Pages

30 November 2011

3 pilihan

**seme tajuk entry ari ni ada 3. Dan dipublish pada 30hb. Ngeee**

Malibest Resort kah?




Langkapuri Inn kah??


Mula ada dua ni je. Tup2 kak Heze kasik lagi satu tpt.
The Cabin lak.
So, The Cabin kah??

Semenya di Pantai Cenang. Sbb mmg takmo amik di area Kuah ke gulai lemak seme tu. Sbb kalo outstation mesti diletakkan kat situ punya. Udah. Aku nak honeymoon ni, bkn gi keroje. Jadi perlu di tepi pantai. Eceh...!

Harga juga adalah lebih kurang sama.
Aku da emel Malibest n Langkapuri.
Utk seaview - Malibest - RM180 (w/o breakfast), Langkapuri - RM160 (with breakfast). Ni aku emel tnya sbb aku nak gi 2012, sure rate dah lain.
The Cabin blum publish rate utk 2012, skang ni dia tulis RM150. Tp nyer aku try antar enquiry form, tk dpt plak. Tkpe. Nati terai call.

Tatau lah mana 1, tp hati ni berat ke Langkapuri. Sbb nati leh pakai gaun kembang2, kaler soft sweet2 cam Na O Mei. In fact mmg gaun tu seme dah ada, tp tak penah pakai. Leh la pakai kat sana nati. Hihikss.. *gelak gatai*

So, lupakan kejap perihal Krabi, settle kan yg ni dulu yer anak-anak.

*Oh. Ini percutian beramai-ramai. Bukan pegi berdua-duaan spti biasa. Pegi ngan kazen juga suaminya. Dan mungkin ada kak ipo turut serta. Sapa nak ikut lagi?? Lai lai lai....

3rd Anniversary [episod 1]

Poyooo ah ada episod2 plak. Nyampahhh.. Hahaha.

Settle sudah nak carik tpt meraikan 3rd wedding anniversary.
Pening2 je nak mikionyer.
Tggu deal2 yg ada.
Ari ni bernasib baik. Ada 2,3 deal menarik - buffet diner di hotel2 berdekatan.
Maka pilih hotel yg tak penah pegi lagi.

Beli je dulu. Nak pegi pun tatau bila sbb hari tu la plak outstation Johor apa semenya.

Kemanakah tujuannya?
Klik saja deal ini - Groupon.
Ada masa smpai mlm ni je utk beli.
Jum reramai kita ber bufet dinner di sana.
Rega lebih menarik kalo bayar guna maybank2U.

Huhu.

*esuk nak publish contest sempena 3rd wedding anniversary. Sapa sudi join lah nati yer. Hadiah nak kata menarik tu tidak la, tp ada la sesket rezeki utk di share kan bersama*

Majlis Bertunang : 3 Negeri, 3 Highway

Errr...4 negeri ekceli. Dari KL membawa ke Selangor kuar di N9 dan tau tau udah ada kat Johor. Amacam?? Tp oke la. Jauh perjalanan luas pemandangan ye dok?

Kami berkonvoi dlm 3 keta memula tu. Tu pun jumpa kat tol Senawang. Mula nak suh derang jalan dulu. Tp nyer aku tak kompiden. Kat mana Palong tu?? Memang I've no idea. Harapkan MyS2? Jangan harapp...! Bila check kat maps Palong tu kat Gemas, tp derang duk kata kat Johor. Lagi no idea.



So, konvoi saja. Sampai kat Bahau jumpa lagi 2 keta. Dan perjalanan diteruskan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Iyer. Aku tau takat Simpang Pertang ja. Lelain tpt mmg tak penah jejak. Maka, perjalanan dirasakan jauh amat. 

Dah jumpa Palong 1 smpai la 6. Rerupanya ada Palong Timur yg beralamatkan Segamat, Johor. Baru la macam owhh... sempadan dgn Gemas rupanya. Tgk signboard ada tulis Muadzam. Eh. Pahang jugak. Owhh..

Bertanggak jap (transit) di masjid Palong Timur tu lah. Palong Timur berapa tah. Solat zohor seme lps tu tetiba ujan melebat giler. Mmg giler giler punya lebat. Aduhainya pun. Maka dkt kul 3 baru gerak ke umah bakal pentunang. Eh. Bakal pengantin kot. 

Oleh sbb aku yg buat sirih junjung, dan aku yg pegang, maka aku kena jadi 'kepala' hantaran. Nak carik org 'lama' da kelam kabut dlm ujan tu, maka hadap je lah. Tp time tu mmg dh dkt nak masuk umah dah. Dgn ujan nya, dgn nak pegang payung, pegang kamera. Tsk.tsk.tsk.

Sebab aku buat mendalah ni, maka aku giler interprem yg ni jelah ye. Hihi.Hihi.Hihi.

Jadi cam biasa lah. Cakap, cakap, diskas, diskas. Tetiba dia kata 'calon pengantinnya mana?'. Seme rombongan kami cam tertanya2. Nak panggil sapa ni. Rupanya dia panggil si bakal pengantin lelaki. Teeheee. Begitu kut adat mereka. Diperkenalkan tetengah tetamu tu. Lps tu dipanggil pula bakal pengantin pompuan. Tp dia tak la duk tgh2 tetamu tu. Huhu. Julung kali kut aku tgk bakal pengantin diperkenalkan.  Selalu, bakal pengantin duk luar je smpai abis majlis. Tk dgr pun apa org bincang. Laki aku dlu  lagi la, duk kat luar, tepi tingkap. Skali dlm gambar kantoi sbb napak dia jenguk kut tingkap. Miaahahhahaaa... 


Juga ada bawak 1% dari duit hantaran. Pun aku tatau adatnya begitu. 


Lps tu baru ada upacara sarung cincin. 


Dan aku bakal mendapat biras pompuan. Yeah.... 


Sebagaimana aku tulis pd entry terdahulu - org bertunang skang mmg klass kau maria jadinya. Pelamin harus ada. Udah trend nya begitu kan. Mujo time aku blum berkembang lagi menda ni.


Setel seme, makan lah. Harus ada sambal apa tu. Sambal tahun. Ta'un. Kurang pasti aku ejaannya.

Lps tu balik. Fuhh... masuk balik seme jalan tu. Sempat beli moktan kat Kopilah.
Berderet keta masa nak balik tu. Igt kut apa, rerupanya mungkin sbb org ramai benti kat tetepi jalan nak beli  buah-buahan.

Hway Bukit Putus tu. Apa dia tulis tu - anda sedang melalui jambatan kedua tertinggi di Malaysia ek? Tk smpat nak baca.


Ni pekan Kopilah ke Bahau tah. Lupa dah.


Kalo pegi lalu kut PLUS. Balik kiterang lalu kut LEKAS, masuk SILK dan smpai lah ke rumah. Kan.. 3 hway dah direntas.


So, slamat pengantin baru eh. silappp.. Selamat Bertunang utk adik ipar ai ni. Dan juga bakal biras ku. Meke juga berada di bawah kementerian yg sama - KPKK. Maka kami adalah kuarga KPKK. Miahahaha.

29 November 2011

Cuti Cuti Cinta Slide Show


Cuti Cuti Cinta - Hong Kong 2011 Slideshow: Ida’s trip from Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia to Hong Kong, China was created by TripAdvisor. See another Hong Kong slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.


*sebenar nak buat lagu lain, tp tak byk dlm lappy ni. Cam tak seswai je lagu lembik2 dlm mood happy bercuti. Twehehehehe

Krabi Pulak

Penyakit aku ni. Memang penyakit....
Tgk deal kat Groupon yg ni.
http://www.groupon.my/deals/travelcity/amantra-resort-and-spa/715906194?nlp=&CID=MY_CRM_1_0_0_330&a=715828027

Trus macam alahai..besnya Krabi.
Trus macam nak pegi.. nak pegi..
Tgk lak stay period dia. Utk setahun tu. Lagi cam wahhh..
Trus macam nak survey2 rega tiket.

Giler bes oh Krabi.

Tp bila survey2, Resort ni mcm pulau yg dikelilingi oleh laut. Ko brani?? Rasa mcm tak berani gak la. Tp aku plan mau pegi dlm bln 4 camtu. Takde kut tsunami kan? Tapi mana lah tau. Langkah berjaga2. Better carik kat area tgh2 bando je cam area Ao Nang *eh. Skali da tau nama tpt.. mmg nak pegi sgt ni*     
Ngeee (-,-")

Ni kalo submit proposal rerasa incik Yamtuan Besau approved ker?
Mcm tak jer.
Tp sblm pasport kami memasing due bln 6 (me) &; bln 7 (him). Maka harus gunakan dulu. Tapi eh... tak bleh travel within 6mth due passport eh?? Kena renew dulu ker?? Ke cena?

Sebenarnya mmg ada perjanjian lps balik dari HK retu, tak bleh gi CUTI CUTI CINTA yg keluar dari Malaysia sblm masuk 'mansion'. Tp nyer entah bile nak dpt kunci. Naik menyampah haku. Umah da siap pahat dah tak berbunyi - kunci je tak dpt. Jadi lantak pi lah situ.

Mmg la kalo ikut kata hati mati ni katanya "beli je..beli je"
Tpnyer... entah ek. Kena kompem ngan mak gak dulu ni. Ada tpt nak pegi bln 6 tu kan. Mana mau carik duit?? Tp travel ke Krabi ni kurang 2k je utk 2 org. Bleh kut. Thn dpn gaji naik kan - skim SBPA. Miahahahaha..... (+_+)

Mmg tpt idaman gak Krabi/Phuket ni.
Kalo tak, mau repeat Bandung, tp malas ah. Takmo gi Indon. Derang pun tak sker kita. Tgk gmbr2 masa lawan bola sukan Sea tu ari mmg menyirap dah aku lantas amik keputusan no more Paris Van Java. Hau hau hau. Bkn racism ke apa ke.. tp itu lah dia nyer. Sesuka nak go to hell kan Malaysia. Lantak la walo dia tak effect apa pun sbb aku sorang je tak hingin ke sana.

Krabi..Krabi...Krabi....

Mungkin tak beli yg ni tapi aku mau tgk AirAsiaGo nyer pakej lak. Air-tix + hotel. Twheheehehee.. Alahai. Memacam lah minah ni. Mencik tau.

LATAR dan Cik Crab

Sblm citer pasal majlis tunang satu lagi, mari citer pasal cik Crab plak yer. Pepagi ni, seme cam mood holiday je kan. Meh kita tgk gmbo makanan meh. Tweheheheh...

As planned, akhirnya berjaya jugak aku mengkrab kan cik krab. Miahahaha.
Kali ni aku saja mau nerai ke Jeram Kuala Selangor.
Hanya berpandukan bacaan melalui blog org, kiterang pun ber pergian la ke tpt yg tak penah dijejak tu - Jeram, Kuala Selangor.

Pegi dlm kul 4pm camtu. Dr KL hujan selebat-lebatnya. Masa tu aku balik dr MV. Ada aku jerit2 kat FB. Tp plan harus diteruskan. Lantas kami meredah hujan lebat dan trus menuju ke arah Rawang. 
Melalui LATAR. Ye, 2 ari berturut2 duk lalu hway berbagai jenis - dari PLUS, masuk ke LEKAS, masuk ke SILK dan esuknya ke LATAR. Phewww...



Kalo dari LATAR tak jauh dah la. Meh aku guide kan sbb aku tak brapa dpt info lengkap ekceli, cuma aku mix n match kan jer. Sbb tu bleh ter sesat jugak. Haha. Biasa arr kiterang, kalo tak sesat/salah jalan tak sah. Miahahahaaa..

Kalo dari KL, masuk LATAR tu dari Rawang lah. Sblm jumpa pekan Rawang dan tak jauh dari Institut Latihan kiterang kat Templer tu (IKN).
3x bayar tol yg setiap satu nya RM2. Maknanya RM6 lah utk pegi dan RM12 lah utk pegi-balik.
Sempat singgah solat kat hentian tol Kuang (eh. Ye ke Kuang? Ye la kot).
Then kuar kat exit yg paling ujung yg ada tulis Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang n Lumut. Napak gak ujung tu mcm ada hway nak smbg lagi. Mungkinkah ke Lumut?? Wah..sng la bleh lalu Lumut nak balik kg nati. *tetiba, padahal lagi jauh jadinya kalo menyusup lalu kut Lumut tu*

Da exit tu ada traffic lite, amik kiri. Terusss je.. smpai la jumpa T-junction (traffic lite) ujungnya. Amik kiri yg tulis arah Kelang tu. 

Memula kami amik ke kanan. Ke pekan Kuala Selangor halanya. Jumpa la segala Bukit Melawati. Tak naik la. Dah nak ujan time tu. Tkpe, lengkali bleh pegi lagi sbb da tau kat mana. Napak juga jalan masuk ke tpt kelip2 tu. Tp tak pegi juga. Sbb bukan bertujuan nak ke situ.

So, sbb da mcm rasa sesat barat - silap2 bleh smpai ke Teluk Intan dan tetiba kang tetau smpai Sg Siput, lebih baik tanya org. Haha. Beginilah nasib org takde GPS yer. MyS2?? Tak bleh harapp... ingat line Umobile smpai ke sana ke?? Line talipon ada  la. Tp 3G mmg nehi la. Tekan2 maps tu ada la, tp  nak suh dia carik..tak bleh. Huwaaa.. kena beli gak budak GPS nih. PC Fair kan nxt week. Hauhauhau.

Benti isi minyak then tnya org kat Petronas. Org tu kata jalan yg arah ke Kelang. Owhh.. So, pusing la balik. Jalan terussss. Jumpa segala nama tpt spti Sungai Buluh, Assam Jawa dan baru jumpa Jeram. Baru ada tulis Medan Ikan Bakar Jeram kena masuk kanan.


So, nati akan napak balai polis (Jeram) di belah kiri, dan ada traffic lite. Kat traffic lite tu masuk la kanan. Jumpa la Medan Ikan Bakar. Tp aku  nak pegi yg salu duk org sesebut iaitu Aroma Ikan Bakar. Dkt situ juga. Mula bajet smpai dlm kul 6 la. Tp sbb da berpusing makan angin secara tak sengaja kat pekan Kuala Selangor, maka dkt kul 7pm  baru smpai. Org ramai dah la.


Warna ijau tu signboard Aroma
Sbb kiterang 2 org je, maka berani walk-in. Tanya akak kedai tu, dia kata ada lagi tpt. Dpt meja bawah khemah org kawen tu, tp tepi pantai. Sbb da gelap mcm nak ujan, maka tiada lah gmbr pantai yer.

So, order lah. Gi amik ikan. Tp ikan adalah besau besau. Maka ku amik cik Krab 4 eko (sbb itu lah tujuannya), udang 6 eko kut, then sotong. CIk krab ku suruh masak cili, udang - butter prawn n sotong - goreng tepung.

Dah order ujan rintik2 air bergelora turun. Huhu. Tgk air da smpai. Tak lama pastu ujan makin lebat. Smpai sup cendawan n kailan ikan masin n nasik. Berperisa air ujan. Hahaha. Sbb budak tu bawak dulang tak tutup. Aduhainya pun. Malas nak kata apa2 dah.


So, tunggu kami nyer seafood smpai lak. Tau mmg lambat dan sila bersabar je la kan. Sbb kalo kat Bagan Lalang kiterang salu da order sesiap n bagitau makan kul brapa. Jadi duduk je trus la makanan smpai.  So,  sini tatau kategori lambat ke biasa bila makanan smpai dlm 40minit menunggu. Leklok ja pas my dear selesai solat *ha...ada surau juga disediakan*. Tp aku rasa cik krab tu tak panas sgt pun. Kalo baru masak sure panas kan. Takpe lah. Malas nak bising2 jugak. Makan je. Dah dtg jauh2 kan.



Puas makan ketam. Sorang 2 eko. Tp nyer, tak berapa nak kick. Kick lagi ketam kat restoran kita makan kat Bagan Lalang tu. Apa tah nama kedai tu, Senandung Malam ke apa tu. Itu mmg sedap giler kot ketam masak cili dia. Harus kena repeat ke Bagan Lalang gak. Tatau bile. Anniversary nati mebi. Eh..?? Hiwhiwhiw. Rasa2 ada lagi tak hotel time tu?? Shah...tolong booking lagi bilik LKIM bleh?? Twhehehehe.


Tapi butter prawn mmg sedappp... ini diakui. Mmg menjadi la. Salu  kan org buat butter prawn ni dah jadi cam apa je. Tp ni mmg oke. Terasa la butter dia di celah2 udang tu. Sedap - Recommended.


Sotong goreng tepung. Oke. Sedap. Macam kat sana gak. Tp sana lebih crispy kut. Ke ni pun sbb da berperisa air hujan. Kuikuikui.

Nak amik pepahat, tp aku tgk list dia situ sepeket RM40. Oh nyer. Tak bleh beli sesket. Tkpe lah. Mujor pun tak amik kan. Kut tak..jenuh nak abis kan. Yg ni pun mcm nak ter muak nak abiskan. Miahahaha.

Tgh makan dtg sorang makcik jual kepek. Kesian plak rasa. Lalu terbeli.3 peket seploh inggit. Oke la kut. Cam kesian sgt tgknya. Ni pun smbil tulis makan kepek pisang yg beli tu. Sedap! *autopublish - tulis ptg Senin, publishnya pagi Selasa*

So, itu saja lah. Nak pegi lagi ke?? Entah ek. Tnya tukang dreba, dia kata prefer ke Bagan Lalang. Sokay.. nak makan cik Krab kat Bagan Lalang je lah yer. Sama je  lebih kuang jauh dia. Tp ni dkt sket la sbb ada LATAR tu.

Oh. Lupa rega seme ni RM77.40. *ye, tak tunjuk resit lah. Usah risau, tp sama je kan dgn aku pamerkan rega dgn tunjuk resit. Twehehehe. Lawak MLM jadinya*
Rasanya ketam tu lah lead - RM34.90. Pun aku tatau mahal ke murah tah. Salu makan reramai, ni makan 2 org, sure rasa cam mahal kot. Entah! Lantak la. Malas nak pikir.

28 November 2011

Majlis Pertunangan 13 Nov 2011

Napaknya ada 2 citer pertunangan yg aku blum citer. Suppose ni nak citer lama dah. Tp cena leh tertinggal plak tah. So, sblm masuk citer pertunangan yg latest, masukkan dulu lah yg ni.

Majlis pertunangan anak kepada sepupu aku - majlisnya di umah meke di Pandan Indah. Aku yg mewakili mak, mmg kena hadir lah walo pada awal nya mmg cam malas. Bukan per, tau je lah. Aku sengsorang nak hadap makcik2 yg aku tau harus ramai ada. Kut ada mak, sure ada backup singer kan kalo derang terjah aku ngan soklan 'cliche' tu. Smpai malam sblm tu call mak, cakap bleh tak tayah pegi, nati org tanya2 pasal anak, malas. Then mak aku kata, hehhh...apa lak nya, pegi je, kalo org tnya cakap je takde rezeki lagi.

Baikk...maka aku pun pegi. Nyaris. Tiada soalan. Cuma ada la sorang kazen aku - lelaki dok tanya - aku jawab blum Tuhan nak bagi lagi. As simple as that - tiada soalan itu lagi. Alhamdulillah.

 Hantaran - kerna kami masih ikut adat Perak,
harus ada pulut kuning n tepak sirih.
Tp derang tmbh adat makan gula juga.

 Mcm tema buah-buahan je dah. Durian tu kek kot,
pastu temikai kecik2 - coklat, then ada kek 
bentuk temikai gak. Aku bagi.. tu..kek love tu.

 Makanan. Ikut adat kami juga harus ada satu 
makanan yg bergetah melekat lekat. Jadi derang wat
kerabu nangka. Sodap gak. Huhu.

 Time bincang bincang.
Sarung cincin. Yaa.. skang seme ada mini pelamin.
Klasss.....


Oke, itu saja. Takde apa sgt yg berbeza sbb adat lebih kurang sama. Tp nati ada satu lagi majlis pertunangan mmg ada yg men suprise kan. Kata org apa tu.. tanjat boboi. Twehehehe. Okeh. Tu nenati citer plak. 

100 hari

Citer 100 hari ni betul2 menginsafkan lah.
Retu da penah kuar dah citer ni, tp tak dpt tgk bebtul.
Ari ni tadi pun idak la dpt tgk bbtul, tp oke la dari yg retu.
Sedih pun yer jugak. Meleleh air mata gak la masa scene Zulhuzaimy pandang isteri ngan anak2 dia sblm dia accident n meninggal. Sbb dia tau, dia akan meninggal. Dia bleh rasa dari 100 hari tu lagi.
Sedih sbb terus teringat arwah ayah yg meninggal secara tiba-tiba. Kalau lah kita tau kan... entah la.. tu seme Allah dah tentu kan.
Tp citer tu mmg bagus lah n Zulhuzaimy mmg sgt menjiwai watak tu.


So, meh google tanda-tanda 100 hari sebelum kematian. Di copy dari 


Saat-Saat Kematian

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Tanda-Tanda Saat Kematian
a) 100 hari : 
Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : 
Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : 
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : 
Mengidam makanan.
e) 5 hari : 
Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : 
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : 
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : 
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : 
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.   

***** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan  masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang  kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya  melalui kedua-dua telapak  kakinya sehingga sampai  kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat  yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai  ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi  satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari  perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang  lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh  dari dadanya hingga sampai 
kekerongkong dan itulah yang  dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka  malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang  beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa  kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah  kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka  Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."  Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah  lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh  orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari 
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan  kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini  telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada  Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang  bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 
 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 
 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 
 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut 
     kehendak mereka. 
 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi 
     dan tidak di langit sampai hari kiamat. 
 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak 
     misik. 
 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa 
     berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid. 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.


*Kalo pikir2 balik, perhalusi semenya mmg rasa takut sungguh la nak menghadap kematian ni. 

Kemudian Cerita

Ada memacam citer perlu diciter kan dlm ni.
Tp ari ni perlu meng kemaskan isi rumah. Kena masak dan lelain dulu.
Bkn je isi rumah reality kena kemas kan. Isi rumah virtual saya di perkampungan SIM sana pun perlu di kemaskan. Hiw hiw hiw.

Oh. Tadi buat transaction maybank2u guna bband.
Ekceli saya tak penah wat transfer duit online guna bband.
Penah skali dulu, nak beli tiket katebang. Tp asik penuh time tu. Tak dpt.
So, ari ni baru buat skali.
Sbb saya mmg tak berani nak transfer guna line bband yg kengkadang tetiba je leh disconnect.
Tp dgn Umobile saya ni, seme nya bleh. Eceh!.

Cuma umah takdak printer la.
Itu no hal. Sudah di printscreen. So, tak perlu dah la print.
Lagi pun transfer courier fee je.
Napaknya ini first time saya redeem deal paling awal.
Elok je dia bukak utk redeem trus tanpa berlengah saya redeem.
So, dpt pun cpt lah.
Dia kata esuk dia hantar parcel tu.


Yippie. Mode saya haruslah tak sabar - walo saya tau gambar apa saya hantar tu.

Gambar tu nati nak hang kat wall mansion baru nati. Hiwhiwhiw.
Smlm pegi Perfect Lifestyle pun dah buat rasa tak sabarnya nak jejak kaki ke umah baru.
Hai la hai..bila nak bagi kunci ni encik developer. Saya tgk umah tu seme da siap. Apa lagi nyer. Gaji pun da 2 bln potong ni. Cepat la..cepat la..cepat la..
Nak buat housewarming pun tak sesabar gak ni. Memacam da plan dlm pala nih. Ehihihi.

Oke la. Nati petang2 baru smbg ceritera ya.

Cik Crab

Bz amat la plak dohari (dibaca : 2 hari) tak bkk blog.
Byk da tertinggal citer kengkawan kat dashboard.
Nak citer jugak ni. Tp nyer da lewat mlm sgt.
Maka letak gambau je lah dulu.

Sukaaa... dpt makan cik krab walo pun tak se 'kick' cik krab Bagan Lalang.
Nati ai citer lebey lanjut lagi pasal cik krab ni yaw.. hiw hiw hiw

25 November 2011

contest'jom raikan cinta sempena ANNIVERSARY'

Link Contest : Eka

Eka buat contest lah!. Maka sbg kakak yg menyokong penuh usaha beliau, maka harus join. 
*ye, saya mmg susah nak join contest/GA ke apa (tp saya suka organize menda2 tu - suka nak bagi adiah ke org. Hihi), tp utk sayang2 saya ni, saya join..tanda sokongan. Lps tu plak kalo contest ala-ala lucky draw tu mmg awal2 saya jarang join. Sbb - tau mmg tak lucky. Haw haw haw. Bukan mengalah, tp prefer contest yg ada karang mengarang dan perlukan idea ni - walo hakikatnya bkn la banyak nau idea ni budak stoberi ni*

So, jgn byk cakap. Ni bkn entry aku. Ni entry utk Eka. Sebelum belum tu, akak ucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan utk Eka dan Suami. 2 tahun telah dilalui bersama, dan moga tahun ketiga ini akan ada "cahaya" yang mengiringi perjalanan kamu berdua. Insyaallah.

Eka suh jawab soklan dulu. Meh kita jawab :
1-pasangan ini akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 2.
2-mereka akan sambut di Korea
3-sila cadangkan destinasi bulan madu yg WAJIB dikunjungi pasangan ini ...

Oke ini lah cadangannya. Walo Eka nak ala-ala backpackers, apa lah salahnya akak memberikan cadangan ini. Mmg la kalo diikutkan bleh membuatkan bajet berlari2 anak. Tp takpe kot. Once in a life time. Ecewah. So, mari tgk apa akak cadangkan ni.

Kata honeymoon kan. Maka, marilah kita bersantai - santai begini.


Disatu tpt yg serba membiru serta mendamaikan.


Ada bilik yang indah. Kata gi utk honeymoon harus la tpt yg jauh dari hiruk pikuk kota. Owh... syahdu...


Bilik begini pun oke sangat. Siap ada ruang tamu. Melihat keindahan alam ciptaan Tuhan. Bayangkan waktu malam kita bersama si dia yg kita cintai di luar balkoni tu.Owh...



Lepas tu rileks bersama dalam bath tub ni plak. Jakuzi pun bleh. Oh. Nyaman neeehhhh..

Nak spa spa pun bule jugee.. Eii..syiok woh!

Lps tu makan eskrem together2 begi. Yallah. Seronok banget ni

Semua tu Eka akan perolehi kalo turut sama dalam cruise ini.


Memang la rasa mahal sbb rega pun starting RM2,555.00 (per pax). Tp kalo simpan sket2 bleh ni. Penat bekerja, apa kata sesekali kita bagi exclusive self treat. Hihi.Utk detail leh tgk sini yer Eka. http://www.starcruises.com/newweb/homepage.aspx

Jadi akak bagi tema sekali utk cadangan honeymoon ni - Exclusive Selt-treat cum Honeymoon.   Oke itu saja


4- tag 2 org : Alamak... tak tag kira macam disqualified eh. Akak tak reti nak tag2 org ni Eka. Seyes. Jadi, akak tag seme yg berkunjung kat kebun stoberi ni utk join. Huhu. Aci tak cam tu Eka? ke tak aci. Huhuuu.. Jadi sesapa nak join contest ni sila lah yer. Adiah bes bes ni. Trus klik ni : Contest by Eka

5- tinggalkan link entry anda di ruangan komen - okes!

*motip aku lak rasa cam telan2 ailiyo bila buat entry ni?? Giler bes kot. Kalo la dpt pegi nxt year. Twehehehe. Kalo camtu, mari setat simpan duit bawah bantal selepas dapat gaji. Tweheheehhee.

Cuti 3 Hari

Cuti 3 ari minggu ni. Sabtu-Ahad-Isnin.
Harus la seme dah ada plan kan?
Memenuhkan hway, berdedai dedai balik kampung, gi kenduri kawen.
Oh. Sblm tu
Imej : Google
Moga tahun baru ini akan lebih baik dari tahun tahun sebelumnya *yupp..mmg cliche bunyinya tu*

Me, masef mmg takde planning kemana-mana.
Eh. Macam tipu je.
Oh. Esuk ikut rombongan bertunang adik mydear. Tu yg aku sebok2 beli bunga pinang tu smlm. Malam kang baru nak godek2 buat sirih junjung nya. Sbb tak bawak tepak, mak aku kata taruk la sedikit pinang, kapur n gambir kat sirih junjung tu sebagai simboliknya. Maka plingggg... *bayangkan terus ada mentol yg bersinar2 kat kepala* - dapat idea nak beli bunga pinang tu sbb aku mmg tau kat mana ada jual dan salu je napak. Tweheheheh.

Lps tu rasa cam nak makan cik Crab plak.
Imej : google.
Haha. Bukan yg tu. Yg tu spongebob squarepants punya.
Aku mahu yg ini.
kredit : here
Yallah hai... sodappp nya cik Crabbb... 
Cadangnya mau nerai ke Jeram plak. Salu duk Bagan Lalang je kan. Lagipun sng skang nak gi sana. Ada LATAR. Twehehehe
Oke. Ni baru plan.

Juga plan mau tgk kucing ni *seme org duk sebuk Twilight aku sebuk nak tgk katon. Naissss*

Imej : google

Sesambil tu igt nak ke MidValley.
Ada Perfect Lifestyle 2011 - maklumat lanjut klik sini - http://www.perfectlifestyle.com.my/
Bes ni. Carik2 idea utk mansion ku yg tah bila tah nak masuknya. Gaji da potong 2 bln dah ni - MOF bayar ke developer pun dah 80%. Oke. Malas nak pikir. Janji aku tau umah tu mmg dah siap.

kredit : here

So, itu je lah. Happy holiday, happy weekend and Selamat Menyambut Tahun Baru kawan-kawan.

*sebenarnya aku takde idea nak buat entry pagi ni, tup2 skali terpikir, nahh....amekaw...siap ngan gambau seme. Haha.

24 November 2011

Pengalaman Pertama Talipon UMobile

Aku kan pengguna tegar UMobile skang ni. Haha.
Ngan bband, ngan MyS2 nyer lah, seme Umobile.
Mmg takde masekelah la ngan Umobile la.
Seronok je layan Cinta Elysa tanpa ada gangguan. Apa ke nama menda tu kalo internet sekat2 tu kan. Buffer ke apa ke tah tu.

Tp lps yg aku kata internet aku tetiba down masa mlm lawan bola sukan Sea tu, aku terpaksa la call meke smlm.
Payah juga nak tembus line deme ni rupanya.
Tp dpt gak la.
So, ckp ngan cust service dia - lelaki.
Ha..bab cust service ni mmg aku salute cust service Celcom la kot. Pengalaman aku time call Celcom mmg aku rasa PR derang oke dan mebi well-trained.
Yg Umobile ni dah la tak kenalkan diri, lps tu memula cam nak taknak je layan.
Aku gitau la apa seme poblem ngan line tu. Pastu dia tanya aku pakai window apa.
Tah, aku pun tak pasti window apa aku guna kat lappy tu. Aku tau guna je, lelain tatau.
Pehtu dia cam marah.

Eh. Budak ni.. kang aku cakap aku pakai window shopping kan baru ko tau kan.
Ko nak marah pasal?
Aku pun tanya la "marah ker?"

Tu dia pun cam cover balik la - tu pun nada cam nak marah. Ek eh.

Dah la asik dok kata "line cik ni oke, aktif, takde masalah bayaran ke apa"
Lor..kalo aku tak bayar, takkan la aku nak call kot. Dah sah2 la masalah kena block line tu. 


Lagi satu agak kelakar sbb dia tnya - selalu cik guna kat mana internet ni yer?
Haha. Dah sah2 la aku pakai bband kan. Harus la boleh bawak kemana2.

Tu mujo aku bkn bisneswoman ke agent PB ke apa ke kan yg surf internet dari memana. Tp aku gitau gak la aku surf dari umah. Lps tu tanya alamat umah. Tu oke lagi. Dia tnya landmark tu tak tahan tu. Tgk dlm derang nyer peta je lah kan. Tp layan je lah.
Jadi agak lama gak la. Aku pun tatau apa masalah ngan line ni. Dia leh connect tp bila masuk internet terus dia tulis 'unable to connect to the proxy'.
Entah la. Biar lah derang settle kan.
Tp lps aku godek2 setting configuration tu dpt la balik.
Tp lps tu DC - connect balik - ilang lagik.

Tah. Aku rasa setting tu kena telan ngan virus tu ari lah.

Apa pun, bleh la guna, tp tu lah.
Acap kali tu kena setting balik kat configuration tu.
Tak larat la.
Ni tgh suh adik IT aku tu tgkkan. Apa lak plak masekelah nya???

Bunga Pinang



Woimakkk..kat kg langgo2 je buah pinang tu. Tgolek2 je beliau. Kat sini amekaw..sekuntum bunga pinang tu berega  rm4. Jadi 2 kuntum bunga pinang n sekuntum bunga kapur n bunga gambir tu jadi rm12 ke 14 tah. Bisnes pinang la kalo camni.hihi

Jumpa Pun Selipar



Refer entry selipar tat sing.

At last dpt juga.

Tp bkn dkt kedai guan spti yg dicadangkan oleh incik nizamsani tu. Hihihi.

Entah mana my dear jumpa.

Kedai jln imbi katanya.

Jumpa masa dia g pos adiah.

Tp bkn Tat Sing ler. Osaki lak.

Osaki pun osaki lah. Tweheheww..

*pasal slipar pun msk blog kan? Choiii..

23 November 2011

Saya dan Satin Shawl Siri Kedua

Twehehehew..

Sapa mau tgk gmbau ku bertudung shawl satin iteww??
Ha...meh tgk meh....

Tp gambo muka beso pinggan tu takdek la yer. Tu xlusif kat FB ja.. mimpi ngeri kang korang kalo tgk gambo tu. So, tgk gambo me wif my dear adik2 ni yer.

Ni diner Malam Mesra Media - meraikan media2 yg byk bantu promo tpt kiterang ni. Contoh cam kengkadang berkumandang sore cik Siti kita "berseri budaya warisan kita...bertatah harmoni alam bangsanya" Itu la opis ai nyer lagu tema yer.

Sbb dgn media, maka tema kami adalah - Tradisional Glamour. Maka harus seme kena lip lap, bling bling, silau silau, color block, kpop - oke merepek dah.

Aku jadi petugas sambutan (protokol), yg tgh tu
kena 'paksarela' dtg and d pinky one - koir.

Me & Habsah - petugas sambutan gak.
Blkg tu tah cemana tetiba ada. Twehehe.

Napak gelang yg cam nak masuk Sunway Lagoon tu,
ada nombor ye - 160. Tp takde luck langsung.
170 naik, 190 naik, 160 je takdak Ong Kim Swee. Hihi.
Aku mmg takde la luck2 nombor2 bertuah ni.

Itu saja. Rasa-rasa bleh dah ni buat tutorial pakai shawl satin tu kan??? Miahahahhhaa........hahahahaaaaa *adeh..sakit perot nak tahan ketawa, idak la wey....mustahil!*

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign