Pages

28 February 2017

Simpanan Untuk KaptenRizq

Lagi lagi story pasal dia.
Lagi lagi story pasal dia.
Boring dah orang kan.
Takpe lah. Takde story lain dah. Hadam je lah.
Jangan kecam sis, okay. Heee :D

Kali ni story pasal saving Rizq Iskandar pula.
Masa cuti hari Wilayah tu hari sempat lah mak buka akaun simpanan utk Rizq Iskandar.
Mula2 pergi THaji.
Humang aii, ghamai bona orang masa tu (sehari sebelum cuti hari Wilayah).

Dah kenapa?
Selalu lepas cuti raya yang orang ramai nak menyimpan atau buka akaun anak-anak.
Tapi ni lepas raya cina pulak yang ramai.
Ramai yang memang ramai ya.
Penuhhhhh floor tu. Smpai ada kerusi tambahan. Beratur nak ambik no pun sampai ke melarat ke Bank Islam tu. Woho. Dah kenapa?

Oleh kerna bawa Rizq Iskandar, maka tak boleh lah nak berlama lama.
Dapat borang - isi - pastu nak tunggu pun memang makan masa - so, tak jadi lah nak buka akaun.
Lari plak pi area Batu Caves sanun.
Pun sama. Ramai sampai melimpah ruah.
Tak kenapa ntah. Padahal masa tu belum announce bonus TH lagi.

Dah tu kami pergi PTPTN ja.
Kat Tesco Selayang. Senang. Buka je dulu akaun SSPN-i utk dak Rizq.
Senang. Nanti by umo dia yg boleh masuk U (i.e : 18 tahun - dah cukup dah simpanan dia tu utk menampung pelajaran dia. Tak perlu ambik PTPTN dah). Mula mak ingat nak ptong gaji. Since dia blh terus Maybank2u, mak transfer je lah setiap bulan (lupa plak - dulu pun mak bayar PTPTN direct guna Maybank2U ja).

So, ingat esuknya yakni hari Wilayah tu nak la pergi TH Batu Caves tu. Sbb KL cuti, Selangor tak cuti kan. Sekali esuknya pun sama gak. Melimpah2 umat. Hurm. Takyah lah. Ayuh lah ke Sogo ja. Kita shopping. Dari elok elok nak saving money, terus menghabiskan money. Haha.

Jadi, hari Jumaat - pepagi sebelum masuk office baru lah dapat buat akaun TH untuk Rizq Iskandar. Aiyoooo... jenuh tau. Pagi tu naseb orang tak ramai. Dapat no. 1. Hiwhiwhiw.



Terus daftar haji untuk Rizq Iskandar.
Juga daftar haji utk mak pak Rizq Iskandar juga.
Ye lah. Tau dah.. uols dah lama daftar haji kan.
Mak je tak daftar2. Huhu.
Dah tu. Dulu macam rasa, dah pernah pergi haji, takpe lah kot tak daftar lagi. Sekali.. penaya dapat turn tahun 2114. Kuikuikui.
Dulu pergi haji belum baligh. Harus lah kena pergi lagi.
Sebenarnya punya plan nak bawa Rizq Iskandar pergi umrah dahulu.
Tgk lah nanti. Bila dia dah boleh berjalan, boleh lah bawa dia.
Saving dia pun dah boleh pergi umrah dah tu.
Murah rezeki Rizq Iskandar. Belum setahun dah boleh pergi umrah dah dgn saving sendiri. Terima kasih pada semua yang bagi sedekah pada Rizq :)
Rizq sentiasa doakan acik2 yang bagi sedekah pada Rizq, akan dimurahkan rezeki. Sentiasa.


Jadi, Rizq dah ada Tabung Haji dgn SSPN-i.
Mak nak buka juga akaun ghimau (Maybank). Yang ni utk saving yang orang2 bagi ke dia. Yang TH n SSPN tu memang kami akan buat fix saving each month.
Belum ada kesempatan lagi nak ke Maybank nih.

Ada orang kata - better buat insurans.
Yer, betul.
Tapi buat masa ni, office mak ayah Rizq ada sediakan insurans utk staff n famili.
Dan Alhamdulillah, mak ayah Rizq kan satu office, makanya kami ada 2 kad insurans which utk sefamili kami dapat 4k setahun (out patient). Orang lain 2k sefamili (satu staff cover 2k)
So, buat masa ni, guna lah dulu kemudahan office bagi.
Furthermore, mak ayah Rizq orang gomen. Guna lah kelayakan orang gomen tu kalao ke hosp kerajaan. HRMIS kan adeee.. haha. tu ari masa Rizq warded kat HKL tu cam serba salah ja nak guna HRMIS sbb kena bayo 18hinggit ja. Tu pun nak pakai HRMIS kan. Haha. Tapi..dah ada kemudahan, guna je lah :)

Alhamdulillah.
Settle urusan bank Rizq Iskandar.

***info***
Nak buka akaun simpanan TH untuk anak-anak : boleh buka seawal sehari umur anak. Asalkan ada surat beranak (ada setgh tempat katanya guna myKID dah cukup, tapi di HQ Tabung Haji Jln Tun Razak Kuala Lumpur, memang perlukan surat beranak dan MyKID. Permulaan buka berapa RM, saya lupa pula. Tapi nak daftar haji, ada saving RM1,300 dah boleh daftar)

Nak buka SSPN-i, just isi borang ja. Utk permulaan buka akaun RM30, kalau tak silap. Lupa juga. Huhu. Saya terus masukkan RM50 since mmg nak masukkan RM50 utk dia setiap bulan dalam SSPN tu.

22 February 2017

Majlis Akikah Rizq Iskandar


Alhamdulillah. Selesai sudah.
Lega rasa.
Lama sangat bertangguh. Rizq Iskandar pun dah nak masuk setahun dah. Opah dia pun dah bising2.
Plannya sebelum masuk kerja nak buat majlis ni, tapi duk tangguh tangguh, langsung tak buat. Nak buat pun kena ambil kira yang ada cuti panjang sket supaya abang abang yang cikgu boleh datang.

30 Januari 2017 bersamaan 2 JamadilAwal 1438.
Buat masa cuti CNY tu.


Kami buat di dewan bawah KSU saja.
Takde la sewa khemah bagai kan.
Cukup lah apa yang ada tu.
Jemput pelajar Tahfiz yang dkt dgn rumah. Sebab mmg niat sedari awal nak jemput tahfiz masa majlis akikah ni. Ni pun mulanya macam hampa gak sbb ada satu tahfiz ni macam sombong betul ustaznya masa kita tanya. Ek eleh! Macam kan kita tak boleh carik sendiri. Kita tanya pun cam nak taknak je jawab. Tak sangka ya ustaz ustaz pun begitu gaya macam bagus2.
Ni zaman internet maa. Cari je. Dan Alhamdulillah, memang rezeki sbb tahfiz ni ada FB. Mudah nak carik contact person. Dan tahfiz kami ambik ni lagi best dari tahfiz yang ditanya sebelum tu. Yang tu budak2 dah besar. Yang ni anak anak kecil je ber qasidah.

Majlis mula jam 10.00 pagi dengan bacaaan Yasin dan tahlil oleh pelajar tahfiz and famili.
Then, ada qasidah. 4 lagu.



Masa qasidah ni masukkan Rizq Iskandar dalam buai.





Elok sedap dia tido. Rizq Iskandar memang tak pakai buaian. Dia tak suka kena enjut2 tu. Tapi yang ni elok plak dia lena. Sbb berayun kot. Hihi.



Gambaran sebenar buaian ni.
Kami tambah huruf RIZQ dan belon purple.
Lepas tu makan makan lah.

Lauk ayam goreng rempah, sayur lemak kubis+carrot, ikan kembung sambal. Sedap katering ni. Kami amik dari Cheras.
Makanan memang sangat banyak.
Kambing harus ada kan.
Kambing caterer yang carikan orang apa semua.




Sedap la sangat weh. Mash potato dia nyam nyam sangat.
Kami buat seekor dulu sbb seekor lagi kami nak buat melalui Ezy Qurban. Ini pun cam dah terkilan sket. Suppose dalam 7 hari lepas kelahiran Rizq Iskandar, patut terus buat guna Ezy Qurban tu. Tapi tu lah. Dah terlepas. Takpe lah.

Pastu order Yong Tau Foo.

Kak ipar sponsor kuih muih.
Banyak sangat makanan, sampai tak terhabis. Huhu.

Ada juga ice cream (mak Rizq tak makan, tapi semua kata sedap ice cream nya).

Kami ajak ramai juga, tapi ada yang tk dapat datang.
Ye lah. Cuti time tu kan.
Tapi, ramai juga lah yang datang. Families ramai area KL, jadi memang yang ramai pun family lah.
Kawan2 lama pun ada.
Best lah sangat.
Lagipun kami buat konsep santai santai je.
Duduk bersila ja dalam dewan tu.
Senang lah orang nak sembang lelama ke apa.
Thank u pada yang sudi memenuhi jemputan.
Thank u pada yang sedekah, bagi hadiah kat Rizq Iskandar.






Diakhiri dengan gambar prince of d day yang kepenatan.

***
Buaian - BuaianBerendoiRawang
Huruf dan belon - party_heaven
Ice Cream - Anna Ice Cream (FB) - *recommended - murah and berbaloi baloi*
Doorgift - Kalendar - Bunting Kahwin (FB)
Doorgift - Surah Yasin Murah (FB) - *recommended - murah and person in charge baik sangat*
Make up mak - Sentuhan Ainna - *recommended - murah dan cikgu ni peramah orang nya*
Tahfiz - Tahfiz Darul Syahadah
PG - suara.mata *recommended - memang ambik dari maternity photoshoot dulu*

21 February 2017

Pampes (Diaper) Free

Sejak jadi mak mak ni kan.
Hihi.

MyRizq guna diapers Wee Wee Dry, Huggies n Pet Pet.
Pernah try Drypers Classic - terus naik rashes.
Lagipun classic ni macam tak menyerap lah. Basah je rasa.
Tak best.
Tesco Love tak pernah try. Kang beli besar2, tup tup tak sesuai lagi rugi.
So, stick kat 3 brand tu.
Huggies tu biasanya beli yang pants.
Mak guna diapers bukan utk mudah nak pakai tak tukar sepanjang malam, tapi nak tgk sesuai ke dak pada "montot" comel tu. Hihi.
Biasa kalau ari antar dakRizq ke babysitter, mak bekalkan 5 diapers. Sengaja tak bekalkan satu beg sbb nak tgk byk mana diapers yang digunakan. Senang nak pantau.
Then balik rumah, dalam kul 7 before si kecik tu tidur, mak tukar.
Then tgh malam tukar skali.
Before keluar rumah tukar sekali. Max 4-5jam mesti tukar.

Tu ari kat grup mak join, heboh diapers trial pack ni.
Memula tu mak busy, tak sempat nak buat.
Sekarang baru blh nak online kat web tu.
Sapa nak boleh la masuk web offspring natural.
Dia akan bagi 6pcs diapers + wet tissues.
Tapi bayar kos pos RM10.
Okay lah kan. Try ja.

Tapi tatau lah skrg ada stock ke takdak dah.
Sbb dia emel kata dalam 2 minggu ja depa dah out of stock.
Mana tak nya.. dah di war warkan di grup2 mak mak, kan?


Review - okay.
Lembut la sangat diapers ni. Sbb dia guna pun bahan2 natural kan.
Masa sampai ni, bebudak office kata "nipis ni"
Ya. Mmg nipis, tapi serap.
Mak saja try tu ari, dari kul 10 smpai kul 5pagi baru tukar.
Okay, tak bocor n masih kering.
Tak tau lah kot dak Rizq kurang kencing masa tu. Tapinya, berat gak diaper masa tukar tu.

Dia cam diaper applecrumby gak ni.
Tak pernah try applecrumby ni, tapi cam tahu la bahan2 dia.
Tapi, nak try gak lah applecrumby ni nati.
Lebih kurang ja harga depa.

Hurm. Macam nak beli la pulak bundle pack dia. Tgh ada promo nih.
Huhuhuhu.
Wee Wee Dry kat Lazada, paling murah leh dapat RM89.90 utk 3 packs (76pcs each size M)
Yang ni masa dia bagi diskaun ni - RM134.10 utk 4 packs (42pcs each size M).
Jauh sangat beza, kan?
Huhu (T___T).

17 February 2017

Tahniah Tuan Zahir!

Ni pun, kalau tak jot down, memang tak ter cerita.
Ini salah satu memori dalam famili. So, kena pahatkan dalam blog jugak.
Sekarang ni blog dah mandom kan.
Semua orang pun macam dah tak update.
Hihi.
Takpe, walau cemna pun, ai akan update juga.
Sbb, kat sini lah boleh simpan sedikit sebanyak kenangan kita.

So.
Ini cerita 4 Februari yang lepas.
Anak buah dah tamat latihan polis.
Memula tu kami cam nak pegi ke taknak pegi.
Sbb event tu start pagi.
Takde masalah utk kaptenRizq sbb beliau mmg morning person.
Bangkit awai walo ari cuti.
So, dia kui 6 dah bangun.
Bila dia dah bangun, kiterang decide pegi je lah.

Mandikan dia, siap2 dia, baru kiterang mandi.
Kul 7 keluar rumah.
Smpai jalan semarak tu dah jammed.
Tambahan plak jalan tgh dok construction.

Masuk je kawasan Pulapol tu, nampak parking dah takde.
Alamak, cemana ni.
Kakak bakal inspektor ni plak dari Puchong. Lepas subuh baru gerak. Lagi lambat.

Kite gerak gerak juga lah ikut flow kereta yg banyak2 tu.
Tup tup ada polis ni buka laluan utk buat parking.
Rezeki kami lah (mmg selalu lah gini, rezeki si Rizq ni sebenarnya ni).

Tak lah jauh sgt nak jalan kaki. Alhamdulillah.
Time ni tak panas lagi. Belum pukul 8.
Tapi, khemah dah penuh.
Bakal bakal inspektor pun dah beratur menanti ketibaan VVIP derang.
















Jadi, kami duk luar khemah.
Kang kat dalam berkuap.
Dak Rizq okay ja.
Smpai lah masa dia nak tido n feeding.
Sbb mmg dia bangun awai, tapi dia akan tido balik dalam kul 7pg camtu.
Naseb baik juga tempat kami lepak tu ada bangunan. Bawah tu ada surau pulak. Cun sesangat lah kan. Ada kipas apa semua.

Walau pagi, tapi tetap panas.
Ada sorang dah jatuh pengsan masa nyanyi lagu negara ku.
Dia cam pitam kot.
Lps tu dia boleh bangun balik. And sambung nyanyi. Hihi.
Aku cam, eh dia ni buat gimmick ke apa ni. Hehe.

Dah nak settle baru jumpa anak buah lagi sorang tu.
Kami je lah yang pergi pun.
Kakak ai, iaitu mak kepada anak2 buah ni, tak sihat.
Tu yang ai pun cam kesian juga, dah la mak dia tk dpt dtg kan. So, kami lah wakil.
Oh. Tunang dia pun ada. Tunang pun inspektor juga.
Nak kawen bulan 4 ni. Naseb la dok kena posting jauh2.
Depa dua ni dulu ambik course engineering. Entah kenapa minat polis entah.
Takpe lah. Ada lah yang ikut jejak arwah atok depa yg join badan beruniform.
Atok depa ni dulu askar.
Nanti ada kaptenRizq nak jadi pilot TUDM lak. Eh! 


Okay lah. Bukan senang nak masuk Pulapol ni kan.
Dan rupanya, baru kami tahu Pulapol ni boleh tembus Titiwangsa.
Mueheheh.
Mana tahu, bukan selalu masuk dalam tu. Kan?
Kalau tahu, baik masuk ikut situ ja. Hihi.

Tahniah inspektor.
Sekarang dah posting pun.
Jauh.
Jauh dari famili.
Jauh dari tunang.

Takpe. 
Tabah kan hati.
Sekarang amanah negara terpikul di bahu mu.
Doa dari kami sentiasa mengiringi setiap langkah mu di sana.


16 February 2017

Happy 13th Work Anniversary

Last year tiada cerita tentang work anniversary.
Last 2 year ada.
Di sini.

16.2.2004.
Hari ni 16.2.2017.
13 Tahun sudah.

Kalau masih di gred lama, dah boleh dapat time-based, kan?
Tapi yang sama batch masuk tu hari pun semua dah naik gred memasing.


Syukur. Alhamdulillah.
Walau kengkawan lain yang sama U dulu pun dah gred bagai bagai (tentah gred 54 pun dah ada gamaknya), tapi kita syukur je lah. Ada kawan kita yang lain masih terumbang ambing bertukar tukar kerja. Ada yg masih takde kerja. Jadi, syukur. Ada pencen, tetap pula tu.



Jadi, apa pencapaian selama 13 tahun?
Nanti kalau interview soklan feveret mesti tanya - apa sumbangan pada jabatan.

Sumbangan saya pada jabatan - bla bla bla bla.


Lama kan 13 tahun?
Lagi lama kalau nak tunggu pencen.

Ada lagi 22 tahun.
Nak pencen awal dah boleh ni. Huhu.



13 February 2017

Selamat Bersara Boss

Kalau aku tak buat entry ni, sampai bebila takkan buat.
So, meh la ambik kesempatan sket untuk jot down this memory.
Memory bersama boss kesayangan.
Last month punya cerita.
Eh. Bukan last month.
Bulan Disember.
Last year punya cerita ko... Haha.


Ni kiterang buat private majlis untuk our boss.
Sbb nanti tahu mesti ada majlis besar kan.
So, ni spesel utk boss dari kami team HR.
Tema hitam merah.




Acik la punya idea nak bagi nampak sama. 
Muehehe.
Best. Semua pun sporting.
Sempat la main amik gambo mannequin challenge lah, boomerang lah.


Pastu tetiba deme suruh acik jadi wakil bagi ucapan plak.
Adeh.
Makan sedap. Majlis pun best. Ada nyanyi2 karoke bagai.
Kami 20 orang ja. Jadi, takde lah formal formal pun. Santai ja.




Ini antara boss kesayangan.
Boss yang boleh dibuat kawan gaduh.
Meuehehe.


Ko mampu gaduh ngan boss gred 54?
Masa boss bagi ucapan tu, boss kata paling teruk dia nak layan aku is masa aku pregnant. Kihkihkih. Sudahnya bebudak ni kata dakRizq tu muka cam atok Mokh (boss).
Ye lah, bergaduh pasal air cond lah (dan aku salu MC waktu aircond rosak), bergaduh pasal tak dpt cuti lah. Muehehe. Kenangan betul :)


Paling sedih tak boleh bendung adalah masa hari last boss.
Sedang elok hari Jumaat plak tu.
16 Januari secara formal boss bersara. Hari Isnin. Jadi, Jumaat tu kira ari last beliau lah.
Sedih weh.
Berair mata hidung semua lah.


Boss, saya minta maaf ya atas segala kesalahan sepanjang sy bekerja dengan boss.
Banyak sy belajar dari boss.
Belajar jadi penyabar.
Belajar jadi jangan "metor" selalu.
Belajar jadi jangan berkira.
Terima kasih juga bagi saya APC tahun 2012 dulu.
Ini boss ke5 saya.
Dan boss paling lama menyelia saya.
Boss yang tak pernah marah.
Boss yang sangat sabar.
Boss yang sangat "fatherly"
Boss yang sangat memahami.
Saya doakan boss sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.


*Rizq belum jumpa atok Mokh dia lagi ni. Hihi.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign