Pages

Showing posts with label tudung. Show all posts
Showing posts with label tudung. Show all posts

28 July 2015

Inner / Anak Tudung Arzu

Ini cerita before hari raya. 
Nak mencari inner yang selesa.
Sebab sebelum ini, saya bukanlah pemakai anak tudung/inner.
Ha... cemna tu?
Kalau tudung/shawl yang jarang, saya terus pakai tudung Ariani yang saiz kecik tu (mini).
Nama nak pakai anak tudung memang tidak.
Ini berterusan dari saya lepas sekolah - masuk U - dan kerja.
Dah biasa dah. Dan anak rambut mmg beri kerjasama tak berselerak keluar.
Cumanya now ni, kena pakai anak tudung gak. Kena. Kena.
Masa gi jualan vendor kat PWTC tu macam tak ternampak je anak tudung yang best.

Pernah baca orang kata inner kat Arzu best.
Jadi, moh la kita pergi kejap. Kang dah raya mana nak cekau anak tudung pulak.
Sehari sebelum cuti, pergi jap KLCC waktu rehat.
Arzu scarf ni ada kat KLCC ngan MidValley je.
kredit : streetdirectory
Dulu penah lah masuk Arzu ni. Masa tu dia kat sebelah kiri Watson. Now dah pindah sebelah kanan Watson plak. Lama dah kot pindah ni. Aku ja taktau. Dedulu Arzu ni harga okay jugak lah. Now, dah boleh tahan dah harga shawl dia. Tak mampu dek non. Yang mampu hanyalah inner nya sahaja.
Tu pun memula dia kata 3 inner RM59.
Bila bayar dia jadi RM62. Aku siap eh, bukan 59? Cashier jawab "tu tak termasuk GST. Dah masuk GST RM62" Dan lepas tu cashier pandang sipi sipi je ke aku like hoi, ko takde duit takyah la beli sini. Haha. Aku je la kot terasa. Tahu la masa tu aku bawak beg pouch bodo ja. Takde bawak handbag bagai kan. Masa tu gak ada mak datin gaknya tgh bayar. Shawl yang beratus2 hinggit. Terus rasa kerdil diri ini yang hanya beli 3 keping inner tu pun tanya lagi kenapa jadi mahal. Hahahaha.
Lantak lah. Ada aku kesah. Asal kita bayar kan. Bukan curik. 
Tapi kureng sket la layanan salesgirl kat sini. Nampak cam selekeh ja mula la tak layan ja. Tak macam Charles n Keith (KLCC gak) tu, elok je layanan dia. Kalau camtu, dari taknak beli pun jadi nak beli.



Sama je kot ngan inner magic. Entah. I is donno sbb ai tak pernah ada inner magic.
Member yang ada inner magic dia kata lagi bes kain Arzu ni.
Beli 2 inner yang macam inner magic tu - biru gelap n kelabu. 
Satu lagi jenis ikat belakang. Belum pernah try lagi yang tu.

Tapi, mmg selesa bila pakai.
Takde la panas ke, rasa tersepit telinga ke.
Tu ari pakai masa raya. Boleh tgk kat gmbr raya pakai tudung biru tu. Memang elok senang nak bentuk shawl yang dipakai bersama inner tu.
Okay lah. Buleh beli lagi lah nanti.

Oh ya. Aku ada beli satu inner neck.
Ni bukan jenis ninja tu. Aku ada 3 dah yang jenis ninja tu. Beli online dari Al Humaira.
Tapi, aku tak berapa minat sbb macam susah nak pakai. Nak kena serelum abis rambut bersepah. Tak suka tau walau dalam inner ke apa ke, aku nak rambut kemas rapi.
Jadi cari inner neck macam jenis tudung Ariani tu, tapi awning dia lembut. Dapat la. Kat pasar malam ja. Selesa juga. RM10 saja. Nak carik lagi minggu depannya tu. Sekali dah takde kedai tu kat pasar malam. Sabo je lah.

12 February 2015

Current Obsession ~ Bawal Maira by Benang Hijau


Obses!
Suka!
Mudah dibentuk.
Boleh pakai pelbagai gaya.
Tak rimas kalau pakai untuk travel.
Sekarang dah ada 8 pasang.
Mungkin akan bertambah.
Harga pun sangat berbaloi.

Mula beli sepasang kat booth dia masa kat VF Matrade last year.
Pastu jatuh cinta. Beli lagi beberapa helai online [link : bawal ruffle]
Pastu beli lagi kat booth dia buka masa kat Stadium Shah Alam last Sunday.


Tekun nya kak oi memilih.
Entah bila lak bebudak BH ni amik gambar ni.
Tau2 dah masuk IG.
Dak Myra yang tag. Huhu.

MyDH pun suka, jd tu yang semangat nak beli.
Tu hari yg beli online beliau belanja. Hikhik.
Beliau mmg rimas if aiols pakai lilit2 shawl tu.
Tapi, kadang dia malas nak cakap apa2.

Suka lah uols.
Tak boleh jadi nih.
Mujur dia tak bukak kiosk/butik area KL nih.
If not.. mmg tetiap minggu la kot ai berkunjung. Muehehe
Jadi, yang ini mmg lah hashtagnya #puanstoberisuka.
Dah 2x kot buat entry :)

p/s: Masa gi kat stadium ni byk betul orang jual aiskrim pasu. Trending kan skrg. Abis dah trend jeruk mangga asam boi. Tapi, buat masa ni takde rasa lagi nak try. Takpe lah. 

14 January 2015

#puanstoberisuka : Bawal Ruffle

Ya..ya.. mmg ketinggalan dah ni.
Lama dah pun orang ber bawal ruffle nih.
Aiols je terlewat.
Tapi, kesah pulak kan. Better late than never omputih kata *tetiba*

Ni kisahnya beli sehelai masa Vendeur Festival kat Matrade tu.
Saja nak menerai. Bila dah menerai, best pulak.
Terus rasa rugi beli sehelai.
Terus order online berhelai helai.
Eh. Takde la berhelai helai sangat.
Tambah 5,6 helai je la.
MyDH kata dia suka je aiols berbawal camtu.
So, mari lah kita menambah koleksi ini.
Tapi, tak buleh byk sangat. Nanti limpahan bawal pulak cam bawal sebelum2 ini.

Ai is suka.
Dah la selesa. Senang bentuk. Murah lak tu.
Ai beli dari benanghijau.com.

Mudah juga berurusan. W.app saja. Elok je layanan.
Dan dia akan check stock dulu ada ke tak kaler kita nak tu.
Ai order 10 helai. 5 helai tu orang punya. Ai punya 5 helai.
Blue Black, Hijau Tebu, Hitam benang pink, Dark Green and Brown.



Kalau beli direct kat kedai dia pun boleh.
Rasa kat Shah Alam pun ada.
Carik kat i.g benanghijau ni [link : benanghijau]

Tu hari, masa banjir, dia buat sale lepas banjir.
Sbb kedainya ada kat Kelantan sana. Wah. Best betul orang sana membeli.

Untuk ini, kakstoberi bagi hashtag #puanstoberisuka.
Nak letak gambar selfie kakstoberi.
Tapi takyah la kot. Dah taruk kat i.g tu hari kan.
Merata rata pulak kan. Udah2 le tu.
Nah ambik gmbr model BH ni je. Comel dan lawa. Dan sedap mata memandang. Hihi.

Memang hakmilik BenangHijau

p/s : Kalau nak tgk cemna cara nak menggaya kan bawal ruffle ni, buleh ke IG tutorial benang hijau. Bermacam gaya yang comel comel buleh buat. Antara contoh nya :
Gaya ni kakstoberi pakai semalam.
Ada diciwikan di IG. Selfie jugek. Hihi.

Ini belum cuba lagi. Isk. Cantik btol model dia.

Ini pun rasanya mudah jugak ni.



13 June 2014

KL International Hijab Fair 2014



Ada sesapa dah pergi?
Mulanya nak pergi waktu rehat tadi.
Tapi, kengkawan semua ada hal.

Takpe lah.
Esok pun buleh pergi.
Apadahal. Dokek yo umah ngan pwtc tu.
MyDH sure tobat lahum takmoh pergi.
Suh beliau hantar je atau drop kat lrt pun buleh nih.
Byk gak seller best yg masuk ni.

List yg bukak booth buleh tgk sini
http://www.klihf.com/exhibitions.html

11 April 2014

Topik Hangat : Isu Tudung

Selamat Tengahari. Eh. Selamat Petang dah pun kot kan.
Ada lagi 45minit rehat. Jadi, boleh sembang2 jap. Pagi tadi pagi ke JPA, Putrajaya. 3 jam kat situ. Discussion. Sampai ofis jam 1.20. Memang 'berat' kepala buat kerja ni. Tp takpe. Saya suka. Maka, saya rasa seronok nak buat kerja nih. Sbb tu nampak segalanya macam dipermudahkan. Alhamdulillah. Moga-moga nati ada hasil yg baik utk organisasi ni (walau, ai tahu je akan ada la orang lain yg dpt 'cdt'. Takpe. Kerja kerana Allah kan... )

Terpikir nak buat entry ni bila rakan se-grup w.app bagi msg camni "Reen..oo.. Reen (dlm grup ni mmg saya Reen bukan Ida mahupun Kekda. Hihi), aware tak topik hangat arini, jawapan mawar fareeda, kalau nak berfesyen, tengok la kemampuan diri"

Hihihi.
Aku ikuti topik ni dari awal minggu tu ari. Walau tak follow i.g Fizo tu, tp tu hari ada aku ter 'selak' jap IG dia. Ada gmbr dia ngan Mawar masa kat KPDNKK tu. Yang gambar camni. Ni aku amik dari laman web sini http://www.currentlife2u.com/2014/04/08/biodata-mawar-abd-karim-isteri-fizo-omar/
Kredit : Here

So, cemna dengan statement tu.

Huhu. Susah nak kata - kalau kata aku setuju ngan statement Fareeda ni, kang mampuih aku kena kecam kata bongkak, angkuh dsb nya. 

Aku tgk, cerita ni melarat sbb dari isu rampasan produk tiruan tu. Lps tu melarat larat larat. Kemampuan la, tudung pendek la, orang gomen je pakai la, makcik kantin la, begitu begini.
Susah nak kata sbb ini adalah kuasa pembeli. Ada permintaan, ada penawaran.
Lps tu ada orang jenis tak kesah nak beli tiruan, ada orang kisah tentang ini.

Aku?
Huhu. Kalau nak cakap, nanti nampak aku berlagak pulak, tp aku mmg pilih barang tak tiruan.
Mungkin nampak cam berlagak kan. Tapi, hakikatnya, aku pegang - biar tak bergaya, asal jangan papa. Buleh faham?. Cenggini la. Cam beg LV tu kan - berlambak kot kat pasaran - gred AAA la apa la tu kan - aku tak beli, sbb aku tahu, aku tak mampu ber beg LV, jadi biar lah aku ber beg Carlo Rino saja. Dah tak mampu kan. Cam kat Rantau Panjang tu hari - beg Coach tu cantik - RM150 saja. Mmg aku berkenan tapi, tu lah, nanti orang tahu kita pakai fake - aku tak suka - jadi, better aku beli beg yg mmg ori - walau brand biasa2 - dengan harga yang sama tu. Biar lah tak pakai Coach ke apa pun.
Itu aku. Jangan laharin atau kecam plak. 
Tapi ada orang tak kesah. Ah, lantak pi lah aku nak beli tak ori pun katanya. Gucci ke apa ke kan.
Husband aku tahu ni. Cam kat ofis ada orang jual tudung awning ni ke, cam Fareeda ni ke, orang tu suruh dia bagitahu aku, kot2 aku nak beli. Tp dia sesiap cakap - mmg aku takkan beli. Mmg la orang akan rasa 'ei, cam bebagus lah sangat bini kau kan'. Lor.. kalau menda lain aku beli, tp menda aku tak suka, takkan aku nak beli kan. 
Cam perfume la. Orang jual 40inggit camtu kan kt online. Ori from Dubai la apa la. Mmg ada rasa cam nak beli tapi kadang aku terpikir, aku rasa kat pasar malam orang jual 20inggit je. Tentah yg tu. Jadi, adalah lebih baik aku pergi terus kaunter dia, beli yg ori. Alah, bukan buat minum. Sebotol tu pakai dekat nak setahun kot. Beli lah time nak Krismas, nak Valentine. Masa tu kan siap dapat gift bagai kan. Atau beli kat airport ke. At least murah la sikittttt.....

Aku ada tudung Fareeda ni. Tak la banyak. Ada aku baca orang tu ada beratus2 tudung Fareeda dia. Dan aku tidak la obses smpai nak tido kaki lima nak tggu kedai tu bukak. Kau nak terai dapat terajang kaki lima dari laki aku, try lah mintak pergi tunggu situ. Haha. Biasa aku beli dari reseller online je pun. Dan harga aku beli tu mmg tak lebih RM200 pun. 
Mmg aku rasa fabric dia kualiti. Bawah awning yg keras tu pun dia letak fabrik lain. Bukan sama atas bawah. Cuma, aku tak tahu la semeter berapa fabric camni. Boleh compare la fabric tu dengan fabric orang jual tiruan ni. Mmg lain. Tapi, tu lah, mungkin aku tak jumpa yg sebijik sama dan aku tak rajin nak ukur jalan utk masuk satu kedai ke satu kedai nak carik yg mmg sama. Nanti macam cerewet giler. 

Tu aku kata, manusia bukan sama taste dan kehendak.
Cam tudung awning pulak - mmg aku pakai Ariani. Mmg penuh lemari aku dengan Ariani (yg aku dah nak let go sbb tak pakai dan tak terpakai). Bukan kata berlagak. No. No. No. Sbb aku pernah beli tudung awning biasa, tk pernah yg elok terletak spti Ariani. Mungkin aku tak tahu kat mana nak dpt yg sama sebijik camtu, dengan harga jauh lebih murah. Alah, aku beli pun masa derang buat sale je. Selesa. Tu je yg aku nak. Bakpe kalau beli sepoloh ringgit pun nati kemot kemot awning dia tu. Mmg ada yg elok, tp tu aku kata - aku tak jumpa yg tu. Dan aku tak rajin nak ukur jalan nak carik camtu.

Orang tiru ni bkn sbb mahal ke murah. Tu Aidijuma (AJ), pun tak la mahal nau, pun orang tiru gak. Lps pada tu AJ keluarkan White Label. Sblm tu Black Label sahaja. White Label ni murah sket. Tak silap aku RM10 pun ada. Tapi, tetappppp la orang tiru kan. Abis cemna? Pada aku, dah ada murah ni, baik la aku beli bebetul brand AJ. Bukan la nak beritahu 'hoi orang kampung, aku pakai AJ'. Idak la camtu - tapi dah rega lebih kurang atau sama, better la beli brand AJ je. 

Shawl pulak. Yg ni aku takde specific brand nak pakai. Cuma, haaaa... cuma, kalau chiffon, aku suka carik kain yg 'jatuh'. Yg ni biasa orang jual dalam 40-60 camtu la. Tapi, ada juga cotton aku beli kat jalan TAR seploh hinggit ja. Mudah bentuk. Aku suka. Jadi, utk shawl, aku tak kesah beli kat mana, just aku cerewet jenis fabrik nya. 

Cuma Fareeda ni, kalau tak kena gaya mmg nampak 'clown' sket la. Haha. Aku ada kenal sorang, mmg buyer Fareeda ori la (eh, mana buleh tak ori, dia ni mmg standed tak buleh tgk orang lebih dari dia. Haha). Udah la tudung tu kalerful kan, baju, skirt pun camtu. Haha. Dia up gmbr dalam FB, Instagram kadang tu rasa cam kesian pun ada. Tapi, lantak la. Pada dia, dah lawa tu. Tudung Fareeda ni aku beli warna safe je. Mau tempik dek laki aku kang kalo beli warna striking tu. Plus, aku pun tak minat kaler ala-ala K-POP tu. Being me yg mmg petite, tudung ni dapat cover dada. Pasal tudung pendek ni aku malas nak komen. Cam dia kata tu la - derang ada je tudung labuh, nak ngan taknak je nak beli. Kau taknak beli, takpe lah, tapi, aku tgk yg tiruan tu pun ada yg pendek gak. Kalau buat labuh, tudung tingkat2 ni mmg nampak buruk. Huhu. Maaf cakap la - nak labuh, kau pakai je la tudung awning biasa, atau bawal tu je. Bawal pun aku tgk ada jugak orang buat selepang, tersembul jugak la dada tu kannnn.... Alah... kalau nak hentam memacam.

Ha, kan dah panjang aku berbicara. Jadi, tu lah. Kesimpulannya, terpulang lah. Kau nak beli yg tiruan - go on. Nak beli yg ori pun go on. Kehendak dan keperluan manusia lelain. Kau tak boleh pulak nak mintak semua manusia ikut kemahuan kau. Dan, aku rasa isu utama Fareeda is hakcipta - jadi, takyah meleret2. Skrg ni orang dah meleret, sykt tu pun dah melatah memacam. Tapi, takpe lah. At least - orang Islam kita dah ramai nak bertudung :)

2 October 2013

Edisi Shawl Situ Sana Sini

Sekarang ramai betul orang jual shawl.
Kalau dah semua orang jual shawl, siapa lagi nak beli?
Haha.
Takpe, kalao semua orang jual shawl, aku lah tukang beli.
Haha.
Mudah benar nak carik orang jual shawl skrg. Kat instagram. Kat FB. Kat Website, blog apa tah lagi lah.
Oleh kerana skrg ni ramai malas nak berpeluh tiak kat jalan TAR tu, baik lah kita beli online sajork.

Aku ada la 2,3 pasang beli online shawl nih. 

shawl warna warni, dua tone


Shawl ni kalau online, lebih untung kalau beli share.
Sbb shawl ni ringan. Beli 3 pun masih dengan kos pos yg sama.
So, nak beli je carik kawan.
Shawl Ezlynn ni aku beli yg NC8.
Share ngan 2 orang lagi budak ofis. Jadi, kos makin murah lah.

shawl riben ringan tak perlu iron
shawl dari Happylifeshoppe

Ni pun share jugak. Bertiga jugak. So, jimat kos di situ.
Oh. Shawl ni bes. Dia wide shawl. Aku beli sebijik corak dalam gmbr tu. Riben riben. Instead of peminat stoberi, aku jugak giler riben. Mostly sandal aku ada riben. Haha. Bebudak sgt khennn....
Shawl ni walau wide shawl, don't worry lah. Takde la besar mana kalau dah adjust2 tu. Just nice je pun ngan aku yg 'petite' ni sbb boleh tutup dada. Ada gmbr kat instagram aku pakai shawl ni g ofis. Suka shawl ni. Tak perlu iron. Ringan. Dan mudah bentuk. Rasa macam nak beli lagi. Tapi... agak2 la kan. Melambak pulak shawl kang.


wide shawl online
shawl by Khaylaa Couture 


Ini plak aku bukan beli online.
Tapi derang bukak booth masa Promosi Hari Raya kat ofis aku tu hari.
Oke gak shawl nih. Aku pakai masa hari raya. Ikut cara yg dia ajar pakai. Then, skang aku ingat2 lupa dah cara nak pakai cam kat atas nih. Payah sgt, lilit biasa sajork.

Satu lagi aku beli loop shawl kat AlHumaira

shawl, loop shawl

Tak pernah pakai lagi sbb kena tgk tutorial dulu. But, sebenarnya oke gak loop shawl ni. Mudah.

Edit. Satu lagi shawl aku pernah beli online. Halfmoon shawl dari Poplook.
Ala2 gini. Tp plain
shawl, halfmoon poplook

Lagi aku beli kat mana ah shawl?
Tak byk sgt koleksi shawl ni. Sbb aku tak suka pakai inner. Magic ke tak, aku tak suka. Mostly shawl kena pakai inner. Dan mmg sejak lepas abis sekolah aku tak pernah ada anak tudung (atau inner yg org skrg panggil. Ala, masa skola dulu panggil sekop je. Hahaha) Aku carik shawl yg boleh pakai tanpa inner. Atau pun kalau susah aku akan pakai dengan tudung awning Ariani (yg pendek tu). 

***ada gmbr mungkin tak boleh nampak sbb amik direct dari Facebook. Kalau FB di block, maka gmbr tu pun nan hado la yea...

23 August 2013

#OOTD : Friday, Syawal 16, 1434

Kah.
Lama tak letak gmbr poyo poyo kan.
Nah. Di pagi yg penuh kesejukan dan kehujanan di Kuala Lumpur ni.
Amik la sekeping gambau #ootd yg poyo.
Org kat Instagram da tgk la.
Ni jaja kat sini plak.
Motip dia - saja nak gitau, dah 16 Syawal baru dapat pakai baju ni. Patut ni pakai masa raya kedua, tp tak jalan mana. Tu pun dah terlupa ada baju ni. Mujo myDH peringatkan. Agak gedobos sbb cotton. 
Jadi, pakai la utk majlis jamuan raya dept hari ni.
Tudung den bertingkek tingkek.


Rakan kat insta kata kaler stoberi. Hihi.
Ye tak ye juga kan.

3 May 2013

Baucer diskaun 15% dari Tudung2U

Kita biasa dengar Maybank2U kan. Ala yg tuan kebun stoberi dok pungpang 2,3 hari ni, tu Maybank2U yer.
Nah...skang meh cuci2 mata dengan Tudung2U plak.

Tudung Bawal Corak Batik
Harga runcit : RM25
Harga Tudung2U : RM18

Utk kaler lain2, buleh g tengok2 kat sini - tudung2u - bawal

Selendang halfmoon chiffon pun ada
Harga runcit : RM38
Harga Tudung2U : RM25



Untuk kaler lain - buleh tgk : Tudung2U : shawl

Selendang panjang corak batik pun ado...
Harga runcit : RM24
Harga Tudung2U : RM15

Dan byk lagi dan bermacam design - leh tgk : Tudung2U : selendang panjang

Inner pun ada, brooch pun ada.
RM7 (pjg 9, lebar 5cm)
Koleksi brooch klik : Tudung2u - brooch

Cara order pun mudah.
Satu melalui online terus dari web ni - masuk cart, atau pun isi form
Bule tgk caranya kat sini - cara order online

Rega pun oke kan. Tapi yg besnya, bagi pembelian sebelum 15 May 2013, anda dpt lagi baucer diskaun 15%. Just mention sebelum membuat pembelian STO2013. Khas untuk pembaca dan pengunjung kebun stoberi.

Siler yer mencuci mata di tudung2u.com :)

21 March 2013

Tak Sanggup Mak.....

Salu je napak Juma ni pakai tudung kat FB.
Mmg aku scroll lelaju.
Gelimattt...mat..matt.. aku terbayang ular berlingkar je. Eiiwww....

Tapi ini cam sweet pula
Ni pun lawo
Ah. Cuci mato je kat aidijuma.com.
Nati gi carik kat concept store dia je lah kalo nak.
Takat ni aku penah beli yg plain dari AJ nih.

p/s : Bulan ni jadi miskin hina dina. Sbb soping2 kat HKK. Nak buat online soping pun payah kalo bank ada 2,3 ringgit ja. Sobsss... gaji dah lambat lagi kan. Sobsss... KGT pun blum lagi. Bulan 4. Sobsss... yg satu lagi tu pun bulan 7. Sobsss....

10 January 2013

Edisi Half Moon Shawl

Sebenarnya aku tak berapa nak pakai shawl2 ni. Aku mudah pakai tudung bawal n tudung awning tu je. Kalo ber shawl tu kengkadang 'pengkritik tetap' kat rumah tu kata napak rimas la apa. Eh. Dia pulak yg rimas kan. Tp mmg betul pun. Kang tak smpat smpai kul 1pm aku dah rimas kat ofis tu. Lagi jadi satu hal lain.

Tp sesekali pakai lah. Ikut mood kata orang tu.
Walo orang kata mudah, tak payah iron bagai, tp bagi aku, tetap rasa susah. Kena mood pagi tu bebtul baik dan ceria baru buleh pakai. Kalo takkkk....
Shawl panjang tu, oleh kerana aku ni jenis tak pakai anak tudung, pastu plak mmg muka aku tak kena kalo pakai anak tudung yg melekap kat dahi tu, maka aku pkai shawl panjang dgn tudung Ariani yg pendek tu.
Mudah je sebenarnya, tp jgn dibuat la kalo nk p meeting ke apa. Nati rimas.
Kalo mmg hari tu takde kemana2. Duk diam je setempat, so then, okay, leh pakai g ofis.
Kalo nak bawak jejalan pun tak penah. Tp g kenduri ada gak la. Walo rimas dan panasss.... ku tahan jebattt... (T___T_

Half moon ni plak, ada la dengar2 gak. Lama dah kut tudung/shawl jenis ni kuar.
Kat Radiusite pun ada. Tp tak pernah nak beli pun.
Kalo google tutorial shawl half moon memacam gaya derang ni buat.

Antaranya begini.

Lawa betul bila tgk derang pakai gini. Tp mmg idak la aku reti pakai camtu gaya.

So, half moon shawl yg aku beli dari Poplook tu, aku pakai style biasa je.
Pakai cam tudung bawal. Pastu kemas2 kan bahagian depan tu.
Cumanya, aku pakai ngan tudung Ariani yg kecik tu lah. Aku mmg kumpul byk tudung Ariani pendek ni. Saja beli masa murah2 dia jual dulu tu.
Jadi, takde masalah nak pakai gi ofis. Waktu kerja. Tak rimas pun. Elok je dia terletak dgn tudung awning Ariani tu. Hihiw. Mix n match la kononnya. 
Tp sebenarnya halfmoon ni bagus gak sbb dia boleh labuhkan untuk tutup dada. Ala2 Dr. Muhaya pakai bila pakai dgn tudung Ariani tu kalo dilabuhkan :)

Sesekali buleh la.. time mood ceria, buleh digayakan. Kalo mood malas... aptb.
Muahaha.

Gmbr aku pakai tu ada aku jaja kat instagram.

9 January 2013

WW : Halfmoon Shawl

Isnin order.
Selasa smpai.

Rabu dah ciwi kan.

*gambar ciwi tak payah papar lah. Tp ada je di sekitar2 ni. Muahaha.

7 January 2013

Nureen Headscarf by Poplook : Tiba tiba

Haha.
Ini mmg tiba2.
Tgk emel dari poplook masuk.
What's new?

Oh. Ada jual tudung plak.
Byk kali tgk yg ni.

Cam nak beli je.
Tp reti ke pakai nih. Beli memahal tak pakai kang sgt rugi.

Jadi, beli yg simple ini je dulu.

Tak penah ada lagi tudung gaya gini.
Rasa kat Radiusite byk kan tudung camni.
Tatau lah kain jenis apa. Belasah je lah. Napak cam senang je dia gaya kan.
Udah la aku ni style tak pakai anak tudung. Kang bersembur2 plak anak rambut kuar.

Mmg tiba2.
Ini bahaya bila boleh bershopping hanya dari tpt duduk.
Haih (T____T)

17 November 2012

Edisi Melilit Tudung

Kredit ; Groupon's FB
Cute kan. Simple je. Nati buleh terai.
Tp awas, silap flip nati jadi kang pakai selimut atas kepala.
Kuikuikui...

30 October 2012

Edisi Setengah Jam Je Out Of Stock

Lama dah berhajat nak beli lagi tudung Mila dari Radiusite ni.
Aku ada beli selai dulu. Mmg suka. Sgt selesa.
Tapi terlewat. Sobs.
Tgk dia update kat FB baru 30minit yg lalu.
Buka je web dia seme dah out of stock.
Kecewa. Sobs.

Takpe lah.
Try gi kedai dia yg kat Rawang tu lah.
Rasa2 nak ke myDH ni melayan neh?
Sabtu ni memacam agenda ada. Yg paling penting, research kena settle weekend ni. Harus!

Cantik2 plak kaler dia kali ni.

Suka!

Suka!

Suka!

Dan Suka!

31 July 2012

Edisi Idea Susun Tudung

Eh. Cop, bukan saya nak bagi idea nak susun tudung.
Saya yang nak mencari idea nak susun tudung.
Eh... pesal lain macam je nih. Tetiba bersaya saya. Haha. Terbaca blog orang tulis "saya" trus rasa nak tulis "saya".
Tp takyah la ek. Too formal. Masuk kebun stoberi ni, kena sempoi2 ja. Belasah je!
So, any idea my lovely friend?
Cena nak susun tudung seelok yg mungkin.
Oke, dulu... entah tahun bila aku ada share gmbr aku susun tudung. Mls nak godek entry mana tah. Jap..
Ha..jumpa.. ini
Dari entry tahun 2009 rupanya. Entry penuh di sini.
Itu tahun 2009. Baru nak berjinak2 dgn tudung Awning. Masa tu mana mampu nak berAriani kan. Yelah, time tu Ariani tahap ratus2 tuh. Skang tahun 2012 sudah.. penuh sendat mendalah tu. Tudung Ariani segala ada. Tudung tu mmg makan ruang. Pulak tu, mendalah ni memanjang ke blkg. Jadi aku buat 2 bhgn, satu dpn, satu blkg. Tp yg tak bes nya, yg blkg tu mmg tak la aku pakai dah sbb tak napak. Apa yg napak je aku tarik. Dulu buleh la buat ikut kaler, skang tak terikut dah. Sumbat ja mana dan (tp still terlipat la, jgn sumbat je kan).

Aku plak tak suka hanger tudung bulat2 tu. Tah, kalo masuk lemari cam pack je napaknya. Aku ni, tudung awning pun aku lipat. Tp ada la cara tak bagi awning dia tu penyek. Buat cam salesgirl Ariani buat time kita beli tudung tu.

So, aku google "cara susun tudung"
Ada uols kengkawan kita bagi idea.

Susun cam menegak tu kan. Begini
kredit : Blog Suri
Tapi wardrobe aku tak banyak drawer. Ada byk compartment. Sbb tu retu, masa ada deal kat MAD tu aku nak beli yg storage gini.

Tp dok sempat... nak beli je tgk dah due..  
Hurm. Kat IKEA pun ada kan.. tp mahai sket la. Tgk cena nati, retu kontraktor tu dah tunjuk design wardrobe tu. 2 bhgn utk letak baju hanger. Satu lagi mmg compartment storage. Petak2 kecik tu. Mebi aku consider letak situ je lah. Cuma, takut tak muat kan.. eish.. tak mungkin la kan. Cam byk nau tudung nya.
Tapi seyes, buntu cena nak susun tudung nih. Tu la.. beli lagi..beli lagi... (tu kata myDH la kalo aku komplen2 tepi tinger dia. Haha)

27 June 2012

Edisi Bawal Crown (Ada Yang Nak Beli?)

[update : hanya selai je tinggal iaitu kaler hijau]


Jadi peniaga tudung plak ke?
Haha.

Tidak la.
Lama dah beli. Banyak gak. Igt nak buat meniaga la kononnya. Tp aku rasa aku bkn ada talent nak meniaga. Amik byk2, lps tu aku sendiri yg amik. Haha. Lps tu bagi orang orang juga. Maka tinggal yang ni.
Normal mode instagram
Hijau - Coklat - Purple - Biru.
Purple itu mmg cantik [dah katanya aku ni peminat purple], tapi aku tak amik sbb aku dah melambak tudung kaler purple. Tp bila aku up kat FB, anak buah aku nak plak. Maka purple tu dah tak available.

Hijau n coklat tu bunga dia cam cekak. Elok atas kepala sebaris je. Cam tudung aku salu pakai tu. Contoh begini. Haha. Nak jugak
Yang purple dan biru tu plak bunga penuh sket atas kepala.

Tapi yang coklat tu dah selamat di jual. Ada yg berminat.



Harga tudung ni RM45 includes pos.
Buat masa ni ada complimentary brooch. Free. Saiz brooch ni sedang sedang. Bkn jenis anak brooch. [mungkin brooch ni nati nak buat adiah GA atau pun contest juga]



Jadi, skang ada kaler hijau n biru je. Tp kalo ada permintaan dan berminat nak kaler2 lain, bagitau lah. Mungkin aku leh dapatkan utk raya punya plak.

So, kut ada yg berkenan emel je yer : cikstoberi@gmail.com

Oh ya, mebi ada yg kata boleh dpt lagi murah. RM20 pun dpt kan. Tp tgk kualiti kain la jugak kan. Yg ni tudung bawal ori n ada jahit tebuk lak kat tepinya. Mmg senang nak pakai dan bentuk. Aku jenis tak pakai anak tudung. Dan oke je dia terbentuk.

22 May 2012

Tudung Awning Lembut Itu

Sebenarnya kan... hihi.. pagi tadi kan... aku dah pun rasmikan tudung "awning lembut" dari Radiusite tu. Haha. Punya la tak menyabar kan. 
Eh. Tu pun sabo la kira tu. Kalo tak, dpt je smlm aku dah nak pakai dah. Sbb masa tu baju aku dah 'in' dah ngan kaler tudung tu. Haha. Apa punya pangai la tah. (T___T).

Tp bawak2 bersabar, so, hari ni baru pakai.
Ngeee....
Percubaan yg agak 'memberangsangkan'.
Just nice tudung ini. Aku sker. Dan selesa juga. Rasanya tak keberatan nak ulang beli. Tp dr Radiusite je la kot.  Sbb kang beli hok lain, tak 'sedap' plak.
Yg ni mmg selesa. Sesuai kalo dibawak gi bercuti ni. Eh...!

Haha.

Gambar??
Huwa... tak payoh la deh.

Aku dah tayang kat FB n Instagram pun. Takyah la nak tayang kat sini. Muntah belahak pulak orang kang. Yg tgk 'live' pun ada kan.
(jadi, kalo nak tgk kat Instagram, kena la find me and follow. Hihi. Aiols mmg aktip ber instagram yer. Hehari mmg ada gmbr dimasukkan dlm tu. Instagrammer addicted dah jadinya. Huahaaa.. kalo sudi, find me - pnstoberi)

Jadi, aku letak gmbr dari Radiusite ni jelah.
Yg kaler ni masih available. Rasa nak grab. Sbb baju raya aku kaler ni. Ngee...


Suka la uols. Sapa muka yg sesuai ngan tudung awning, sila la beli sbb bes!

## masih sempat nak join I ❤ Krabi Giveaway ni. Ayuh... join.. bleh dpt gift dari Krabi :)

17 May 2012

Edisi Tudung Awning Lembut : Radiusite


Cantik??
Yer, model nyer memang cantik.
Dan kerana tu lah gak aku tertarik nak memiliki tudung ni.
Tudung Awning Lembut Mila dari Radiusite.

For the 1st time aku order dgn Radiusite ni.
Hot mcm goreng pisang panas.
Dia iklan kat FB, lps tu buka order, tak smpai sejam mostly dah sold out.
Aku beli yg kaler kat atas ni lah.

Kalo korang kut2 berminat leh gi kat web radiusite ni.
Tp kaler yg cam aku tu, da abis. Hihi.
Nak try plak awning lembut ni. Tatau sesuai ke tak, sbb aku kalo pakai inner cotton pun muka aku jadi setepek leper je. Hihi.

Kalo oke, aku 'mencapub' kan blog yer. If tak oke.. dah.. tak payah..pakai sendiri2 je. Hihi.

15 May 2012

Edisi Tudung Rita Rudaini : Teratak Shamsiah

Tertarik lak ngan cara pemakaian tudung Rita Rudaini dalam drama Teratak Shamsiah kat cerekarama tv3 Sabtu lepas. Cam bes plak pakai tudung camtu kan. Tp berlapis2. Hihi.

Kredit : Porem cari
Haha. Kelaka ni. Sorang tu Che Ah (Diana Rafar), lps tu ada Kiah n Leha. Bak kata Datin tu "what a classic name.." Hihi.
Kredit : Porem cari
Yang ni aku rasa bukan dlm drama tu, tp time dia kat Mahkamah Syariah rasanya. Rupanya mmg style dia pakai tudung camni yer. Mau terai?? Haha 
Kredit : Here

13 March 2012

Hasil Online Kepada Online

Tehehehee.
Tajuk sungguh terhapa hapa dan propa saja.
Setelah dpt cek dari Nuffnang, lambat btul nak di cash out kan.
Amaun tidaklah seberapa pun. Ku peram-peram jugak 2,3 bulan. Sbb terpikir2 nak beli apa. Igt nak beli samting yg 'napak' la. Teheeee.
Ada terpikir nak beli set tupperware. Tp cam eh, tak yah la... 
Lps tu nak beli tudung. Pun cam eh, takyah la.

Tapi sbb bulan lps da gedik2 tgk FB Yanti Collection, trus jadi gulp gulp. (aku beli tudung Fareeda mmg dari Yanti Collection sbb tudung dia cam lawa je tgk - padahal sama je pun ngan org lain-dah tu cpt dia pos. Hari ni ko bank-in, esuk dpt dah. Huhu).
So, bila da gulp gulp tu, kepala otak terus mencerna. Kena beli, kena beli. Tp masa tu kan gaji jauhhhhh sgt. Gaji bln 1 yg awal, smpai nak pitam tggu gaji bulan 2 tu.
Sbb da gulp gulp, maka my dear kata 'guna je lah cek awak tu'.
Dalam hati sayang, tp apa kes nak simpan plak. Igt bleh beranak pinak ke cek tu?
So, ini lah hasilnya.

Sebenarnya pun guna duit aku dulu. Lps tu baru p bank-in cek tu. Rasanya pun smpai reni pun floating lagi kot. Ke dah ada, malas nak check maybank2u.

Hasil online kepada online.
Maksudnya, aku dpt duit hasil online, aku beli barang pun thro online. Kuikuikui.

Lps tu ada la lebihan sket. Maka sambar plak 4 buah buku ni. Secara online jugak. Beli dari - BELI DISKAUN. Pun cpt smpai. Bayar Jumaat, Isnin dpt. Bes kan. Aku siap emel ke dia buku2 aku nak, so dia yg cari. Mujur ada, sbb ada buku2 yg da tak re-publish.
Empat buah novel ni beserta kos pos adalah RM81.00. Ada dulu aku buat entry nak kumpul novel penulis2 yg aku sker. So, novel Anis Ayuni secara rasminya telah hampir lengkap (ada 2 buku lama, tp malas nak carik, tkpe lah). Begitu juga dengan Noor Suraya (eh, ni ada tak lengkap, tp dah baca seme). Lps ni Fauziah Ashari ngan Norhayati Berahim plak.
Empat buah tu. Bacalah kau smpai muntah. Huhu.

Tp ini di top up jugak ngan cek hasil jualan Tupperware.
Yeps... syukur, amaun satu cek hanyalah RM30. Dan baru dpt 2kali. Tp tu lah sumber semangat katanya. Tetiap bulan, jualan maintain dan dpt la merasa 'komisyen'nyer. Tupperware tu pun kira online gak la, sbb ada gak sahabat2 online yg membelinya. 

Jadi, begitu lah.
Hasil Online kepada Online.

Terima kasih. 
Terima kasih.
Dan 
Terima kasih kepada semua.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign