Pages

Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

28 February 2017

Simpanan Untuk KaptenRizq

Lagi lagi story pasal dia.
Lagi lagi story pasal dia.
Boring dah orang kan.
Takpe lah. Takde story lain dah. Hadam je lah.
Jangan kecam sis, okay. Heee :D

Kali ni story pasal saving Rizq Iskandar pula.
Masa cuti hari Wilayah tu hari sempat lah mak buka akaun simpanan utk Rizq Iskandar.
Mula2 pergi THaji.
Humang aii, ghamai bona orang masa tu (sehari sebelum cuti hari Wilayah).

Dah kenapa?
Selalu lepas cuti raya yang orang ramai nak menyimpan atau buka akaun anak-anak.
Tapi ni lepas raya cina pulak yang ramai.
Ramai yang memang ramai ya.
Penuhhhhh floor tu. Smpai ada kerusi tambahan. Beratur nak ambik no pun sampai ke melarat ke Bank Islam tu. Woho. Dah kenapa?

Oleh kerna bawa Rizq Iskandar, maka tak boleh lah nak berlama lama.
Dapat borang - isi - pastu nak tunggu pun memang makan masa - so, tak jadi lah nak buka akaun.
Lari plak pi area Batu Caves sanun.
Pun sama. Ramai sampai melimpah ruah.
Tak kenapa ntah. Padahal masa tu belum announce bonus TH lagi.

Dah tu kami pergi PTPTN ja.
Kat Tesco Selayang. Senang. Buka je dulu akaun SSPN-i utk dak Rizq.
Senang. Nanti by umo dia yg boleh masuk U (i.e : 18 tahun - dah cukup dah simpanan dia tu utk menampung pelajaran dia. Tak perlu ambik PTPTN dah). Mula mak ingat nak ptong gaji. Since dia blh terus Maybank2u, mak transfer je lah setiap bulan (lupa plak - dulu pun mak bayar PTPTN direct guna Maybank2U ja).

So, ingat esuknya yakni hari Wilayah tu nak la pergi TH Batu Caves tu. Sbb KL cuti, Selangor tak cuti kan. Sekali esuknya pun sama gak. Melimpah2 umat. Hurm. Takyah lah. Ayuh lah ke Sogo ja. Kita shopping. Dari elok elok nak saving money, terus menghabiskan money. Haha.

Jadi, hari Jumaat - pepagi sebelum masuk office baru lah dapat buat akaun TH untuk Rizq Iskandar. Aiyoooo... jenuh tau. Pagi tu naseb orang tak ramai. Dapat no. 1. Hiwhiwhiw.



Terus daftar haji untuk Rizq Iskandar.
Juga daftar haji utk mak pak Rizq Iskandar juga.
Ye lah. Tau dah.. uols dah lama daftar haji kan.
Mak je tak daftar2. Huhu.
Dah tu. Dulu macam rasa, dah pernah pergi haji, takpe lah kot tak daftar lagi. Sekali.. penaya dapat turn tahun 2114. Kuikuikui.
Dulu pergi haji belum baligh. Harus lah kena pergi lagi.
Sebenarnya punya plan nak bawa Rizq Iskandar pergi umrah dahulu.
Tgk lah nanti. Bila dia dah boleh berjalan, boleh lah bawa dia.
Saving dia pun dah boleh pergi umrah dah tu.
Murah rezeki Rizq Iskandar. Belum setahun dah boleh pergi umrah dah dgn saving sendiri. Terima kasih pada semua yang bagi sedekah pada Rizq :)
Rizq sentiasa doakan acik2 yang bagi sedekah pada Rizq, akan dimurahkan rezeki. Sentiasa.


Jadi, Rizq dah ada Tabung Haji dgn SSPN-i.
Mak nak buka juga akaun ghimau (Maybank). Yang ni utk saving yang orang2 bagi ke dia. Yang TH n SSPN tu memang kami akan buat fix saving each month.
Belum ada kesempatan lagi nak ke Maybank nih.

Ada orang kata - better buat insurans.
Yer, betul.
Tapi buat masa ni, office mak ayah Rizq ada sediakan insurans utk staff n famili.
Dan Alhamdulillah, mak ayah Rizq kan satu office, makanya kami ada 2 kad insurans which utk sefamili kami dapat 4k setahun (out patient). Orang lain 2k sefamili (satu staff cover 2k)
So, buat masa ni, guna lah dulu kemudahan office bagi.
Furthermore, mak ayah Rizq orang gomen. Guna lah kelayakan orang gomen tu kalao ke hosp kerajaan. HRMIS kan adeee.. haha. tu ari masa Rizq warded kat HKL tu cam serba salah ja nak guna HRMIS sbb kena bayo 18hinggit ja. Tu pun nak pakai HRMIS kan. Haha. Tapi..dah ada kemudahan, guna je lah :)

Alhamdulillah.
Settle urusan bank Rizq Iskandar.

***info***
Nak buka akaun simpanan TH untuk anak-anak : boleh buka seawal sehari umur anak. Asalkan ada surat beranak (ada setgh tempat katanya guna myKID dah cukup, tapi di HQ Tabung Haji Jln Tun Razak Kuala Lumpur, memang perlukan surat beranak dan MyKID. Permulaan buka berapa RM, saya lupa pula. Tapi nak daftar haji, ada saving RM1,300 dah boleh daftar)

Nak buka SSPN-i, just isi borang ja. Utk permulaan buka akaun RM30, kalau tak silap. Lupa juga. Huhu. Saya terus masukkan RM50 since mmg nak masukkan RM50 utk dia setiap bulan dalam SSPN tu.

17 November 2014

PTPTN : Dapat Dah Refund

Last week hari Jumaat dapat emel ini.

Memula aku ingat spam dah. Nyaris aku dah delete je.
Sbb kan selalu spam dari kengkonon bank nak detail data peribadi kita apa tu kan.
Aku manade akaun bank Islam.
Bila klik tgk, oo.. ptptn.. yeahu..yeahu..

(Hari Jumaat last week mmg hari yg agak rezeki lah jugak sbb dapat balik duit yg claim insurans pergi Perth, dapat nasi kerabu free, dan dapat emel dari ptptn nih. Alhamdulillah)

Yang ni mmg rezqi sgt lah kan sbb tu hari kan gaji awal, nak tggu gaji bulan 11 ni cam lama je lagi kan. Tup2 dapat ni. Alhamdulillah.


So, okay lah kan. Tak lah lama sgt tunggu.
Dalam sebulan.

Tu hari aku pergi dalam pertengahan bulan Oktober. Before aku pergi Perth tu.
Kisah nya di sini - PTPTN dan UTC

Aku sebenarnya aku buat dua cara claim refund tu. Sebelum gi direct kaunter kat UTC Pudu tu, aku dah refund jugak thro' online. Tp sbb cam tak berapa nak berapa confident (ye lah, emel pun bounce balik kan, aku pikir sure la sistem online pun sama lah tu), tu yang aku pergi by hand je hantar. 
Yelah, aku usaha lah, kalau 30hinggit takde hal lah kan.. 3ratus.. no no no.. buleh beli tiket flight ke Bali tu. Kalau masa promo siap buleh dapat utk 2 orang tu pergi balik. Ha... gitu perumpaannya kan.

Jadi,
Terima kasih lah PTPTN. Walau 4 tahun kemudian baru tahu ada refund rupanya. Huhu. Mungkin jugak dari percent yang bila kita bayar lump sump tu kot. Kot lah kan. Entah. I is don't know. Dia kata ada terlebih bayar, maka kita refund je lah.

Moga apa yg telah dibayar dapat digunakan semula utk adik2 yang sedang sambung belajar sekarang nih.
Pada yg telah habis study, bayar lah. Sikit2 pun takpe.

Dah kita pinjam, kita bayar lah.
Takkan nak harap orang lain pulak bayarkan utk kita dan kita pi bayar kat orang tu.
Bukan begitu cara nya ya...

Sendiri pinjam sendiri bayar.
Ai pun tahun 2011 baru abis bayar tau.. gigih la ai ber Maybank2u setiap bulan masukkan dalam PTPTN tu. Sudah la dicaj singgit oleh Maybank.

16 October 2014

Kisah PTPTN Dan Kisah UTC

Sekarang kan ramai yg dapat surat refund dari PTPTN.
Aku dapat surat tu masa balik raya haji tu ari. Surat tu dia antar ke kg. Mujo balik raya haji kan. Kut tak.. melepas. Banyak tak banyak la.. tp beratus gak la.
Rezeki jugak tu kan. Aku settled bayaran bulan September 2011. Cerita nya kat sini.


Kalau uols dah habis bayar, kut tak dpt surat, cuba la semak.. kut2 ada refund ke kan. Semak sini :

Mula aku nak anta borang tu by emel. Tp undelivered pulak. Emel penuh.
Faks pun tak lepas jugak.
Eii.. mmg nak kena cerca tau.
Bila call mmg mampuih la nak dpt bercakap dgn 'manusia' kan. Asyik mesin je.
Sudahnya aku pergi ke kaunter PTPTN kat Pudu Sentral tu. Mula igt nak ke Chase Perdana je, pastu ada kawan ingatkan ada kat KL Sentral. Tp yg dekat lagi ngan ofis aku Pudu la kan.

Pergi situ, boleh lak orang kaunter tu tak tahu menatang borang apa aku bagi tu. Dia tanya kawan dia.. mujur orang tu tahu.
Aku tanya apsal emel, faks tak boleh - dia kata emel penuh kot. Apsal tak check - emel penuh kot.. tu bukan bahagian kami. Senang kan jawapan. Aku pun kerja govt jugak wes...tp please la jgn bagi jawapan 'selamat' tu.
Aku tanya apsal lepas 3 tahun baru nak refund. Katanya baru nak semak. Tak kesah lah tu asal duit tu dapat balik ke aku.
Tu pun aku cam rasa tak pasti je borang aku sampai ke tidak.. hurm...
Tapi, orang kaunter tu mmg nice man. Tu aku puji. Dia cam sabo je layan. Siap ucap terima kasih semua.

UTC Pudu.
Ni kali kedua aku ke sini. Last year aku pergi PPZ. Naik tren. Kalau naik tren mmg tak prob. Zup, terus sampai.
Tapi, kalau naik kereta..mmg buleh naik antu oke. Dgn jalan tutup nya. Nak kena u turn sana, u turn sini. Kalau tgk dalam google maps, jarak dari ofis aku ke Pudu Sentral tu dalam 2.8km gitu sahaja. Sekali pergi, dekat nak sejam okeh baru sampai. Aje nyer gile.
Pastu dah naik tu, nak parking pun alahai... buleh pulak tmpt parking tu tak buleh buat pusingan. Kat tgkt 1 tu kalau kita terus, parking tu end kat situ. Terpaksa reverse balik okeh. Kalau ada kereta tgh naik ke parking jugak.. memang menyusahkan.
Lps tu, dengan mesin nak bayar parking tak buleh nak terima duit lah.
Eiiw... tobat lahum oke nak pergi UTC ni naik kereta dah.

Naseb baik food court dia bersih dan selesa.
Cuma tu lah.. asyik sub ke bukan orang Msia.. rasa macam pergi food court di Bandung pula.

Tu lah.. kita tggu dan lihat lah nanti, berapa bulan (atau tahun) pula dia nak bank-in kan duit tu. Kita tunggu yew...


20 August 2013

Pinjaman PTPTN Ingkar Disenarai Dalam CCRIS

Peminjam PTPTN ingkar disenarai dalam CCRIS - Menteri

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya, kata Idris.

Beliau ditemui pemberita pada majlis mesra bersama pelanggan dan sambutan Aidilfitri PTPTN, di sini Isnin.

"Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman," katanya.

Idris berkata, pelaksanaan CCRIS tidak bertujuan membebankan peminjam PTPTN sebaliknya mahu menggalakkan budaya pembayaran balik sebagai kemudahan pembiayaan pendidikan kepada generasi seterusnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, PTPTN merangka beberapa penyelesaian bagi membantu peminjam yang disenarai dalam CCRIS termasuk membayar keseluruhan tunggakan serta membuat komitmen bayaran secara ansuran melalui potongan gaji atau Arahan Tetap bank.

"Selain itu peminjam juga mempunyai pilihan dengan membuat penjadualan atau penstrukturan semula pinjaman mereka yang tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh PTPTN," katanya.

Sehingga 30 Jun lepas PTPTN telah meluluskan pembiayaan pendidikan kepada 2.2 juta pelajar dengan amaun keseluruhan berjumlah RM49.9 bilion.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata Kementerian Pendidikan sedang berbincang dengan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir agar penangguhan peperiksaan membabitkan pelajar Malaysia dilanjutkan untuk satu tempoh yang lama.

Ini kerana katanya krisis di Mesir dilihat akan mengambil masa untuk pulih. - BERNAMA

Kredit entry : UTusan

**** 
Secara kebetulan, aku mmg nak buat entry ni dan Ain pun ada buat entry berkaitan PTPTN nih.
Dah minjam.. bayo ler.. jgn la tangguh2 kan. 
Memang la.. aku pun tak berapa nak setuju bab interest tu (aku nyer, sbb bertangguh, dari 6k +++ dah jadi 10k okeh.. ha.. berapa tahun aku tangguh tu. Haha. Tp masa tu ptptn pun still bercelaru lagi, takde la kena blacklist apa seme. So, bayar je lah, nak wat cemna. Dan Alhamdulillah, settle pada 22/09/2011. Tup tup tahun 2012 dia bagi diskaun pada orang yg buat full settlement. Grrrrr.....)

Da kena masuk list CCRIS ni mmg hazab la. Any loan pun tak boleh nk buat. Lps tu mmg dah ada dalam pekeliling, sapa yg kerja govt dan tak byr langsung (tak bayar langsung berbeza dgn sedang bayar yer), mmg tak boleh naik pangkat. Apa pun, bayar lah. Walau sedikit.

17 April 2012

PTPTN : Macam Macam Hal


Pelajar yang desak PTPTN dimansuhkan perlu pulangkan pinjaman

2012/04/16

KUALA LUMPUR: Pelajar yang terbabit dalam demonstrasi mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di sini dicabar supaya memulangkan semula pinjaman itu. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kumpulan pelajar terbabit perlu berbuat demikian untuk membuktikan bahawa mereka sememangnya enggan pembiayaan pendidikan itu diteruskan.

"Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) di sini, hari ini.

Kredit : Berita Harian

*****
Kecohnya la hai. Apa yg kecoh sgt dgn PTPTN ni? Patutkan la entry aku Settle. Lega! ni tetiba up naik plak 2,3 hari ni. Harus sbb org carik berkenaan PTPTN lalu termasuk ke entry itu. Tweheheh. Sori lah yer, kalo yang dicari tu takde kat situ. Situ takde pasal pemansuhan PTPTN. Situ pasal settle PTPTN ada.

Sana bising, sini bising. Senyap2 sudah. Buat taktau jer.
Aku tak rasa seme orang (pelajar) nak mintak mansuhkan PTPTN. Kalo mansuhkan interest tu mungkin ramai yg sokong kot. Walau pun, agak geram la kalo tetiba interest mansuh, sedangkan aku byr interest je dah half dari yg aku pinjam. Tp takpe. Rezeki adik adik baru ni la.

Tp yg bising2 mansuh, mansuh ni, nak mintak PTPTN tu takde langsung ke, atau nak duit, tp mansuhkan pembayaran?

Kalau nak duit, tp nak suh mansuh pembayaran semula tu, agak keterlaluan la napaknya.  Ate, seme kome nak pree yer.  

Tp kalo dah sign perjanjian 'hutang' tu, ndak taknak, kena la ikut adat yer (syarat sebenarnya). Adat berhutang kan, dah pinjam kena la bayo.  Kalo camtu, kome terai la beli kereta, lepaih tu cakap ke bank, saya nak mansuhkan pembayaran. Saya nak kereta je. Buleh dak ghoper itu?

Aku tau, yg membuat sakit tu, lagi lama tak baya lagi byk interestnya. Tak kata ke orang lain. Aku pun cemtu. Ate' cemana nak membuatnya. Udah itu yg di sign tu ari. Ni pun interest tinggei 1% je. Aku dulu ha.. 4% eh, ke 3%. Lupa dah.

Takpe ye anak-anak, adik-adik. Pilihan di tangan anda. Tak mau bayar, tak usah pinjam. Menabung lah dan biayai lah pendidikan sendiri. Atau pun kalo nak juga pinjam, belajar2 lah betul2. Dptkan first class degree. Insyaallah..percuma lah ia (Ex-bf ku dulu dapat pengecualian bayaran tu).  Pilihan di tangan kita. Kita yg menentukan hidup kita. Bukan orang lain. :))

Proton Preve tu cantik juga yer. Rega pun buleh tahan napaknya. Full spec pun blum 80k. #tetiba


31 January 2012

Akhirnya Dilepaskan Jua

Bertahun tahun aku terikat dengannya.
Akhirnya beliau lepaskan juga aku.
Hahaha.

Alololo...
Ada yg tanya cemna bleh dpt pelepasan ni?

Alololoo..
Harus la kena zero tunggakan, baru dpt pelepasan.
Takde apa2 keistimewaan lain menyebabkan dpt pelepasan ni.
Kerna aku juga bkn lah 1st class degree holder.
Yg bleh dpt pelepasan ni dari awal lagi.

Jangan la kata plak aku nak show off sbb da abis bayar, sbb aku tau rakan seangkatan aku dah berzaman abis bayarnya.
Dan jangan la kata "syoknya dah abis bayo"
Tukar kan soklan itu kepada
"baru nak abis bayar ke?"

Yeps. Itu yg sepatutnya.
Giler ko. Aku abis blaja tahun 2002.
Skang baru abis.
Ce kira ce kira.
Ha..lps abis blaja, aku tangguh bayar dkt 3 thn.
Aku bayar betul2 tahun 2006 ke 2007 tu.

Aku pinjam sket je. Tp interest half dari loan tu.
Phuh... mujo aku keja kerajaan. Dpt la balik duit aku bagi ke kerajaan tu. Hahah.
Sbb tu aku paling bising2 bila SBPA tangguh. Haha. Jenuh wes...keringat aku membayar interest tu. Tp da pinjam kan, nak taknak kena la bayar. Pun lagi aku takmo pening2 nak pikir Ujrah apa seme tu, aku settle kan je. Tak byk dah pun. Tp kalo still taknak bayau, interest tu yg buat sakit ati. So, settle.

Oh. Kalo ada yg nak tau cara2 nak settle bleh selak entry aku yg ni.
Situ aku ada letak cara2 dah. Tak perlu nak call2, sbb kalo call pun, jauhhh pegi nya nak di sambungkan kita.

Tp ni pun, dia kata lps 6 bln dari date surat ni baru bleh tarik napas lega sket. Kut ada lagi apa2 saki baki yg tak clear.

So, skang ni menanti satu lagi pelepasan. Tp lmbt lagi la. 2 tahun lagi kot. Tp yg tu aku tak jamin bleh menarik napas lega bila dilepaskan sbb bila dah lepas, pastinya hati akan terikat pada yg lain plak. Agagaagaaaaa (-_-")

Oh ya, kalo anda2 nak ke oversea, dan still tak abis bayar si budak PTPTN ni, jgn risau.. selagi tak di black list, selagi tu anda bleh masuk keluar negara dgn mudahnya. Confirm. Tp kalo tak penah bayo, dan tetiba dpt LOD (surat lawyer) tu, harus la kena call PTPTN dulu, kut tak kang...merasa la cam artis2 kita yg penah kena tahan kat airport tu. HUHu.

Dan pesanan utk adik2 yg da abis blaja tu, bayar la walo pun sket, sbb nati bila interest bertambah, beranak-anak kita yg stress nengoknya.

20 October 2011

Settle. Lega!

Pagi tadi kan rasa mcm tak berapa nak 'stabil'.
Tp bila tgk ni. Lega sket rasa.
Satu 'beban' da ilang.
Walo ada pengganti yg dtg. Yang berpuluh kali ganda (malah beratus ganda mungkin)
Itu tak dikira sbg beban. Itu adalah utk comfort zone kan.


Settle!

Walo aku da menyumbang utk interest je dkt 3k. Baguih. Utk negara kan. Haha.
Padan muka aku kan. Sapa suh tangguh2 bayau. Mmg giler. Lps 9 thn blaja baru aku nak gedik abiskan. Padahal loan aku bkn byk nau. Interest tu penyebab jadi banyak.
Takpe. Lupakan.

Oh. Pada sesapa nak settlekan mendalah ni.
Sila tgk entry ini - Selesaikan pinjaman PTPTN
Mana tau, kut susah nak call ke. Sbb kadang line penuh sesaja.
Aku dah settlekan last month.
Alhamdulillah.

*edit*
Ada yg komen kata aku settle ni sbb takut takleh ke luar negara. Sapa tau, tau la kan, ini takde kena mengena sbb as long masih tidak blacklist, maka tidak timbul kerisauan utk ke luar negara. 
Takut ada tersilap paham lak, lalu ter kensel mahu bercuti luar dari Mesia plak.

Thn lps lagi byk hutang aku, tp selamat la keluar masuk kastam kat Jakarta tu.

So, jgn risau yer. Selagi anda bayar loan ini, anda bleh ke luar negara dgn selamat tanpa ditahan pihak kastam macam ada sesetgh artis kita tu. Hihi

15 September 2011

~Pasal Settle Hutang PTPTN~

Lama dah aku kata aku nak langsaikan hutang piutang aku dgn PTPTN ni kan.
Tp idak la aku smpai tak blk kg smpai bertahun2 sbb nak bayo utang cam iklan deme tu kan.
Juga, takde la aku smpai tak tido malam memikio kan utang PTPTN ni.

Ni la balasannya org berlengah2 nak bayau kan. Berapa tahun da aku abis blaja. Sendiri kira la kalo aku pun da masuk 8 thn keja sini dan setahun aku keja cikgu. Bahaha.
Ah. Malas nak pikir pasal blkg2 tu. Lantak. Kalo pikir sakit ati sbb interest byk tau. Tp sapa suh lengah2 bayau kan. Padan la muka. Aku dpt PTPTN ni masa PTPTN baru diperkenalkan. Tak minta pun rajin je dia bagi tanpa ragu ragu. Ha..skang, baru kau tau cena nak kutip balik kan. Patut kalo duk UITM tu tak yah PTPTN pun bleh je survive. Aku tak mintak pun, tau2 da masuk dlm akaun. Heh!. Masa muda remaja ko, sapa je nak bagi balik kalo org da bagi kan??. Mujo aku amik time degree je sbb diploma aku amik ngan Yayasan Perak. Plak tu, aku amik half je sbb lps tu aku dpt biasiswa JPA. Kalo tak, entah bila habis bayau gamaknya. Ngeri..
Skang ni aku nak langsaikan je sbb bln dpn aku leh gantikan dgn byr duit umah plak. Maleh aku nak tgk utang sana sini. Walo amaun bayau duit umah tu berkali kali ganda dari amaun bayau PTPTN ni, aku takmo lah bertimpa timpa plak utang.

So, pada adik2 baru abis blaja ni, kalo dpt keja tu, nasihat dari ahkak yg dah "kertu" (bak kata Eka) ni - bayar la hatta RM50 pun sbb interest tu akan menguntungkan meke je. Tu sbb leh wat iklan panjang2, masuk tv waktu peak time. Mahal tu iklan time Buletin Utama tu. Walopun ada ujrah ke hapa ke, tp deme tetap dpt interestnya sbb skang aku tau bkn sket yg kome pinjam ni. Even 1% interest pun, kalo tak dibayar...sendiri maklum ler. So, bayar tau. Kalo pun deme tak antar surat, kita yg kena proaktif sbb deme ada beribu malah berjuta kut org yg dah dibiayai.

Oh. Sblm tu, kut ada yg nak langsaikan seme hutang piutang PTPTN ni, tp tak ketahuan cemana kan. Nak tipon jenuh plak kan. Aku retu pun cam blur gak. Lagi plak bila dia kata 'takpe cik, tak perlu rush2 nak settle kan sbb cik takde kena blacklist atau tindakan mahkamah'. Ek eh. Sesuka ekau je kan. Patut org nak settle tu ko alu alu kan ler. 

Memula kita masuk website PTPTN. Klik Borang, Pekeliling & Tender
 Seterusnya klik Capaian Borang

Dan klik Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu) online. Ini mmg prosedur yer kalo nak settle seme. Sbb retu dulu aku penah tipon (dan aku penah citer pun, tp mana tah entry nyer. Maleh nak carik). Dia kata nak settle pun kena isi gak borang tu dulu. Tp harap bersabar yer, sbb nak capai ke borang tu mmg payah. Aku nak buat entry ni pun tak lepas gak kuar borang tu. Problem loading page katanya. So, keep trying. Kut pepagi oke kan.

Dah isi butiran dlm tu, dia akan kuar cam surat ni. So, kita print dan fax kan je. Tak perlu nak pos. Aku retu saja gatai fax time org nak balik cuti raya. Bahaha. Saja, nak tgk deme wat keja ke tak. Aku da pikir deme ilangkan dah fax aku tu.

Dah akhirnya, 13hb ada emel dari PTPTN. Menyatakan jumlah baki dan kena bayar before bile. So, nati aku nak pegi PTPTN lah. Dia bleh je bayar kat bank2 atau agen2 dia tu. Tp rasa cam tak puas lak kan. Kita nak resit rasmi. Oh. Ini bkn perkara memain. Aku keja bidang ni juga, aku tau la poblem di masa dpn kang. Better prevention than cure. Eceh! Oke.

So, lagi selamat la aku tak bleh nak beli SII ni napaknya sbb amaun aku bayau ni lebih sketttt je dari rega tipon SII tu (rega ori tanpa amik pakej skali ngan line). Bahahaha.

25 March 2011

~Pasal PTPTN Pulak~

Motip tul tau. Call PTPTN mmg la kena dengo robot yg bercakap.
Dia suh tekan 1, tekan 2, tekan 3 bla bla bla.....
Lps tu da tekan 1, kena dgr plak dia bla bla bla.
Tekan 2 pun bla bla bla.
Bila da tekan nak pegi balik cakap ngan operator da tak dpt.
Lost.
Kena la dail semula. Dgr balik robot tu bercakap.
Guna tepon touch screen lagi la hampeh kan. Silap tekan, no jadi bertambah, dia kata 'harap maaf, rekod tuan tiada dlm sistem'.

So, kali kedua aku call trus amik no yg sambung ke khidmat pelanggan dia.
Jadi nya aku gitau la urusan apa aku nak buat.
Lps tu dia suh bukak satu link kat sini utk buat pengesahan baki pinjaman.
Aku terai klik. Tak boleh hoi.
Aku gitau dia tak boleh.
Dia kata cuba jugak smpai dpt.
Aku kata kalo tak buleh gak cemna.
Dia suh tggu kejap. Tnya kat org kot.
Lps tu dia ckp ngan aku balik. Katanya kena gak cuba bkk link tu.
Aku ckp kalo org yg duk kat kg, dia takde internet segala, cena.
Kena pegi CC la cik katanya. Wahhh... sonang kan.
Ko kalo dpt kg aku yg ceruk tu kan, ko tau la sukarnya nak ke pekan carik CC. Kalo tatau drive, kena tggu bas lagi la, itu la ini la. Haih!
Siap dia kata 'cik jangan risau, cik takde saman, takde blacklist'.
Huk aloh. Aku idak la risau, tp aku maleh dah nak bayar installment ni. Maleh nak berhutang piutang  dgn PTPTN dah. Tapi deme lagi sker la kalo kita tak settle kan, sbb deme buleh la dpt interest.

Aku terai guna Mozilla, kat PC aku tak buleh.
So, aku terai guna PC clerk aku. Try bukak guna IE pun tak buleh.
Aku emel rerakan aku. Suh derang try bkk link tu. Boleh la plak.
Hampagas la. So, cena?
Nati aku terai guna bband plak.
If tak boleh aku kena merempan kat opis org la gamaknya.

Haiyaaa.... nak bayar pun susah, talak bayar lagi susahhhhh........

eh..ce korang terai bkk link ni -
http://eform.ptptn.gov.my:8080/borang-digital/sahbaki.cfm
ada tak?
kalo ada, dia akan kuar camni.

Ni member aku screen shot kan.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign