Pages

Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

26 March 2018

Ting Ting Tang Ting

Mesti semua pun terngiang2 lagu ni kan :)
Uols tgk tak live majlis tahnik anak TokTi semalam?
Heeee.
Aiols tgk uolsss.
Aiols tgk sampai dkt kul 11.
Sampai ke sidang media pun aiols tgk.
Memacam soklan keluar.

Siti Aafiyah bt. Khalid.

Simple je.
Senang nak ingat.

Ada wartawan tanya "Dato, nak panggil anak nama apa?"
Panggil je nama penuh dia. Aafiyah. Maknanya pun baik dan bila kita memanggil kita mendoakan dia juga (Aafiyah - yang sihat, yang selamat).

Sebelum Siti announce nama anak dia, tersentuh hati bila dia cakap "ini lah doa saya selama ini, setiap kali masa mustajabnya doa, saya tak pernah berhenti berdoa.. Alhamdulillah, Allah makbulkan"
Sebak.
Begitu lah perasaan kami yang TTC ni. Tiada satu masa pun kita tidak melepaskan peluang untuk berdoa. Dan berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Utk merasai pengalaman menjadi ibu.
I feel you. 
Lepas tu, bila dah ada anak, macam tak percaya.
Pastu macam nak pegang je 24jam. Nak telek je 24jam.
kredit : Oh bulan


Malaysian sweetheart sangat.
Baik ibu, baik anaknya.
Semoga berada dalam lindungan Allah, Siti Aafiyah.

7 December 2015

Lagu Minggu Akhir Gegarvaganza 2015

Finalis Gegarvaganza
kredit [mysumber.com]

Lagu

Siti Nurdiana - Putus Terpaksa (Ziana Zain)
Nasier Wahab - Gelombang Cinta (Heavy Machine)
Ezad Lazim - Nurnilam Sari (Search)
Acong - Seruan (Lefthanded)
Haiza - Puisi Cinta (Ilusi)
Faradhiya - Janji Manismu (Aisyah)


**
Alah, kakyan terkeluar pulak.
Wakil org gomen tu. Haha.
Kelakar jugak malam tadi punya.
Esp part Dato Vida tu.
Jihan kata risau dia bila Dato Vida pegang mic.
Jangan kata Jihan, aku pun naik risau.
Lagi kelakar tetiba Dato Vida kena nyanyi mashed up dengan Jihan n Nabil next week.

8 December 2012

Edisi ML Mega : Tersingkir Jugak. Bagus!

Buat lagi lawak entah hapa hapa.
Sudahnya tersingkir jugak.
Bagus.
Aku mmg sedari Raja Lawak tak berkenan kumpulan ni.
Mmg tah hapa hapa.
Tp cemna smpai ke ML Mega plak derang nih.
Haih.
Dari mggu pertama lagi Awie dah tegur jgn buat lawak double meaning.
Buat jugak (mggu kedua takde kot). Lps tu mendapat la.
Tp smlm (ML Mega minggu 4), Astro censored kan.
Tp dpt tau la.
Sbb memula tu sorang tu kata (tah sapa nama yg kurus kecik tu) "aku tak boleh masuk lah ngan korang ni"
Then yg gemuk sket tu pi buat cam ludah air liur and letak kat pala budak tu.

Kawan tu tanya la "hang buat apa ni"
Dia kata "ni la petua orang tua kalo tak buleh masuk"
Lps tu kena censored panjang smpai la abis. AC pun masuk.


Apa la lawak camtu. Oke, ko buleh kata - org yg tafsirkan lucah - maka lucah lah ia.
Tp apa keperluan pulak ko nak buat cam ludah2 - letak air liur atas 'kepala' - then kata nak bagi senang 'masuk'.
Buat la lawak global sket. Tk semestinya ada unsur lucah dalam lawak.
Yg lelain tu takde pun unsur lucah. Sket tu oke lah. Tp kalo tetiap mggu. Tu habit namanya. Kalo aku pun, aku pikir engkorang ni asik pikir menda lucah n sx saja kerjanya. Takut haku ngan orang camni.

Bagus pun keluar, takyah susah2 Astro nak delayed kan n terpaksa censored utk korang.
Konon cam dia kata dia bertahan smpai mggu ke4. Mmg la bertahan sbb 3 mggu takde penyingkiran. Kalo tidak, mggu kedua pun engkau dah takde dah. Melucah je kerjanya. Lps ni ko letak nama kumpulan Lu-Cah je lah.

Heeee....

30 May 2012

Langsung Tak WW : Pinggan Pun Jadi Hal

Terkadang, klaka pun ado tgk orang komen2 kat laman sosial ni. Esp laman sosial yg pemiliknya adalah dari golongan artis.
Aku kurang folo FB artis. Tp kat twitter n instagram ada.
Mmg ramai artis yg aktif kat twitter. Aku pernah folo Iqram Dinzly, tp aku unfollow sbb galak nau dia bertwitter. Cam 24jam je dia ada dlm tu. Pas twit dia, dia.. lps tu dia..dia lagi. Smpai penuh TL ngan twit dia smpai aku tak pasan twit yg lain. Malas haku. Lagi pening bila dia reply2 twit orang.  Cam Rita Rudaini tu, ada yg support, ada tuduh memacam. Hai.. entah la. Susah nak cakap. Kadang tu budak je pun yg menghamburkan kata2 tu. Yelah, budak2 je pun ada masa ngadap mendalah tu 24jam. Cam kekita ni, kengkadang je. Dan kalo bebudak tu, ignore jelah apa dia cakap tu. 

Lps tu kat instagram. Sini, kalo boleh aku malas la nak folo retis2 ni sgt. So, aku had kan. Kang asik ada gmbr derang je kat newsfeed tu. Eh. Ye ke newsfeed, ke nak panggil timeline. Entah. Tp pepaham udah la kan. Retis aku follow kat instagram tu (tp derang confirm tak follow kita punya) adalah Sazzy Falak, Fasha, Lisa ngan Dato CT (and Hanis Zalikha, if kita boleh gelarkan dia sbg artis, sbb da berlakon drama skang kan). Sazzy tu aku tak la minat sgt, tp aku sker sbb dia salu update gmbr twin dia yg dia hashtag as #imanlilytiararose. Comel tau! Lps tu Lisa sbb saja suker2. Tak la pun admire sgt ke dia. Dia ni kejap aktip, kejap tak. Lps tu aku follow Fasha. Ni memula malas, tp tgk kat twitter dia asik update gmbr kat instagram, lalu rasa cam kena folo gak utk tgk gmbr tu. Lebih mudah. Then paling latest Dato CT. Oh. Kalo nak folo DCT ni kena tggu approval dia dlu. Tp dia approved je.

Tp nama pun artis kan. Memacam la komen dapat. Ada skali tu gmbr Fasha Sandha ngan kawan2 dia. Pakai pun tau la cemna kan. Skali ada orang tarbiah kat situ. Kata begitu begini. Oke. Oke. Yer, mungkin aku la terkhilaf dalam menafsirkan. Mmg umat islam ni kena tegur menegur, kerana itu tanggungjawab sebagai saudara sesama islam. Tp entah ek. Aku nak kata tak sesuai nak tegur kat situ, tp kang kat mana lak nak menegur. Mungkin satu hari dia baca teguran tu, maka terus dia tergerak hati nak berubah. Who's know kan? So, takpe la kut. Teruskan menegur. 

Tapi.... yg paling tak bleh blah pinggan pun jadi isu.
Gmbr hiasan. Kredit : Here
Begini, ada la satu hari tu Fasha up gmbr lauk2 dia kat umah. Dia masak pun simple pajeri ke kari tah, ikan goreng, sambal ngan sayo ke apa camtu la. Sokay la. Orang2 pun komen kata sedap la apa la. Skali masuk komen kata Fasha patut pakai pinggan yg lawa sket la. Aku pun scroll balik ke atas (sbb komen dah byk ni). Aku tgk idak la dia pakai pinggan sompek ke, pinggan kantin sekolah kaler oren tu ke, pinggan putih biasa, ada satu yg melamine kut yg pada aku, normal lah kan. Makan ngan husband dia je. Lauk simple pinggan simple. Senang. 

Ramai la yg kondem balik pada si yg mengomen tu. (termasuk aku. huhu). Yelah, pinggan pun nak jadi isu. Apakah sbb dia Fasha Sandha maka harus pinggan mangkuk dia bertatah kan berlian dan berlapikkan emas? Sumpah pelik. Tp dah namanya artis. Seme la orang belek dan kelek. Ketiak lecak pun orang tengok kan. Itu lah yg harus dibayar dalam life derang.

Tp kalo si Fasha ni letak pinggan mahal pun kena kata gak. Mungkin dia akan kata, wah... lauk simple tapi pinggan mahal nak mampus. Entah ek. Ada je tak kena kan. Sama la jugak cam blogger2 ni. Up gmbr ngan pinggan lawa kata nak menunjuk, up gmbr pinggan buruk kata itu pun nak tunjuk
Gmbr hiasan juga. Kredit : Here
Tp tu lah. Setiap orang ada pandangan dan persepsi memasing. Sebagai public figure (artis) derang kena hadap dan telan menda2 tu seme. Lagipun tak berkudis pun kut kalo org cakap pasal pinggan tu. Dan utk para blogger ni pun sama gak. Ada yg tak suka, ada yg suka. Kita tak boleh cakap, ko tak suka ko blah, takyah baca blog aku. Tak boleh, sbb lagi dia tak suka, lagi dia suka nak baca blog tu. Percaya lah. Lagi suka dia nak stalk. Sbb ada bahan dia nak jadikan 'bahan'. Jadi, lantakkan lah. Kalo kita selesa ngan cara kita, teruskan.  Susah nak puaskan hati semorang.

Kadang seronok tgk gelagat orang ni. Memacam. Tu baru pasal pinggan, lum lelain lagi tu. Hari tu skali Lisa up gmbr dia secara penuh, leh plak ada orang komen cam tak senonoh sket. Eh. Aku nak tulis pun rasa cam tak patut. Lps tu cakap 'pandai Yusry'. Bodo. 

Tu lah. Hiburan adalah artis, dan artis adalah hiburan. Jadi, dgn mem folo derang ni terhibur gak la. 

11 May 2012

Drama : Bunga Bunga Syurga

Google
Follow citer ini without fail.
Mmg la sbb ada Johan a.k.a 'abang botak' tu. Tu kan retis kegemaran skang ni. *walo org da start kata dia playboy*. Takpeee....

Selain dari tu sker gak tgk Wawa Zainal tu.  Sweet beliau tu.
Gmbr masa dia jadi duta Lip Ice.
Cute.
(image : Google)

Rozita Che Wan tu... so so.. belakon jadi makcik yg garang. Lps tu pompuan yg berlakon jadi anak dia. Apa tah nama dia. Boleh la sket sket. Tak bes sgt pun.

Derang ni mmg la berlakon nak kasik orang benci. Tp last2 kang jadi cam citer Tentang Dhia. Beria ni kita marah kat apa ke nama tu, yg Liza Abdullah tu. Ku apa ke namanya tu kan. Last2 sikit je balasan dia. Takat kena penampa je ngan mak dia. Penat tunggu. Ni kang citer ni pun camtu gak la. Tamak harta bagai, lepas tu insaf. Saffiya (Wawa Zainal) ni maafkan je.

Tp yg tak bes bila dia buat citer tetiba Wawa Zainal ni da mula bertudung napak jambul. Bukan ke dia ni dibesarkan di satu kawasan yg penuh dgn 'keislaman'. Ayah ada buka rumah perlindungan anak yatim yg menerapkan nilai2 islam pada penghuninya. Suppose 'agama' kuat sket la kan. Takde la mudah terpengaruh. Lagipun dia duk kat umah je pun. Bukan keluar2. Tak sker style dia pakai shawl nampak jambul tu. 

So, mlm ni harus tgk lagi. Nak tgk apa nasib 3 beradik yatim piatu tu.

#update :
Kat FB TV3 announce kata takde BUnga BUnga Syurga malam ni. Arghh.. tension. Penat tggu seminggu tau.. nxt week baru ada.. arghh.... !!

16 April 2012

Sama Sama Cinta

kredit : jiwang.org
Landasan Cinta
Cerekarama 14 April 2012.


Atas Nama Cinta.
Akasia.

Senang kan. Alang2 dah gi Perth tu buat je la 2 citer skali. Hihi. Pelakon sama. Tpt sama. Abis citer.


# aku tak berapa tgk pun cerekarama tu sbb masa tu course. Lps abis course baru tgk, tp da mengantuk. Mmg tak tau la apa kisah citer Landasan Cinta tu. Yang aku tau ada lagu citer Awan Dania tu.
# Atas Nama Cinta tu pun tgk sesket je. Tatau ending dia cemna.

5 April 2012

Bawaku Pergi - Diharamkan?

Ah. Jgn ingat makanan je ada isu 'halal haram' ni. Lagu pun ada haram haram jugak. Hihihi. Hihihi.
Antara carian ter hit dlm blog ni adalah entry lagu Bawaku Pergi.
Mungkin ada kaitan dgn lagu yg diharamkan penyiarannya tu.
Bermula dgn diharamkan di RTM. Then skang diharamkan terus penyiaran.

KL, 30 MAC 2012: Komposer dan bekas ahli kumpulan Too Phat, Malique akui kesal selepas menerima surat daripada kerajaan yang mengarahkan supaya lagu ciptaannya Bawaku Pergi diberhentikan penyiarannya.

Malah, Malique merasakan dia dan dua penyanyi lagu tersebut, Zizan Raja Lawak dan Kaka (Nor Atiqa Noor Azraff) seperti telah ditindas kerana tidak diberi peluang untuk membela diri.

Bacaan selanjutnya - murai.com
Atau boleh baca sini gak - tupai.com

Memacam kan. Penulisnya kata dia buat lagu tu dari sudut pandangan husband dan wife yg salu sebuk dan jarang jumpa. Pendek kata cam weekend wife or PJJ la.

Tp tu lah, secara 'prima-facie' nyer org tgk lagu tu duk suh org lari rumah la kan.

Tp kan. Kita tgk balik la kan. Adakah kerana lagu itu remaja lari rumah??
Aku tak rasa bebudak yg lari, bebudak yg mengaku kena culik, main-main kena culik tu terpengaruh dgn lagu ni.

Just my 2posen punya pendapat lah.

Terpulang la. Aku tak kata aku sokong lagu tu, dan aku tak kata gak aku sokong lagu tu diharamkan. Ikut pikiran memasing lah. Tp kat youtube ada lagi kot kan.

11 March 2012

Lain Orang Lain Persepsinya

Oke, sblm mengarut lebih panjang, meh kita bercerita sket pasal drama Semadikan Aku. Cerekarama semalam. Lakonan Siti Saleha n Sein
Aku tak nak komen pasal lakonan derang tu. Oke lah. Takde apa perlu dipertikaikan. Lelebih lagi si "Nora Elena" tu kan. Not bad je lah dia berlakon.

Tapinya jalan citer tu. Adoiiii... dah sejam ni, bleh lak mimpi rupanya. Mula dah mimpi sekali. Oke la. Igt da betul la smpai kampung. Skali da smpai kampung, gi kutip cili, menangis nangis pas solat sbb bunyi hp tapi tak jumpa, skali plingggg..... mimpi. Boleh??? 
Patut la si Sein tu asik pakai baju belang. Hahahaha.

Entah la. Patut boleh buat lagi bes dan menyeramkan. Part dalam keta tu yg si "Saleha" (yg jadi antu tu, namanya Saleha la pulak..) tumpang keta derang laki bini tu seram la sikit. Sikit je lah. Tp byk tak logik lah.

Tp yg cam tajuk aku tulis tu - lain orang lain persepsinya. Skali tgk kat twit, TV3 retweet balik ada yg puji plak citer tu. Bagi 5 bintang. Aku macam... eh, ada gak yg sker yer. Tkpe. Pendapat masing-masing.


Serupa lah bila ada yg kata Adnan Sempit Menjengkelkan. Huppp..... berpikir seketika, adakah aku menghina bangsa aku sendiri bila aku ketawa melihat lakonan derang?? Haha. Tkpe lah. Pendapat memasing.



Just satu je aku nak tanya, ada ke citer kat Malaysia ni, yg tak menjengkelkan? Filem la kot. Kalo drama kang berkajang2 plak senarainya. Ombak Rindu tak menjengkelkan?? Kalo orang lain tak terasa apa-apa dan open minded bab berkemban atas katil tu, aku kata itu menjengkelkan sbb filem itu utk tontonan U - (pendapat memasing kan). Khurafat? KL Gengster? Hantu Bonceng? Hantu Dalam Botol Kicap (which tgk tajuk pun dah menjengkelkan).  Drama lain-lain yg tetiba ada adegan gesel2, laga2 hidung walo berlakon antara kekasih (drama Patah Seribu).


Tkpe la kalo dia rasa yg pegi tgk ni yg mentertawakan melayu sendiri, atas alasan hiburan. Aku mmg menganggap citer tu hiburan, tp langsung tak terpikir aku nak gelakkan bangsa aku sendiri. Tapi cemana dgn Raja Lawak, Maharaja Lawak segala tu??

Tak menjadi nanah, tak menjadi kudis pun citer tu dlm life aku ni. Tak memberi impak pun. Secubit pun takde. Bukan citer ni je, citer lelain pun sama. Tak penah la aku rasa, lps aku kuar pawagam aku akan rasa - oh, aku perlu jadi mcm sekian-sekian dlm citer tu. Hebat, bleh jadi ahli 'koperasi', ahli 'wooden tiger'. Sama je, baik citer omputih ke melayu ke cina ke apa pun lah. Aku tatau orang lain, tp kut ada filem yg tagline utk menyedarkan masyarakat, mengingatkan masyarakat bla bla bla ke hapa tu, mmg takde impak pun ke aku.  Aku nak tgk pasal aku nak tgk. Takde la sbb aku rasa, oh citer ni bleh menyedarkan aku. Haha. 

Tapi tu lah. Manusia punya pelbagai pendapat. Lps ni yg 'celik seni' pasti mengatakan Bunohan itu filem melayu ter best dan ter baik dan dikatakan pada yg 'buta seni' ni - itu lah, citer macam ni lah harus ditonton, bukan filem yang menjengkelkan yg dapat berjutaan ringgit dalam masa sehari dua.

So, tepuk dada tanya selera. Tapi kalo nak diberikan kesan dari tagline "filem kita wajah kita", mungkin kot aku terima pendapat, filem itu  menjengkelkan. (T_____T)
Tukar tagline bleh??? - Filem Kita, Hiburan Kita. Teeheeeee......

10 November 2011

Masterchef Malaysia - Chef Riz

Pehal lak ni...??
Aku tatau pun, tetiba masa aku google Masterchef Malaysia, tetiba kuar pasal ni.
Oh. Ada hal rupanya.
Chef Riz dikatakan overstating CV dlm profile dia kat Masterchef Malaysia-Astro nyer web kan.
Aku baca pun kat Malaysian Insider.
Antaranya :
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/masterchef-malaysia-cv-dipertikai-tapi-cef-riz-pertahan-profil-peribadi/
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/did-chef-wans-son-cook-up-his-cv-for-masterchef-malaysia/
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/profil-cef-riz-bukan-tanggungjawab-astro-kata-jurucakap/

Dan ini yang latest.
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/chef-riz-admits-overstating-cv-for-masterchef-malaysia/
yang tulis :
Chef Riz admits ‘overstating’ CV for MasterChef Malaysia.
Kat FB Masterchef pun ada derang tulis pasal ni gak.

Huhu. Memacam.
Bila da mula nak naik, memacam la kan.
Tp kat mana ke aku baca ada yg komen, 
kata bapak dia celeb bleh la dia glam camtu.

Aku mcm, eh apa kena mengena.
Mmg btul pun la sbb bapak dia celebrity dia jadi cpt glamer.

Itu rezeki dia kan.
Lagi pun dia pilih bidang ni. Dan sama ngan bapak dia. Sokay la kan.

Tkyah pertikai la bapak dia itu ini, dia pun itu ini. Itu rezeki dia, rezeki bahagian kita pun ada kan. 
Kadang tak cakap org, aku pun ada gak pertikai menda2 camni, tp cecepat la pujuk hati, toksah duk pikir la rezeki org. Buat pening kepala, tambah lagi org yg tak kenai sepatah haram pun kat kita. Lagi la toksah duk pikiaq kan.

Entah. Mls nak cakap lelebih. 
Ni pun salah satu promo gak ni. Tetiba seme duk memperkatakan perihal Chef Riz. Sian Chef Jo ter overshadow. Hihi.


9 October 2011

Layan Edisi Khas

Petang2 Ahad yg permai. Kami laki bini layan ini. Haha. Paling sker yg kat workshop tu. Ta ya..ta ya...ta ya pa yau. Padahal da tgk masa kat tibi tu. Tp sker part Johan cakap cina tu. "Saya bukan bos, saya bis" Hahaha. And yg chandi nih. Chandi kida. Hahahha. Johan ni mmg pak lawak lah.

18 September 2011

~Pasal Artis : Nikah Di Hari Malaysia~

Mengabdikan kenangan pada tarikh Hari Malaysia.
Selamat Pengantin Baru utk artis2 ini.
(motip aku nak wat entry retis nikah plak ni?? huhu. takde apa nak buat dah la ni. Maka mari lah tgk gambar nikah Azad & Eira serta Danny X-Factor. Huhu)

Azad & Eira yang bernikah di Putrajaya (mak pak Eira ni govt staff eh??)


Semoga berkekalan dan berbahagian hingga ke akhirnya. Kelaka tgk derang berlakon kat Prima tak lama retu (yg aku tatau ending dia pegi mana tah, tau2 abis camtu je - Anak Mami Mek Ani). Bacaan selanjutnya citer nikah mereka - metro online

Kredit : Metro.
Juga kepada Danny X Factor n pasangan (Lin ke apa namanya) yang bernikah di Kampar Perak.

kredit : rentakartis

kredit : rentakartis.com

*Musim retis kawen dan musim retis dapat anak juga :))

7 September 2011

~Wordless Wednesday :Cinta Elysa~

Kredit : Suhanpost
Kredit : Imageshack
Kredit : Porem cari
Kredit : here
kredit : Here


P/S : Sori la pada sesapa yg tak minat Fasha Sandha ni. Ai oke je. Hihi.
P/S/S : Suka tgk gmbr Fasha pakai skirt tu.  Kasut n skirt di matching dan girlie girlie gitu. Nak carik la gak. Hihi.

29 August 2011

~Gambar : Suri Cruise~

Tetiba nak carik gmbr Suri Cruise bila tgk kat blog JD
Da besar pun Suri ni. Dia lahir 18 April 2006, so da 5 thn lebih la umo dia pada thn 2011 nih.

Dulu kecik comey banget.
Da besar sket ni bukan je comey, tp da cantik.
Sok besar lagi sket terus jelita.
Eish. Harus bila peknen sok aku mau tgk gmbr budak ini saja. Hihi
(ewahh..tetiba bangan nak anak cam mat saleh plak yer).

Masa dia kecik mmg salu je tgk gmbr dia.

Masa ni sejibik cam pak ea.

Masa baby pun da pandai posing.

Sweet giler gamba ni. 
Nati nak wat photoshoot camni lah. 
*Tetiba*

Ni da besar sket. Comey jugak.

Gambar yg ni mmg glamer. 
Sbb dia pakai heels kan.

Another gambar yg manisss...

Gaya pandang pun da macam model dah ni.



The latest one

Dan ada banyak lagi gambar. Just google. Dan seme gambar ini adalah ihsan incik Google dot com.
Bleh dpt gmbr best jugak kat sini
http://www.zimbio.com/Suri+Cruise/pictures/pro
dan sini
http://suricruisephotos.blogspot.com/2010/11/suri-cruies-first-photos-published-in.html

21 May 2011

~Pasal Gelas Pink Dan Salih Yaakob~

Semakin lama, semakin tak bersemangat plak aku nak meng go blog nih. Mencikkk. Tkpe. Kalo takde kat sini, makna aku ada kat 'sebelah' la tu.
Ari ni seb bek ada citer utk di buat entry walo aku tetap rasa mcm eh itu pun nak citer ker. Entah ek. Aku rasa mcm skang ni byk menda yg tak patut aku buat citer da jadi citer. Mcm seme nak citer smpai aku sendiri rasa OMG! OMG!
Tkpe. Tkpe. Mebi sekejap je kot perasaan ni. Lagipun aku da ter stuck kat porem cari tu. Tgh duk sedap baca pasal tpt aku nak travel tu nati. Rasa mcm semangat giler walo nak peginya 5 bulan lagi noksss. Gilos.
Oke. Citer utk ari ni.
Aku nak beli can glass coca-cola McD ni. This week kan pink karer. Selain purple aku juga peminat fink, jadi harus la beli.
Pink Karer- Imej Google-

Siang tak dpt beli. Sbb gi KLCC. Org ramai giler. Eh. Nati citer pasal KLCC ni gak. Nyampah tau. Rasa nak pangkah je masuk KLCC tu dah.
Jadi mlm, pas maghrib baru kuar gi Ampang Park beli. Reason mls nak gi drive thru sbb kalo drive thru sure la ayam la abis, beger mc ciken takde, tah pehapa la. Kata 24jam tapi segala bala takde apa kes. Ewah. Marah la plak.
Ok. Maka berpergian la kami ke Ampang Park. Masuk je pintu napak abg jem uolss.. (hahaha. poyo).

Igt nak la gak tgk dgn sapa la dia dtg. Tp tak sempat. Sbb org tak ramai. Maka kami terus kena order. Haih.
Tp aku berselisih la dgn pompuan yg dtg skali ngan dia. Tp tak berapa cam. Adakah gadis yg dikatakan akan mengambil tempat untuk nombor empat? Tak pasti.

Jadi, abis seme kiterang ke Guardian lak. Smbil2 tu sembang2 la ngan my dear
"Eh. Itu la kut dia budak pompuan tu. Kecik tul. Kecik dari saya" Mmg org tu kecik. Aku perasan sbb dia lalu sebelah aku dlm McD tu.
"Tentah anak dia tak?" aku sambung.
Secara kebetulan ada 2 org pompuan jalan sebelah kiterang. Seolah memberi jawapan pada persoalan aku.
"Eh. Itu anak dia la" separuh menjerit okeh pompuan tu cakap. Aku mmg pikir yg derang tu merujuk kpd Abg Jem la. Mungkin derang pun berselisih. Mungkin kawan dia kata itu lah pompuan yg nak kawen dgn dia tu kut.

Entah. Aku pun tak pasti sbb tak berapa nak tgk sgt muka pompuan tu. Rasa mcm dia ni.
Kredit : Here
Tapi kalo si Emi ni, mmg la dia comel je. Buleh katakan kecik je dari aku. Kecik?? Umm..kurus la dari aku. Tp tatau la kut anak dia ke kan. Ceh! nak bergosip. Tp tak pandai. Hahahhah

Paling tak buleh blah masa dlm keta nak balik
"Apsal awak taknak amik gmbr dgn dia? buleh masuk blog" 
Tau je lah kan sapa cakap tu. Choiii....!

8 May 2011

~Pasal Kak Limah Tak Abis Lagi~

Seme buat posting Hari Ibu. Tetiba aku buat posting Kak Limah. Haha.
Aku da buat posting Hari Ibu. Smlm lagik.
Tp kat blog satu lagi. Sbb blog tu lagi seswai kut.
Apa pun I Love You Mak n Mak. Ada 2 kan. So, ucap utk dedua.

Ni ha. Tatau nak respon apa bila baca artikel ni pepagi tadi lps breakfast.
Hahaha.
Kalo sapa tak beli or baca Mingguan ari Ahad ni buleh baca kat link ini - trauma legasi kak limah

Aku qoute sket eh.
Bagaimanapun, jiwa bekas tentera British dari tahun 1949 hingga 1952 kini kemudiannya berkocak geram. Semuanya berlaku selepas salah seorang cucunya memasang cakera padat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, minggu lalu. Filem arahan Mamat Khalid itu dianggap telah mempersendakan ibunya.

‘‘Saya tak boleh nak terima bila Kak Limah dijadikan bahan ejekan. Kak Limah sebenar tak macam itu. Dia manusia dihormati di Kampung Sayong Lembah. Bukan jadi hantu dalam filem itu,’’ katanya yang punya ingatan kuat dan jelas pertuturan walaupun menghidap strok sejak tiga tahun lalu.

Err.. apa sorang je Kak Limah dlm Mesia ni? Peliks. Dan aku rasa tak seme org tau lokasi filem tu kat Sayong. Aku rasa org Perak pun tak tentu tau lagi. Setakat lokasi kat kedai Pak Jabit tu kan. Hihi.

Dan dia nak saman pembikin filem sbb memalukan katanya.
Pada Noriah, Ismail menyampaikan hajatnya mahu melantik peguam untuk bertindak tegas isu berkenaan. Dia mahu menyaman malu pembikin filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Hadoi la. Tp kalo baca kat paper ada skali tulis blog Mamat Khalid yg citer pasal ni.  Dan Mamat Khalid kata dia pun tak kenal org Sayong tu. Ni link dia - asal cerita hantu kak limah.

So, apa kata mengkeme pasal saman menyaman ni?
Aku ada je pendapat tersendiri. Sbb satu ketika dulu aku pun penah terlibat utk uruskan menda camni kat opis. Tp sbb bos da kata tak bleh ckp pasal organisasi maka tak buleh citer pasal apa. Cuma leh tulis hint kut. Dia mcm ada org dtg utk claim sesuatu adalah hakcipta/hakmilik dia. Ha. Gitew.

Jadi lepaih ni kena tuko. Kita Bako...kita bako.. kena jadi kita saman...kita saman... tehehehe. (errr... org tu kata word 'kita bako' tu pun cam menghina. Kang dgn aku aku skali kena saman) 
Tolong... tok..jgn saman tok.. awok pun org Kuale juge. Org Enggor tok. 

Oh. Adik2 unit aku yg retu amik gmbr mcm kak limah peluk kaki tu pun bebaik yer. Kang mengkeme pun kena saman. Hahahaha.

4 April 2011

~Pasal Bintang Paling Popular 2010~

Hahaha. Berderet-deret update pasal kemenangan Shaheizy Sam di News Feed. Suma suka napaknya. Aku pun suka jugak. Ada gak yg sokong Faizal Tahir sbg Bintang Paling Popular. Tp kalo beliau menang, aku agak 'kureng' sket la. Aku mmg tak berapa gemo beliau tu. Maafkan saiye ye wahai FT fan's.

Thn ni agak bes. Pengacara bes. Dan gimik nak umumkan pemenang tu sgt sgt la menjadi. Abis gamat dewan dgn kehadiran Usop Wilcha n Abi. Sakit2 prot oh ketawa dgn gelagat derang.
"sapa nak awok ngumumkan nama pemenang, sila angkat tangan mcm saiya..."
Abis satu dewan buat camtu. Mmg klaka lah. Hahahahahha.

Aku rasa kalo ada anugerah pilem paling popular haruslah pilem antu kak limah jadi pilihan. Lps ni Berita Harian mungkin boleh ujudkan anugerah filem paling popular lah. Yg diundi peminat la. Tak semestinya dpt kutipan paling tinggi kan.

Oke dah. Takyah susah2 carik gmbr. Esuk pasti berderet entry pasal ni.

21 March 2011

~Pasal Bertemu Dania dan Benjy~

Date : 19 Mac 2011
Venue : TGV Wangsa Walk
Event : Sesi Bertemu Peminat Awan Dania
Artis : Dania (Scha) and Benjy (Jehan)

Malas nak tulis panjang lebo. Layan gambau je yer.
Memula dpt mini poster ini. Ingatkan meke je ni yg dtg.

Seterusnya makan popcorn la smbil tunggu artis tu. Dpt popcorn n air coke

Pengacara of d day - Dollah Cantik. Cantik kewww?? Teheheheh

Bila Dania n Benjy dtg derang bagi tengok di Balik Tabir Awan Dania dulu.


Lepas tu sessi soal jawab dgn peminat. Aku tak tanya pun. 
Dengar je. Pehtu ada sesi kuiz plak.

Lps tu baru sesi sain otograph and amik gambau.

 Oh.Benjy..

Oh. Dania. Aku je sengih terlebih kan. Haha

Maka ini lah hasilnya.

Dpt gudie bag dari Clinique juga

Lps kuar dari TGV terus pegi rest. Ayam Penyet.
Dah lapar. Tak lunch. Makan Ayam Penyet serta Udang Penyet.

Utk Scha n Jehan, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami; peminat2 Awan Dania. Kpd Astro, terima kasih bagi tiket utk sesi bertemu peminat ini, dapat gudie bag Clinique lagi dan popcorn. Eh. Apsal eh..popcorn TGV Wangsa Walk ni sedap lah.Hihi (ayat dlm Awan Dania)

p/s : Gmbr sungguh la tak memuaskan. Sbb tu la aku gedik gedik nak camera baru. Uhuksss.

18 March 2011

~Pasal Juara Raja Lawak~

Update pantas dan pendek saja.
Nak gitau aku puas hati dgn kemenangan Man untuk Raja Lawak Musim Ke5 ini.
Dpt standing ovation dari suma juri masa dia buat task Lawak Muzikal.

Walo aku lebih sker R2, tp aku gembira jugak sbb derang dpt naib johan.
Lawak org giler tu bes, tp Lawak Muzikal tu da agak kureng.

Balas???
Pun aku gembira. Sbb mereka dpt no. 3. Yeaihhh.... Mujur....mujurrrr....

Tak perlu letak gmbr, tak perlu link bagai sbb esuk2 sure ramai je update pasal ni beserta gmbr.

Lps ni boleh layan Maharaja Lawak plak. Eh. Lupa. Aku takde langgan Astro Warna.

17 March 2011

~Pasal Tiket Ke Awan Dania~

Toing! toing! toing! (effect seronok melompat lompat).
Hahaha. Smlm petang, tgk kat FB, ada status bes dari page Awan Dania.


Aku pun gedik2 la emel laju laju. Tak kesah pun, dpt pegi, pegi la. Tak dpt pun takpe la kan.

Sekali ptg ni dpt lak balasan emel.

Toing! toing! toing!. Seronok la kan. Dpt tiket pree lagik. Yg ni tatau la amenda ni. Sessi Awan Dania bersama Peminat je kan. 

Ai oke je. Lagi pun ai takde buat apa kan ari Sabtu ni. Nak gi tgk belon panas mmg takde dlm plan sbb da rasa serik thn lps. Tgk gegambar kengkawan je la nati.

Ummm...siapa la yg ada agaknya ya.. dpt jumpa Benjy ngan Akmal pun cukup. Ada abg2 Dania pun da oke gak. Ai mmg la peminat citer ni dari season 1 lagi. Takde rezeki nak menang kuiz dia retu, dpt pegi sessi ni pun jadi lah... huhuhu

16 March 2011

~Pasal Konsert Pak Nil~

Konsert Pak Nil??? Yg bertarikh 12 Mac retu.
Naper aku lmbt upload. Adakah tak best?? Salu benda yg bes kan laju je aku apdet ceritanya. Huhu. Bkn tak bes. Best. Tp terselit gak tak best nya.
Eh..amenda ko ckp ni?? Mereng?? Huhu.

Oke la. Aku mmg tk byk snap gmbr.
Ada takde ini je yg aku da p/scape kan.

Aku dtg da agak lewat la. Mungkin sapa masuk awal tu dpt la duk dpn dan buleh la napak Aznil sejibik sejibik. Memula igt nak solat maghrib dulu, tp sbb ujan dan nak carik paking, kiterang gi dlm kul 7 and carik tpt solat kat sana. Sbb paking pun dpn stadium so, igt nak solat kat dlm stadium tu je lah. Tp nyer tpt tu mcm gelap la plak.

Smpai tpt konsert tgk da ramai org masuk. Keadaan da mula tak terkawal. Memula dia  (organizer la rasanya) bagi org duduk satu tpt tu, then dia suruh pindah sapa tak muat. Agaknya org igt suruh pindah, suma ke satu lagi tpt sebelah tpt VIP. Kiterang masa tu baru masuk da terpinga-pinga. Cuba gak nak bolos tp dia da tutup gate. Then aku tunjuk je complimentary ticket aku, dia bagi masuk. Motip la kan. Bukan leh duduk seat VIP pun (VIP la sgt, just kusi pastik dibalut ngan kain tu je).

So, da penuh dah dpn, duk kat blakang je la. Kusi pun basah sbb sblm tu ujan. Ko rasa bleh napak apa je kalo duk kat blakang. Sbb tu napak belon je penuh. Belon Upin Ipin, belon moto, belon Tweety. Syok kan...mcm gi pesta belon lak..cuma tak panas je. Hahah. Tgk pun kat skrin. Nak tgk Aznil kena la mendongak sket.

Sebelum mula konsert mmg mcm haru biru la sket. Patut seat VIP tu buh la stand VIP. Pastu seat biasa, tulis la biasa. Aku tgk penganjur mmg mcm haru biru time tu. Ngan org duk pertikai tpt duduk dia. Huhu. Konsert start jam 8.45pm (walo kat tiket da tulis kul 8). Ate, kul 8 baru nak test lampu, nak test test 1,2,3 kan.

So, da start tu oke la. Di mulakan dgn lagu Hore Hore Hip Hip Hore... lps tu lagu Bapaku Pulang Dari Kota. Kira tu warming up utk kanak2 la. Pak Nil panggil bebudak naik atas pentas. Ada sorang budak tu pandai tul dia nari lagu I want nobody nobody but u. Tgk muka cam nerd je, skali menari..bersorak suma. Huhu.

Then masuk la zaman rock2 ni. Dipanggil sorang caller ERA yg menang. Duet lagu rock. Lagu Bapaku Pulang Dari Kota tu la. (zatul, ini eh, kazen hubby ko?). Dpt i-phone rasanya dia.
Mmg byk adiah yg Pak Nil bagi pada yg bertuah. Ada dpt barangan Habib Jewels RM50,000.00. Humang ai..giler bes. Dia just nari je. Lagu kerana percayakan siti. Takpe la..rezeki beliau kan.
Ada gak dpt pakej umrah. Akak tu nari lagu Daud Kilau yg 1 ringgit...2 ringgit...
Lps tu adiah paling bes dpt lucky draw. Keta MyVi laaa... aku tau dah..menda lucky2, cabut2, ni mmg aku tak lucky nyer. Alangkan lucky draw kecik2 nak menang FM pun nan hado..apatah lagi keta sebijik kan. Mmg nan hado. Aku penah menang LD ni skali je. Masa jadi cikgu GSTT tu je. Dpt set comforter. Aku rasa itu je la kut sekali seumo idup aku. Lps tu takde, baik grand atau conso. Eh... motip nak citer pasal aku tak dpt LD ni pasal??? Cam tak puas ati je ngan nasib.. eh...takde la..tak baek lah.

Oke sambung. Then Pak Nil bawak geng hero malaya dia. Bagi bantuan pada sorang kanak2 yg sakit jantung.

Oh.. Pak Nil jugak bawak baby Riz. Anak dia katanya. Comey sgt. Main bonggo lagu "Bu Pak". Budak tu yg ckp bila Aznil tnya nak main lagu apa. Lagu ibu ibu bapak bapak la maksudnya.
Ni video dia.


Artis jemputan ada Lan, ada Ana Raffali, ada Zahid. Eh. Mawi pun ada. Tp dia tak nyanyi la. 
Di akhir konsert Pak Nil bawak naik suma famili besar dia.

So, da abis aku dpt la tgkp gmbr kat pentas. 


Kesian kan?? Jadi la dari takde. Hahahaha. Igt nak gak tunggu kut2 kuar suma Hero Malaya, artis suma tu, tp igt my dear nak tunggu.... mmg idak la kan. Dah la masa tu da dkt kul 12. Dgn lapar semua, esuk nya plak nak drive balik kg pepagi. 

Balik trus singgah drive thru McD beli Big Mac utk my dear n Double Cheese Burger utk aku. Hahah..ber dabel dabel di tgh malam kan. Layan.....

Aku tulis ni pun kejap Pak Nil, kejap Aznil. Kira buleh la kan. Insan yg sama jugak. Kalo ikut kan kira berjaya la Aznil bikin konsert ni sbb dia dpt menambat hati suma golongan. Dari kanak2 smpai la makcik2. Adiah pun lumayan belaka. Cuma tu la..penganjur mungkin tak boleh agak dia nyer sambutan menggalakkan. So, awal2 tu ada kelam kabut sket. Harap next time tidak berlaku lagi begitu yer. Atau mungkin boleh buat di stadium terus. Lagi senang. Stadium Putra Bkt Jalil ke, kusi pun tak basah. Hihi.

Owh. Terima kasih pada Nuffnang yer sbb bagi sekeping tiket konsert ni. Next time ai cuba naseb lagi yer :D

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign