Pages

Showing posts with label Pulau Pangkor 2019. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pangkor 2019. Show all posts

25 January 2019

#kaptenRizqkePangkor : Jalan-jalan Pulau Pangkor

20.1.2019.

Dimulakan dengan breakfast.
Okay. Makanan okay walau tak banyak choice. Nasik lemak sedap.
Orang ramai sbb ada family day.
Bawa baju mandi sesiap. Lps breakfast terus salin baju.

Main pasir dulu.
Rizq takut kat ombak rupanya.
Memula dia okay. Lps tu ombak tu cam kena2 kat kaki dia, dia taknak terus.
Haha.



Naseb dia nak main pasir.
Main sampai puas, bawak pulak mandi pool.
Kemain suka lah. Macam kan kat rumah takde pool.
Tapi, pool ni cetek. Dia boleh jalan2,tu yg dia suka.

Dalam kul 11 tu, sesiap utk island tour pulak.
Tanya kat receptionist berapa caj teksi. RM100 katanya.
Terus tak jadi nak suruh hotel call.
Ayah Rizq pi je jalan ke taxi stand. Tak jauh pun.
Dapat RM70.
Lagi senang.
Dapat pula uncle teksi yang baik juga.


1st pit stop dia berenti kat menara tinjau. Tempat tgk sunset.
Ada sekor monyet kt situ.
Dak Rizq dah monkey..monkey.. 
Dia mmg tak takut lah.
Monyet ni pun tak kacau orang.
Tapi kesian. Tangan kudung.

Lps tu jalan2 lagi, lalu ikut teluk nipah. Tak berenti pun.
Sesambil tu, uncle tu bercerita lah.
Berenti pulak kat tempat buat satey ikan.
Ya. Memang tempat cina. Tapi ada logo halal jakim besar, and ada logo MESTI. Kawasan dia pun bersih. Takde hal lah. Cuma, kiterang tak beli apa pun. Just beli kerepek ikan bilis. Sedap pulak. 3 pack RM20


Lepas tu, berenti pulak kat tokong apa ntah nama dia tu.
Memang semua pun lah akan berenti sini.
Masa ni dak Rizq dah tido. Takde la nak naik tokong tu. Eh. Kalau dia tak tido pun takkan mendaki punya. Panas sgt masa ni. Peluk tiak segala dah.



Lps tokong dia pegi masjid terapung pulak.
Sini best. 
Cantik nya masjid ni.
Amik2 gambar, solat sunat, pastu naik teksi semula.
Pegi Kota Belanda.


Dekat je dgn masjid ni.
Igt besar la tempat ni. Rupanya kecik ja.
Boleh la. Asal pegi. Huhu.
Settle lah melawat semua tempat menarik di Pangkor.
Lps tu minta uncle berenti jap kat kedai makan. Kiterang nak tapau makanan.
Uncle tu berenti kat kedai hassan.
Tapau nasi campur, nasi ayam n laksa.
Not bad.
Harga pun takde mahal. Okay ja.
Igt nak piknik tepi pantai.
Tapi panas oii.. makan dalam bilik sambil buka pintu beranda sudah lah.
Kena gak angin laut.

Tulisan ni sebelah Puteri Bayu ja. Senang!

Lepas asar keluar balik jalan2 tepi pantai.
Balik, mandikan Rizq pastu dia tido.
Malam tu ayah Rizq tapau ja kat kedai luar tu.

21.1.2019.
Last day.
Breakfast.
Main pasir.
Mandi kolam.
Udah taknak naik. Ayooo.. hahaha.


Dlm kul 11.30 check out.
Hotel call teksi.
Eh. Dapat balik teksi uncle yg bawa kami jejalan semalam. 

Smpai jeti. Letak beg jap. Ingat nak beli ikan bilis ke apa. Pastu tgk semua kedai cina ja kt pekan pangkor ni. Takpe lah. Kita tgk kat pekan Lumut lah. 
Eh. Bukan racis pastu taknak beli kt cina ke apa. Okay ja. Cuma, nak tgk kat pekan Lumut pulak.


Tengok ada kedai laksa pulak kt jeti tu.
Makan lah laksa. Try jugak laksa mi pangkor.
Very delicious lah laksa dia.
Puas hati sangat. Sket lagi nak sama dah rasa ngan laksa kak su perlis sanun.
Tapi, kot sapa tak suka laksa beras, tak suka la kot.
Ahkak memang suka. Laksa beras suka, laksa biasa pun suka.
Hantu laksa katanya. Kan.
Laksa mi tu pun sedap.
Uols buleh la try.
Haida catering kalo tak silap nama kedai tu.
Bbtul area jeti tu.
Cendol pun best. Ada nasik campur jugak.

Pastu naik feri jam 12.15. Sebenarnya ikut jadual 12.30. Tapi, dah ada, naik je.
Kejap je. Rasa mcm dalam 5minit dah berlabuh kat jeti marina.
Puas hati.

Gi pekan lumut. Beli barang2 sket, pastu balik.
Ikan bilis mahai giler ooi kat pekan lumut ni.
Tak gamak ahkak nak beli.
Akak biasa beli ikan bilis pangkor ni online. Shopee. Tu dapat harga murah banyak dari pekan lumut ni. Giler ko harga sekilo seratus. Seratus lebih pun ada. Padahal sama je dgn ikan bilis akak beli tu. Akak tau lah. Jadi, better korang beli online. Yg akak penah promote kt blog tu ari tu bagus tu. Beli kat org tu. Tu ari dia siap tersilap antar ikan bilis. Dia pos balik ikan bilis yg btul kat kita. Pastu bagi duit pos suruh pos balik ikan bilis yg silap tu. Memang akak beli ngan dia je lah.
Tapi, akak beli gak setgh kilo sbb da janji ngan bebudak dept akak nak buat sambal bilis tempoyak. Ikan bilis yang beli dari Pangkor. Maka, beli setgh kilo - RM50 kat kedai Jamilah.
Situ ramai orang. Dah macam HIG atau pun kedai jeruk Pak Ali. Kira tempat tumpuan lah.
Ikan bilis mata biru dia memacam nama. Ikan bilis mata biru menantu sayang lah, mata biru mertua lari lah apa lah. Marketing strategy.
Tapi, tak selesa. Panas. Dan ramai orang.

On d way balik ni rasa sekejap pulak.
Berenti jap beli buah kat Sungkai tu. Dalam area jalan Ladang Bikam - Sungkai.
Kat sini pun uols wajib beli buah2 dia.
Fresh sangat.
Tak mcm buah kat RnR Tapah tu.
Kalau dah beli yg ni, rasa macam taknak dah la beli yg kt RnR tu.

Akak bawak gi office pun derang kata sedap.
Manis fresh tu ada lagi.
Tapi tu lah.  Kalau balik kg, takkan nak exit Sungkai, pi beli buah, pastu masuk balik hway. Haha. Takpe. Kalau bbetul rasa nak beli, rasanya okay ja. Tak jauh pun dari exit tu. Dalam 10km ada kot. Sambil tu buleh nyinggah makan nasi bamboo. 
Masa kiterang lalu balik ni pun, ramai no orang makan. Padahal masa tu dah 3.30pm dah kot. Smpai melimpah2 parking nya.
Ate, sedap beno ke nasi bamboo ni.
Nanti kakak try eh.

So, itu lah percutian Rizq yg pertama utk tahun 2019 ni.
Dia ni okay ja kalau berjalan.
Takde cranky ke tantrum ke apa.
Ngantuk - tido.

Tapi, kadang2 geram jugak. Kalau dtg dia buat hal taknak tu, taknak la. Contoh taknak masuk mandi. Padahal sebenar dia ngantuk. Tahan mata. Sudahnya marah. Tapi, okay ja. Biar kan je dia, lelama dia okay :)

Kalau uols jenis yg tak suka havoc2 ni, recommended area Pasir Bogak ni.
Kat sini ada beberapa resort.
Puteri Bayu ni antara ter best lah sbb dia ada chalet yg trus ngadap laut.
Kalau suka riuh2, bleh la duk area Teluk Nipah.
Situ dah macam pantai Cenang. Macam Krabi pun ada.
Katanya kalau kt Teluk Nipah ni xtvt air dia murah sket.
Pasir Bogak pun ada. Tapi cam mahal sket kot.
Kiterang tak amik pun. Malas. Mmg taknak gi pulau2. Cukup lah mandi manda kat tepi pantai tu.

p/s : Cepat akak buat entry sbb kalau lambat, mmg tak akan buat terus. Some more, gambar semua upload lelaju dlm FB apa semua. Fobia noks kes jatuh fon dalam jamban tu ari tak hilang lagi. Haha.

24 January 2019

#kaptenRizqkePangkor : KL - Pangkor

Cheat day.
Kalau cuti, kita bagi kelonggaran sket utk makan2 dia.

19.1.19 sehingga 21.1.19
Kami 3 beranak bercuti ke Pulau Pangkor.
Sebenarnya sempena ulangtahun ke 10 perkahwinan mak ayah Rizq.
Stay di Puteri Bayu Beach Resort.
Tempat honeymoon tahun 2008 dulu.
Dan after 10years kami kembali. Dan sengaja ambik resort yang sama :)

Suppose bulan Disember lah kan celebrate anniversary.
Tapi, biasalah. Kami tak celebrate bercuti kalau bulan 12 ni, melainkan ada famili trip. Kita bagi chance lah pada orang yg ada anak sekolah. Time tu kan depa reramai pergi cuti. Sementara anak blum sekolah, pulun lah berjalan time tak cuti sekolah.

So, kali ni kami dari KL.
Dulu masa pergi honeymoon pun dari KL. Tp cam bongok sket time tu. Ada ke turun sampai Ipoh, pastu naik balik ikut jalan hway Ipoh - Lumut tu. Berjam jam lama. Tapi masa tu bawu kawen katanya kan...

Perjalanan ambil masa dalam 4 jam.
Bertolak dari rumah dalam 8.30am. Kiterang decide makan kat RnR Rawang. Tak ikut hway Latar sbb nak elak jalan Batu Caves. Orang dah sibuk nak Thaipusam kan.

Pastu, ramai orang jugak kat RnR Rawang. RnR ni dah renovate tau. Depan2 siap ada playground which dak Rizq da super excited. Cemna nak order makan. Tempat ni dah lawa. Dah konsep moden dah. Tapi.. tu lah. Tempat makan pun tak byk. Konsep playground ni tak sesuai lah kat RnR. 
Sudahnya tu yg ada gambar atas tu. Masuk AnW baru okay dia nak makan. Kut tak.. jenuh nak nunggu dia nak main.

Exit Sungkai.
Lalu la kedai Nasi Bamboo Sg Klah tu. Tkpe. Next time kita singgah lah.
Pastu amik laluan Sungkai - Ladang Bikam. Dengar nya ini jalan short cut baru. Ada orang jual2 buah juga tetepi jalan tu rupanya. Beli jambu. Sedap. Fresh. Tak macam jambu kat RnR Tapah. Dalam 6km kot laluan tu. Pastu jumpa balik jalan lama nak ke Teluk Intan. Terus je. Dari Teluk Intan, ambik pula jalan nak ke Setiawan. Then terus lagi akan jumpa Manjung. Then, jalan nak ke Teluk Batik. Dah sampai.
Jalan pun okay ja. Smooth. Alhamdulillah.
Berenti lunch on d way nak ke jeti.

Nampak ramai2, terus berenti.
Bila google ...katanya kedai ni mmg dah femes.
Nama kedai D'Warisan.
Memang sedap2 makanan dia. Harga pun okay lah. Takde lah mahal sgt pun.
Kami makan ikan bakar, ayam bakar (rasa cam ayam percik. Sedap!), pastu amik gulai nangka. Boleh la sesapa nak singgah utk lunch sebelum nak ke jeti Marina.

Kenapa jeti Marina..? Ya.. sbb kedai ni on d way nk ke Jeti Marina. Kalau jeti lumut dah kena berpusing. 
Kami naik di Jeti Marina.
Jeti ni okay.
Ada byk tempat parking.
Cuma, parking ikut hari. Bukan ikut jam macam kat Lumut tu.
Kat Marina ni ada yg RM20 per day, ada yg RM15.

Yang dekat dgn bangunan dia - RM20. Kami amik yg kat situ. Suppose ada yg berbumbung. RM20 juga. Tapi dah penuh. Hurm. Musim2 cuti ni senang ja la depa "tala" rega kan.
Yang RM15 pun okay sebenarnya. Jauh sket je lah nak usung barang. Tapi idak la jauh mana pun.



Pastu beli tiket. Feri jam 3pm.
Situ lengkap. Ada tempat solat apa semua. Jangan risau. Tempat pun cantik.
Perjalanan dari Jeti Marina ke Pangkor 10minit cuma.
Sekejap sangat. Tak panas punggung pun kata orang. 
Lebih selesa lah ikut jeti marina ni. Recommended.
Tiket RM14 utk dewasa. Pergi dan balik.
Kekanak atas 4 tahun baru bayar. 


Time dia.
Tapi macam tak ikut pun. Ada feri, kau naik je lah. Kalau tak muat, tunggu lah kemudian punya. Tapi, tak lama pun tunggu. Usah risau. 



Sampai jeti Pangkor, trus carik teksi.
Kalau nak ke Puteri Bayu ni derang mesti nak suruh share ngan orang lain kalau kita tak ramai. Sbb Puteri Bayu ni dekat je. Dekat tak dekat lah. Tak boleh nak jalan kaki pun. RM10 per famili dia amik. Tapi kalau ada anak dah besar, dia caj la jugak kot. Ni sbb anak kecik, free je lah. Kami naik ngan 1 lagi famili yg nak ke resort yang sama.

Kali ni akak booked chalet pulak. Dulu masa honeymoon tu bilik ja.
Cam biasa kakak booked kat Agoda lah kan.
Dapat harga murah. Sbb dpt diskaun, pastu redeem point, pastu ada diskaun melalui emel lagi, memang jauh murah la dari harga sebenar. Kiterang dapat Bayu Villa chalet. Dalam Agoda dia tulis garden view, tapi kami dapat sea view. Alhamdulillah. Cantik lah sangat. Tp kena tutup sliding door sbb nyamuk. Huhu.

Jauh sket lah nak berjalan dari receptionist. Tapi, nak gi makan ke pantai ke, susur je ikut tepi pagar ni. Dekat lah jadinya :)
Kawasan bersih. Selonggok ranting2 tu, nanti ptg ada pakcik tukang
kebun clearkan. 

Sampai bilik salinkan baju. Dia lepak kat beranda :)

1st day takde buat apa.
Panas sgt. Petang tu jalan2 jap kat tepi pantai ja.


Malam tu, memula ayah Rizq nak tapau ja dari kedai2 kt area luar resort.
Ada.
Dekat ja.
Tapi, macam malas pulak. 
Jadi, kiterang makan maggi cup ja.
Si kecik tu, sblm maghrib da tido.
Lepas tu kul 12 dia terjaga.
Lapa gamaknya.
Bagi dia sekeping roti.
Pastu dia berjaga smpai kul 4 pagi.
Hai la anak. Sabau je lah.
Naseb senang bangun pagi nak gi breakfast.

Okay, nanti kita sambung hari kedua pula.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign