Pages

17 November 2011

Dah Open

Smlm aku tutup jap.
Kelam kabut. Minda tak terjana dgn betul.
Sbb mengesyaki ada 'stalker' yg saiko sdg mencari cari maklumat diri aku.

[wah. ko igt ko retis popular tetiba nak ada stalker bagai kah??]

Beliau mmg bukan antara boipren aku dulu. *wah. antara tu - harus ramai tu. Haha. Biasa la. Anak2 muda - alah. 3 je pun kot. Hau hau hau*
Sbb kalo ex boipren, seme aku add je kat FB tu - saja nak tgk life derang. Haha. Aku yg saiko ni kot nya. Cuma sorang lagi ex aku tak dpt trace. Kpd beliau, tolong lah add saya. Saya nak tau life awak skang, keja mana, anak berapa, rumah beli kat mana, pakai keta apa. Haha. *lagi teruk saiko nyer rupanya*

Tp kawan sekolah lah. Tp masa sekolah tak la kenal sgt. Cuma lepas sekolah - time aku nak smbg degree tah cena ter jumpa dia - lps tu senyap - tetiba aku da keja leh terjumpa plak - secara tak sengaja - lps tu ada hal nya maka tak jumpa balik- skang dtg kat FB plak - haisss...

Smlm petang, terpaksa filter kan seme sahabat2 di FB - yg aku percayai bleh menyebabkan si saiko tu bleh kesan aku - mujur aku mmg dah grup kan seme friend aku kat FB sanun (itu lah penting nya tak ramai kawan kat FB, sng nak filter kalo jadi apa2 hal - 2rat je kawan aku kan - kalo 2ribu - mmg mampuih mokcik nak trace seketoi seketoi)

So, mcm dah oke pagi ni. Jadi aku open.
Biasa la aku. Poyo lebih. Tahpehapatahkan.
Tentah org tu oke je kut. Mungkin dah berubah (tidakk... kata hati aku dia tetap saiko cam dulu. Dah lebih 5 thn dia tak dpt trace aku, tup2 muncul plak. Mintak FB aku kat kawan aku setelah aku reject request dia kelmarin. Eii.. saiko.saiko.saiko).
Moga dia buta IT la hendaknya, tidak menaip nama penuh aku kat goggle tu - kalo tidak mungkin dibawa terus ke opis aku dimana dia leh jumpa segala bala pasal aku - dan termasuk ke kebun stoberi ini jugak. Adoi. Tp kat sini pun dah dilengkapi dgn ciri2 yg tak bleh nak tgk seme entry aku - kan takde button older post kat bawah ni kan. Haha. Kat arkib pun tak bleh tgk seme sbb takde button older post - tu pun kalo dia rajin la nak selak selai selai.

Jadi moga moga takde la dpt berita lagi pasal org saiko tu carik aku.
Fuh..fuh..fuh... seriyes takut walo aku intai profile dia - ada tulis engaged with bla bla bla - eii.. takut gak. 5 thn lepas, tetiba lps jumpa dia aku dpt msg yg kononnya dari 'isteri' dia. Msg je. Lps tu bila aku call dia tak jawab. Aku tau yg dikatakan 'isteri' tu adalah dia sendiri. Guna no lain. Dia ugut2 aku. Lps tu aku kata aku dah hantar nombor tu kat polis. Dan terus diam smpai skang. Hingga lah dia muncul balik. Tak menakutkan ke kalo dah ugut2 tu??

So, moga oke semuanya. Aku taknak pasal ni plak aku terpaksa tutup terus kebun stoberi ni. Takkan hanya kerana si saiko giler tu kut. Negara ada undang-undang kan. Apa2 hal, aku akan terus ke balai polis.

Sekian terima kasih *eh. Aku lak cam saiko - miahahaha - cam Melly si saiko dlm citer Tentang Dhia tu*

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign