Pages

18 May 2018

Makan Makan Sebelum Puasa

Ini bukan la cerita makan makan khas sebelum puasa.
Tapi pengumpulan cerita pergi makan makan.
Eh. Tapi ada je xtvt makan makan khas sebelum puasa jugak.
Jom lah tgk.

Ini mak Rizq teringin nak makan western.
Tatau kedai mana yang best.
So, search kat FB.
Terjumpa satu yg dekat ngan rumah. And ramai kata sedap.
Sokay. Boleh try.




Andan's Chopsteak.
Katanya ini cawangan ke3.
Letaknya di kawasan Batu Muda.
Opposite Sek Batu Muda.
Boleh masuk FB mereka and anda info berkaitan.
Kiterang pergi hari Sabtu, lepas Maghrib.
Memula tu tak ramai. Tp lama sket dah ramai.
Okay, tips dia lepas maghrib je kena terus gerak. Sbb rumah kiterang dekat je ni. Kalau jauh, mesti lambat juga sampai n kena tunggu meja kosong. 

Review : Okay. Not bad. Boleh pergi lagi. Black pepper sauce sedap. Tp portion mmg kecik. Sesuai utk orang tak suka makan macam mak Rizq. Chicken ball tu sedap. Home made agaknya. Sbb rasa fresh. Tu bagi kat dak Rizq. And dia suka.

Then, bila balik kg untuk mengundi tu ari, kami try makan di Kuala Kangsar.
Masa tu on d way nak pergi Taiping rumah kakak.
So, singgah breakfast di KK.
Tanya kak ipar mana lagi kedai best. Sbb macam tatau je mana nak breakfast kat KK nih.
Dia kata ada satu kedai yg viral juga di KK. Kedai bawah pokok getah katanya. Uik. 
Nama kedai dia tak sebut. Dia just bagi location kat mana je.
Sbb kita orang kuale, so kite tahu lah kat mana area tu.
Search juga kat FB.
Oh, namanya Warung Selera Kampung.
Masa sampai tu hari Isnin, tapi dalam kul 10 pagi. Penuh. Ramai orang.
Tp, lepas tu dah kurang.
Kiterang order roti goyang set (ada 3 roti n telur + mushroom soup)
Pastu roti canai kawin.
Opah Rizq order nasik lemak.

Review : sedap. Pasti akan datang lain utk try menu lain. Kedai ni menu nya banyak btul. Mi kicap lah, nasik ayam lah, memacam ada. Roti canai kawen tu mmg sedap weh. Mak Rizq bleh makan hampir habis 2 keping tu. Uols shld try kalau ke sini.

Tapi dia tutup hari Khamis n Jumaat.
Weekend kalau, abgcik kata org sgt ramai. Jenuh nak tggu meja kosong.
So, pergi lah hari lain selain hari itu.
Ada tempat macam bela2 itik lah burung lah orang kedai tu letak. Pastu ada macam tempat main2 sket. Dak Rizq kemain suka smpai taknak balik. Sebok dia gtau opah dia "duck..duck.."
Aiyooooh.... Hahaha.
(kat sini boleh plak terjumpa office mate dari KL ni. Masa tu derang outstation sbb ada event kt Kuala Kangsar. Sempena nak PRU katanya masa tu. Hihi).
Aiols nak bagi direction utk ke sini tak reti pulak. Google maps saja lah. Pasti ada. Hihi.



Lps tu, kt office pulak.
15hb Mei.
Majlis rewang and makan makan sempena sambut puasa.
Bergotong royong lah kami se office utk masak gulai kawah, sayur goreng dll.
Nasik and ayam goreng je order.
Makan secara duduk bersimpuh gitew.
Baru lah rasa macam kenduri.





Itu je lah.
Acara makan makan bersambung lepas puasa nanti. 
Hehe.

Eh. Yang ni pulak stok bulan puasa.
Korang suka tak paste tomyam ni.
Mak Rizq ada personal shopper paste tomyam ni. Haha.
Uols jgn memain. All d way from Padang Besar tau.
Dah 2x mak Rizq beli paste tomyam besar godang tu.
Sedap weh.
Kalau nak lagi best, korang tumis dulu. Blend bawang besar, cili masak n tomato. Pastu tumis. Pastu masukkan paste. Campur dgn paste adabi. Letak air. Letak bahan2 kegemaran. Dia punya tahap kepekatan tu mmg cenggini (tunjuk best). Tak perlu buh garam tau. Sbb paste ni dah cukup masinnya.
Tapi anak buah kata nak lagi sedap buh air asam jawa.


17 May 2018

Salam Ramadan 1439H


15 May 2018

Kenduri Kawen Dan Ke GM Klang

Hoih.
1st time mak Rizq pergi GM Klang ni tau.
Okay. Jap lagi kita citer.
Sekarang kita citer pasal kenduri kawen dulu.


Ini adalah kenduri office mate.
Memang ini pasangan office juga.
Tak sangka, after 10years kami kawen, ada lagi yang ikut jejak kami.
Yang ini lagi tak sangka sbb memang tak sangka (apa punya banyak tak sangka daaaa...).
Deme ni entah bila bercinta.
Tetau tetiba w.app tanya ada kat rumah tak.
Tu lah. Yang adik jantan sorang tu.
Dia tu memang lah rapat dgn kakak dia ni.
Dan mak Rizq pun apa2 hal berkaitan IT memang refer ke dia je.
Pastu, ada satu hari tu lps balik office duk tanya kita ada kat rumah ke dak.
Siap call asben bila tak dapat call mak Rizq.
Eh. Macam penting sgt ni.
Siap suh send no rumah segala.
Okay lah.
Sekali ttiba dalam kul 7pm tu terjengui muka dia depan pintu.
Terperanjat giler! Pastu bagi kad.
Pastu bila baca.
OMG! OMG!.
Dan pastu rupanya dia bawa juga pasangan dia tu.
Haha.
Pasangan dia ni pun mak Rizq rapat juga, tapi tak la se rapat adik jantan sorang tu. Yang tu memang dari muda dulu kiterang byk gi sana sana sesama. Ngan kengkawan lain lah. Masa tu mak pun dah kawen. Kira kuar in grup.





Ini lah dinamakan jodoh kan.
Semua orang office pun tatau. 
Terharu juga sbb depa sampai datang rumah nak bagi kad jemputan.
Alahai.. sayang sangat ni kat depa ni.
Maka, kami pun pergi lah ke kendurinya.
Lps pilihan raya - 12 Mei 2018. Di Klang.
Tu yang weols decide nak balik mengundi Perak dulu.
If not, mmg balik PJ then baru balik Perak.

Weols mmg jarang turun area Klang ni.
Itu yang terus ajak ayah Rizq pergi GM Klang.
Bukan tau kat mana. Guna google maps lah. Itu pun sbb tgh buat jalan kat situ, jadi macam ada terlepas jalan jugak. Aiyooo....
Ambik gambar sbb kang melarat entah ke mana.

Budak kecik ni mmg taknak pakai stroller.

Best lah GM Klang ni.
Best dari Kenanga.
Masa tu, kira cam da nak petang kiterang sampai tu.
Ingat macam susah la dpt parking.
Bila masuk tgk, eh, okay ja.
Pastu sbb dia besar, orang mmg ramai, tapi dalam tu takde la sesak ke apa.
Okay ja.
Cuma laluan tu mcm kecik jugak lah.
Kenanga luas sket.
Dan barang lagi murah dari Kenanga.
Sbb kat sini, beli dalam 2,3 helai pun dah boleh dpt harga borong.
Beli ikat tudung tu - satu RM10, dua pun RM10. Ha..acena. Harus lah beli 2. Haha.
Ayah Rizq pun kata best. Dia suka situ dari Kenanga.
Ini sudah bagus. Hahahaha (gelak gembira).
Lagi pun sebenarnya dari KL senang juga nak pergi. 
Masuk ikut Kesas je. Exit Bandar Botani.
Nak balik pun, masuk je Kesas. Terus je lah.
Jauh memang lah jauh. Kot sesekali boleh la.

Apa je kiterang beli situ. Sbb bkn nawaitu nya nak soping sgt pun.
Dapat la blouse ngan skirt utk mak Rizq. 4 helai RM100. Haha. Cheapskate. Jadik lah utk pakaian harian ke office.
Pastu utk Rizq dapat la kemeja ngan seluar. RM60 - 3 helai. Siap akak suh ambik lagi satu. Dia bagi RM20 gak. Huwaaaa... godaan betul.
Pastu ayah Rizq beli seluar jogger pants tu. Ngan jam.
Pastu tgh jalan2 tu, nampak mak pak tolak anak dia ngan magic stroller tu.
Kiterang fikir, mesti menda tu ada kat situ.
Ye, mmg ada. Tingkat 3.
Tanya 2,3 kedai ja.
Terus angkat. RM70.
Yang gini.
Kiterang amik kaler hitam tu. Rizq mmg suka naik jenis2 camni. Orang tolak2 dia kan.
Ayah Rizq kata, rugi ja beli stroller ribu riban dulu. Last2 guna stroller 70hinggit. Haha.
Tapi, menda camni murah lagi kat situ dari Jalan Raja Bot tu.

Best lah. Nanti nak pergi lagi lah.
Hohohoho.

14 May 2018

Pilihan Raya Umum Malaysia Ke14

Malaysia Mengundi.
Okay. Ni kali ke4 untuk kakak mengundi.
1st time kakak mengundi adalah pada tahun 2004.

Masa tu arwah ayah kakak ada lagi.
Semangat pergi dgn dia.

Pastu salah sekolah. Haha. (yg ni kazen yang ingatkan. Kakak sendiri tak ingat kes ni).
Masa tu umur kakak 25 tahun.
Seterusnya tahun 2008. Tahun kakak kawen ni.
Dan tahun 2013. Kakak mengundi dulu di kg then terus shoot balik PJ. Husband pula mengundi.
Tahun ini. 2018. Kami dah ada Rizq Iskandar.

Bawa dia pergi sekali.
And kami buat macam tahun 2013 juga. Balik kg kakak dulu then shoot balik PJ.


Eh. Baru kakak perasan.
Mcm ada sequences.

2004 - ayah ada.
2008 - ayah takda.
2013 - ada suami.
2018 - ada suami, ada anak sorang.
Cantik betul dia punya kejadian tu. Hihi.



Mula tu kakak malas nak balik. Sbb hari weekday kan.

Pastu husband kata jom lah balik.
Ambik cuti.
So, weols ambik cuti Isnin dan Selasa.

Rabu memang cuti.
Tup tup dapat pulak cuti peristiwa Khamis n Jumaat.
Apa lagi.. "beraya" lah kiterang jadinya. Hahaha.
Tak memasal dapat cuti direct seminggu.


Diakui memang PRU kali ini nampak kelainannya.
Bagus lah.
New change for new hope.


Harap kita pun begitu lah. Berubah ke arah kebaikan.
Dah elok bertukar ni, elok lah tukar perangai makcik bawang tu.
Jadi yang lebih elok. Makcik brokoli ke. Atau kalau nak bau jugak, carik yg bau sedap je macam makcik celery atau makcik daun sup. Oh. Makcik daun pandan lagi harum. Kan?
No more lah sebok sebok hal orang.

Kata nak berubah.
Berubah lah ke arah kebaikan.


Dan terima lah gambar PRU untuk tahun ni.
Tak payah lah gambar jari tu. Ada orang menyampah tgk gambar2 jari ni.
So, kita bagi gambar Rizq dan opah nya je lah.
Hihi.


BFF sgt ni dgn opah, dgn ayah cik dia. 
Tpi ayahcik takde sbb ayahcik jadi petugas SPR.

3 May 2018

#kaptenRizqkeJDT - Thomas Town dan Hotel Millesime JB

First time untuk Rizq "menanda kawasan" di JDT.
Hehehe.
Mak Rizq pun da lama gak tak ke JB ni actually.
Last, outstation lepas balik umrah dulu. Masa tu ada majlis persaraan staff cawangan Johor. So, mak pergi untuk wakil pengurusan. Tahun 2015.
Ayah Rizq, lagi lah. Dah berapa tahun tak pegi Johor katanya.
So, jom lah.
Kami memang dah siap beli tiket masuk Legoland n Thomas Town masa Matta Fair yang lepas. Hotel pun beli voucher masa tu.
Sbb tu mak kata, mak mmg dah ada benda nak beli masa tu. Jadi, tak timbul lah masalah bersesak. Lagipun mak pergi petang Jumaat, lps balik kerja. Orang pun tak ramai sangat.


28 April (Sabtu), kita pun gerak lah dari KL ke JB.
Dalam kul 8am gerak. Singgah breakfast kt Seremban. Orang ramai oih. Jenuh nak carik tempat kosong. Makan nasik lemak. Boleh la. Sambal pedas nau nau.
Lepas tu teruskan perjalanan. Dak Rizq tido. Sbb mmg time dia tido kul 10-11 pagi ni.
Pastu ayah Rizq nak benti buang air plak - benti lagi kat RnR Pedas Linggi.
Pastu berenti isi minyak kat RnR Machap.

Dan perjalanan diteruskan ke Puteri Harbour untuk ke Thomas Town.
Kiterang guna google maps. Ni kalau takde, memang sesat melarat lah.
Nak ke Puteri Harbour ni kena guna hway lain. Kena keluar kat Senai, pastu nanti ada link dgn hway ke Puteri Harbour. 
Tapi, masa kiterang nak keluar tu, boleh plak tutup exit Senai tu. Lorrhhh.. acena nih. So, terus ja, pastu google maps dia reroute kan balik. Terpaksa keluar dan masuk jalan lama pastu baru naik balik ke hway. Dia kalau lalu kat tol Lima Kedai tu kira betul dah la tu.

So, ikut je lah google maps punya arahan. Banyak jumpa roundabout. Dan sampai lah ke Hello Kitty and Thomas Town. Bangunan kaler merah. Masuk terus ke parking. Free je parking dia. Naik atas, nanti jumpa lah entrance untuk ke Hello Kitty n Thomas Town. Hello Kitty level 1, Thomas Town level 2 dan 3. 

Kami tak beli kombo tiket sbb dak Rizq tak suka (kenal) pun Hello Kitty. Tp Thomas Town mmg dia suka. Dia panggil "chu..chu.."
Kiterang beli tiket masuk kat Matta Fair juga. RM99 utk 2 dewasa. Kalau harga online/biasa - RM85/adult. Okay lah tu kan :)


Kami sampai dalam kul 2.30pm.
Kat dalam Thomas Town ni, dak Rizq happy gak lah.
Sbb banyak menda boleh naik. Macam semua pun dia naik.

Rizq naik ngan ayah dia.
Ada persembahan Thomas



Sayang nau ngan Pingu :D

Pastu makan terus dalam tu. Harga biasa lah dalam tu. Takkan nak harga macam kat gerai Tomyam tepi rumah kita pulak, kan? Haha. Kiterang dapat voucher makanan diskaun 20% lagi. Ni dapat masa beli tiket kat Matta Fair tu lah. Atas RM50 baru dapat 20%. Beli 2 jenis makanan, pastu beli tumbler + bekas makanan utk dak Rizq - dapat lah guna diskaun tu. Dan bayar kurang RM50 akhirnya. Kan.. berbaloi baloi. Hehe.

Thomas Town ni tutup kul 6ptg. Kul 5 tu kami gerak dah ke hotel.
Again, guna google maps lagi lah. Ingat senang ke nak carik entah kat mana2 tempat tu kan.

Kami stay di Millesime Hotel.
Tengok la tuan kecik tu. Komain suka masuk hotel.
Budak pun rasa seronok pergi hotel.

Pun beli voucher hotel kat Matta Fair. Yang ni sangat berbaloi ya.
Kami beli untuk Deluxe King, harga masa Matta Fair tu RM150 utk satu malam. Kami ambik 2 malam. RM300. Kalau tidak, harga sebenarnya RM600 untuk dua malam tu. Jimat, kan? Sbb tu kami suka pergi Matta Fair. Hehe.
Kiterang booking awal sebulan dah. 
Pastu bila check in, receptionist kata "Puan, kami upgrade bilik ke Junior Suite for free ya"
Aku pun cam, eh, upgrade, free?
A ah katanya. Sbb kita fully booked hari ni. Ada grup dari China ber bas bas. Kita tak bagi upgrade untuk grup. 
Lahaiii.. ini lah namanya rezeki untuk Rizq. Junior Suite tu berharga RM400 utk satu malam. Dua malam RM800. Tapi kami bayar cuma RM300 saja.

Review hotel - mak Rizq bagi 4 bintang. Kalau ikut boleh ja nak bagi 5 bintang. Tp sbb channel astro takdak, kurang 1 bintang. Haha. Owh, satu lagi sbb - bilik air dia takde paip. Aku mmg menyampah kalau toilet guna bidet tembak2 bontot tu. Tak gemo bebeno lah yong oi.
Tapi, bilik air besau. Dak Rizq kalau masuk taknak keluar okeh. Pastu dia akan duduk dlm tu lelama. Adui nak.. tau lah bilik air rumah kita kecik dan sempit. Huhu.
Breakfast pun okay lah. Takde la byk pilihan. Tp boleh lah.
Staff pun baik je semua. Okay lah. Takde complaint. Best.
Cuma kalau nak makan malam tu payah skit sbb area ni area cina. Tk byk kedai makan melayu. Kiterang pun tanya kat housekeeping tu kat mana kedai makan melayu. Dia gitau ada kedai tomyam kat area masjid bukit indah. Kalau dari hotel tu, jumpa bulatan, straight ke area Bukit Indah. Nanti ada traffic light masuk kiri sampai lah nampak masjid. Jumpa lah kedai tomyam tu. Jadik lah dari takde. 

Kiterang hari pertama tu, beli McD. Punya lah ramai umat. Mc D tu kat area Jusco Bukit Indah. Hari kedua baru kiterang beli kt kedai tomyam tu.
Tapi, okay je. Nak ke JB pun senang. Sbb hotel ni dkt dgn hway. Tak payah menyusup ke mana-mana. Kalau nak ke JB tu straight je lah. Kompom sampai JB punya.

Oraitz. Settle hari pertama di JB.

2 May 2018

Kenduri Rumah Opah

15April tu ari opah Rizq buat kenduri. Kat kampung.
Jadi, ayuh lah kita balik kampung. Rizq pun dah lama tak balik kampung.




Lama dah opah Rizq tak buat kenduri ni.
Last masa tahun 2015.
Before kiterang pergi umrah.
Dah 3 tahun.
Kenduri menyambut puasa cum kenduri arwah lah kiranya.
Makanan meriah uols.
Makan pagi pun segala kuih ada. 
Dah macam nak berniaga bazar Ramadhan. Dengan orang sedekah lagi. Dengan kakcik buat lagi.
Menu untuk lunch - ayam kerisik, gulai nangka, pecal, daging masak taucu, ikan goreng n ikan masin. Sedap lah.





Mulanya sesi bacaan selawat dan bacaan yasin oleh kaum wanita.
Dak Rizq ni kan. Dia tgk opah2 lain ni baca Yasin, dia pun nak baca jugak.
Bagi kan dia Yasin.
Pastu, dah dia campak2, nak bagi dia buku lain.
Taknak nya. Nak Yasin jugak (T___T).

Pastu masa orang baca selawat - dia diri tegak. Diam je dia seketul kat situ.
Heee.
Sbb dia mmg suka dgr selawat ni.
Biasa lepas azan Maghrib ada kat tv hijrah tu. Dia biasa dengar.
Agaknya ni dia tgk live - tu pelik agaknya.

Kami sebenarnya jarang balik kg sekarang.
Sbb biasa kalo cuti sekolah atau cuti yang panjang sket, mak ikut abangcik datang KL.
Abangcik ada rumah kt KL ni, so depa balik rumah depa. While mak akan stay ngan kiterang.
Tu yang jarang balik kampung.
Last balik bulan berapa ke entah. November last year rasanya. Sebelum kami g Sabah tu. Masa tu Rizq tak boleh jalan lagi.
Ni dah berjalan ............... 


Memang out of control. Semua pun nak di explore nya.
Kat luar pun sama. Kejar kucing, ayam (jiran).
Lantakkan. Ni next week nak balik kampung lagi untuk mengundi. Seronok lagi lah dia berlari keliling rumah (T____T).

Apa pun, Al-Fatihah untuk arwah atok Rizq - Haji Ramli.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign