Pages

31 July 2011

~Pasal Tiada Orang Ketiga~

Namun di sebalik kecemerlangannya di gawang gol, Khairul Fahmi atau lebih dikenali sebagai Apek rupa-rupanya memendam rasa berikutan badai yang melanda pertunangannya dengan Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau Elia, 22.

Selepas pelbagai isu mengaitkan orang ketiga dalam hubungan Apek dengan tunangnya hangat diperkatakan menerusi pelbagai laman web dan blog tempatan, dia tidak lagi mampu berdiam diri.

Jiwanya bergelora berikutan pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya, Elia dan beberapa individu lain. Kelmarin, Apek tampil memberi penjelasan mengenai kemelut yang melanda dirinya.

Menerusi Metro Ahad (MA), Apek menyatakan dia kini nekad memutuskan pertunangannya dengan Elia. Ikuti luahan hati Apek dalam temubual eksklusif bersama wartawan MA, FIRDAUS SAHAT.


Terus terang, saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami.

Bacaan penuh dan kredit : MetroAhad

****
Wah. Tetiba aku bergosip di ari Ahad ni plak. Tetiba kuar kisah Khairul Fahmi  a.k.a KFCM a.k.a Apek putus tunang dlm ini blog. Hikss.
Bkn per. Smlm aku baca kat porem kata da berbaik. Alih2 pagi ni beli Metro tgk kuar citer ni. Front page. Metro katanya. Panas panas gini harus front page.
Aku beli Metro saja nak baca kisah Aleesha Farhana tu, tak ter perasan pun kisah tu. Bila da tgk baru mcm 'ehhh...'

Entah lah. Aku malas nak komen apa2. Byk da org komen memacam pun kan board2 gosip. Apa yg pasti, muda lagi kot kedua-dua ni. Pikirkan tentang karier memasing dulu lagi bagus kot.

Apa pun, igt yg terjadi ni pasti ada hikmahnya. Cuba lambat dgn cepat nyer nak napak hikmahnya.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign