Pages

26 December 2018

Hashtag : Phone Masuk Jamban

Haha.
Tak sopan nya tajuk.
Uols pernah ada pengalaman tipon masuk jamban?
Ha.... kakak dah ada pengalaman tu.

Pengalaman handphone masuk jamban.
Atau secara khususnya - handphone masuk jamban RnR
Atau nak lebih exaggerate - handphone Iphone masuk jamban RnR.

Serius weh.
Mesti uols akan tanya " cemna boleh jatuh???"
Cukup lah sekadar jawapannya "cuai"
Ya. Kakak lah cuai.

Tapi, sebenarnya ada bermacam hint jugak lah. Kiranya rentetan sebelum kes tipon masuk jamban tu.
Malam sebelum kejadian tu, charger iphone tu dah hilang tanpa dapat dikesan.
Jenuh carik. Tak jumpa.
Masa tu kakak kat hotel. Nun di JB. Ada meeting (nanti lah kakak story yg ini).
Kakak pergi meting then masa tu bilik kiterang ada problem sket. Ayaq toilet tak bleh flush. Naseb kakak sefamili tak mem"berry" lagi tau. Cisss sangat.
So, tukar bilik. Masa tukar bilik tu kakak takde. Kakak dalam meeting. Ayah Rizq la usung semua barang. Tak jauh pun usung, selang 2 bilik ja.

Semua barang ayah Rizq kata dia dah bawak.
Tp, dia tak nampak charger iphone. Yang dia nampak dan perasan adalah charger Vivo. Kakak pelik sbb sebelum pergi meeting mmg kakak caj phone. Kakak ingat sgt sbb masa tu dah bateri tinggal 2% ja. Cepat drain sbb guna maps utk carik hotel. Nak pergi meeting kena la charge. Dan dah naik 50% masa tu. Mustahil kakak tak caj.

Malam tu, balik meeting nak caj semula phone, baru perasan charger tu takde 
Check balik kt bilik tu - takde.
Pagi tu minta housekeeping carik kan pun takde.
Guano? Hurm.. takpe lah. Charger je pun kan.
So, on d way nak balik - beli lain.

Masa nak balik KL, hujan dan jem jugak. Maklum lah. Long weekend kan.
Pastu kami decide nak masuk ikut LEKAS (exit Senawang).
Sebenarnya sebelum ni kami tak pernah nak ikut LEKAS lah walo jem cemna pun. Abis2 kami akan exit kat Nilai yang nak pergi airport tu then masuk Putrajaya.
Tapi, kali ni macam nak lalu ikut LEKAS. 
Jadi, lalu lah. Dah masuk maghrib masa nak masuk ke LEKAS ni.
Pastu kakak pulak sebenarnya nak ke toilet dari Pagoh lagi.
Tapi tahan sbb tgk RnR ramai bebeno orang.

Mulanya nak tahan je sampai Petronas Semenyih nanti.
Tapi, entah cemana rasa boleh la kot berenti kat RnR.
Maka stop lah kejap dkt RnR Berenang.
And here is the rest of the story.
Kat RnR Beranang tu lah handphone kakak meluncur laju ke dalam lubang jamban. Grrrr.. geram sbb kecuaian sendiri!

Kakak pi letak phone tu kat poket belakang.
So, boleh imagine, dari Pagoh tahan nak terkucil. Dgn hujan sejuk aircond apa semua. Bergegas2 lah masuk toilet. Dan terlupa perihal akan telefon kat dalam poket tu. Gedebuk la dia melompat dalam mangkuk tandas tu. Kakak nampak tapi tak sempat nak ambik dia dah meluncur laju.

Kakak dah cam ala..ala... terus keluar dari toilet n pegi kt kereta.
Kebetulan masa tu ada uncle cleaner (India). Kami minta tlg dia. Kan derang ni ada penyepit panjang tu. Try guna tu. Tak boleh. Memula tu nampak je phone tu dah terlungkup dalam lubang tu. Pastu uncle tu cuba seluk. Ya.. baik dia. Cuba sgt nak membantu.
Tapi, tak dapat. 2x dia cuba seluk. Memang tak dapat.
(kami terus bagi sedikit sagu hati kat dia. Terharu juga sbb ayah Rizq yang pergi bagi. Masa tu uncle tu tgh makan - rupanya dia nak makan, tapi berenti sbb nak tolong kakak- Uncle tu kata takpe..takpe. Ayah Rizq kata "untuk kita, mungkin takde rezeki tapi, ini ada rezeki utk uncle makan nanti". Nyata. masyarakat kita masih ada hati dan perasaan untuk saling membantu orang dalam kesusahan)

Area tu tak ramai orang, tapi bila dah kami huru hara orang pun cam apahal..apa hal.
Haha.
Ada sorang akak tu siap cakap "Takpe.. tu ari adik saya terjatuh kunci kereta"
Aku pun hah?
Dapat balik tak? aku cam bangang je tanya. Kompom la tak dapat, kan?
Tak dapat la akak tu kata.
Kita pun cam - ada la kelegaan. Kunci keta oi. Ko boleh bayang? Fuh. Malam dan tetiba kunci keta kita jatuh dalam lubang jamban. 
Hey.. tak boleh bayang kot. Nauzubillah...

Kat luar toilet pun ada cam supervisor kepada cleaner tu.
Dia kata toilet RnR ni jauh ke dalam.
Memang susah nak dpt.
Dah memacam menda jatuh dalam tu.
Cincin lah gelang lah, jam lah.

So..okay.
Takde rezeki dgn phone tu.
Naseb la bukan iphone X ka XS ka. 
Tapinya, kakak baru guna 2 bulan kot.
Tu kakak tak hiba sangat. Yang hiba, gambar kat Johor tu tak sempat nak transfer lagi ke FB. Aduhaiii.. tu macam hiba.
Lps tu kakak fikir nanti orang jumpa cemana. Nanti orang buleh buka segala FB, IG kakak.

Tapi, mak kakak kata "takkan ada orang nak ambik dalam lubang taik tu" (mak ada skali).
Ayah Rizq pun kata "mustahil lah. Dah rosak pun phone tu"
Ye lah. Kakak doa doa lah agar phone tu rosak terus. Dan tak boleh guna lagi dah. Haha.
Rasanya saat ni dia dah terkambus dah. Kesian nya dia.. (T____T).

Esuknya terus ke centre utk amik phone baru dan sim card.
Ambik apanya... beli phone baru lah oii. Dgn sim card baru.
Tukar pakej trus. Naseb lah dah terminate broadband Digi awal bulan tu ari.

Hi. Apa lah naseb entah lah.
Kisah hitam 22 Disember. Lebih kurang seminggu selepas birthday ke 39. Rupanya nak bagi hadiah kepada diri sendiri. Kihkihkih.
Pengajaran lah tu.
Pengajaran agar tak cuai.
Tak kelam kabut.
Tak kata la nanti Allah lebih gantikan yang lebih baik. InsyaAllah lah kalau gitu.
Tapi, mungkin juga kifarah atas dosa2 yang lalu. Haha.
Adoi!!

Mujur masa kelam kabut nak dapatkan phone tu, Rizq okay ja duk dalam keta ngan opah dia.
Pastu cuba la tanya dia "phone ibu mana?"
Nanti dia jawab "suk amban"
Hahaha.

Jadinya #phonesukamban :D

17 December 2018

Public Holiday 2019

*untuk negeri punya cuti - klik - HKA

Tahun depan byk tak long weekend?
Haha.
Belum habis tahun 2018 dah sibuk lah dgn cuti tahun 2019.
Tak produktif langsung. Haha.
Yang pasti utk orang KL - masa hari Wilayah tu memang long weekend.
Tengok lah nak pergi mana nanti :D

Tapi, lepas tu sangap tunggu bulan 5 baru ada Public Holiday.
Hari raya puasa 5 Jun 2019.

14 December 2018

10th Anniversary & 39th Birthday



13 Disember 2018.
Ulangtahun kami yang ke 10.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah dengan ikatan hubungan ini.
10 tahun yang penuh suka duka.
10 tahun yang banyak mengajar kami erti kesabaran.





14 Disember 2018.
Hari kelahiran yang ke 39.
Tahun terakhir di umur 30-an.
Lepas ni "welcome to d 4 series"
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

6 December 2018

Misi Menjadi Minimalist

[ini adalah artikel yang dihantar ke satu confession page. Alhamdulillah, depa publish. Hihi]

Assalamualaikum dan Hai Semua.
Sebelum ni pernah baca confession tentang hoarder dan yang berkaitan dengan orang yg jenis "sayang barang" ni.
Aku memang tergolong dalam golongan itu.
Mula dulu aku mengaku aku "hoarder". Tp bukan lah tahap teruk. Mungkin mild hoarder. Sbb macam sayang resit2 (buat kenangan contohnya), sayang nak buang bil2 segala (takut berguna kemudian hari), pastu kadang simpan kotak2 (kot2 lah berguna), kasut2 yg dah tk bleh pakai pun ada yg disimpan lagi (macam kesian pulak kasut tu kena buang).

Lps tu, bila ada sorang ni komen kata dia tak macam tu. Famili dia tahu kalau dia balik mesti kemas2 rumah. 
Aku pun cam owh. Bila kita tulis kita hoarder org ingat kita kumpul sampah dan rumah kita bersepah berselerak.
No! Aku percaya majoriti "mild hoarder" ni tak begitu.
Jadi, nak simplified kan, aku tukar lah aku ni jenis maximalist. Bukan saja sayang barang tapi rumah terlampau banyak barang dan tidak digunakan.

Walau rumah aku banyak barang dan macam mild hoarder, tapi rumah aku tak bersepah macam rumah orang yg keluar paper gambar sampah setimbun dalam rumah dia tu. Yang ada tayar moto bawah dapur tu. No way ya. Bukan nak kata aku pengemas tapi kalau masuk rumah aku, tak nampak pun ke-hoarder-an aku tu. Kat mana aku sembunyikan bebarang aku tu. Haaaa... semua tu ada dalam kotak2 yang banyak, yg siap ada label setiap kotak tu apa menda barang dalam tu. 

Aku pernah pindah rumah dari rumah sewa ke rumah sendiri. Lori 3 tan tak muat. Siap berulang lagi dengan kereta amik barang (T__T). Masa tu aku siap angkut majalah In-Trend aku (patut jual je lah). Siap bebudak forwarding tu mengeluh kata "apa benda berat sgt ni kak". Ya. Aku simpan majalah In-Trend dari keluaran pertama hingga lah keluaran tahun aku pindah tu. Gila banyak. Tu tak masuk majalah Apartment lah itu lah ini lah. Ya Tuhannn.. (tapi, aku dah jual dah majalah. Lama dah).

Hinggalah dalam pertengahan tahun ni aku cam tersedar. Barang aku banyak sangat. Lepas tu ada aku terbaca satu artikel orang ni share -  kakak dia camtu lah. Memacam simpan termasuk tiket2 bas (a ah aku dulu ada juga simpan tapi sebelum kawen aku buang dah. Konon cam kenangan sbb keluar ngan bf. Bongok je rasa). Lepas tu kakak dia meninggal. Lepas tu orang susah nak kemas barang kakak dia sbb banyak sangat. Dari situ aku macam tersedar sket. Sket je lah.

Hingga lah sampai satu tahap aku rungsing tgk banyak nya kotak kotak kotak kotak dalam rumah aku. Kotak tu kotak plastik yang bertutup aku beli kt Jusco / Tesco semua tu. Satu kaler je semua, satu saiz je semua.

Dan aku berazam aku nak kurang kan barang aku. Aku start baca artikel berkaitan minimalism ni. "Berkenalan" dengan Joshua & Ryan. Dan satu hari tu, aku bersembang dgn kakak office dan entah cemna terkeluar cerita aku nak jadi minimalist ni. "Nah amik buku ni" katanya sambil memberi buku bertajuk "Goodbye, things" by Fumio Sasaki. Oh. Yang ni extreme minimalist sebenarnya. Dia lap badan lepas mandi guna towel kecik yg lap muka tu ja. Haha. Aku tidak lah mahu sampai ke tahap itu. Cukup lah kalau aku declutter barang yang banyak tapi aku tak guna ni.

So, aku mula mencarik kat mana aku boleh hantar bebarang ni. Mulanya aku nak hantar ke Perkim. Dah call ni. Tapi, dalam pada tu aku masuk grup Free Market (FM). Dan nak dijadikan rezeki masa tu ada FM yang dibuat di masjid berhampiran rumah aku. Aku join. Itu 1st time aku join. Seronok sangat. Habis barang aku bawa. 

Secara ringkasnya, kalau kau nak jadi minimalist atau sekurang-kurangnya nak declutter barang, boleh la buat gini - join Free Market, jual di Carousell, jual di recycle centre dan buang.

Kalau Free Market tu - kau bawa lah baju2 / barang yang masih elok. Mesti habis orang ambik. Aku dah join 2,3 FM jugak lah. Pertama kali aku join, aku bawa lebih kurang 40 pasang baju yang siap di iron. Yes. Aku iron. 2 malam aku meng-iron. Mujur lah ada iron warna gold iteww. Eceh. Hahaha. Lps tu kalau pinggan mangkuk tu bagi yg memang kita tak pernah guna. Aku ada banyak hadiah orang bagi masa aku kahwin 10 tahun dulu. Ya, 10 tahun aku simpan tak berpakai. Setengahnya aku dah bagi orang. Tapi, yg ni aku simpan. Tapi, simpan2 tak berpakai. Kalau gi orang kawen, tak perlu lah bagi hadiah jug pinggan mangkuk segala ni. Aku pernah dapat, jug tu pecah dua. Aku suspect dia pun bagi hadiah yg orang bagi dia. Sbb dia tak pernah buka. Tak ke sedih perasaan orang terima tu.

Kalau jual pulak, aku pilih carousell. Kat carousell ni jual furniture memang laju. Baju kurang sket. Cumanya, korang jangan la letak harga balik modal. Adui. Katakan nak jual meja makan lebih RM100 memang susah lah. Baik orang beli baru. Nak sewa van segala apa. Jual ja bawah RM100. Berebut orang beli. Percaya lah. Ko letak RM50 lagi tak menang tangan nak jawab PM. Kita pun memang nak buang dah menda tu. Kira, dapat jual satu bonus. Dulu, kiterang penah jual pada orang yg meniaga perabot terpakai tu. Tu boleh memang boleh tapi dia amik harga rendah sgt. Ada ke patut RM10 je utk almari. Murah tu takpe, tapi janganlah murah sangat. 

Pastu, kalau ada menda macam kotak2 plastik tu, tu tak payah la nak bagi kat FM atau jual. Sapa pun taknak. Contoh macam kotak CD, DVD, botol susu. Sebab anak fully minum susu badan dia ada banyak botol. Sbb waktu antar kat pengasuh aku dah sukat sesiap susu yg dia nak minum. Aku bawa 6 botol setiap hari. Dan setiap 3 - 6 bulan kena tukar. Makanya, dalam tempoh 2 tahun, betapa banyak botol yang ada. Huhu. Jadi, jual kat recycle ja. Botol tu memang nampak elok lagi tapi tak boleh nak bagi orang. Jangan buat penaya kat orang ya. Tak baik. Jual kat recycle ni memang ko tak bleh expect harga tinggi lah. Dapat singgit pun kira bersyukur tau. Haha.

Selainnya, buang je lah. Tak yah ragu2. Kalau baju dah melekat kena iron tu - buang je lah. Sayang pun nak simpan buat apa. Menyemak ja.

Gitu lah lebih kurang perjalanan aku untuk menjadi minimalist. Bila kita jadi minimalist ni otomatik kita taknak dah membeli barang entah hapa hapa. Menyemak rumah ja. Lps tu hati pun tenang. Rumah pun takde banyak kotak2 lagi. Tapi, kalau ko muda lagi takyah lah minimalist bagai. Puaskan hati utk beli apa kau nak. Cam aku ni, zaman shopping memacam tu dah berlalu. Dah puas hati dah skrg ni. Walau aku baru je kerja 16 tahun, umur pun baru nak masuk 40 next year. Hihi.

Cuma, ada satu benda je aku tak usik dan declutter. Jual pun tidak, bagi free apatah lagi. Haha.
Iaitu Tupperware. Hehe. Aku ada 1 kabinet tupperware kaler feveret aku - purple. Yang tu jarang sangat guna tapi kesayangan hoi sbb mostly limited edition. Dan satu kabinet full tupperware berwarna warni yang memang aku guna.

So, good luck pada yang nak menjadi minimalist.

~mrsminimalist to be~

5 December 2018

Selamat Datang Disember 2018



Hampir meninggalkan tahun 2018.
Cepat kan masa berlalu tahun ni.
Kejap je dah akhir tahun.
Tapi tahun ni kira macam puas juga gi jejalan.
Boleh kata kan tahun ni adalah tahun jelajah seluruh semenanjung :)

Bulan ini juga bulan anniversary kami.
Anniversary ke 10.
Alhamdulillah.
Ingat nk bikin photoshoot. Tapi... cuaca macam tak berapa best sekarang ni kan.
Tgk lah nanti.

Bulan ni juga bulan kelahiran tuan tanah.
Yang ke 39 tahun.
Alhamdulillah.
Ehem.
Setahun je lagi menjejakkan kaki ke 40-an.
WoW! Tua nya. Haha.

Bulan ni juga Rizq Iskandar menjangkau umur 2 tahun 6 bulan.
Alhamdulillah.

Bebaru ni fikiran agak terganggu juga dek suatu hal.
Tapi, ah, lantak lah.
Malas lah nak sesakkan fikiran dgn toxic people nih.
Kita cari cara lah cemna nak jauhkan dari semua ni.
Settle.
Itu lumrah.
Kuman di seberang lautan memang kita nampak.
Namun gajah di depan mata, itu yang memang selalu kita tak perasan.
Kita manusia memang seronok kalau jumpa salah orang.
Walhal kalau ada salah kita sendiri, seboleh2 kita nak sembunyikan :)
Duduk bercerita dan menyampaikan memang seronok.
Hingga kadang kita terlupa, kita pun ada akan dijadikan bahan cerita.
Memetik kata kata ustazah di radio IKIM pagi tadi.


Mungkin sesekali kita rasa down, atau sesekali orang bercerita perihal kita kerana Allah jentik hati supaya kita sedar kekhilafan kita.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.
Ini maknanya kita makin menghampiri mati. 
Bukan semakin menongkat bumi.

:)

Selamat tinggal tahun 2018.
Welcome 2019.

22 November 2018

Rizq Join PlayGroup

Sebenarnya dalam plan nak enroll Rizq ke playschool next year.

Tapi, macam tak berapa nak confiden. Dah la blum potty train dia. Pastu wean off pun belum. Acena nak sekolah nak. Huhu.
Dia cam boleh ke anak aku nak sekolah ni.

Ramai cakap kecik lagi baru 3 tahun takkan nak hantar "sekolah"

Sekolah ni depa ingat macam tadika dah.
Tapi, playschool ni bukan lah macam taska yang umur 5,6 tahun tu.
Cuma tu lah.


Okay.
Jadi, mak Rizq rasa apa kata kita try dulu.
Sementelah nampak ada iklan kt FB pasal playgroup ni, dan dekat pula dengan rumah, maka moh la kita try.
Memula tu, kena pi untuk dia buat penilaian dulu. Masa ni bayar RM50.

Penilaian ni dia cam nak tgk apa kebolehan anak kita apa semua.
Patut dimasukkan ke kelas normal atau kelas yang lain.
Dia ada 2 kelas. Satu utk kelas budak normal, satu utk budak yg memerlukan perhatian khas macam autisme apa semua tu.
In fact, pusat ni sebenarnya mmg pusat terapi utk kekanak autisme.

Masa penilaian ni dia tanya la pasal anak kita. Boleh apa dah. Boleh cakap apa, apa yg dia boleh main, skill dia etc etc.
Sambil therapist (rasanya therapist la kot. Dia bahasakan diri dia teacher pada anak kita) tanya, anak kita boleh la main2 kat situ.

So, lepas penilaian, boleh la pilih tema kelas kita nak dan date yg available.
Ada 7 kelas kalo tak silap.

Mak Rizq pilih satu dulu. Try. Ambik yg tema rainbow.



Jadi, last Saturday pergi lah kami ke kelas tu.
Kelas tu 1jam setengah. Dari jam 10 pagi hingga 12.00 tengahari.

Bayaran RM85 utk satu kelas.
Ada 6 orang kanak-kanak dalam tu.
(tapi masa hari kami attend tu, terlebih pulak. Sbb ada mak yg tak alert. Suppose kelas anak dia esuk harinya. Dia dah ter datang, tak pe je lah kan).
Memula tu Rizq enjoy. Seronok dia ke sana ke mari.
Masuk gelung, naik slide.





Lps tu bila kelas nak mula dia buat hal pulak.
Entah apa dia nak.
Nangis2 pulak. Orang duk joget2 dia taknak.
Adoi. Mak dah nak balik dah rasanya. Geram betul.
Pastu pujuk2, elok sket.


Depa ada la buat xtvt. Ambik satu getah kaler2 ni, letakkan ikut kaler. Kalau hijau, amik getah hijau letak pada kad hijau, merah letak merah.
Dak Rizq?
Tak hendaknya dia buat. Dia ngamuk2 bila orang tak bagi dia menda getah tu. La.. tak boleh la bagi dia je. Kena la tunggu turn. Dia taknak (tu lah..dia tak biasa ramai2. Orang lain, elok je boleh duduk diam. Maybe sbb dia tak biasa buat xtvt macam tu while orang lain da biasa duduk taska).

Pastu buat pulak xtvt masukkan menda dalam string. Ikut kaler juga.
Pun dia taknak.
Dia buat hal dia.
See.. dia pi main benda lain (-_-")


Yang dia suka xtvt art ni.


Cop cop tangan.
Yang ni dia boleh ja tunggu.
Seronok dia yang ni.

Budak lain pulak ada tk suka. Depa geli agaknya nak cat2 tangan.
Dak rizq rilek ja. Haha.

Suka art gamaknya anak aku ni.


Lps tu dia dah malas.
Ngantuk pun yer jugak.
Bebudak lain pun dah crancky jugak sbb da tengahari. Dah time tido kan.



Ni baru 1st time.
Mak rasa kena selalu anta dia buat menda2 camni sebelum nak enroll dia playschool ke apa. Dia duk umah nenek selesa je selama ni. Orang lain elok je. Sekali masuk kelas ni kena tunggu turn la apa la. Jenuh lah kan. Alah alah.

So, mak register utk satu lagi kelas. Tgk cemna kali ni.
Oh ya. Kat mana ada playgroup ni.
Boleh tgk FB ni - Beyond Home Therapy

21 November 2018

MyPortfolio oh MyPortfolio

Most of penjawat awam sekarang tgh sibuk menyiapkan myportfolio memasing kan.
Ha.. baru tahu.
Haha.

Kakak HR tahu menda ni bulan 9. Masa tu boss panggil and suruhkan war warkan sebelum sukan office kat Langkawi tu.
Kita pun war warkan kepada semua staff. Masa tu bagi emel and apa yg dokumen dibekalkan je lah. Memang cam blur ayam je apa menda lah pulak ni.
Lps tu, bulan 10 baru kementerian panggil utk taklimat (dari MAMPU).
Ni lah masa course kt kementerian tu.
Tudung bulat melepet I don't care. Haha.
Kami berempat.
Dan lepas tu, wakil yg hadir taklimat ni lah yg dilantik sbg pemudahcara jabatan memasing.
Makanya, ujung bulan 10 team kakak pun buat lah taklimat kepada wakil2 bhgn dan cawangan agensi kakak. Mereka pula akan jadi pemudahcara.
Gitu.

Dan ini lah sekitar sesi bengkel penyediaan myportfolio di agensi kakak. Hujung bulan Oktober.




Hari pertama tu, kakak dah semangat ni nak jadi presenter. Kononnya lah. Haha. Sebab kita jemput mampu, kementerian apa semua pun tak bleh nak datang. Takpe. Kakak boleh lah. Kata pemudahcara kan. Haha.
Tapi, malam tu sebenarnya, dak Rizq tak berapa sihat. Badan dia panas tetiba. Aduh, dah kenapa, kan? Tetiba ajer. Esuk pagi tu macam serba salah jugak (begitu lah perasaan kita kan, anak pun utama, kerja pun kalau ada yg mendesak, kena juga buat. Tapi, orang ingat kita ni kedarah duit sangat sampai tak hirau anak. Eh! Bukan begitu ya. Kalau kau kerja, ko faham lah. Macam haku ni kerja office, takpe juga. Kalau orang tu kerja pakar bedah ka, pakar sakit puan nak tggu korang beranak ka apa ka, lagi la kacau bilau pemikiran. Tu la.. cakap orang senang sangat kan).

Pastu, kakak cuba lah ikut naluri kakak sebagai ibu. Naluri kakak kata "pergi kerja, settle kan bengkel sesi pagi, then waktu tghari minta kebenaran keluar bawa anak gi klinik"
Sokay lah. Pagi tu rasa takde la risau sgt.
Lagi pun pagi tu, suhu takde tinggi sangat. Dalam 37 lebih. Belum cecah 38.
Tapi dalam keta dak Rizq merap je lah. Takpe lah. Nanti sampai ofis iron baju semula.
Jadi, dah sampai ofis tu, iron lah baju.
Seronok iron iron, dah elok dah ni, tapi mcm tak puas ati, kuatkan sikit suhu iron tu. Zass,..melekat. Ambik kau...! 
Keluar dari bilik iron tu meraung. Haha. Takde la meraung kuat, tapi dak2 HR ni cam "aphal kak..aphal??!" Kecoh jap baju kakak terbako!
Kuang hasammm... dah kekok weh dah biasa pakai iron bijak pandai tak terbako tu. Waduh! Cemana, lagi 10minit je bengkel dah start. Nak balik tak sempat dah.
Makanya, dgn penuh confident, pakai je lah baju tu.
Dan tercipta lah sejarah bagi presentation dengan baju terbako.
Ko tengok.. confident je walau baju terbako.
Like - bajo terbako I don't care... hahaah.

Dia kan kalo dah macam ni, jangan kau pegang2 tempat terbako tu.
Muka kena konfiden je.
Bebudak yg tahu ni gelak2 je.
Pastu ada sorang budak cawangan tegur. Haha. Nampak ja.
Agaknya orang lain pun nampak, tapi buat tatau.
Ah. Lantakkan...
Tapi sayang baju tu. Baru pakai berapa kali kot. Konghajo betul iron ni.
So, settle taklimat, tinggalkan bengkel kejap - gi klinik.
Esuk tu, tak perlu MC sbb dak Rizq pun Alhamdulillah dah baik.
Bengkel diteruskan. Syukur.

Jadi, tu lah pelaksanaan myPortfolio di agensi kami.
Lepas bengkel, kami terus kan berhubung dengan pemudahcara ni melalui w.app.
Kami setkan date utk hantar pada 15 November supaya kami boleh semak sebelum 30 November.
By 30 November tu semua orang dah myPortfolio yang betul dan lengkap.
Gituuu....

Susah ke nak buat myPortfolio ni?
Susah la kalau kita rasa susah.
Sebenarnya mendalah ni dari Fail Meja dan MPK. Lps ni dah takde dah Fail Meja bagai ni. Guna myPortfolio ja. Tu la.. dulu Fail Meja taknak buat bebbtul, kan dah payah.
Tapi, sebenarnya, sekali ni ja.
Utk sekali ni ja kita buat, lps tu takde dah.
Jadi, buat je lah bebaik n bebetul.

Entah lah.
Menda2 ni camni memang rasa semak. Aku pun buat terhegeh2 jugak.
Tapi, bila dah buat, sebenarnya menda ini juga membantu kerja kita.
Tak caya nanti tgk lah.
Kalau kita baru duduk tempat tu, menda ni lah akan membantu utk tahu proses kerja tempat baru tu.
So, buat je lah kome. Once in a life time je :D

p/s : sapa nak template myportfolio meh la contact kakak. Keutamaan kepada pegawai sumber manusia. Hehehe :D
Template semua tu bleh ambil kat laman web MAMPU ni - myportfolio

14 November 2018

Sabarlah, Kita Dah Tua

Menginjak umur ke 40 ini, seboleh nya aku tidak mahu lagi bertekak dan bertegang urat.
Hari ini genap sebulan lagi umurku nak masuk 39 tahun.
Setahun lagi dah masuk 40.
Kenapa la aku terlibat lagi dengan menda2 remeh macam ni.
Allahu.. Seboleh-bolehnya aku taknak langsung ada kes macam ni.
Takpe. Biar lah Allah merahmati insan itu.

"Ya Allah, kau jauh kan lah daku dari sifat menyusahkan orang. Adalah kemungkinan peristiwa yang berlaku ini adalah kifarah dari perbuatan ku terdahulu, maka Kau ampunkan lah daku. Jadikanlah daku orang yang memudahkan kerja orang lain dan jadikan lah daku seorang yang sabar"

Ya. Aku pun macam tak percaya ketika kejadian tu, takde langsung perasaan marah. Walaupun berhadapan dengan orang yg aku pun tak tahu apa penyebab dia marah.
Masih terngiang-ngiang di telinga makhluk Allah itu berkata  "aku hangin ni", bila aku menegur dia yang seolah tak keruan dan tidak selesa bila kami berhadapan. 

Adakah aku terlalu keras dan terlalu memaksa.
Serasanya tidak.
Bermula dari panggilan telefon, aku mengatur ayat sebaiknya.
Ya lah..kita nak minta bantuan.
Mana silapnya sampai dia hangin.
Entah lah.
Salah aku lah agaknya tu. Sampai dia hangin.
Takpe lah.

Apa pun, aku tetap dengan prinsip aku.
"Permudahkan lah kerja orang, agar Allah permudahkan kerja kita"
Semoga apa dirancangkan esuk berjalan dengan lancar.

Terima kasih kerana me-reveal sikap begitu di hadapan ku sendiri di mana selama ini aku cuma mendengar gosip2 orang saja. Di mana selama ni, aku rasa dia bukan lah sebagaimana yang dikatakan itu. Dia bukan begitu sebal dan teruk. Selama ini aku rasakan dia seorang yang mudah dibawa berbincang dan baik hati. Takde masalah langsung dengan makhluk Allah ni. Rupanya... betul kata mereka itu. Bila kita cerita pun mesti orang kata "...dia memang camtu..takpe lah..rilek je"

Sampai bila kita nak mengikut perasaan hangin.
Kita dah semakin tua.
Berubah lah....
Tanamkan sikap sabar dalam diri kita dan permudahkan kerja orang.
Tak rugi pun.
Cuba lah.

13 November 2018

Neverending Issue : Ibu Bekerja VS Ibu Bekerja di Rumah


Asal ada je cerita anak meninggal ketika ditinggalkan dengan pengasuh, mesti timbul isu ini.
Isu "ini la sebab aku tak nak kerja.. eii.. takut.. tak sampai hati.. tak nak la.. tak itu .. tak ini"
Annoyed la... serius...
Sebagaimana korang menulis dan kata "eh, aku bukan tuju kat ko, apsal ko nak terasa", seperti itu juga lah aku pun buleh cakap "suka hati aku lah nak terasa atau tak"
Dan menda tu tak habis.
Sesungguhnya entry ini bukan nak mengecam, jauh sekali untuk mengutuk surirumah sepenuh masa ini.
Tahu sesangat tu surirumah tangga sepenuh masa itu sangat mulia.
Takde siapa menyanggah.
Tapi, jangan lah bila menulis tu macam satu kebanggaan pula.
Macam kami yang keluar bekerja ni sangap sangat nak tinggal anak terkontang kanting kt rumah orang.
A ah. Memang nampak emo kali ini.
Sebabnya, tak larat nak hadap. Kalau sekali tak pe lagi.
Tapi, acap kali. Acapkali keluar isu tu, adalah yang akan keluarkan statement
"taknak kerja, nanti anak kena dera"
"Sebab tu berenti kerja, dapat jaga anak sendiri"

Macam kita ni yang bekerja ni sayang sangat la ke kerja sampai tak nak berhenti dan jaga sendiri anak. Weiii... utk orang yg susah dapat anak ni lagi la.. mu faham dok perasaan orang yg lamaaaa sangat menanti zuriat sendiri?
Sebab tu la aku dulu amik sebulan Cuti Tanpa Gaji untuk menjaga anak. Tak sanggup rasa nak hantar anak seawal umurnya 3 bulan. Kalau buleh nak sampai 6 bulan ja lajak. Haha.

Citer dia, kalau jaga anak sendiri ni dah tentu selamat 100% kah?
Tengok keluar masuk hospital jugekkk.. jatuh lah hapa lah.
Elok lagi orang jaga anak aku tu. Jatuh pun tak pernah ha. Lebam apa pun takdak.
Tapi mesti depa akan jawab "at least, aku penyebabnya. Bukan orang lain"
Ye lah..ye lah.. wat eva.

Sebenarnya, dah malas nak menulis lagi bab ni.
Tapi, kadang terbuku di hati.
Facebook bukan tempat utk meluah perasaan sebaik blog ni.
Kat sini, bukan ada orang baca pun. Haha. Membebel lah kau sorang2 situ.
Semua orang tak suka baca panjang2 ni.
Depa nak suruh orang lukis ja.

Aku malas nak ada menda2 toxic ni dalam life aku.
Aku sendiri akan mengundur.
Malas nak men-stress kan diri sendiri.
Bangga nau boleh jaga anak sendiri.
Part lagi best mereka ni akan tambah "biarlah hidup tak kaya macam orang lain, asalkan anak ada depan mata"
Elleh!
Apa dia ingat kita yang keluar bekerja ni kedarah sangat duit gamaknya.
Satu nawaitu teratas kita bekerja adalah kerana Allah. Dan untuk kemaslahatan umat dan masyarakat. Kerja ini ibadah. Dan ini lah akan jadi bekalan kita di akhirat kelak.
Selain tu, baru lah utk memberi keselesaan kepada keluarga kita.

Ya, betul.. dgn rezeki Allah melalui kerja ini lah aku dapat buat rawatan di klinik swasta untuk mendapatkan zuriat.
Dengan rezeki Allah bagi ni lah dapat melihat negara orang.
Dengan rezeki Allah bagi ni lah dapat ke Tanah Suci.
Dengan rezeki Allah bagi ni lah dapat menselesakan family.
Dengan rezeki Allah bagi ni lah dapat menyimpan utk masa depan anak dalam pelbagai simpanan.
Bila anak sakit, terus boleh ke emergency hospital swasta. Tak perlu berlama lama menunggu di hospital kerajaan. Ini kerana majikan kami dah sediakan kemudahan perubatan utk kami. Lagi pula, dengan status tetap dan berpencen ni, kalau ada jadi apa2 pada kami, InsyaAllah anak kami terjaga kebajikannnya. Pencen akan berterusan hingga umurnya 21 tahun. Rumah pun akan dapat pada dia.

Entah lah. Terpulang lah pada memasing.
Cuma, jangan lah sesekali rasa ingin mendabik dada kerana status yang dipegang.
Dan jangan pula lekas melatah.
Matlamat kita sama.
Misi kita sama.
Sebagai ibu untuk menjaga amanah Allah ini.

Kita sebagai ibu dikurniakan naluri dari Allah yang tiada bandingannya.
Gunakanlah sebaik mungkin.
Semenjak kes Rizq kena kuning seawal kelahiran dia dulu, aku amat yakin dengan naluri keibuan ini. Masa tu memang tak sedap hati sungguh rasanya bila ada yg memberikan mandian utk mengelakkan kuning. Rasa macam kuning makin naik lps mandi tu. Tak sedap hati sungguh. Tapi, cuba menidakkan perasaan tu. Rupanya, naluri ibu itu betul. Sbb mandian tu lah jaundice Rizq makin tinggi hingga masuk wad. Ya lah.. masa tu baru 3 hari. Rupanya, itu lah yg dikatakan naluri ibu.

Dan. 
Sejak itu, memang aku gunakan naluri ku. Biarlah orang nak cadang apa, kalau hati aku resah. No! 
Sama lah ketika anak tak sihat dan pada masa yang sama terpaksa menyelesaikan tugas.
Mohon pada Allah agar diberikan petunjuk.
Dan Alhamdulillah. Ikut naluri. Tugas selesai, anak pun dapat dibawa ke klinik.
Letakkan lah kebergantungan sepenuhnya pada Allah.
Sepenuhnya.

Dah.
Aku mohon seribu kemaafan kalau ibu yang bekerja di rumah tidak senang dgn entry ini. 
Aku sama sekali tidak mengecam kalian.
Cuma ada segelintir yg menyebabkan aku ibu bekerja ini terasa hati.
Aku salute kalian. 
Tugas korang memang mulia. Syurga lah tempatnya. Mudah-mudahan.

9 November 2018

Rizq Naik Kuda Dan Tengok Kucing

Ni kejadian bila ni?
Awal bulan 10 tu ari.
Berapa hb ntah. Lupa dah.
Masa tu pepagi 3 beranak ni dah bangun. Dah mandi.
Sbb nak pegi breakfast Roti Canai Kari Kaki Ayam.
Sapa tau, tau lah tempat tu kat mana.
Biasa kami tgk kalau weekday tempat ni beratur panjang.
Konon nak la try pegi waktu weekend.
Tengok..tengok..
lagi teruk aih ramai nya.
Kalau weekday, orang yg ramai beratur.
Tapi weekend ni, kereta pun berdedai dedai panjangnya.
So, tak jadi nak makan situ.
Terus pegi breakfast kat Syed. Lama tak pegi Syed.
Pastu dah siap breakfast, tgk awal lagi. Baru jam 9pg camtu.
Ayuh lah kita g memana.
Decide nak pi Titiwangsa. Nak tgk apa yg dah di tutup. Titiwangsa ni dah tutup utk renovation. Tapi, jalan utk kereta masih buka. Orang joging pun ada tepi2 jalan tu.
Pusing, tgk tempat kuda tu ada lagi.
Jom lah kita try naik kuda.
Murah giler kot. 50sen je sorang. Utk kekanak. Utk dewasa RM1.
Eh. Ye ke singgit. Alah. Lupa la pulak. Tp lebih kurang camtu lah. Tak limaposen, singgit. Tak lebih dari singgit yang pastinya. Ini kalau nak naik kereta kuda tu.
Kalau naik kuda, sorang2 tu, yg tu mahai sket. Tapi mahai pun takde la mahai sgt.
Seronok jugak.


Kuda2 sini sado. Dan cantik bersih. Maklum la kuda DBKL kan. Takde la serabut cam kuda kat Batu Buruk tu. Yang tu kesian lah. Tatau lah. Rasa tak sampai hati tgk kuda tu. Kesian je rasa.
Kuda sini terjaga elok. Pastu kalau dia da pusing, dia kena rehat.
Kuda tak bleh stress. Hehe.
Dak Rizq dia okay ja. Tp duk dekat kuda tu dia taknak.



Lps naik kuda, tatau dah nak gi mana.
Tgk kt FB ada expo kucing kat Matrade.
Jom ke sana pulak.
Sampai sana awal lagi. Expo buka kul 11. Kena la menunggu.
Ada tiket entrance. RM5. Kekanak free ja.
Takde la apa sgt pun. 
Dak Rizq ni dia suka kucing. Tapi kalau kucing duk terkurung tu tak berapa suka.











Pastu ada area cam petting zoo.
Ha, tu dia suka lah.
Ada promo Farm In The City, dia bawak 2,3 jenis binatang. Yang ni bleh pegang dari luar ja.
Free je lah area sini.



Pastu ada area lain. Kecik je tempat dia.
Dia letak ayam la rabbit la.
Masuk sini kena pulak RM5.
Dak Rizq nak masuk..nak masuk.. nak taknak, bagi kan je lah.
Itu lah anak orang bando. Nak masuk main ngan ayam pun kena bayo. Ibu dulu duk kampung, tak ke diheran nak tgk ayam bagai ni.


Siap orang tu kata kalau kecik ni, mak kena masuk sekali.
Mak Rizq kata, takpe. Dia okay ja.


Memang okay. Dia berani ja. See..siap kejar ayam. Haha.
Ada budak lain, masuk je terus menangis.
Huhu.
Dak kecik sorang ni selamba je. Pastu budak yang jaga tu , saja bagi dia pegang ayam lah, rabbit lah. 




Tapi, bila dah pegang semua2 ni tangan memang kena cuci bersih lah.
Mak memang standby dah wet tissue.
Pastu da keluar tu terus bawa basuh tangan lengan kaki apa semua kat toilet.
Pakai baju buruk ja sbb tak suspect nak jalan sampai ke sini.
Haha.
Naseb la nak....

#kaptenRizqkeGanu : Hotel

Hi!
Rizq baru balik dari Ganu ni. Pegi dari 3 Nov till 6 Nov. Masa cuti Deepavali tu. Sebenarnya silap ni. Kalau buleh taknak clash dgn cuti sekolah. Sekali dah booking, baru tahu sekolah cuti masa tu. 
Haihhhh.. ramai la maknusia.

So, sebelum masuk citer lain, jom mak Rizq citer pasal hotel yang kami stay di Ganu.
Kami stay di 2 hotel berbeza (terngiang-ngiang iklan Trivago. Hotel yang sama, harga yang berbeza)
Kedua-duanya mak Rizq booking thro Agoda.
Dengan harga yang sangat berbaloi.
Kalau uols subscribe Agoda ni, biasa dia akan bagi code setiap minggu. Guna lah code ni utk dapatkan harga best. Yg best, kita boleh guna byk code diskaun. Katalah mmg hari tu ada diskaun, pastu kita bleh lagi guna code yang kita dapat kat emel tu. Jadi, penjimatan berganda di situ. Memang murah banyak lah.

Hotel pertama - Primula Beach Hotel.

Dapat harga RM437.80. Maknanya satu malam RM218.90
Murah dari harga di web dia.
Tapi tatau la kot govt staff rate lagi murah.
Kami booking deluxe utk king size bed.
Dan dapat.
Walau kat luar napak cam hotel lama, dalam semua dah baru.

Bilik memang luas. Lengkap. Ada iron, iron board.
Toilet pun besar. Dak kecik tu paling suka.

Okay lah. Semua lengkap.

Masa ni tgh tggu nak naik "Bas Kite"

Cubaan membuat "pis"

Tingkat 11 lagi.
Pemandangan cantik!
Keluar balkoni, ada view ini. Kalau area wing satu lagi, nampak la view laut sepenuhnya. Kami dapat view laut dan view bandar.
Not bad lah kan.



Hotel ni memang puas hati.
Dekat dgn bandar.

Boleh jalan kaki sepanjang pantai.
Pastu, nak makan kedai seafood pun dekat.
So, highly recommended.
Cumanya, hotel ni sentiasa sesak. 3 hari kami kat situ, tiga2 hari tu lah sentiasa ada je org kursus. Kat lobi penuh. Pastu ada grup rombongan tadika pun check in masa kami check in. So, sesak. Swimming pool masa tu memang penuh dgn budak tadika je lah. Huhu.
Mungkin pilihan jabatan2 kerajaan.
Kalau hari cuti, sila turun makan awal.
Ramai orang. Cafe pun tak besar mana.
Makanan pun boleh la. Takde la tak sedap. Dan idak la teruk nau.
Hari pertama ada nasik lemak pink.


Pink pun pink lah.
Ayah Rizq try nasik dagang dia. So-so je.

Hotel kedua - nama dirahsiakan dulu.

Yang ni memang harga sangat murah la dengan Agoda.
Tak sampai RM100 pun utk satu malam. Memang lah sebab tak termasuk makan pagi. But, still lah murah kan kalau ditgk nama hotel tu. RM89.58 sahaja.
Tapi, jangan lah sebab kami bayar murah, maka kami diberi :

**bilik yang ada kesan simen pecah.



Imej hotel ni. Ke cemna? Ke menda kerosakan cemni tak apa je.Bilik besar, luas dah. Tetiba ada menda ni, trus rasa "select"

Entah, for me, tak elok lah dibiarkan. Baiki lah. Walau tak menyebabkan kehilangan nyawa, tapi, sakit mata menengoknya. Adakah sebab kami bayar murah, kami diberikan bilik begini.


** cadar ada kesan stain. Tatau lah darah ke apa.
Adoi. Gambar pemandangan kt dinding tu pun senget.
Yang ini tak ambil gambar. Tapi, kalau ikutkan nak call je housekeeping suruh tukar. Tak sepatutnya letak cadar ada stain ni. Bukan kecik pulak tu. Besar. Geli tau. Kalau ikutkan cerewet makRizq memang mak Rizq nak minta tukar. Tapi mengenangkan kami duk beberapa jam je, kami abaikan saja. Letak kaki kat bahagian kotor tu walau suppose kesan kotor tu di area kepala.

**First time tgk hotel guna beg dobi guna beg biru macam plastik sampah ni.


Okay, ada kawan kata "nak jaga imej ka nak selamatkan bumi"
Konon cam beria nak plastik yg ada cop hotel segala, tapi bumi taknak jaga.
Hello... jaga imej tu satu lah jugak.
Tapi, bab selamatkan bumi tu macam tak kena. Cuba kome simpan plastik dobi hotel yang putih tu. Baru korang tahu betapa menyampahnya tgk dia mereput berkecai2 jenuh nak menyapu dia. Kalau nak save, tak perlu la cop hotel bagai. Tapi, guna je lah plastik putih tu. Takde masalah kan.
Bab botol air takde cop hotel pun tak menjadi kudis juga. Walau diberinya air mineral botol kecil saiz 250ml. Dan tak menjadi kudis juga pack syampoo n sabun takde cop hotel (see..kalau depa bebetul nak apply save d earth, tak pakai nya bekas plastik utk isi syampoo sabun semua tu. Harus letak dalam satu bekas, pastu top up je dalam tu)


Tapi, ini tak kesah sgt lah. Cuma, macam nampak sangat nak bajet.
Okay next.

**Ini paling tak bleh kompromi. Tak tahu kenapa. Takde jawapan.
Keadaan sekitar hotel gelap gelita selepas tgh malam.

Ya. Gelap gelita tu maksudnya tiada sebijik lampu pun dipasang.
Serius. Gelap.
Kami early check out. Jam 6.30 pg kami gerak. Nampak dari atas hitam. Gelap. Dah la masa tu hujan lebat. Tak tau la kot kena sambar petir ke apa ke. Tapi, memang tak sepatutnya lah. Area parking gelap habis. Kami menyusur carik jalan keluar pun slow ja. 

**Lalat banyak area lobby. Baru  je nak keluarkan roti dah datang lalat.
Ni mungkin sebab hujan. Lecak, kawasan lembap.

**Signboard pun usang beno. Nampak tak nampak je tulisannya.

**Yang agak best sbb room dining dia murah. Murah dalam erti kata harga hotel lah. Tp idak juga murah sgt. Haha. Kami order seafood tomyam harga RM17 kalau tak silap. Seafood apa kah kalau ada ayam. Pastu udang 3 ekor. Tkde sayur apa pun. Hadoi.
Tp nasi goreng cina dia okay lah. RM9.
Sebab dari check in tu asik hujan ja. Tak buleh nak keluar.




Kalau baca kat FB page dia, mmg byk review tak best. Silap betul. Tapi review kat Agoda semua macam best. Adoi. Naseb la amik satu malam ja. 
Ada byk review kata lif rosak (review pada tarikh berbeza). Ada yg kata lif rosak dua2. Dan masa kami datang pun ada satu lif rosak. Naseb la orang tak ramai kt hotel ni. Buatnya sebok macam Primula tu, entah bila la nak naik bilik. Jenuh menunggu.
Lps tu ada review juga pasal swimming pool dia. Pool dia mmg bukan dia punya. Premis sebelahnya. Kami tak masuk la. Tp kalau baca review tu macam leceh jugak lah. 

Sayang sangat. Area ni sangat cantik. Ada area boleh tgk kuda. Nampak juga laut. Then, dekat dgn masjid, kawasan rekreasi apa semua. Isk. Kenapa la tak diselenggara dengan sebaiknya.
Mula masa masuk tu kami rasa seronok dah. Tp, bila tengok apa semua ni, memang no next time lah. Mungkin masa tu je lah kot kami dapat macam tu. Ada je orang review kata best. Naseb kami la kot. Dan mesti orang kata "dah bayar murah, memang itu lah dapatnya"
Takpe lah. Kalau still guna tagline gitu, memang tak dapat nak kata apa apa lah.

Nama hotel tak akan di publish.
Cukup lah sekadar hint2 diberikan tu. Mana yang biasa area situ tau lah.
Hotel yang ada beberapa cawangan di seluruh Malaysia (Tp apsal bila masuk web utama dia, hotel ni takde dlm list. Yg ada di Perak, KL and PD ja. Adakah management nya sudah bertukar?)

Takpe lah.
Menda pun dah settle.
Kami pun dah selamat sampai ke KL dah.
Okay, nanti kita story lagi tentang percutian ke Terengganu (dalam musim hujan ni).
Heee :D

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign