Pages

30 March 2018

Sekarang Semua Boleh Terbang Dengan Air Asia

Sebut sahaja tentang AirAsia semua orang dapat gambarkan bahawa ia merupakan syarikat penerbangan dengan tambang termurah yang kini tidak asing lagi di mata dunia. AirAsia merupakan syarikat milik Tony Fernandes yang diambil alih daripada syarikat kerajaan iaitu DRB-HICOM pada harga RM1 disertai dengan hutang sebanyak RM40 juta. Sejak pengambil alihan syarikat ini, AirAsia telah berjaya merekod dan meraih pelbagai anugerah serta bersaing sengit dengan syarikat penerbangan yang lain termasuk MAS Berhad. Hanya dalam masa satu tahun sahaja Tony Fernandes telah berjaya menyelesaikan masalah bebanan hutang syarikat. Beliau telah berjaya memperbaiki prestasi AirAsia dan merekodkan keuntungan buat syarikat. AirAsia membentuk matlamat menjadikan penerbangan udara adalah mampu untuk semua orang.

Penerbangan AirAsia kini bergerak ke pelbagai destinasi di Asia. Syarikat penerbangan ini meliputi lebih daripada 15 buah negara dan banyak bandar penting. Ia mempunyai lebih daripada 10 hub di tiga negara seperti Malaysia, Thailand dan Indonesia. AirAsia mempunyai armada pesawat Airbus A320 yang cekap, yang dicipta untuk keselamatan dan keselesaan. 

Me myself pun kerap jugak lah terbang dengan AirAsia ni. Takat ni paling jauh kami terbang ke Perth dgn AirAsia. Yang local – memang banyak kali lah. Sabah, Sarawak, Langkawi. Oh, kami ke Krabi pun dgn AA.

Pada tahun 2001, syarikat penerbangan AirAsia telah menawarkan tempahan penerbangan berkualiti dan murah. Ini kerana syarikat ini telah mencapai tahap syarikat penerbangan antarabangsa yang lain. Syarikat penerbangan ini mempunyai syarikat-syarikat bersekutu seperti AirAsia X, Thai AirAsia, AirAsia Indonesia, AirAsia Filipina dan AirAsia Japan yang menawarkan perkhidmatan kos rendah yang serupa. Oleh itu, ia telah menerima pelbagai anugerah seperti “World’s Best Low Cost Airline” by Skytrax dan “ATW Value Airline of the Year” 2012.

Anda mempunyai pilihan untuk pra-tempahan hidangan lazat dengan tempahan dalam talian AirAsia.

Setiap kali terbang, mmg kami buat pre-booked meal ni. Senang. Cepat je dapat, apatah lagi bila dah ada Rizq Iskandar ni. 

Pilihan tempat duduk boleh dipilih semasa mendaftar masuk.

Dulu masa takde anak, kami okay ja duk memana, tapi sekarang ni kami mmg booked sesiap tempat duduk. Pasti nya premium hot seat supaya lebih selesa dan mudah untuk Rizq Iskandar – heyyy… kami tak perlu rebut2 nak masuk, itu yang kami suka. Hihi.

Di atas kapal, anda boleh membeli-belah  untuk orang yang anda sayangi. AirAsia menawarkan cenderahati bebas cukai dan barangan, dari produk penjagaan kulit dan perhiasan hingga gula-gula dan hadiah lain. Untuk hiburan dalam penerbangan, anda mendapat PC tablet peribadi yang dimuatkan dengan muzik dan filem. Syarikat penerbangan ini juga menawarkan program kesetiaan global yang dikenali sebagai BIG. Sebagai ahli, anda boleh mendapatkan mata dengan setiap tempahan AirAsia dan menebus ianya untuk tiket penerbangan percuma. Anda juga boleh mendapatkan faedah lain seperti tempahan keutamaan, tawaran istimewa dan diskaun dan lebihan elaun bagasi AirAsia sebagai Ahli Kesetiaan AirAsia BIG.

Sektor utama bagi Air Asia Airlines ialah dari KL ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu ke KL dan Pulau Pinang ke KL di mana ia beroperasi 73,73,52 dan 52 penerbangan mingguan masing-masing. Sektor antarabangsa utama di Asia termasuk KL-Singapura, Singapura-KL, KL-Bangkok dan Bangkok-KL. Mereka juga mempunyai penerbangan sekali-sekala dari Bali ke KL, KL ke Phnom Penh dan Krabi ke KL.

Ada sebuah pepatah yang diamalkan oleh pihak AirAsia iaitu “ The more you give, the more you will get”. Banyak bantuan kewangan yang telah dihulurkan oleh syarikat ini untuk mengurangkan bebanan golongan miskin dan sebagainya. 

Air Asia juga menawarkan servis sampingan yang dirasakan perlu untuk pelanggan-pelanggannya. AirAsia sangat prihatin terhadap permintaan atau kehendak pelanggan. Tunes Hotel disediakan untuk mereka yang memerlukan tempat penginapan yang asas semasa mereka dalam perjalanan.
Special rate untuk yang beli tiket AirAsia.

Kini anda tidak perlu lagi membuang masa untuk menunggu beratur di lapangan terbang, anda boleh mendapatkan jam perjalanan anda sebelum berlepas dengan  menggunakan daftar masuk ke Traveloka. Dengan Traveloka, anda boleh book AirAsia airlines pada tarikh yang anda rancangkan serta mendapatkan promosi penerbangan AirAsia . It is fast, easy and convenient.  Rancanglah perjalanan yang bijak ☺

Gambar terkini weols dgn AA.
KK - Disember 2017

28 March 2018

#kaptenRizqkeSabah : Pulau Sapi dan Shopping Time

Seterusnya Day 4.
3 Disember 2017

Hari ni jadualnya ada lah ke Pulau.
Permulaan jadual kami adalah ke Pulau Manukan. Tapi, depa tukar jadi Pulau Sapi.
Aiols okay je memana sbb tak pernah pergi pulau kt Sabah ni lagi.
Sbb kami satu famili, dan juga ikut pakej, memang cepat dan mudah lah.
Kat jeti tu memang penuh.
Kalau tak amik pakej maybe kena beli tiket kat kaunter la kot.

Kiterang ni driver tu drop then dia suruh tunggu satu tempat.
Lps tu dia datang balik bagi life jacket and peralatan snorkeling.
Then boleh dah naik bot.
Settle.
Senang.
Kalau berdua ke atau tak ramai maybe kena tunggu lah kot.
Pastu jenuh juga kalau nak balik nanti kan.
Kena lah tunggu semua ada baru bleh balik.
Ke cemana? Yang ni takde info. Huhu.

Dak Rizq tertido dalam bot.
Naik speed boat kecik tu ja. Melantun lantun aih.
Risau memang risau. Tp kita bebuat berani ja. Tak lama pun, dalam 8minit camtu ja rasanya.


Sampai Pulau Sapi - buat lah xtvt sendiri. Dok lah berapa lama nak dok. Nanti nak balik, gitau je nak balik jeti. Carik balik bot under sykt kita (ke boleh je naik memana bot - tak pasti yang ini).
Sampai situ, carik lah port memasing dan mandi laut lah, apa lagi kan.
Susukan dak Rizq dulu then snorkel tgk ikan.
Jangan lupa bawa roti supaya bleh bagi ikan makan dan ikan dtg dekat2 :)
Dak Rizq tido ja masa ni.

Sedap dia tidoq dgn angin bayu laut ni.
Angin laut cina selatan yang terbentang luas :)
Dah bangun, bawak dia gi laut.
Taknak dia. Bad mood terus.
Tak merasa nak mandi laut pun (T___T)


Kiterang kat sini sampai kul 12 lebih.
Pastu naik bot balik ke jeti.
Kat sana driver da siap tunggu.
Balik hotel utk mandi solat then turun balik untuk lunch.
Kami lunch dkt area2 pasar Filipin tu ja sbb lps tu nak shopping.

Takde shopping apa pun.
Just beli ikan bilis and t-shirt.
Pastu mintak abg driver tu hantar kami balik hotel.
Sementara nak tggu tu, kiterang masuk lobi hotel Le Meridien.
Cantik hotel ni. Nanti nak stay sini lah next time. Haha.

Akak akak ipar yang banyak shopping.
Depa tu siap pergi balik waktu malam.
Katanya waktu malam dapat tawar harga murah.
Sekotak brooch yg ada sedozen dalam tu, waktu siang jual RM50 camtu, boleh dpt RM20 kot.
Ye ke??
Macam tak caya ja. Ye lah kot. Entah.
Aiols beli ja waktu siang tu. Takde kuasa lah nak pi kuar lagi memalam.
Malam tu kiterang tak kuar dinner pun.
Just kirim ja kat depa yang nak keluar.

Settle hari sebelum hari terakhir di KK.
Esuk nak balik dah :)

26 March 2018

Ting Ting Tang Ting

Mesti semua pun terngiang2 lagu ni kan :)
Uols tgk tak live majlis tahnik anak TokTi semalam?
Heeee.
Aiols tgk uolsss.
Aiols tgk sampai dkt kul 11.
Sampai ke sidang media pun aiols tgk.
Memacam soklan keluar.

Siti Aafiyah bt. Khalid.

Simple je.
Senang nak ingat.

Ada wartawan tanya "Dato, nak panggil anak nama apa?"
Panggil je nama penuh dia. Aafiyah. Maknanya pun baik dan bila kita memanggil kita mendoakan dia juga (Aafiyah - yang sihat, yang selamat).

Sebelum Siti announce nama anak dia, tersentuh hati bila dia cakap "ini lah doa saya selama ini, setiap kali masa mustajabnya doa, saya tak pernah berhenti berdoa.. Alhamdulillah, Allah makbulkan"
Sebak.
Begitu lah perasaan kami yang TTC ni. Tiada satu masa pun kita tidak melepaskan peluang untuk berdoa. Dan berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Utk merasai pengalaman menjadi ibu.
I feel you. 
Lepas tu, bila dah ada anak, macam tak percaya.
Pastu macam nak pegang je 24jam. Nak telek je 24jam.
kredit : Oh bulan


Malaysian sweetheart sangat.
Baik ibu, baik anaknya.
Semoga berada dalam lindungan Allah, Siti Aafiyah.

22 March 2018

Genki Or Huggies?

Haha.
Maafkan lah ya.
Sejak jadi mak mak (kertu), kita dok sembang pasai pampes lah, susu anak lah, berak anak lah. Haha.
Okeh. Kali ni nak sembang pasal pampes.
Rizq start umur 8bulan baru pakai diapers pants. Sebelum tu guna hok tape ja.
Tapi, bila mak dah tak termampu nak mengejo dia yg mengeliat2 kalau nak pakai diapers, kena gak la guna pants.
Bila dia dah bleh berjalan, lagi lah (T____T).
Tu pun kadang jenuh kena dukung ngan ayah dia, pastu seluk terus kat kaki dia.
Phewww.

Memula masa Rizq lahir, kita guna Petpet (tape).
Petpet best. Cutting pun kecik so dia jadi kemas. Fix elok je.
Pastu bila Rizq da besar sket, kita tukar pada Wee Wee Dry. Beli kat Lazada mmg berbaloi harga nya. Tapi, bila dah bertukar kepada pants, kita try juga Drypers Dry Pants. Tapi, tak syok. Macam keras sket la drypers pants ni.
Pernah try Mamypoko. Eh. Bukan Mamypoko memahai tu. Mamypoko hok mysayang tu.
Mamypoko ni okay gak lah. Rasa macam best gak.

Pastu kita try Huggies pants. 
Okay. Suka. Fit.
Utk anak bertubuh kecik, mmg sesuai. Sbb cutting dia jenis kecik.
Pun biasa beli kat Lazada.
Lama Rizq pakai Huggies sampai la dia tukar pada saiz L.
Udah plak dia cam gatai bontot. Bukan mcm dia ada merah2 ke ruam ke apa. Dia cam tak selesa. Bila kita rasa2 dalam diapers tu, mmg dalam kapas dia ada macam "bijik bijik" apa ke benda ntah. Agaknya menda tu la buat dia tak selesa.
So, kiterang nak try diapers lain plak.
Lagi satu, Huggies pants ni, kalau tak beli kat Lazada, memang susah nak beli kat supermarket biasa. Bukan susah apa. Kalau time dia tgh murah - Huggies pants saiz L memang cepat abis. Nyampah aih. Pulak tu, masa tu Lazada tgh buat hal.
Kite dah order satu kotak. Macam biasa lah.
Sebulan lebih tak sampai. Hoih!
Nak cancel tak boleh. Org Lazada kata, bila sampai tak perlu accept.
Naseb tak bayar. Amik yang COD. Bila dia dtg, takyah accept. Abis cerita. (sebenarnya, bukan taknak accept, tapi masa courier sampai, dia call, tapi masa tu gi tempat lain tak bawak fon, so, courier tu balik je lah. Huhu. Tak sengaja, tapi okay lah. Settle masalah dapat balas dendam kat Lazada. Kah kah kah).

Then, dgn berani nya kite order Genki Pants.
Beli terus sekotak yang ada 4 pack dalam dia.
Beli kat Lazada jugak. Heh!
Tp guna nama ayah Rizq sbb takut Lazada nanti blacklist kite. 
Kihkihkih.


Genki okay. Soft sangat tekstur dalam dia.
Cuma nya dia tak berapa kemas.
Kalau kencing tu, dia macam melendut sket.
Pernah gak terbocor. Bukan bocor sbb penuh, tp dia keluar meleleh ikut tepi. Salah parking gamaknya bebird dia masa tu. Haha.
But, overall okay je Genki ni.

Tapi, kalau untuk jejalan, Rizq pakai Applecrumby.
Yang ni cutting besor.
Saiz M pun cam besar. Tapi selesa.
Kalau tak tukar dalam 5-6 jam pun rileks lagi la anak selesa. Sbb dia organic based.
Yang ni takdak juai kat physical store. Takdak kat supermarket apatah lagi kedai runcit. Hehe. Ni mmg kena beli online. Samada direct kat web dia atau rasanya ada jugak kat online shop yg lain.


Apa pun, mak still vote Huggies. Tp tu lah, apa pasal dia ada mcm bijik2 dlm tu. Nyampah betul. And ayah Rizq kata trus la pakai Genki.Okay lah kot. Kita pakai Genki lah.
Oh ya, Rizq mmg pakai diapers paling max 5 jam ja. Mesti kena tukar setiap 4 jam biasa nya. Kalau dia tgh tido pun kita mmg tukar tgh malam tu. Then jangan nak kecam mak tk tukar diapers pegi rumah pengasuh. Ketuk pala kang. Haha.

20 March 2018

Selamat Tinggal #nerakawang

Haha.
Tetiba ada #nerakawang.
Dah kenapa kau?

Kah kah kah.
(kena gelak cam orang jahat).
Akhirnya...
Akhirnya...
Akhirnya...
Selesai satu masalah #nerakawang haku.
Akak telah meng-cancel-kan salah satu kad kredit kakak.
Yeahu.
Setelah lebih 10tahun menjadi pelanggan tak berapa nak setia CIMB Card Credit ni, akhirnya kakak tamatkan juga.

Fuh. Selesai.
Permulaannya dulu, kakak settle kan satu daripada dua kad kredit CIMB kakak ni.
Sbb memula dapat 2 kad.
Pastu kakak cancel kan satu.
Tinggal lagi satu.
Bila dah lagi satu, kakak malas dah nak pening2. Takde apa keistimewaan pun.
Paling2 dia bagi free annual fee je.
But, nak buat apa simpan.
CIMB ni pun point nak redeem pun tinggi2.
Cashback? Macam ada takde je.
Tak payah lah.
Pastu credit limit dari mula kakak guna, sampai skrg dah lebih 10 tahun, sama je credit limit nya.
Ye lah. Kakak bkn pengguna tegar gamaknya dia tengok.
Mesti dia kata budak ni bkn ada duit pun.

Sekarang kakak guna cc Maybank ja.
Yang tu, credit limit pun dah naik.
Pastu point rendah2 je pun boleh redeem.
Kakak rasa ada lah 2,3 kali akak redeem.
Last year akak redeem botol air n bekas makanan (untuk Rizq).
Okay lah kan. Pastu point dia campur juga dengan debit card.

Kad Maybank ni pun kakak dah settle habis.
Sekarang ni prinsip kakak - used n pay.
Guna - bayar. Kalau rasa tak boleh nak bayar, dah, jangan guna.
Dah nak masuk umur 40-an ni, dah tak menda dah nk pun beli.
Semua pun dah ada. Takyah beli melainkan buat menyemak rumah ja.
Dulu ye lah. Nak membeli je kerja nya. Sekarang tak kuasa dah.

So, cukup lah dengan satu kad kredit ja.
Dah. Cukup lah tu.
#nerakawang semua ni.
Haha.
Target - bebas hutang menjelang tahun 2020.
Haha. Tetiba :P


19 March 2018

Matta Fair Mac 2018

Uols pegi tak Matta Fair tu hari?
Aiols pegi.
Haha.
Selain Pesta Buku, MF ni pun cam event wajib pegi utk kiterang.
Aiols siap ada bagi tips ke Matta Fair lagi tau.
Bleh klik sini [tips Matta Fair]
Datang bawak anak yong, harus lah ada tips and trick.
Kalau tak.. merana lah uols berkuak lentang dgn anak dalam tu.
Tetambah anak yg tgh meligat macam Rizq Iskandar tu.

Kali ni kami tukar strategy.
Biasa pergi hari Sabtu, kan.
Kali ni kami pergi petang Jumaat lepas balik keja.
Dalam kul 6pm camtu sampai PWTC. Dapat parking bawah PWTC ja. Alhamdulillah. Pastu terus la naik. Beli tiket - masuk tempat nak dituju ja.
Oleh kerana kita takde nak riki2 oversea ke hapa, kami terus pergi tempat domestic ja.
Sebelum tu, tgk dulu map dia. Kat mana booth yang kita nak pergi tgk.
Kena ada strategy camni.
Dulu boleh la nak berlengah lengah.
Sekarang cannot lah.
Dah la dak Rizq tu kadang dia nak jalan sendiri.
Awak tu dah lah haluih, kang orang terlanggar ja.

So, kemana kita kali ni?
Kiterang pilih ke Selatan pula.
Asyik ke PD je kan.
Pastu sepanjang dak Rizq ada ni, dah 3x kami pergi area Pahang (Cherating - Kuantan).
Udah udah la tu.
Selatan pulak lah.
Next nanti Utagha.
Lama gak tak pergi Penang ni. Jalan2.

Kiterang dok dalam sejam ja pun kat situ.
Zus zas zus zas.. settled.
Dah jom balik.

Snap gambau ni ja. Masa ni ayah Rizq tgh beli voucher hotel. Dak Rizq da mula melentik2 badan tetengah orang. Bawak dia lari jap.
Yang best MF ni sbb dia ada tmpt lapang.
Biasanya orang2 akan duk kumpul situ, fikir2 mana nak beli, atau call famili ke apa. Kiterang pun selalu je buat camtu dulu. 
Ni dak Rizq main belon. Dapat belon Aquaria, ngan Bayou Lagoon. Kemain Rizq sepak sepak belon tu. Sekali belon Aquaria tu meletop pom pom.. Tanjat jap semua orang. Haha.
Oh. Kami beli tiket Aquaria gak. Dapat RM39/adult. Rizq free lagi.
Sekarang ni tiket masuk (mykad) RM49 dah rupanya. Sokay lah kan. Jimat doploh hinggit.
Hujung bln ni bleh pergi tgk fish :D


16 March 2018

Sedara Rizq Datang Rumah

Kena jot down sbb jarang2 jumpa sedara yang ini.
Hehe.
Byk kali dah la plan, asik tak jadi.
Sedari Ammar Rizqi lahir, smpai skrg dia dah umur setahun 2 bln, baru dapat jumpa.
Jadi, kena tulis sini.
Akhirnya dapat jumpa masa cuti CNY tu ari - 16 Feb 2018.
Rizq sgt seronok ada kawan2 datang.
Sanggup tahan mata tak tido petang.

Ni sebenarnya sepupu mak merangkap anak saudara mak juga.
Sbb belah ayah dia adik beradik dgn opah Rizq.
Belah mak dia pula, anak saudara kepada atok Rizq.

Layan gegambau je lah.
Derang lepak dari kul 2ptg sampai lah lepas maghrib baru balik.
Mmg puas lah dapat jumpa lelama camni. Siap mandi kolam segala dulu.
Mak buat lunch simple2 ja.
Pastu buat sago gula melaka version sihat. Hehe.
Instead of taruk santan / susu cair, mak guna susu fresh milk :D







15 March 2018

Letakkan Empati Kita

Rasanya semua orang, mak mak terutamanya terkesan dgn berita ni.
Petang smlm balik kerja dah nampak berita ni.
Allahu.
Tak kena kat kita, memang senang bercakap.
"Mak cuai"
"Cemna bleh lupa"
"Teruk sgt ke kerja sampai lupa anak. Anak tu.. anak"
"Eleh. Handphone tak lupa. Anak pulak boleh lupa"

Allahu.
Korang.
Kita ni, bila Allah nak jentik hati kita, sekejapan je.
Ce kalo korang accident - mesti kita sendiri tertanya-tanya - cemna bleh jadi camtu, jadi cemni.
Benda dah nak jadi.
Mustahil seorang ibu sengaja tinggalkan anak.
Mustahil seorang ibu mudah terlupa. 
Anak. Anak kot. Bukan anak patung ke hapa.

Sudah sudah lah kita menyalahkan ibu nya.
Anak nya itu sebaya dengan Rizq.
Anak seumur 2 tahun yang tengah keletah. Yang buat kita "geram" je ngan keletah dia.
Yang dah faham arahan.
Yang juga dah pandai "arah" kan kita plak (ambik..ambik.. dak Rizq mmg suka cakap ni, suruh ambik toys dia yg jatuh).
Yang dah mula pandai nak makan suap sendiri. Taknak orang suapkan.
Yang dah mula pandai pasang aircond sendiri (Rizq la tu.. masuk bilik ja, da minta remote aircond - nak pasang).
Yang dah boleh di ajak bersembang.

Mesti ibu nya asyik terbayang-bayang.
Allahu.
Dalam kita terbayang bagaimana anak sekecil itu menghadapi jam jam terakhirnya,
cuba kita bayang kan pula rasa ibu nya itu. Esp kaum wanita (not to mention kaum ibu/mak sbb orang tkde anak bukan takde empati - been there, so taknak kata orang takde anak takde perasaan ni). Cuba korang bayangkan kita di tempat ibu tu.
Cuai?
Stress?
Asyik fikir kerja?
Menghadapi hari hari mendatang dengan 1001 satu kekesalan kesalahan.

Ada pula yang menangguk di air yang keruh. Memandai kata ibu ni memang pemalas sbb tak mandikan anak segala (sbb dia tgk anak masih  berbaju tidur). 
Pulak. Serba tak kena di mata uols, kan?
Kadang memang ada pengasuh yang kata tak payah mandikan anak pagi2. Mmg derang ni mandi di rumah pengasuh. Rizq sendiri, nenek asuh dah kata tak perlu mandikan dulu. Tapi, kalau Rizq da besar sket, memang kiterang akan mandikan lah. Kita pun takde lah nak bagi kat babysitter anak dalam keadaan busuk masam. Pandai pulak kata "ni lah jenis mak2 yang tak tukar pampes anak bila anta anak ke taska" Pandai je kome ni kan.
Rizq memang tak mandi sesiap. Tp diapers nya kami tukar sebelum keluar rumah. Kita basuh muka dia.
So?
Jangan lah kita nak pandai2 buat andaian.
Tak memasal bertambah "saham."

Bila Allah kata nak jadi tu, jadi lah ia.
Mesti kita tertanya tanya.
Cemana ibu langsung tak teringat.
Kenapa takde seorang pun yang lalu lalang di sekitar kereta si ibu yang nampak. Sbb anak 2 tahun dah pandai ketuk2.. da pandai meronta2.
Kenapa tiada pula pengasuh call tanya kenapa tak hantar (which ni mmg nenek asuh Rizq selalu buat. If kita tak hantar, dan sblm 8.30pg tak bagitahu, mesti nenek akan call dulu tanya).
Kenapa si ayah takde nak anta w.app tanya anak cemana ke apa.

Bila fikir ni semua - secara logik sepatut mesti ada salah satu yang akan terjadi - tapi satu pun tak terjadi. Jadi, memang dah suratan. 
Allah dah pilih si ibu ni.
Allah pilih hambaNya yang boleh menghadapi ujian dari Dia.
Atau Allah pilih supaya kita mendapat tempat tertinggi di akhirat esuk sekiranya kita bersabar dengan ujian dari Dia.
Asbab anak nya itu lah, boleh menarik ibu nya ke syurga kerana anak itu, tempatnya pasti di syurga.
Ayah dan ibu nya insan terpilih.

Al-Fatihah utk adik Aufa.
Dan letakkan lah empati kita pada kes ini.
Kita doakan mereka dan keluarga mereka sentiasa berada dalam keadaan baik sahaja.

14 March 2018

Rizq Kena HFMD

Apa itu HFMD.

Tak pernah sangka plak Rizq akan kena penyakit HFMD seawal ini.
Tapi, tu lah. Dah nak jadi. Kan?

Mulanya Isnin 26 Feb - hantar Rizq mcm biasa ke rumah nenek (pengasuh). Tp ptg tu ambik, ada terasa badan dia cam panas. Tapi, malas nak layan sgt perasaan tak sedap hati ni. Dah la siang tu kat office baru tgk rekod cuti - ada terdetik hati "last year Rizq demam 3 kali. Last dia demam bulan 9. Lama juga dia tak demam"
Tu lah. Orang kata, jangan sebut sebut. Huhu.

Malam tu, suhu naik. Masa dia menyusu, rasa mulut dia mcm panas. Lain macam ni. Ambik thermometer - tgk suhu dah dkt 38 darjah. So, bagi PCM. Malam tu mmg tak tido lena lah. Bagi pcm pun still badan panas. Nak dab dab kepala dia dgn kain basah mmg dia tak bagi.
"nanak..nanak.. sejuk" heeheee.. udah beso kome.. mmg susah la nak buat bagai2 dah kat dia. Semua taknak. Nasib letak thermometer kat ketiak tu dia nak. 

Selasa 17 Februari.
Pagi tu badan Rizq still panas. Terus decide nak bawa klinik. EL lah mak ayah.
Pergi klinik, doc kata mcm ulser. Ada infection katanya.
Tunjuk kat doc macam ada biji2 kat kaki. Tp doc kata tu gatal biasa tu. Takde apa.
Doc bagi antibiotik n pcm.
Bagi makan nasik pun dia tak berapa nak makan.

Malam tu, last dia menyusu pukul 10pm.
Biasa dia akan bangun setiap sejam atau plg lama 2 jam.
Tapi, kali ni dia tak bangun pun nak susu.
Suhu pun dalam 38-39 camtu.

Rabu 28 Februari.
Dalam kul 4 pagi camtu, dia crancky. Tatau apa tak kena. Bagi susu pun takmo. Tp bg air masak, dia minum.
Mula tak sedap hati. Tgk kat kaki dia mcm byk tumbuh bijik2. Check kt tgn, takde pulak.
Terus sesiap - macam rasa nak pegi HKL. Tapi, better terus pergi emergency PCMC (sbb Rizq mmg ada record check up kat situ, plus kalau kena warded, mmg insurans kami cover. Anak bawah 7 tahun bleh je pergi direct ke emergency without referral letter dari klinik).
Dalam kul 5am camtu dapat jumpa doc. Gitau doc, sy takut anak saya kena hfmd. 
Doc tgk2, pastu dia kata nak ambik darah. Duk la kejap kt wad emergency. Masuk ubat bontot, bagi antibiotik. Masa nurse nak cucuk tgn nak ambik darah, dak Rizq siap ckp "taknak..taknak.. no no no" huhu.. tp mmg crancky a bit la. Taknak letak. Kena la dukung dia dkt nak sejam lebih. Sbb pastu kena drip gak. Kena pasung la tangan dia.
Dalam kul 6 lebih, dapat naik ward. Bilik limited. Tapi, naseb baik ada lagi bilik available.
Sblm tu doc ada jumpa. Dia kata mujur dia suruh admitted sbb platlet Rizq tinggi (eh, ke rendah). Pastu mmg confirm HFMD. Kena la masuk ward.
Bila naik wad, dia dah boleh menyusu. Pastu tido. Hantar w.app kat grup family, office semua.

Seronok dpt tgk katon.
Blister kat kaki baru nak naik.

Dalam tghari tu dia dah okay. Boleh la makan minum sesket. Drip still on. Ubat antibiotik pun bagi (antibiotik ni sbb dalam darah dia detect ada kuman gak). Demam dah takde. Dia pun aktif ja. Cuma menyusu tak berapa nak.
Ptg tu kul 6 dah tido. Lena smpai malam. Tak menyusu pun. Mungkin sbb drip tu gak dia rasa kenyang. Tapi yang naya, mak la. Dah bengkak nenen macam org dlm pantang plak aih. 

Siang tu mmg dah suruh ayah Rizq gi ambik pam kt office (mujur hospital ngan office sebelah2 ja. Hehe). Dah ada pam, corong plak tinggal kat rumah. Aiyark.. for the 1st time eva mak buat marmet. Kahh.. jadik la. Mula tu dalam kul 4 pagi buat, dapat la dalam 1oz camtu. Pastu dlm kul 6, try lagi. Dpt la dlm 2oz. Okay lah utk bagi rasa lega sket. Dalam kul 8 tu ayah Rizq hantar corong - terus pam - then legaaaa. 5 oz terus. Bleh la buat stok. Bilik takde masalah. Peti ais apa semua ada. 
Ayah Rizq pun tido kat ward gak. Ada sofa-bed tapi ayah Rizq malas nak buka. So, dia tido kat sofa je lah.

Khamis 1 Mac
Rizq genap 21 bulan. Sambut kat hospital kali ni nak yer.



Dia pun dah beransur baik. Aktif ke hulu ke hilir. Kawan2 dept ayah dia datang visit tghari tu. Kemain dia menyembang la apa. Habis sebijik roti dia makan. Lps kawan ayah balik, kawan dept mak pulak dtg. Pun seronok dia. Nurse dtg nak amik bacaan nadi pun baik je bagi jari :D
Nak tghari tu, dia nak tido. Crancky. Tp pujuk2 pastu bagi susu - Alhamdulillah, dah  nak minum. Tido lena lah pastu.
Petang tu okay la, bleh makan minum dah. Drip pun tak on dah malam tu.
Ayah Rizq tido hosp jugak skali mlm tu and trus gi office dari hospital (tu yg kami ambik hospital ni sbb dekat ngan office).

Pemandangan dari Wad Paedatrik (6D)

Jumaat 2 Mac.
Dah tak demam. Blister pun dah nampak kering. Takde yg baru naik dah. Bleh breakfast sambil tgk pemandangan KL (and juga office mak ayah. Heheeee).



Pastu doc dtg, dia tnya "nak balik tak?"
Mesti lah nak. Huhu.
Jadi, boleh discaj dah. Rizq pun okay sgt dah. Kemain dia explore satu bilik.
Tekan2 katil utk ubah2 posisi tu pun dia tahu. 




Ada tarian singa plak. Tp dak Rizq takut dengar bunyi bising2 ni.

Dok spital ni mmg la best. Mak pun dapat makan sesedap. Boleh pilih nak makan apa. Anak ada menu, mak pun ada menu. Mmg boleh gomok lah dapat makan sedap n berkhasiat kt sini.
Tp tetahu je lah spital ni, kejap2 nurse masuk. Kejap2 orang anta makanan. Kejap2 housekeeping. Tak lena tidow anak dibuatnya.
So, ptg tu lps Jumaat, balik la rumah.
And mak pun sambung la cuti kuarantin (5 hari). Then apply AL jugak utk cukupkan 2 minggu. Kena kuarantin 2 minggu tak bleh antar ke pengasuh.

Blister dah kering masa hari ke4.

Surat confirmation dari doc untuk mak entitle cuti kuarantin.

Gitu lah ceritanya.
Kami detect, Rizq dapat infection dari baby chair masa celebrate beday ayah tu (boleh refer previous post, cemana baby chair tu). Biasa kalau gi makan, mmg mak lap kerusi meja dgn wet wipes dettol. Tp masa tu mmg tak lap pun.
Tapi, Ahad sblm tu, ada juga pergi kedai kasut. Rizq beli kasut Didi. Ke dari kasut tu. Kot ada budak kena hfmd da try2. Dan Rizq ada mainan yg gerak2 tu jugak.
Tak tau lah mana satu. Tapi, dah terkena, kena gak lah.

Asbab susu ibu juga, Rizq mmg tak demam teruk. Lps tu dia mmg tak crancky teruk. Takde menggaru. Tak nampak pun dia tak selesa. Aktif macam biasa. Takde melepek apa pun. Alhamdulillah sgt. Mmg mak percaya susu ibu lah antibodi semulajadi paling terbaik. Masa kat spital, paed ada ckp, tak payah dah bagi breastfeeding, anak dah besar. Mak diam ja. Kita dalam Islam, kalau tkde masalah, cukupkan je 2 tahun. Tapi, takkan nak ckp camtu plak kan.
And paed kata, bacaan darah utk hfmd Rizq 50 ja. Biasa budak kena ni tinggi dalam ratus2. Paed kata kalau blister dlm mulut pecah - mmg akan rasa sakit. And Alhamdulillah.. blister Rizq tak pecah pun. Semua kering sendiri ja. Pastu takde pun bengkak2 besar. Dia kekecik je mcm ruam tu ja sebenarnya. Yang banyak area blkg peha dia. Tangan sket ja. Mulut takde. Dalam mulut ada.

Cuma,
mak advise, kalau ada anak kecik ni, better kita ambik insurans utk derang. Senang kalau ada apa2 hal macam ni. Masuk wad yang selesa. Anak pun cepat je sihat. Mak tk dpt bayang kalau tu ari kena admit kat HKL. 
No..! Bkn mak kata HKL tak bagus ya. Tapi, kalau warded tu situ, pepaham je lah keadaan dia.  Lagi lah wad kanak2 masih bangunan zaman kolonial tu. Hehe. Nanti da pindah bangunan baru okay sket kot.
Lagi lagi untuk mak menyusu direct macam mak ni. Dgn orang keluar masuk. Kaum bapak yang macam takde rasa sensitif pun kalau tgk kita tgh nak bagi susu kat anak. Wad kanak2 biasa tu (bkn wad jaundice), mmg takde nursing room. Rizq penah warded jaundice 2 mlm kat HKL. And penah warded 1 malam wad biasa gak. Kalau keselesaan tu, memang takde lah. Katil tak cukup. Ada mak yg kena share katil kekanak ngan anak. Ada anak yg kena share katil besar dgn mak. Dia kapit dgn katil orang sebelah (kalau penyakit berjangkit camni, cemana gamaknya dia buat).
Nak solat pun susah hati nak tinggal anak. Surau jauh. Cuma, doc mmg round all the time. Tgh malam tu mmg doc berkeliaran je. Tu mmg tak risau.

Kalau ada rezeki lebih, and office tak cover insurans utk famili, boleh la ambik insurans. Penting juga sekarang ni sbb penyakit memacam. Alhamdulillah, office kami mmg cover insurans utk staff. Rizq warded ni, kena caj dalam 2k lebih dan semua ditanggung insurans. 
Ini juga #rezekiuntukrizq

p/s : mmg macam musim gak ni. Kt office pun ramai yg apply cuti kuarantin sbb anak kena hfmd ni.

12 March 2018

Rizq's First Movie

Apa barang tgk Special Force.
Tgk DIDI la baru hipsturrr sisturrr..
Hahaha.

Ramai blogger buat review filem KL Special Force hari ni nampaknya.
Tiket free ke tu yong?
Ahaks. Haks Haks.
Jangan le mareee yong :P

Okay. Kami pun dah berkurun abad tak tgk wayang weh.
Semalam bawa Rizq pergi wayang Didi n Friends.
Saja nak try bawa dia pergi nonton movie.
Tak plan apa pun.
Takde pun beli tiket awai ke apa.
Pagi Ahad tu baru cam rasa nak pi tgk lah.
So, tgk kt web TGV tygn pukul brapa tak ramai orang.
Pastu depend gak waktu tido Rizq.
Sbb dia tido kul 12 lebih and bangun kul 2.30 ptg.
Maka, jom lah pergi tgk.
Salin2 baju dia, basuh muka, trus pergi.
Kul 3 gerak, 3.20 smpai Jusco AU2.
Ngeh. ngeh. ngeh.
Walk in je beli tiket.
Tepat2 kul 3.30 masuk panggung.
Belum start pun.
Dalam 10 minit baru start.
Owh. Ni panggung family friendly katanya.
Konsepnya terang. Tak gelap macam wayang biasa.





Setgh jam pertama okay lah dia.
Didi..didi..didi.
Lps tu mula dah la panjat tangga apa semua.
Kiterang amik seat E - seat yang 2 kat tepi tu.
Kira okay la selesa macam tu. Kalau tgh lagi la rasa "terkurung"
Panggung penuh gak la.

Nampak la Rizq enjoy d movie.
Takde pun dia mengamuk ke hapa.
Cuma dia nak bergerak. Taknak statik setempat.
Dah nak last2 tu, ayah dia bawa turun bawah.
Bebudak pun ramai turun bawah joget2.
Komain seronok la dak kecik tu join d crowd.
Sampai tak nak balik. Haha. Pitam.

Tu yang baju ijau tu la si kecik tu.

Dia pun sebok hentak2 kaki gak. Hehe.
Seronok sgt ha. Semua pun have fun. Best la.


Sokay lah utk bebudak kan.
Memang tak best lah utk kita.
Tapi untuk anak-anak, best ja.
Ni cuti sekolah ni mesti ramai yang bawa anak2 nanti.
Pergi lah.
Tiket RM14 utk adult.
Kekanak bawah 3 thn - free. Duk kat riba kekdahnya.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign