Pages

Showing posts with label tv programme. Show all posts
Showing posts with label tv programme. Show all posts

28 March 2016

eBu Babypedia - Lisa Yusry

kredit : Kosmo
Terlepas nak tgk masa episod pertama hari Rabu lepas.
So, tgk ulangan malam tadi.
Sebelum ni ada rancangan macam ni jugak. Yang Malaque ngan Syariff Sleeq tu.
Yang tu tgk. Tapi ada skip skip.
Yang Yusry Lisa ni macam best sbb derang kan TTC'ian.
So, ada la citer2 pengalaman TTC'ian.


kredit : Astro


Episod pertama ni dia ada cerita pasal masakan. Yang kaya dgn acid folic.
Rendang kacang panjang dengan hati.
Tapi, Lisa tak pandai masak. Dia nak potong hati pun dia cam geli geli.
Err.. takpe Lisa, ai pun tak makan hati dan ai tak tahu lah ai boleh potong ke tak sbb ai tak pernah cuba nak masak.

Then Yusry pi jumpa Fengshui master.
Nak tahu berkaitan fengshui kat bilik.
Lps tu ada cam slot2 lawak lakonan Jihan n Bell.
Tgk petua2 dari negara lain.
Ada yg buat belly dance. Ada yg campak spender atas bumbung (huhu. Kalau kat Msia - utk tak bagi hujan, campak baju pengantin atas bumbung. And yes, masa aku kawen, mak ada campak baju tshirt. Haha. Lps tu dah ambik balik, mmg ai tak pakai dah baju tu. Heee).

Lps tu ada sesi Yusry n Lisa ke Hosp Pantai.
And.
Lisa n Yusry juga disahkan normal. Takde masalah apa.
Lisa ada buat Vit D test. Result test tu memang level D Lisa rendah.
Kannnnn...
Same case with me.
Which infertility centre lain tak pernah buat Vit D test ni.
Masa treatment kat KL Fertility lah pertama kali buat test ni and result utk level Vit D aku mmg worst.
Sebagaimana Lisa dapat ubat titis bawah lidah utk tingkatkan Vit D, aku pun dapat.
So, uols. Esp TTC'ian, try lah check level Vit D ni. Tak susah. Cuma buat blood test sahaja. Agak pricey, tapi mungkin Vit D ni lah antara penyebab kita susah conceive.
Aku ada bagitahu berkaitan test ni pada kawan2. Tapi mostly macam ala ala tak percaya. Macam nak kata la bukan masalah tu. Tapi, mana tahu kalau tak buat test tu? 
Tambahan lagi orang yg jarang terdedah pada cahaya matahari. 
But, it's up to you lah.. 
Takat ni aku tgk pakar (OnG) Pantai n KL Fert mmg ada buat test level Vit D ni.
(kepentingan Vit D dan fertility - boleh google. Mmg byk web esp dari luar negara yg membincangkannya).

Ada juga slot couple yg TTC'ian.
Beritahu pengalaman derang.

Menarik gak lah.
Boleh tgk lagi minggu2 depan.
Ada yg komen kat laman sosial kata "tak sesuai Yusry n Lisa ni bagi tips utk dapat anak since depa pun lambat beranak"
Oh. Tersilap tafsiran kot ni.
Kalau bagi orang yg kawen, trus dapat anak, mana tips yg dia sempat apply.
Mana dia ada pergi jumpa pakar.

Mana dia ada buat treatment.
At least camni, ada la ruang dan peluang bagi TTC'ian ni. Program macam ni kurang didedahkan. Dan bila kurang, orang pun kurang prihatin. Maka, tu yg tafsir - orang lambat beranak tak sesuai bagi tips, kata orang ttc kuat meroyan lah apa lah. Yg kita hadapi penuh kesabaran tu takde plak orang nak pertikai. Tapi, ye lah. Orang mmg nampak yg jahat, yg buruk ja. Itu lumrah. Bertabah je lah.

Ada yg TTC selama setahun dah resah.
Yusry n Lisa selama lebih kurang 3thn.
Me myself 6 and half year.
Ada 10 tahun, 13 tahun dan lebih.
Berapa lama pun, Allah lebih tahu apa terbaik untuk kita.

Kredit : FB cikgu As Syahid.
FB yg sgt bagus di follow.



*****
p.s :
Selamat hari lahir untuk myBFF - 28.3.2016 - yang ke37 :)

~ Rosfazirah n Nor Zatulifa 

8 March 2016

Sediakan Payung Sebelum Rumah

Prog baru kat Astro.
Macam best jugak lah.
Cuma waktu tu, 7.30ptg plak. Hari Isnin.
Tapi, dah Astro katanya kan. Dah tentu tentu ada ulangan.
Tapi, tak tahu la bila dan pukul brpa plak ulangannya.

Pengisian yg bagus.
Dia macam bagi tips2 kewangan.
Nak beli rumah cemana.
Nak berjimat cemana.

Eh. Bagus lah utk orang2 yg masih berkira kira nak beli rumah.
Harga rumah skrg ni mmg buat orang mengeluh.
Ada satu rumah area rumah ai skrg.
Apartment lah (situ mmg mostly apartment je naik nya).
Tetiap mggu tgk ada banner dia promo. Kira macam minggu ni dia promo kat tmpt lain, minggu depan plak tempat lain.
Ate nye.. dah berapa lama dah tu.
Tak penuh2 lagi ke.
Harga dalam 300k je (errr... jangan marah la saya letak "je" sbb rata2 harga apmt pun dah lebih 300k skrg ni kalau area KL nih).
Kalau dulu, sekejapan je penuh. Berebut2 orang beli.
Sekarang..ha.. merangkak rangkak juga developer buat promosi yer.

