Pages

5 September 2016

Kerinduan Menulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Agak lama tidak  menulis.
Kekangan masa dan bercuti selama lebih 3bulan ni mmg tak bekesempatan nak memblog. Tapi kalo ber facebook tu memang ada je masa. Hihi.

Yerp. I'm on maternity leave.
Saya ambil 3 bulan cuti bersalin yang diperuntukkan kepada penjawat awam dan tambah sebulan lagi cuti. Juga cuti yang diperuntukkan untuk penjawat awam wanita - cuti menjaga anak. Menjadikan jumlah cuti saya adalah 4 bulan.
Sekarang tinggal kurang lebih 3 minggu je lagi cuti habis.
Kejap btul masa berlalu.

Alhamdulillah...
1 Jun 2016 yang lepas sy selamat "dioperasi" di UKMSC.
Baby boy seberat 3.04kg pada jam 9.36 pagi.
Minggu ke 38 kerana saya di advise oleh gynea untuk Elective Ceaser.

Nanti ada kelapangan saya akan menulis tentang perjalanan "our precious gift from Allah" ini.
Sememangnya precious gift kerana Allah permudahkan urusan kami sekembalinya kami dari menunaikan umrah.
Alhamdulillah, doa kami dimakbulkan juga.
Lambat atau cepat itu sememangnya dalam pengetahuan yang Maha Esa.
Tugas kita, jgn putus asa utk terus berdoa dan berdoa.

Masih nk adapt dengan situasi yang baru ni.
Bermacam pengalaman yg diperolehi.
Berpantang di bulan puasa. Baby jaundice. Bermalam di hospital. Tengok anak diambil darah utk tahu tahap jaundice. Berulang ke kkia. Pergi jumpa pakar di paed hkl dan berbagai lagi pengalaman baru.

Alhamdulillah dengan semua pengalaman ini.
Hari ni baby Rizq Iskandar genap 3 bulan 5 hari.
Semoga terus membesar dengan sihat dan berada dalam lindungan Allah.

Untuk rakan2 TTC yang lain, saya sentiasa doakan kalian semua akan beroleh rezeki zuriat ini. Allah akan bagi bila kita sudah bersedia. Jangan risau, teruskan berdoa. Ada rezeki lebih, jgn travel ke mana2 dulu.. pergi buat umrah dan ambil peluang berdoa di tempat2 mustajab doa. InsyaAllah. ..


2 August 2016

Assalamualaikum Dunia

Alahai. . Lamanya tk jengah sini.
2 bulan dh.
Ke lebih?
Mana yg tahu..tahu lah.
Mana yg tak tahu, nanti akan diberitahu.
Buat masa ni masih nk adapt situasi baru.
Hehe.

Apa pun, masih boleh ucap Selamat Hari Raya, kan?

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign