Pages

Showing posts with label broadband. Show all posts
Showing posts with label broadband. Show all posts

19 May 2016

Mari Try Mobifi

Tak serik-serik lah.
Tu ari dah berkerat rotan berpatah arang dengan YES.
Sebelum tu broadband Celcom dah ku patah2 kan simcard nya (ni citer 4 tahun lepas).
Ni gedik plak nak guna mobifi.
Percaturan tanpa ada review dari memana pihak.
Ku main "lantak pi lah situ, ambik je lah"

Mobifi ni dari Digi.
Nak tgk apa ke benda plan yang ada boleh tgk link Digi ni [mobifi].
Sama lebih kurang function macam YES juga.
Device yang boleh di usung ke mana mana dan boleh di share.
Yang ni boleh share up to 10 peralatan lain (hp, laptop, tab etc).
Tapi lagi byk device share, lagi la cepat kena sedut penggunaannya.


Amik yang 10GB per month sahaja.
Cukup lah tu. Dah la ada phone 2 bijik dah. Itu pun memasing dah 2 n 3GB.
Pastu asben pun dah ada 2GB kt phone dia.
Yang ni sekadar back up semasa bertapa kat rumah 3,4 bulan sok.
Sangap kang bukak laptop tanpa internet.
Nanti tak bleh nak buat entry blog plak kan.

Baru register.
Tak tahu lagi tahap dia cemna.
Nanti baru buleh review.
Paling risau baru guna 2,3 hari dah abis qouta.
Macam terjadi dekat YES dulu.
Pehapa sungguh lah.

Yang ni kontrak 1 tahun.
Sbb existing customer Digi, ada bagi diskaun RM5 sampai 5 bulan. So, bayar RM60/mth. Tapi ada lah GST lah, device fees lah apa lah. Ding dong ding dong 70++ juga.

Gasak lah. Malas lah nak fikir2 sangat.
Layan je lah.....

24 November 2011

Pengalaman Pertama Talipon UMobile

Aku kan pengguna tegar UMobile skang ni. Haha.
Ngan bband, ngan MyS2 nyer lah, seme Umobile.
Mmg takde masekelah la ngan Umobile la.
Seronok je layan Cinta Elysa tanpa ada gangguan. Apa ke nama menda tu kalo internet sekat2 tu kan. Buffer ke apa ke tah tu.

Tp lps yg aku kata internet aku tetiba down masa mlm lawan bola sukan Sea tu, aku terpaksa la call meke smlm.
Payah juga nak tembus line deme ni rupanya.
Tp dpt gak la.
So, ckp ngan cust service dia - lelaki.
Ha..bab cust service ni mmg aku salute cust service Celcom la kot. Pengalaman aku time call Celcom mmg aku rasa PR derang oke dan mebi well-trained.
Yg Umobile ni dah la tak kenalkan diri, lps tu memula cam nak taknak je layan.
Aku gitau la apa seme poblem ngan line tu. Pastu dia tanya aku pakai window apa.
Tah, aku pun tak pasti window apa aku guna kat lappy tu. Aku tau guna je, lelain tatau.
Pehtu dia cam marah.

Eh. Budak ni.. kang aku cakap aku pakai window shopping kan baru ko tau kan.
Ko nak marah pasal?
Aku pun tanya la "marah ker?"

Tu dia pun cam cover balik la - tu pun nada cam nak marah. Ek eh.

Dah la asik dok kata "line cik ni oke, aktif, takde masalah bayaran ke apa"
Lor..kalo aku tak bayar, takkan la aku nak call kot. Dah sah2 la masalah kena block line tu. 


Lagi satu agak kelakar sbb dia tnya - selalu cik guna kat mana internet ni yer?
Haha. Dah sah2 la aku pakai bband kan. Harus la boleh bawak kemana2.

Tu mujo aku bkn bisneswoman ke agent PB ke apa ke kan yg surf internet dari memana. Tp aku gitau gak la aku surf dari umah. Lps tu tanya alamat umah. Tu oke lagi. Dia tnya landmark tu tak tahan tu. Tgk dlm derang nyer peta je lah kan. Tp layan je lah.
Jadi agak lama gak la. Aku pun tatau apa masalah ngan line ni. Dia leh connect tp bila masuk internet terus dia tulis 'unable to connect to the proxy'.
Entah la. Biar lah derang settle kan.
Tp lps aku godek2 setting configuration tu dpt la balik.
Tp lps tu DC - connect balik - ilang lagik.

Tah. Aku rasa setting tu kena telan ngan virus tu ari lah.

Apa pun, bleh la guna, tp tu lah.
Acap kali tu kena setting balik kat configuration tu.
Tak larat la.
Ni tgh suh adik IT aku tu tgkkan. Apa lak plak masekelah nya???

31 October 2011

Celcom Broadband??


Phew. Agak mujur surat masuk tak byk sepanjang aku cuti. Lagipun cuti 2 ari je pun kan. 
Menyelit jap yer.

Tadi Celcom call.
Tanya kenapa aku terminate broadband Celcom tu ari. Haha.

Aku siap ckp ke dia
"jgn kecik ati yer saya ckp kenapa".

Dia kata "takpe..takpe..cakap je".

Akhirnya aku kata
"Celcom lembappppp sgt. Jgn kata nak bukak video clip kat youtube, nak bkk web lain pun loading pun kemain lama"

Dia tanya aku kat mana. Aku kata aku duk tu tak smpai 5km pun dari Menara Celcom tu.
Then dia kata "pernah call tak Celcom kalo ada poblem camni?"

Aku kata penah je. Tp takkan setiap kali nak log in kena call. Suppose kita da beli perkhidmatan ni, mesti la kita dptkan yg terbaik. Asik nak call je, pitam la. Tp ni tak la aku ckp kan.

Then dia tnya aku amik pakej apa. Dia igt aku pakai yg RM48 sebulan tu. Helloo... RM68 tau, takkan ko nak suh up lagi jadi RM90++ ke apa tah tu. Gilos. 

Lps tu tanya pakai apa skang. Aku ckp je pakai UMobile. Mujur dia tak tanya puas ati ke tak. Sbb takat ni da masuk 2 bln, aku masih ber puas hati. Tgk vclip kat utube takde masalah. Bukak web pun takde masalah loading. Sng je.

Paling bes bila tanya ni
"Andai kata nati kita da upgrade perkhidmatan kita, cik nak guna semula tak Celcom?"

Jawapan aku senang je.
"Tak, kalo ada pun mungkin saya nak pakai streamyx"
"Tapi streamyx bukan broadband" katanya.
Pedulik hapa aku, bband ni pun bkn aku guna kat luar. Just utk kat umah je.

So, ko tau dah kan apa kelemahan berokbeng sykt ko tu. Tu aku tak ckp lagi aku geram smpai aku patahkan sim kad tu. Dan kalo dah upgrade ke hapa pun, mintak maaf, smpai di situ je lah percubaan aku. Tu pun cukup bagus aku leh bertahan smpai 2 thn.

Sekian, terima kasih.

13 October 2011

Sebulan Bersama U Mobile

Syabas betee..
Hari ni 1 entry je baru up.
Itu pun hok draft. Tatau nak buh entry apa - publish je yg MyBrain tu.
Oke. Skang kita up lagi satu entry.

Tgk iklan 2 orang cucu bersama neneknya sedang main game di laptop?
Yg nenek dia buat tangan kat dahi tu

Lps tu ada sorang laki nangis ter esak2 lps tgk movie Korea.

Ya..seme tu dgn U Mobile.

Haha.

Ada rupa wat entry utk iklan tak?
Yes. U Mobile sila amik saya utk jadi ambassador.
Muahaha. *Ko pikir ko retis kah??*

Oke. Oke.

Sebulan bersama UMobile.
Setakat ini saya berpuas hati.
Dan my dear juga komen begitu.
Mana taknya.
Petang Ahad lalu, kami layan Edisi Khas kat You Tube - selama 20minit satu edisi pun tanpa gangguan. Tanpa tersekat-sekat.
Itu ari Ahad la. Kalo malam2 dia lembap gak.
Tp tak selembap masa aku guna bband lama yg tanpa ragu2 aku patahkan sbb dah patah hati sgt time tu. Ha.. ko mampu patah kan sim kad broadband?
Geram punya pasal.

Oh. Aku amik plan MB68 - 5GB itu.
Masa aku sign up retu ada promosi.
Jadi bil bulan pertama aku adalah sebanyak ini saja.

Ada waive utk activation fee - RM100
Ada rebate RM20 utk 5 bln
Dan ada waive apa tah lagi dlm RM2.
Suppose aku bayau RM48 la skang - tp bayau RM45.75.

Lps 5 bln nati kembali RM68 la.
Dulu ngan yg aku patahkan tu pun bayar sama. Tp dpt 4GB saja.
Tp lembapnya... Ya Allah... jadinya sekejapan je la kut abis 4GB (sbb aku tak dpt nak detect record).
Yg ni aku leh tgk berapa aku GB aku dah guna.

So, oke la kalo takat2 nak guna utk tulis blog, update FB, masuk gambau, tgk youtube. Kalo nak sedut2 pilem tu, tak dapek la kut.

Jadinya.... harap2 tak ramai beli U Mobile nih. Sbb kalo ramai beli, kang jadi cam bband yg aku patahkan tu. Lembap. Haha.

Oke. Takde lah. Memain je. Kut nak try bleh la. Lagipun dia ada *7-day money guarantee applied for Postpaid Bundle Plans only*


Ni dah puji2 ni harap2 tak de lembap plak pas bayau bil ni kang. Sila maintain yer U Mobile. Takat ni saya masih bleh bagi tabik hormat ke anda.
Sekian.


*Zana, secara kebetulan - kekda mmg nak buat entry kalo da dpt bil - tup2 Zana pun buat entry UMobile gak reni. Hihiks.

2 September 2011

~Pasal Kembali Beronline~

Hihi. Ai kembali bersiaran dari KL. Oh. Da sampai dari kampung dlm kul 2pm tadi. Rancang perjalanan anda. Maka, Alhamdulillah, kami tak stuck dlm kesesakan di hway. Keta mmg byk tapi masih ter kawal dan aku adalah boleh tido dgn nyaman dlm keta. Hihi.

Oke. Skang kembali bersiaran menggunakan bband.

Tak tahannnn.... konon je nak tggu tgk cemna. Takde makna. Smpai KL, rehat2 jap kuar trus Jusco AU2. Tau kat situ ada byk kiosk network provider ni. Digi, Maxis segala ada di situ. My dear pun tau aku kusut kat umah kalo tak bleh nak online, tu sbb dia pun sokong je aku nak amik bband baru.

Pikiaq punya pikiaq try test Umobile plak.

Dia ada 7 days trial. Tu pun ada TnC dia la. Yg penting data usage mesti less than 500MB baru leh claim balik. Tp aku rasa amik je lah. Satu lagi sbb dia takde contract. So, anytime aku leh terminate tanpa garu garu kan.

So, kita cuba dulu ya. Memula mmg lajus la kan. Sok sok mmg mensiput la gaknya. Tp kalo oke sket dari previous bband pun oke dah la. Sbbnya aku amik rega yg sama tp data allowance dia 5GB. Dulu 4GB. Pehtu 5 bln pertama dia akan potong plak RM20. Oke la kut. 

Aku pun bkn pengguna tahap tinggi. Jarang pun tgk utube, dload bagai2 tu. Abis2 pun baca gosip kat porem je. Huhu. Update blog tu yg penting. Sbb aku tak sker nak update dari opis. Unless bosan tahap mencipan.
Jadi, just wait n see. If tak jalan, jgn patahkan plak. Hantar semula ke tpt asalnya yaw.

29 August 2011

~Pasal Pemilihan Broadband Baru~

Walo aku tau tader sapa dah nak baca blog time time nak raya ni, aku nak tulis gak. Huhu. Seme org tgh duk sebuk nak masak rendang segalak kan.
Aku...cam biasa... rendang, rendang la..blog tak lupa.
Oh. Ari ni Senin. Kut ada yg tgh keja, boring2 tu meh la baca entry haku nih.
Haha.

Eh. Apahal cam ketagih suh org baca blog nih??
Oke lupakan.

Hari ni Insyallah, hari terakhir utk Ramadhan tahun ni. Ramadhan pasti akan kembali, tp utk diri kita, ada kah kita akan berkesempatan bertemu dengannya pada tahun hadapan??
Oh. Kalo sempat, mlm ni aku wat entry "konvokesyen Ramadhan yer". Tgk apa yg dpt buat dan apa tak dpt buat sebagaimana di target. Aku mmg tak penahtulis nak target itu ini masa bulan Ramadhan ni (e.g : khatam Quran 30 juzuk bla bla bla) sbb  bila tulis cam poyo plak, dan bila tak dpt nak buat lagi dabel poyo. So, terus ada Ramadhan graduation/convo je lah yer.

Oh. Bkn ni yg aku nak repekkan. Masih lagi berkisar mengenai pemilihan broandband. Kalo dulu aku kata aku nak pilih antara DiGi n P1, kali ni dah termasuk 2 lagi pilihan iaitu - Umobile dan YES.

Umobile tu aku terpengaruh ngan iklan la. Kan duk sebut 'giler laju la, giler murah la'. Tu nati nak tanya lah kat kedai dia.
YES plak tgk Deqlis duk update kata laju.

Hurm. Aku kalo bleh nak carik yg takde kontrak punya, tp postpaid.
Sbb kuwasa lah kan nak pakai prepaid nih. Mmg tak kuwasa. Tepon pun, walo skang da tak guna sgt pun aku malas nak topap topap apatah lagi la kalo bband. Kang tetiba tgh online tetiba disconnect. Oh. Kenot kenot.. takkan nak patahkan lagi sim kad. Ate giler asik nak matahkan sim kad je keroje nyer.

Kalo yg Umobile tu leh tgk kat web dia ni

Dgn rega yg aku bayar pada selekom tu ari - RM68 aku dpt 5GB which ngan selekom 4GB.

Yg YES plak aku kena study dulu lah. Tk berapa nak paham plan dia tu sbb ikut dia tulis tu "pay as you use".

Da biasa online waktu malam, mmg sangap jugak. Bln puasa retu oke la gak, ni pasni da tak puasa, lagi la dabel sangap sbb aku ni tak berapa sker nak tgk TV.

23 August 2011

~Pasal I Am Officially.....~

Officially apa? married??
Haha.

Oke. I'm officially terminated my broadband. Haha.
At last. Setelah beberapa lama aku bertahan.
Dulu sbnrnya lagi teruk lembapnyer. Kadang smpai tak bleh connect langsung.
Tp aku bersabar.
Tp entah macamana. Suatu hari itu. Aku nk online. Tgk dia nyer signal adalah 'very good'.
Tp bkk FB melembap tahap apa entah. Bkn cipan lagi. Penggunaan aku mmg tahap yg mild mild je. Takde download apa2, bkk utube pun sekali sekala (mana nak bkk berkala kala kalo asik hang ajer)

Jadi aku meng geram lah.
Maka aku cabut je simkad tu dari 'rumah' dia.
Mula aku nak simpan, tp kang aku guna gak lagi.
Akhirnya aku zap zap zasss kan saja beliau. Ngeh ngeh ngeh.
Dan tadi. Aku da ke Celcom utk tamatkan riwayatnya bersama haku.
Dah 2thn stgh pun aku bersamanya.
Org Celcom tu tanya kenapa nak terminate? Aku senyum je. Sbb kalo bagitau apa apa kang dia suh tmbh plan la hapa la.

Ekceli dulu aku bertahan sbb aku nak terminate bila aku da masuk umah baru.
Kononnya time tu baru nak amik strimix atau pun Unifi.
Tapi da jadi camni.
Skang aku kena carik bband lain lah.
Tatau samada Digi kah. Atau P1 kah. Maxis mmg takde dlm list. Sorry yer incik Maxis. Bkn aku racist *tetiba*, tp aku rasa tak perlu kut byk2 sgt pilihan. Pening pala aku kang.
Tp cena? oke ke Digi kat area umah aku tu? Alangkan Celcom yg menara nyer sejengkal cuma dari umah aku pun lembss, ini kan pula Digi yg entah di mana2 tu kan.
P1 plak cena ? Ada yg bagi pendapat connection n customer service dia suck.
Hurm. Hurm. Hurm.

Buat masa ni mebi aku tak memerlukan sgt mendalah bband ni.
Sbb da nak raya. Dan balik kg cuti raya lama gak.
Kat umah takde masalah nak online. Kami online secara berjemaah anak beranak (nati kompem rupa CC umah mak aku and seme communicate thro FB je kang).

Tp balik sini sure la aku sangap bangap kan.

Mebi aku nak pakai balik pun either bln Sept or Okt. Ke tak perlu langsung smpai aku masuk umah baru?.
Bleh tu bleh kut. Tp bertahan kah?
Cena nak update blog???
Sbb biasanya mmg aku wat draf sesiap waktu mlm and publish je mana aku sker.
Huwaaaaa.......



kredit : here

4 November 2010

~Pasal Menjilat Ludah Sendiri~

Penah rasa mcm menjilat ludah sendiri. Eiiuwwww... geli kan.
Pagi tadi dah citer pasal sisa2 tertinggal, ptg citer pasal menjilat ludah plak.
Aiyakkk..

Jap..jap..sblm tu..reni suma org hepi napaknya kan. Maklum la esuk cuti. Dpt cuti 3 ari kita yer. Boleh la kita beraya jugak. Aku plan nak blk mlm ni tapi tak jadi la sbb nak tgk TARA mlm kang nak bertolak pepagi lps Subuh la lagi sng. Takde la terkocoh kocoh.

Ok, ni citer pasal bband aku ekceli. Kan aku da menghamuk hamuk kata nak terminate line bband "kesayangan" tu kan. So, konon nak berkerat rotan berpatah arang lah taknak bayar monthly payment dia kan. Dah bebtul nak terminate la kononnya.

Lps tu da survey la pesaing2 dia. Mengkalo nak amik bband lain kena beli balik menatang umah modem dia tu kan. Udah kena beratus lagi. Kuasa la. Kang aku rasa taknak kang aku terminate yg tu beli plak 'umah' lain, kuwasaa...kuwasaaa... kalo buleh beli mcm simkad talipon kan senang.

So, pagi tadi my dear aku dah ejek2 aku kata aku bertahan tak online memalam. Pehtu aku pikir2 balik. Kalo aku tak byr skang, lps tu baru hegeh2 nak byr tgh bulan kang lagi la rugi. So, td bkk je maybank2u. Bayau je lah..byk ckp plak. Nenati bila aku pindah umah baru, baru pikir la nak strimix ke apa ke. Dah. Senyap kau di situ bband. Pas ni dengar la balik aku melenting lenting, menghamuk hamuk marahkan menatang tu. Tp kalo lembap lagi aku rasa aku nak report kat Menteri aku lah. Aci tak?? teheheheheheh...

Sblm tu ber maybank2u tu aku ada menjalankan transaksi online yg lain. Yg memerlukan aku klik klik dan yeahhuuu....your reservation is confirmed. Tehehehehe.

Bukan di Awana. Sbb aku berkira2 sgt nak ke tak, nak ke tak, nak ke tak..skali dah unavailable rega bes tu. Fadan muka!. Ada, tp bulan doblas nati lah. Namo lah. Da dkt nak ke Sabah dah tu. Lagi pun bln 12 ada plan yg aku nak pujok pujok my dear. Yang mana aku rasa susah giler nak pujok tu sbb melibatkan passport antarabangsa. Rugi lah ai, baru ada 1 cop kat paspot ai..ada 2 thn available tu. Tehheehehehe... (eh..my dear da baca blog aku lah..dia kata kalo boring2 kat opis dia bkk blog aku. Hai to my dear - Hai Abang...teheheheh. Walhal kat umah, aku suh baca dia taknak. Kemahin yer).

So, dpt je confirmation lelaju msg my dear suh call (aku mmg jarang banget tipon ext laki aku tu..namo lah, aku cukup segan kalo org lain yg jawabkan). So, dia lelaju la call ext aku. Gitau dia bla bla bla..seb bek tak marah. Sbb tpt tu mmg dia sajes dr awal kan.

Jadi kalo bkn di Awana, kemana agaknya? Meh teka aku nak buat contest ni (tipu!!!). Teheheheh.  Aku nak jugak gi memana on 13hb tu. Tak kira. Tak kira. Itu je date yg sesuai. Lelain dah unavailable dan tak bes bila da start cuti sekolah. Dah start cuti ni bagi la peluang pada org2 yg nak bawak anak bercuti. Kita amik masa tak cuti la.


Bes jugak booking online ni sbb biasanya mmg ada promosi kalo kita booking online. Dpt murah sket. Sng je..igt kan memacam dia nak mcm nak book air-asia tu. Aku ni mmg jumud sket kalo bab booking2 online ni tmbh melibatkan kad kredit. Risau je tersilap caj ke apa ke.

Tatau bes ke tak. Da tgk review kat blog blog org. Ada kata bes. Ada kata tak bes. Alah..aku pun amik bilik superior sajork. So, jgn berangan itu ini. Tentah ngadap bangunan lain jer. Tkpe la..asal dpt golek2 tido atas katil hotel sudeehhhh... teheheheheh...

p/s : pg tadi ada follower baru - AiTotYati dan ptg ni napak da kurang sorang. Tehehehe.. ai know sapa..tp takpe la..ai tak kesah pun sbb ai pun sombong taknak follow blog org kan. Sori la kalo blog ai ni menyemakkan dashboard uols.

29 August 2009

~6 hours journey~

Kalo 6 jam perjalanan dari KL selalunya boleh smpai ke mana yer?
Buleh smpai Penang [Georgetown] rasanya.
Dan kalo laju lagi da nak sampai Kedah kut.

Ha..kalo ke Selatan dan buleh smpai ke Johor.
Kalo ke Pantai Timur bleh smpai mana eh??
Aku tak leh agak..sbb aku jarang2 ke belah sana.
Namun kalo takat Raub tu nati da biasa la.

Eh. Jap! Mau buat announcement kejap.
Aku bersiaran di kg nih.
Menggunakan broadband celcom.
Coverage adalah memberangsangkan.
Walo agak slow..tp ok ajek. Buleh je menulis status di "what's in your mind" di facebook.
Ingat kut tk buleh nak online sbb retu member aku yg berpantang kat kg ni katanya dia nak online pun payah. Nak bukak emel pun berejam. Pun menggunakan broad band..tp tak silap aku menggunakan broadband dari sykt yang berlainan..bukan celcom. Ah..mmg berbaloi2 lah menggunakan celcom ini. Smlm kat hway pun buleh online [my dear berbulu je tgk aku online sedangkan dia tgh penat memandu berejam2. Ahaks! Ampunkan dinda ye kanda..] tp takleh lelama online dlm keta sbb aku da pening..rasa nak meluek pun ada [dibaca: aku tak leh membaca kalo duk dlm keta..bc majalah ke apa ke mesti aku pening nak termuntah]
Kelihatan network abg aku pun ada skali.Huhu. Bes..bes..

Oleh kerana terlalu xcited leh online aku pun amik la gmbr. Syioknya..pas ni raya leh online lah. Huhu. Abg aku pun ada streamyx. Tp, maleh la nak pinjam2 PC dia takat nak updated status kat fesbuk n blog je kan..wat segan ajek.
Jadi kengkawan...guna lah celcom broadband..berbaloi-baloi... Dangggg!!! [harap maklum, promosi ini tidak berbayar]

Ok..back to d story about 6 hours journey.

Perjalanan pulang ke kg aku mengambil 6 jam pada 28 Ogos 2009. Biasanya hanya mengambil masa lebey kurang 3 jam atau jika anda pemandu berhemah spti my dear perjalanan akan mengambil masa kurang 4 jam.
Bayangkan smlm masa terlebih 2 jam .
[tp masih tak buleh lawan rekod terhebat aku masa balik kg raya cina thn 2007 tk silap aku-ada diceritakan dlm blog lama-itu da jadi 7 jam yakni jem di hway start dari tol jalan Duta smpai la nak ke Ipoh-smpai sempat aku mekap2 smbil drive..uii...itu mmg menyebabkan aku serik nak balik sehari sblm raya cina]

Smlm jem adalah amat se 'suck' di KL. Giler..giler..giler...
Dari opis aku hingga ke tol Jln Duta mengambil masa 1 jam 45 minit. Tak tipu nih. Dkt nak 2 jam aku stuck dlm jem.
Biasa dlm 15 minit da bley smpai ke tol tu. Giler...giler...giler...
Paling truk jem kat Jln Tun Razak tu. Sbb keta nak lalu kat bulatan Pahang tu.
Lps tu dpn flat Pekeliling ke PWTC tu da ok sket.
Then masuk Jln Kuching da ok sket.
Naik balik kat Jalan Duta tu dah tersekat2 semula hingga la ke tol.
Nak masuk tol pun jem..seb bek aku guna T n G..pun beratur pjg..tp adalah cpt sbb org hanya meng touch shj.

Masa touch tu da kul 6.15pm [aku dari opis 4.30pm]. Aku bajet leh berbuka di hentian Tapah. Tp kalo da gini kekdahnya..mmg tk smpat. Benti kat Hentian Sg. Buluh-beli KFC- Da ramai org beratur nak tapau [hekk..ada ke patut budak yg jg kaunter tu tanya aku "makan sini ke bwk balik" kang aku kata makan sini kang baru tau..kut ye pun..takkan baru 6.30 dah nak makan kat sini..aku buleh ajek makan kat situ..tp kang..tak memasal lak aku angkut dlm van jenazah. Dangg...!!! ] My dear solat dulu [aku??? MC la..hik..hik] smpai dia abis pun aku tk siap lagi.

Da beli2 tu truskan perjalanan. Benti lak kat Rawang. Kasik incik Atoz berbuka dulu. Huaa.. Kasik dia minum dulu la..kang takyah benti2 lagik. Pun byk keta kat Petronas sini.

Lps tu truskan perjalanan dan makanya berbuka lah incik asben di dalam keta,membaca doa berbuka puasa smbil memandu. Nak gelak aku ha...sian dia. Seb bek la combo kfc yg udang tu ada air sirap..so..berbuka la dulu dgn sirap tu.

Nak benti kat hentian Tg Malim [ke Behrang tah] penuh da keta..suma org tgh buka puasa. Pehtu try kat next hentian. Ni da ok sket. Maka..makan la dulu kepci tu.

Dan perjalanan diteruskan smpai la smpai ke umah jam 10.30pm.

Itulah cerita perjalanan selama 6 jam ku smlm. Giler..giler..giler... Seb bek la bukan daku yg memandu smlm..Org ramai balik kg sbb ujung cuti sekolah..lps tu cuti ujung minggu yg bersambung dgn cuti Hari Merdeka hari Isnin tu. Raya nati entah cemana la...

Owh...dikesempatan ini ingin saya mengucapkan Selamat Hari Merdeka. Mujur tak jadi buat perhimpunan kat Bukit Jalil kan..kalo tak..tak memasal aku pun kena ke sana utk meramaikan majlis. Uhh..no..no...

Puanstoberi: Tahun ni tk ramai org lekat bendera kat kereta..mungkin org lebih tertumpu pada kemeriahan Ramadhan dan Aidilfitri ni kut..emm...

3 July 2009

~salah FACEBOOK ke BROADBAND~

Aku ada entry "serius" nak publish..(kemain la serius)
Tp aku tak de mood la plak nak publish kan.
Jd simpan dulu lah.
Bila aku dh ada mood baru aku publish kan yer.

Kenapa ek..aku rs aku byk modal/idea aku nak labunkan (borak ye..itu bhsa Perak) kat blog ni. Mencurah2 tau idea..tp knpa aku mcm malas je nak curahkan kat blog ni ah. Kat blog lama dulu mmg aku laju je nak tulis. Skang ni mcm nak tulis..tp tak tertulis..aiyarkkk...

Ato sbb skang ni aku ada hobi baru..
A'ah..hobi ke habit tah.
Aku suka tido awai skang ni.
Last week aku tido secara marathon dari 8.30pm smpai pagi (bgn tpt kul 12 lps my dear kejut..ha...kenapa ek dia kejut...hik..hik..
Ala..dia kejut aku sbb suh aku solat isyak..aku pun bgn..amik wuduk..solat..dan boom tido balik)
Ha..tu marathon dari 8.30pm.
Ada gak aku marathon dari 6.30pm..ptg okeh..yg ni aku da terlajak utk solat Maghrib..tp bgn mandi,solat Isyak dan smbg tido.
Ada sekali aku nak tido lewat..main la fesbuk, tgk blog org jap..kul 1 aku tido..
Hah! esuknya kul 7 aku bgn..tu pun mula2 takmo gi keja. Siap ckp ngan my dear aku nak EL. Tp my dear tak kasik..kena la bgn gak..tak buleh bukak mata okeh..aku mandi, solat Subuh (iyer..subuh gajah..) sesiap..gi keja gak..mujur umah sepelaung je dari pejabat. Kalo 2,3 pelaung alamat punch kad merah la ko..sempat..mcm biasa je..takde ter mengah2 berlari nak punch (harap maklum walo opis aku masuk pakai kad..tp still guna punch kad..maklum la..masih menggunakan amalan di zaman batu..gomen katanya..hua hua hua..kutuk opis sndiri).

Ni skang ni aku da ngadap internet dari kul 8 td. Syioknya...my dear takde..ada tugasan luar.. haha..poyos..takpe..aku takyah makan..ptg td aku dh telan KFC.
Ha..ni lagi satu hobi ke habit ke tah.
Aku asik lapo je (tu mula la nak wat spek tu..aku tak ngandung yer..aku tau aku nak peyed da ni..jerawat mcm nak tumbuh je atas dahi aku ni..sakit smpai nak pening aku bila aku tekan).
Tp serius..aku asik nak makan.
Contoh terdekat pagi tadi..aku da beli nasik lemak yg berharga 90sen (sengaja nak tulis rega sbb aku n my dear pelik napa rega dia 90sen bkn nyer singgit..pelik ah...tp apa nak kesah..sedap..ada telur sket,timun 2 hiris..nasik pun ok la..ckp2 tuk aku la. my dear kata tk cukup..beli la 2..baru 1.80)
Ok..aku mkn nasik lemak tu awal pagi (aku da buleh mkn pagi..dulu kul 10 baru aku leh bekpas). Lps tu dlm kul 10 aku mcm da start lapa..mls nak layan sgt..nak beli kuih buleh ajer..ada abg opis ni taruk kuih dia kat floor aku. Kira mcm dia jual la. Tp mls ah aku nak beli.
Pastu dlm kul 11 lebey aku suh my dear beli rojak kat bellamy..lama da tingin..since last week. Lps tu aku ada nak blanja my pren..so suh dia belikan.
Jd..sebaik shj my dear anta rojak pasembor tu aku trus mkn..dan aku rs mcm tak cukup nih..aku perlu mkn menda lain lagi (ha...giler..mau jd tong dram aku ni kang) Dan kesemua isik rojak berharga RM2.80 tu aku mkn (except telur kuning..mmg tak bleh blah la) slalu menda mcm cucur tu aku tak makan..ni suma aku sebat termasuk sayur2 tu..hai..selera mcm apa tah.
Tp lps makan rojak tu aku ok je..takde lak aku nak mkn lagi.

Hingga la ke ptg..my dear anta aku balik dulu..singgah KFC.
Beli set snack plate..ayam yg spicy baru tu ok je rasa dia. Takde la tak sdp. Ramai kata tak sdp..tp aku ok je nak makan..takde la mcm perasa tom yam, kari ke apa ke dulu tu..ini ok je..aku buleh je makan.Slalu ayam 2 ketui tu share sorang seketui ngan my dear..tp kali ni aku mkn dua2 sbb my dear takmo..da mkn memacam kat opis katanya.Dan spti biasa order aku mesti ada chezzy wedges. Aky sgt menggemari mendalah ni. Sbb mendalah ni gak aku penah gado ngan my dear. Ms tu tgh tunang la..dan makan kat rest jejantas hway sg buluh tu. Sesaja pegi nak mkn kepci situ..(aku ada citer rasanya kat blog lama). Chezzy wedges pun sgt la heaven dgn cheese dia byk tuh..my dear mkn 2,3 ketui jer..aku mkn byk..sedapnya...
dan mlm ni (takat aku nulis blog ni la..tatau bila my dear balik kang..) aku tak makan.

Ada org penah momok2 kan aku (aku sker la guna words momok ni..haha) kata nati kalo tak jaga badan aku cpt naik. Ni bila aku kata pas kawen ni bdn aku naik..so kawan aku ni kata la bdn aku ni jenis cpt naik..kena la jaga2 takut ter obes gamaknya..gamaknya la kut..tp aku kata..utk mencapai thp berat aku skang..aku amik masa hampir 30thn okeh..aku tak penah dpt berat ideal ni sejak aku lahir..haha. Iyer..dgn ketinggian aku..dulu berat aku adalah dalam kategori "bukan berat" bila timbang yg ada kata anda kurus,anda gemuk tu..mesti aku kategori kurus. Tup2 skang ni aku da dpt berat bdn ideal. Berat aku sblm kawen 39kg shj..dan masa aku jd cikgu GSTT berat aku 35kg shj (aku igt sbb nak wat laporan perubatan sblm masuk keja mengaja tu). Ms belaja dulu aku tingin amat berat aku cecah 40kg..tak penah (ke ada..kalo ada pun smpai 41kg jer) dan smpai la bln 12 last year berat aku maintain 39kg.

Dan skang..Alhamdulillah..dh ideal ni aku rasa. Apa yg aku kena buat adalah maintain kan berat ni..kena la exercise dan makan secara sihat. Ha..bila aku kata aku kena diet secara sihat msti ada org kata "alah Da..ko dh kurus nak diet apa.." ha..derang ni suka tak paham tau..bkn diet tu nak kurus..tu diet makna makan secara sihat.
Skang ni hehari aku tulis..aku mkn bekpas apa,lunch apa,ptg kalo ada n mlm.
Jadi aku buleh agak la..kalo smlm makan nasik lemak, ari ni tak buleh la makan.. (tp...smlm aku mkn nasik lemak..pg td pun nasik lemak..hancussss! )
Juwita pun masa jumpa aku tu kata aku chubby dan dia kata ok la tu..takde la napak keding. Aku sker Ta..huhu..takde le sekerempeng je kan..body mau cantik kan..err..nak pakai beautiful ke..kasik up sket di bhgn itu dan situ..hehe..

Dan perubahan fizikal tu bkn kat aku je..ia juga terjadi kat my dear aku..dia pun kata ramai tegur dah..huhu..jgn riso ye abg...org lps kawen mmg camtu..dan aku tak segan la kat in law aku..makna aku tau la jaga makan anak dia. Hehe..mmg kat umah aku slalu gak masak utk dia..dan ini juga akibatnya bila kami makan nasik di waktu malam.

Dah arr..dr aku merepek meraban tak tentu hala ni baik aku berenti dulu. Tu tajuk kat atas tu apa kes..takde apa..saje..aku nak masuk facebook lembap ayam sgt..tatau mana salah..b.band ni ke mmg fesuk tu lembap.
Mana my dear aku nih..rasa mcm nak makan sup kat Jln Doraisamy tu je plak...haishhh.....aku takut ngan selera rimau aku nih..

Pnstoberi: ini sebenarnya kesan vit. B complex..aku tau..aku mkn vitamin tu sbb aku tanak bagi aku cpt letih..asik tertido..tp kesan dia aku duk melantak je plak..haduiii

3 June 2009

~bAbY BArU~

Dapat "baby" baru lagi..
Setelah hampir 3 bln aku memikirkannya..akhirnya dpt gak baby baru ni
Ingat sonang nak kuar duit..maklumla kan...aku bkn keja exec2..gaji pun ala kadar je. Cukup la nak menyara diri ni..huhu (sadis giler je ayat)
Gigih ni menyimpan dlm masa 3 bln..haha.. (iye la sgt tu.....)

Ahaks..pertama kali bersiaran dari umah.
Poyo giler ah rasanya..
iyo lah..org suma dh maju dgn broadband,lappy suma..aku baru nak ada kan.

Dulu aku rasa takde kepentingan pun mendalah ni.
Dulu aku tak la rasa bosan giler kat umah.
Dulu aku rasa me goblog dari opis cukup la (after opis hour okeh..tp kalo blog hoping tu ada gak time dh ngantuk2 giler tu)

Tp skang ni aku rasa aku perlukan 'baby' baru ni.
Bosan aku kat umah kalo laki aku keja wiken..atau wat OT ke..
sgt bosan..dan aku mula terbyg besnya kalo buleh ber online

So..skang..main la smpai lebam bijik mata
Aku rs awal2 ni je mcm beruk dpt bunga
sok2 dh takde la tu.
Mcm gak nak masukkan astro bagai tu..awal2 je sebukk..lepas tu tv3 gak ditgk nyer. Pehapa tah..wat rugi je siaran melambak tu. Dulu sblm kawen ada gak tgk Nxt Top Model tu. Skang langsung tak terserempak dh..tatau pun ada ke takde dh season baru ke apa ke. Laki aku kureng la tgk menda2 cenggitu. Tp dia suka tgk tv..which aku lak mmg kureng la tgk tv ke dvd ke. Aku lebey suka surfing internet nih..so..skang leh la surf bagai ye dok..

Tp beruk broadband nih pun asik disconnect je...aku rs dh cukup tgh kl aku aku dok ni..nak bukak fesbuk pun berejam dari tadi..nympah lak aku haihhh,..
dh la..guna je la internet opis sok..lembap ayam...

Jd baby baru aku ni aku namakan cik ceri....sweet tak...?? huhu

Pnstoberi: nak surfing smpai lebam mata apa nya...nak masuk fesbuk pun asik prob loading je..caissss.....


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign