Pages

30 November 2011

Majlis Bertunang : 3 Negeri, 3 Highway

Errr...4 negeri ekceli. Dari KL membawa ke Selangor kuar di N9 dan tau tau udah ada kat Johor. Amacam?? Tp oke la. Jauh perjalanan luas pemandangan ye dok?

Kami berkonvoi dlm 3 keta memula tu. Tu pun jumpa kat tol Senawang. Mula nak suh derang jalan dulu. Tp nyer aku tak kompiden. Kat mana Palong tu?? Memang I've no idea. Harapkan MyS2? Jangan harapp...! Bila check kat maps Palong tu kat Gemas, tp derang duk kata kat Johor. Lagi no idea.



So, konvoi saja. Sampai kat Bahau jumpa lagi 2 keta. Dan perjalanan diteruskan lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Iyer. Aku tau takat Simpang Pertang ja. Lelain tpt mmg tak penah jejak. Maka, perjalanan dirasakan jauh amat. 

Dah jumpa Palong 1 smpai la 6. Rerupanya ada Palong Timur yg beralamatkan Segamat, Johor. Baru la macam owhh... sempadan dgn Gemas rupanya. Tgk signboard ada tulis Muadzam. Eh. Pahang jugak. Owhh..

Bertanggak jap (transit) di masjid Palong Timur tu lah. Palong Timur berapa tah. Solat zohor seme lps tu tetiba ujan melebat giler. Mmg giler giler punya lebat. Aduhainya pun. Maka dkt kul 3 baru gerak ke umah bakal pentunang. Eh. Bakal pengantin kot. 

Oleh sbb aku yg buat sirih junjung, dan aku yg pegang, maka aku kena jadi 'kepala' hantaran. Nak carik org 'lama' da kelam kabut dlm ujan tu, maka hadap je lah. Tp time tu mmg dh dkt nak masuk umah dah. Dgn ujan nya, dgn nak pegang payung, pegang kamera. Tsk.tsk.tsk.

Sebab aku buat mendalah ni, maka aku giler interprem yg ni jelah ye. Hihi.Hihi.Hihi.

Jadi cam biasa lah. Cakap, cakap, diskas, diskas. Tetiba dia kata 'calon pengantinnya mana?'. Seme rombongan kami cam tertanya2. Nak panggil sapa ni. Rupanya dia panggil si bakal pengantin lelaki. Teeheee. Begitu kut adat mereka. Diperkenalkan tetengah tetamu tu. Lps tu dipanggil pula bakal pengantin pompuan. Tp dia tak la duk tgh2 tetamu tu. Huhu. Julung kali kut aku tgk bakal pengantin diperkenalkan.  Selalu, bakal pengantin duk luar je smpai abis majlis. Tk dgr pun apa org bincang. Laki aku dlu  lagi la, duk kat luar, tepi tingkap. Skali dlm gambar kantoi sbb napak dia jenguk kut tingkap. Miaahahhahaaa... 


Juga ada bawak 1% dari duit hantaran. Pun aku tatau adatnya begitu. 


Lps tu baru ada upacara sarung cincin. 


Dan aku bakal mendapat biras pompuan. Yeah.... 


Sebagaimana aku tulis pd entry terdahulu - org bertunang skang mmg klass kau maria jadinya. Pelamin harus ada. Udah trend nya begitu kan. Mujo time aku blum berkembang lagi menda ni.


Setel seme, makan lah. Harus ada sambal apa tu. Sambal tahun. Ta'un. Kurang pasti aku ejaannya.

Lps tu balik. Fuhh... masuk balik seme jalan tu. Sempat beli moktan kat Kopilah.
Berderet keta masa nak balik tu. Igt kut apa, rerupanya mungkin sbb org ramai benti kat tetepi jalan nak beli  buah-buahan.

Hway Bukit Putus tu. Apa dia tulis tu - anda sedang melalui jambatan kedua tertinggi di Malaysia ek? Tk smpat nak baca.


Ni pekan Kopilah ke Bahau tah. Lupa dah.


Kalo pegi lalu kut PLUS. Balik kiterang lalu kut LEKAS, masuk SILK dan smpai lah ke rumah. Kan.. 3 hway dah direntas.


So, slamat pengantin baru eh. silappp.. Selamat Bertunang utk adik ipar ai ni. Dan juga bakal biras ku. Meke juga berada di bawah kementerian yg sama - KPKK. Maka kami adalah kuarga KPKK. Miahahaha.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign