Pages

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

28 January 2016

Cliche Belaka

Tetiba cliche'

Haha.
Entah lah. Menyampah btul tgk drama skrg ni.
Samaaaaa je lebih kuranggg.
Kau dah kenapa?


First thing first, drama sekarang ni, mesti nak ada suami isteri dah kawen - pastu wajibbbb ada sorang perempuan gedik gedik ganggu suami.
Mesti lah. Esp kalau drama adaptasi novel.
Mengapakah begitu?
Aku tidak berminat betul buat watak perempuan terhegeh hegeh ni.
Macam merendahkan maruah perempuan je.
Orang dah tak hendak, lagi nak terhegeh2.
Wujud eh perempuan macam tu?

Okay tu satu.
Kalau dulu, asyik musim cerita kawen paksa. Memula tak suka, pastu last last suka jugak. Sekarang pun ada lah. Tapi tak byk dah.
Sekarang dia tukar jadi cerita suami isteri baru kawen - buat aksi sweet sweet.
Yang pasti, mesti nak ada adegan dalam bilik tidur dan atas katil.
Sampai aku macam dah confuse. Eh, td lain cadar dia. Kaler merah. Ni putih plak.
Rupanya tu cerita petang. Ni cerita malam.
Paling byk citer atas katil adalah citer setiap hari pukul 10mlm tu.
Carik lah channel mana satu. 
Tak caya tgk lah. Siang pun tido, malam apatah lagi kan. Atas katil tu bukan lah maksud dia buat bukan bukan pun, tapi nak tunjuk sweet tu mesti kat katil. Tak tahu pasal.

Pastu cliche lagi, mesti nak ada adegan isteri merajuk tak tentu pasal.
Citer petang tu - isteri dia nampak perempuan lain pegang lengan suami dia - dkt depan lif - pastu bleh lak "freeze" sekejap berpegang tu. 
Yang isteri terus lari lari masuk kereta, nangis sok sek sok sek.
Hek ele.
Kau pegi je lah confront. Tanya bebetul. Ni tidak, memendam rasa gitu.
Lepas sok sek nangis tu aku tak tahu apa jadi dah. Sbb terus tukar channel 114. Lagi bagus.
Meluat aih.
Mesti orang kata, dah tak suka, kenapa nak tgk, kenapa nak follow.
Nop! aku tak follow pun. Kadang part2 yg tu lah ter tgk pun.

No hurt feeling utk penggemar drama drama ni.
Aku bukan nak downgrade kan orang tgk drama ni.
Aku pun tgk jugak drama nih. Citer tak masuk akal dan tak logik cam Memori Cinta Suraya tu pun aku tgk juga. Pastu kat 114 pun ada citer  - Kemboja apa ntah tajuknya tu. Aku tgk juga.
Tapi, idak la cam kena tgk, harus tgk. Ada ada lah, tak dpt tgk, takpe (padahal ada gak rekod. Haha).
Tapi citer2 cliche macam sweet - merajuk - nangis - ada ex girlfriend lama gedik2 tu mmg tak kuasa lah.
Memang aku dah jarang tgk citer waktu maghrib tu. Buat masa ni mmg nak elakkan dari tgk. Pastu yg malam punya - tgk lompat lompat je. Kadang tukar channel lain.

Sekarang mmg citer drama semua adaptasi novel eh?
Hurm....

10 December 2015

Kau Aku Kita


Citer ni aku tgk "gitu gitu" je.
Takde la follow sgt.
Malam tadi tgk pun, tertidur. Tau tau eh, dah masuk citer lain dah.

Bukan kata tak best.
Tapi, kadang tgk si Janna Nick ter lebih lebih plak nak bawak tomboy tu.
Macam... eh, melampau lampau lak. "Kau arr...kau arr"
Duk ter kau kau. Aku perati je kalau dia sebut "kau" tu sure dia tekan kan.

Pastu cam awat lah melampau lampau nak tegur adik2 dia.
Macam episod semalam.
Pi tengking adik2 dia depan mertua dia.
Takyah lah " \ig-ˈza-jə-ˌrāt\" sgt.
Tak hormat orang ke apa. Dah la duk rumah mertua. Mertua lak ada kat belakang tu.
Terjerit2 cam kena sawan.
Takyah buat citer melampau sgt camtu boleh?
Meluat plak rasa.

Tapi ye lah.. dah nama drama skrg. Mmg cam tu lah.
Pulak yang jenis ikut novel ni.
Malas sgt. Asyik lah cerita novel.

Malam ni ending.
Ada masa tengok. Kalau ngantuk tido.
Takde kesah punya.


p/s : Masih follow MCS - mmg makin lama makin merapu. Tapi, sbb dah ter follow, tgk je lah. Lagipun pelakon pun best2 jugak. Esp pelakon lama lama. Yang baru tu put aside je lah.

17 November 2015

Dhia Sofea dan Memori Cinta Suraya

Hihi.
Ai..tetiba jadi peminat drama.
Ala.. mana yg rasa boleh tgk, ai tgk.
Mana yg macam tak kuasa mcm citer Mr Perfect ke apa ntah tu, tak kuasa lah. Dah la pelakon entah sapa sapa. Bagus pun masa maghrib citer tak best. 

Okay.
Memori Cinta Suraya.

Memula tgk citer macam tak best. Sbb masa kat Langkawi tu macam citer klise2 je.
Pastu follow macam eh, okay lah. Not bad.
Pelakon ramai.
Now ai record (tp being Astro yg giler tu. Ikut suka dia rekod camna pun. Kadang 8minit je dia rekod, 16minit. Eh. Suka dia je. Melampau Astro nih tau).
Ada 148 episod.
Now baru episod 60 lebih ke camtu lah.
Haha. Melampau banyak lagi.
Tapi, citer dia setiap hari Isnin - Jumaat. Sokay lah kan.
Cuma, petang kul 6 dia start. Tu yg cam kadang sampai rumah pun dah lewat.
Dapat tgk ujung2.
Bila record pulak ikut suka dia je.

Walau citer ni tak logik akal macam Watie Elite jadi mak Iqram Dinzly tapi, ah lantak lah.
Tapi, ke tu mak tiri. Entah. Tak tgk dari awal. So, ada macam blur gak lah.
Pastu yg si Zila Bakarin satu famili duk serumah ngan Ryan tu pun aku tak faham gak cemna depa leh duk skali. 
Takpe. Boleh la layan.

Dhia Sofea.

Ini pun sama. Ingat citer klise2, citer yg memula pompuan tak suka lelaki, pastu jatuh cinta. Citer pompuan gedik2, lemah2 gitu.
Tapi, tu ari tertengok kat hotel masa kursus kat Melaka tu.
Eh, layan plak.
Sbb citer dia macam laju. Takde macam nak tertunggu2.

Macam hari ni dia kena asid, sok tgk eh, dah elok muka dia.
Pastu macam masa Dhia kena kidnap tu pun, ingat dah bersambung dah. Rupanya tak.
Ailoike citer laju camni.
Pastu Amyra Rosli takde la cam watak2 sebelum ni yg ele ele lembik gitu.
Kali ni dia berani. Ailoike juga watak perempuan berani ni.
Takde rasa macam tertindas, lalu menangis mengenang nasib.
Dia cam citer penyiasatan plak sbb Dhia nak tahu sapa mak dia sebenar.
Okay lah. Tp citer ni pendek je. 15 episod je pun.
Dah nak abis dah ni.

Selamat menonton :)

13 August 2015

Edisi Drama : Syurga Nur


Sapa follow?
Me follow gak.
Best jugak kan.
MyDH pun follow. 
Kemain emosi bila Nur lari dari rumah keluarga angkat dia.
Dia kata anak angkat tak kenang budi betul. Kalau tidak, awak tu duk bawah jambatan la kalau keluarga tu tak ambik awak. Ni siap lari tutup phone, tutup emel apa seme.
Ewah. Emosi kau bang...
Tapi, betul la kan. Kot yer pun taknak kawen, pi la gitau mak dia. Taknak la lari terus. Tau2 dah balik Kelantan. Dedulu taknak lari balik Kelantan.
Cea.. dah citer camtu kan. Kita lak nak patut gitu, patut gini.

Apa pun ni cerita ni best.
Alhamdulillah (nada ketuk ketuk ramadhon okeyh).

Dah muak, dah jemu, dah bosan cerita "berasaskan" novel.
Berasaskan novel tu takpe lagi. Tapi, datang novel yang entah hapa hapa tu lagi la cam eww sangat. U know what i mean la kan. Not to mention novel and cerita apa la. Sendiri mahu ingat lah.
Lepas buat cerita bersiri, keluar pulak yg edisi raya.
Entah hapa hapa entah. 
Tapi, bebudak baru nak up nih. Yang form 1, form 2 tu, atau yg baru nak kenal dunia ni mmg suka sangat citer2 camtu. Anak buah aku mmg sker tgk citer camtu. Siap rakam tu sbb dia duk hostel. Balik weekend dia tgk. Risau tau sbb takut depa ni fikir mmg kalau dah kawen semua indah bagai yg depa kata sweet tahap diabetes tu. Yang kalau nak jatuh masa ambil barang dari almari pun ada yg tukang sambut dari belakang. Yang dukung masuk bilik. Yang menyondol2 macam hapa ja. Eh.. kelain halanya. Haha.

Pastu pulak jalan cerita standard ja. Memula kawen tak suka, pastu dah suka.. dah jatuh cinta.
Oh. Cerita yang tujuan kawen hanya nak eksperimen tu aku tak berapa faham konsep dia sbb dia dah banyak kali cakap pasal perkataan cerai. Even niat lelaki tu pun ada nak ceraikan isteri dia. So, cemana tu? Sbb kita tahu ending sure lah akan bersama hingga ke akhirnya. Ending sure tak jadi cerai. Ke ending dia mati antara salah satu waktu tu. Ai is donno sbb ai is tak kuasa nak beli apa tah lagi baca novel2 camtu. Novel sedia ada kat umah tu pun tak terbaca dah. Menyampah pulak bila ikatan perkahwinan yang dituntut dalam Islam tu dibuat eksperimen. Takyah la buat drama citer2 camni. Eh. Kang kata aku ortodoks sangat pulak kan. Ah lantak..nak tgk, tgk..taknak tgk, tutup ja tv.

Berbalik pada Syurga Nur.
Ye lah. Walau citer ni lain sket dari citer novel, tapi ada jugak la part2 yang macam takde la pun islamik nau kan. 
Tapi, sokay.
Lain sket. Jalan cerita berkembang. Takde tertumpu satu menda.
Watak Nur, walau pelakon baru, aku ada hati nak tgk. Tidak macam yang Hati Perempuan ke apa tu. Takde hati pun nak tgk sbb pelakon baru tu. Mmg ku tak tgk citer tu. Kuasa la haih. Gaduh -elok-gaduh -elok. 

Tak semua citer slot Akasia tu aku tgk.
Yang ni buleh la. Tu pun takde la melekat depan tv tu.
Tengok sesambil ja. 
Tapi kita tahu sure Nur kawen gak ngan boipren dia yang dah gi Mekah tu. Amboi..nak duk Mekah dua 3 bulan yer.. dapat lak visa ya.. visa umrah pun sebulan ja valid. Hihi...

Nur - pelakon baru - Janna Nick.


16 January 2015

Drama Cinta Ilahi

Setiap hari Jumaat. 9.00 - 10.00 malam.
Lepas tu terus tgk MLM pulak.

Huhu.

Okeh. Drama ni ai follow.
Macam best.
Adaptasi novel ke tidak, ai tak pasti.
Heharap tidak lah kan. Ai macam dah bosan lah asyik semua lah adaptasi dari novel.

Ala..citer ala cliche jugak lah.
Sorang mamat jatuh cinta pada perempuan yang tinggi budi bahasa, ada ilmu agama, anak ustaz.
Tapi sbb cerita ni keluar once a week, jadi, takde lah rasa bosan sgt walau macam kita tahu je lepas ni apa jadi, lepas ni jadi cemna. Macam nak tunggu jugak lah next episode nya.
Drama JS Picture. Takat ni baru 3 episod (ke 4 dah. Tak perasan).

Boleh la.
Boleh di follow.
Tajuk dan jalan cerita agak seiring.
Tidak la tetiba tajuk nampak islamik, istikarah  bagai, tapi entah mana istikarah pun tak tahu.

Mmg lambakan drama lah sekarang ni. TV3 pun terlampau byk drama melayu.
Sbb tu kalau ikutkan mmg nak unsubscribe je pakej Astro skrg ni, tp kalau potong HBO semua tu lagi lah sangap kot. Takkan nak tgk drama melayu je. 

Jadi, ikut kita lah nak tgk yang mana.
Yang pelakon pun, kalau orang kritik tu jangan lah sentap.
Ini sesket nak perli perli balik.

Menyampah pun ada.
Macam bagus2 je. Kalau macam tu perangai, mmg elok tak payah ambik berlakon lah (dan, terus aku unfollow IG - perangai haprak langsung).

8 January 2015

Drama Asam Pedas Untuk Dia

Satu lagi drama adaptasi novel.
Musim uols. Musim. Semua drama pun adaptasi.

Drama sekarang cliche sangat kan uols.
Semua pun kawen terpaksa. Memula benci - dah kawen - duduk bilik asing - pastu suka.
Ada lagi yang lebih tak bermoral. Dah kawen - tapi pergi kat lelaki lain - pastu terlanjur sbb takut kat kilat - tapi suami boleh cool terima lagi. Eh. Macam kenal je cerita apa. Haha.

Bosan tau. Yang slot akasia tu lagi lah samaaaa jee... tapi myDH suka nak tgk. Ai is tak suka. Mmg tak follow pun. Yang sekarang ni lagi lah. Suami ni suka kat isteri orang ni, bekas isteri nak kat bekas suami, suami orang tu suka isteri orang tu. Hey. Apa ke menda kau cuba sampai kan ni?

Okey. Asam Pedas Untuk Dia.
Cliche ke tak cliche kita tgk sesama ya
Novel ni ai ada. Kalau tak silap ai beli kat Popular. Lama dah. 
Jadi, ai dah baca la. Satu hari je zup zup zup ai habiskan.
Hiwhiwhiw.
Mmg best. Dan ai suka. Ai pernah review tak? Jap eh, nak tgk.
Oh. Pernah [link : Review novel asam pedas untuk dia]


Sepatut drama ni start tayang last week, tapi di tangguh ke minggu ini.
Memang rasa nak follow, but why TV3, why?
Why suka sangat ambil waktu maghrib tu.
Sama macam tayang slot Akasia ni. Start 7pm.

Tak tahu lah sejam ke setgh jam tayangannya.
Tayangannya setiap Sabtu dan Ahad jam 7pm.
Aku start tahu novel ni nak jadi drama bila aku tgk kat IG salah sorang pelakon dia.
Ingat kut masuk slot Akasia ke. Tup2  bukan Akasia, tp tetap tayangan waktu maghrib.

Pelakon idak la yang glamer dan grand.
Dayana Roza (aku panggil dia Yaya Selipar sbb ada drama yang dia sayang nau selipar dia tu). Pastu hero - Shukri Yahya. Siapa ni? Tak kenal.
Takpe lah. At least orang muda dan sesuai. Takde la tetiba Fahrin jadi menantu Amy Mastura kan. Atau tetiba Sharifah Shahora jadi wife Que Haidar. 

Boleh la follow kot. Start Sabtu ni.
Tapi weekend biasanya ada je aktiviti kan.
Dan minggu ni pun takde kat rumah.
Nasib baik buleh rekod. Harap tidak bengong lah mendalah PVR tu. Sbb kengkadang bila rekod dia suka jadi macam2. 


kredit : Here
kredit : Here
*kampung baru le jugek nih.. hihi.

30 September 2014

Keluarga Iskandar 2


Sekarang dah ada Keluarga Iskandar 2.
Uols tgk?
Aiols tengok.
Dan suka tengok.
Kadang yg ulang pun tengok juga.
Hihi.

Best sbb dia buat style cam amik video je kan.
Yg last week episod pertama utk season 2 nih.
Mak and abg Long pindah rumah. Pakwe si Acu yg ringan tulang tolong itu ini smpai abg Teh derang annoyed. Rajin nau. Yang kelakar si Kak Ngah ingat dia pregnant, rupanya tak. Buat UPT - dapat satu line - dia kata pregnant. Hahahahaha. Bengong je. Lps tu 8 bln malu taknak pergi rumah mak dia.

Pastu aku suka sbb adik beradik dia sama cam aku.
3 lelaki, 2 perempuan. Eh. Tapi rasanya ada lagi sorang adik beradik derang ni kat luar negara.

Sekarang dah episod 2.
Dia setiap hari Isnin - 10.30pm - Maya HD (Prima pun ada kot.. entah, tak tahu).

Semalam punya lawak.
Hahaha.
Semua terkejut Alan dah cerai.
Mak dia lagi la.. cerai! cerai! cerai!
Yang si Alan buleh buat selamba je.

Tak sabar tggu next week punya.

18 September 2014

Drama : Astana Cinta Aleesa


Sapa follow citer ni?
Hihi.

Ter tgk iklan, eh cam best je.
Pastu last week baru start tgk.
Urm. Boleh la.. boleh tgk la.

Jarang tgk citer TV9 ni sebenarnya.
Sbb macam terlupa.. dia start awal. 8.30mlm.
Time tu kadang myDH tgk berita.
Lps tu mmg jarang je nak tekan 119.

Don't know citer ni adaptasi novel ke apa. Sbb skrg kan asyik adaptasi novel ja.. pastu citer macam sama je lebih kurang. 
Bow-rink!






Oke lah jugak citer ni. Pelakon mostly yg 'freshie'. Muka2 baru. Lead harus lah Emma Maembong. Pastu ada Amyra Rosli (dak ni pun dah byk berlakon, selalu juga kuar tv esp lps putus tunang tu - eh, pehal pulak aku mengikuti gossip artis nih.. tak seswaiii. Haha).

Kisah nya si Aleesa ni kematian anak no. 2 dia. Baby lagi lah. Tersedak susu. Masa tu Aleesa tgh tido, tak sedar anak dia dah mati. So, dia macam salahkan diri dia lah. Cam gile lah lps tu. Datang pulak Leha (Amyra Rosli) ke rumah Aleesa ni, konon nak jaga Aleesa yg sakit. Padahal sebenar dia ada misi nak rampas suami Aleesa, Zariff (Nazim Othman). Leha, Aleesa ni mmg sekampung, satu sekolah. So, dari sekolah mmg Leha ni minat si Zarif, tp Zarif kawen dengan Aleesa. Kat ofis pun Zarif ni ada jugak orang dengki (well, malay drama kan mmg begitu. Tak sah agaknya kalau takde orang dengki).
Skrg episod berapa entah. 8 kot. Baru lagi. So, boleh follow lagi lah. Yg episod terdahulu tu, buleh la tgk online (aku pun missed episod awal2).

Oke la, dari takde apa nak ditonton memalam tu kan.
Setiap Selasa dan Rabu. 8.30 - 9.30mlm (pastu 9.30 sambung ngan 30 minit ustaz Don kat 114 lak. Huhu)


Sedikit sinopsis dari Metro :

Kisah drama ini bermula dengan Aleesa mengandung anak kedua selepas penantian enam tahun. Pada tahun sama, suaminya, Zhariff turut dinaikkan pangkat.

Sahabat baiknya, Zaleha turut menumpang gembira atas kebahagiaan Aleesa yang dianggapnya sempurna kerana mempunyai suami tampan, berkerjaya dan anak-anak.

Malangnya, kebahagiaan Aleesa hanya sementara selepas anak keduanya meninggal dunia. Lebih teruk, Zhariff menyalahkannya atas kematian anak mereka.

Keadaan rumah tangga pasangan itu bertambah rumit apabila Aleesa dituduh mengalami masalah tekanan jiwa menyebabkan Zhariff terpaksa membawanya berjumpa pakar psikatri.

Zhariff kemudian mengambil keputusan untuk membawa Zaleha tinggal di rumahnya untuk menjaga Aleesa.

Namun, tanpa disedari, Zaleha menyimpan niat untuk menghancurkan hidup Aleesa dengan meyakinkan Zhariff isterinya sememangnya sakit jiwa.

Sebenarnya Zaleha menyimpan perasaan terhadap Zhariff dan ingin menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Aleesa dilayan teruk oleh Zaleha apabila di belakang Zhariff.

Justeru, Aleesa merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan Zhariff terhadapnya.

Adakah perbuatan Zaleha akan terbongkar dan mampukah Aleesa mengembalikan kebahagiaan keluarganya seperti dulu? 

Untuk mengetahui kisah selanjutnya teruskan menonton Astana Cinta Aleesa pada setiap Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9.

2 September 2014

Drama Astro : Nostalgila



Uols dah tengok?
Drama masa hari raya tu hari. Kat Astro First. Kena beli maaa.....
Aiols je lah yg tengok selepas raya ni. Huhu.



Ingat nak beli kat Astro First lps tgk behind the scene dia. Sbb rasa cam best je nih. Pastu cam tak sempat je. Pastu apa lagi.. kita amik je la kat orang yg selalu meng-donlod citer nih. Huhuhu.

Best la wey.. klaka.
Walau cam rasa eley, citer cliche hari raya, asal hari raya mesti ada cerita orang tak dpt balik kampung, lepas tu tumpang sana, tumpang sini.
Tapi, ni walau mmg lebih kurang citer camtu gak, tapi best dan selamba.


Eh. Yang jadi Haq ni sapa eh?
Tak perasan citer apa dia pernah berlakon. Tp best.
Dan Cristina Suzanne dalam ni pun nampak comel. Sebelum ni aku kureng sker dak ni berlakon. Tp dalam citer ni napak best pulak.

Paling kelakar yg buat aku gelak sesangat adalah part derang kat BHP lepas tayar kereta kena curi tu.
Keluar Yasmin Yusoff, lps tu si Haq cakap "puan, tolong cakap 'Dang Wangi' "
Hahaha.
Yasmin Yusoff cakap sebijik sama macam style dalam LRT tu. Muahahaha. (eh, mmg guna suara dia ek dalam LRT tu. Hahaha)

Oke lah. Enjoy2 citer dia.
Selamba dan kelakar.
Punya la ramai pelakon dia.
Pulak tu pelakon yg best2 pulak tu.

Sapa tak tgk lagi, sila la tengok. Best kot.
Carik je kat memana, sure buleh tgk.

Jadi, kita bagi hashtag #puanstoberisuka

p/s : Ai is busy dengan waran jawatan yang baru sampai.

2 July 2014

Drama : Berlima Ramadan

Kat TV1.
Matik la takde orang layan TV1, aku sorang je layan kot. Kul 7-8mlm. 
Semua pun layan Kerna Terpaksa Aku Relakan.

Muahahaa.

Entah. Mmg ada tgk sesket yg citer KTAR tu.
Tak follow sgt, sbb well.. citer melayu kot. Ko terlepas tgk 2,3 episod pun kau buleh tahu apa terjadi pada episod sebelum tu. Pastu citer yg hurm.. cliche jugekkk.. ada orang dengki, ada berebut2 perempuan, ada orang kaya2. Gitu lah seadanya. Citer me-layu.

Jadi, 
sempena bulan puasa ni marilah kita tukar channel sementara menikmati juadah berbuka.

Boleh laaaa...........
Cliche pun, cliche jugek.

Ada kisah dengki2 seme tu.
Tapi, oke jugak kot. Sbb ada diselitkan unsur islamik sket. 
Pastu pelakon pun macam setgh pelakon adalah pelakon dalam KTAR.
Cuma tukar2. Kalau dalam KTAR orang tu jadi baik, dlm citer ni jadi jahat. Dah la waktu tayangan sama. Haha.

Memula kan, aku igt citer ni adaptasi dari kisah lima beradik yang mak bapak derang meninggal eksiden bulan 5 tu hari kan. Tapi, takkan cepat sgt la pulak derang drama kan. 
Tapi, bila google - oh, akhir tahun lepas lagi dah derang dah mula shooting. Kebetulan la pulak kan.

Yang jadi Hannan (anak sulung) tu aku tak tahu dia pernah belakon citer apa. Tapi, mmg muka sedih je. Muka jenis redup2 je. 
Best gak la. Citer pasal 5 beradik yang jadi yatim piatu lps mak ayah mereka meninggal eksiden. Mak lima beradik ni anak orang kaya sebenarnya. Tapi cam nenek mereka pulak tak suka (aku tertinggal episod 1 - jadi tak tahu kenapa nenek nampak benci dgn mak 5 beradik ni. Kahwin lari kot. Huhu).
Lps tu mula episod sedih sbb duit kwsp, duit insuran ayah (mak jual kuih je) tak letak atas nama lima beradik ni. Letak atas nama adik beradik ayah. Yang adik ayah (pakcik) derang pun jahat.
Dan baru takat tu lah. Baru episod 4 (dia start hari Sabtu ke Ahad tu hari)

Boleh la layan. Kan? Sambil nunggu2 nak masuk waktu tu.
Tapi, sebelum nak azan tu - humang ai, iklan kemain banyak. Kain pelikat mangga lah, jakel lah, dengan produk nour ain pun ada iklan time tu. Haih!

Cuma, satu je aku harapkan.
Oleh kerana citer kat TV1, aku harap sgt la TV1 tak tukar atau ubah ke apa ke sewenang-wenangnya tayangan  citer ni.
Banyak kali dah jadi tau.

Kita ni dah syok2 la follow, lps tu dah nak ending, elok dia tukar waktu siaran. Tu mmg aku pernah kena skali. Masa tu TV1 masih ada tayang citer Indon kul 7 kalau tak silap aku. Bengong. Dia gi tukar kul petang - waktu kerja. Best kan. Hampeh sungguh.

Tu lah RTM. Byk lagi yg camni. Orang dah biasa waktu tayangan masa tu dia tukar. Cemna nak ada follower? Atau mmg derang ni nak jadikan stesen tv RTM ni utk orang tgk sambil2 ? Macam kat spital ke, atau tempat2 menunggu?
Kenapa tak ikut tv swasta esp TV3 - yang bertahun2 tak tukar waktu tayangan. Cam Melodi - rasa mmg tak pernah tukar time tu. Mmg sedari dulu 12.30 kan. 
Pastu ada citer apa ntah, bulan puasa gak - tayangan masa waktu sahur. Tup2 hilang begitu sahaja. Ending tak tahu apa. Tapi, tu takpe gak la kan. Mungkin tak ramai pun viewers maka derang andaikan, ah lantak lah. 

Tapi, yang ni, aku harap tidak la berlaku sebegitu.

Mana lah tahu, sok, dah dkt nak raya, citer ni tak habis lagi, jadi derang nak masuk slot citer hari raya lah apa la, dan terus hilang entah kemana citer nih.
Aku pun tak berapa nak trust jugak nih.

Tapi, kita cuba. If 'hilang' jugak, kita emel terus KKM. Boleh RTM??

p/s : Nak tgk, buleh gak tgk online kat sini - MYKLIK

Update :
Tahu dah watak yg jadi Along tu - Nazeera Sardi namanya. Bila tgk blog dia baru tahu byk jugak drama dah berlakon. Tp mmg watak2 yg baik je. 

1 February 2014

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta #2

Minggu ini drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) makin menarik.
Jebat pun dah nikah ngan Mastura.
Tapi nikah gantung. Atok Mastura suruh nikah tapi lepas 2 bulan baru kenduri.

Dan Mastura pun biasa la. Datang la gedik dia kan.
Tapi, intim betul derang yg adegan lepas nikah tu kan.
Yang dalam bilik Mastura tu.
Takut ai nengoknya.
Siap peluk ketat2..
Awwww....
sharnaz, jebat, mastura, drama bukan kerana aku tak cinta
Ni yang aku capture la kan.
Kalau tgk #bukankeranaakutakcinta kat instagram lagi byk yg orang buat screencap.
Mmg adegan tu ramai yg suka kot. Ke ramai menyampah?
Tapi oke la gedik dia. Takde la gedik yg menyampah tu. Gedik manja.
Pandai gak la Nelydia bawak watak tu. Aku takde masalah. Suka je. Hihi.

Mmg klaka pun part dlm bilik tu.
Seme tora ding dang masuk. Haha.

Next week punya pun bes.
Jebat teman Mastura gi dinner. Pastu nati dia jumpa kawan lama dia masa dia jahat dulu.
Ah. Panjang lagi ni wes... memacam onak ranjau duri derang kena tempuhi.
Apatah lagi bila Mastura tahu Jebat ada tatoo tu.

Nampaknya ramai dah terJEBAT nih. Hihi.
Dan ramai terus beli novel dia sbb dah tak sabar nak tunggu ending.
Haha.

Sebbek ai dah lama abiskan novel tu. Ngehehehe.

*Ariana Rose a.k.a Wedding Breaker pun tak berusik lagi novelnya. Aku tak berapa nak suka plak citer tu. Semua la pulak suka gile ke Ariana tu. Haih. Cliche..cliche..

23 January 2014

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Ah. Tgh sebok nih. Tgh wat final semakan candidates untuk interview next week and next month. But, nak gak borak2 jap.
Pasal drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Being me yg tak suka cerita pompuan yang lemah asik menangis - gaduh lepas tu baik pastu gaduh balik - hero hensem nak mampus - kawen kerana terpaksa lepas tu jatuh cinta. Drama ni mmg kategori favourite aku lah. But... no.. itu tidak bermaksud aku suka plak perempuan yg gedik2 macam perigi cari timba.

Bila nonton drama ni aku jadi suka plak kat Sharnaz. Heeheeeheeeheee *gelak slow jeeeee*

Patut la Shila Amzah jadi tak tentu hala masa clash tu ari kan.
Aku rasa cam Sharnaz ni mmg bawak watak dia sendiri lah jadi Jebat tu. 
Dan Nelydia pun not bad (aku tak follow sgt drama Setia Hujung Nyawa).


Sweet lah semalam punya episod. Bestttt.. tak sabar nak tggu next week.
Oh. Bukan aku je hardcore fan drama ni. MyDH pun samo.. kihkihkih.

Yang episod sebelum tu pun bes. Yg kat spital tu, bila Mastura kata Jebat hensem. Pastu Jebat kata 'aku pun tak tahu la kejadah mana hensem tu' Hi.. ailoike tau.
Pastu semalam sweet masa dia bawakkan sup ubat utk Mastura. Sup oink, oink. Pastu napak derang cam nak gelak. Hahahaha.
Pastu yang masa dia nak ajak Mastura kawen tu.

Hoi! 
Aku suka lah pendek kata. Hahaha. Giler.


Tak mengapa. Mari kita tgk gegambar dari instagram Sharnaz. Mereka berlakon ni mmg agak intim. Patut la Qi jeles tu hari kan. Hihi.

sharnaz ahmad, jebat




Haih. Panjang lagi citer ni. Kalau ikut novel, belum half pun dari novel.
Memacam la onak ranjau duri yang mereka akan tempuhi walau dapat kawen.
Kalau tak sabar, sila la beli novel. Hihi.

Oraits. Tu je lah.

9 December 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta : Novel Ke Drama

Masa beli novel nih aku tak tahu pun novel ni akan jadi drama.
Aku beli masa Pesta Buku bulan April lepas. Utk jadikan bahan bacaan masa aku MC 1 month tu.
drama bukan kerana aku tak cinta
Oleh kerana aku dah baca novel ni. Dan aku puas ati dengan novel nih (sbb lain sket dari yg lain - tidak la asyik2 cliche saja - cerita orang kena kawen paksa - memula benci - lepas tu suka - malas nak layan citer camtu).

Pelakon pun aku tgk kena dengan watak2 dalam tu.

nelydia senrose, sharnaz

Kredit gambar : thr gegar
Oke la Sharnaz jadi watak gengster yang dah insaf tu - sesuai la kan (tup tup teringat kump Shiro dalam MLM yang buat spoof cerita Juvana tu kan - giler klaka oiii yg Shahrul tiru watak Lan Todak tu. Kalau nak kata utk MLM minggu tu, mmg aku suka Shiro. Hahaha)

Oraits, will b follow this drama - then nak record jugak sesiap sbb aku takut tertido je.

Oh ya, sedikit review dari aku berkenaan novel nih ada kat sini - review novel
Semalam tgk making of  dia Iqram kata mungkin ada kelainan la dengan novel. Ye lah, mmg la lain kan. Cam Teduhan Kasih tu pun tidak la sama sebijik. Tp oke la sbb citer ni mmg ada buat kita tertanya2. 

30 September 2013

Edisi Drama TV3 : Ummi

Satu cerita yg buat aku sedih...sebak..
Memang sedih pun kot.
Semalam dah tamat dah pun.
Satu cerita yang sarat dengan kasih sayang.
Satu yg boleh aku dapat dari cerita ni adalah - bila kita buat baik dengan orang, orang pun akan baik dan bantu kita. Itu lah Ummi yang digambarkan dalam drama ni. Ummi ni baik sangat. Tp, tak sempat tengok anak anak jagaan dia membesar. Mujur lah mereka membesar sebagai orang berguna (walau tetiba ending tu, Comel dgn skirt pendek dia. Amboi.. hihik).
Tak kesah la kalau ada yg tak logik dalam citer ni (contoh cam bebudak yg lari dari rumah kebajikan, tup2 terus smpai spital. Tatau lah kot spital sblh rumah kebajikan je kan. Tup2 jugak boleh melawat Ummi derang memalam tu. Mungkin lah nurse bagi jugak masuk sbb kesian kan).

kredit : Here

Bebudak tu pun seme pandai berlakon.
Sedih benar nengoknya. Tetambah Comel tu. Yang masa mak dia mati accident. Yg si Danish tu ada iras2 Syamsul Yusuf la pulak. Pandai berlakon jugak. Yg jadi Amir tu mmg biasa berlakon pun.

kredit : here

Bes.
Moga ada cerita camni lagi nati. Ini asik citer cliche saja. Citer yg memula benci..pastu sayang.. herghh.. novel sangatttt.... kihkihkih... (T___T)

2 July 2013

Episod Akhir Teduhan Kasih

Today.
Episod semalam sgt la menggeram kan.
Totally different dah dari dalam novel.
Dalam novel takde citer pasal PA Ehsan yg hutang along seme tu.
Dalam novel takde Ayu kena tangkap basah.
Dalam novel mak Rizal pun tak insaf kalo tak silap aku. Lupa dah.
Dalam novel Kaklong dia kena jugak. Laki dia kawen lain.

Memang la orang akan kata, kalo orang tu bawak watak jahat lps tu kita pun jadi benci, pelakon tu berjaya. Ye lah, tp takyah la buat melampau sangat nak suh orang geram.

Tup2 plak si Ehsan plak dah cam org bodo je apahal.
Ni ending sama ke tak cam novel?
Gila tak Ayu tu? Ke mati jugak. Cliche sgt la kalau mati. Sket2 nak abiskan watak - mati. mati. mati.


Eh. Emo. Haha.
Bengong.


Petang ni nyer episod da siap2 rekod.
Takut apa2 hal, balik lambat plak kan.

Smlm siap rekod utk myDH. Haha. Berkali2 dia pesan. Sbb ada hal kat ofis yg kena balik malam. Aku? Hihi. Tak sihat lagi. Tak buleh kuar malam (-_-")


Watak watak jahat yg bikin orang gereeemmm je.
Kredit : Google

p/s : NadMamaZakwan kata episod hari ni diawalkan jam 6pm. Hurm. Nampaknya mmg takde rezeki la nak tgk. Kalo rekod kat Astro tu mmg dia ikut schedule cerita, bukan buleh ikut masa kita. Jadi, tak dapat la tengok episod akhir ni. Sedihhh... Hoi! takyah n ak sedih sgt lah. Kalo tak tgk Tilawah Al-Quran tu takde plak nak sedih bagai kan. Takpe lah. Ada, ada.. takde kang, tgk je lah apa yg direkodkan kul 7 tu. Citer katon tu ke, citer planet kiara robot PSN-ONE tu ke. (-_-")

12 June 2013

Edisi Teduhan Kasih : "Iffa...Kita Nikah"


Ewah...uolss.. kalo kul 8 jer tgk berderet update kt FB pasal drama Teduhan Kasih ni yer....
Yg geram ngan kaklong Iffa. Yg geram dgn Ayu.
Hihi. Kisah org melayu. Begitulah. Tak boleh tgk orang senang. Tak boleh tgk orang lebih sket.
Apa ntah nak sakit hati. Padahal org tu bukan kacau idup kau pun kannnn....
Yg ko rasa sakit hati sgt tu mengapa?
Biasa la tu. Mmg macam tu kan selalu.

Yg tajuk kat atas tu episod Isnin lepas.
Ehsan ajak Iffa kawen.
Lps ni lagi bes bila derang g bulan madu. Hihihi.

Tp kalo dlm novel ni, lagi byk menda yg Iffa kena kan kaklong dia ngan Ayu.
Rasa macam padan la muka engkorang kan.

MyDH pun da tersangkut sama.
Minat nau dia tgk. Suruh dia baca novel ni tak ke mahu dia. Haha.
Bertuah sgt la kalo dia nak baca.

Tak rugi aku bli novel ni. Mmg novel ni pun bes. Drama pun meletup. 
Saya Sebenarnya Isteri Dia aku tak minat. Drama dia pun aku tk tgk.
Sbb masa aku pilih nk beli buku tu, aku tgk sinopsis cam cliche je.
Kawen paksa, last2 suka jugak. Hurmm....

So skrg, aku tgk tv, aku tanda kat mana dh bab tu dlm novel ni.
Panjang lg ni.
Dan aku nak tahu apakah ending sama dgn novel atau pun lain.
Sama2 kita nantikan.
Hahahahah.....

13 May 2013

Edisi Drama : Teduhan Kasih

Yeah. Akhirnya kuar gak citer ini.
Novel nya sudah ku baca. Klik utk review : Novel Teduhan Kasih

Saya suka citer ini. Jadi saya kena tonton lah. Hihi.
Cuma.. ala, kenapa tak Nabila yang jadi Iffa.

Oke, mari kita tgk press release by TV3


Petaling Jaya, 8 Mei 2013 – Menyusul selepas drama ‘Sedetik Cinta’ yang bakal melabuh tirai minggu hadapan, sebuah lagi drama akan menghiasi slot Akasia berjudul ‘Teduhan Kasih’ hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menerusi terbitan Primeworks Studios. Diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa, drama rantaian 28 episod ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Teduhan Kasih, bermula 15 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #TeduhanKasih untuk sebarang perbualan dan komen.

p/s : kan bagus kalau cerita camni selepas / sebelum waktu solat Maghrib.

28 March 2013

Edisi Bangkitnya Seorang Perempuan Dan Carlos

Huh!
Tetiba 'ter layan' pulak citer ni.

Entah kenapa. Tapi cam tertarik nak tgk.
Mmg tak tgk episod pertama, tp episod kedua dan seterusnya aku dah follow.
Sbb rasa cam... rasa nak tgk lah.

Walau pun ai is 'kureng' ngan Anzalna. Entah kenapa kureng pun aku tatau. Mmg dari awal dia berlakon rasa 'kureng' je. Bkn la kata dia tak pandai berlakon. Tp entah. Sbb dia salu berlakon cam gedik2 kut (Terus tingat dia dlm Adam dan Hawa ngan wambut pelesu beliau tu).
Tapi, tengok je lah. Mana tau, dari kureng tu kan jadi lebih plak kan. Haha.

Bagi aku best gak la citer ni. Byk watak. Byk konflik. Tapi mesti semua berkait lah.
Dari Anzalna yang lead sebagai Balqish, smpai la mak dia - Kak Shida, lakonan Haleeda, juga ex-bf yg dah rogol dia tapi kawen lain - Radzi lakonan Ryzal. Pastu ada Dynas yg konflik family dia - bisneswomen berjaya yg ada workshop tapi suami (lakonan Riezman) keja nya duk ngikis duit dia - sbb ada bini lain jugak. Faradhiya yg jadi bini Ryzal, pun ada konflik kat kampung, Eina Azman kawan Anzalna pun ada konflik sendiri. Bes la. Takde la cam bowww-ringg nak tgk kesah cinta cinta cinta leleh semata. Cuma yg tak berapa nak familiar is  Afiq Muiz. Who is he? Cewah. 
Oke, bule tgk kat sini sesket pasal dak Afiq Muiz nih. 
Student Aswara rupanya. Dan aku mmg tak kenal sbb aku tak tgk citer Mimpi Cinderella tu. Tu pun ada gossip ngan Eina Azman tu gak rupanya. Tak tahu lah aku. Eina Azman pun ada berlakon citer ni jugak.

Kali ni puas sket tgk citer camni sbb dia dah sejam. Kira cam takde la nak tggu lama sgt kan. TV3, sila kekalkan waktu siaran ni yer. Tak bes kalo setgh jam cam dulu. Kadang smpai ngantuk2 tunggu.


Satu lagi aku sker tgk is Karlos.


"Nama aku Karlos!"
Tau la sbb apa kan. Tp aku dah tak berapa suka ngan dak Johan Asari ni semenjak dia dah glamer sgt nih. Dulu oke, time Botak tu kan. 
Ala ala citer Juvana jugak citer ni. Tp kali ni dia jadi baik lak. Pastu yg jadi Adib tu (Jay Iswazir) plak jadi jahat. Aku tatau siapa ini orang. Tp myDH kata orang Pilih Kasih. Ye ke? Entah. Aku tak kenal. Tp kesian kadang2 nengoknya. Berusaha gigih nak napak sangat jahat smpai kengkadang cam zombie pun ada mukanya. Hihi. Apa pun, oke la.. jadi budak jahat yg keja nya nak meliwat orang ja. (T____T)


So, itu je lah. Drama2 di layan tatkala ini. Lain - Bowww.... ringgggg.....!!

25 September 2012

Edisi Demam Adam Dan Hawa

Kredit : Astro
Orang lain dah tgk berbelas belas episod aku. Aku baru hegeh2 nak tengok.
Aku mmg camni. Orang ramai suka tgk tu lah aku cam malas nak tgk.
Cam NurKasih, Nora Elina ke apa seme tu. Selamba je aku cam ah, lantak lah.
Lagipun masa dia start - 27 Ogos kan?, aku manade Beyond.

Bebudak ofis siap donlod segala.
Aku?
Mmg tak la. Aku mmg tak sker nak tgk skrin kecik2 ni. Eh, bukan kata amboi, belagak nak mampos lak kau ni tak suka tgk skrin kecik. Bukan..... aku tak selesa nak tgk movie ke drama ke dlm PC apatah lagi lappy. Tak puas sebenarnya. Sbb tu kalo dak Zaim donlod movie, pastu aku save dlm pen-drive ke dia burnt CD ke, mmg aku tak tgk semula. Cam citer Smurf. Ada je dlm thumbdrive. Tak tgk langsung pun.


Novel dia, rasa cam dah baca. Ntah. Tak ingat.
Nk tgk pun dah tgh2. Nak donlod, tgk dari awal, mmg tak kuasa lah kan.
Jadi, bila umah da pasang Asterok, tgk je lah dari episod 16 pun.

Itu pun tak tgk sgt, sebuk susun baju la apa la. Aku rekod je sesiap. Trus utk mggu ni punya episod. Dah. Settle.
Tgk lah, weekend nati ke takde citer bes baru tgk. Marathon je.

Mmg kena rekod sbb takut hari ada kelas tak smpat smpai umah kan.

Itu takpe lah.

Retu last week, aku geram sungguh la sbb tak dpt tgk Waris yg finale episod tu.
Grrrr... sbb tu aku hangin ngan Asterok tu. Suppose kalo dia siap pasang hari Khamis tu, aku dah senang lenang tgk. Ini dah dtg, siap balik plak sbb tak bawak besi. Haih. 
Nak tgk kat TonTon? Mmg tak la.


Abes? Cemana ending Waris ni??
Heh!

6 July 2012

Edisi Drama : Waris


Mengisahkan kehidupan Rashad dan Marisa selepas 10 tahun yang tenang bersama anak lelaki mereka Amar. Waris menjadi igauan ngeri bagi Marisa pada suatu ketika dulu kerana dia merupakan mangsa kepada Waris yang memerlukan seorang kekasih dari keturunan Mas Ayu untuk memastikan hayatnya berpanjangan. 

Marisa bersyukur kerana dapat memulakan kehidupan baru bersama suami tersayang dan anak lelakinya yang sangat ceria dan aktif. Kadang-kala dia akan berasa sedih apabila terkenangkan anak kembarnya yang sudah meninggal dunia pada hari kelahiran.Rashad dan Marisa telah membawa Amar bercuti di Terengganu

Dalam perjalanan, mereka terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh secara kejam dan meninggalkan anak perempuannya yang masih kecil, Sarah.Marisa menjadi panik apabila Amar hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan. Namun, doktor mengesahkan keadaan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu, Amar berubah menjadi murung dan cepat marah. 

Buntu melihat perubahan anak mereka, Rashad dan Marisa telah membawanya pulang berjumpa dengan Mas Suri, Ibu kepada Marisa.Mas Suri mula berasa bimbang jika masalah yang sering membelenggu fikirannya selama ini telah menjadi nyata. Dia risau jika Waris telah bangkit semula. 

Mas Suri terpaksa membuka rahsia yang anak kembar perempuan Marisa masih hidup dan berada di bawah jagaan Rokiah. Mas Suri terpaksa memisahkannya daripada Marisa kerana dia tahu Waris akan kembali memburu anak perempuan keturunan mereka. Rokiah yang dipertanggungjawabkan menjaga anak perempuan itu telah menyerahkan anak tersebut kepada sepupunya kerana menganggapnya sebagai beban

Marisa seakan tidak percaya mendengar pengakuan Mas Suri. Tergamak Mas Suri melakukan perkara yang sama dia pernah lakukan pada Marisa. Mas Suri memohon maaf daripada Marisa kerana dia tiada pilihan lain bagi melindungi cucu perempuannya daripada ancaman Waris. 

Selama ini, Mas Suri sedar bahawa Mas Ayu tidak akan berputus asa dan dia akan menyeru semula Waris. Amar menjadi sasaran baru Waris yang terdesak untuk mencari Tuan baru kerana keadaan Mas Ayu yang terlalu lemah dan sedang nazak. 

Waris perlukan badan baru untuk berkuasa semula. Walaupun masih marah terhadap ibunya, Marisa perlukan bantuan Mas Suri untuk menjejaki anak perempuannya, Sarah yang kini dijaga oleh Aida dan suaminya, Fariz. 

Sarah membesar dalam keadaan yang daif tanpa belaian kasih sayang. Selepas ibu angkatnya meninggal dunia, Aida telah mempelawa Sarah untuk tinggal bersama. Tanpa disedari, Aida telah mengundang bahaya dalam kehidupannya. Sarah yang dipengaruhi oleh kuasa jahat telah memberi ancaman nyawa kepada ahli keluarga barunya. Sempatkah Mas Suri dan Marisa menjejaki Sarah sebelum Waris? Apakah muslihat Waris akan berjaya pada kali ini? Berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya daripada ancaman Waris buat selama-lamanya?

Kredit : TV3
----
Sapa folo citer Waris ni?? Aku sebelum ni mmg tak suka tgk citer2 antu nih. Tah. Takut pun satu hal la, satu lagi, malas nak tgk hantu yg cam sengaja di horror horror kan. Bosan.
Tapi Waris ni boleh lak aku ter suka, lalu ter follow. Ekceli pun, aku tak tgk citer Kekasihku Seru. Tp skang ni setiap Jumaat n Sabtu petang dia ulang balik citer tu. Tp salu je terlepas pun.
Bes la pulak... budak yg nama Sarah tu cantik..dan pandai gak berlakon. Mimik muka dia pun cam geram2 je kat orang.
Dia bunuh seme orang yg sakitkan ati dia dgn bantuan 'cik'. Eh. Cik tu sapa? Itu ke "waris?" Lps ni adakah ustaz tu plak dia bunuh. Wohoo.. tetiba aku lak yg ter excited.

p/s : Citer Ameera tu pun naik geram nengok si Zila. Haih... 

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign