Aidiladha is just around d corner.
Kejap btul. Rasa baru je lagi menyambut Aidilfitri.
Sebut pasal Aidilfitri, masih teringat2 lagi 'tragedi' yg terjadi.
Kata org, air dicincang takkan putus.
Begitu lah hubungan sesama saudara.
Tapi aku ni, entah lah. Mungkin silap aku ni mmg tak boleh dimaafkan oleh saudara sedarah sedaging aku.
Kesilapan hanya kerana menegur dia tak membantu di dapur sewaktu kami seme sebok nak buat BBQ malam kedua raya.
Dia mengamuk marah bila aku panggil dia ke dapur masa dia sedang menonton tv.
Ke dapur sambil menghempas2 dan membebel2 yg katanya dia dah membantu sebentar tadi.
Aku pun kata, takpe..tak payah buat.
Lalu terus dia masuk ke bilik, mengemas pakaian utk lari keluar dari rumah malam tu jugak!
Aku seolah dipersalahkan semua org kerana itu.
Kakak ipar masuk menenangkan dia, mak aku pun memujuk.
Aku mintak maaf kpdnya kerana tak mahu mengeruhkan keadaan.
Salam dihulur tidak bersambut.
Kakak ipar sempat berkata 'dia dah tolong tadi'. Sinis. Hah! oke la mcm tu. Cuba kalo dulu, sblm kawen, aku melepak tgk tv, mmg panjang bebelan mak aku. Dan kalo aku tak tolong kat dapur sambil akak2 ipar aku ni ter tonggeng2 kat dapur, entah apa la kata dlm hati mereka. Tp kalo dia, semuanya boleh. Oke. Fine.
Aku tatau sbb aku mandi kejap. Maknanya dia membantu hanya sepanjang aku mandi dan aku dipersalahkan kerana mengajak dia membantu di dapur semula. Mengamuk-ngamuk. Ya Allah.
Mlm tu juga status FB nya berbaur kepada tragedi itu. Dan tak mahu mengeruhkan keadaan lagi, aku remove fren. Itu yg terbaik dari menda ni berlarutan kepada perkara yg lebih buruk. Mungkin dia akan cover - itu bukan ditujukan kpd aku, tp kalo aku terasa juga cemna? Itu sesuatu yg subjektif kan. So, tak perlu tgk status dia lagi adalah perkara terbaik.
Air dicincang takkan putus.
Terputus di FB bukan bermakna hubungan sedarah ini putus juga.
Dan esuknya dia balik tanpa bersalam, tanpa sebarang pamitan kepada kami. Benci benar dia pada aku.
Sehingga ke hari ini tiada khabar berita darinya.
Dari emak, aku tahu dia dah tukar no. phone.
Selepas emaknya pindah kembali ke rumah asal derang, aku tatau dgn siapa dia tinggal, di mana rumahnya. Sepatut sebagai satu2 nya waris yg ada di KL ni, aku harus tahu tu semua.
Tapi, dia mmg betul2 nak berkerat rotan nampaknya.
Mungkin dia betul2 membenci aku. Mungkin dia pun tak anggap aku ni waris nya. Hanya benci yg ada untuk aku.
Apa pun, satu yg pasti, aku tau dia masih mengambil tahu kisah aku. Masih membaca blog ni, dan ini jelah medium terbaik utk aku sampaikan pada dia yg aku sebagai ibu saudaranya, adik kepada ibunya, amat2 menyayangi dia. Tak pernah terlintas di hati ini ingin menyingkirkan dirinya dari hidup aku. Manakan tidak, setiap inci darah yg mengalir dalam tubuhnya adalah dari darah yg sama dgn aku.
Seringkali aku tertanya-tanya di mana dia tinggal. Macamana kesihatannya. Aku tau, dia adalah tanggungjawab aku. Kalo sesuatu terjadinya pasti org akan cari kami, waris terdekatnya. Tapi adakah yg tahu kami warisnya. Entah2 dlm phone baru tu pun tak disenaraikan nama kami.
Ani,
Sekiranya masih ada dendam, Cu harap kamu buangkan lah jauh2. Cu menegur bkn utk bergaduh. Utk kebaikan. Kita bukan budak kecik yg masih belasan tahun. Sudah boleh berpikir mana yg baik mana yg buruk. Salah sangat ke, terguris sangat ke hati tu dgn teguran tak ke dapur tu?
Entah la. Kalo bbetul kamu nak berkerat rotan ngan Cu, betul2 nak membuang Cu yg anggap kamu sbg anak ni dari hidup kamu terpulang. Tp Cu tak pernah tak terpikir pasal kamu. Cu tau kamu ada kawan kat sini, tp kawan hanya kawan. Jangan sesekali kamu akan ingat saudara sedarah sedaging ni mmg tak berguna utk kamu.
Sempena hari raya Aidiladha yg menuntut pengorbanan ini, Cu mintak maaf atas segala yg berlaku hari tu. Kalo kamu still tak boleh terima Cu sbg ibu saudara mu, terima lah maaf ni sebagai seorang yg lebih dari tua dari kamu.
Cuma, apa pun terjadi, ingatlah ikatan persaudaraan ini takkan terputus.
Terima kasih atas komen anda :)