Berhampiran dgn rumah juga, ada satu kondo baru siap.
Kami pernah pergi lah masa developer buka jualan dulu.
3 tahun lepas. Masa tu kami baru nak renovate rumah yg kami duduk skrg.
Saja tgk2.
Memang developer pandang kami atas bawah lah sbb harga rumah tu starting 500k.
3 tahun lps dah 500k.
Sekarang?
Haha.

Dan skrg ni bila lalu mmg nampak lah bersepah banner "utk dijual". 
Sapa nak beli wey kalau lebih setgh juta. Giler!
Dah la tempat pun tak berapa nak eksklusif utk berada dalam kondo berharga 500k.
Lain lah tempat elit2 macam damansara height bagai tu kan.

Macam dalam prog tu cakap, beli lah ikut keperluan, bukan kehendak.
Beli lah ikut kemampuan. 
Kalau ikut kehendak, kami pun nak rumah teres (Semi-D.. haha), taknak yg pre-owned, nak yang baru, taknak yg jauh dari KL, nak yg dekat2 je.
Itu kehendak. Mana nak dpt kat KL ni kalau gitu, dgn harga2 ketika itu dalam 200k (tahun 2008-2009). Tak dapek cheq.. kalau ada pun, rumah pre-owned / rumah second-hand lah kan.
Jadi, ikut keperluan dan kemampuan kami.
Dapat lah rumah yg diduduki sekarang. Walau tak besar mana, walau ada orang kata "tak serupa tahap namanya", takpe lah. Itu je yg kita mampu. Rumah baru - dekat dengan ofis (dan KL) - dan mampu bayar. Pejam mata lah memana yg merungsingkan tu kan.

Eh. Dah melalut apa menda entah.
Nak cakap suh tgk program tu je.
Melalut lalut.

10 December 2015

Kau Aku Kita


Citer ni aku tgk "gitu gitu" je.
Takde la follow sgt.
Malam tadi tgk pun, tertidur. Tau tau eh, dah masuk citer lain dah.

Bukan kata tak best.
Tapi, kadang tgk si Janna Nick ter lebih lebih plak nak bawak tomboy tu.
Macam... eh, melampau lampau lak. "Kau arr...kau arr"
Duk ter kau kau. Aku perati je kalau dia sebut "kau" tu sure dia tekan kan.

Pastu cam awat lah melampau lampau nak tegur adik2 dia.
Macam episod semalam.
Pi tengking adik2 dia depan mertua dia.
Takyah lah " \ig-ˈza-jə-ˌrāt\" sgt.
Tak hormat orang ke apa. Dah la duk rumah mertua. Mertua lak ada kat belakang tu.
Terjerit2 cam kena sawan.
Takyah buat citer melampau sgt camtu boleh?
Meluat plak rasa.

Tapi ye lah.. dah nama drama skrg. Mmg cam tu lah.
Pulak yang jenis ikut novel ni.
Malas sgt. Asyik lah cerita novel.

Malam ni ending.
Ada masa tengok. Kalau ngantuk tido.
Takde kesah punya.


p/s : Masih follow MCS - mmg makin lama makin merapu. Tapi, sbb dah ter follow, tgk je lah. Lagipun pelakon pun best2 jugak. Esp pelakon lama lama. Yang baru tu put aside je lah.

8 December 2015

Amazing Race Season 27

Dah nak final pun dah.
Aku tgk pun dah separuh.
Tu pun tak sengaja tertekan canel 721 (eh, ye ke tu canel nya. Yg AXN tu lah).
Pastu tgk, pastu kena follow lah sbb best kan.
Dulu selalu gak follow, pastu cam tak tahu dah bila siarannya.
Tp aku tgk yg hari Jumaat punya.

Minggu ni nya siaran depa ke Hong Kong.
Tu hari kat India.
Best lah Hong Kong. Boleh tgk balik kawasan2 Hong Kong.
Rindu nak travel!

Semua peserta
Team mak-anak. Comel tau.
Tapi dah terkeluar last week.
Tapi, mak dia okay ja. Semangat!
Yang ni geram.
Asyik menang je. 7x dapat no. 1
Suka team ni. Depa ni macam underdog lah. Asik macam last gitu.
Tapi, dapat gak smpai final 4.


All photos credit [cbs.com]

7 December 2015

Lagu Minggu Akhir Gegarvaganza 2015

Finalis Gegarvaganza
kredit [mysumber.com]

Lagu

Siti Nurdiana - Putus Terpaksa (Ziana Zain)
Nasier Wahab - Gelombang Cinta (Heavy Machine)
Ezad Lazim - Nurnilam Sari (Search)
Acong - Seruan (Lefthanded)
Haiza - Puisi Cinta (Ilusi)
Faradhiya - Janji Manismu (Aisyah)


**
Alah, kakyan terkeluar pulak.
Wakil org gomen tu. Haha.
Kelakar jugak malam tadi punya.
Esp part Dato Vida tu.
Jihan kata risau dia bila Dato Vida pegang mic.
Jangan kata Jihan, aku pun naik risau.
Lagi kelakar tetiba Dato Vida kena nyanyi mashed up dengan Jihan n Nabil next week.

17 November 2015

Dhia Sofea dan Memori Cinta Suraya

Hihi.
Ai..tetiba jadi peminat drama.
Ala.. mana yg rasa boleh tgk, ai tgk.
Mana yg macam tak kuasa mcm citer Mr Perfect ke apa ntah tu, tak kuasa lah. Dah la pelakon entah sapa sapa. Bagus pun masa maghrib citer tak best. 

Okay.
Memori Cinta Suraya.

Memula tgk citer macam tak best. Sbb masa kat Langkawi tu macam citer klise2 je.
Pastu follow macam eh, okay lah. Not bad.
Pelakon ramai.
Now ai record (tp being Astro yg giler tu. Ikut suka dia rekod camna pun. Kadang 8minit je dia rekod, 16minit. Eh. Suka dia je. Melampau Astro nih tau).
Ada 148 episod.
Now baru episod 60 lebih ke camtu lah.
Haha. Melampau banyak lagi.
Tapi, citer dia setiap hari Isnin - Jumaat. Sokay lah kan.
Cuma, petang kul 6 dia start. Tu yg cam kadang sampai rumah pun dah lewat.
Dapat tgk ujung2.
Bila record pulak ikut suka dia je.

Walau citer ni tak logik akal macam Watie Elite jadi mak Iqram Dinzly tapi, ah lantak lah.
Tapi, ke tu mak tiri. Entah. Tak tgk dari awal. So, ada macam blur gak lah.
Pastu yg si Zila Bakarin satu famili duk serumah ngan Ryan tu pun aku tak faham gak cemna depa leh duk skali. 
Takpe. Boleh la layan.

Dhia Sofea.

Ini pun sama. Ingat citer klise2, citer yg memula pompuan tak suka lelaki, pastu jatuh cinta. Citer pompuan gedik2, lemah2 gitu.
Tapi, tu ari tertengok kat hotel masa kursus kat Melaka tu.
Eh, layan plak.
Sbb citer dia macam laju. Takde macam nak tertunggu2.

Macam hari ni dia kena asid, sok tgk eh, dah elok muka dia.
Pastu macam masa Dhia kena kidnap tu pun, ingat dah bersambung dah. Rupanya tak.
Ailoike citer laju camni.
Pastu Amyra Rosli takde la cam watak2 sebelum ni yg ele ele lembik gitu.
Kali ni dia berani. Ailoike juga watak perempuan berani ni.
Takde rasa macam tertindas, lalu menangis mengenang nasib.
Dia cam citer penyiasatan plak sbb Dhia nak tahu sapa mak dia sebenar.
Okay lah. Tp citer ni pendek je. 15 episod je pun.
Dah nak abis dah ni.

Selamat menonton :)

13 August 2015

Edisi Drama : Syurga Nur


Sapa follow?
Me follow gak.
Best jugak kan.
MyDH pun follow. 
Kemain emosi bila Nur lari dari rumah keluarga angkat dia.
Dia kata anak angkat tak kenang budi betul. Kalau tidak, awak tu duk bawah jambatan la kalau keluarga tu tak ambik awak. Ni siap lari tutup phone, tutup emel apa seme.
Ewah. Emosi kau bang...
Tapi, betul la kan. Kot yer pun taknak kawen, pi la gitau mak dia. Taknak la lari terus. Tau2 dah balik Kelantan. Dedulu taknak lari balik Kelantan.
Cea.. dah citer camtu kan. Kita lak nak patut gitu, patut gini.

Apa pun ni cerita ni best.
Alhamdulillah (nada ketuk ketuk ramadhon okeyh).

Dah muak, dah jemu, dah bosan cerita "berasaskan" novel.
Berasaskan novel tu takpe lagi. Tapi, datang novel yang entah hapa hapa tu lagi la cam eww sangat. U know what i mean la kan. Not to mention novel and cerita apa la. Sendiri mahu ingat lah.
Lepas buat cerita bersiri, keluar pulak yg edisi raya.
Entah hapa hapa entah. 
Tapi, bebudak baru nak up nih. Yang form 1, form 2 tu, atau yg baru nak kenal dunia ni mmg suka sangat citer2 camtu. Anak buah aku mmg sker tgk citer camtu. Siap rakam tu sbb dia duk hostel. Balik weekend dia tgk. Risau tau sbb takut depa ni fikir mmg kalau dah kawen semua indah bagai yg depa kata sweet tahap diabetes tu. Yang kalau nak jatuh masa ambil barang dari almari pun ada yg tukang sambut dari belakang. Yang dukung masuk bilik. Yang menyondol2 macam hapa ja. Eh.. kelain halanya. Haha.

Pastu pulak jalan cerita standard ja. Memula kawen tak suka, pastu dah suka.. dah jatuh cinta.
Oh. Cerita yang tujuan kawen hanya nak eksperimen tu aku tak berapa faham konsep dia sbb dia dah banyak kali cakap pasal perkataan cerai. Even niat lelaki tu pun ada nak ceraikan isteri dia. So, cemana tu? Sbb kita tahu ending sure lah akan bersama hingga ke akhirnya. Ending sure tak jadi cerai. Ke ending dia mati antara salah satu waktu tu. Ai is donno sbb ai is tak kuasa nak beli apa tah lagi baca novel2 camtu. Novel sedia ada kat umah tu pun tak terbaca dah. Menyampah pulak bila ikatan perkahwinan yang dituntut dalam Islam tu dibuat eksperimen. Takyah la buat drama citer2 camni. Eh. Kang kata aku ortodoks sangat pulak kan. Ah lantak..nak tgk, tgk..taknak tgk, tutup ja tv.

Berbalik pada Syurga Nur.
Ye lah. Walau citer ni lain sket dari citer novel, tapi ada jugak la part2 yang macam takde la pun islamik nau kan. 
Tapi, sokay.
Lain sket. Jalan cerita berkembang. Takde tertumpu satu menda.
Watak Nur, walau pelakon baru, aku ada hati nak tgk. Tidak macam yang Hati Perempuan ke apa tu. Takde hati pun nak tgk sbb pelakon baru tu. Mmg ku tak tgk citer tu. Kuasa la haih. Gaduh -elok-gaduh -elok. 

Tak semua citer slot Akasia tu aku tgk.
Yang ni buleh la. Tu pun takde la melekat depan tv tu.
Tengok sesambil ja. 
Tapi kita tahu sure Nur kawen gak ngan boipren dia yang dah gi Mekah tu. Amboi..nak duk Mekah dua 3 bulan yer.. dapat lak visa ya.. visa umrah pun sebulan ja valid. Hihi...

Nur - pelakon baru - Janna Nick.


8 December 2014

Pencetus Ummah Musim Kedua

Ada sesapa follow?
Aku tak la follow sgt. Musim pertama pun tak tgk.
Tapi yang kedua ni cam best jugak lah utk di follow.
Cuma, biasanya aku follow after 10pm. Dia start 9pm - setiap Khamis. Oasis n Maya (ke Mustika) HD.
Hari Khamis ni dah minggu kelima.
kredit : Munsyeed

Tapi, walau aku tgk after 10 pun, aku tetap dpt tgk 2 p.u feveret. Selalunya derang ni mmg last last keluarnya.
Cea. Ada PU feveret la pulak. Haha.

PU feveret weols (asben ai pun suka juga)
PU Azman. Sedikit biodata beliau [link : PU Azman]


Apa yang menarik sbb dia gunakan loghat Negeri Sembilan (tp kat biodata dia, asal KL).
Tapi, masa minggu ke3 [link video : Mimbar minggu ke3 - PU Azman] dia kena tegur ngan ustazah Zawiah (kalau tak silap aku), yg jadi juri masa tu. Katanya jgn guna sgt perkataan cam omak kau, bapak kau, bunyi cam kasar katanya. Lepas tu dia cam nak menangis dah. Tapi, rasanya rata rata orang suka je. Masa tu dia jadi juga pilihan pendengar Sinar FM. Minggu sebelum tu pun dia dapat. Eh, okay pun. Dun worri PU Azman, weols suami isteri yakin uols buleh ke final. Insyallah.. ! "Moh deraih gi ngaji"

Second, yg weols suka adalah PU Faiz
Kelantan pekat ni [link : Biodata PU Faiz].
Tapi, sbb dia mmg ustaz kan, so, mmg ada tokoh la bila dia dibagi tugasan.

Best bila tgk derang ni jawab soalan spontan tu. Dari penonton, dari juri ke. Last week, ada sorang dapat soalan dari penonton (tp abang cameraman yg tanya), dia tanya kalau dia kena kerja dari jam 7mlm -9mlm, cemna dia nak solat Maghrib. Nak jama' ke cemna?
PU tu jawab - kalau buleh carik kerja lain. Aduyai. Yang murabbi depa dah geleng2 kepala ja. Masa tu ustaz Don jadi juri. Dia cakap "toksah la kata suruh dia carik gheja lain, sat gi dia pi gheja lain, sapa pulak nak amik gambaq hang?' Ustaz Don kata - kalau keadaan camtu, boleh je solat kat situ..cari tempat diyakini  bersih. Kan.. senang. Mula aku ingat jawapan dia boleh jama' (bukan jama' qasar yg utk musafir tu. Jama' sahaja). Tu lah. Bagus juga tgk rancangan agama cemni. Buleh refresh dan buleh tahu juga ilmu agama yg kita tak tahu atau kurang tahu tu. Tak salah pun kan.

Cuma kalau "berbulu mata" dengan Fizo, susah sket la kot. Sbb pengacara dia Fizo. Pastu every week pun si Mawar tu ada jadi penonton. Fareeda jadi penaja ke tatau lah pulak kan.

Tapi, sekarang ni Keluarga Iskandar dah tukar pulak hari Khamis pukul 10.30pm, jadi.... ter pesong juga tgk Keluarga Iskandar. Huhu. 

30 September 2014

Keluarga Iskandar 2


Sekarang dah ada Keluarga Iskandar 2.
Uols tgk?
Aiols tengok.
Dan suka tengok.
Kadang yg ulang pun tengok juga.
Hihi.

Best sbb dia buat style cam amik video je kan.
Yg last week episod pertama utk season 2 nih.
Mak and abg Long pindah rumah. Pakwe si Acu yg ringan tulang tolong itu ini smpai abg Teh derang annoyed. Rajin nau. Yang kelakar si Kak Ngah ingat dia pregnant, rupanya tak. Buat UPT - dapat satu line - dia kata pregnant. Hahahahaha. Bengong je. Lps tu 8 bln malu taknak pergi rumah mak dia.

Pastu aku suka sbb adik beradik dia sama cam aku.
3 lelaki, 2 perempuan. Eh. Tapi rasanya ada lagi sorang adik beradik derang ni kat luar negara.

Sekarang dah episod 2.
Dia setiap hari Isnin - 10.30pm - Maya HD (Prima pun ada kot.. entah, tak tahu).

Semalam punya lawak.
Hahaha.
Semua terkejut Alan dah cerai.
Mak dia lagi la.. cerai! cerai! cerai!
Yang si Alan buleh buat selamba je.

Tak sabar tggu next week punya.

18 September 2014

Drama : Astana Cinta Aleesa


Sapa follow citer ni?
Hihi.

Ter tgk iklan, eh cam best je.
Pastu last week baru start tgk.
Urm. Boleh la.. boleh tgk la.

Jarang tgk citer TV9 ni sebenarnya.
Sbb macam terlupa.. dia start awal. 8.30mlm.
Time tu kadang myDH tgk berita.
Lps tu mmg jarang je nak tekan 119.

Don't know citer ni adaptasi novel ke apa. Sbb skrg kan asyik adaptasi novel ja.. pastu citer macam sama je lebih kurang. 
Bow-rink!






Oke lah jugak citer ni. Pelakon mostly yg 'freshie'. Muka2 baru. Lead harus lah Emma Maembong. Pastu ada Amyra Rosli (dak ni pun dah byk berlakon, selalu juga kuar tv esp lps putus tunang tu - eh, pehal pulak aku mengikuti gossip artis nih.. tak seswaiii. Haha).

Kisah nya si Aleesa ni kematian anak no. 2 dia. Baby lagi lah. Tersedak susu. Masa tu Aleesa tgh tido, tak sedar anak dia dah mati. So, dia macam salahkan diri dia lah. Cam gile lah lps tu. Datang pulak Leha (Amyra Rosli) ke rumah Aleesa ni, konon nak jaga Aleesa yg sakit. Padahal sebenar dia ada misi nak rampas suami Aleesa, Zariff (Nazim Othman). Leha, Aleesa ni mmg sekampung, satu sekolah. So, dari sekolah mmg Leha ni minat si Zarif, tp Zarif kawen dengan Aleesa. Kat ofis pun Zarif ni ada jugak orang dengki (well, malay drama kan mmg begitu. Tak sah agaknya kalau takde orang dengki).
Skrg episod berapa entah. 8 kot. Baru lagi. So, boleh follow lagi lah. Yg episod terdahulu tu, buleh la tgk online (aku pun missed episod awal2).

Oke la, dari takde apa nak ditonton memalam tu kan.
Setiap Selasa dan Rabu. 8.30 - 9.30mlm (pastu 9.30 sambung ngan 30 minit ustaz Don kat 114 lak. Huhu)


Sedikit sinopsis dari Metro :

Kisah drama ini bermula dengan Aleesa mengandung anak kedua selepas penantian enam tahun. Pada tahun sama, suaminya, Zhariff turut dinaikkan pangkat.

Sahabat baiknya, Zaleha turut menumpang gembira atas kebahagiaan Aleesa yang dianggapnya sempurna kerana mempunyai suami tampan, berkerjaya dan anak-anak.

Malangnya, kebahagiaan Aleesa hanya sementara selepas anak keduanya meninggal dunia. Lebih teruk, Zhariff menyalahkannya atas kematian anak mereka.

Keadaan rumah tangga pasangan itu bertambah rumit apabila Aleesa dituduh mengalami masalah tekanan jiwa menyebabkan Zhariff terpaksa membawanya berjumpa pakar psikatri.

Zhariff kemudian mengambil keputusan untuk membawa Zaleha tinggal di rumahnya untuk menjaga Aleesa.

Namun, tanpa disedari, Zaleha menyimpan niat untuk menghancurkan hidup Aleesa dengan meyakinkan Zhariff isterinya sememangnya sakit jiwa.

Sebenarnya Zaleha menyimpan perasaan terhadap Zhariff dan ingin menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Aleesa dilayan teruk oleh Zaleha apabila di belakang Zhariff.

Justeru, Aleesa merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan Zhariff terhadapnya.

Adakah perbuatan Zaleha akan terbongkar dan mampukah Aleesa mengembalikan kebahagiaan keluarganya seperti dulu? 

Untuk mengetahui kisah selanjutnya teruskan menonton Astana Cinta Aleesa pada setiap Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9.

23 January 2014

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Ah. Tgh sebok nih. Tgh wat final semakan candidates untuk interview next week and next month. But, nak gak borak2 jap.
Pasal drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Being me yg tak suka cerita pompuan yang lemah asik menangis - gaduh lepas tu baik pastu gaduh balik - hero hensem nak mampus - kawen kerana terpaksa lepas tu jatuh cinta. Drama ni mmg kategori favourite aku lah. But... no.. itu tidak bermaksud aku suka plak perempuan yg gedik2 macam perigi cari timba.

Bila nonton drama ni aku jadi suka plak kat Sharnaz. Heeheeeheeeheee *gelak slow jeeeee*

Patut la Shila Amzah jadi tak tentu hala masa clash tu ari kan.
Aku rasa cam Sharnaz ni mmg bawak watak dia sendiri lah jadi Jebat tu. 
Dan Nelydia pun not bad (aku tak follow sgt drama Setia Hujung Nyawa).


Sweet lah semalam punya episod. Bestttt.. tak sabar nak tggu next week.
Oh. Bukan aku je hardcore fan drama ni. MyDH pun samo.. kihkihkih.

Yang episod sebelum tu pun bes. Yg kat spital tu, bila Mastura kata Jebat hensem. Pastu Jebat kata 'aku pun tak tahu la kejadah mana hensem tu' Hi.. ailoike tau.
Pastu semalam sweet masa dia bawakkan sup ubat utk Mastura. Sup oink, oink. Pastu napak derang cam nak gelak. Hahahaha.
Pastu yang masa dia nak ajak Mastura kawen tu.

Hoi! 
Aku suka lah pendek kata. Hahaha. Giler.


Tak mengapa. Mari kita tgk gegambar dari instagram Sharnaz. Mereka berlakon ni mmg agak intim. Patut la Qi jeles tu hari kan. Hihi.

sharnaz ahmad, jebat




Haih. Panjang lagi citer ni. Kalau ikut novel, belum half pun dari novel.
Memacam la onak ranjau duri yang mereka akan tempuhi walau dapat kawen.
Kalau tak sabar, sila la beli novel. Hihi.

Oraits. Tu je lah.

2 July 2013

Episod Akhir Teduhan Kasih

Today.
Episod semalam sgt la menggeram kan.
Totally different dah dari dalam novel.
Dalam novel takde citer pasal PA Ehsan yg hutang along seme tu.
Dalam novel takde Ayu kena tangkap basah.
Dalam novel mak Rizal pun tak insaf kalo tak silap aku. Lupa dah.
Dalam novel Kaklong dia kena jugak. Laki dia kawen lain.

Memang la orang akan kata, kalo orang tu bawak watak jahat lps tu kita pun jadi benci, pelakon tu berjaya. Ye lah, tp takyah la buat melampau sangat nak suh orang geram.

Tup2 plak si Ehsan plak dah cam org bodo je apahal.
Ni ending sama ke tak cam novel?
Gila tak Ayu tu? Ke mati jugak. Cliche sgt la kalau mati. Sket2 nak abiskan watak - mati. mati. mati.


Eh. Emo. Haha.
Bengong.


Petang ni nyer episod da siap2 rekod.
Takut apa2 hal, balik lambat plak kan.

Smlm siap rekod utk myDH. Haha. Berkali2 dia pesan. Sbb ada hal kat ofis yg kena balik malam. Aku? Hihi. Tak sihat lagi. Tak buleh kuar malam (-_-")


Watak watak jahat yg bikin orang gereeemmm je.
Kredit : Google

p/s : NadMamaZakwan kata episod hari ni diawalkan jam 6pm. Hurm. Nampaknya mmg takde rezeki la nak tgk. Kalo rekod kat Astro tu mmg dia ikut schedule cerita, bukan buleh ikut masa kita. Jadi, tak dapat la tengok episod akhir ni. Sedihhh... Hoi! takyah n ak sedih sgt lah. Kalo tak tgk Tilawah Al-Quran tu takde plak nak sedih bagai kan. Takpe lah. Ada, ada.. takde kang, tgk je lah apa yg direkodkan kul 7 tu. Citer katon tu ke, citer planet kiara robot PSN-ONE tu ke. (-_-")

12 June 2013

Edisi Teduhan Kasih : "Iffa...Kita Nikah"


Ewah...uolss.. kalo kul 8 jer tgk berderet update kt FB pasal drama Teduhan Kasih ni yer....
Yg geram ngan kaklong Iffa. Yg geram dgn Ayu.
Hihi. Kisah org melayu. Begitulah. Tak boleh tgk orang senang. Tak boleh tgk orang lebih sket.
Apa ntah nak sakit hati. Padahal org tu bukan kacau idup kau pun kannnn....
Yg ko rasa sakit hati sgt tu mengapa?
Biasa la tu. Mmg macam tu kan selalu.

Yg tajuk kat atas tu episod Isnin lepas.
Ehsan ajak Iffa kawen.
Lps ni lagi bes bila derang g bulan madu. Hihihi.

Tp kalo dlm novel ni, lagi byk menda yg Iffa kena kan kaklong dia ngan Ayu.
Rasa macam padan la muka engkorang kan.

MyDH pun da tersangkut sama.
Minat nau dia tgk. Suruh dia baca novel ni tak ke mahu dia. Haha.
Bertuah sgt la kalo dia nak baca.

Tak rugi aku bli novel ni. Mmg novel ni pun bes. Drama pun meletup. 
Saya Sebenarnya Isteri Dia aku tak minat. Drama dia pun aku tk tgk.
Sbb masa aku pilih nk beli buku tu, aku tgk sinopsis cam cliche je.
Kawen paksa, last2 suka jugak. Hurmm....

So skrg, aku tgk tv, aku tanda kat mana dh bab tu dlm novel ni.
Panjang lg ni.
Dan aku nak tahu apakah ending sama dgn novel atau pun lain.
Sama2 kita nantikan.
Hahahahah.....

13 May 2013

Edisi Drama : Teduhan Kasih

Yeah. Akhirnya kuar gak citer ini.
Novel nya sudah ku baca. Klik utk review : Novel Teduhan Kasih

Saya suka citer ini. Jadi saya kena tonton lah. Hihi.
Cuma.. ala, kenapa tak Nabila yang jadi Iffa.

Oke, mari kita tgk press release by TV3


Petaling Jaya, 8 Mei 2013 – Menyusul selepas drama ‘Sedetik Cinta’ yang bakal melabuh tirai minggu hadapan, sebuah lagi drama akan menghiasi slot Akasia berjudul ‘Teduhan Kasih’ hasil garapan sutradara Jamal Khan dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi menerusi terbitan Primeworks Studios. Diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa, drama rantaian 28 episod ini menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Mak Engku, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan Julia Ziegler.

Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Saksikan drama siri terbaru slot Akasia, Teduhan Kasih, bermula 15 Mei ini, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #TeduhanKasih untuk sebarang perbualan dan komen.

p/s : kan bagus kalau cerita camni selepas / sebelum waktu solat Maghrib.

24 April 2013

Edisi MC Selebriti Malaysia : Bila Dapur Panas


Sapa tengok???
Huhu.
Aku tgk juga lah.

Tapi smlm tak tgk - sbb ter tido. Haha. Awal giler plak ter tido. Penat puasa kot.. Haha. Puasa pun penat. Cam tak relevan je kan.


Okeh.

Dengan tagline "Bila Dapur Jadi Panas, Watak Lain Jadi Jelas"
Ramai pun kata akan ada banyak drama. Huhu.
Itu mmg lah. Dah kata ramai yg masuk pun pelakon.
Jadi berlakon lah.

Retu yg Che Ta terluka jari kena pisau tu.
Lelaju je si Zain dari grup sebelah kata "yang...oke ke yang.."
Haha.

Sajew lew tew.

Tapi bes tgk Kenchana. Lawak.
Micheal Ang pun lawak.
Kesian nasik dia tak masak tu ari.

Skang da terkeluar 2 orang.

Yasin ngan sapa tu -Keroz.
Siapakah beliau ini? Smlm myDH yg tgk, so tanya dia sapa ter keluar.

Orang Kuala Lipis katanya.
Ye lah. Sbb kiterang tak kenal pun. Tp sbb dia ada tulis Kuala Lipis tu, aku cakap la itu mungkin sedara mara dia kat kampung sana. Haha. Padahal tak mungkin lah. Apa ingat satu K.Lipis tu sedara mara derang? Haha.

Oke lah. Layan je. Dari drama2 Melayu skrang yg terlalu cliche'. Yang asik ceritanya memasing ada pakwe/makwe lain - kena kawen paksa - sebab keluarga - memula tak suka - lepas tu jatuh cinta. Hurm. Tu  jelah modal dia. Sejak citer Vanila Coklat kot. Ke sblm2 tu pun camtu dah ada. Tp tak la kerap sgt kan. Skang ni byk btul citer camtu. Bowww....ring! Novel pun mostly camtu. Pun Boww.... ringgg! So, skrang aku dah ready nak baca sinopsis novel2. Mana yg aku tgk jalan citer camtu jugak mmg aku reject awal2. Takde idea dh kata asik nak buat citer kawen paksa pastu jatuh cinta.
Cliche... cliche.


Eh. Entry ni bkn pasal Masterchef ke?? OOT sudehhh... (T___T)

7 April 2013

Edisi ABPBH

Kuikuikui.
Memacam status ttg ABPBH diperkatakan di FB.
Twitter apatah lagi gamaknya.
Entah. Aku cam malas dah nak layan twitter skang.
Rasanya itu la social networking yg paling bow-rink.
Itu aku rasa la. Org lain suka, takpe lah.
Jadi, tak perlu lah add/follow pun aku di twitter. Mmg aku jarang di sana. 
Rimas. Rasa cam terkurung ja. Haha.
Lps tu dpt la artis re-tweet balik twitter peminat2 dia. Ha...berlonggok la nama dia je berderet.

Oke. Takpe.


So, ABPBH 2012. 
Tema cam kiterang HKK retu jugak.

Kami retu tema cubism.
Derang tema geomatrik. 
Tahun 2013 fesyen kotak kotak ya.


Kot ye pun kotak kotak, tak perlu kot aku rasa bubuh orang dalam kotak tengah2 tu.


Apa motip dia?
Tolong men-sumbangkan suara masa artis tengah nyanyi?
Tolong terlompat - lompat utk meng happeningkan suasana.

Hurm.
Ramai tak suka dari suka lah.
Tak perlu dah buat la lain kali. Penonton duk ja kat tpt penonton.
Tak perlu la terkinja kinja dlm kotak tu.

Pakaian - hurm. Takyah citer lah tu. Mmg dah jadi 'cliche' kalo nak diperkatakan lagi.
Biar lah mereka.
Jadi, mari tunggu siapa Bintang Paling Popular.

28 March 2013

Edisi Bangkitnya Seorang Perempuan Dan Carlos

Huh!
Tetiba 'ter layan' pulak citer ni.

Entah kenapa. Tapi cam tertarik nak tgk.
Mmg tak tgk episod pertama, tp episod kedua dan seterusnya aku dah follow.
Sbb rasa cam... rasa nak tgk lah.

Walau pun ai is 'kureng' ngan Anzalna. Entah kenapa kureng pun aku tatau. Mmg dari awal dia berlakon rasa 'kureng' je. Bkn la kata dia tak pandai berlakon. Tp entah. Sbb dia salu berlakon cam gedik2 kut (Terus tingat dia dlm Adam dan Hawa ngan wambut pelesu beliau tu).
Tapi, tengok je lah. Mana tau, dari kureng tu kan jadi lebih plak kan. Haha.

Bagi aku best gak la citer ni. Byk watak. Byk konflik. Tapi mesti semua berkait lah.
Dari Anzalna yang lead sebagai Balqish, smpai la mak dia - Kak Shida, lakonan Haleeda, juga ex-bf yg dah rogol dia tapi kawen lain - Radzi lakonan Ryzal. Pastu ada Dynas yg konflik family dia - bisneswomen berjaya yg ada workshop tapi suami (lakonan Riezman) keja nya duk ngikis duit dia - sbb ada bini lain jugak. Faradhiya yg jadi bini Ryzal, pun ada konflik kat kampung, Eina Azman kawan Anzalna pun ada konflik sendiri. Bes la. Takde la cam bowww-ringg nak tgk kesah cinta cinta cinta leleh semata. Cuma yg tak berapa nak familiar is  Afiq Muiz. Who is he? Cewah. 
Oke, bule tgk kat sini sesket pasal dak Afiq Muiz nih. 
Student Aswara rupanya. Dan aku mmg tak kenal sbb aku tak tgk citer Mimpi Cinderella tu. Tu pun ada gossip ngan Eina Azman tu gak rupanya. Tak tahu lah aku. Eina Azman pun ada berlakon citer ni jugak.

Kali ni puas sket tgk citer camni sbb dia dah sejam. Kira cam takde la nak tggu lama sgt kan. TV3, sila kekalkan waktu siaran ni yer. Tak bes kalo setgh jam cam dulu. Kadang smpai ngantuk2 tunggu.


Satu lagi aku sker tgk is Karlos.


"Nama aku Karlos!"
Tau la sbb apa kan. Tp aku dah tak berapa suka ngan dak Johan Asari ni semenjak dia dah glamer sgt nih. Dulu oke, time Botak tu kan. 
Ala ala citer Juvana jugak citer ni. Tp kali ni dia jadi baik lak. Pastu yg jadi Adib tu (Jay Iswazir) plak jadi jahat. Aku tatau siapa ini orang. Tp myDH kata orang Pilih Kasih. Ye ke? Entah. Aku tak kenal. Tp kesian kadang2 nengoknya. Berusaha gigih nak napak sangat jahat smpai kengkadang cam zombie pun ada mukanya. Hihi. Apa pun, oke la.. jadi budak jahat yg keja nya nak meliwat orang ja. (T____T)


So, itu je lah. Drama2 di layan tatkala ini. Lain - Bowww.... ringgggg.....!!

6 March 2013

Kalau Dah Jodoh

astro gempak
Sapa suka tengok?
Bes kan?
Aku salu terlepas yg hari Selasa 7.30pm tu.
Tapi tgk semula ari Ahad - 10.00 pm.

Dgn gaya bersahaja dia tu.
Lagi aku suka sbb kan dia orang Peghok.. org kg teman katanya kan. 
Hihi.

Kalo dia bagi ceramah pun dia akan ckp Perak.
Pekat pulak tu kadang2.

Yg last week bes. Pasal kita kena jadikan hari2 kita dalam perkahwinan ni macam hari pertama. Indah je semua. 
Kadang2 tu ada yg terkena batang idung pun ada.
Yg last 2 week tu ada dia kata 'kalo bini tu buka almari, pastu kata ala..dah takde baju ni bang, suami pepandai la belikan baju baru utk isteri'.
Aku cakap ke myDH.
Pastu dia kata 'hah!, meh sini nak tgk kat mana yg takde baju sgt tu'
Aaaaa.....

Tapi bes lah. Cakap kat unit latihan, panggil lah ustaz kazim ni buat ceramah kt ofis. Tp derang kata susah sket nak dpt tu. 
Follow FB dia pun bes jugak - ustaz kazim. Selamba je ustaz ni :)

22 January 2013

Asia's Next Top Model

Kredit : Wikipedia

Sapa follow?
Aku mmg nak follow, tp langsung saja keterlupaan. Kadang tengok. Kadang tidak.

Asia's Next Top Model - channel 722.
La ni dah nak abis dah pun. Tinggal 5 orang saja.

Aku mmg sker program ni. Dari yg American Next Top Model tu. Season by season la aku tgk. Dulu masa zaman berporem siap ada geng2 la yg bersembang pasal prog ni.
Tapi sejak kawen, myDH is not loike plak tgk citer wanita2 cantik ni. Eh. Eh. Rugi la kan.

Ah. Dah nak final ni. Tak kira lah nak tgk jugak.
Malaysia pun ada masuk jugak.
Tapi sudah awal2 ter eliminate. 

Mari kita tgk, sempat lagi. Ada 4 mggu lagi. Hihiks.

18 January 2013

Edisi Maharaja Lawak Mega Finale

Kuikuikui.
Tahun ni aku ter folo pula MLM nih.
Dari epi awal smpai finale malam ni (Insyaallah)

Ye lah, tahun2 sebelum tiada Astro Warna.
Tahun ni sudah ada Astro Mustika. Muahahaha. Cam vongok je nak kata ada Mustika. Bluek :P

So, pilihan anda?




Aku mmg suka Jozan. Walo org duk kata Zizan cam suka nari goyang2 ehem dia tu kan. Haha. Johan tu yang bes. Tp last week Zizan napak lost pulak. Mggu sblm tu yg kat Ganu tu napak oke juga. Tiba kat Ipoh.. cam kasihan pula melihatnya. Esp masa yg dia terkinja2 mengajar dlm tugasan peribahasa tu. Tp dia ni ramai peminat. Harap2 malam ni Johan ada la walo dia kena rehat 6 minggu. Huhu. Kalo tidak, kebarangkalian nak menang tu payah. Kalo tgk kat buzzmeter kat web MLM ni napak Jozan masih di atas (tu pun kalo derang update la buzzmeter tu)

Dan tiba2 aku suka Shiro. Aku suka Shiro lebih dari suka Jambu. Motip?? Entah la ek, masa Raja Lawak aku tak tgk Shiro ni. Maklum masa tu takde Astro Warna. Huhu. Tp masa MLM ni aku tgk Shiro ni makin lama makin bes. Paling aku sker persembahan silent comedy last week. Haha. Mmg mampuih lawak esp tang tiru Aizat nyanyi lagu terukir di bintang. Miahahaha.. sengalllll..! Terus dan dan rasa nak undi derang. Apa kes?? Tapi tak undi pun. Tp kalo bes malam ni, yg buleh buat aku ketawa cam nak pecah usus - then I'll vote u Shiro. Dun wori.

Jambu - Spti aku katakan. Aku sker Shiro lagi dari Jambu walo derang ni buleh tahan lawaknya juga. Lawak nak kicap last week tu terhibur gak. Cuma silent comedy kureng sket. Tp derang ramai peminat n kebarangkalian nak menewaskan Jozan tu cam ada. 

Say Who - Layan juga la. Pandai amik hati org Msia napaknya. Jangan nak membongak dia tu jadi ikutan plak. Haha. Tp betul, masa tugasan loghat tu - derang ni napak berusaha pulak nak buat loghat negeri2 dlm M'sia sedangkan kump yg bebtul dari M'sia pi buat cakap Jepun la apa la. Eh. Ko dah pehal. Dah la tak lawak. Tapi, sebenarnya aku suka juga R2 tu. Tp tu lah. Yg si adik tu.. cam malu2 je. Tahpehapatah.

Boboi. Ramai dah kata kurang berbisa. Mungkin kurang kimianya bila bertiga ni kot. Kot la. Nabil ni kut ngan org lain oke kut. Dia lawak. Tp tu lah. Hampir2 terkeluar dah last week.

Eh eh.. aku pula memandai jadi juri ye. Kuikuikui.
Takpe..kita nati kan malam ni yer. Itu pun kalo aku tak ter tido lah. Aku ni skang asik nak tido je keja nya. Tp finale kut.. marilah kita tgk..

*All pic from MLM web

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign