Pages

1 November 2011

Cuti Cuti Cinta HK : Penginapan

Utk penginapan 3 mlm kat HK ni, aku amik 2 hotel berbeza. Nak duk Disneyland hotel tak mampu. Huhu. So, amik  hotel biasa2 je. Utk mlm yg pertama tu aku amik hotel then 2 mlm seterusnya hostel.

Ha..ni yg nak citer ni. Utk hotel first tu oke la. Aku booking direct ngan hotel trus. Aku duk Silka Far East Hotel. Leh tgk kat web ni -
http://www.silkahotel.com/fareast/index.php
Bilik - sempit gak la.
Bathroom - lengkap. Berus n ubat gigi pun ada.

Ni mmg booked je. Dia tak caj dulu sbb nati kadar tukaran wang kan lagi tinggi. So, da sampai baru la swipe card yg guna utk booking tu. Masa aku booked tu rega lagi murah rasanya dari bila da bayar tu. Hotel ni 880HKD tp aku guna byr ikut duit kita - MYR368.
Oke hotel ni. Walo cam sempit dan paling ujung station MTR nyer, tp tak la sesak sgt tpt dia. Tenang je. So, utk org honeymoon aku mmg sajeskan hotel ni. Elakkan la kut duk area Tsim Sha Tsui / Nathan Road tu. Sesak. Pening kepala. Tp kalo korang tak kesah dgn hiruk pikuk kota, oke je lah.
Ala, tak jauh pun nak gi MTR station ngan hotel ni. Sebelah hotel ni pun ada shopping complex nak cuci2 mata. Oke je lah aku rasa. 

Eh. Terbangga tgk ada pasal Malaysia lak kat tv. Hihi.
Pemandangan dari tingkap hotel :)
Check out.

Dan esuknya kami check out utk ke hotel satu lagi- Lucky Hotel. Ha, ni yg aku kata booking kat Agoda tu. Hampagas tul. Aku seboleh2 tak nak duk mansion2 tu. Chungking Mansion ke Mirador Mansion ke apa sbb dari yg aku baca2 tpt tu mmg merungsingkan kepala otak. Aku tgk Lucky Hotel ni takde alamat Chungking Mansion ke apa, tup2 mmg kat Chungking Mansion. Bergego pala otak. Bkn nak kata memilih ke hapa, tp mmg rasa tak selesa.
Tgk kat web ni mmg tergoda la. Almaklumlah, Agoda namanya, takkan tak tergoda kan. 
(Lps aku tgk balik ni  baru aku perasan ada gmbr Chungkin Mansion tu)

Masa nak book ni aku tgk gak review org (Malaysian). Tgk komen oke la. Kata small je. Tp da pegi, ni bkn small, ni dah smallest oi. Mujur aku ni kategori kecik je. Tp kalo org berat lebih 60kg, harus tak muat oi. Giler sempit sgt.

Udah la nak naik lif beratur. Lif tu muat 7 org je. Kat bawah tu penuh ngan org Pakistan, Negro. 

Smpai je pun negro yg sambut. Tak terkedu aku ngan my dear. Haha. Pikiran mula pikir bebukan je. Tgk macam dorm je dia bawak. Ni kalo kena share2 ni aku sanggup burn duit haku n kembali ke Silka Far East tu. Lantak la. Tp mujur bilik sendiri la. 

Tapi tetap tak selesa. Seriyes tak suka. Sempit satu hal. Kat bawah tu sesak2 satu hal. Sumpah tak mau duk situ dah. Tp sblh tpt ni ada Holiday Inn ngan hotel Imperial ke apa tah. Bleh la duk situ, tp aku rasa tetap tak selesa duk area situ. 
Kalo aku letak review kat situ cam kat Cokit bleh kut org bayang kan. Seriyes, rasa duk umah 'ayam' je. Tak lena tido aku dibuatnya. Huhu. 

Makan megi pun atas katil. Mujur ada pantry amik air panas. 

Aku duk pikir mcm bilik org tak bayar sewa je. Otomatik tingat citer Ibu Mertua ku. Kena halau duk bawah kolong sbb tak bayar sewa. Hahahahah. Mmg lawak. Kalo bilik pun sempit, bilik ayo apatah lagi la kan. Mandi mengiring. Miahahaha. Giler lah. Kenot imejin tau.
Dan kalo dtg lagi skali. Maaf, mmg aku tak ke sini la. Ngeri. Scary. Tp mmg murah la. Rega utk 2 mlm ni sama ngan 1 malam aku kat Silka tu. Cuma 1 je yg bes, security mcm oke la. Kat bawah skali tpt tunggu lif tu ada cctv yg kita leh tgk. Jadi org masuk kuar lif, buat apa dlm lif, org leh napak lah.

Sebenarnya takde la apa sgt. Negro2 tu pun oke je. Derang membantu je. Cuma kita cam tak biasa kan. Kalo yer pun bajet hotel, jgn la  napak cam rumah 'ayam' sgt. Kalo kat Malaysia ni aku rasa bajet hotel dia proper la sket. Takde la  bontot pun tersepit kat dinding masa nak naik katil. Haha. Tp mujur ada lcd tv (walo entah apa siaran yg ada. Sadisss). So, kalo nak selesa, ada anak2 skali, amik hotel la. Mahal sket takpe, asal tenang pikiran bila dah letih. Ni nak berebut lif la apa la. Tak sanggup den. 

Jadi begitu lah pasal penginapan.
Kalo nak duk area Tsim Sha Tsui jugak bleh la try Holiday Inn
- http://www.holidayinn.com/hotels/us/en/reservation/roomrate
Ni mmg sebelah je tpt aku duduk tu. Rega pun oke la. Tp kalo tak sker bising2, leh try hotel Silka yg aku duk tu. Tenang sket.

Oh. Nak ke area Tsim Sha Tsui (TST) amik tren line TWL. Berenti kat Tsim Sha Tsui. Dia ada East Tsim Sha Tsui gak, tp tu tren line lain. Yg tu WRL nyer line. Tp dekat2 je seme ni. Lalu kat Subway akan jumpa gak tren2 ni. Mudah. Tp sini la station paling sebok aku rasa.

Entry pasal HK sebelum ni
a) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/all-about-hong-kong-persediaan.html
b) http://pnstoberi.blogspot.com/2011/11/cuti-cuti-cinta-hk-permulaan.html

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign