Pages

3 November 2011

Cuti Cuti Cinta HK : Shopping

Aku mmg tak berkesempatan nak soping sgt. Masa terhad.
Yg aku sempat pegi :

Ladies Market
Ni kat area Mongkok. Nak pegi amik tren ke Mongkok (line TWL) - Exit D3. Tpt dia sebijik Petaling Street. Kat sini kiterang beli t-shirt je. Souvenir mmg tak beli kat sini sbb da reserved utk beli kat Stanley. Lagipun cina yg duk sblh aku masa dlm flight tu da gitau, kalo souvenir better beli kat Stanley. So, kat sini dpt t-shirt je la. Depends pada cara kita deal. Aku dpt t-shirt HongKong kat satu gerai, 5 helai - HKD100. Satu lagi gerai, 6helai- HKD100. Selain tu aku beli blouse + t-shirt (yg aku pakai gi Disneyland tu) dgn rega 50dolar. Ini oke la kut. Lps tu baju utk "cik Situ" aku. Hihiks. 20dolar.
Tpt dia panjang. Tp tu lah. Selain sama cam Petaling Street / downtown nyer barang, takde la murah sgt pun.
Oh. Dia bkk malam. Dari kul 6ptg smpai kalo tak silap aku dlm kul 9 tu kut. Sbb sana kan kul 6ptg pun da cam malam.
Mongkok - ada wayang rasanya tu.

Stanley Market
Ini agak jauh sket. Amik tren TCL. Kalo kita ada kat area TST, interchange la kat Lai King and turun Hong Kong. Pun aku rasa turun Central pun bleh, tp nak senang turun kat station Hong Kong je. Kuar kat exit D. Bawah tu ada cam stesen bas, naik bas 2 tgkt no. 6, 6A atau memana bas yg ada tulis Stanley lah. Mmg last tpt turun dia Stanley. Naik bas ni jgn takut sbb nati kat screen ada tulis nama bus stop yg bas tu nak berenti.

Swipe Octopus Card - 7.90 dolar tak silap aku utk ke Stanley. Tp seronok wes. Sbb dia cam area Balik Pulau, Penang tu. So, naik bas 2 tgkt, napak pemandangan cantik. Napak gak beach. Repulse Bay. Maka, tak dpt naik Big Bus Tour takde la terkilan sbb naik ni pun cam lebey kuang je. 

Turun bas, lintas jalan. Nati ada la byk bazar2. Ramai pelancong omputih kat sini. Kalo nak beli souvenir, mmg sini la tpt  nyer. Byk.  Bes!
Tp sbb nak kejar masa, tk byk aku beli.
Just beg2 sulam utk bebudak opis. Beg utk mak n mak mertua.
Gelang2. Fridge magnet leh aku beli 3 ketui je. Amenda tah.
Lps tu keychain dpt la 2 set tu 120 dolar. Mean satu 60dolar. AKu malas nak pikir dah. Oke la kut tu.
Lps tu gedik beli cheongsam. Aku pun tatau bila thn aku nak pakai tah. Tp sbb murah. Takyah pikir pjg lah. Amik je. Dpt 88dolar. Convert je la ke duit Malaysia. Lebih kurang 40ringgit je. Mustahil tak amik kan. Hahah. Beli gak lukisan yg pada aku murah banget reganya. HKD90. Nati leh letak kat ruang tamu umah  baru khenn... Hikss.


Citygate Outlet.
Ini mall yg jual2 barang branded terus dari factory la. Cam kat Bandung tu la. Kan byk outlet2. Nak pegi pun senang banget. Sbb aku dari Disneyland, maka turun kat stesen akhir yg lepas Disneyland (Sunny Bay) tu. Stesen Tun Chung namanya. Kuar je mmg trus masuk mall. Whoaa.. mula meleleh ailiyo kan. Jalan2 ternapak lak kedai "jurulatih". Memang letih la kan napak kedai ni lps org duk war war kata mmg murah berkali ganda dari Malaysia.
Lagi plak ada clearence stock. Makanya.... ahah! hahahaha. Sbb tu aku reserved tpt ni paling last supaya time tu mmg time utk meng clearance kan bajet2 yg ada. Hikss... kang susah lak nak tukar2 duit kat Malaysia kan. Hahah.
Kedai2 sini kira yg mmg kita mampu milik lah. Kalo nak yg terlebih mampu, leh pegi Harbour City tak silap aku. Tp aku tak smpat pun ke sana. So, kalo pegi ke HK, jgn lupa singgah Citygate ni. Dia pun dkt ngan airport, sekiranya ada seorang yg gamble, bleh gak singgah before nak naik flight.

SASA
Ada yg kata kat SASa ni lagi mahal dari stgh tpt yg jual perfume. Tp aku borong je perfume situ. Eh. Tak la borong sgt. Tp Sasa ni ada byk. Maka, masuk je la survey. Aku tak beli pun utk diri sendiri. Sbb aku tgk lebih kurang sama je dah kat Sogo. Perfume pun dah agak murah skang ni kalo kat KL pun. Sbb kan last year nyer bajet kata perfume seme tu takde tax apa ke tah tu. Mungkin sbb tu rega pun da murah. Jadi aku nak tggu bln 12 nati je beli kat KL.

Lelain tpt soping aku tak sempat nak jelajah. Tp Stanley Market tu bes. Citygate pun bes. Jadi, slmt bersoping!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign