Pages

2 November 2011

Cuti Cuti Cinta HK : Madame Tussauds

Oke dah 2 entry up. Sori la kalo mcm caca marba ja.
Skang mau citer pasal tpt2 menarik or soping2 dulu?
Oke kita masuk tempat2 menarik dulu lah yer.
Hal soping ujung2 bley?? *lagi mau citer panjang2, org da nak muntah kedarah baca pasal HK tak abis2. Mcm gaya pi US je kekdahnya dah ni, padahal HK je kot. Huhu..*

Oke, sblm tu aku lupa la nak citer pasal tukaran wang.
Masa aku tukar retu dapat 100HKD = RM40.30
Jadi tak pening macam gi Indon retu. Masa gi Indon aku da buat list dlm ketas kecik. 
Contoh macam :
10,000 IDR = RM3.50
50,000 IDR = RM17.50
100,000 IDR = RM35.00
Jadi nak beli barang je selak ketas tu. Kut tak bleh lost track time tgh teruja dok soping. Huhu. Byk sgt angka kan.
Tp utk HongKong dolar ni, senang. Bahagi dua je. So, nati bila da ujung2 nak balik tgk2 bajet cam eh, ada  lebih lak, jadi bleh la beli 'jurulatih'. Haaa.... itu nati yer aku citer pasal "jurulatih" ke juruletih ke. Hiks.

Seriyes cakap, mmg tak cukup utk 4 ari 3 mlm. Kalo nak selesa antara 5 ke 7 ari la. So, 2 ari leh soping gegila. Ni terkejar2.

Aku plan nak pegi :
-Disneyland
-Ocean Park
-Madame Tussauds
-Naik crystal cable car di Ngong Ping
-Naik Ding Ding Tram
-Naik ferry/cruise sambil tgk symphony of light.

Tapi 3 bawah tu tak sempat. Sobs. Sedih. Sobs. Harus repeat balik. Sobs.

Oke. So, kita nak kemana dulu? Kita ke Madame Tussauds dulu yer.
Hari pertama, lps check in, solat zohor kiterang kuar balik ke menuju ke The Peak/Victoria Peak. Kat sana la terletaknya Madame Tussauds - yg glamer ngan patung lilinnya.
So, dari hotel tu naik tren ke Central (guna MTR line TWL). Dari hotel aku tu mmg hujung ke hujung la.
Turun kat Central - exit J2, lps tu jalan kaki sket. Lalu kut taman yg namanya Chater Garden. Yg bleh napak bangunan tinggi2 yg cantik nih. Dlm 10-20minit la utk smpai Peak Tram Terminus.


Tak risau sesat sbb ada je signage tunjuk. Lagipun pasti ada tourist2 lain pun yg nak ke situ. Lintas jalan then ada mcm naik bukit sket *kat sini aku respect la ngan org yg bawak anak ngan stroller tu, agak tinggi jugak bukitnya*. Lps tu lintas balik dan jumpa fountain nih. 


Dah smpai la tu.
Beratur la utk  beli tiket.

Tp kalo nak beli tiket kombo tak yah beratur pjg. Tiket kombo consist of : tiket naik tram (return) + tiket masuk Madame Tussauds and naik Sky Terrace. 
Tips : Better beli tiket kombo ni je. Senang. Takyah nak q pepanjang. Rega tiket kombo adalah : HKD210 per pax


So, naik tram. Org mmg ramai, lagi pun aku pegi ni dah nak malam. Dlm kul 5 lebih (igt, malam kat sana start dlm kul 6pm). Lagi mlm lagi cantik sbb nati kat Sky Terrace kita leh tgk view malam Hong Kong. Cantik..
Tips : Kalo bleh bajet time utk naik tram dlm kul 5 lebih. Tp jangan lewat sgt, sbb dlm 9 lebih dia dah tutup utk naik atas tu.

Naik tram adalah bes. Menyenget je napak seme bangunan. Hihi. Tp tak dpt amik gmbr sbb waktu pegi kena berdiri. Sobs...
Tram naik ke Peak ni antara bahan sejarah kat HK ni la. Kat Sky Terrace tu ada la dia citer sejarah2 dia. Kira da over 120years pun tram ni. Kalo tpt kita cam kat Bukit Bendera tu la. 

Smpai je terus masuk ke Madame Tussauds. Tpt ni tak la besar, tp byk patung lilin. Amik la kat seme patung pun takpe. Takde sapa nak marah. Hihi.



Mesti org caption "Lady Gaga n Lady Gagap"
Pirate of The Kampung Baru.
Tgkp puas2 dlm tu, sbb nati tak perlu nak u-turn, sbb since ko da kuar, takde dah nak masuk balik. On d way nak kuar tu tetiba ada grup cina tegur "Malaysia??" 
Skali derang pun org Malaysia la. "Malaysia mana?" katanya.
"Kuala Lumpur". Wah. Sama..sama katanya. Kemain sker jumpa org sama negara. Haha. Tp dia terkejut kiterang gi berdua je. Dia gi 14 org. Huhu.

Kuar je dari situ, aku beli tiket Disneyland (yg valid smpai 25.4.2012). Beli kat sini dapat gift payung. Hihi. Tpt lain aku tak pasti, tp aku baca mmg kat sini beli 2 tiket dapat 1 payung percuma. Ngeee :) 

Tips : Beli tiket Disneyland kat sini je. HKD399/person. Bln 3 aku tgk HKD350, tp bln bila tah tgk da naik woh. Tp apa la artinya jika ke HongKong tidak ke Disneyland kan. Kalo pun jika diconvert duit kita dkt RM200 jugak masuknya, ku pejamkan mata je. Ce kalo kat Mesia rega tu, mati idup balik tak masuk kut. Masuk Sunway Lagoon yg below 100 pun tu da rasa mahai mampuih. Huhu. Oh. Kalo nak tau landmark dia, kt booth tu ada gmbr Mickey Mouse kalo tak silap, tpt dia bebetul lps kuar Madame Tussauds.

Seterusnya naik eskalator ke Sky Terrace.

Nak naik tu, kena check balik tiket beli tadi. Sbb da beli kombo, maka dia tick je la. Sepanjang2 nak naik tu ada byk kedai2. Kedai Crocs pun ada. Tp kiterang tak beli apa pun, kata ari pertama. Sayang nak pecahkan duit lagi. Eceh. Hihi.
Naik smpai yg atas skali tu


Atas tu cam biasa, amik2 gmbr. Cantik. Sejuk. Bes lah. Sbb tu perlu dtg mlm.

Then turun lah kembali kita ke pangkal jalan. Tpt turun bukannya di tpt kita naik. So, nati carik la signage yg tulis exit utk turun tram. Beratur lagik. Hari biasa pun camni, apatah lagi weekend kan.


So, kalo nak dtg sini, tgk website Madame Tussaud ni dulu http://www.madametussauds.com/HongKong/en/Default.aspx
Sbb kengkadang takut ada maintenance ke tutup ke apa ke kan.

Oh. Alamak, tak bleh gak citer tpt lain gak. Panjang dah  ni. Jadi terpaksa gak buat next entry. Sapa rasa muntah kedarah duk baca pasal ni je, sila tak payah masuk blog ni utk 2,3 ari atau pun mungkin seminggu. Haha.

Entry berkaitan :
a) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/11/cuti-cuti-cinta-hk-penginapan.html
b) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/11/cuti-cuti-cinta-hk-permulaan.html
c) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/all-about-hong-kong-persediaan.html


Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign