Pages

27 April 2017

Pesta Buku Antarabangsa KL 2017

Yeyyyy!!
PBAKL kembali ke KL.
Baru lah betul namanya PBAKL.
Last year kan buat di Maeps Selangor.
Tak kena dgn namanya tu.
Buat kat maeps tu ramai yg komplen.
Ye lah. Maeps tu kan sinonim dgn MAHA je.
Tetiba buat pula pesta buku kat situ.
Pesta buku ni dah sinonim sangat di PWTC.
Sedari tahun 2000 tak pernah missed pesta buku di PWTC ni.
Tup tup tahun lepas buat di Maeps, memang tak pergi.

Plus.
Masa tu, Rizq Iskandar pun dah nak keluar dah.
Hihi.

So, tahun ni dapat lah pergi. InsyaAllah.
Sbb dah kembali ke PWTC.
Dan tahun ni nak bawak Rizq Iskandar bersama.
Jangan risau. Weols tak bawak stroller kalau pergi tempat2 macam tu.
Dah kenapa nak sesakkan tempat yg sedia sesak.
Lagi lah dgn orang ramai, nak biar anak dalam stroller.
Kang sat gi orang batuk, bersin, hala kat dia.
Memang big no no.
Kita babywearing lah uols.
Stroller dah so yesterday lah! 
Haha.
Idak ... idak .. mak melawak ja. Jangan ambil hati.
Mak pun guna stroller lagi. Dah beli memahal ko... takkan tak guna.
Tp tgk tempat lah. Macam yg crowded ni, senang lagi babywearing. Macam tempat luas cam IKEA tu, senang la bawak stroller.

Ramai orang.
Dah semestinya.
Biasa nya rombongan budak sekolah yang ramai.
Derang ni biasanya datang pagi.
So, kita pergi petang.
Petang2 tu depa dah balik.

Ada tak de pun orang2 biasa je lah.
Tu pun terkawal je.

Nak bagi Rizq Iskandar suka kan buku macam mak iyer jugak.
Kena.
Biar melentur buluh dari sekarang.
Walau maknya novel berlambak tak baca.
Entah buku apa nk beli.
Tak fikir lagi.
Nak cari buku2 tentang anak2 lah.
Buku agama ke, buku motivasi ke.
Pastu nak pergi booth Jemari Seni. Nak jumpa kak Su (penulis Noor Suraya).

Oklah uols.
Jom pergi.
Start esuk smpai 7 Mei.



19 April 2017

Al-Fatihah Adik Nisa

Pagi pagi ni buka FB ternampak kawan share perihal adik Nisa.
Memang hari2 kawan tu ada update perkembangan adik Nisa.
Sy ikuti perkembangan melalui kawan tu je.
Bukan taknak follow direct FB mak adik Nisa, tapi saya tak kuat nak tgk segala update berkaitan.

Adik Nisa - cancer fighter.
Di diagnosis cancer otot. Tahap 4.
Yer. Dalam umur baru setahun telah di diagnosis cancer.
Kalau ikut perkembangannya, memang kita dapat rasa adik Nisa kuat.
Sangat kuat untuk melawan penyakitnya.
Untuk menahan sakit, morfin di tambah dose.

Paling hiba, hingga ke akhir hayat, ibu adik Nisa masih dapat menyempurnakan tanggungjawabnya untuk menyusu kan adik Nisa.

Ya Allah.
Sebaknya.


Cerita macam ni memang buat kita terpana.
Kita; yang TTC esp, selalu berkata, kenapa kita diuji. Kenapa ujian kita begitu berat. Takde anak bertahun tahun.
Tapi;
Ditakdirkan kita perlu melalui ujian seperti ibu adik Nisa, adakah kita boleh melaluinya?
Utk saya - setelah bergelar ibu - memang tak sanggup utk laluinya.
Jadi,
Allah pilih kita utk terima ujian dari Nya sbb Dia tahu sejauh mana kemampuan kita menangani ujian tu.


Al-Fatihah untuk adik Nisa.
Tiada lagi kesakitan yang ditanggung.

Ini lah yang terbaik untuk Nisa.
Syurga lah tempat mu sayang.


18 April 2017

Runtun Hati Ibu

Hati ibu mana tak runtun,
hati ibu mana tak rawan,
bila anak menangis sedih,
tatkala ditinggalkan dengan pengasuh.
Mata kecil yang memandang bagaikan bertanya "mengapa ibu tinggal saya di sini"

Ya Allah.

Hati berbolak balik bertanya sendiri.
Dulu, saban hari ku meminta agar dikurniakan zuriat.
Kini bila dah ada, kenapa aku tak dapat menjaga nya sendiri.
Kenapa aku bagaikan kejam meninggalkannya selama 8 jam di bawah jagaan orang lain.
Rasa bersalah pada diri sendiri.

Ya Allah.

Dilemanya!
Tapi,
Demi mencari rezeki.
Demi meneruskan kehidupan yang lebih selesa untuk dia juga.
Kita terpaksa.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, 
Ya, mungkin ibu boleh jaga awak sendiri.
Tapi,
Untuk hidup yang lebih selesa,
Untuk benefit yang ibu akan dapat untuk awak,
Memang ibu terpaksa.
Semuanya memang untuk kesenangan awak.
Bila ibu takde, dan awak masih belajar, awak akan dapat pencen.
Bila awak tak sihat, kita boleh dapatkan rawatan yang lebih selesa.
Dan bermacam lagi yang sememangnya untuk awak.

Memang.
Ibu macam pentingkan diri sebab itu semua duniawi.
Tapi, 
Untuk kesenangan awak juga kan.
Maafkan ibu.

***
Berbahagia lah ibu ibu yang memilih untuk menjadi surirumah.
Sebab - hanya Allah Maha Mengerti perasaan kami saat kami melangkah meninggalkan anak yang teresak menangis.
Hanya doa yang mengiringi agar Allah melindungi anak kami dari sebarang mara dan bahaya.
Dan moga pengasuh dapat menjaga anak kami sebaik baiknya.


17 April 2017

RizqJalanJalan : Cherating

Ini kejadian bulan 2.
Lama giler dah. Haha.
Walau cemna pun, kena jot down juga.
Memori ni.
Ini percutian ke3 dak Rizq.
Pertama ke Melaka. Then PD. Now Cherating.
9hb - 11hb Februari 2017.
Ni masa cuti Thaipusam. Kami ambik cuti 10hb (Jumaat) tu.

Cherating ni, actually mak pun tak pernah pergi.
Dulu pernah lah beli voucher hotel kat Groupon.
Tup tup ada hal. Langsung tak pergi.
Rugi je beli.

Kali ni kita beli online, direct kat hotel. Tk guna Agoda mahupun Trivago.
Kami stay di Holiday Villa.
Nak kata best hotel ni, takde la best sangat.
Tapi, nak kata tak best, takde la tak best pun.
Pendek kata - just nice.
Tapi, dekorasi dalaman bilik memang nampak cam lama2 gitu.
Pastu sinki tinggi komain. Dah kenapa. Dah la mak ni kemetot kan.
Naseb toilet ada paip.
Iron plak kena iron kat luar. Dalam bilik takde.


Pemandangan win!
Cantik. Laut best.
Ombak kuat. Takde la nak mandi laut pun. Bawak dak Rizq cepuh cepuh kaki kat air laut ja. Dia tak takut. Suka je dia. Hihi.

Not bad juga Cherating, kan?
Memang boleh rilek2 ja.
Kami dapat bilik ngadap pool.
Tapi, tak kesah pun pool ni. Kat rumah pun ngadap pool (cea.. macam berlagak, tapi betul lah pun kan. Besau lagi kot hotel kat rumah nun).

Yang best laut.
Angin kuat. Pasir cantik. Mak suka!

Kami sampai Cherating dalam kul 3 lebih.
Gerak dari KL kul 10. Singgah Temerloh makan ikan patin tempoyak.
Kat tepi sungai tu.
Eh. Apsal macam tak berapa best.
Best lagi yang Gobang Maju kat Setapak tu punya. Haish.

Sampai ja terus check in.
Hotel takdak lif. Rendah je pun. 2 tgkt ja.


Naseb ada bell boy bawak naik beg ke atas.
Sekarang beg beso. Dulu boleh lah back pack je kan. Ni ngan barang dak kecik tu lagi. Usung segala Beaba dia lagi. Huhu.
Kami request baby cot jugak.
Alah, bkn utk Rizq tido pun. Just nak letak2 dia dalam tu sbb cam gayat letak atas katil.


Petang tu jalan2 pantai ja.
Pastu dinner - room service ja. Dak Rizq kan tido awai. Mana nak keluar apa semua.
Sedap tak sedap - telan je lah.
Tapi, tak sedap. Hahahahaha.

Esuknya Jumaat.
Pepagi kami jalan2 sampai Kemaman.
Pergi Monica Bay.
Lepak2 situ.
Pastu singgah kedai Aziz Satar. Makan2 jap walo dah breakfast kat hotel.



Lps tu balik hotel.
Ayah Rizq solat Jumaat kat masjid berhampiran.
Petang tu keluar pi tgk penyu. Ada sanctuari penyu.


Sanctuary ni dekat dgn Club Med.
Tapi club med ni tak blh sesuka hati masuk.
Siap ada anjing lagi jaga kat pintu masuk.
Kat pantai pun siap dia letak batu2 sebagai divider.
Tapi, kalau jalan kat bawah dkt ngan laut tu, boleh je cross area situ.
Depa tak boleh la nak buat divider sampai laut, kan?
Kami lepak2 tepi batu tu je lah.
Angin kuat. Best!

Then pergi ambil angin di Monica Bay lagi.
Pastu pergi kedai makan yg orang war warkan. WAIB ke apa ntah. Kira nak dinner, tapi awal da pegi. Kul 5 lebih dah pegi makan.
Betul ke best?


For us - boleh ja try tempat2 lain jugak. 
Banyak kedai makan situ situ.

Balik hotel - malam tu kami room service lagi. Haha.
Pitam lah hehari room service.
Makan apa ntah tak ingat.

Esuk pagi - ambik angin kat pantai. Last day dah.

Lepas tu naik atas, siap siap utk check out.
And pergi Kemaman beli kopok leko tepi jalan kat sebelah shell tu.
Hari berangin dan panas smpai merah muka dak Rizq. Hihi.
Ulang alik 2 negeri. Pahang - Terengganu.

Kami teruskan perjalanan ke Kuantan since nak jumpa sahabat lama - Fida.
Tak jauh rupanya Cherating - Kuantan.
Tapi, dak Rizq berak plak. Huhu. Mula tu ingat nak berenti kat surau.
Tapi tak jadi, sbb macam tak sedap ati.
Jadi, teruskan juga smpai Petronas mana ntah. Dak Rizq pulak tak suka kalau kita lambat basuh. Meresah dia dalam keta. Huhu.

Wash kat Petronas, teruskan perjalanan.
Janji ngan Fida jumpa kat hotel Swiss In ke apa ntah. Sbb dia anta barang kat orang kt hotel situ.
Then follow derang gi makan.
Fida bawa ke tepi laut. Pantai Batu Hitam kalau tak silap nama tempat tu.




Dah makan, derang bawak ke pekan Kuantan. Follow je keta Haziq (asben Fida, yg juga kawan kami juga), sbb mak nak gi Kula Cakes. Hihi. Rugi lorh dah smpai Kuantan tak gi Kula Cakes. Dah la lama dah mak ngidam manggo cheese cake dia tu.



Dah beli, beli.
Dah ambik gambo. Balik lah.
Sampai KL kul 6 lebih.

Tamat lah percutian Rizq ke Cherating.
Untung dia, umo 7 bulan dah sampai.
Mak iye, umo 38 tahun baru sampai.
Acena?
Hihi.

Apa pun, Cherating best.
Rizq bagi 5Ha. Ha! Ha! Ha! Ha! Ha!

13 April 2017

Check Up Rizq

Sebenarnya dalam tempoh 10 bulan ni, dah 3x Rizq tukar tempat check up.
Masa umur 1 bulan hingga 3 bulan, Rizq check up di KKIA.
Bermula dgn dia kena jaundice, kena cucuk setiap 2 hari utk tgk bacaan kuning dia, until untuk vaksin 3bulan.

Mak malas sangat nak ingat cerita cerita kena cucuk sbb jaundice tu. Tapi, mak rasa itu kenangan juga untuk my precious son-shine. So, nenanti mak cerita lah juga.

Umur 1 bulan - still ada kuning sket. Sbb Rizq prolonged jaundice.
Tapi, masa tu doktor (paed HKL) sahkan Rizq boleh ambik vaksin utk 1 month.
Then, umo 2 bulan ambik di KK juga.
Umo 3 bulan ada prob sket. Rizq demam masa nak cucuk tu. 2 hari demam.
Kena amik darah. Pastu ada prob sket dari bacaan. HB low.
Misi2 kat situ dah cemas2 suruh refer ke HKL.
Suruh warded.
Terpaksa masuk ward.
Sampai kat HKL semua doc cam kenapa KK ni refer?
Alahai.
Duduk jugak lah satu malam.

Kena amik urine lah, amik najis lah. Ambik darah dah tentu. Haish.
Then result clear. Cuma untuk ujian darah tu ambik masa sebulan. Kena follow up semula.
Jadi, warded satu malam jugak kat HKL. Wad KK berapa ntah. Kira 2nd experience warded kat HKL. Sekali tu yg jaundice.

Oleh kerana, kami agak tak selesa dgn cara misi2 yang cemas, yang suka sgt nak suruh refer utk masuk wad, maka kami decide untuk tukar tempat check up.

Yer, mmg lah elok refer terus ke HKL, tapi kalau doktor sana pun macam tertanya kenapa KK ni suruh masuk ward, tu yang kami cam rasa tak best. 
Ye lah. Anak kita tak sakit, masuk spital yang budak2 mmg sakit. Yang batuk2. Yang selsema apa semua. Dgn keadaan tandas yang - tau je lah cemana kan. Memang bukan persekitaran yang sihat untuk anak yang sihat. Dari tak sakit, terus sakit je kang.
Masa kena jaundice tu dulu pun asben ada sembang ngan sorang ayah ni; yang anaknya dari KK yang sama; pun di refer utk masuk wad. Padahal bacaan kuning dia rendah ja. And masa tu wad penuh, doc kat wad situ pun cam pening kenapa la KK tu refer juga walao bacaan rendah.

Jadi, kami kembali ke tempat check up mak dulu. UKMSC. 
Terus jumpa pakar kanak-kanak (paed).
Kalau KK pun jumpa nurse je pun kan. Dah.
Jumpa doc terus senang.
Walau orang kata "KK la bagus, check detail, nurse check bebetul, bla bla bla"
Lantak lah.
Sama je pun. Hosp private pun gitu gak. Plus - mmg paed yang check. 
Satu lagi kami nak ambik vaksin tambahan (pneumococcal). Senang semua settle situ.

Plus nak tukar tempat lain jugak sbb KK sini hazab bebeno parkingnya. Nak nak bulan puasa. Depa pi letak bazar ramadhan kt petak parking keliling bangunan tu. Ko bayangkan je lah cemana orang nak parking. Dah la area rumah flat lagi. Masa check jaundice dulu bulan puasa. Ayah Rizq nun parking melantun jauh. Kalau camtu elok jalan kaki ja dari rumah (-_-")
Orang ramai tu std la kan. Dan menunggu dari kul 8pagi sampai kul 12pm adalah perkara biasa.
Tapi dah kerana KK ni dalam bangunan lain, dah nampak orang ramai melimpah ruah.
Tandas pun hazab bebeno. Tandas rosak taik bergelimpangan. Gelimat mat!
Lif nak naik bau pasar sebab satu bangunan dgn pasar. 

Takpe. Cukup untuk 3 bulan. Terima kasih.
Tapi, diakui nurse KK memang kerja bagus. Tak berehat pun. Ke hulu ke hilir busy komain. Mak takde nak komplen pasal tu. Cuma nya mak tak selesa nak ke KK area mak tu. Kalau KK lain, contoh memang bangunan dia saja, memang mak pergi KK. Bukan mak berlagak taknak ke KK ke apa ke yer. Sebab nya KK area mak tu memang tak selesa. Langsung. Itu saja. Takde kerana terpaksa, boleh elak, kita elak. Sampai sekarang mak pelik apa ke hal lah buh klinik satu bangunan dgn pasar??

Di UKMSC start masa 4 bulan hingga lah 8 bulan.
2 vaksin pneumococcal, dan 3 vaksin wajib.
Lepas tu tukar lagi.
Sebab paed tu dah pencen. Huhu.

Nak teruskan di UKMSC dia kata tak tahu paed bila masuk. Paed sedia ada dah ramai patient.
Baik.
Kita cari tempat lain.

Yang ni pening sket.
Tatau nak pergi mana. Kalau boleh tak mo patah balik KK pasar tu. Sedih sgt kalau kena patah balik. Boleh buat mood down sepanjang hari. Lain lah kalau boleh pergi KK lain. Masalahnya tak boleh, kan?

Columbia, Pusrawi, KPJ.
Dalam mencari cari tu, ada orang bagi feedback PCMC bagus.
Siap dia bagi nama doctor.

Yer tak yer.
Plus PCMC sebelah ofis kami ja. Senang.
Buat appointment. Paed lelaki. Melayu.
Alhamdulillah.

Start 9 bulan di situ.
Selesa sangat. Paed pun baik lah sangat.
Sangat tidak merungsingkan.
Berat dak Rizq ni tak naik banyak.
Mak siap tanya "perlu tak saya risau doktor sbb anak saya naik berat sket"
Doktor kata "eh, tak perlu risau puan. Baby aktif mmg naik sket2. Lagipun tgk mak ayah dia pun kecik je. Nak beso mana lagi anak tu"
Mak pun krik krik krik je bila doc cakap camtu.

Kan?
Kalau kat KK, deme ni kata mesti kena kecam dgn misi kalau berat anak naik sket.
Pastu suruh bagi FM.
Takmo lah makkkkk.
Doc ni just tanya berapa byk mak dapat bila pam. Dan berapa byk bekalkan ebm kat pengasuh.

Dkt  PCMC dah 2x appointment. Dos ke3 vaksin pneumococcal pun dah settle.
Next appointment masa Rizq setahun nanti. Untuk MMR.
Actually, kalau ikutkan MMR ni kena amik 2x - 9bulan n 12 bulan (bermula tahun 2016).
Tapi, doc kat PCMC kata takpe ambik masa 12 bulan pun.

Lagipun Rizq tak duduk taska.
Kebarangkalian untuk jangkit penyakit berkaitan (measles) tu rendah sket la.
InsyaAllah. Dengan izin Allah.
Harap harap lah.

Dan mmg kami nak teruskan check up Rizq di PCMC ja.
Senang. Dan selesa.
Macam masa mak buat treatment dgn Doc Tasha dulu kan.
Tempat selesa, doc selesa dan treatment tu membuahkan hasil. Alhamdulillah.
Takde rasa stress, takde rasa risau tempat orang ramai.

1st time mak pegi PCMC, appmt pukul 11.30, tapi kami sampai awal. Kul 11 dah dapat jumpa doktor.
Kali kedua ni - appmt 12.30, tapi kami agak lambat. Tapi, masa menunggu tak lama pun. Dalam 2 orang patient je kami dapat jumpa doktor.
Overall - sangat berpuas hati :)

InsyaAllah. Ada rezeki untuk Rizq.
Aungerah Allah ini tidak terhingga nilai nya. Takpe lah berhabis sket ke dia.
Maka, akan kami hargai sepenuh nya.
Dan akan memberikan yang terbaik untuk dia :)



6 April 2017

2 Tahun Telah Berlalu



6 April 2017.
2 tahun telah berlalu.

Terima kasih Allah kerana menerima kami sebagai tetamuMu.
Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa kami.
Terima kasih Allah atas peluang ini.
Terima kasih Allah dengan rezeki ini.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Moga dimurahkan rezeki untuk dipanggil lagi.
Rindu.
Teramat rindu.

Ada rezeki nak bawak Rizq Iskandar bersama.
Memang kalau boleh nak bawak dia ke sini dulu sebelum bawa jalan2 luar negara yang lain. 

Pada sahabat TTC, ambil lah peluang untuk ke sini dahulu.
Tak usah lah tegar berlumba lumba menyimpan hasrat dan duit untuk ke negara lain dulu. Orang lain biar lah. Kalau kita, biarlah ke sini dulu. Jangan fikir tak sampai seru atau pun belum cukup amal nak pergi sini.
Di sini lah tempat sepatutnya untuk kita.
Memohon keampunan Allah, bertaubat sepenuh hati, beribadat tanpa gangguan dan memohon doa sesungguh hati.
Ini pun salah satu ikhtiar kita.
Sekiranya dapat peluang ke sini, berdoa lah sebanyak mungkin.
Mohon lah pada Allah.
Dan jangan lupa untuk mendoakan orang lain.
Kita ada banyak masa dan banyak tempat mustajab doa.
Gunakan lah juga untuk mendoakan orang lain.

5 April 2017

Ke Matta Fair

Ni last month.
18.3.2017.

Mak kan memang gedik2 suka gi MF nih.
Thn lepas tak pergi sbb pregnant.
Thn ni acu cuba naseb tgk.
Sebab nak survey gi USS. Pastu famili trip.
Depa nak ke Sabah (semula).
Last 2 year kan dah plan.
Tup tup bulan 6 gempa bumi, terus tak jadi.
Then skrg plan semula.
Tapi, tak beli la skrg, tunggu MF bulan 9 punya utk bulan 12 punya trip.

Kami bawak si kecik tu.
Naseb behave dia.
Dah la ujan petus plak ptg tu.
Ha. Kami gi petang.
Diam je dak kapten tu.
Ayahnya buh dia dalam carrier.
Sblm tu kami gi Sogo dulu. Pastu baru gi PWTC.
Dia tertido dari Sogo tu. Naik tren smpai PWTC pun masih tido.
Lps dia bangun baru masukkan dalam carrier.
Orang ramai. Tapi dia tak resah.
Cuma, dia takmo feeding kalau ramai2 tu.
Hilang fokus gamaknya.

So, apa kami dapat?
Tak beli apa pun.
Ingat hari Ahad tu nak repeat.
Tapi malas!
Haha.

Ingat kot USS ada la murah.
Sama je kot. Beli online pun blh.
Pastu ingat nak beli voucher Avani, Sepang.
Dah dapat harga murah. 400 camtu lah.
Dah nak beli ni. Tapi bila fikir2 balik - Avani ni atas laut n ngadap laut. Bawak pulak baby kan. Dah la pernah baca review kat mana ntah, dia kata dia bawak baby gi Avani, balik dari situ baby dia tak henti2 menangis smpai kena pi berubat. Whohoho. Better elak lah, kan?

Pastu tgk Lexis.
Pun cam best.
Dalam pertimbangan.
Tapi sbb tak pergi semula, tak beli la Lexis tu kat MF.
Tapi, mak beli online. Hihihiw.
Dia smpai 31.12.17. Okay lah kan. Beli je dulu.

Weyyyy... I need holiday lah.
Serius.

Bulan 4 ni tak boleh ke mana sbb anak buah nikah.
And kenduri belah dia juga.
So, mmg berjalan ke rumah pengantin perempuan je lah kiranya.
Depa sewa homestay.

Aduh. Lama gila kot tak holiday/travel.
Bintatttt !!!!!!


Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign