Pages

27 July 2011

~Pasal Mohon Kembali Bersatu~

Rasanya rata rata tau pasal Jimmy Shanley ngan isteri dia ni.
Aku, walo skang ni tak la folo sgt hal2 artis ni, aku tau jugak la sesket.
Dari dia tak sebumbung ngan wife dia tu.
Pehtu dia tau wife dia pregnant.
Dia hias2 umah dia ngan barang2 baby.
Dan seterusnya wife dia bersalin.
Lps tu dia amik gmbr ngan baby dia, tanpa wife dia. Hanya ibu mertua.

So, secara 'prima-facie' je la aku tau kan. Apa disebaliknya aku tatau. Apa yg tulis kat paper, tu je lah aku tau.

Tp citer2 kat atas tu, seme dari Jimmy.
Tak pernah aku tgk Suhaila beri komen balas.

Ni pandangan aku sendiri. Yg aku pikir-pikir.
Sedari awal, aku rasa Jimmy ni mcm da gunakan title artis dia tu.
Sbb dia artis, dia leh dpt liputan memacam. So, macam meraih simpati pun ada aku tgk.
Tp aku takmo andai apa2 pun. Sbb mcm tak adil kan. Napak dia je mcm good good, and wife dia plak mcm bersalah giler. Tp dlm bersalah tu takmo lepaskan plak. Haih. Mmg ada mcm something wrong somewhere.
Bila aku citer pada kawan2 aku, ramai yg kata 'kesian la weh, Jimmy tu, wife dia yg jahat, tak balik umah apa seme'.
So, oke la. Tu pendapat dia, memasing ada pendapat sendiri.

Aku mmg takmo tulis pasal menda ni smpai la Suhaila akan beri komen balas.
So, smlm ada kat paper Metro.
Antara lain Suhaila kata
Saya sudah tidak tahan dengan sikap Jimmy yang meraih simpati mengenai krisis rumah tangga kami di media.

Bagi saya, dia tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa dengan baik. Dia hanya memberikan wang nafkah kepada saya ketika saya mengandung, itupun hanya RM300 sebulan dan tidak cukup untuk menampung ubat dan pemeriksaan lain. 
Sbb tu aku kata, aku malas nak kata sapa betul sapa salah.
Sapa kesian siapa zalim kan.

Tp aku tak bleh blah yg ni. Hahah
apalagi apabila saya dikongkong dan disuruh tidur jam 9 malam dan tidak boleh melayari laman sembang sosial.
Misti dia nak main facebook tp Jimmy tak bagi (dan ajak main ngan dia). Ate, pengantin baru katanya. Tp kalo sekejap tu takpe la kan. Dia nak menuai tanaman dia kat farmville ke, masakan dia da cukup time masak kat Cafeworld ke, nati rugi la markah dia kalo tak selamatkan.  Tp mungkin Jimmy wisau, dia terleka lalu masuk tidonya jam 1pagi. (cam aku dulu masa giler kat Cafe world. Tp laki ai okeh.. dia tak kesah ponn. Hihi).
Aduhainyerrr... part tu mmg aku tak sokong la Suhaila. Tp apa kata org, leh tolerate kot.

Kita tgk lak apa kata Jimmy
Saya mengakui tidak membenarkan dia menemui rakan sebelum malam perkahwinan dan meminta Nursuhaila hanya berehat di rumah, namun dia tetap berdegil.

Tindakannya ingin bertemu rakan menyebabkan saya hilang kawalan dan menamparnya.
See, ada dia penah ckp dlm media pasal ni sebelum ni.
Giler ko, laju je naik tangan. Again. Tak bleh tolerate ke?
Cakap leklok tak bleh, apsal nak menampar nampar.
Atau, lantak pi kan dia situ. Last day kot dia jadi bujang. Pehtu ko dah jadi suami bimbing lah dia.

Apa pun, aku tgk ada misscomunication je deme ni. Dedua sama je. Lepas tu tak leh tolerate. Sorang ni degil, sorang ni naik tangan.
Deme ni tak pegi kursus kahwin ke? Ke pegi takat terpaksa sbb nak dpt selai ketas yg boleh dijadikan lesen utk nikah.
Dalam course kahwin, aku rasa setiap segmen dan setiap penceramah ada tekan kan bab komunikasi.
Sbb komunikasi la medium ter penting dalam rumah tangga. Esp, awal2 perkahwinan.

Entah. Aku bukannya good good pun nak cakap pasal hal "Semanis Kurma" ni kan. Cuma hal derang ni kita seme jadikan lah iktibar.  
Paling kesian siapa, seme tau la. Anak derang lah..Memasing nak hak penjagaan. Aduyaii..
Tolong lah weh. Korang patut bersyukur dan ber muhasabah diri tau. Allah datangkan anak tu untuk korang berbaik semula.

Ko tengok kami2 yang bertahun2 takde anak ni. Elok tak bergaduh, taknak kena halang2 main fesbuk memalam, idak juga menjadi, kome yg kawen dan dok berapa hari je sng je dpt anak. Bersyukur la wey bersyukurrrr.. tolong la.

Tp idak la aku meminta suami aku jadi camtu, baru aku leh banak kot. Idak la aku ndak laki yg gemo menampo nampo, yg laju tangan ni. Laki aku pun idak la halang2 aku nak jumpa kawan ke, nak main fesbuk ke.

Akhir kata, aku doakan derang ni kembali bersatu, demi anak tu. Tolong lah weh. Jangan la jadikan dia mangsa.
Image : Google

*p/s : Panjang giler. Ini bkn Wordless Wednesday ni, tp Essay Wednesday. Bahahahah. Aku bkn tulis waktu opis, tapi aku da sesiap draf semalam dah dan publishkan reni.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign