Pages

4 July 2011

~Pasal Challenge - Day 18~

Cabaran utk hari ke18

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

Alah..tak reti oh nak irritate irritate ni.
Eceh. Mula nak fefeling setazah Halijah kah?
Err.. nak irritate opposite ke same sex?
Dan nak ikhlas ke atau hipokrit?
Haha.
Ye lah. Kalo dipikirkan tak perlu kot nak irritate, annoying org ni.
Sbb aku tau seme apa yg org buat tu mesti ada motip nya tersendiri.

Contoh mcm :
a- Ada org tak jaga solat - sure ada motip dia sendiri, sbb mungkin dia rasa dia akan idup 1000 thn lagi, maka ada masa nak taubat. So, aku rasa tak perlu kot aku nak irritate. 
Nak elakkan irritate tu, toksah dok kawan ngan dia. Abis citer.

b-Ada org pengotor, tak kesah pun mandi seminggu 3x je - pun mesti motip dia nak jimatkan air, so tak perlu la rasa irritate.
Nak elakkan irritate tu, tolong bayarkan bil air dia, harus dia mandi selalu. Abis satu kes.

c- Ada org tak boleh tgk org lebih dari nyer, harus lawan. Harus... biarpun terpaksa bergolok gadai. Dan aku tak boleh nak irritate sbb tu seme naluri manusia, pandai control atau tak je.
Nak elakkan irritate yg ni - biar lantak kan dia. Kalo kita mampu, buat, tak mampu jgn buat hal.
d- Ada yg tulis blog citer macam2, show off itu ini, pegi melancong sana sini, beli itu ini, tepek resit makan/brg bagai. Ehh... sama sekali tak leh nak irritate, sbb kadang tanpa sedar aku pun mesti ada nak tertulis, cuma aku takat nak tunjuk resit beli cekelat cop Mydin je lah. Huhu.
Nak elakkan irritate yg ni - mudah amat. Takyah baca la blog dia. Yg ko hegeh2 nak teropong hehari bakpe, pastu sendiri bergelodak jiwa. Haih.
e-Ada yg update status FB mengadu domba itu ini, setiap masa setiap jam, yg baru lps SPM update status mcm dah matang terlebih - Pun aku tak leh nak irritate sbb nyer pasti dia ada motip. Dia mungkin rasa diri dah hebat abis walo sebeno nya mmg nan hado. Sian dia. Dia ni perasan bagus, tp takde org nak ckp, mujo ada FB. Kut duk zaman aku dulu, mmg loser la kau.
Nak elakkan irritate yg ni - pun mudah amat. Remove friend, tp jika dia ada lah anak sedara ko, hide saja update dia. Sbb kalo tak hide mmg mcm mintak kena lempang je. Ni kisah benar ni. Ni bkn tahap menjengkelkan je dah tp mendangkal kan dah. Hieee.... mmg bergelodak jiwa aku. Sng, aku hide kan je. Bahahaha.

Ha.. cukup la tu. Kang berjela lak lagi.
Pendek kata, tak boleh nak irritate/annoying org ni, sbb nati dia boomerang balik kat kita. Tgk2 sok lusa kita pun buat. Suci Hati. Suci Hati. Suci Hati.
Tkyah kut bergelodak jiwa raga tgk org buat entry makan kedai2 mahal.
Tkyah kut bergelodak jiwa tgk cara penulisan org.
Biarkan. Seme tu ada motip sendiri.

Mmg la kadang rasa bergelodak jiwa, rasa OMG sgt dan dah melantun2 nak irritate, annoying gak. Tkpe, aku ada cara tarrr baekkkk.
Caranya jgn buat entry kat blog. Gi la bergosip2 dgn rakan2 dipercayai. Kalo bleh, kalo ko bergelodak jiwa pasal rakan opis, elakkan citer ngan rakan seopis sbb nati dia boomerang gak, ko citer pasal dia, nati lambat laun dia tau gak ko citer pasal dia. Cariklah kawan yg 'neutral'. Pasti hidup mu bahagia.
Selamat Mencoba!

Tata!

3 juta komen

like..like..like..like..
nak like beribu2 kali bleh? hohoho..

dah lama zana x update status kat FB.. Malas sbb ramai pulak yg tanya soalan yg mengguris jiwa ni.. lps tu ada pulak yg suka jenguk blog zana semata2 nak burukkan zana dekat fmly mertua zana.. mmg zana x suka betul!!!

cikCHA :

Eh...lama cikcha tak komen blog cikstoberi. hihihi.

Suka eh?? aku pun sokak.. teeheee :D

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign