Pages

30 September 2011

Paradise Life : Part 1


Selain SIM Social, aku sker main ini juga - Paradise Life.
Tapi kesian. Tak ramai neber. Ada 2 org je. Marina tu mmg telah di setkan dlm tu.

Walo tak ramai neber. Takde org nak bagi gift, tp dia senang gak. Sbb tak perlu nak ada org tolong buatkan rumah ke apa. Ada la satu dua menda, tp tak byk la.

Kira main ni, dia nyer target ini adalah menjadikan pulau ini penempatan kita. Kena tebang pokok seme la. Pokok aku byk lagi tu. Sbb tak ramai neber, maka kena tebang sorang-sorang. Kesiannnn. Hihi.

Yg bes, nati ada pasangan kita dtg ke pulau tu. Lover Return ke apa tah namanya.

Aku da dpt smpai situ. Kalo perasan ada pompuan dan lelaki di kat pulau aku tu. Nati rasanya mesti ada anak seme. Bes ni. Sapa tak main lagi ni, mari kita main ramai-ramai ini juga.

Takat ni SIM da agak membosankan aku. Yg ni blum lagi. Tp lelama misti jadi cam Cafe World. Maleh dah aku nak nom nom nom. Tp kadang2 masuk juga la. Sbb si Aishah tu cukup rajin kasik gift la hapa la ke aku. Hihiks.

Miserable Certificate

Aku tengok2 mcm eh, ramai nya jiwa kacau/kecamuk/serabut/takde mood skang.
Mcm musim plak.
Haha.


Maka, utk sapa2 serabut2 tu.
Nah amik certificate nih.


Kredit : Here


p/s : Eh. Cam byk je balik entry kat blog ni. Tak serabut dah la kot aku ni. (T_____T)
p/s2 : Kadang kawan 'alam maya' lebih concern dari kawan 'alam realiti' yer. Hurmmm. Kena sayang kawan 'alam maya' lebih la napaknya camni. Huhu.

Mengejar Matahari Dengan Kelip Kelip


Oh. Imej tak jelas. Maafkan saya. 
HP tak canggih. Nak zoom jauh tak bleh. Nak jakun p duk dpn tu tala hp mmg tak la kan dgn baju kurung batik segala. Tak semenggah namanya. Sah2 org tau penjawat awam la kalo da berbaju batik di hari Khamis. Hang toksah buat nala (ewah. Mentang gi Penang).

Suppose leh napak departure time adalah 6.55pagi.

Sbb itu lah keluar status 'mengejar matahari' (eh. bkn kata da malas nak aktif kat FB? Sekius me, malas je bkn nak stop yer) - sbb keluar sesubuh sape'ei.

Dan 'dengan kelip kelip' tu pulak bermaksud ini



Suppose petang pun aku nak tulis 'meninggalkan matahari dengan kelip kelip' sbb bertolak jam 5.30pm. Tp tak kuasa. Seorang penjawat awam yg anggun berbaju kurung batik sejak jam 5.30am. What do u expect after 12 hour? haha.



p/s: First time being on these 'kelip-kelip'. My say - oke, just nice, sgt sharp (yg to-fro Subang ni ler kut nyer). Tak pepenah lagi naik flight yg bertolak awal dari sepatutnya (mungkin sbb dia tgk seme org da naik, maka jalan je la). Akan dipertimbangkan utk destinasi percutian akan datang.


29 September 2011

Laksa Janggus Balik Pulau


Mode : Menikmati laksa jangguih di Balik Pulau - 29 September 2011.

Dua tahun lebih ke 3 tahun kot da dok mengidam mendalah ni.
First time makan, bila tah. Ye ke 3 tahun. Lebih rasanya.
Mujur tak mengandung kan, kut tak... jenuh.
Retu pegi blh tak terjumpa.
Skang da dpn mata.
Apa lagi makan la saja.

Detail kedai ni kat mana leh google je 'laksa Janggus', sure dpt. 

p/s : Apsal aku da rasa cam "biasa2" je rasa dia? Mcm ada manis2 plak. Eh. Dulu rasa dia lagi lebih umph. Ke sbb da glamer? ke sbb da masuk TBtiga? ke sbb aku da kenyang sbb baru lunch nasik ngan ikan bako pehtu mentekedarah menda ni plak. 

28 September 2011

Kecamuk

  • Kecamuk napaknya masih belum kurang. Mode : menyampah dah.
  • Perlu rehatkan minda ni. Gi tepi pantai bes juga ne.
  • Tapi every weekend start dis week rasanya mmg tak bleh nak slot in dah.
  • Maka pepandai la tune minda ini.
  • Masa course stress retu, penceramah ada kata - cari punca stress (stressor) and then leave it or avoid from it - so, I'll try.
  • Mungkin da terlalu kurang membaca Qalamullah lps Ramadhan ni.
  • Dan mungkin jugak sbb PMS!

L.O.N.E.L.Y



Do you ever feel lonely. Like when you need someone to pay attention to you, like you’re sick or you need to share your feelings, that there’s no one there that really cares. No one to check up on you if you’re really happy, or if you want to go out at night. 
What do you do?

When the heart get weak is the weakest time just hold myself tight ,that’s fine whatever happen,goodness or worth my heart still has the loneliness . 

Although, there are always someone with me , but I feel they are invisible, no more feeling, no more understanding ,no more real happiness… 

I have to keep those feelings inside because even you said several times ,no one understand what exactly you want,they only care about themselves. the most terrible fact is someone keep telling you that he is understand you and care about you a lot but he never really dose or never understand what you want.I have to carry on walking, with loneliness. I want to end it but I don’t know how because I don’t want to get hurt …. Personality never change and always the problem,the terrible thing is you don’t want to talk about that anymore and it means things will goes wrong never have chance to be good. hopeless ending….

I don’t know how long it’s going the end. Although
I don’t know why but I still feel lonely
May be because of the world is too big so, the heart is getting a bit lonely but I still smile and happy to hold the loneliness with me.  

I want to tell you I am smiling dose not mean I am happy!

When the winter comes or the rain pass by the time pass , keep going with the loneliness in your heart

Credit : http://gulistan1207.blogsome.com/2009/10/24/i-feel-lonely/

Amalan Bersedekah



Terdapat tiga perkara yang perlu diikuti bagi kesempurnaan amalan bersedekah.

Pertama :

Barang yang disedekahkan itu hendaklah baik dan elok. Adalah tidak wajar dan munasabah andainya benda yang disedekahkan itu jika disedekahkan kepada kita, kita sendiri tidak menyukainya dan tidak rela menerimanya. Biarlah yang disedekahkan itu daripada benda-benda yang disenangi oleh penerimanya. Kerana itulah Allah Subhanahu Wataala melarang bersedekah dengan benda-benda yang tidak baik. Perlu diingat bahawa bersedekah adalah merupakan ibadat dan tanda mensyukuri nikmat yang dianugerahkan Allah Subhanahu Wataala kepada kita. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 267 yang tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji".

Kedua :

Sesuatu yang disedekahkan itu hendaklah daripada yang halal, bukan haram atau syubhat.

Ketiga :

Adalah sunat bagi pemberi sedekah atau derma itu bersedekah dan berderma daripada benda-benda yang disukai dan disayanginya. Ini jelas sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Ali 'Imran ayat 92 yang tafsirnya :

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya".

Ingatlah jika kita benar-benar mahu amalan sedekah kita menepati kehendak bersedekah, maka setentunya tiga perkara yang disebutkan tadi perlu ada pada benda-benda yang disedekahkan walaupun hanya sedikit kerana bukan sedikit atau banyak yang menjadi ukuran.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :

"Dari Adiyie bin Hatim Radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Takutlah kamu akan api Neraka walaupun dengan separuh buah kurma".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Hadis tersebut menunjukkan bahawa amalan bersedekah itu walaupun hanya sedikit dengan separuh buah kurma boleh menyelamatkan kita daripada api Neraka.

Adalah perlu diambil ingatan bahawa jika kita bersedekah, maka hendaklah disertai dengan keikhlasan, bukan dengan mengungkit-ungkit dan menyakiti orang yang menerima sedekah atau derma kerana perbuatan sedemikian hukumnya adalah haram dan merosakkan amalan bersedekah itu. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 24 yang tafsirnya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan pahala amalan sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan kelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala amalan sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu seperti batu licin yang ada tanah di atasnya kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu, mereka tidak akan mendapat sesuatu pahala pun dari apa yang mereka usahakan. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir".

Sesungguhnya sedekah yang diberikan secara sembunyi adalah lebih utama dan afdal, ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Kerana perbuatan itulah yang dekat kepada keikhlasan dan jauh dari perasaan riak. Kerana sifat riak atau sifat menunjuk-nunjuk boleh merosakkan amalan sedekah. Tiada gunanya bersedekah jika mahu mendapat pujian orang dan mahu dikatakan seorang pemurah kerana dengan keikhlasan sahajalah ganjaran pahala akan diperolehi.

Ingatlah wahai kaum Muslimin bahawa amalan bersedekah tidak akan mengurangkan harta, sebaliknya akan menambah harta dan menjauhkan kekurangan dan kesempitan. Mudah-mudahan segala amal perbuatan kita akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu Wataala, Amin.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Saba' ayat 39 yang tafsirnya :

"Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki".

Kredit : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/248-rencana-agama/6213-amalan-bersedekah.html


27 September 2011

Hibernasi.


Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 
Az-Zumar : 53.

Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan. 
Az-Zumar : 54.

Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.
As-Syura :25.

Dan Dia memperkenankan doa permohonan orang-orang yang beriman serta beramal soleh dan Dia menambahi mereka dari limpah kurniaNya (selain dari yang mereka pohonkan) dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, disediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya.
As-Syura:26.

*Terima kasih pada yg concern. Sgt sgt menghargai kalian walo hanya persahabatan hanya dalam alam maya.
*Perlukan sedikit masa utk diri sendiri dalam membuat keputusan. Terlalu byk cerita peribadi yang telah dikongsi. 
*Terima kasih juga pada 'teman serumah' yg memberikan sokongan. Katanya 'tak perlu tutup blog tu, kurangkan saja entry nya' - sebab dia juga blog ini kembali dibuka.


##Utk sahabat TTC - blog TTC juga telah ditukar URL - akan diberitahu dlm FB ( TTC Gathering's event)

23 September 2011

~Pasal FB & Blog : Aku Malas~


Lagi2 citer berkaitan FB ni. Aku pun nyampah, tp aku tetap la nak tulis.
Skang ni FB da jadi cam penyumbang pada miscomunication plak.

Situasi yg tak bleh nak elak.
Org tu tulis maksudnya lain, org ni paham maksudnya lain. Begitu lah sebaliknya. Dan sterusnya 'clash' - melibatkan emosi - dari elok2 merapatkan persahabatan - bleh jadi merenggangkan persahabatan.

Phew! Penat giler kot aku nak 'main' FB ni. Memacam menda jadi dtg dr mendalah yg aku start join sejak tawon 2008 tu.

Masa aku kursus stress retu (eh, ni pun tak jot down lagi point2 penting dpt dari courset tu dlm blog), kata penceramah itu (penceramah : kaunselor dari JPA)
"Byk perhubungan yg gagal adalah kerana satu pihak tersilap menginterprasikan apa yang ingin kita cuba sampaikan"

Miscommunication ni pun bkn kat FB je. Kat blog pun sama. Kadang kita nak komen, takde pun nak bagi terasa, tp ada gak salah interpret, igt kita ni terasa plak. Kadang mmg takut nak komen, sbb takut salah diinterprasi ni lah.

Tu sbb kadang kita tgk org tu menulis, buat entry dlm blog takde maksudkan ke sesapa, tp ada yg igt cakap pasal dia. Tulis plak dlm FB/ atau balas balik dlm blog, ate nyer bila nak habih kome?? Pi mai pi mai. Padahal org tu tak maksudkan pun. Terasa hati lagi. Aduh.

Ni aku tersepit lagi dlm kes miscommunicate dlm FB neh. Aduhaiii... aku tak emo pun, tp kawan aku sorang napak aku cam emo. Lps tu dia pun cam emo gak igt aku emo. See, brapa byk emo da guna. Jgn kuar elmo ni cukup.

Hai..saya elmo bkn emo. Kredit google

Itu tak kata la guna FB utk menyampaikan 'sesuatu' dgn harapan org yg disampaikan tu akan baca. Maka kalo org baca, akan jadi gak apa yg aku tulis kat atas tu. Aduhai... malas la aku nak gado2 sbb FB, blog, twitter (eh, bila thn aku aktip twitter?) seme ni. Seyes tak kuasa. Tp interface FB skang da lain. Da tak berapa napak sgt status org. Sng sket kot.

Kang aku delete seme akaun FB aku  ni kang, dgn blog2 ni skali kang. Malas tul nak melayan anasir2 entah hapa2  dlm laman sosial terhapa hapa ni. Rupanya laman sosial pun ada politik juga yer.  Tuduh menuduh, fitnah org tu org ni, salah anggapan. Seyes la. Tak kuasa sgt sgt. Aku rasa da smpai masa kut aku perlu kurangkan ber FB, ber blog ni. Bleh menyebabkan stress rupanya instead of bleh menghiburkan. Hingga ke saat ni aku masih terpikir2 nak ttp akaun FB aku tu. Tp tak bleh plak tk tgk - tgh ada 'projek bes' plak tgh plan yg gunakan FB. Aduhaiiii...stress...stress. Mujur da masuk kursus stress.

Dan skang ni kat blog pun aku da rasa mls nak citer byk. Rasa da byk sgt kot citer berunsurkan personal dlm ni. Yg baca plak ada dikenali, tak dikenali. Kalo pikir bebtul, mmg leh seram dibuatnya. Kalo perasan, mulai smlm pun aku da slow down kan citer2 berunsurkan peribadi. Aku nk cuba. Dan mungkin lps ni aku disable balik citer2 lama aku tu utk dibaca. Tkpe la tak dpt duit Nuffnang pun. Byk lagi kut kegunaan internet ni selain blog dan laman sosial yg lain tu. Kalo gatal sgt nak gak menulis dlm blog (sbb kengkadang dr blog kita leh tgk balik kegiatan kita lepas2 yg kita dah lupa) aku tulis la dlm blog private aku. Ada je tu. Dulu aku open to invited reader, skang tak bkk dah.

Entah ek. FB ni lagi la. Lelama FB ni byk buruk dari baik plak. Ce baca artikel2 ni

Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sosial di samping beberapa punca tradisional lain. Malah, kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

- ni plak bkn ada kaitan ngan FB, tp berkaitan misscom ni gak la-

Dalam kehidupan seharian, terutama dalam perbualan interpersonal, kegagalan komunikasi sering kali menyebabkan salah faham dan salah tanggapan di antara rakan sekerja.
Sukar untuk dipercayai, kegagalan komunikasi sebenarnya tidak selalu terjadi gara-gara perbezaan budaya atau bahasa.
Sebaliknya, ramai pula yang menghadapi masalah untuk membina perhubungan sihat dengan majikan atau pekerja bawahan kerana masalah remeh seperti kekangan komunikasi, persepsi negatif, syak wasangka, gosip sekeliling dan masalah peribadi.
kredit : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_02.htm


Some people simply don't think before they send texts or update their Facebook statuses, Cole said. It's an opening they should be aware of, though.
"If you post something on Facebook and you have 1,000 friends, it can be extremely damaging to another person's self-esteem," she said. "Social media is a good way to connect and disperse information, but it can be very harmful to a person if they're a target."
Cole said she's had several clients who have been the target of social media harassment and in some aspects, harassment has increased because of technology. The effects are still the same.
"When something is hurtful, you're going to go through emotions like anger that are unique to your situation," she said. "It could be magnified by technology. Technology really opens the situation to a vast array of people quickly. People should be aware it's out there forever."
kredit : 


http://www.bsudailynews.com/miscommunication-via-texting-internet-growing-1.2321428

22 September 2011

~Pelbagai Variasi, Pelbagai Rasa~


Ni penah rasa. Sedap juga.


Tp tak leh lawan kegemaran ramai kan. Me too. Hikss.


Sapa sker pisang leh amik ni. Saya tak sker makanan ada pisang kecuali kepek pisang n goreng pisang. Ngee

Ni pun cam menariksss gak.  Nxt time leh try.

Esuk leh rasa yg ini. Yew!!


Ni sodap tak??




Diakhiri dgn gambau cake stoberi. Huhu.


Dahhhh.... rasa nak pegi SR plak beli 1 slice. Haih!!!

Gambar2 seme amik kat SR official web site. Sila terjah sana utk himpunan cake yg napak very da nom nom nom nom.

~Pasal Menunggu Hari~

Wah. Secara kebetulan ramai lak kenalan blogger aku menunggu hari.
Rata-rata bukan anak pertama.
Kebanyakannya anak kedua, tp ada yg ketiga.
Alhamdulillah, murah rezeki mereka kan :)
Rata-rata meke juga walo bkn anak pertama, meke tetap berdebar2.

Kredit : google

Walo jauh di sudut hati aku ni sayu rasanya sbb hingga kini aku masih takde peluang nak rasa debaran2 tu, aku tetapkan doakan yang terbaik utk adik-adikku ini.

Cha : Umi Journal
Eda_Ej : Once Upon A Time
Kina : Mama Adam
Eima : My Sweet Life
Cik Mot : HNI

Insyaallah, semenya akan selamat melahirkan baby yang sihat, cantik dan comel.

21 September 2011

~Wordless Wednesday 21092011 : Hobi~



Kat FB retu tulis camni : 
"Satu utk hobi, satu lg utk mengasah bakat"

Sebenarnya nk tulis :
"satu utk hobi, satu lg utk mengasah hobi"




~Wordless Wednesday 21092011 : Part 2~


Poyo?
-Sekali sekala nak poyo. Bagi can la...

Show off?
- Heh! ini prosedur kot, takde nak show off. Ramai lagi kat luar sana show off memacam. Tkyah jaki la kot. Sakit mata/sakit hati tgk, takyah nak dtg baca blog ni.

Motip??
- Berkongsi excited :))  Da siap isi utk dihantar ke Kementerian oleh pihak HR.
Tak sabau oh! Mudah-mudahan seme berjalan lancar. Insyaallah.

~Wordless Wednesday 21092011 : Part 1~

Mode : Tgh mem familiarkan seme laluan ini. Hoho.

20 September 2011

~Pasal Kasih Alia : Dah Tamat~

Da tamat.
Penat tggu.
Tu pun first 1/2 hour tak dpt tgk.
Motip tetiba Kuala Lumpur jem pada jam 7ptg (ke mlm??)
Heh!
Dkt sejam baru smpai  umah. Grrrr....


Tp takde apa sgt kut berlaku dlm 1/2 jam tu.
Sbb bila aku tgk, baru dpt berita jumpa mayat Qistina.
Hemm... dan sama pemikiran aku ngan Yan, mayat tu cam napak baru je.
Cuma luka2.
Org buat la ulat2 ke sket.

So, abis da Kasih Alia dgn kematian 12 orang. Seme pelakon utama mati. Tinggal Kasih n Qabil.

Kredit : here
Lps ni sila tgk Soffiya plak yer. Huhu.

~Edisi Menghargai Follower : #4~

Igt nak update esuk, tp tak sabau lak rasa.
Maka update je ptg ni, dan akan jadi sticky post utk seharian pada esuk hari :)
************

Last week mmg tak mendapat ilham blog siapa yg ingin dikongsi.
Tp minggu ini dpt ilham.
Aku bkk je blog berkenaan, mmg hati dan minda aku seolah berkata :
'review blog ini..review blog ini'

Oke. Baik, saya menurut minda saya. Sbb minda biasanya memberikan petunjuk terbaik (sekiranya minda berada dalam keadaan yg sihat). Eh. Apa aku merepek?

Blog yg dimaksudkan adalah : All About Love & Life

Ya. Hanya Love & Life.
Link blog nyer juga bernama agak unik - bigsmol.
Memula aku cam tertanya tanya gak - apa maksud bigsmol.
Segalanya terjawab bila aku jengah blog bisnes beliau.
Bigsmol tu datangnya dari anakanda kesayangannya yg sker cakap - Bigggg... utk besar. dan Smolll... utk kecil. Maka lahirlah bigsmol. Nice huh??

Dikenali sbg CH - ChentaHati, blog nya ada memacam citer. Citer di tpt keja nyer. Citer perihal kegemarannya. Tidak spti kebanyakan yg lain, aku kenal CH dari INNIT. Yeps. Ada satu masa dulu aku cukup rajin tepek citer kat INNIT. Lps tu jumpa la blog CH ni. Terus baca dan macam bes, maka di follow.

Dlm blog dia jugak, ada citer pasal kegemaran2 dia - yg kebetulan hampir sama ngan aku. Dia salu je tgk drama2 bersiri ni. Kalo dia mcm ada tertinggal ke, maka aku la pi komen citer tu camana. Lps tu dia ada byk novel. Dulu masa asben dia salu keja outstation - oversea plak tu, dia mmg sker baca novel. Byk giler novel dia. Lps satu, satu dia baca. Skang ni kalo tak silap aku (CH, sila betulkan kalo silap yer), asben dia tak salu outstation da kut. Dah salu ada dgn dia. Retu aku penah gak dpt cenderahati dari OZ sana dari dia bila aku masuk GA ke apa yg dia buat. Bes!

ChentaHati ni juga sebenarnya ditujukan pada anak bujang dia yg sorang tu. Aysh. Bleh baca gelagat Aysh yang terbaru di entry ini - kisah si chentahati saya. Tak silap aku (again, CH, sila betulkan kalo salah). Aysh ni duk kat kampung  ngan nenek dia di Pahang sana (Pekan ke? Ke silap lagi ni? Hihi) Every week derang akan travel balik kg utk jumpa si ChentaHati meke.
Maaf CH, cilok gmbr ini ya :))

Oh. Meke suami isteri ada buat bisness amik gmbr juga. So, kut sesapa berminat, leh la masuk web derang - bigsmol.net. CH ni pun keja lebih kurang sama cam aku gak - saya yang menurut perintah. Hihi.

Seperti orang lain, walo hanya saling mengenali dari citer2 di dalam blog saja, tp keakraban tu mmg jelas terasa. Dia pernah buat aku tersentuh hati dengan keikhlasannya. Doa pembuka 12 pintu yg di emel nya sedikit masa dulu mmg buat aku betul betul menghargai persahabatan alam maya kami. Seorang yg kita hanya kenal di alam maya, yg tak pernah bersua muka, tp cuba utk membantu kita. Aku ingat lagi dlm emel nya tu "entah kenapa, tetiba dalam course tu saya ingat awak". Masa tu dia masuk course Dr. Fadzillah Kamsah, then DFK ni bagi la doa tu utk murahkan rezeki dpt anak ke, dpt jodoh ke. Itu yg dia tingat aku tu. Betapa aku rasa terharu nyer... terima kasih sgt pada beliau.

Jadi, inilah yg mampu aku balas dulu sebagai penghargaan pada dia. Moga persahabatan ini akan terus berkekalan. Walo tak pernah bersua muka, tp aku tahu sahabat2 ini sentiasa ada sekiranya aku berada dlm kesusahan :)

Utk CH : Emelkan alamat yer. Ada mystery gift sebagai penghargaan edisi ini :)

*******
Ini adalah entry keempat bagi Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen Blog Pnstoberi. Detail berkenaan edisi ini ada di sini :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/pasal-nak-buat-edisi-lah.html

Edisi pertama : Dunia Cik Anita
Edisi kedua : Firzmira's Life
Edisi ketiga : Yan

~Pasal Hormone Oksitosin~

Lama dah aku nak tulis pasal hormon Oksitosin (oxytocin) ni semenjak aku baca kat paper mingguan masa bln puasa retu. Tp cam tertangguh. La ni baru tingat balik lps aku tgk balik paper tu.
Oke. Hormon Oksitosin ni berkait rapat dgn ikatan kasih sayang. Org yg kurang bergaul dgn orang ramai, suka menyendiri, dikatakan kurang mempunyai hormon oksitosin.
Mengikut sumber dari Mingguan Malaysia -

Tugas oksitosin

- Meningkatkan keupayaan bersosial, ikatan kasih sayang dan kemesraan antara manusia. Menjadikan seseorang mudah didampingi. Para saintis mendapati dalam kes rawatan autisme dan schizophrenia di mana pesakit menjauhkan diri dari orang lain dan hanya menyendiri maka memberi oksitosin adalah baik kerana ia meningkatkan daya bersosial.

- Meningkatkan mood yang baik, menjadikan seseorang mudah tersenyum bila bertemu orang lain.

- Mengurangkan rasa takut dan debaran bila bertemu orang lain.

- Membuka diameter salur darah memberikan lebih oksigen kepada tisu-tisu.

- Meningkatkan daya seks dan kasih sayang di kalangan pasangan.

- Meningkatkan orgasme

- Meningkatkan anabolic, IGF1 dan testosterone. Ia juga mengurangkan ACTH dan cortisol iaitu hormon yang meningkatkan lemak.
- Meningkatkan kontraksi rahim dan memudahkan proses bersalin bagi wanita.

- Memudahkan ibu menyusukan anaknya dengan meningkatkan keaktifan kelenjar susu.

- Memberi perlindungan terhadap kanser payu dara, ovari dan endometrium

- Bagi lelaki pula ia penting bagi meningkatkan daya seksual. Lelaki yang mempunyai kadar oksitosin rendah bukan sahaja anti sosial tapi mempunyai daya seks yang lemah.

Kekurangan oksitosin

Kekurangan oksitosin boleh berlaku sejak kanak-kanak mahu pun setelah dewasa. Kanak-kanak yang kurang oksitosin jarang senyum dan ketawa. Mereka menunjukkan ciri ciri autisme dan mungkin menjadi dewasa yang berciri schizophrenia.

Ciri ciri fizikal kekurangan oksitosin

- Tidak gemarkan aktiviti berinteraksi dengan orang lain.

- Semasa kecil lagi tidak mampu menjalankan tugas secara berpasukan.

- Tidak mahu berkahwin dan jika berkahwin, perhubungan itu kurang membahagiakan. Ada yang membawa kepada perceraian.

- Tidak mempunyai sahabat karib atau hanya beberapa sahabat lama sahaja. Enggan mencipta persahabatan baru.

- Gemar bersendirian dan enggan mengambil tahu hal orang lain.

- Jarang tersenyum.

- Tidak berasa perasaan romantik dalam perhubungan cinta.

- Wajah kepucatan

- Tidur terganggu

- Paranoid, mengesyaki bahawa orang lain sentiasa berniat buruk.

Bacaan selanjutnya di link ini -
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_03.htm

Ada contoh case skali kat link tu cemna org yg kurang oksitosin nih.

Di sekeliling kita ni pun ada je kot org kekurangan hormone oksitosin nih. Yelah, kengkadang kita terjumpa dia, dia duk jerit2 ke kita, lps tu kalo org tegur sket atau ada yg tak kena kat hatinya, mula mulut berbuih2 marah org balik. Heh! tak berubah ubah pangai, bkn makin muda kot. Makin tua. Taknak berubah langsung. Rupanya kekurangan oksitosin.
Eh. Aku pun kekurangan oksitosin ke duk bebel2, paranoid pasal org plak ni. Miahahaha. Ada la kot sesket. Lalalallaa...

~Artikel Syawal 22 : Bahaya Fitnah~


Fitnah adalah mengada-adakan sesuatu yang tidak ada atau mengaitkan diri seseorang dengan sesuatu yang tidak benar. Ia terhasil daripada persepsi atau gambaran dan bukannya berdasarkan realiti.
Rasulullah S.A.W bersabda : Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat berkata: “Allah dan Rasulnya lebih mengetahui”. Baginda bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (Muslim) ketika dia tidak ada dan yang dia tidak suka. Ditanya: “Wahai Rasulullah jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku dikatakan?” Baginda menjawab: Jika apa yang dikatakan itu benar, maka itu adalah mengumpat. (Riwayat Muslim)
Islam melarang keras tindakan menabur fitnah dan menyebar khabar angin, malah mereka yang berbuat demikian dijanjikan dengan balasan yang buruk.  "Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui." (An-Nur:19)

Ayat itu diturunkan rentetan daripada peristiwa yang menimpa Rasulullah S.A.W  apabila isterinya, Aisyah dituduh melakukan hubungan tidak baik dengan seorang sahabat bernama Safwan. Berita palsu ini berlaku selepas peperangan Bani al-Mustaliq yang turut disertai golongan munafik. Dalam perjalanan pulang ke Madinah, tentera Islam singgah di satu tempat manakala Saidatina Aisyah keluar daripada kenderaannya untuk qada hajat dan kalungnya terjatuh, lalu beliau kembali ke tempat terbabit untuk mencari kalung itu. Pada masa yang sama, tentera Islam berangkat meneruskan perjalanan ke Madinah. Pada sangkaan mereka, Aisyah berada di kenderaan tunggangannya. Selepas Aisyah menjumpai kalung itu, beliau terus ke tempat persinggahan tentera Islam tetapi terkejut apabila mendapati tiada lagi sesiapa di sana. Beliau terlelap kerana penat dan dikejutkan dengan laungan seorang sahabat bernama Safwan bin Ma'tal yang kebetulan tercicir daripada kumpulan tentera Islam. Safwan yang mengetahui Aisyah isteri Rasulullah segera mengucapkan 'inna lillahi wa ilahi rajiun' dan merendahkan tunggangannya untuk dinaiki Aisyah.
Sepanjang perjalanan, mereka tidak bercakap walau sepatah perkataan pun sehingga mereka sampai ke Nahr al-Zahirah yang secara kebetulan tentera Islam berhenti di tempat yang sama.   Apabila dilihat tentera Islam yang ada di kalangan mereka itu orang munafik, mereka mula menyebarkan cerita berunsur fitnah, kononnya Aisyah melakukan hubungan sulit dengan Safwan. Cerita fitnah ini berlanjutan sehinggalah tentera Islam selamat sampai ke Madinah. Rasulullah mengambil sikap mendiamkan diri sehingga wahyu turun bagi menjelaskan perkara sebenar. Sebulan lamanya wahyu tidak turun dan dalam tempoh itu juga Aisyah ditimpa demam. Sehingga pada satu hari, turunnya ayat 11-20 surah an-Nur menjelaskan mengenai kesucian Aisyah dan pembuktian dia tidak bersalah.
Mengapakah begitu besar ancaman fitnah ini kepada masyarakat? Firman Allah S.W.T yang bermaksud: ...dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh...(al-Baqarah: 191).
Ayat di atas menjelaskan bahaya fitnah dalam masyarakat. Fitnah itu boleh dibaratkan sebagai pembunuh senyap yang boleh menjadikan sesiapa sahaja mangsanya. Mangsanya pula akan tertekan dan masyarakat jadi porak peranda. Berbanding dengan membunuh, ia hanya melibatkan nyawa. Sebab itu, di dalam Islam hukum merampas barang orang dan mencuri berbeza. Mencuri hukumnya lebih berat kerana ia mengambil barang orang lain secara senyap dan menyebabkan masyarakat rasa tertekan dan tidak tenteram. Walhal, merampas barang orang walaupun berdosa tetapi hukumannya adalah dengan membayar ganti rugi.
Di akhirat, orang yang menabur fitnah akan diseksa kerana ia adalah dosa besar. Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu menerusi firmanNya: ...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?...(al-Hujurat: 12)
Islam menyuruh umatnya menutup keburukan yang dilakukan oleh saudara sesama Muslim. Bagi mereka yang menyembunyikan keburukan ini maka Allah akan sembunyikan keburukan mereka di akhirat sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W. Pengajaran yang lebih penting dalam ayat ini adalah membudayakan sikap berhati-hati apabila menerima berita daripada orang yang kita ragui. Demikian juga apabila mendapat berita sama ada melalui khidmat pesanan suara (SMS), khabar angin, tuduhan melulu atau melalui internet yang boleh dipertikaikan kejujurannya.
Setiap Muslim tidak boleh menerima bulat-bulat tohmahan atau fitnah yang disampaikan kecuali setelah diperiksa kesahihannya. Sebab itu Islam sangat menentang sifat jahiliah iaitu sifat yang menggunakan persepsi semata-mata untuk menentukan kebenaran atau tidak. Sebaliknya, umat Islam perlu menggunakan keyakinan data ilmiah dalam menentukan benar atau salah sesuatu berita itu.
Angkara fitnah ini amat buruk kesannya kepada masyarakat. Apabila masyarakat terutama anak muda terbiasa hidup dalam suasana fitnah, mereka akan hilang sensitiviti. Akhirnya masyarakat jadi kucar-kacir dan menghakis idealisme perpaduan dan persaudaraan dalam Islam. Dari segi agama, mangsa yang difitnah hendaklah bersabar dan tidak melakukan fitnah balas kepada orang yang memfitnah atau kepada pihak ketiga. Tindakan yang terbaik ialah memberi penjelasan berkaitan perkara yang telah menimbulkan prasangka masyarakat terhadap dirinya. Ini adalah sifat Muslim yang ideal yang dapat menahan emosi, nafsu juga akalnya dari melakukan perkara-perkara yang melampau dan ditegah agama. Kadang-kadang, kejadian ini adalah cubaan Allah untuk menguji keimanan seseorang. Baginda S.A.W sendiri pernah difitnah. Namun, fitnah atau tohmahan itu akan melahirkan peribadi yang lebih utuh. Barangkali juga kesulitan dan ujian Allah ini baik untuk kita sebagaimana firman Allah, ...Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah) Allah jualah yang yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 216).

19 September 2011

~Pasal Wall Sticker~

Suppose aku nak up entry Edisi Menghargai Follower. Tp nyer, atas sbb opis aku ni block kebanyakan blog yg ber dot com, maka aku tak dpt nak print screen blog tu. Maka, esuk la kuarnya yer. Insyaallah. Siapa pemilik ber domain kan dot com itu? Sama sama kita natikan. (hah. cam la org nak tggu sgt gayanya tu. Okeee...ai tak kesyah.. )

So, tadi tgk deal2 yg berlambak dlm emel ni. Tgk satu deal kat mydeal ni plak. Cam bes je. Art wall sticker. Aku takde la nak beli lagi sbb entah bila tah nak masuk umah tu. Nyampah haku. Ujung bln aku nak call developer tu sbb bln dpn gaji da kena potong. Waaa... bleh bikin stress ni bayau dua umah nehhh... effect pada bajet jalan2 aku nih. Tak bleh jadi neh.


Oke. Oke. Merepek dah. Meh kita cuci2 mata. Mungkin leh jadikan idea satu hari kelak.

Cantik ni. Cam sesuai lak letak kat toilet. 

Background putih, wall sticker merah. Mmg nice.

Bulat bulat. Kang tgk tv pening plak.
Ini kena tgn kreatif ni. Kut tak hancus cecantik nih.
Ni lagi sweet sgt. Nak lah yg ni. Eh??
Ni sesuai kat bedroom. Cintaku hanya jatuh padamu. Haha.

Tp tu lah. Tgn haku ni tak berapa nak kreatif. Kata je keja kat tpt org kreatip2 kan. Tak mau je terkena aura tu. Ye lah. Org adming katanya kan. Huhu.

Tp nak bookmark page tu sbb kut mana tau berkenan nati kan. Leh la beli.

Oh. Sesapa nak jamu mata leh gi website ni - decowelove
Dan seme gambar juga adalah dari website itu juga - decowelove

~Pasal Weekend 17 September 2011~

Last weekeend mmg aku tak berhajat utk ke mana mana. Dimulakan dari hari Jumaat. Mmg nawaitu aku sedari awal nak rehat secukup nya di rumah. Hanya melepak2 malas, ber online. Ditambah plak my dear kata dia dah letih sbb minggu bekerja dia cukup sebok anta baju utk dipakai masa majlis perarakan 1 Malaysia  ke pejabat Menteri2 Kabinet.

So, lepak lah kami berdua di rumah saja. Utk itu, aku juga nak minta maaf pada adik unit aku - Fara yg jemput aku ke rumah nye di Tasik Biru utk makan2, tp aku tak dpt penuhi. Seyes. Badan aku mmg lemah2 sejak dari ari Khamis tu. Mungkin sbb masuk course 2 ari yg sik duduk je kan.

Then ari Sabtu nak gak bermalas-malas. Tp tingat tiket my deal tak guna pun lagi kan. Memula igt nak ke Tesco dulu carik barang. Tp mcm da ter lewat. Maka kami plan tgk wayang je lah dulu. Yep. Spent quality time wif my dear. Hihi.

Gi KLCC  naik tren sajork. Lama giler kot tak naik tren. Kuar agak awal, maka org pun tak berapa ramai. Dlm tren je lah. Dlm KLCC cam biasa la. Tk penah tak ramai org KLCC ni. Di tambah plak ada event MASIF tu kan.
Smpai dlm kul 11 camtu, terus naik carik tiket. Ssh gak guna mydeal ni sbb tak bleh booking online sesiap (ke bleh? aku je tatau). Sbb skang ni aku tgk wayang mmg aku beli sesiap online dah. Cuma yg mudahnya tak perlu beratur line pjg2 tu. Dia da ada siap kaunter utk redeem tiket mydeal. Maka, kami amik citer Johny English utk tayangan jam 11.45 pagi. Utk review citer JE ini ada di entry hari Sabtu lps - Johny English.

Sengaja aku pilih utk tgk di KLCC (walo bleh je utk redeem kat memana TGV), juga ari minggu sbb rega tiket adalah mahal. Utk weekend rega nya adalah RM14, which aku beli tiket dari mydeal adalah RM16 utk 2 keping tiket. Ada penjimatan di situ [walo tak bertuah cam Nana yg salu menang tiket pree tu. Hai Nana.. :D ]

Giler mahal kan rega tiket tgk wayang time weekend skang ni. RM14. Aku salu tgk kat GSC -ari Jumaat malam, dlm RM11 or RM12 camtu la.

Sblm tgk wayang kiterang smpat makan la dulu sbb lum breakfast. Kira brunch skali la. Aku mula igt nak gi Tesco tu nak beli barang wat spageti. Tp da sampai food court sini, trus order spegeti lah. Tingat Nana citer kat blog dia, dia makan spegeti kat food court sini.

My spegeti bolognaise yg nice tp cam biasa..tetap la aku tak abis. Heh!

Lps abis citer tu pusing2 jap KLCC. Lps tu igt nak gi CM, saja jalan2 tp cam penat. Trus balik, amik keta gi JJ AU2. Beli brg sket. Itu pun ding dong ding dong kul 5 gak smpai umah. Agak kepenatan, tp oke la. At least kena gak matahari sbb da beberapa hari tak kena direct sun. Mungkin sbb tu badan rasa agak lemah. Adakah perlu sun bathing gak? Oke dah. Sila berhenti merepek.

18 September 2011

~Pasal Biarlah Berpada Pada~

Aku kalo bleh mmg maleh je nak tulis pasal topik 'berat' ni. Selain dari bidang tugas aku yg tidak memungkin kan aku utk tulis perkara 'berat' tu, aku jugak malas nak 'berat'kan blog ni ngan isu2 camtu.
Tp yelah. Kengkadang perlu gak. Kira mcm cuba utk me review kan sesuatu isu bkn dari sudut emosi. Ha.. kau.. tu aku malas tu.

Tp kadang, perlu gak utk meluahkan apa kita rasa. Sempena bulan yg seme orang bersemangat patriotik kononnya. 

Remaja - mmg mudah terpengaruh dan dipengaruhi. Aku pun pernah lalui zaman remaja. Zaman yg tgk apa yg kawan ada, kita pun nak ada gak. Tk byk, sedikit mesti ada. Masa aku remaja dulu (remaja yg aku definisikan berumur lps PMR hingga masuk U), aku pun camtu gak. Tgk org ada beg camtu, mau beg camtu. Tgk org ada baju camtu, mau jugak. Dan bila zaman hp da berleluasa, aku pun tak kurang juga. Zaman remaja aku, hp masih dikategorikan sbg barang mewah yer. Starter SIM PACK pun berharga RM199 okeh. Dan jgn harap ada top up seploh hinggit, lima hinggit ni. Tk silap aku top up bermula RM30 ke atas. Ke RM50 tah. Giler mahal kan. Kemain susah nak dpt hp. Tp dari berdikit2 dan dibantu oleh FaMa (sendri phm la apa maksud FaMa ni), maka dpt gak la guna 3310 yg glamer amat time tu. Eh, hampir seme org ada 3310 ni. Bahahah. Tp sblm tu aku ada je guna Sony Ericson yg flip tu. Masa tu line kat Lendu tu pun cam sian amat. Ikut angin. Nak ckp kena duk kat tingkap bilik. 

Dan time tu, kalo org ada PC pun cam mewah, apatah lagi laptop. Aku rasa, tak ramai ada laptop. Ada PC pun cam bagus abis dah. Jgn cakap internet, broadband ke hapa la. Tk penah mimpi pun bleh berinternet guna bband time tu. Tu, kalo ber internet sila la ke CC atau pun booking nama kat library. Dpt la barang sejam. Huhu.
Dan skang, zaman semakin canggih. Bak kata org selalu ckp tu - maklumat dihujung jari je. Tp terpengaruh dan dipengaruhi tetap ada. Itu mmg lumrah anak remaja. Dan sbg anak yg dah tak berapa remaja ni, kengkadang mmg rasa a little bit anoyyed la tgk. Tp anak remaja tak bleh ter sentap hati dgn statement ini, sbb nati bila dia da tak remaja pun dia akan rasa camtu gak. Mcm aku dulu la gak. Aku mcm pelik bila mak pak aku bising aku bergayut kat talipon. Derang kata takde paedah dsbnya. Tp masa tu aku rasa cam apsal plak, aku call bf aku je pun, sembang2. Tp skang ni, mmg berbulu  mata oh tgk anak2 buah aku camtu. Skang derang tak call sgt la, tp hp tak lekang dari tgn- ber SMS.

Smlm gi KLCC, seme anak2 remaja, majoritinya berpesen tudung shawl. Aku tak la annoyed. Lantak pi la kan, tp kadang tu da tak rupa berselendang aku nengoknya, udah rupa memakai towel di atas kepala. Tak.. jgn sentap. Please. Kami kakak2 atau makcik2 ni menegur utk kebaikan. Sila jgn memberontak. Tak seme org kena dgn shawl itu. Ikut muka jugak. Kalo da camtu better pakai tudung bawal je kot. Tp kang dikata outdated plak kan. Mujur zaman aku blaja dulu glamer tudung2 jenis mudah pakai je cam tudung 4 segi bunga2 tu, lps tu tudung Turki tu, dan latest sblm aku grad - tudung bawal. Kut skang ni shawl, mau kalo kelas kul 8, jam 6 aku da siap utk melilit tudung. Ate, katanya nak ikut trend. Huhu.

Lps tu trend terkini (oke, jgn kecik ati tau, acik nak tulis sket jeeee....), adalah amik gmbr sendiri guna hp dan buat2 pipi kembung sbb nak bagi napak cute. Lps tu wat mulut itik (ke duck face ke apa tah) pun guna hp jugak. Seme tu aku napak sendiri kat KLCC smlm. Takpe la. Trend kan. Kang takde gmbr gitu dlm FB dikatakan cam org tua plak. Hahah (wah...kata org memacam kan, yg ko gmbr spegeti pun nak amik lps tu up dlm FB tak pe lak kan. Bahahahahhaha)

Then perihal berhibur. Ini paling tak dinafikan zaman skang ni. Segala mak nenek hiburan juga just in ur finger tip. Remaja seakan dah sinonim dgn hiburan. Mana ada remaja mesti ada hiburan. Dan utk menambat hati remaja - hiburan saja lah jalannya. Karnival, konsert - itu saja yg bleh dibuat utk remaja. Biarkan mereka ter lalai dan ter leka dgn hiburan. Dan berharap agar mendapat sokongan mereka setelah disogok dgn sesuatu yg mereka suka. Sedangkan itu lah 'senjata' utama org Barat utk kita, Islam terutamanya.

Memana konsert, kita bleh tgk berapa ramai remaja Islam (dan mungkin tak berapa nak remaja juga) berkumpul. Sbg contoh, konsert yg dibuat bebaru ni. Disiarkan secara live dkt 2 stesen tv. Dan sekiranya tetiba kita buat forum Ehwal Islam Perdana khusus utk remaja adakah bilangannya tetap sama.

Oh. Aku bkn siapa2 utk bercakap soal agama. Tp aku bercerita utk diri aku, utk mengingatkan diri aku supaya tidak terlalai sgt dgn hiburan. Cumanya mmg susah nak ditidakkan kehadiaran hiburan dlm masa skang ni. Kira sekeliling kita ni mmg penuh dgn hiburan, hiburan, dan hiburan. Tk perlu dicari, ia akan dtg sendiri.

Dan aku juga tak cakap yg aku langsung tak pentingkan hiburan. Bleh je berhibur, tp berpada pada dan tidak sesekali lalai pada perintah Allah. Sekali lagi - apa aku tulis ni mmg peringatan utk diri aku juga.
Moga dalam diri dan jiwa kita masih ada benteng yg dapat membezakan mana yang baik, dan mana yg buruk. Amin...

*tu aku malas tu, dpt menulis, da meleret plak jadinya. Heh!

~Pasal Artis : Nikah Di Hari Malaysia~

Mengabdikan kenangan pada tarikh Hari Malaysia.
Selamat Pengantin Baru utk artis2 ini.
(motip aku nak wat entry retis nikah plak ni?? huhu. takde apa nak buat dah la ni. Maka mari lah tgk gambar nikah Azad & Eira serta Danny X-Factor. Huhu)

Azad & Eira yang bernikah di Putrajaya (mak pak Eira ni govt staff eh??)


Semoga berkekalan dan berbahagian hingga ke akhirnya. Kelaka tgk derang berlakon kat Prima tak lama retu (yg aku tatau ending dia pegi mana tah, tau2 abis camtu je - Anak Mami Mek Ani). Bacaan selanjutnya citer nikah mereka - metro online

Kredit : Metro.
Juga kepada Danny X Factor n pasangan (Lin ke apa namanya) yang bernikah di Kampar Perak.

kredit : rentakartis

kredit : rentakartis.com

*Musim retis kawen dan musim retis dapat anak juga :))

~Pasal Movie : Johny English Reborn~

Bagi aku mmg bes movie ini.
Menggeletek hati. Time abis je citer ni, satu panggung bertepuk tangan. Haha.
Mmg leh release tension lah.
Sapa minat sker  nak gelak gelak bleh tgk ini citer. Klaka ai tell yu...

Johny English yang dilakonkan oleh Rowan Atkinson a.k.a Mr Bean. Apa je yg kita suspect kalo ada Mr Bean ni selain dari lawak2 beliau kan.
Tp kali ni sbg Johny English (JE), dia lebih cool. Dia jadi agen risikan yg diberhentikan atas satu kes di Mozambique, tp lps 6 thn dia dipanggil semula. Masa tu dia da blaja ilmu2 mempertahankan diri kat Pergunungan Tibet. Yang dah belajar melembutkan yg keras dan mengkeras yang lembut (tp tetap la ada clumsy beliau tu kan. Hahahah)


Tp kira ni ada action jugak la. Ada lawan2. Tp tetap dalam mood klaka. Ko mampu bawak heli tp ikut guna jalan raya utk carik hospital? Lebih baik bawak keta je kan. Klaka amat. Hahaha.

Paling aku tak bleh tahan masa yg dia naik turun kan kusi waktu meeting ngan PM segala tu. Bleh plak ter patah tpt tombol nak naikkan kusi tu. Lps tu dia jadi tinggi... pehtu jadi rendah (ada dlm trailer).

Dan masa dia gi Swiss utk carik dalam org jahat yg nak bunuh PM China. Klaka amat jugak. Sbb org jahat tu sudah tune otak dia utk ikut cakap org jahat tu.



Oh. Meke juga tlh ter pengaruh dgn citer Hantu Kak Limah kita. Dia pun ada guna wilcha. Tp Wilcha yg klas sket la. Ada gear utk Fast, Very Fast and Extra Fast ke apa tah - yang diterjemah sbg Laju Gila kat skrin tu. Huhu.

Pegasus/Pamela - cam ketua la dlm ejen risikan ni. Ptt cam familiar muka dia ni. Awek X-Files dulu kan. Gillian Anderson.

Dan dia juga ada awek yg minat dgn karakter beliau. Awek tu juga bekerja dlm ejen risikan tpt dia keja - MI7 -sbg seorang peng hipnotesis. Rosamund Pike yg melakonkan watak Kate Sumner.
Sbb awek ni jugak la, Johny English kembali "reborn". Hihi. Eceh!

Tp omputih ni kalo buat citer sng je masukkan adegan utk pemimpin derang cam PM la, Queen seme. Ce kalo kita buat, musti jadi isu besau dah. Huhu.

Jadi, sapa tak tgk lagi dan tatau nak tgk citer apa kat wayang, sila lah beli tiket wayang utk menonton citer ni. Bes!

17 September 2011

Pasal Drama : Kasih Alia, Bila Tamatnya?

Ada yg follow drama bersiri Kasih Alia?
Apa komen anda citer tu sehingga kini?
Makin bes ke cemana?

Bagi aku, aku tgk da makin meleret plak.
Jgn marah plak yer Kak Shiela Rusly.

Bkn per, byk plak watak2 tempelan yg tak sepatutnya ada.
Dan byk tul kematian. Hingga ke episod Khamis lps, sudah ada 7 org mati.
Intan (ha..Yan, Reen da igt Intan tu siapa. Bleh lupa plak retu. Hihi), Qasrina, laki Qasrina tu (lupa apa tah nama dia), abg Fatin (pun lupa nama dia), Fatin yg gile meroyan tu and bapaknya si Qabil n Kaseh dan latest budak yg Iqram jaga tu. Apa tah nama dia.
(edited : ChentaHati telah mengingatkan saya ada lagi sorang mati iaitu Zarina Zainuddin yg jadi maknya si Qabil dan Kasih. Menjadikan semenya 8 orang. Oh. Intan tu, pada sesapa yg lupa - adalah awek lama si Fazril yg Fazril anggap adik je tu, yg kepala terhantuk dek peragut tu)
Jgn jd cam citer Sembilu udah la yer.
Nak memanjangkan citer memacam konflik di keluarkan.
(laki aku ni kan, kalo aku cakap citer Sembilu, misti dia kata 'citer smpai Mak Jah yg jadi org gaji pun da naik pangkat jadi chief org gaji. Arah2 org buat keja je - ye ke dia jadi camtu? aku tk tgk pun sgt. Bahahaha).

Aku sbb da terikut sedari awal, maka tgk je lah walo aku rasa cam eh, dia ni tak perlu ada pun takpe kot dlm drama ni. Cam Fazril n family tu. Tak perlu ada pun tak pe kut. Sbb just nak jadi penyebab konon adik Fazril tu guna jantung Qabil, tp rupanya tak. Aiyark. Alia tu blaja tinggi kot, takkan dia trauma smpai tak leh pikir yg tak semestinya family Fazril amik jantung Qabil. Tp mungkin dia stress sgt smpai tak bleh berpikir secara rasional. Sokay la. Tkpe. Lps tu udah la Fazril ni keja opis ada 2 org je. Dia ngan mamat india sorang tu. Itu je la staff yg ada kat opis nyer. Haha.

Tp paling tk bleh blah adalah adegan di balai polis (agaknya). Time Iqram (Qabil) bawak budak yg dia jaga tu jmpa mak pak budak tu yg kena tgkp polis sbb isap dadah. Muka pun lalok abis la kan kononnnya. Rupanya derang tu bkn mak pak budak tu. Dia kutip budak tu dari tong sampah katanya. Sokay la bab bukan anak tu, tapi bleh ke laki bini duk satu balai - oke, mungkin bleh selagi blum sumbat dlm pusat serenti. Jadi Qabil taknak budak dia jaga tu terasa hati, dia suh je la dorang tu jgn ckp yg derang hanya kuarga angkat. Tp derang leh plak ugut Qabil suh bagi duit, baru derang nak ngaku. Aduhai nyer. Please. Please. Bukan ke kalo kena tangkap derang tak bleh pegang duit langsung. Adoi. Tak perlu buat pun takpe kut scene tu. Heh.

Itu tak kata lagi pasai adegan peluk2 bagai tu. Tk perlu komen lelebih yg tu sbb ini bkn blog gosip hiburan. Bahaha. Tp entah ek, kalo dulu aku tak rasa apa kut tgk pesen ketat2, tudung pendek ni, tp skang aku ada rasa 'something'. Bertudung, tp singkat tudungnya. Bertudung, tp ketat pakaiannya hingga menampak susuk tubuh. Bertudung tapi berpeluk dgn lelaki yg dah sah2 bukan muhrim. Oh. Aku tau, aku pun bukan org yg patut nak bebel2 ttg ini, tp aku juga sedang berdikit2 utk mengelakkan diri dari mengenakan pakaian yg aku sendiri rasa sakit mata tgk org buat. Mudah-mudahan.

Ni ending dia cemna ni? Adakah mama Anis tu mati gak, dan Qabil akan memaafkan dia. Owh. Eric pula dgn Alia yer. Hihi. Ada yg tak sker napaknya. Aku pun rimas gak dgn Eric tu. Haha. Tp takpe lah dari si kawan dia yg dok bro..bro..bro tu. Lagi la terhapa hapa.

Cpt la abis aih. Rimas aku dah. Oh. Lps drama Kasih Alia ni, citer Soffiya lak masuk. Lakonan Tiz Zaqyah. Aku kureng sket TZ ni berlakon, tp misti la my dear aku layan, maka aku terpaksa layan gak. Beliau kan mmg sker tgk drama melayu. Haha.

16 September 2011

Selamat Hari Malaysia : Malaysian Boy Clip

16 September 2011.
Selamat Hari Malaysia.
Utk itu, saya persembahkan lagu Malaysian Boy ini.



Hurm. Kecoh juga lagu ini yer.
Dgn katanya diciplak dari lagu lain. Mmg la sama kan. Bleh di dgr di sini- utube
Sama tak serupa la. Kita ada rap bahasa cina. Hihi.
Juga kecoh sbb ada kelibat 'sesuatu' pada masa minit ke 0.43. (hantu kata mereka. Eh..??)
Kalo kat tibi mcm tak napak.
Tp sila tgk kat VC tu.
Haha.
Kalo tak clear google saja - ada blog2 hiburan sudah pause kan hanya pada gmbr itu.
Tp tak napak la gmbr penuh. Ada sket je. Napak baju dan beberapa helaian rambut.
Mungkin sbb menda itu rasa dia da ikut tema. Pakai baju kaler putih kan. Dan mungkin dia pun mahu ber rap dan shuffle bersama. Hihi.

My dear sker lagu ini. Dia kata sedap suara pompuan itu.
Maka aku sebagai isteri harus la google siapakah gerangan perempuan yg turut menyanyi dlm lagu Malaysian Boy itu.
Oh. Namanya Ila Damia.
Datangnya dari Mentor 4 yakni protege Joe Flizzow. Owh. Mmg la tak kenai sbb weols tak layan da Mentor ni sgt. Erm. Mungkin faktor umur menyebabkan agak kurang tegar kpd hiburan2 ni. Eceh. Poyos.
Gmbr kredit : FB ILa Damia
dari FB beliau juga.

Tp oke la lagu ni. Layan gak la. Ada rap cina seme. Bes. Bes.

Lirik Lagu Malaysia Boy – Altimet, Dj Fuzz, Rabbit Mac, Ila Damiaa

(Altimet)
Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji

Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali

(Ila Damiaa)
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy

(Point Blanc)
问边度系屋企
梗系马来西亚呢块土地
全世界
呢度最掂 无问_
俾你大开眼界
靓女如云 唔使头痕
饮茶食饭 heh番一晚
生活唔使烦 系o甘
我地识搏杀仲识玩
去到边度 唔会改变态度
响我o既脑 你系最好
马来西亚系
我o既国土 亦系我o既宝

(Point Blanc – Translation)
If you ask Point Blanc where is home
It’s definitely this land called Malaysia
This is the best place in the whole world
There ain’t no problems
Just open up your eyes
There are plenty of beautiful women around
Enjoy all kinds of food and drink everyday
There’s no worries in our lives
We know how to work hard but we also know how to enjoy life
Wherever I go it will never change my view because in my mind you are the best
Malaysia is oh my homeland and is most precious to me

(Rabbit Mac)
Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai PNG
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best

(Rabbit Mac – Translation)
Greetings everybody hi hello
Come let’s go for a tour around the nation
Okay my name is Malaysian boy
Whatever we do we are always good
Brothers sisters
Mommy daddy sisters grandpa and grandma have come
From the village to the city
From sabah till penang
Red blue white and yellow
You can see rainbows of these colors in my country
North south east and west
Our country Malaysia
We are the best

15 September 2011

~Pasal Settle Hutang PTPTN~

Lama dah aku kata aku nak langsaikan hutang piutang aku dgn PTPTN ni kan.
Tp idak la aku smpai tak blk kg smpai bertahun2 sbb nak bayo utang cam iklan deme tu kan.
Juga, takde la aku smpai tak tido malam memikio kan utang PTPTN ni.

Ni la balasannya org berlengah2 nak bayau kan. Berapa tahun da aku abis blaja. Sendiri kira la kalo aku pun da masuk 8 thn keja sini dan setahun aku keja cikgu. Bahaha.
Ah. Malas nak pikir pasal blkg2 tu. Lantak. Kalo pikir sakit ati sbb interest byk tau. Tp sapa suh lengah2 bayau kan. Padan la muka. Aku dpt PTPTN ni masa PTPTN baru diperkenalkan. Tak minta pun rajin je dia bagi tanpa ragu ragu. Ha..skang, baru kau tau cena nak kutip balik kan. Patut kalo duk UITM tu tak yah PTPTN pun bleh je survive. Aku tak mintak pun, tau2 da masuk dlm akaun. Heh!. Masa muda remaja ko, sapa je nak bagi balik kalo org da bagi kan??. Mujo aku amik time degree je sbb diploma aku amik ngan Yayasan Perak. Plak tu, aku amik half je sbb lps tu aku dpt biasiswa JPA. Kalo tak, entah bila habis bayau gamaknya. Ngeri..
Skang ni aku nak langsaikan je sbb bln dpn aku leh gantikan dgn byr duit umah plak. Maleh aku nak tgk utang sana sini. Walo amaun bayau duit umah tu berkali kali ganda dari amaun bayau PTPTN ni, aku takmo lah bertimpa timpa plak utang.

So, pada adik2 baru abis blaja ni, kalo dpt keja tu, nasihat dari ahkak yg dah "kertu" (bak kata Eka) ni - bayar la hatta RM50 pun sbb interest tu akan menguntungkan meke je. Tu sbb leh wat iklan panjang2, masuk tv waktu peak time. Mahal tu iklan time Buletin Utama tu. Walopun ada ujrah ke hapa ke, tp deme tetap dpt interestnya sbb skang aku tau bkn sket yg kome pinjam ni. Even 1% interest pun, kalo tak dibayar...sendiri maklum ler. So, bayar tau. Kalo pun deme tak antar surat, kita yg kena proaktif sbb deme ada beribu malah berjuta kut org yg dah dibiayai.

Oh. Sblm tu, kut ada yg nak langsaikan seme hutang piutang PTPTN ni, tp tak ketahuan cemana kan. Nak tipon jenuh plak kan. Aku retu pun cam blur gak. Lagi plak bila dia kata 'takpe cik, tak perlu rush2 nak settle kan sbb cik takde kena blacklist atau tindakan mahkamah'. Ek eh. Sesuka ekau je kan. Patut org nak settle tu ko alu alu kan ler. 

Memula kita masuk website PTPTN. Klik Borang, Pekeliling & Tender
 Seterusnya klik Capaian Borang

Dan klik Borang Permohonan Baki Pinjaman (Individu) online. Ini mmg prosedur yer kalo nak settle seme. Sbb retu dulu aku penah tipon (dan aku penah citer pun, tp mana tah entry nyer. Maleh nak carik). Dia kata nak settle pun kena isi gak borang tu dulu. Tp harap bersabar yer, sbb nak capai ke borang tu mmg payah. Aku nak buat entry ni pun tak lepas gak kuar borang tu. Problem loading page katanya. So, keep trying. Kut pepagi oke kan.

Dah isi butiran dlm tu, dia akan kuar cam surat ni. So, kita print dan fax kan je. Tak perlu nak pos. Aku retu saja gatai fax time org nak balik cuti raya. Bahaha. Saja, nak tgk deme wat keja ke tak. Aku da pikir deme ilangkan dah fax aku tu.

Dah akhirnya, 13hb ada emel dari PTPTN. Menyatakan jumlah baki dan kena bayar before bile. So, nati aku nak pegi PTPTN lah. Dia bleh je bayar kat bank2 atau agen2 dia tu. Tp rasa cam tak puas lak kan. Kita nak resit rasmi. Oh. Ini bkn perkara memain. Aku keja bidang ni juga, aku tau la poblem di masa dpn kang. Better prevention than cure. Eceh! Oke.

So, lagi selamat la aku tak bleh nak beli SII ni napaknya sbb amaun aku bayau ni lebih sketttt je dari rega tipon SII tu (rega ori tanpa amik pakej skali ngan line). Bahahaha.

~Pasal 9860 vs SII~

Tamat course sesi pagi.
Bersedia utk sesi ptg dan terakhir pula.
Utk itu, saya tinggalkan anda dgn entry ini pula :)

*******
Alahainyer.
Masuk websitu Nuffnang.
Mata tertancap pada satu iklan yg cam menarik.
Eh. Besnya.
Wohoo. Aku takde la rasa bes utk pegi ke The Strand tu which org mungkin da beratur seawal 12 t/mlm kut utk rebutkan tepon baru ni (refer : blog soyacincau)

Tapinyer aku tgk cam bes je phone Blackberry Torch 9860 nih. Sblm ni mmg aku tak berapa nak minat BB sbb dia mcm kembang2 camtu kan. Aku sker phone yg panjang2, bkn kembang2 nih. Ni pun tatau la kembang ke atau slim tinggi.
Sbb tu skang aku tgh mengidam cik mek SII tu. Ha, aku sker yg camtu la. Tak kembang tapi dia tinggi.
Nak tgk yg plan DiGi punya. Tp tak terpegi pun lagi.

Aku blum tgk full review pasal BB Torch 9860 ni. Tgk dulu utk compare. Sbb rega adalah lebih murah berbanding cik mek SII. 

But one thing is - ssh tul dpt kebenaran dr yamtuan besau weh (see, sapa kata aku control laki hoi. Aku nak beli barang guna DUIT AKU SENDIRI pun aku tanya suami tau. Giler btul nak tuduh2 org, gurau2 mcm tu). Mmg susah sbb cik Korbi aku ni masih sihat sejahtera.

Tp nyer, aku ni ada penyakit stress kalo pakai hp dalam tempoh yg lama. Haha. Sbb biasa, dulu, tipon aku paling tip top condition nyer adalah setahun. Lps tu dah wat hal. Talipon aku guna skang, takde masalah lak. Dkt 2 tahun da aku pakai ne. Rasa sbb aku pun jarang guna. Aku guna utk call mak semata mata. Selain pada tu, ada la hal2 opis ke hapa. Tp kalo no tak dikenali - maaf - mmg aku tak akan jawab. Lantak ko situ. SMS pun jarang amat dah. So, bertitik tolak akan sebab2 ini lah juga Yamtuan aku tu tak bagi kebenaran. Sbb aku tak guna sgt pun da phone. Internet pun aku access guna bband. So, nak apa lagi kan? Takkan beli sbb nak ber FB doplohpatjam kut. Atau semata2 nak update status lps tu ada tulis via android. Bahaha. Such a loser la kalo aku camtu (aku kata aku la loser yer. Jgn silap pandangan plak).

Tapi... tapi..tapi.. aku nak pujuk dia satu je. Tipon ni ada GPS. Sbb dia salu sesat2 kalo bawak keta, maka tak perlu nak beli GPS, kita beli tipon ini. Amacam. Haha.

Oleh kerana aku tau Yamtuan aku baca blog ni, maka dgn rendah hati, sekali lagi, patik mohon kebenaran dari Yamtuan agar memberi kebenaran utk patik menukar talipon tangan patik. Bleh ke tak??

p/s : Mmg ssh sebenarnya sbb dia nak suh aku simpan duit utk holiday tu nati. Hurm. Lps balik HK la pujuk lagi kot. Sobssss.

~Pasal Bertemu Rakan Lama~

Masih ada course utk ari kedua.
Moga reni takde la aku makin stress dlm course tu. Heh!

So, saya tinggalkan anda dgn citer yg saya da alredi draft ni.
Jumpa lagi waktu lunch kang. Insyallah.
Bye.
***
Aku sker je kalo ada org nak wat reunion ni. Tak kira la reunion sekolah ke UiTM ke apa. Tp biasanya byk yg tak menjadi dari menjadinya. Tu maleh tu. Haha.
Biasa la. Nak kumpulkan reramai adalah bukan mudah.
Tp kalo aku, ada masa, mmg aku join jer.

Bebaru ni dpt invitation. Bkn utk reunion la. Cam kenduri gitu.
Dari kawan masa diploma.
Bleh kira la berapa tahun tak jumpa da kan.
Sbb invitation skang bleh dikomen2, bleh berbalas2 komen, maka ada yg tulis kan bes kalo Reen ada. Aku mcm err.. trus rasa 50-50.

Entah ek.
Aku rasa org 'senasib' ngan aku tau la kut.
Seriyes, aku akan rasa rendah diri tatkala melihat meke memasing mengendong anak.
Aku, takkan nak kendong suami lak. Kang kena lagi dikata control suami.
Haha.

Pun lagi, life aku tak la se WOW mcm mereka.
Takde apa pun. Keja pun cam segan2 je nak citer.

Ye.
Aku tahu, tak perlu pun aku pikir camtu.
Tp ada je terpikir.
Tgk la camna. Kalo takde apa, bleh je aku make it.
No hal seme tu ekceli. Apa nak disegan kan?
Biasa la. Tk seme org life nyer perlu WOW factor baru bleh jumpa kengkawan lama kan.

Tapi....
Misti derang terkejut jumpa aku yg dulu semasa ditinggalkan hanya dgn berat 35kg.
Tapi skang da naik lebih 10kg.
Napaknya itu je la WOW Factor yg aku ada. Haha. Ouchh...


Imej : Cartoonstock

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign