Pages

28 November 2011

100 hari

Citer 100 hari ni betul2 menginsafkan lah.
Retu da penah kuar dah citer ni, tp tak dpt tgk bebtul.
Ari ni tadi pun idak la dpt tgk bbtul, tp oke la dari yg retu.
Sedih pun yer jugak. Meleleh air mata gak la masa scene Zulhuzaimy pandang isteri ngan anak2 dia sblm dia accident n meninggal. Sbb dia tau, dia akan meninggal. Dia bleh rasa dari 100 hari tu lagi.
Sedih sbb terus teringat arwah ayah yg meninggal secara tiba-tiba. Kalau lah kita tau kan... entah la.. tu seme Allah dah tentu kan.
Tp citer tu mmg bagus lah n Zulhuzaimy mmg sgt menjiwai watak tu.


So, meh google tanda-tanda 100 hari sebelum kematian. Di copy dari 


Saat-Saat Kematian

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
Tanda-Tanda Saat Kematian
a) 100 hari : 
Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : 
Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : 
Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : 
Mengidam makanan.
e) 5 hari : 
Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : 
Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : 
Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : 
Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.
i) Saat akhir : 
Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan)

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.   

***** Bila Malaikat Mencabut Nyawa ******
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan  masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang  kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya  melalui kedua-dua telapak  kakinya sehingga sampai  kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat  yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai  ke perut dan kemudiannya mereka  keluar. Datang lagi  satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari  perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang  lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh  dari dadanya hingga sampai 
kekerongkong dan itulah yang  dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka  malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang  beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa  kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah  kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka  Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."  Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah  lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh  orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari 
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan  kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini  telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada  Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang  bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin. 
 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 
 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 
 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut 
     kehendak mereka. 
 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi 
     dan tidak di langit sampai hari kiamat. 
 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak 
     misik. 
 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa 
     berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid. 
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.


*Kalo pikir2 balik, perhalusi semenya mmg rasa takut sungguh la nak menghadap kematian ni. 

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign