Mmg melambak sana sini strawberry farm kat Cameron Highland.
Udah la lawak. Kat keta aku, lapik tempat duduk tu bentuk stoberi. Boleh plak masa aku nak kuar keta gi ladang stoberi ni, dia terjun skali. Bahahah.
My dear kata nati org tu jual balik.
Agaknya dia napak kawan dia reramai dia pun rasa teruja. Hik hik.
So, ke ladang stoberi kita.
Mmg byk ladang stoberi yg menawarkan 'self plucking' skang ni. Mcm masa aku pegi time 2006 tu, sket je tpt yg leh petik. Kena pandai pilih. Skang byk dah. Cumanya derang guna style deposit.
Memula aku pegi KL (Kok Lim) Strawberry Farm. Yg dkt Time Tunnel Galeria. Kalo naik ikut Simpang Pulai, jumpa Kea Farm, Cactus Point dan akan jumpa tpt ini (sebelum Pekan Brinchang).
Bayar deposit sebanyak RM20 utk 2 org yg masuk ke ladang. Leh petik sebanyak 1/2kilo. Dia bagi kotak plastik lutsinar tu, dia siap tanda takat mana 1/2 kilo tu. Kalo nati dah kuar, tak cukup dia akan tambahkan, dan kalo terlebih bayar RM4 bagi setiap 100gram tambahan rasanya. Kalo tak silap lah.
Duit yg kita bayar ni bkn lah sebagai tiket masuk, tp harga buah stoberi yg kena petik. Kena genapkan 20hengget bagi 1/2 kilo. Huhu.
Duit yg kita bayar ni bkn lah sebagai tiket masuk, tp harga buah stoberi yg kena petik. Kena genapkan 20hengget bagi 1/2 kilo. Huhu.
Takde gunting pun. Petik guna tangan je. Masa aku gi dulu (tpt lain), dpt gunting skali utk petik.
Oh. Ladangnya luas sgt. Dan bleh wat kita rasa gila gila excited dlm tu (aku la kot sbb aku kan giler stoberi).
Dah siap. Timbang
Maka ini lah RM20 yg dibayar tadi yer anak anak. Hihi.
Seterusnya ladang stoberi lagi ada kat MARDI. Tp sini tak bleh la kau nak petik sesoka hati sbb ini tpt penyelidikan. Maka tgk je bleh ya anak anak. Hihi.
Lagi, ari Ahad tu sebelum balik singgah di Big Red Strawberry Farm. Sini pun leh petik stoberi kot. Ke tak bleh? Aku tak pasti lak sbb aku jalan2 je kat sini.
Selepas itu aku jalan2 gak ke Kampung Taman Sedia. Situ pun ada kawasan ladang strawberry. Org melayu punya.
Dah namanya tpt stoberi, harus lah kita tak lepaskan peluang makan eskrem stoberi. Dulu aku penah makan dah eskrem yg berkrim2 tu. Skang aku makan eskrem Malaysia perisa stoberi cukup. Dah naik taraf eh eskrem ni. 1.50 seketoi. Tp beli gak la.
Aku cukup sker eskrem yg ladang EQ Farm ni. Yg dkt dgn resort aku n Kea Farm ni. Oh. Sini pun leh petik stoberi gak.
2 kali aku beli eskrem ni. Skali masa baru2 dtg, sekali lagi masa nak balik. Sedappp.. ada masam2, manis2, masin2. Hihi.
Kalo ikut nak je aku masuk seme ladang stoberi ni. Tp kang kena hamuk2 lak dek my dear. Baek toksah. Tp bes lah. Stoberi yg petik sendiri tu, manis. Bawak turun pun still rasa manis. Idak la masam cam org salu kata tu. Sedap oh. Cicah garam (tetiba kecur.. hik hik)
Terima kasih atas komen anda :)