC hanya ada ni.


KADS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT yang menepati kriteria-kriteria berikut:
  • Mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas (sijil, diploma, ijazah dan ke atas);
  • Pengajian sepenuh masa; dan
  • Warganegara Malaysia.

Aku mungkin stuck kat pengajian sepenuh masa tu je lah kot.
Tp course aku ni takde kategori ke full ke part. Sama je semenya.


Tkpe. Kita tgk cemana.
Kalo dpt tu, Alhamdulillah ler kan.

Byk gak tpt yg ada diskaun. Termasuk hotel2, kedai buku.

*Tahun ni nak dgr bajet pasal kepentingan 'siswa' jer. Dari aspek penjawat awam, takpe lah.. menda yg sama je kot. Cuma, harap2 ada juga faedah2 lain cam hal perumahan dll tu.

27 September 2012

Sambung Citer Kupu Kupu

kredit : here
Oke, sambung citer kupu kupu dalam perut semalam.
Phewww.... lenkali toksah duk buat cemgini lah. Kecut perut seme ada.

Citernya begini (kena citer gak utk kenangan lps abis blaja nati ni Insyaallah...)

Smlm kelas HRM. Dtg cam biasa lah.
Tetiba dtg grup member kat aku. Dia ni foreigner. Dari Iran.
So, dia tnya ada bawa case study tak?
Aku tanya case study apa?
Dalam nak citer tu lecturer da masuk kelas.

Lps lecturer masuk terus dia kata, ok kita bersedia dgn presentation.
Grup 1 - dia sebut nama. Lps tu grup 2 - adalah grup aku. Dan ada grup 3.
Aku pandang sorang lagi grup members. Dia pun tatau apa menda nak present.
Astaga.
Dalam ber4 kami (sebenar ada 6, tp 2 orang tak smpai lagi), sorang pun tatau ada case study n nak kena present.
Sebenarnya lecturer hantar case study tu thro spectrum. Padahal, pagi smlm tu ada la aku masuk spectrum. Apa hal aku tak pasan pun ada case study tu. Itu yg buat aku terkilan abis. Pulak, aku masuk gak spectrum version 2 punya. Takde apa pun.

2 grup yg lain dah ready la dgn derang nya slaid powerpoint utk presentation.
And kiterang baru nak baca case study tu.
Mujur lah sorang lagi foreigner (Thailand) dalam grup kiterang tu volunteer nak present. Dia baca seimbas lalu, then tulis point penting kat whiteboard.
Hah! Amek kau. Traditional method.
Tp mmg yg orang Thai tu sgt fluent English dia sbb dia blaja dulu pun kat Finland. Lawa budak ni. Islam. Nadia nama dia. Memula aku igt dia melayu. 

So, dia present ngan Farisa (Iran) tu.
Giler ah. Mencik tau camgini. Lps ni hehari nak tgk spectrum. 

Tu arr... camgini la bila yg dah kerja nak sambung blaja kan.
2 grup lagi tu mmg full time student. Mean, derang tak kerja. So, pepagi derang ada la masa nak diskas ke apa ke. Yg kiterang ni.... Adui..dui..

Oke, pas ni nak carik topik research plak. Kena gi Nat. Library la ni sbb takde masa nak pegi ke library UM sanun. 

*phewww.....* tarik nafas lega

*lupa nak tmbah, case study itu adalah sebanyak 10 mukasurat!

11 September 2012

Edisi Hari Pertama Bergelar Pelajar

Semula!

Ya lah. Sekarang ni sudah ada title student instead of orang gomen ya. Wuwuwuuu...
After 10 years tak masuk kelas/kuliah.
Bersedia tak?
Lama dah bersedia. Buat menda yg mmg dah suka kan. So, no hal.

7 Sept tu ari dah register.
Dia tulis Fakulti aku mmg 7hb tu - pagi.
So, pepagi lah pegi sbb kul 9 start register. Tetengok ramai giler dah orang. 
Oh, rupanya saja je dia tulis ikut fakulti tu, sesapa pun leh register.
Dia takut orang terlampau ramai je kalo tak ikut fakulti.

So, register.
Kul 9, dia bukak je pintu, menyerbu orang masuk sbb nak amik nombor.
Rasa awal dah. Tp dpt no. 20 lebih. Tp tak la lama sgt tunggu.

Dia ada kaunter2 dia, so mudah dah la.
Semak dokumen semua - tunjuk bukti pembayaran (mujo aku nyer betul, kalo tak satu hal nak ke Bank Islam plak, ada sorang brother tu kena, dah nak hangin dah dia) - bagi x-ray film (oh, aku rasa ni satu satunya tpt yg amek xray film, mujo aku buat sbb kat KPJ dia bagi CD skang ni) - register utk siswamail. Lepas tu abis lah. Settle. Dlm kul 10 settle dah. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Parking seme pun senang. Tumpang je kat kolej kat dpn office IPS tu.
Semua beli baru. Bes. Bes. Baru ada semangat. Hihik.
Kelas start 10hb (Isnin).
Kul 5 tajam tajam terus kuar dari ofis. Kalo tak, mmg nahas. Tersumbat, tersekat lah jammed nati.
Alhamdulillah, oke, dalam 5.30pm da smpai.
Kena tahan lak ngan pakgad kat main gate tu. Haih.
Dia tanya mana sticker, aku kata aku student baru.
Dia kata lagi, student baru tak boleh bawa kereta.
Hah! ko giler ke nak suh aku jalan kaki. Dari office ni, kalo naik tren bagai, jenuh tak sempat nak catch up kelas kul 6pm.

Aku kata, part time student pun tak buleh ke?
Oh, part time boleh kot katanya. Ek eh. Engkau bhgn keselamatan, jaga plak U ternama ni. Pulak tu bukan guard perkhidmatan dibeli cam ofis2 ni. Dah tentu itu mmg jawatan di situ. Lagi mau ber'kot kot'.
Pastu aku tanya, mana nak dpt sticker sbb masa register dia tak bagi pun. Lagi bes dia jawab apa tau
"tak tau, tanya kat sana nati"
Bes tak?
Satu lagi maybe dia ingat aku full time student - 1st degree kat situ kot sbb muka nampak cam muda jew.. awww..awww.. Ahahahaha.

Oke, hari ni, aku bawak kad matrik sementara aku (A4 size), kalo dia tahan lagi, aku tempek depan muka dia. 

Sampai je cari kelas. Fuh. Ingat kat atas, rupanya kat bawah. Penat naik tangga.
Ramai nyer dlm kelas ni.
3 jam duk dlm tu, aku pikir2 nak amik ke tak kelas ni.
Rasa cam tak kot. Lecturer dah kata, kalo takde background subject tu tak payah amik dulu. But, aku mmg sah sah la ada kan. Tapinyer, aku rasa, aku amik 2 subject je lah instead of memula nak amik 3. Bukan per, nati masa nak presentation, buat assignment ke apa seme tu dalam satu masa. Jenuh. Nak keja lagi kan. 

Sempat gak dpt kawan baru. Tapi, derang memuda lagi. Hihik. Ahkak jugek yg dah kertu kan.
Tapi oke la. Dlm kul 7.15 camtu, dia break - ada la makan sket dia bagi - solat maghrib - then 7.40 masuk balik. Kul 9 abis. 

Oke, reni kelas lagi. Ha, yg ni mmg aku da register. Jadi, suka lah sbb nama dah ada. Semalam takde, sbb aku tak register lagi.

28 August 2012

Welcoming Ceremony - DTC, UM

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar utk hari ni.
Mmg agak mencabar juga sbb mostly jalan KL jammed - jalan tutup area Dataran kan. Jadi, dia cam merebak ke seme kawasan2.

Lama tak drive, tp bila dah drive oke ja. Malah rasa seronok plak.
Hihi.

Bertolak dari ofis. Ya, dari ofis lah sbb antar 'spouse' dulu. Gerak kul 7.30pg. Dah la pagi tadi cam gelap nak hujan. On d way tu mmg hujan lah. Lebat. Stop. Renyai renyai. 
Jammed. Stuck setgh jam dkt hway yg menghala ke MValley. Yg nak masuk ke Federal tu lah. Ntah apa nama jalan tu tah. Aku risau si kotak kasut aku tu buat pangai ja, sbb ada la 2,3 kali bila jammed tu, dia tetiba baek punya termati enjin kan. Aku off air-cond, bukak tingkap. Mujo tak berapa hujan sgt dah.

Smpai DTC,UM dekat2 8.30pagi. Just nice. Aku bukan risau lambat ke apa. Aku rasa parking takde. Tp mujo aku antara orang2 terawal juga. Agaknya sbb ujan dan jalan byk tutup kan. Sokay, dpt paking selesa. Register, dpt beg, pegi duduk. Ramai juga lah. Masa briefing tu dia kata ada 6k application, yg dpt 3k sahaja (kira termasuk seme la - Master n PHD)

Majlis cam biasa. Ucapan dari VC, briefing pasal library, pasal fees and IPS itself. Ada refreshment kul 10 tu. Makanan cam open house raya. Sedap plak. Rugi tak amik byk2. Hihi. Mmg aku takde kawan yg kenal, tp kat situ ada je yg boleh dijadikan kawan.

Kul 1pm, sesi meraikan calon settle. Kena tggu smpai kul 2.30pm utk briefing kat Fakulti plak. Aku lepak2 dlm keta. Solat jap (mujo surau dkt DTC tu ada), then gerak carik Fakulti. Hoi. Berpusing2 jugak. Nyampahhh.... paking la yg buat terpusing2. Dah termasuk fakulti lain plak, reverse balik. Lps tu termasuk paking staff, ha, kang ada yg harapan kena clamp, keluar balik dari situ. Ceh. Pusing2 situ je. Tahpehapatah.

Kul 3pm briefing plak. Kenal2 sesket kawan2 se-course. Mostly aku rasa yg amik mmg student UiTM yg sama course ngan aku dulu. Yelah, nak smbg gak ngan course yg sama nama kan. 

Kul 4 settle. Aku tak tggu lama dah. Balik la. Kang jammed kat Federal apa pun tak dpt. Balik. Balik. 15 minit dah smpai ofis. Huhu.

Nxt week - 7/9 baru register.  Byk gak menda 'remeh' nak kena buat ni. Medical check-up, bayar fees kat Bank Islam. Maleh tul nak check up tu kan. Tp nak wat cena. Rasa 7/9 aku kena cuti lah. Sbb nak pindah lagi tu. Kira pagi tu ngemas, ptg gi register jap. Jap ke? Jap la kot sbb dia ikut by fakulti. Fakulti aku 7/9 petang.

Sedar tak sedar 10 tahun dah yer aku meninggalkan alam 'study' ni. Bila tanya orang yg sambung tu, derang baru setahun habis belaja. Aku 10 tahun. Pergh. Betul ke 10 tahun. Tamat Okt 2002. Dan masuk balik Sept 2012. Betul lah. Genap 10 tahun. Hurm. Rasa baru je lagi. (dan rasa masih sama muda je ngan yg lain tu. Hihi)


Tgh nak pikir. Nak amik subject apa. 3 subject la amik sem ni. Yg utama mmg aku nak amik HR la sbb itu aku tgh keja skang ni kan. Senang buat assignment ke apa kan. Pastu Mgt Theory pun kena (itu core subject), satu lagi tatau. Course aku after working hours. 6-9pm. Jadi, aku igt nak amik kelas Isn, Selasa, Rabu. Hari lelain takyah. Rehat saja. Bes. Flexible. Aku sker. Lagipun seme subject dah 'familiar'.

Moga moga segalanya berjalan lancar. Cecita aku nak settle kan dalam 3-4 sem saja (minimum boleh buat - 3 sem, maximum - 8 sem). Ke tinggi sangat angan2 tu?? Hihi. Apa pun, berdoa pada Allah moga dipermudahkan. Suka. Mmg suka sgt nak sambung belajar.

19 June 2012

Edisi Menyusur Kenangan

10 thn lalu, hanya 4, skang dah jadi 9.. 
10 thn dah yer.. how's time flies...

Ok lah. Tak bleh nak citer panjang2 lagi. Ada seminar 2 hari kat Putrajaya. Pengurusan Rekod Awam. Huaaaa... *menguap la kengkononnya*

Nenati yer :)

6 June 2012

Selamat Dihantar


Menggigil nak click tu.
Dah selamat. Leklok je lagi 2 ari baru hegeh2 nak hantar. Giler nak pecah otak nak karang 4 essay in BI (entry requirement).
Tunggu je lah. Ada rezeki, ada lah.
Bila baca balik essay tu, mmg 'suck' giler kot.
Trok nya English haku.
Oh My Englishhh...
Budak uitm BI trok camtu. Oh. Memalukan. Padahal dulu masa dip, masa degree siap presentation, assigment, dan seme2 lah in English. Tu jawab exam cam jawab dlm BM je boleh jawab berkajang-kajang. Skang??
Aku rasa kalo tak dpt pun sure sbb essay tu.
Apa pun, redha dan tawakal sahaja. Moga ada rezeki lah nak jadi student.

Skang ni ada satu menda lagi nak submit. Tu kena melalui jabatan plak.
Yg tu pun konsep dia redha dan tawakal juga ya.

*nampaknya 2012 ni boleh dikatakan tahun meningkatkan taraf hidup juga ya. Kata orang tu ada 'ong' la. Alhamdulillah. Sbb tu kuar entry pintu tertutup, pintu terbuka pagi tadi :)

21 May 2012

Karnival Jom Masuk UM

At last.

Terlangkah juga kaki ini ke Karnival Jom Masuk UM. Yang selama ni ku buat cam nanti, nanti dan nanti. Mmg ada je Karnival ni tetiap tahun bila derang dah open utk application. Selalu aku buat tatau je. Malas. Dan memacam hal ada bila tiba waktunya. Tapi, kali ni, Alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah utk aku pergi.


So, pergi. Dia buat hari Jumaat n Sabtu. Aku pergi Sabtu lah. Igt pepagi nak keluar, tp dek kerana menonton midnite yang balik nyer jam 2pagi, maka, mana mungkin nak bangkit awal. Huhu.

Layan drama seme dulu, kul 12 baru gerak. Tu pun singgah lunch kat kedai ikan bakar tepi IB tu dulu. Sodap...! Nomnomnom. Situ senang. Kalo weekend, org pun tak ramai, parking apa seme senang. Nak makan kat Kg Baru. Perghh.. sesakkk...tetambah plak dipenuhi ngan Red Warrior time tu. Heh.

So, smpai kat UM dalam kul 1 lebih. Dia buat kat Dewan Tunku Canselor. Seriyes. Menjejaki je kawasan U ni, aura dia len macam eh. Cam rasa, aku nak smbg blaja, nak blaja, harus blaja. Gitew. Keterlaluan ke? Tapi entah ek. Aku rasa suka je hidup sbg student ni. At least, otak ni berfungsi. Kalo keja ni tak la kata otak tak berfungsi, tp cam tak digunakan sepenuhnya. Gitu.

Karnival dia oke la. Ada gerai pizza hut, AnW. Ewah. Cam Hari Kraf plak yer. Ditambah plak ada jual keta Perodua n Proton. Preve' lah tentunya. Hihi. Aaaa.... oke, tu citer kemudian yer.

Masuk dlm tu dia bagi sticker and then register. Dpt beg. Masuk dlm dewan, carik je booth course aku nak. Booth Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Tanya itu ini then dia kata kalo register skang, application fee yg RM30 tu boleh waive. Register kat atas pentas.  Dan skang baru aku tau yg course utk post-grad hanya dibuat lepas waktu ofis. Maknanya takde istilah part or full time. Cam course yg aku nak amik ni - Master of Public Administration; kelasnya antara Isnin - Jumaat, 6pm-9pm. Tp aku rasa tak la sepanjang weekday tu. Ada hehari dia lah.

Then pegi lah naik atas pentas tu utk register. Tp time tu plak la hai ada persembahan akustik ke apa ntah dari pelajar UM. Atas pentas tu gak. Haha. Siap aku dah naik tangga nak naik atas tu, skali staff dia depang tangan. Staff dia (budak pompuan) tgh cakap2 ngan orang lain, tak cakap apa ni, tau2 je halang kiterang naik. Laaa.... Lps tu ada staff lelaki gitau suh naik ikut tangga belah lain sbb derang nak buat persembahan katanya. Cakap la, tak boleh cakap. Yg perempuan tu, ko tau ko takde manners bila main halang2 pakai tangan camtu sambil tak tgk muka orang. Takde budi bahasa oke. Gitau lah. Mula lah aku nak bebel2. Lps tu yg lelaki tadi, gitau suh amik nombor utk register. Aku gitau lah aku dah register, then dia kata takpe, amik resit je utk waive RM30. Ha... boleh pun layan leklok. Aku pun idak la diminta di layan bagai raja, tp adab tu kena la ada. 

Tp ni universiti kan, yg core-biz adalah tpt belajar, bkn tpt nak meniaga apa ke kan. So, pepaham je lah bab PR ngan public tu kan. Takpe... biar lah, itu cara tpt mereka.


So, tggu nombor dipanggil. Tak la lama sgt. Tp aku dpt nombor 57, masa duduk tu baru dlm no. 19 dipanggil. Aku cam eh, dari pagi tadi, baru no. 19. Tatau la kot dia pusing balik nombor tu kan. Atau kut dia kul 1 baru dia bukak ke. Tak ketahuan. Tp tak kesah la. Time tu la plak bebudak tu buat persembahan. Nyanyi lagu muka buku apa bagai. Dah la panggil  nombor guna suara je. Udah tak dengar. Lps tu tetiba senyap. Rupanya sistem down. (T____T).  Mujo technician dia baik2, dah oke.

Tak lama, no aku naik. Dia letak PC ada la dlm 5 bijik satu line tu. Ada dlm 5 line. Oke. Yg ni aku macam alahai... ko nak suh orang register, tp lps ko panggil nombor utk orang duduk, ko takde la sediakan orang assist. Kalo dia letak satu line tu sorang pun oke. Aku duk diam dlm 5 minit. Tak dilayan okeh! Aku tak kesah pun. Sbb aku dah register. Sblh aku org Indonesia. Baru nak register. Aku plak yg ajar dia. Aiyark. Tu la aku kata, bkn minta dilayan bagai raja, tp tolong la buat jadi 'sempurna' sket. Aku tau mungkin tak cukup orang. Lagi plak hari Sabtu kan. Orang taknak keja. Tp kalo dah buat tu, buat la leklok. Otherwise ko takyah suh online tang tu gak. Suh je bawak balik resit tu, scan sendiri. Gitu.

Dah takde orang layan, aku bangun, terpaksa cuit sorang akak ni. Ah. Aku panggil akak je, tatau la dia lecturer ke apa ke kan. Lps tu dia pass aku kat orang lain 'ha, ni.. xxx (ntah apa namanya tah) tolong tgk jap'. Aku gitau aku da register, then nak buat apa ni, masuk no resit ke apa ni. So, dia upload kan gmbr resit tu, then dia kata masuk no resit then tekan save n next. Lps tu tinggal terkontang kanting lagi. 

Hek eleh. Apa ni? Aku pun save lagi skali, log-out. Mujo aku da biasa ngan sistem tu. Maklum la, lama giler kot aku daftar dah. Huhu. Aku bangun, tnya kat staff blkg aku, da masuk no resit tu, oke la dah kan. Dia tanya sapa upload, aku kata staff situ. So, oke la dia kata. Lantak la. Ada, ada la dlm sistem tu. Takde kang, kita bayo je lah. Apa nak buat.

Tp tu lah. Kalo dia assist aku sedari awal, 5 minit je agaknya settle. Patut la lambat sbb takde orang nak assist. Hurm. Baru buat karnival camni, kalo buat karnival bertaraf national, yg masuk dlm kalendar acara tahunan negara entah la kan. Haha. Bkn la nak berlagak kata ofis aku ni biasa ngan event besar, yg mmg  takkan la jugak sempurna 100%, tp dgn customer kita takde la biar terkontang kanting. Sedaya upaya bantu.

So, dah settle turun balik, gi lak booth Fakulti Business & Accountancy. Tanya pasal Master of Management lak. Yg ni pun cam bes jugak la. Tp kelasnya Sabtu Ahad plak. Hurm.

Settle seme kuar, tgk Preve'. Hihi.
Ada incik my dear dlm keta tu. Huhu.
Dan ini yg diperolehi dari Karnival tu. Ngeee. Kumpul2 pen. Tu pun aku tak pegi setiap booth. Kalo tak lagi dpt banyak pen. Hihi. Tp setgh booth bagi gegula jer. Jimat kos gamaknya. :)


Mesti ada yg bertanya kenapa nak buat Master of Public Administration/Management? Pub. Admin adalah mmg course aku sedari diploma. Aku mmg kalo boleh nak continuous blaja apa yg aku dah blaja. Management tu mmg berkait ngan bidang keja skang lah.

Kenapa tidak MBA? Kalo itu soalannya, aku perlu tanya semula, kenapa aku perlu buat MBA? sbb course tu glamer, seme orang amik?? takde kena mengena. Aku bkn buat BBA, mahupun DBA. Dan aku bukan nak bukak bisnes bagai, so, tak perlu kut MBA. Orang lain nak buat, silakan.

Buat Master, PhD seme ni bukan sbb ikut ikutan orang. Bkn sbb orang lain dah ada Master, aku pun kena ada. Sapa yg buat ni mmg dah ada vision, mision and objective tersendiri. So, knapa aku buat course tu, kenapa aku nak buat d UM seme tu aku dah ada sebabnya. 

Jadi, begitu lah. Insyaallah, kalo ada rezeki, adalah.. kalo takde... takpe lah. Yang penting doakan yg semangat aku kental. Sbb dah 10 thn dah grad, dan selama tu gak la cecita aku nak further study ni tak pernah padam.

#kemasukan - September 2012, dan aku tgh pening sbb aku da beli tiket AA, bln Januari 2013. Yg mana kalo aku tgk calendar thn ni, time tu adalah exam! Tp tu pun kalo aku dpt sambung, jd tak perlu pikir lelebih sgt kot. Hihi.

23 April 2012

IGS : Sept 2012

Yer. Utk kesekian kalinya. Aku rasa setiap tahun akan ada entry ni.
Diharap jgn lah jelak dan jengkel bila membaca nyer yer. 
"Dia tu asik2 up menda yg sama je. Buatnya idak pun."

Begitu lah bila dah byk menda kena fikirkan.
Bukan cam dulu. Masih ditanggung. Nak sambung, terus je sambung. Takyah pikir pikir lagi. Skang ni menanggung. Pikir umah la, keta la, Preve' lah. Eh..??

Skang ni, walo takde anak (cam org salu kata, senang la takde anak, begitu begini), byk lagi menda lain harus fikir.
Tahun ni cam tekad. Tapi dalam otak da ada 2 pilihan plak. Dulu cam tak terpikir lak. Tp bila sembang2 ngan sorang ex-colleague (dia da dpt keja kat JKR) yg sambung kat UiTM, terpikir nak sambung situ je. Tp asik UiTM je. Diploma, degree. Nak gak merasa U lain. Esp U yg aku nak nak sgt tu kan.

Harus kena buat istiqarah kah?
Tapi ada jawapan kah bila hati dah beratkan satu pihak. Huhu.

Yang ni dah keluar iklan.
Yang satu lagi tu belum lagi napaknya.

Adoi.
Adoi.
Adoi.

Mydear da bagi green light.
Dia mmg tak kesah.
Tp aku dah niat, since aku dah berpijak di tangga itu, aku harus daki smpai ke puncaknya. Bukan setakat tamatkan pengajian peringkat tu saja.

Insyaallah.

14 November 2011

UM Post Graduate Programmes


So sad. Acapkali kuar iklan mesti teruja.
Tp lps tu mesti cam ada je halangan utk menghantar application.
*ye ke halangan? ke mmg malas kan?*

Yer, I admit, mmg poyo jadinya sbb setiap kuar iklan mesti nak paparkan kat sini.
Tp at last tak jugak ter submit application.
Benar, smgt nak further tak pernah luntur walo sedikit pun,
tapi sikap bertangguh ni la yg membuatkan makin lama makin lambat nak sambung.
Padahal dah ada pun akaun (application) aku dlm tu, cuma tak submit ja lagi.

Nak hantar ke taknak kali ni punya yer?
Dgn kesibukan berganda ujung thn ni, tatau la leh lepas ke tak.
Tp kalo nak dptkan privilege yg disebutkan dlm bajet tu ari - yg utk penjawat awam nak further study tu aku harus grab yg ni.
Walo tau mmg sukar la nak dptkan mendalah tu, tp tak salah kut terai.
Dan pastinya dia perlukan org yg dah mmg ada tempat utk study baru leh dia bagi kemudahan tu kan.

Pun kalo tak dpt, kena guna loan opis la kan.
Cuma pendahuluan tu kena byr dulu lah.
Takpe la tu, nati dpt balik.

PTPTN??
No more!

Maklumat lanjut :
http://www.um.edu.my/mainpage.php?module=Maklumat&kategori=48&id=350&papar=1

*satu je yg aku pikir, aku penah ter cakap yg aku nak ada Master sblm aku dpt anak, adakah sbb ni aku masih tak dikurniakan rezeki itu. Adakah Allah ingin memakbulkan impian aku utk ada Master baru ada rezeki tu??

13 October 2011

MyBrain

*Aku da edit kat entry Further Master pasal ni. Tp ni saja nak buat entry khas juga. Haha.


Ever heard about MyBrain ni?


Aku pun baru tau lps member aku gitau pasal sambung Master ni.

Katanya kalo govt lagi senang kut.

Aku pun laju2 la masuk website MyBrain nih.

Rupanya....
Bila baca baca.
Awal2 lagi aku dah duk dalam kumpulan TIDAK LAYAK MEMOHON.
Meh tgk kategori calon.
KATEGORI CALON :
Graduan yang belum bekerja & tidak berpendapatan tetap;
Kakitangan swasta; ATAU
Pensyarah IPTS
Kumpulan TIDAK LAYAK memohon :
Kakitangan awam dan badan berkanun yang tetap/ kontrak/ sambilan semasa memohon;
Mana-mana permohonan dari pengajian secara separuh masa/ pengajian jarak jauh/ atas talian; dan
Pelajar yang sedang ditaja oleh mana-mana penaja (kecuali pinjaman pelajaran) atau mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dan tidak mendapat pengecualian/ penangguhan dari syarat untuk berkhidmat.

Jadi pada sesapa yg berhasrat nak sambung Master.
Bleh la terai mohon.
Tp aku tatau la course apa apa yg bleh mohon.
Sbb aku tgk je aku dlm list TIDAK LAYAK tu mmg tak la aku mendalami nyer lagi. Haha.

Masuk web ini -
https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php

8 October 2011

Further Master??

Oke. Taip laju laju. Ni gi buat popcorn ciken salad lak nih. Nak bwk utk potluck bersama geng TTC ku ptg nati. Oke. 
Ni baca kat blog adik aku si Nita tu.
Dia tgh kompius nak smbg Master atau tak.
Maka, aku da reply komen berjela plak kat entry dia. Tp aku pun benarnya lama nak tulis pasal further study ni. So, kira mcm bagi pandangan pada beliau gak.

Me  masef pun asik nya la tertangguh tangguh nak further study.
Da beberapa kali kot aku buat entry kata nak sambung. But at the end, tak hanta pun borang. Mengong je. Tp pengumuman bajet smlm yg menyatakan bantuan yuran pengajian kepada penjawat awam, membuatkan aku semangat semula. Tp nak dptkan pun aku rasa bkn mudah - hanya terhad kepada 5000 tempat saja utk peringkat Sarjana. Berapa ramai penjawat awam kat Mesia ni yg ada degree. Tu tak kata PTD lagi. Mesti keutamaan pada derang. Apa pun, tak salah cuba kan.
Selain dari tu, kat opis aku pun ada Skim Pinjaman utk smbg belajar ni.
Tp tu lah. Aku ni asik bertangguh. Dari masuk keja, smpai la dah masuk thn ke 8 nih. Masih di takuk itu juga. Tkde peningkatan dlm hidup ni (bidang study).

Mmg susah nak buat keputusan.
Sbb kalo tak keja lagi, smbg Master, misti terpikir kang keluar takut takde keja plak. Itu mmg tak dinafikan lah. Tp itu seme rezeki kan. Insyaallah, ada rezekinya (walo skang ni org da pencen umo 60 thn plakkk.. huhu).
Cumanya, kalo dapat keja kukuh (i.e : govt sector) better keja dulu, then smbg blaja. Sbb kalo govt (rasanya utk badan berkanun kut), ada skim pinjaman. Leh wat loan dgn opis. And skim pinjaman opis aku ni pun leh jadi biasiswa kalo dpt grade yg bagus (tak igt da pointer berapa). So, ada kelebihan di situ. Belajar secara part time. 

Tp, kalo still tak keja, boleh gak la sambung belajar. Dari kita termanggu manggu begitu, better belajar kan. At least, ada sedikit 'kelebihan' di situ.

Cumanya.... satu je. Pembiayaan. Kalo sblm ni, buat diploma, buat degree guna loan PTPTN, and u shud think, not only twice, but thousand, million time. Hutang PTPTN ni seriyes aku ckp membebankan kalo abis je blaja je tp tak bayar. Aku sendiri da rasa-dgn 4% interest (sbb aku peminjam yg awai2 dulu), beribu gak aku 'sedekahkan' pada kerajaan (muju ada timbal balik sbb aku keja kerajaan kan, dpt bonus segala). Aku malas nak sentuh pasal Ujrah ke hapa tu, tp mmg poblem aku rasa. Kalo bleh, elakkan la PTPTN ni. Lega palotak aku rasanya bila setel PTPTN ni. 

Jadi, pendapat aku tentang Master ni, kalo da dpt keja stabil, bleh la buat part time. Tp kalo takde keja, bleh pertimbangkan, cuma, tang pembiayaan tu, kena pikir sket la. Mungkin kita leh wat PaMa loan plak. Hihi. :D

**** maklumat tambahan****
Ada member gitau pasal mybrain under program KPT. Kawan aku kata govt senang dpt. Tp aku tgk balik, aku adalah berada dalam kategori TIDAK LAYAK MEMOHON.
Ini adalah kategorinya.


KATEGORI CALON :
Graduan yang belum bekerja & tidak berpendapatan tetap;
Kakitangan swasta; ATAU
Pensyarah IPTS

Kumpulan TIDAK LAYAK memohon :
Kakitangan awam dan badan berkanun yang tetap/ kontrak/ sambilan semasa memohon;
Mana-mana permohonan dari pengajian secara separuh masa/ pengajian jarak jauh/ atas talian; dan
Pelajar yang sedang ditaja oleh mana-mana penaja (kecuali pinjaman pelajaran) atau mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dan tidak mendapat pengecualian/ penangguhan dari syarat untuk berkhidmat.

Tatau la samada menda valid lagi atau tak. Tp bleh tgk kat sini

https://payloan.mohe.gov.my/MyBrain15/index_mymaster.php

28 March 2011

~Pasal Kena Nekad Jugak~

It's coming again!.
Iklan utk graduate programmes.
Last year aku tak smpat nak buat sbb masa tu da kelam kabut cuti raya.
Thn ni tatau lagi. Moga2 sempat la kan dan nekad la kan (thn ni aku nak nekad buat suma apa yg aku plan. Harus)

Lps tu napak satu iklan yg menarik gak.
Biasiswa MARA utk Program Pasca Siswazah ke IPT Terkemuka Luar Negara.
Wahhh...! macam bes kan kalo dpt.
Ckp kat my dear,
nati awak boleh la mintak cuti tanpa gaji kan. Teman saya ke sana.
Cewah! berangan.
Tetiba my dear jawab :
Abis duit rumah segala cemana?
Upsssieee... teheheheheh. Keja la kat sana. Miaahahha.

Oke, stop berangan.
Tgk kelayakan dia. Sbb aku ni dalam bidang bukan teknikal makanya pointer kena 3.5 above. Aku kena kembali pada zaman blajar dan dptkan lagi beberapa point lagi utk cecah point 5 tu. Ceh!
Lagi pun dia nak result yg cantik sejak SPM lagi. Aku ni SPM mmg merapu lah. Kelas Sains Tulen, tp result menonggen. Ha..gitew la perumpaannya.

Sapa yg ada hajat nak keluar negara utk buat Master dan lelain prog pasca siswazah boleh la ke link ini - MARA

Dan kalo tk cukup syarat utk amik biasiswa tu, mari lah kita further kat sini ajer. Amik je lah loan opis (kalo yg ada buat benefit tu lah. Macam govt mmg ada skim tu). Kalo dpt result bes boleh jadi biasiswa gak. Bes apa, dulu blaja mak ayah antar, skang ni suami yg antar.Awwwww.........

Boleh tgk kat sini kalo nak further UM.

Nak kena buat esei sket la pulak.... adehhh... ni den lomah ni. Aiyarkkk..

9 February 2011

~Pasal Otak (Bukan Otak-Otak)~

Otak ni rasa mcm da tumpul je.
Kena asah jugak supaya nati sel sel otak sentiasa berhubung.
Eh. Mcm iklan susu la plak. Dah tua2 camni sel otak masih berhubung ke?

Tp seyes, kalo otak ni 'beku' je mmg rasa mcm lembap je.
Sbb tu la aku sker je nak smbg belajar supaya otak tk trus beku. Kasik aktif sket.
Tu otak aku la. Otak org lain aku tatau.
Nah amik gmbr otak ni.
Kredit : Here

Sbb tu masa aku nak amik exam SPA dulu, aku kena 'kejutkan' sket otak ni.
Yelah. Nak jawab beratus2 soklan dlm masa beberapa minit, kena la aktifkan otak ni.
And nak jawab segala soklan Maths la, apa la tu.
Kalo otak tak aktif, asik 'tido' je mmg tak terjawab.
So, before gi amik exam,  biasanya aku akan buat soklan IQ test yg ada dlm internet nih.
Bes. Memacam soklan ada. Google ajer. Lps tu tau la kita guna otak kanan ke kiri ke.
Lps tu baru otak mcm aktif nak jawab soklan exam.
Itu otak aku la. Otak org aku lain aku tatau.
Nah amik gmbr otak lagi.
Terpaksa kecikkan sbb scarry. huhu. Amik dari sini

Ni pehal citer pasal otak ni.
Haha. Saja.
Retu aku test otak aku.
Napak soklan2 kat paper.
Soklan Maths. Maths UPSR. Hahahaha.
Aku terai buat. Igt ley dpt full-mark ke?

Nan hadooo..
Dpt 29/37. Hahahah. Soklan UPSR pun tak dpt fullmark. Apa la kan. Ni kalo Adham anak buah aku yg score masa UPSR retu tgk ni sure di gelakkannya haku.. 

Aku bab rajah lorek2 ni mmg dari dulu lagi fail.

Aku rasa aku buat maths skang ni more to use logical thinking which is differ masa aku kat sekolah dulu yg guna hafalan ilmu ilmu formula. Dulu aku mmg tak sker Maths. Tak penah nya A. Dari UPSR, PMR. SPM aku amik 2 plak mendalah Maths ni iaitu Add Maths n Mod Maths. Cuma Mod Maths je tak berapa hampeh, yg Add Maths tu dpt CJ7. Miahahaha.

Tp skang aku rasa sker lah. Ada soklan lagi tak? Nak buat lagi lah. Sudoku?? Ha..bes gak tu, tak leh start, nati gian, langsung aku tak wat keja lain lak kang.

28 September 2010

~Pasal Cara Nak Buat Entry Melekat~

Saya yakin ramai yg tau buat 'sticky mode' ni, tp ada juga yg masih belum arif pasal sticky mode ni.
Sbb contest sy mewajibkan sticky mode ada yg emel kata tak reti nak buat sticky mode entry.
So, meh la sy wat tuto cemna kita nak tempek entry kita agar dia tak turun2 ke bawah.
Cewah.

Ok, memula kena log in dulu kat blogger. Bagi yg guna blogger la.
(pangg..! sapa yg tak reti nak log in plak puanstoberi oii..)

Buat entry mcm biasa. Lps tu publishkan. Dah publish kembali pada dashboard. Klik pada edit post

Then pilih la semula entry mana yg kita nak sticky note kan.

Bila da dpt tu, pegi pada post option

Pegi pada post date and time.

Ada 2 kan. Satu automatic, satu yg kita scheduled yg ada set date n time. Sticky note ni berbeza dgn scheduled entry sbb scheduled entry adalah entry yg belum kita publish. Tp sticky mode entry yg memerlukan tempoh tertentu untuk diletakkan paling atas entry. Kira mcm nak jual barang ke apa buleh la guna kan.

Jadi update date dan time di situ. (time kalo tak update pun takpe. Date tu je yg penting). Jadi masukkan la date sehingga bila kita nak 'lekatkan' entry kita. Contoh mcm contest saya tu, kena sticky kan smpai 4 Oktober. So, masukkan 4/10/2010 (format date ni ikut format kita la, ada yg month dpn, day tgh dll).

Then publish sekali lagi.

Dan..tara...da ada sticky note.

Huhu. Ok dah kan? Senangkan. Secara K.I.S.S nyer.
-Publish entry macam biasa.
-Edit semula pada date and time
-Publish semula.
Dah siap. Sap Sap Sui kan..

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign