Pages

Showing posts with label outstation. Show all posts
Showing posts with label outstation. Show all posts

11 May 2015

Ke Johor Kita

Ini kejadian seminggu selepas balik dari umrah.
Bos suh pi JB. Ada majlis persaraan staff caw. Johor.
So, Ida, sila pergi wakil HR (wakil HR tu kira wakil Pengurusan lah).
Baik boss. 
Ye lah, ini mmg tugas kami. Mmg biasanya, sekiranya dijemput oleh pihak cawangan, kami akan pergi.

Aku dah pergi Terengganu. Pergi Kedah. Pergi Kuantan. Pergi Perak. Dan kali ni Johor.
Semua balik hari. Terengganu n Kedah tu naik flight lah. Aje giler nak gi naik kereta day trip plak tempat jauh kemahin tu kan.

Dan biasanya kami sendiri akan menyampaikan cenderamata dari pihak pengurusan pada pesara tu. Jadi, usah la kata cakap cakap belakang kata itu ini okeh. Kalau Pengarah tak busy, Pengarah sendiri akan pergi sekali.

So, kali ni ke JB.
Bos kata balik hari. Ingat naik fligt - okey boss.
Sekali - naik kereta. 
Maigaddddd.... JB kot. Pening nih. Acena nih.
Ye lah. Ye lah. Balik hari lah.
Rupanya takde la rasa jauh sgt pun JB ni kan.
Naik CRV kot. Mmg la rasa seleso dan tak rasa pun perjalanan.
Cuba kalau naik WAJA. Tu ari ke Kuantan naik Waja. Rasa kematu jap bontot ai. Haha.

Bertolak kul 8pg camtu, dalam kul 11 lebih dah sampai.
Sempat makan kacang pool kat Angsana jap.
1st time ai makan kacang pool uols. Ai pun tak tahu cemana rasa sebenar dia. Tapi, yang ini okay. Ai buleh je telan. Kenyang.



Pastu baru ke Pacific Hotel. Majlis tu kat sana.
Majlis start 12.30pm.
Macam biasa lah. 
Speech wakil pengurusan (HQ). 


Mujur takde pantun kalau ada sumur di ladang.
Haha.
Speech pengarah cawangan.
Speech pesara.
Penyerahan cenderamata.

Tayangan video.
Dan.
Makan.


Not bad gak makanan kat hotel nih.
Byk choice gak untuk lunch.
With staff Caw. Johor. Happening depa ni sbb tak ramai.
Dah tu lps makan, balik KL.
Hwa hwa hwa.
Dah rasa macam pergi kenduri kawen plak.
Makan, lps tu balik.
1st time ai outstation pakai jubah, pakai socks, pakai kasut bertutup.
Terus duk tanya myDH "ada macam Prof Muhaya tak?"
Terus dia menyampah nak layan.
Hahahaha.

Ye lah. Begitu lah.
Sbb rasa eh, tak jauh pun JB ni rupanya, terus rasa nak pergi ke JB.
Lagipun dah lama dah tak pergi bercuti.
MyDH kata "dah lama kita tak tido hotel nih"
Ye ke?? Kan bulan 1 pergi Sarawak ke tu ari. Pastu hotel kat Mekah n Madinah tak kira eh? 2 minggu tu. Haha.

Tapi, mmg kami tak pernah gi bercuti kat Johor pun.
Dulu dgn keta lama pun tak pernah lepas ke Johor.
Aku  lak asyik la outstation je ke Johor ni. Nak cuti santai honeymoon bagai, tak pernah.
So, next station  - Johor Bahru :P

9 July 2013

Edisi Outstation : Kedah [Majlis Persaraan]

Last week punya cerita lah. Hari Khamis. 4 Julai.
Kali ni g Kedah bawak bodyguard.
Boss cam nak suh g sorang. 
Aku kata kang kalo aku pingsan cemna?
Haha. 

Lagipun bawa adiah jugak. Cemna aku nak usung ngan kotak2 hiasan tu.
So, bos suh g ngan klik sorang lagi yg jaga unit latihan.
HR kiterang ni kekurangan jejantan. Hihi. Semua pun wanita2. Unit aku mmg la powerpuff girls kekdahnya. Eh. Sailormoon. Sbb ada 5 orang. Ngeee.

Cam biasa. Daytrip. Fireflyz.
Gi awal pagi. Balik malam.
Pegi mengejar matahari. Balik mengejar bulan.

Dah tu, flight kul 7pm dah abis. Akur je lah balik kul 8.30. 
Mujo tak delay.

Kali ni mmg takde niat nak beli MakBee bagai.
Malas. Hok tahun lepas pun ada lagi dlm peti ais tu.
Pekan Rabu ke Khamis pun malas.
Tak larat.

So, pegi ofis cawangan sana.
Mmg derang siapkan makan tengahari la seme.
Dengan nasik lauk udang saiz XXL, kari ikan, sayur campur. Kek lagi. Buah lagi. Agar2 lagi. 
Fuh. Tanjat perut ai. Lama dah dia tak menerima segala macam makanan tu.
Macam ustazah bagi tazkirah.
Gasakkkk...

Settle seme majlis persaraan bagai, lepak2 jap, ikut driver sana anta bos derang, pastu g minum jap, balik ke airport.
Singgah makan coq udang.
Klik makan laksa.
Aku tgk je lah. Takut lagi nak makan laksa.

Fuh. Outstation pertama selepas laps.
Mmg ada rasa cam perit2 kawasan incision tu.
Tapi, biarlah. Nak manja2 sgt pun tak buleh.
Asal jangan angkat menda berat sudah.

Duduk je pun kan. Ke duduk pun dikira kerja berat. Hihi.

Oh. Hari ni pun outstation lagik.
Tapi bos pegi. Ai follow ja. Perak. Kampung halaman tu. 
Tapi tak singgah la rumah.
Nak balik awal. Nak masak utk sahur. Hihi.

Selamat berpuasa kengkawan!

26 February 2013

Edisi Outstation 2013 : Sarawak

Memacam citer tertangguh. Hai. Dgn sakit perut. Hangin pulak kan. Nak citer apa dulu ni. Citer outstation Swak ke citer celebration besday myDH?
Takpe. Kita citer hok Swak dulu ya.

Hohohoiii... Ini bukan gi jalan2 ya. Ini gi atas urusan kerja. Tp sempat la gak beli2 menda yg wajib di beli kalo gi Sarawak kan. Apa lagi, harus la kek lapis and ikan terubuk. Jangan kata gambir Sarawak plak. Ups! Hahahaiii...
Pelik tgk kad tu  kena sumbat camtu ja. Buleh???
Pegi ari Selasa petang-19.2.2013. Flight nya jam 3pm camtu (KLIA). Smpai dlm kul 5pm. Org cawangan amik lah. Lalu terus ke hotel. Kami stay kat Riverside Majestic Hotel. Bes gak la. Dulu aku pegi tah mana duduk. Holiday Inn ke apa tah. Cam dah takde je dah hotel tu. Oke lah kan. Cawangan yg booking kan. Tp bilik bes la. Besar pun. Pulak tu cermin yg boleh napak pemandangan ada 2 side. Satu side napak sungai Sarawak (eh. ye ke?), satu side lagi napak Kucing anak beranak kat bulatan tu. Huhu.

Yang bagus siap ada jadual waktu solat. Good.
Ada sejadah jugak. Iron pun ada. Bagus.

Gmbr yang diwar-warkan di Instagram. Poyo ah!
Jadi, smpai je, aku trus google tpt makan. Jadinya pegi la ke seberang sungai utk ke food court belah sana. Haha. Tak memasal naik sampan plak kan. Tp oke lah. Dulu aku pegi tak naik pun. 50sen sorang. Yg si adik aku ni dah risau2 takut bot dah takde. Huhu. Aku pun tatau smpai kul brapa operasi dia. Tp dlm kul 7 lebih tu aku percaya ada lagi. Nak makan pun tatau nak makan apa. Igt nak makan laksa Sarawak tapi kang cam lapau plak tak makan nasik. So, nyer order nasik goreng. Kureng. Tp dah rezeki. Makan je. Tu pun tak abis. Tak plan pun nak beli kek lapis ke apa time tu.

Esuknya terus ke office cawangan la. Ada interview sebenarnya kat sana. Sbb nak carik utk jawatan pemandu, so pengurusan decide buat kat sana je instead of calon kena turun sini kan. Calon pun tak ramai. Panggil 10, datang 7. So, dlm kul 12 camtu dah abis. Maka, terus la gi jalan2 carik buah tangan. Huhu.

Memula derang bawak gi beli kek lapis. Gi kat Kek Lapis Dayang Salha. Tpt dia rupanya dpn ngan tpt kiterang makan malam tu. Tak byk pun aku beli. Utk ofis, pastu ada la bagi kat kak ipar sket. Kang bebyk bukan abis pun kat umah tu. Pastu derang bawak gi Pasar Satok. Haaa.... ni pasar baru. Tpt lama tu dah takde dah. Ni pun baru bukak Januari tu ari. Kira kami antara yg terawal lah. Ceh! Haha. Sini pun tak byk aku beli since, yg bawak tu bawak ke kedai yg biasa derang pegi, jadi dapat la murah2. Tu pun aku beli 20 inggit ja. Cam biasa, derang siap seal trus dlm kotak. Yg kek lapis pun siap seal trus. Mudah. Kalo kat sini cam jeruk Penang, kopok leko Tganu buat camtu kan senang nak usung. Tu hari masa gi Ganu senget2 bahu aku ngusung kopok leko. Huhu.
Lps tu aku suggest nak makan ayam penyet. Mula derang nak bawak ke Raja Ayam Penyet ke apa ke namanya. Tp tgk2 tutup lak kedai tu. Maka, makan kat restoran ni ja. Tp oke lah. Sambal dia sedap. Pasaipa taknak makan laksa Swak. Entah. Rasa nak makan nasik plak. Huhu. Atas flight, tak amik nasik lah.


Lps tu trus gi airport. Lepak situ walopun flight nyer kul 5.45 pun. Silap, sepatutnya buleh mintak derang bawak ke tpt2 jual souvenir ke apa ke kan. Awal dah smpai airport. Dlm kul 2 lebih dah check in. Tp ingat tak lama la. Skali flight delay. Wargh...! Jarang aku delay kalo naik MAS ni. Udah la masa check imigresen tu aku kena punggah barang dlm hbeg aku. Apakah? Dia kata ada bunyik. Tp tak dapat detect apa dia. Ek eh. Bukankah beg tu dah masuk dlm tpt scanner tu. Harus dia tahu apa yg menyebabkan menda tu bunyi. Kut ada pisau ke apa ke. Tp mmg takde woi. Abis aku kuarkan segala menda. Menyusahkan btul lah. Tak pepenah kena camtu. Ada napak muka penjenayah ke hapa? Tp dah tugas dia kan. Nak buat cemana. Tp yg menyampah tu, buleh semua2 imigresen tu duk keliling aku. Padan la muka terpijak kaki dia ngan kasut aku yg tebal tu. Muahahaha... sebuk lagi kan. Aku pun tatau apa yg bunyi tu. Mungkin tin gegula Extra tu kut. Entah. Tu aku bawak smpai HK retu pun takde masalah. Tahpehapatah!

Akibatnya, dok geram2 beg kena tonggang, aku merayau2 lalu terbeli ini. Hohohoiii... Memang tak memasal nih. Tp aku sker. Bau dia cam bau buah2, sport2 sket. Aku mmg kureng perfume hok bau bunga2 ke, vanila ke, bau feminin sgt tu. Tu sbb yg dpt free dari Intrend tu ari aku tak pakai pun. Nak ku lanting kan je lah ke sapa2 tu nati. FOC ja. Takde de nak jual2 de. Baru skali je aku rasa aku sembur.

Flight delay. 6.15 baru naik. Dan kesudahannya, kul 8.20 baru touch down. Oke lah tu. Kalo lagi lambat lagi pitam. Dan mujo driver yg tunggu pun tak kesah orang nya. Mmg kiterang booking keta ofis dah. MyDH tggu kat ofis ja.

Jadi begitu lah. Cerita ceriti outstation pertama utk tahun 2013 nih. Ada lagi ke outstation. Duk HR kureng sket kan o.s nih. Lain la unit lama aku dulu kan. 

21 February 2013

Edisi Outstation : Sarawak

Hai uols. Tenkiu eh kerana sudi jengok2 kebun ni sepanjang peninggalan tuan kebun. Hohohoiii...
Alhamdulillah. Selamat pegi. Selamat kembali.

Ah. Berpergian pun satu hari ja. Lagi mau kecoh kan.

Nenati lah kita stori pepanjang perihal outstation ke Sarawak itu ya.
Kalo tak bos suh pegi sorang uolsss.. Jenuh2 ai mujuk bos supaya dibenarkan bawa 'teman'. Teman serumah, ai offer jugak. Tak mahu pulak beliau. Itu lah susah nya seofis uols. Kalo ofis lelain ai dah heret dah. Nati napak ada conflict of interest plak kalo ai heret beliau walo beliau bercuti dan tiket katebang ai tanggung. Apadahal kan. Dah siap tgk pun tiket - 3 rat je pun kalo naik AA. Tapinyer.. kalo guna waran, harga itu berganda yer uols. Ai dapat bawak adik unit ai dan oleh krn itu lah kami naik MAS. Guna waran lagi murah kalo MAS nih.

Hujan ja Sarawak. Jadi, takde la cam nak jalan2 sgt pun. Untuk itu, ai jugak mintak maaf. Tak dapat nak beli FM ke, keychain ke apa utk nak bagi uols Gift-Away ke kan. Sorry banget ye uols. Tak sempat. Ini sbb kerja. If kalo p holiday, ai pasti akan beli. Yg sempat ai beli kek lapis n terubuk masin! Haha. Oke je kalo uols nak terima adiah tu. Tp tak jamin la kalo da 'expired' by the time smpai ke uols.

Tapi takpe. HKK dah dekat. (HKK, HKK, apa HKK tu?? Hari Kraf Kebangsaan - ala.. kalo uols dengar Era, sure dgr iklan ni kan. If dgr iklan ni terus la tingat ai tau.. ahahahah.. pui..sapa tah nak igt ko kan). Nati kat HKK ai carik gift2 unik utk uols seme ya.. harus barangan kraf. 

Lps tu, hari ni suppose ai ada course. Protokol dan etiket. Eh. Begitu ke tajuknya. Begitu lah kot kurang lebih. Ai dah pegi salu pun ni. Mmg ada rasa malas. Sbb smlm pun flight delay. Penat tu mmg ada la kan. Tp kalo duduk je lagi penat kot. So, mmg ada rasa nak mintak ke bos agar dpt excuse dgn alasan - byk kot keja nak settle. Tapi, pucuk dicita ulam mendatang. Pepagi - bos call, kata batal course. Ai igt course tu yg batal, rupa-rupanya ai sorang je yg batal. Bagus. Hiwhiwhiw. Sbb bos kata pepagi ni kena jumpa big boss. Ada menda urgent perlu settle pastu pulak petang bos kata ikut dia g meeting kat KPKK. Meeting tu takde hal la, tp time dia sgt bes lah. Jam 4.30petang startnyer. Yer. Bes sungguh lah (-_-")

Sudah la hari ni punch kad merah. 8.08. Bagus kan? Yer, mmg bagus lah. Bangun pagi baru hegeh2 nak iron baju. Sudah tahu hari ni batik kan. Siap mandi solat semua tgk baju tu masih berkedut seribu. Apakah?? Ini misti aku tak terus jemur baju tu atau spin tp lambat jemur. Apsal dia berkeromot sgt. Tanya myDH dia kata mmg napak kedut - oke, carik baju lain - iron balik. Haaa.. kau.. kul 7.30pg aku duk iron baju. Ko mampu? Baju batik gak tu. Sebbek crepe. Jadi tak la susah sgt 

Jadi, begitu lah. Takde entry autopublish mahupun draft. Tak sempat. Walo ada menda nak cerita. Nati ya. Citer pasal Swak. Bes jugak. Lama kot aku pegi dulu. Masa tu kat aset. Nati nak pegi bercuti lah a.k.a Honeymoon. Hohohoiii...

Dan, amik la sekeping gambo ni dulu sblm ada entry lain ya. Igt nak tulis pendek, ini pun berjela. Apa je lah aku ni kan. Miahahaha.

Lapo. Nak makan. 
Kbai! 

27 November 2012

Edisi Majlis Persaraan : Terengganu

Lepas pulang dari Sabah bah, ke Ganu kite la pule..
Kejadian pada 22hb. Ada majlis persaraan staff kat cawangan sana. Ni kira aku pegi sbg wakil pihak pengurusan Ibu Pejabat lah kiranya. Gi ngan my assistant. 
Pegi balik hari je. Tak larat dah wes nak tido bagai. Jadi, day trip sudah. Lagipun last week aku masuk keja 2 ari je yer. Huhu.

Naik kul 8pagi, balik kul 4ptg. 

Makan nasik dagang walo pun aku bkn suka sgt.
Nani makan nasik lemak. Eh.. itu kat KL pun byk. Hihi.

Tak memasal! Belasah lah. Bos dah buatkan
speech note. Ai baca je. Haha.
Awat da rupa bergaduh je aku ngan org sebelah tu.
Sorang pandang sana, sorang pandang sini. Hihi.
Penyampaian GCR dan gift kepada pesara. 
Sebelum balik smpat singgah beli kopok jap. Nak pegi yg glamer tu. Apa ke namanya. KBB ke apa tah. Tp situ, kena booking. Kami pegi pagi tu nak booking, tp tak dapat. Dah habis. Nak beli on-d-spot buleh, tp kena beratur amik nombor. Ko mampu? Mmg tak la kan. Kang ada yg terlepas flight. Jadi, kami beli kat tempat lain je. Org Ganu kata skang org tak beli kopok Losong dah. Oke... ikut je, asal dpt beli kopok. Huhu.

Dan as a result - penuh peti ais haku. Segala udang kering, ikan bilis, ikan masin dari Sabah retu pun dah mempelopori peti ais, ni kopok lak penuh kat tpt freezer tu. Tu tak masuk pau beli kat Tjg Malim tu hari (eh, blum citer yg tu yer). Syana kata org rajin peti ais penuh. Hihi. Org tak rajin la peti ais penuh. Menda2 kering camni org tak rajin je suka beli. Tahan bertahun tu. Tu ikan masin segala tu bila nak abisnya entah la tu. Mmg makan tahun tu. Rasa, yg aku beli time gi Kundasang tu ari pun cam ada je lagi. Ahahahaha :P

p/s : simpan la cuti banyak2 utk GCR yer.. nati kalo panjang umur, dah pencen, byk dpt tau :)

26 November 2012

Edisi Persidangan Di Sabah

Sabah Bah!
Menghadiri persidangan pengurus sumber manusia. Anjuran kementerian. Satu jabatan/agensi antar 2 wakil. Sorang pengurus sumber manusia, sorang lagi pegawai pengiring. Aku harus la yang pengiring tu kan. Takkan pengurus sumber manusia. Hahau. 
Duduk dah belakang. Jgn byk songeh. Kementerian
dah tanggung. Pegi flight ada tibi. Hihi. Tgk Happy Feet.
Bertolak hari Ahad - 18hb dlm kul 2pm. Sudah la mengong. Terlupa bawak sandal. Aku pegi tu pakai sneakers je. Dah naik flight baru tingat. Abis, takkan nak ber sneakers kalo sudah berbaju kurung. Mujo bos ku itu baik dan kami pun mmg ada ofis cawangan kat sana. Bos lak penah jadi Pengarah cawangan sana. So, mudah lah. Bila smpai kat Sabah, ada org cawangan dtg kat hotel - amik kiterang dan carik kasut aku. Ceh! Termelayang RM34.00 membeli sandal. Effect tu bajet nak beli ikan masin. Hoho. Sudah la bila tanya kedai2 biasa tu saiz kecik takde. Mujo ada kat BATA.


Stay 2 malam kat The Pacific Sutera, Sutera Harbour. Cam bes je kan bunyinya. Hihi. Bes la jugak. Cuma sbb kiterang conference. Breakfast dpt la makan kat kafe dia. Cam dinner malam yg pertama tu, disediakan kat dewan khas utk kiterang. Limited la pilihannya. Then lunch esuknya pun camtu gak.
Perfecto! Seme ada. Cuma kat toilet tu takde paip. Potong!
Perfecto gak!. Bilik luas. Me duk ngan peg. dari Aswara.
Dapat view taman. Kalo tggi ni seaview. Tp duk tgkt 3,
tak napak laut.
Malam kedua tu, bes la makan. Sbb ada dinner wif KSU.



Makan secara course by course. Merana perut duk tunggu satu, satu menda datang. Hihi. Kenyang makan lauk je. Kat meja ada taruk chopstick je. Kami mintak je sudu n garpu. Huhu.



Ni yang last. Mmg tak larat dah nak makan pun sbb da
kenyang makan lauk pauk.
Derang sempat juga bagi kiterang soping2 jap petang lps pembentangan paper work. Sempat la kaut2 ini seme. Hihiw.


Oh. Tahun lepas, awal tahun ke Sabah (Kundasang), tahun ni plak akhir tahun ke Kota Kinabalu. Maknanya, tahun depan kena repeat ni. Pulau plak kan. Bes! Bes!

23 November 2012

All About My Wife (in-flight movie)

Smlm dlm flight, dpt tgk tv. Tgk movie la kan.
Pegi - flight takde tv, tp balik ada.
Cam ke Sabah retu, pegi ada, balik lak takde.

Aku tgk citer ini
kredit : Here

All About My Wife.
Tp dr KT ke KL je kot. Ada la 55 minit je. 

Tak sempat abis.
Tapi aku tgk citer ni cam bes je.


Sapa penah tgk. Bes tak?
Aku rasa mmg bes. Sbb kelakar. Tgk half pun cam bes. Tak terasa dah smpai KL. Rasa cam awat la kejap nau ni. Padahal masa nak pegi tu sempat terlelap.


Dia mengisahkan pasangan suami isteri ni. Suami tu terjumpa isteri dia kat Jepun. Waktu tu isteri dia innocent abis. Skali dah kawen 7 tahun, perangai terserlah. Pening kepala suami dia. Anak takde (ha... aku mmg sker la citer berkaitan sket ngan aku ni kan). Pastu isteri surirumah je. So, suami dah tak tahan sbb isteri ni ada je nak bebel. Rajin masak. Asik nak suh makan je. Smpai dia buat jus, pastu suh asben dia minum walo tengah berak. Haha. Mmg lawak ah. So, suami ni nak mintak cerai. Tp tatau nak buat cemana. Dia nak buat marah2 pun, kena marah balik. Bila comp suami ni ada buat projek kat Jepun, suami ni pun mintak nak pegi. Konon ingat nak tinggal isteri dia la. Skali dia sampai je rumah kat Jepun tu, tetengok bini siap smpai dulu dah. Siap masak segala dah. Haha. Mmg lawak ah.
Masa kat Jepun ni gak dia jumpa jiran - seorang lelaki casanova. So, dia anak amik peluang suh laki ni flirt wife dia lah. Supaya wife dia yg akan mintak cerai. Tp pompuan ni tetap la 'selenga' dia.

Ha... takat tu je aku tgk. Tgh 'klimaks' kata orang tu kan. Tup2 dah kena turun flight. Tu yg buat aku nak carik gak movie ni. Sbb aku nak tgk betul ke tak derang cerai. Aku rasa tak kot. Mungkin si casanova tu cuma akan buat derang berdua berbaik semula. 

7 tahun kawen, tp takde komunikasi dua hala. Sorang memendam rasa, sorang rasa semua perbuatan dia betul je. Tu la sebabnya. Bes ah. Walo kelakar tp ada la pengajaran dia kan.

Jgn tanya aku sapa pelakon2 dia. Harammmm aku kenai sbb aku bukan Korean die-hard fan.


Harus carik DVD dia nih (masih tiada blu-ray, jadi DVD dulu lah)


Kat mana plak nak carik nih.
Pasau malam je lah. Ada tak?
Haha.

*apsal bila tgk movie dlm flight aku rasa movie tu bes je. Retu time g HK tgk citer apa yg penguin tu. Mr Poppers eh. Ha, yg tu aku siap beli balik DVD tu sbb nak tgk lagi skali. Haha. Gilos.

21 November 2012

KL - KK - KL - KT - KL

Mengantuk giler.
Smlm touch down dr KK jam 8.00pm.
Balik ngan bos. Sbb memula mmg MyDH nak amik, tp keta ofis kosong, so tumpang bos je lah. MyDH tunggu kat ofis. Tumpangkan skali ada staff dari ASWARA tp drop dia kat stesen LRT jer.


Then, hari ni mmg kecah hidup jap. Maklum lah. Berapa hari dah tak masuk ofis.

Sebu jap tgk try-in. Tp takde la byk menda sgt pun, tp tetap cam terkejar2. Nak makan pun gitu2 je.
Pulak tu waktu lunch lari jap balik umah KB. Owner datang. Cewah. Owner tu. Padahal akak ipar sendiri je. Dia dah renovate, then barang kiterang ada lagi dlm tu. By 1st Dec dah ada owner baru. Oh.. sebak jap. Haha. Dan dan... tp yer lah, tu tpt pertama yg duduk masa smpai KL nih. Mmg takde kemana lah. Situ lah. Pastu pindah jap. Tp kejap je. Tak berapa bulan balik semula ke situ. Dan diam tak diam, lebih 8 tahun menetap di situ, 4 tahun as single, 4 tahun as 'double', triple je tak sempat (^_^).

Esuk.
Penat kan??

Oleh kerana itu, demi kerja, aku terpaksa korbankan kelas mlm ni.

Tak larat. Ni rasa berjalan pun nak tutup mata je.
Smlm pun, smpai umah dah kul berapa. Walo touch down kul 8. Tunggu beg segala (beg aku plak yg paling last kuar, hampagas sgt), nak menyampai KL bagai, kul 10 lebih baru smpai umah. Kemas itu ini, kul 12 gak tido.

Pastu, utk pagi esuk, jam 6.00pg da gerak. Naik kenderaan ofis jugak. Tggu kat umah jer. Awal sgt.
Mmg aku taknak amik bermalam. Nati lagi penat. Ni biar penat sehari je.


Weekend, buat assignment jap. Dah janji grupmate.

Pastu nak amik barang2 yg kat umah KB tu. Melambak lagi. Nak humban je mana tak guna.

Dan tadi, bos gitau mungkin nama naik utk satu lagi course next week - weekend.
Gulp!
1hb dan 2hb tu aku ada kelas ganti - siap ada presentation okeh. Cenggana?
Kalo takde sgt, mmg kena lari jap la gi kelas, pastu masuk balik. Tu pun kalo tpt course tu mmg tak tukar la, kalo idak... tu nati kita pikir lah.
Wohooo.... mmg bukan senang weh. Kerja dan belajar.
Fuhh... *lap peluh merecik*

18 November 2012

Edisi Ziarah Ukhwah Dan Cendol Bakar

Berapa hb ni yer. Lupa plak dah. 5 November kot.
Ke Sg. Besar. Ada urusan rasmi. 
1st time being there sebenarnya.
Aku penah gi smpai Kuala Selangor tu je. Depan2 tu tak penah.
Nati lah, bila ada masa, 1 sweet day, nak lalu kut situ smpai Perak.
Bes jugak tgk kg orang.

So, ke sana with my dept-mate. Dia tahu jalan. Suppose ada driver pegi skali, tp last minit tak jadi. Ada je kan. Tu malas aku nak mintak driver. Bla..bla..bla.. (membebel dlm bahasa yg tak difahami). Tp takpe.. dept-mate tu buleh bawak. Udah la keta (ofis) tu pelik. Meter minyak tak naik. Duk statik je. Mujo nak balik tu isi, kalo tak ada yg menolak kat LATAR. Huhu. Jadi, merasa drebar gred 41. Ko hado?? Hahaha.

Tujuan utama kami nak ziarah ofismate yg terlibat dgn accident bulan 4 tu ari. Tragedi negara juga kiranya sbb ada kat front page akhbar utama citer dia. Aku penah buat entry pun. Sapa yg igt lah. Ofismate kiterang tu cedera, then wife dia meninggal on d spot. Meninggalkan2 anak yg masih kecil.

So, ofismate ni masih tak buleh nak kerja. Jadi, skang, sbb dah duk HR kan, kena la pegi. Selain, ada la nak dptkan sumber2 'primer' dari dia. Ye lah, memacam versi plak duk dgr, better kita gi sendiri. Org mmg suka buat speku itu ini macam kan derang dgr dr mulut dia sendiri. Lagipun, dah jadi sumber sekunder plak.

Duk sana, sembang2 ngan dia. Eh. Bukan sembang je. Siap makan tghari di sana. Huhu. Masa kami smpai anak2 dia takde. Gi klinik. Skali masa kami tgh bersembang, anak2 dia balik. Tetiba aku sebak masa anak2 tu panggil "ayah..." Alahai... sebaknya.. nak menitis air mata. Tp apa ke hal kan. Aku rasa kesiannya mereka, suppose salu org panggil mak dulu.. ini terus terjah ayah je. Sobsss (-_-)
Anak yg sulung atas riba dia, then yg kecik, yg aku dukung tu. Kecik satu lagi tu, sepupu derang. Mujo duk dekat2 je rumah. Ada la kawan bermain kan.

Balik tu kami sempat singgah Cendol Bakar. Hihiw.

Ala, glamer dah kan. Ada drive thru lagik. Kami drive thru lah. Dah la ujan renyai2 time tu. Aku amik cendol vip kalo tk silap. Basic je la. Tp ada selasih. Rega tah..lupa dah. Huhu.

27 April 2012

Edisi Mak Bee Dari Kedah

Hoho. Tetiba edisi Mak Bee halanya.
Eh. Org Kedah tak makan kuah rojak Mak Bee dah yer? Sbb masa kat imigresen kastam, org imigresen kastam tu siap cakap (atau sindir ke tatau la. Sinis je bunyi nya)
 "Beli mak bee yer, kami org Kedah tak makan Mak Bee, manis" 
Lps tu dia tgk aku beli dlm bekas besar tu, dia kata 
" larat nak makan byk2 tu"

Haha. Sedih dgn org camni kan.

Pertamanya - lantak hang la tak makan Mak Bee. Manis? Bukan aku nak tala hari2 buat air ke apa. Oke, aku harus memandang dari sudut positif. Pegawai imigresen tersebut menasihati.
Keduanya - susah hati pasaipa aku beli byk ka sket ka. Aku beli mesti la ada sebabnya. Hang jeles pasaipa. Ghamai lagi saudara mara yg aku nak sedekahkan kuah rojak tu.
Eh. Terus tertukar slang.

Yer. Aku pun salu dgr skang ni, org Kedah mmg tak beli Mak Bee dah. 

Tapi tak kesah lah kan. Dah smpai Kedah, itu je yg glamer nya pun nak dibawa sbg buah tangan. Lps tu org cawangan pun takde la nak kata apa. Suh beli tpt lain ke apa. Bukan aku nak balun Mak Bee tu hehari pun kan. Aku pun tak kesah Mak Bee ka, Mak Bedah ka, Roziah tu ka, asal kuah rojak. Tp ada gak kuah rojak yg cam cilanat rasanya yg menyebabkan baik aku buat sendiri cicahnya dgn kicap campo gula campo cabai burung tu. Lagi sedap.

Oke. Kami dibawa oleh driver cawangan Kedah ke rumah Mak Bee tu trus. Kira cam tpt dia buat la. Berkotak2 oke Mak Bee ada, tggu  masa je nak org amik. Aku beli setgh kilo (dlm bekas besar tu). Nati baru aku masuk dlm bekas plastik tu bagi2 org. Assistant aku beli yg bekas biasa tu. 12 bijik dia beli. Sebijik dpt RM3. 

Eh. Ni outstation ke jalan jalan? Haha. Yer, kami amik flight paling awal. Jam 8 sudah landing di bumi Kedah. Singgah makan roti canai jap. Smpai cawangan derang jamu makan lagi sbb derang mmg ada perhimpunan. Aaaa...kenyang. Makan sket je nasik goreng, ratah ayam. Buat buat keja seme. Meeting, then g ziarah staff cawangan yg sakit, then lunch. Lps lunch tu wrap up seme apa yg dibuat, dlm kul 3.30 settle. Mmg kena settle la sbb Kedah tutup ofis awal hari Khamis. Derang 3.30pm da balik sbb Jumaat cuti. Bleh lak aku pun lupa. Huhu. 

Dah la flight balik kiterang kul 8.30pm. Nak tukar 3.40pm tak dpt. Kalo MAS oke je. Dia kata nak tukar dlm tempoh 48jam. Haha. Dpt tiket tu pun kurang 48jam cekkk... 

Tu yg kiterang smpat ke rumah Mak Bee la, Pekan Rabu la apa tu. Huhu.

So, my 1st time ke Pekan Rabu. Ada eskalator nak naik dari parking seberang jalan tu. Kagum jap uols. Teheee.  Apa je menarik kat Pekan Rabu tu? Ntah. Aku belikan kuih loyang kat adik2 kat ofis je. Tatau apa nak beli situ. Kat situ Mak Bee dapat 3 bijik RM10.

Lalu kat menara KL Alor Setar. Lalu je la. Tp cawangan tgh set up nak buat pameran kat situ. Ada pameran apa tah. Ada Nat nat nama pamerannya.

Jadi, begitu lah. Kisah seharian di Kedah. Aku mmg jarang ke Kedah ni. Kira Kedah yg Alor Setar ni lah.  Kalo Langkawi pun Kedah gak kan. Tp tu cam tetiap tahun pun pegi. 
Cawangan Kedah. Angin kuat masa ni.
Ni pun da nak masuk 9 thn keja, Cawangan Kedah tu baru 1st time aku jejak. Cawangan lain seluruh negara dah pegi termasuk Kota Belud sanun. Bleh lak Kedah tu tak penah smpai. Huhu. So, dgn pemergian smlm baru la sempurna seme cawangan opis aku da pusing. Ehhhh.. ada lagi satu lah. Betong, Sarawak. Tp tu just inkubator. Bkan pejabat cawangan. 

Coming nak settle Kelantan, lps tu Sabah Sarawak pun dah lama tak buat pemeriksaan aset. Adehh.....

30 September 2011

Mengejar Matahari Dengan Kelip Kelip


Oh. Imej tak jelas. Maafkan saya. 
HP tak canggih. Nak zoom jauh tak bleh. Nak jakun p duk dpn tu tala hp mmg tak la kan dgn baju kurung batik segala. Tak semenggah namanya. Sah2 org tau penjawat awam la kalo da berbaju batik di hari Khamis. Hang toksah buat nala (ewah. Mentang gi Penang).

Suppose leh napak departure time adalah 6.55pagi.

Sbb itu lah keluar status 'mengejar matahari' (eh. bkn kata da malas nak aktif kat FB? Sekius me, malas je bkn nak stop yer) - sbb keluar sesubuh sape'ei.

Dan 'dengan kelip kelip' tu pulak bermaksud ini



Suppose petang pun aku nak tulis 'meninggalkan matahari dengan kelip kelip' sbb bertolak jam 5.30pm. Tp tak kuasa. Seorang penjawat awam yg anggun berbaju kurung batik sejak jam 5.30am. What do u expect after 12 hour? haha.



p/s: First time being on these 'kelip-kelip'. My say - oke, just nice, sgt sharp (yg to-fro Subang ni ler kut nyer). Tak pepenah lagi naik flight yg bertolak awal dari sepatutnya (mungkin sbb dia tgk seme org da naik, maka jalan je la). Akan dipertimbangkan utk destinasi percutian akan datang.


10 July 2011

~Pasal Seafood Tanjung Lumpur~

Aiseh.
Bleh terlupa plak mao masukkan citer (gambar) masa outstation Kontan retu.
Tgk balik folder baru tingat. Lor.. ini blum citer.
Haha. Kata blogger tegar harus seme cite nak di in kan dlm blog kan.
Tp skang tak seme aku nak citer. Tak privacy dah mcm dedolu. Huhu.
Oke. Lupakan.

Ada last week aku up status kat FB kata minggu tu minggu seafood.
Abis la badan penuh toksin. Huhu.
Dari yg aku pegi Bagan Lalang lps tu outstation ni pun makan seafood gak, pehtu balik umah pun masak seafood - yg aku beli kat Bagan Lalang tu.  Dan kat opis pun si Safarina blanja ketam lagi. Ada ari apa tah. 
Tp aku tak kesah sbb aku ada lah seafood lover terutamanya cik Krab. Bahahaha.

Aku outstation 2 mlm ja di Kuantan. Stay di Shahzan Inn. Tk perlu byk bunyik. Sbb opis yg booking kan. Asal mujur bkn hotel yg se brand di JB retu, cukup beruntung dah. Masa aku check inn tu, Tengku Puan pun ada. Napak keta dia luar lobi. Aku tnya kat reception, dia kata Tengku Puan tgh diner. Owww....
Tp bekpas ok, puas ati la. Walo tak byk pilihan tp makanan oke. Byk aku makan okeh on d 1st day tu. 

Mlm kedua, aku call kawan lama. Ekceli dia ni dulu satu opis ngan aku. Pastu dia dpt offer lagi bes kat Univ Malaysia Pahang, jadi dia benti la keja kat tpt aku. Pangkat adik pun. Aku msg dia, dia kata bleh je nak dtg jumpa. Dia amik then bawak ke Tanjung Lumpur.

Tanjung Lumpur apa lagi la kan, makan seafood la. Memula aku, Mira (adik yg gi skali outstation) and Fida (yg keja UMP tu la) je yg makan. Ada lagi 2 org lelaki yg sama outstation tak nak kuar. Deme nak tgk bola, time tu yg Msia lawan Taiwan tu. Tp kiterang dah tak ter abis.  Call gak 2 brother yg tgh tgk bola tu. Paksa deme dtg gak. Bahahah. Kami order ini.

Sotong goreng tepung.


 Dan special kat situ. Ikan Bakar Petai.





Lps tu aku gedik2 nak kopok leko, maka si Fida order lah.
Fida tanya nak Sata ke. Sana kan glamer gak Sata. Tp tak ter Sata da dek prot aku. Udah ptg tu makan Murtabak Mengkasar seme dah kan. Huuu... mmg tak diet langsung.

Apa nama kedai nih?? Lupa la plak. Tp ada Ikan Bakar Petai tu la.
Ramai org kedai ni. Ni baru weekday, kalo weekend. Pikio la sendiri.

And thank you pada Fida yg membelanja kami.
Yepp...beliau sgt sweet dgn lesung batu pipitnya iteww...mahu berkenalan?? Bahahha
Selepas itu, Fida bwak kiterang pegi Teluk Cempedak.  Tu yg sempat beli souvenir barang seketoi dua tu.

Last but not least, pemandangan Kuantan dari hotel kami stay itu.


Tetiba mcm bes gak Kuantan ni. Dkt ngan Cherating seme. Cakap pasal Cherating ni aku ada entry utk beliau. Blum publish je lagi. Sobssss

1 July 2011

~Pasal Murtabak Mengkasar~



Berkesempatan makan ni masa outstation. Murtabak yg femes seantero Malaysia kan. Aku pun mcm ter tanya tanya, apa yg menariknya Murtabak Mengkasar ni. Aku igt asalnya dari Makasar Indonesia ke kan. Jadi aku google lah. Jumpa la artikel2 berkaitan.
Rupanya nama kampung lah Mengkasar tu. Kampung Mengkasar Pekan Pahang.
So, sapa pegi ke Pekan Pahang, leh la singgah merasa the femes Murtabak in town ni. Mana letak duduknya aku pun tak reti nak citer. Pegi pun sbb kiterang ada ofis kat Pulau Keladi sanun. Kut tak, tak pegi gak la gamaknya.

Kalo ada GPS set je la Kampung Mengkasar. Jumpa la agaknya.
Dia takde frozen, maka makan disitu atau beli saja bawak balik.
Kiterang beli yg special - RM8, yg biasa berapa tah. Lupa plak. Ni kiterang bawak balik. Makan kat hotel. Share 3 org.
Oh. Skang da ada cawangan kat KL jugak. Aku penah napak masa nak makan kat Wahab Cendol tu. Kat Rampai Business Centre sanun.

Ni antara artikel berkaitan :

Menariknya, tiga menu makanan popular Pahang yang disajikan pada MAHA kali ini kebanyakannya membabitkan santapan diraja suatu masa dulu, ada antaranya masih menjadi kegemaran Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah seperti Murtabak Mengkasar.
Pengusaha murtabak berkenaan, Tajuddin Abdul Hamid, 64, dari Pekan, berkata resipi murtabak itu diwarisi daripada saudara terdekatnya, Allahyarham Datuk Abd Rashid Salleh atau Awang Rashid Salleh yang mempunyai hubungan rapat dengan istana Pahang suatu ketika dulu dan kini mempunyai dua cawangan, masing-masing di Kuala Lumpur dan Kuantan.
Murtabak ini menggunakan 20 jenis rempah ratus yang mempunyai hubung kait dengan perubatan antaranya kulit kayu manis, cengkih dan lada hitam. Sejak mengambil alih resipi daripada Allahyarham, sukatan dan cara pembuatannya tidak pernah diubah sama sekali, katanya sambil menambah perniagaan Murtabak Mengkasar bermula 1980.
sumber : berita harian

Selain memiliki rasa enak dan aroma membuka selera, salah satu keistimewaan murtabak Mengkasar adalah harganya yang sangat berpatutan.
Katanya, warung itu menyediakan dua jenis murtabak iaitu murtabak biasa berharga RM6 dan RM8 bagi murtabak istimewa yang masing-masing boleh dimakan sehingga empat orang.
Berbanding dengan murtabak biasa yang boleh ditemui di tempat lain, murtabak Mengkasar memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dan 21 jenis rempah-ratus berkualiti, menjadikannya lebih enak berbanding yang lain.
kredit : here 

Jadi, Tahniah pada 2 kawan yg menjawab dgn cepat dan tepat. Huhu.
Iaitu Pn AyangAizul n Pn Syana.
Dua2 ni alamat still ada pd kite. Tp Ayang, kite ada alamat opis lama awak rasanya. Bagi alamat baru yer.
Syana alamat Ketapang tu kan?? :)
Natikan adiah dari chepuanstoberi ya. Ole ole bertuliskan Teluk Cempelak lagi... Hihihi

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign