Sblm citer pasal majlis tunang satu lagi, mari citer pasal cik Crab plak yer. Pepagi ni, seme cam mood holiday je kan. Meh kita tgk gmbo makanan meh. Tweheheheh...
As planned, akhirnya berjaya jugak aku mengkrab kan cik krab. Miahahaha.
Kali ni aku saja mau nerai ke Jeram Kuala Selangor.
Hanya berpandukan bacaan melalui blog org, kiterang pun ber pergian la ke tpt yg tak penah dijejak tu - Jeram, Kuala Selangor.
Pegi dlm kul 4pm camtu. Dr KL hujan selebat-lebatnya. Masa tu aku balik dr MV. Ada aku jerit2 kat FB. Tp plan harus diteruskan. Lantas kami meredah hujan lebat dan trus menuju ke arah Rawang.
Melalui LATAR. Ye, 2 ari berturut2 duk lalu hway berbagai jenis - dari PLUS, masuk ke LEKAS, masuk ke SILK dan esuknya ke LATAR. Phewww...
Kalo dari LATAR tak jauh dah la. Meh aku guide kan sbb aku tak brapa dpt info lengkap ekceli, cuma aku mix n match kan jer. Sbb tu bleh ter sesat jugak. Haha. Biasa arr kiterang, kalo tak sesat/salah jalan tak sah. Miahahahaaa..
Kalo dari KL, masuk LATAR tu dari Rawang lah. Sblm jumpa pekan Rawang dan tak jauh dari Institut Latihan kiterang kat Templer tu (IKN).
3x bayar tol yg setiap satu nya RM2. Maknanya RM6 lah utk pegi dan RM12 lah utk pegi-balik.
Sempat singgah solat kat hentian tol Kuang (eh. Ye ke Kuang? Ye la kot).
Then kuar kat exit yg paling ujung yg ada tulis Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang n Lumut. Napak gak ujung tu mcm ada hway nak smbg lagi. Mungkinkah ke Lumut?? Wah..sng la bleh lalu Lumut nak balik kg nati. *tetiba, padahal lagi jauh jadinya kalo menyusup lalu kut Lumut tu*
Da exit tu ada traffic lite, amik kiri. Terusss je.. smpai la jumpa T-junction (traffic lite) ujungnya. Amik kiri yg tulis arah Kelang tu.
Memula kami amik ke kanan. Ke pekan Kuala Selangor halanya. Jumpa la segala Bukit Melawati. Tak naik la. Dah nak ujan time tu. Tkpe, lengkali bleh pegi lagi sbb da tau kat mana. Napak juga jalan masuk ke tpt kelip2 tu. Tp tak pegi juga. Sbb bukan bertujuan nak ke situ.
So, sbb da mcm rasa sesat barat - silap2 bleh smpai ke Teluk Intan dan tetiba kang tetau smpai Sg Siput, lebih baik tanya org. Haha. Beginilah nasib org takde GPS yer. MyS2?? Tak bleh harapp... ingat line Umobile smpai ke sana ke?? Line talipon ada la. Tp 3G mmg nehi la. Tekan2 maps tu ada la, tp nak suh dia carik..tak bleh. Huwaaa.. kena beli gak budak GPS nih. PC Fair kan nxt week. Hauhauhau.
Benti isi minyak then tnya org kat Petronas. Org tu kata jalan yg arah ke Kelang. Owhh.. So, pusing la balik. Jalan terussss. Jumpa segala nama tpt spti Sungai Buluh, Assam Jawa dan baru jumpa Jeram. Baru ada tulis Medan Ikan Bakar Jeram kena masuk kanan.
So, nati akan napak balai polis (Jeram) di belah kiri, dan ada traffic lite. Kat traffic lite tu masuk la kanan. Jumpa la Medan Ikan Bakar. Tp aku nak pegi yg salu duk org sesebut iaitu Aroma Ikan Bakar. Dkt situ juga. Mula bajet smpai dlm kul 6 la. Tp sbb da berpusing makan angin secara tak sengaja kat pekan Kuala Selangor, maka dkt kul 7pm baru smpai. Org ramai dah la.
Warna ijau tu signboard Aroma |
Sbb kiterang 2 org je, maka berani walk-in. Tanya akak kedai tu, dia kata ada lagi tpt. Dpt meja bawah khemah org kawen tu, tp tepi pantai. Sbb da gelap mcm nak ujan, maka tiada lah gmbr pantai yer.
So, order lah. Gi amik ikan. Tp ikan adalah besau besau. Maka ku amik cik Krab 4 eko (sbb itu lah tujuannya), udang 6 eko kut, then sotong. CIk krab ku suruh masak cili, udang - butter prawn n sotong - goreng tepung.
Dah order ujan rintik2 air bergelora turun. Huhu. Tgk air da smpai. Tak lama pastu ujan makin lebat. Smpai sup cendawan n kailan ikan masin n nasik. Berperisa air ujan. Hahaha. Sbb budak tu bawak dulang tak tutup. Aduhainya pun. Malas nak kata apa2 dah.
So, tunggu kami nyer seafood smpai lak. Tau mmg lambat dan sila bersabar je la kan. Sbb kalo kat Bagan Lalang kiterang salu da order sesiap n bagitau makan kul brapa. Jadi duduk je trus la makanan smpai. So, sini tatau kategori lambat ke biasa bila makanan smpai dlm 40minit menunggu. Leklok ja pas my dear selesai solat *ha...ada surau juga disediakan*. Tp aku rasa cik krab tu tak panas sgt pun. Kalo baru masak sure panas kan. Takpe lah. Malas nak bising2 jugak. Makan je. Dah dtg jauh2 kan.
Puas makan ketam. Sorang 2 eko. Tp nyer, tak berapa nak kick. Kick lagi ketam kat restoran kita makan kat Bagan Lalang tu. Apa tah nama kedai tu, Senandung Malam ke apa tu. Itu mmg sedap giler kot ketam masak cili dia. Harus kena repeat ke Bagan Lalang gak. Tatau bile. Anniversary nati mebi. Eh..?? Hiwhiwhiw. Rasa2 ada lagi tak hotel time tu?? Shah...tolong booking lagi bilik LKIM bleh?? Twhehehehe.
Tapi butter prawn mmg sedappp... ini diakui. Mmg menjadi la. Salu kan org buat butter prawn ni dah jadi cam apa je. Tp ni mmg oke. Terasa la butter dia di celah2 udang tu. Sedap - Recommended.
Sotong goreng tepung. Oke. Sedap. Macam kat sana gak. Tp sana lebih crispy kut. Ke ni pun sbb da berperisa air hujan. Kuikuikui.
Nak amik pepahat, tp aku tgk list dia situ sepeket RM40. Oh nyer. Tak bleh beli sesket. Tkpe lah. Mujor pun tak amik kan. Kut tak..jenuh nak abis kan. Yg ni pun mcm nak ter muak nak abiskan. Miahahaha.
Tgh makan dtg sorang makcik jual kepek. Kesian plak rasa. Lalu terbeli.3 peket seploh inggit. Oke la kut. Cam kesian sgt tgknya. Ni pun smbil tulis makan kepek pisang yg beli tu. Sedap! *autopublish - tulis ptg Senin, publishnya pagi Selasa*
So, itu saja lah. Nak pegi lagi ke?? Entah ek. Tnya tukang dreba, dia kata prefer ke Bagan Lalang. Sokay.. nak makan cik Krab kat Bagan Lalang je lah yer. Sama je lebih kuang jauh dia. Tp ni dkt sket la sbb ada LATAR tu.
Oh. Lupa rega seme ni RM77.40. *ye, tak tunjuk resit lah. Usah risau, tp sama je kan dgn aku pamerkan rega dgn tunjuk resit. Twehehehe. Lawak MLM jadinya*
Rasanya ketam tu lah lead - RM34.90. Pun aku tatau mahal ke murah tah. Salu makan reramai, ni makan 2 org, sure rasa cam mahal kot. Entah! Lantak la. Malas nak pikir.
Terima kasih atas komen anda :)