Pages

Showing posts with label Sabah 2011. Show all posts
Showing posts with label Sabah 2011. Show all posts

18 January 2011

~Pasal Kundasang - Akhirnya~

Akhirnya kembali ke pangkal jalan. Sobs. Sedih. Sobs. Suka tpt ni. Sobs. (hah! suka kalo mintak tukar cawangan Sabah.. waaa...namo namo..nati jadi cam Eka, asik homesick je. Hihi.. jgn mara Eka, memain ajer).

Check out kul 10 dari Mount Kinabalu Heritage Resort. Bayar segala terus gerak. Singgah Kinabalu Park then teruskan perjalanan. Singgah jap Pekan Nabalu. Aku ada baca kata kat sini boleh gak nak beli souvenir ke apa ke. So, benti. Beli la souvenir sket sket. Byk anjing. Brg yg rendah rendah takut nak pegang. Kejap je situ. Trus gerak ke KK.

Smpai KK, pusing2 pasar Filipin. Apa lagi. Beli makanan kering dan souvenir lagi lah. Hah! amik ko. Sekotak barang makanan kering diamik. Ceh! Ceh! ye ye oo je taknak soping konon. Siap withdraw duit lagi kat Alliance Bank situ. Ceh! Ceh!. Tu yg beg jadi beranak tu. Tinggalkan keta kat airport, member dari cawangan Sabah tu amik la kat situ. Lupa lak nak snap pic member tu dgn my dear. Mmg baek la member kiterang ni. Nati katanya kalo jln KK saja, pakai je keta dia, tak pyh sewa (yg kiterang sewa ni keta staff lain).

Flight kiterang jam 6.05 ptg. Pelik oih maknusia yg naek AA nih. Apsal berebut2 nak naik flight. Padahal time tu tak umum lagi mana pintu nak kuar. Kan ada no. seat dah. Ni mesti nak berebut duk tepi tingkap. Mcm terjadi pada aku la. Suppose tpt kiterang 10A n 10B, tepi tingkap la kan salah sorang. Naek je da ada budak lelaki serabai duduk. Kalo aku berkeras nak duduk tepi tingkap jugak cena. Mana leh amik tpt org. Ko duduk kat C, ko C lah. Tp aku lagi sker duk kat laluan tu. Lagi sng aku nak kuar. Ko duduk tepi ko tggu la kiterang kuar dulu. Bengap. Pehtu bebuat tido agar FA tak tnya dia nak makan atau tidak.

Masa balik ni kut tak aku nak makan Nasi Beriyani tp dah takde. So, derang sajes satay. Aku amik je lah. Lapar aih. (tp tak buleh la..terbayang satay ni aku rasa nak meluek lah skang. Apsal tah. Erk..)

Alhamdulillah touch down dlm 8.30pm. Tak delay dan on time. Masa tu tatau kata flight AA kat Kuching da tercium tanah. Kalo tak mau aku pucat lesi sepanjang perjalanan.
Souvenir yang sempat dibeli
Maka, tamatlah percutian pertama kami di tahun 2011. Yeah. Ini percutian sempena anniversary kedua kami ekceli. Saja tak pilih bln 12 sbb itu waktu peak season. So, upcoming vaccay adalah ke Bukit Merah plak. Igt voucher yg beli kat MAHA tu. Itu bersama pamili plak. Insyaallah.

17 January 2011

~Pasal Kundasang - Perkasa Hotel~

Hotel utk malam kedua kiterang check in plak kat Mount Kinabalu Heritage Resort and Spa (formerly known as Perkasa Hotel). Ha..yg ni bes. Mmg puncak gunung Kinabalu dpn idung ko saja (tipu...hoho). Kalo dari KK, hotel ni belah kanan. Kena mendaki gak la. Skang ni  jalan tgh renovate-sgt teruk jalannya.

Kat sini ada room n chalet. Aku booking chaletnya. Memula taknak amik pakej dinner. Tup2 macam rasa susah je nak turun balik, so, amik dinner terus. Hotel ni ada room n chalet. Boleh tgk kat web dia ni - Mount Kinabalu. Dpt rega promotion. RM250 utk chalet beserta dinner n breakfast. Owh. Rezeki utk duduk di hotel paling tinggi di Kundasang (oh. jgn la ada yg kata aku meriak plak yer. Risau tau skang ni reveal angka angka ni. Kalo aku meriak, aku tak tulis pun aku dpt rate promotion tu).

Our chalet. TV adalah touch screen. Bilik air luas.
Kami check in dlm kul 4pm. Dah sejuk masa tu. Napak seskit saja puncak gunung. Mmg teruja sgt sbb napak dekat benar. Tu yg aku terus tulis status kat FB tu. Kagum sungguh. Subhanallah. Lps rehat2kan diri, kuar jalan2 area hotel. Fuhh..sejuk sgt. Kabus da nak tutup hotel tu.


Ada court utk men futsal gak sini. Ni kalo nak kursus oke la nih. Pun dkt gak dgn kem BTN. Pergh. Bes gilak kan kalo dpt ber BTN kat sini. Tp sejuk menggigil la nak bangun pepagi utk qiamulail tu. Hihi.

Check in kat hotel dia tp chalet dia seberang jalan. Tp tak menyeberang jalan. Kita menyeberang jambatan. Tehehehe. Kat hotel ni ada 2 jambatan. Sker lak derang buat jambatan nih. huhu.
Jambatan nak ke chalet. Dan chalet kiterang paling hujung tp paling dpn.
So, lepas jalan jalan tu, balik chalet buat air-makan biskut kat balkoni-sambil fefeling kat oversea. Hahaha.
Karipap beli kat pekan Ranau. Singgit 3 bijik. Besau lak tu.
 Tp masa tu da tak  napak la puncak gunung. Da dkt kul 6. Nak maghrib dah pun. Aku siap berdoa agar pagi esuknya Allah bagi peluang kat aku nak tgk puncak gunung. Yelah, pagi ari 1st day tu mmg tak napak langsung sbb ujan dari pagi. Sedih rasa!

Start kul 6 tu mmg da sejuk sgt sgt. Brrrr....chalet mmg tiada aircond lah. Ko nak beku kalo ada aircond. Kipas pun takde. Tp kesejukan tu dtg dari bawah pintu kut. Lagipun chalet ni kayu kan. Isk. Sejookkk. Tp dlm kul 3pagi tu dia dah kurang sket sejuknya.

Makan malam ala-carte. Dia bagi menu kita pilih pilih la. So, kami pilih daging black pepper, sayur campur n baby kailan (sbb kena amik 2 jenis sayur), tomyam n mushroom+egg soup (sbb kena amik 2 soup) n dessert-buah n ice cream. Ekceli aku rasa lagi untung kut kalo kita amik jenis goreng2 ke, western ke. Tp apa nak buat. Da teramik pakej dinner. Makan saja lah.

Pagi pun ala-carte jugak. Mmg takde bufet kut hotel sini. Org tak ramai mungkin. So, aku amik bihun goreng n my dear amik nasik lemak. Pun sedap. Sayur mmg mewah lah sini. Salad tu ada je buat lapik makanan.

Lepas bekpas. Jalan2 lagi sekitar hotel. Kat sini mmg tpt Mount Kinabalu View. Dan.....Alhamdulillah. Napak pun gunung Kinabalu. Jelas sejelasnya. Ekceli masa dlm kul 7 tu pun da napak dari bilik. Tp tak clear sgt. Kat  sini mmg jelas lah. Allah makbulkan gak doa ku. Dan masa tu kabus da mula nak berkumpul.
Muka seriyes teruja kan. Teheheheh.

Dkt situ gak ada jambatan gantung lagi. Jadi mari kita berposing. Tidak la spti canopy walkway kat Poring tu kan. Itu giler humang aii gayat namanya.

Kira mmg puas ati lah hotel nih. Bes. Bes. Bes.

Check in dlm kul 10pg. Sayang sungguh rasanya nak tinggalkan tpt ni. Tak puas nak tgk puncak Kinabalu. Huhu. Tkpe la. Ada rezeki kita pegi lagi ya.

~Pasal Kundasang : Just Flower~

Just nak show bunga2 yg bikin aku geram kat Kundasang. Gmbr tak secantik mana sbb amik guna kamera cabuk biasa je. Mcm masa gi Bandung retu, Jedi kondem abis kamera aku sbb amik gmbr waktu malam tak cantik langsung. Ye lah gmbr kat kamera dia lawa. Dia engineer, mampoo la nak pakai kameera mahal. Tkpe la, asal ada la kan, dpt juga mengabadikan memori percutian kami :))

Memula igt nak carik jenis bunga bunga ni. Last last maleh ah. Mana yg dpt jelah. Hihi.

Calla lily. Info bunga sini

Bunga jenis melekap kat dinding.

Ros la ni kan

Bunga kat dpn ofis ladang lembu

Cantik. Kat Memorial War Park.

Kekwa or Chrysanthemum. Info bunga ini- klik

Sunflower - info klik sini

Ni kat hotel Mount Kinabalu. Tatau gak nama dia

Bunga ke daun???


Nak tgk yg ori mahal sgt. So, amik gmbr sudehhh. Hohoho.

15 January 2011

~Pasal Kundasang : Puncak Kinabalu~

Oke. Entry ni just nak gitau kat mana tpt yg boleh tgk Puncak Kinabalu secara 'puas mata memandang'.
Sebenarnya time paling bes nak tgk puncak gunung antara pukul 7pagi ke 9pagi if tak hujan la. Kalo hujan mmg tak napak. Dlm kul 10pg tu kabus dah mula tutup. Thari langsung tak napak apa. Tp kalo ada rezeki petang mungkin napak semula. Tp tu mungkin utk aku yg pegi time musim ujan. If not mungkin lama kut leh napak. Apa pun terpulang pada keadaan cuaca. Dari apa yg aku baca, mmg byk tpt bes yg boleh tgk Puncak Kinabalu dari area resort/hotel.
Kinabalu Pine Resort
Ha. Sebut pasal Pine Resort, mmg aku rasa tpt pilihan ramai. Kawan aku yg keja tourism cakap steamboat kat resort ni best. Aku pun memula nak amik resort ni gak, tp bila pikir da ramai org duduk, apa salahnya kita terai tpt lain plak. At least leh bagi pengalaman lain plak kan. Tu yg aku stay Mount Kinabalu Heritage Resort.

This resort mmg easy access. Terletak belah kanan (jalan dari KK) tak jauh dari pekan Kundasang. Ada tpt paking keta kat bawah. So, kalo kita tak stay situ pun kita leh jalan2 je kat resort tu. Aku pun amik  gmbr kat area resort tu. Mmg cantik. Mcm ala ala country la. Dgn ada pokok pine nya. 

So, sini pun leh tgk puncak Kinabalu direct. Cuma masa aku amik gmbr ni mmg hapah pun tak napak gunung Kinabalu nyer. Kabus tebal nau. Padahal belum kul 3ptg tu. Tak pe lah. 

Mount Kinabalu Heritage Resort
Dan dr Mount Kinabalu Heritage pun napak clear. Sbb hotel ni kat tpt tinggi dan agak dkt. Dia mmg ada tpt khas utk tgk view gunung nih. Napak la tpt lembu yg aku pegi tu. My dear kata 'pergh...tinggi giler tpt kita pegi tu'. Tehehehheeh.
Yg bulat tu tpt lembu tu sbb napak pagar putih dia tu
Ada tpt khas nk tgk. Mmg dpn mata. Bes sgt
Gunung. Gunung. Gunung.

Kinabalu Park
Lps tu boleh jugak tgk kat Kinabalu Park. Kiterang singgah Kinabalu Park ni on d way nak balik KK. Kat sini masuk RM3 seorang jugak. Takde apa pun. Ini tpt org nak mula mendaki gunung-pondok Timpohon namanya. Masa smpai sini mmg tak napak apa dah gunung tu. If taknak naik smpai tpt org mula mendaki tu leh paking keta kat bawah je. Tp aku tatau la kalo jalan kaki kena bayar ke tak.

Buleh paking kat bawah juga.

Tpt mulakan pendakian.

Blkg ni kalo takde kabus pun jelas puncak Kinabalu

Lps tu ada yg kata Kinabalu Rose Cabin tu pun bes. Boleh napak puncak Kinabalu gak. Aku rasa ye la kut sbb aku napak Rose Cabin tu. Mcm bes gak.

Tp sebenarnya area Kundasang ni mmg leh napak la puncak Kinabalu. Cuma bergantung pada keadaan cuaca je. Tp apalah ertinya kalo kita da datang jauh jauh ke Kundasang ni tak napak ciptaan Allah yg cantik tu kan. Sungguh aku mmg mcm tak caya dpt tengok puncak gunung Kinabalu, apatah kalo dpt mendaki kan. Insyallah, boleh gak satu hari nati.

14 January 2011

~Pasal Kundasang : Tempat Menarik~

(Entry ni mmg pjg. Takyah byk bunyi. Malas aku nak part part kan.)
Next.
Tempat menarik yg boleh dilawati di Kundasang. Tpt ni suma hasil dari 'study' aku dari blog2 org da penah pegi ke sana. Kalo tak, mmg takkan tau la kat mana tpt bes kat situ. Mmg takde signboard mcm kat Semenanjung ni kalo ada tpt menarik. Cuma kat Cottage Hotel tu dia ada buat list dan simple map ke tpt2 menarik. 

Pekan Kundasang
Apa yg menarik? Takde apa sgt. Ditambah dgn jalan tgh dok renovate. Melantun lantun la ko dlm Kancil tu. Kalo duk Cottage Hotel, boleh jalan kaki sahaja ke pekan Kundasang. So, kami  pun jalan kaki je ke pekan Kundasang dalam ujan lembut lembut tu
Menyusuri kedai2 jual sayur yg segar bugar. Pakkal je tak buleh bawak balik. Tp rega aku tgk cam lebih kurang sini je. Tehehehe. Capsicum feveret aku tu RM3 juga utk 3 biji. Pasar Cokit pun lebih kurang rega itu juga. Stoberi ada. Tapi mahal dan kecik kecik je. 
Kat pekan ni ada la 2,3 kedai makan Islam (ditulis sebegitu). Then ada sebijik bank. Not bad la kan. Alliance Bank.
My dear kata 'awak da mcm org Sabah'. Haha.
Sayur yg segar. Geram!
Memorial War Park
Tpt ni terletak di pekan Kundasang. Atas bukit. Mmg dkt banget dgn Cottage Hotel jugak. Lps tgk sayur2 tu singgah sini. Dia bkk 8.30pg. Ujan masih 'lembut lembut'. Mmg bukan hujan renyai. Org situ pun tak pakai payung. Kiterang je pakai payung. Agaknya bukan ujan kut. Air kabus ke apa ke. Masuk sini kena bayar RM2. Maintenance Fee katanya. Dalam dia takde apa pun. Just ada bunga bunga. Ni mcm tpt tugu memperingati pejuang pejuang zaman dahulu la. Dari negara luar (Britain, Australia camtu la..tah bukan aku bc sgt pun)
Byk tul dia nyer 'peraturan'. Suma ada 'TV'. Hehe.

Payung tu beli kat Pekan Ranau. Seploh inggit.
Poring Hot Spring
Ini agak jauh dari pekan Kundasang. Kira kira 35km dari Kundasang. Kena lalu Ranau dulu (Kundasang -Ranau = 15km). Lepas tu masuk simpang ke kiri, masuk dlm lagi lebih kurang 10km camtu kut. Napak mcm takde org lalu, tp bila sampai mmg ramai lah. Masuk sini bayar RM3 seorang. Dlm tu bukan je ada kolam air panas tapi ada gak Canopy Walk, Air Terjun, Butterfly Farm. Tp masa aku pegi tgk tak bukak pun Butterfly Farm tu.

Aku cuma naik Canopy Walk. Bayar lagi RM3 seorang. Berpeluh2 trekking dlm utan tu. Tinggi gak, dlm 200m tu panjat ke atas. Hah! hamik ko. Tak memasal oke. Sbb da bayar, balun aje lah. Kalo nak bergambar kat area Canopy Walk tu kena bayar RM5. Tp mujur aku tak bayar pun sbb mmg idak la aku nak amik gmbr. Gayat giler!. Aku igt satu jambatan je. Rupanya 4. Waaaa.....nak patah balik pun tak buleh. Jadi jalan laju laju. Masa tu ada sekali geng mat saleh. Lagi la my dear kata 'cpt, nati kalo mat saleh tu naik lagi bergegar'. Ha..tak suka. Tak suka. Tak mau naik lagi. Cukup la tu.

Turun je tudung mmg dah rupa hapa. Dah terpaksa fefeling TokTi. Muekekeke. Oke. Kalo nak merasa naik canopy walk ni jangan la ber high heel bagai. Seb bek aku pakai sandal flat je. Lps tu baru la rendam kaki kat air panas. Kat sini nak mandi pun buleh.
Memula elok je tudung. Dah berpeluh naik canopy dah jadi TokTi.
Ini replika Canopy Walk. Kat canopy no. 2 tu, giler pjg laluan dia.
Yg ada rantai tu air dia menggelegak dan berbau sulfur.
Rafflesia
Jalan dpn sket dari Poring ni ada tpt nak tgk Rafflesia. RM10 seorang utk sekali tgk. Mmg aku tak pegi lah. Lantak la situ. Dua org da 20inggit. Takpe. Amik gmbr ngan replika Rafflesia sudah!

Kampung Luanti-Fish Massage.
Tpt ni terletak antara jalan dari Ranau ke Sandakan. Dlm 38km kalo dari Kundasang. Kalo pi Poring, dari Ranau akan masuk kiri, tp nak ke Luanti ni terus aje. Mmg takde sebarang signage. Ko akan rasa eh betul ke, eh betul ke. Jalan je terus smpai jumpa mcm pintu gerbang yg ada replika ikan besar (on ur left side). Situ lah tpt dia. Sini pun masuk bayar. RM3 gak kut. Tp dukacita sungguh, hujan masa aku pegi tu kan. Tpt tu tutup. Banjir. Sedih sungguh. Kalo tidak boleh buat fish massage mcm gmbr ini.
(gmbr ehsan tourism sabah dot com)
Masa kiterang tnya makcik kat tepi jalan arah jalan nak ke kampung ni pun makcik tu kata kalo ada kabus atau air besar jgn pegi. Bahaya la kut nati tetiba air muncul kan. 

Sabah Tea
Berhampiran kampung Luanti ni ada Sabah Tea. Memula da nak masuk. Tp kiterang tak pegi. Sbb aku terbayang jalan nak ke Ladang Teh Boh kat Cameron. Lalu lereng2 bukit. Oh. Aku tak yakin my dear leh bawak sipi sipi camtu. Lagi plak keta yg dia tak biasa. Oh. Tak berani. Jadi tak pegi.

Desa Dairy Farm
Tpt ni terletak kat Kundasang. Kena lalu ikut pekan Kundasang. Lalu jugak dpn hotel aku duduk-Cottage Hotel tu. Dlm 7km ke dalam. Ke dalam di sini bkn mcm tpt kita yg pedalaman, ini laluan turun naik bukit yg curam. Pergh. Napaknya skill pemanduan my dear sudah naik satu tahap. Pasni gi Cameron mcm makan kacang la kan bang. Tehehehe. Giler. Mmg giler. Bila napak signboard Desa Diary Farm ni maka kena naik bukit yg jalannya mmg tak rata. Memula mcm tak yakin. Tp teruskan jugak. Jalan mmg tak elok. Seriyes. Nak smpai ke ladang ni pun satu cabaran. Kat sini kena bayar RM3 seorang jugak.
Aku smpai dlm 3.30ptg sbb hasil dari pembacaan aku katanya pukul 3pm boleh tgk lembu yg sedang diperah susunya (motip nak tgk lembu kena perah susu?. Haha). Tpt ni mmg la cantik sesangat. Luas sesangat. Dan sejuk tidak sesangat. Tp mmg sejuk la.
Boleh beli susu lembu jugak. Tp retu da takde susu coklat. Ada yg original je. Tak suka. Minum sket je.
Gmbr wajib ada pada sesapa dtg sini

Lembu elok je beratur utk diperah susu.
Aku amik gmbr my dear elok je. Tgk dia tgkp gmbr aku? Hump..
Rega susu. Jalan yg berbatu. Umah pekerja. Kilang proses susu.
Oke. Panjang giler kan. Takpe la korang kan. Utk kenangan diri aku dan juga utk korang2 yg rasa nak pegi cuti cuti Malaysia nati kan. Itu antara tpt menarik yg biasa org pegi kalo melawat Kundasang/Ranau. Nati ada entry lain khas utk ceritakan kat mana spot menarik utk tgk puncak gunung Kinabalu :D

~Pasal Kundasang : Cottage Hotel~

Sebelum tu, just 4 info (walo aku tau suma org da tau. Sekadar mengingatkan saja). Waktu kat Sabah ni agak awal dari Semenanjung which pukul 5.30 pagi sudah subuh dan 6.30 sudah syuruk. So, kena la dapatkan jadual waktu solat. Buleh masuk web JAKIM kat sini . Senang utk kita buat solat jamak. Tidak la kang kul 4ptg kita buat solat jamak takdim. Padahal sudah jamak takhir dah tu (waktu aku pegi 3.50ptg da masuk Asar).

Utk percutian 3 ari 2 mlm ni, saya amik 2 hotel yang berlainan. Satu hotel yg agak bajet dan satu hotel agak terkeluar bajet. Tehehehe.
Hari pertama sampai kiterang tido kat The Cottage Hotel. Pergh. Susah giler nak carik. Sbb takde signboard langsung. Aku rasa mungkin signage kena cabut sbb situ jalan tgh renovate secara besar besaran. Rupanya dia kena masuk kat Pekan Kundasang tu. Ceh!. Tanya kat org hotel tu (call) pun dia tak dpt bagi exact location. Kena tnya org kat pekan tu. Patutnya dia kata la dkt dgn Memorial War Park. 
So, sbb bajet hotel maka tiada la napak Gunung Kinabalu dpn bijik mata. Cuma ada pemandangan kampung2 sekitar gunung dan kabus memutih seperti ini.
Napak satu pokok tu. Napak dari dlm bilik mcm epal. Bila kuar..eh bukan lah. Buah dia duri duri mcm buah leletup tu.
Oke la tu utk RM100 satu malam (rega diskaun-guna no ahli). Boleh call 019-8212039 (Michael Wong) or emel sales@thecottagehotel.com.my. Ada bekpas jugak. Malam pun boleh order steamboat. Tp kiterang tak makan mlm sbb aku ada bawak megi cup. So, makan megi and abiskan ayam KFC yg beli kat pekan Ranau tu.
Apa yg beza KFC di sini adalah coleslow dia tu sgt fresh. Ye lah sayur situ kan fresh fresh. Tetiba rasa sedap plak KFC kat Ranau (ke sbb lapau??. hahaha). Bekpas adalah secara ala-carte. My dear amik bihun (sayur dia fresh je) n aku amik omelette (cea..fefeling omputih la pulok). Tehehehe. Oh. Aku tidak was was sbb ada tempek logo Halal yg dipercayai.

Yang bes duk kat Cottage Hotel ni sbb dia dkt ngan Memorial War Park. Pas bekpas tu aku jalan kaki je pegi. Jalan2 kat pekan Kundasang pun jalan kaki saja. Bes!

So, check out dlm kul 9 pegi jalan2 plak.

Next entry pasal tempat tempat menarik pulak. Huhu. Sila jgn jemu ya. Teheheheh :D

13 January 2011

~Pasal Kundasang : Permulaan~

Trip to Kundasang - 9 Januari 2011
Flight kami adalah jam 9.30pagi. AK5102. So, bagaimana kami ke LCCT? Dgn kereta. Kuar umah selepas solat Subuh (lebih kurang 6pagi). Tp bkn paking di LCCT. Paking di umah adik ipar aku kat Salak Tinggi and mintak tolong asben dia antar. Mmg sgt dekat umah nya. Lagipun dia ikut shortcut. 10min sampai. 

Self Check In
Sgt mudah juga sbb aku da self in check in ari Jumaat tu. Drop beg saja then takde la rasa tergesa gesa. Tp aku cam bongok gak la sbb check in pegi je. Balik aku lupa.

Di balai menunggu. Tp bkn itu flightnya.
Alhamdulillah. Flight tak delay. Kali ni dpt makan nasik lemak Pak Nasser. Yay!. Haha. Yelah dulu masa balik dr Bandung kan tak dpt makan sbb da abis. Aku siap tnya kat FA tu dulu "nasik lemak ada?". Hehe.
Oh. Sedap gak. Patut Hana sker nasik lemak AA neh. Tehehehe.
Alhamdulillah. Selamat touch down dlm 12 lebih. Kelihatan my dear sedang menanti beg. Hihi.

Kereta Sewa
Kami gunakan keta kawan opis cawangan sana. Kancil sahaja. So, da save bajet la sket sbb dpt RM180 utk 2 ari (48 jam). Aku ada gak member keja Tourism sanun. Dia ada bagi list syarikat kereta sewa. Tp aku tak call pun. Sesapa nak buleh la mintak kat aku nati.

Kota Kinabalu - Kundasang
Perjalanan standard biasanya mengambil masa dlm lebih kurang 2 jam. Tp sbb ujan kiterang amik masa hampir 3 jam. Kawan kiterang tu hantarkan smpai jalan arah nak ke Ranau. So, tidak la kami berpusing pusing kat bandar KK tu. Dia ajar amik jalan mana, bulatan apa, traffic lite mana. Jalan mmg mudah lah. Ikut saja jalan persisiran pantai. Maka akan jumpa pantai yg cantik (tp tak benti sbb mcm takde tpt nak paking je, tp ramai je org memancing, piknik). Lalu dpn UMS. Lalu dpn 1 Borneo.

Lps tu jumpa Tuaran. Tp tak smpai pekan dia lah. Ada bulatan, amik jalan ke Ranau (ke Tamparuli eh. Lupa plak, tp antara 2 tu lah). Nati jumpa pekan Tamparuli. Ada 2 jalan. Satu dia tulis Ranau satu ke Tamparuli. Dua2 tu sama. Masa pegi aku ikut Tamparuli. Maka napak lah jambatan Tamparuli. (tetiba tingat Marsha ke sapa ke yg nyanyi lagu Jambatan Tamparuli). Jambatan Gantung yg tinggi. Dan jambatan konkrit utk keta. Hanya satu hala sahaja. Kena ikut giliran. 
Gmbr amik dari sini
Maka teruskan perjalanan. Lepas Tamparuli ni start lah perjalanan mendaki ke Kundasang. Kalo nak tau asben aku ni tak berapa minat nak bawak keta tahap pusing pusing neh (menceritakan kenapa aku tak penah ke Cameron lagi bersama beliau). Tp jalan dia tak la seteruk nak ke CH (ikut Tapah). Dan tidak la mendongak mcm nak ke Genting or Bkt Tinggi. Tak rasa pun mendaki. Cuma kalo pegi time ujan ni, kabus tebal sgt sgt. Pukul 3 lebih tu tp mcm 6 pagi kan.
Kabus
Alhamdulillah, sampai di Kundasang dlm kul 4pm. Napak la suma resort2 yg aku penah tgk namanya kat website. Tp hotel yang aku nak check in tak napak pulak. Ceh!. So, teruskan perjalanan ke Ranau. Nak beli makanan. Lapau dah kan. Beli KFC je lah jawabnya. Sbb hujan dan tak larat dah nak pusing2 carik kedai makan islam.

Wah. Dah berjela. Oke. Kita smbg lagi dgn cerita seterusnya. Owh. Aku tak buat part by part la. Mebi aku citer macam aku pi Bandung dulu la. Pasal hotel, pasal makanan, bla bla bla. Kalo bosan takpe, tgk gmbr je ye. Takyah baca aku menceceh ceceh. Hohohohoo (",)

Owh. Utk sesapa keja Tourism Sabah / Malaysia, aku ada sedikit cadangan. Masa kat airport aku ada pegi kat Tourism Information Counter. Mintak map nak ke Kundasang. Dia kata dia ada map KK saja. Kalo nak map Kundasang kena pegi beli kat kedai buku. Haha. Aku rasa mcm lawak. Dah la kita ni baru dtg kat situ. Mana la kita tau kat mana kedai buku ke MPH ke Kinokuniya ke. Apa salah nya jual je map kat kaunter tu or buat map dan jual. Cemna la nak galakkan pelancongan dlm Malaysia neh. Sila pikirkan yer!

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign