Pages

13 July 2011

~Pasal Cameron Highland : Tempat Menarik~

Oh. Lately ni aku mcm sker gi tempat2 tanah tinggi eh.
Last year berkesempatan ke Fraser Hill -  1,280 meter dari aras laut.
Awal thn this year berkesempatan ke Kundasang -  3,000meter dari aras laut.
Jalan2 ke Penang bln 2, pun sempat ke Balik Pulau - 630 meter dari aras laut.
Dan latest ke Cameron Highland - 1,829 (wikipedia)/1,524 (MDCH) meter dari aras laut.
*(seme info berkenaan tinggi diperolehi dari hasil carian Google, tidak boleh dijadikan bahan rujukan maklumat yg tepat - kalo ada salah, dipersilakan utk memperbetul)

Namo citer2 pasal tanah tinggi yg lain, just nak citer secara serba sedikit ttg tpt yg aku pegi utk short vaccay kali ini.
Biasa dengar org sebut Cameron, Cameron. Mana dpt nama tu?
Memetik dari Wikipedia,
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Wah. Begitu. Sket punya lama tu. Beratus2 tahun dah.
Dulu mmg Cameron ni sejuk. Tp pegi skang tgk. Berpeluh tiak gak lah kalo nak berjalan2. Kul 6ptg, matahari still terik oh. Tp mujur ada angin2 sejuk je kan.

Mana taknya, byk bukit kena tarah. Nati aku tunjuk yg bbtul dpn resort aku duduk. Haih.

Sbb tu tak setanding dgn Kundasang yg cakap pun leh kuar asap. Mmg bebtul sejuk. Cameron ni cuma malam je la sejuk. Tu pun idak la tahap gigil2.

Apa yg menarik di Cameron. Ekceli byk je yg menarik, tp 1 hari leh abis kot. Duduk bercuti mmg cam bes, tp keja situ tgk. Mati kutu gak kut, eh, bkn mati kutu, mati stoberi kot. Bahahaa. Udahnya kiri kanan, depan blakang penuh stoberi. Tp oke je kut, nak hiburan, nak tgk Transformer 3D turun je Ipoh. Dlm 70km camtu je. Ikut Simpang Pulai dalam. Mujur takde cawangan opis aku kat Cameron, kut tak leh mintak dah. Eh?? Bahahahha.

Antara yg aku google sblm aku pegi Cameron, tpt yg bes adalah :
1) Ladang Stoberi - ada byk stoberi farm yg kita leh petik sendiri. Antaranya :
EQ Farm (ni dkt banget ngan tpt aku menginap)
KL Farm
KH Farm
Big Red Strawberry Farm
dan byk lagi lah.

2) Ladang Teh
ada ladang teh Boh, Bharat

3) Butterfly Farm

4) Bee Farm

5) Time Tunnel Gallery

6) Mardi

7) Pasar Malam Brinchang - Sabtu mlm

Begitu lah. Aku last pegi Cameron ni thn 2006. Agak berlainan sket la. Mcm Big Red tu, masa aku pegi mmg takde. Lelain ada dah. Kira oke la kan, sekali 5 tahun baru pegi. Sebelum thn 2006 tu aku pegi time aku form 1 yakni pada tahun 1992. Humang haih. 

Tpt menginap mmg tak jadi masalah, tp kalo pegi time cuti sekolah mmg kena book awal.
Dan bes kat sini tgk bunga bunga yg gomok2. Geram giler. Haih.
Nati kita citer panjang2 lagi yaw.

Oh. Ada yg mintak map di tepek skali. So, meh nak tepek map. Aku pun sblm pegi, aku print gak map ni. Maklum la. Org guna GPS manual kekdahnya. Hihi.
Kredit : Here

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign