Pages

Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

21 January 2015

Mencangkung Atas Toilet Bowl

Ha. Gitu tajuk nya.
Direct to the point.

Kalau tidak aku nak tulis "mencangkung atas jamban duduk"
Tapi, kelihatan agak biadap pula bunyi nya.

Okay lah.
Last few days aku ada up status berkaitan perkara ni kat FB.
Uols rasa cemna?
Ada yang pernah melakukannya?

Jangan lah buat wey. Buruk tau buruk. Buruk perangai.
Takyah la kgvillage sangat sampai nak mencangkung atas toilet duduk tu.
Jangan pulak kata aku menghina orang kampung. Aku pun asal kampung.
Tapi takde la ter fikir nak cangkung atas toilet bowl kalau nak berak kencing semua.

Bukan lah apa, kalau cangkung atas toilet bowl ni, kat public toilet pulak tu, mesti ada kesan2 tapak kasut. Kesian lah pada orang yang tak buat perangai cangkung atas toilet duduk ni.
Sebab perangai anda yang kononnya geli nak duduk atas tu, kami pula kena cuci.
Toilet duduk tu mmg dicipta untuk "diduduki". Bukan untuk "dicangkungi"

Dan aku tak boleh bayang ada orang berusaha memanjat jamban duduk tu untuk mencangkung!
Mmg cannot imagine.
Cuba lah google imej. Taip "standing on the toilet bowl"
Akan jumpa gmbr orang yg cedera tau. Takmo la aku tempek sini gambar tu. Ngeri.

Jadi, tak perlu lah gigih sangat mencangkung atas toilet bowl tu.
Selain mmg tak sesuai dan sangat buruk rupa anda mencangkung atas tempat tu (esp kalau berat anda dah lebih 30kg), ianya juga satu perbuatan yang boleh mengundang kecederaan.


Come on people.

Kata kita ni dah masyarakat moden. Dah menuju negara maju. Dah urban sangat.
Takkan nak buat perangai camni lagi.
Dah minat KPOP segala, makanan favourite pun western semuanya, tapi boleh pi mencangkung atas toilet duduk.

Keji tahu tak?

Yer, aku dulu pun tak suka toilet duduk nih. Esp kalau public toilet kan. Lagi lah rasa eii..eii geli, bekas bontot orang duk melekap situ, kita pulak nak duduk kan. Tah dia ada kurap ke apa. Nak nak pulak jenis yang main lap lap je tu kan. 

Semua orang pun sama, bukan korang yang jenis cangkung atas toilet bowl je rasa. Semua pun rasa geli. Tapi, idak la sampai nak kotorkan bowl tu. Itu namanya 'selfish' - rasa cam takpe,  lantak biar ada bekas tapak kasut situ - peduliklah - asal aku dapat berak (berak cangkung atas toilet bowl - biar benar nih - tinggi sangat tu. Huhu).

Tapi, kat Malaysia ni, aku rasa ada je pilihan toilet cangkung feveret korang tu.
Okay, mmg ada la 2,3 tempat takde toilet cangkung. Tapi rata rata kalau masih dalam Msia - InsyaAllah, ada, selalunya kat hujung2. Ada la 1 atau 2.
Tapi kalau kau pergi negara luar, mmg susah la kau nak jumpa toilet cangkung.

Jadi, cemna? 
Mencangkung atas toilet bowl jugak? Buat nya pecah - lagi la memalukan rakyat Msia. Jangan dibuat weh.. jangan...

Tapi, kadang kat negara luar ni, ada tempat yang dia sediakan tisu and sabun untuk cuci toilet bowl tu. Contohnya, kat Disneyland, HongKong ada. 

Tapi, agaknya mmg ada je masyarakat yang habitnya cangkung atas toilet bowl. Artikel ni berkaitan orang UK nak kena ajar foreign worker - how to use toilet. Kira depa ingat orang luar ni suka cangkung atas toilet duduk. Tu korang la tu - yg suka buat pangai camtu tu. Huhu. Baca artikel nih [how to use British loos].

Okay lah, meh kita ubah sket perangai tu. Geli mmg geli. Tapi, ada solutionnya.
What I'm doing is - everytime aku travel. Tak kira dalam or luar Malaysia, aku mmg bawak menda ni. Wajib ada.

Takkan la korang2 yang dah urban tak tahu wujudnya tisu anti bacteria nih.
Menda ni mmg wajib ada dalam handbag aku.
Wajib. Kalau brand dettol ni kadang hazab jugak nak carik.
Kadang kat Watson pun takde.
Sbb tu kalau jumpa aku beli sekali banyak.
Ada yang besar, ada yg jenis besar pocket tisu tu.

Beli lah dan bawa ke mana-mana.

Bila kau rasa geli, lap lah toilet bowl tu dulu. Kalau wet tissue anak kau kang, takde pulak bau2 anti bacteria tu. Carik yang anti bacteria -kata penggeli sangat kan.
Guna lah 2,3 keping kalau berkeladak sgt tu kan (berkeledak tu biasanya bekas tapak kasut engkorang yg pi pijak tu jugak). Mmg la agak mahal wet tissue ni, tapi, dah geli, habiskan satu pek pun takde hal.

Jadi, hentikan lah habit pijak dan mencangkung atas toilet bowl nih.
"darat" sangat tu.
Kalau mmg tak lalu sgt, kau buat camni lah.



p/s : Aku toilet duduk ni tak masalah sgt. Tapi, kalau toilet takde paip tu mmg aku tak buleh terima. Esp kalau kat Msia la kan. If negara luar - tak bule buat apa la. Motip sangat la nak buat toilet kering. Tetiba. Yang ni mmg aku seboleh boleh taknak masuk. Lagi menyampah jenis air keluar dari bowl dan direct terus keluar tu. Itu bahaya tu. Sesilap target - basah satu badan. Haha.

11 December 2012

Edisi Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ni, izinkan sebentar aku nak membebel. Aku, kalo membebel tu harus panjang. Haha. Tp tatau lah kan, ikut lah byk mana jejari tak runcing aku nak menaip kan.

Sebelum tu, aku nak citer sket pasal klip kat utube. Yg ada kes budak2 pompuan buli sorang budak pompuan lain. Tatau la klip lama ke baru. Aku jarang nak jelajah utube tu. Tp ni ada artis yg kuarkan video tu kat twitter dia 2,3 ari lepas. So, aku tgk. Kata orang budak Felda. Sejauh mana kebenaran tatau lah. Tp dari persekitaran dlm clip tu mmg napak cam ladang2 la. Ada 2,3 orang budak duk tolak2, tunjal2 kepala, sepak2 dan potong rambut sorang budak pompuan ni. Salah seorang tu elok bertudung.
Aku tak nak bebel pasal kes buli ke apa. Ni seme pasal bahasa. Kejap2 kuar 'babi', 'babi' dan berbabi babi lah perkataan babi (cisss.. dah kena samak plak blog aku ni. Muahahah).
Aku nak bebel pasal 'bahasa'.

Mengapa ya? Budak2 sekolah, tgk bahasa mereka mmg gerun woh. Apakah hilang langsung nilai2 murni dalam diri anak2 ni? Manakah silapnya? Guru2 di sekolah? Ibu bapa? Keluarga? atau kegagalan kempen Budi Bahasa Budaya Kita ni. Itu tak kira bahasa sms derang tu (yg aku penah buat entry pun kan).
Google
Lps tu smlm, masa aku mandi kolam. Ada sekumpulan bebudak ni. Tatau la mmg anak2 residen situ atau pun sedara mara mereka kan (sbb biasanya kalo anak2 residen ni, jarang berenang kat kolam dewasa, seme kat kolam kanak2. Napak bebudak ni mmg biasa berenang). Ada la dlm 4,5 orang - lelaki n perempuan- dalam umur 10-12 tahun camtu. Aku perati je. Yang perempuan tu... tak padan dgn keciknya. Mengamuk2 marah kan si lelaki. Entah kenapa. Berebut pelampung ke apa ntah. Amboi garangnya dia. Mulut tak lepas kejap2 babi, kejap2 sial. Niat aku nak tenangkan pikiran sambil swimming (swimming kahh?? Muahahah) langsung tak jadi. Lagi buat pikiran tak tenang. Duduk dlm 10minit, naik lah. Bosan je tgk 'drama' bebudak nih. Padahal sorang tu dah biru2, bibir pun dah menggeletar, pun taknak naik2 lagi. Tatau lagi dari pukul berapa dan smpai kul brapa meke berkubang sambil berbabi tu sbb waktu azan maghrib tu aku napak ada lagi derang berendam.

Tu yg buat aku terpikir. Mana hilangnya budaya berbahasa kita. Aku skang nak sebut sial tu pun tak sanggup. Ni jadi bahan mainan di bibir saja. Tp mungkin mereka dah di'train' yg sial tu adalah perkataan cam biasa. Cam sebut 'ayam', 'bunga melati' gitu lah kot. Yer, persepsi kita sial tu sesuatu yg negatif bila sedari kecil kita di ajar itu adalah negatif. Mungkin bagi mereka sial itu adalah ayat biasa yg tak perlu dipikir negatif. Bahan berlawak dgn rakan2. Tak salah utk gunakannya. Itu lah kot.

Begitu juga babi. Takde apa yg negatif pada mereka. Sebut lah. Bukan salah pun kan. Babi kan lah rakan2 tu selagi boleh. Tu adalah sinonim kepada perkataan cantik, pandai, lawa dan sebagainya kut. Kan ada kat FB orang letak camni kan. 
Google

Ini lah jadinya kalo perkataan tu dah jadi menda yg 'biasa'. Terlalu byk sgt yg 'biasa'. Seharusnya kita kena 'betulkan yg biasa, dan biasakan yang betul'. Tak kesian kat bangsa kita ker??


Google

5 September 2012

Edisi 55 Tahun Merdeka : Janji Ditepati

Story semasa hari Merdeka tu hari.


Sila bawa kad ini bersama untuk cabutan bertuah.
Entah. Taktau la bertuah ke tak.
Taktau pun bila masa tah dia umumkan nombor tu.
Aku isi satu. Malas lah. Bkn lucky pun.
Rerakan lain isi byk byk.

Sehari sebelum pegi, ada briefing.
Dlm instagram aku dah ngomel ngomel kan.


Hari kejadian. Janjinya kul 3pm da ada di opis.
Aku kul 3.30pm baru hegeh hegeh.
Daftar - dapat 'token' -  naik bas. Ngeh..
Ceria je weols kan. Ada byk bas. Bas ni bas BKP ja.


Semangat kan. Tengok aku pegang si cilik tu.
Ya Allah, si Aisy tu sgt la behave. Sapa pegang pun 
tak kesah. Dia anak, anak buah aku. Huhu.


Keadaan kat sana. Masa ni dah nak malam dah.
Ramai giler giler orang. Pergh. Semangat btul ya.
Kite ni kalo tak kerna wajib tu mmg tak la sampai.

Ada yang kata 'rajinnya' pegi. Hihi. Mmg kalo tak kerana 'arahan', kita tak pegi la. Tp kerana rasa tanggungjawab tu kan, pergi je la. Lagipun kalo dah kebertanggungjawabannya dalam unit tatatertib, ada rasa ke taknak pegi? Napak senang job task baru aku ni, tapi... menunaikannya mmg payah sbb unit ini la akan jadi role-model. Nati orang kata 'alah, unit tu pun tak pergi' dan Alhamdulillah, seme team aku pegi. Cuma sorang la, sbb dia pregnant n dpt surat doktor. Dan one more thing, tak pegi kang, ada yg buat memo tunjuk sebab utk diri sendiri. Hihi. 
Ala, bukan selalu pun kan. Sekali sekala. So, chill sajorkk....

31 August 2012

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

kredit : FB Era

Ini tanah kita.
Tanah tempat tumpah darah kita.
Tanah yang menyaksikan sebuah negara bebas dari jajahan.

Ahh...dah..dah... tetiba datang giler nak bersajak plak haih. Kuwasa.

Oke lah, selamat hari merdeka, Malaysia.
Bunga api dari KLCC tak semeriah dulu dulu.
Dulu, tinggi bunga apinya. Ada bermacam bentuk.
Skang dah macam sama plak ngan bunga api yg orang main time raya tu. Haha.
Thn dpn (Insyaallah) dengar sayup2 je la kut bunga api. Dari rumah KSU mmg tak nampak la. Bayang KLCC pun tak napak. Dulu masa beli rumah sales tu kata napak KLCC. Mmg nak kena nih. Tp tak pe lah. Cukup la 9 thn dah mengadap KLCC. Celik je mata, bukak tingkap, bukak pintu, KLCC dah dpn idung. Haha.

So, esuk satu ofis kena Janji Ditepati.
Ikut kan je lah. Nak buat cemana. Wajib. Wajib. Wajib. Katanya. Takde sunat sunat dah.
Tak pegi, tulis dalam buku perkhidmatan. Ingkar perintah. Sudah la unit aku yg jaga tatatertib. Lagi mau buat perangai?

Takpe lah, asalkan Sabtu / Ahad dah leh cuci rumah.
Asalkan tadi dah dpt pegi Perfect Livin.
Asalkan dah dpt 'usung' apa dihajati.

Nak packing barang... nak packing barang....

p/s : Dan tinggal 4 bulan je kita dalam tahun 2012. Mmg masa berlalu pantas.

26 January 2012

Perihal Baucar Buku 1 Malaysia

Anak..anak..
Memacam korang ni kan. Dah bagi, pandai lak nak buat begitu begini.
Sebenar cam malas nak tulis pasal ni. Tp takpe lah. Saja.
Biler buat BW lunch tadi ter pegi kat blog yg ada tepek nih.
Kredit utk blog tersebut : pami3
Zaman kami belajar dulu tidak la zaman batu sgt. 
Kira zaman U dlm hujung tahun 90-an dan awal tahun 2000-an.
Tp zaman kami dulu tak pernah dpt peluang terima duit pree camni.
Zaman kami masih takde laptop.
Kalo ada pun PC beso gedabak, tu pun tak seme mampu.
Masa buat diploma, mmg berebut2 nak buat asainmen kat lab komputer.
Tp tau je lah komputer kat lab tu cena. Ada yg tak mau idup. Printer pun sebijik cuma.
Kat bilik tumpang la kawan yg ada PC. Mana bilik yg ada PC cukup haibat dah time tu. *kalo ari minggu tu, tutup langsir, reramai tgk CD Hindustan. Time tu kan glamer ngan citer Mann la, Kuch Kuch Hota Hei la apa la kan.
Lps tu buat presentation guna projektor. Tp bkn cucuk pen drive cam skang ni.
Tulis atas plastik tu. Adoi. Kadang tersenget tulisannya.

Dan nak beli buku hok tebal2 yg kalo terhempap kaki bleh buat cagu kata kawan2 aku tu, adalah mmg cam mustahil. Ada takde kami fotostat. Tp aku mmg tak sker btul buku fotostat nih. Kalo bleh nak beli. Dan skang buku melambak kat umah. Aku mmg sker buku.

Oleh itu, pelajar zaman global ni sgt2 untung. Dah la ada bermacam kemudahan. Dah tu dibagi lagi baucer.
Kalo la aku dpt baucar ni mmg aku guna sebaik mungkin. Sbb aku minat buku.

Tp bleh plak engkorang jual. Mana contact budak tu, meh aku nak beli. Tp aku nak beli ngan RM50 je, tp dpt empat2 tu. Bleh?
Ye lah, ko perlukan duit. Satu point la di situ cam meraih simpati. Tp kalo ko taknak baucer tu, takyah la amik. Tp bijak lak tu palahotak, pikir aku amik baucer ni lps tu aku jual kat mudah. Aduhai anak... nak kata tak bijak, tak mungkin la kot. Kalo tak, tak la smpai ke U sanun.  Kut ye pun nak jual, tak perlu ko iklankan camni.  Ko bisik2 je la kat kawan2 ko. Kut akak2 kawan2 ko nak beli novel ke apa kan. Eh?

kredit : Bharian

Ada sesapa taknak lagi? Meh bagi ahkak.
Bleh ahkak beli novel banyak2.
Tp takmo la jual, kira sedekah je bleh kat ahkak?

Haha.

*update*
Dpt komen cenggini.

Betul gak tu. Bagi pada yg memerlukan yang nak beli buku lebih. Tp nyer, better la kot org tu beli ngan cash beliau. Cuma dpt diskaun la kan sket dlm 20inggit. Huhu.

Tp nyer, cara tu lah. Pi jual2 kat secara terang-terangan tu. Persepsi org cam tak menghargai plak.
Entah. Tatau nak kata, senang takyah bagi. Buat cam dulu2 tu. Takde pening2 kepala, polis pun tak susah2 nak siasat ke apa. Abis citer. Patut baucer buku ni buku hold kan dulu cam SBPA. Eh...??? Hahahahah. *terus berlalu smbil nyanyi limapuluh sen... limapuluh sen*

16 September 2011

Selamat Hari Malaysia : Malaysian Boy Clip

16 September 2011.
Selamat Hari Malaysia.
Utk itu, saya persembahkan lagu Malaysian Boy ini.



Hurm. Kecoh juga lagu ini yer.
Dgn katanya diciplak dari lagu lain. Mmg la sama kan. Bleh di dgr di sini- utube
Sama tak serupa la. Kita ada rap bahasa cina. Hihi.
Juga kecoh sbb ada kelibat 'sesuatu' pada masa minit ke 0.43. (hantu kata mereka. Eh..??)
Kalo kat tibi mcm tak napak.
Tp sila tgk kat VC tu.
Haha.
Kalo tak clear google saja - ada blog2 hiburan sudah pause kan hanya pada gmbr itu.
Tp tak napak la gmbr penuh. Ada sket je. Napak baju dan beberapa helaian rambut.
Mungkin sbb menda itu rasa dia da ikut tema. Pakai baju kaler putih kan. Dan mungkin dia pun mahu ber rap dan shuffle bersama. Hihi.

My dear sker lagu ini. Dia kata sedap suara pompuan itu.
Maka aku sebagai isteri harus la google siapakah gerangan perempuan yg turut menyanyi dlm lagu Malaysian Boy itu.
Oh. Namanya Ila Damia.
Datangnya dari Mentor 4 yakni protege Joe Flizzow. Owh. Mmg la tak kenai sbb weols tak layan da Mentor ni sgt. Erm. Mungkin faktor umur menyebabkan agak kurang tegar kpd hiburan2 ni. Eceh. Poyos.
Gmbr kredit : FB ILa Damia
dari FB beliau juga.

Tp oke la lagu ni. Layan gak la. Ada rap cina seme. Bes. Bes.

Lirik Lagu Malaysia Boy – Altimet, Dj Fuzz, Rabbit Mac, Ila Damiaa

(Altimet)
Salam si anggun si gadis ayu
Dari kotaraya ke pedalaman kamu
Dari Likas ke Pekan Rabu
Di carta aku kau nombor satu
Aku berikrar aku berjanji

Teman-teman aku menjadi saksi
Jauh di mata dekat di hati
Jadi izinkan aku pergi berlari
Keliling dunia dua tiga kali
Ku tahu hanya satu perkara pasti
Selagi bumi di atas paksi
Bila tiba masa aku kembali

(Ila Damiaa)
Bawaku ke mana saja kau suka
Timur selatan barat atau utara
Dampingi aku selalu
You’ll be my Malaysian boy
Malaysian boy

(Point Blanc)
问边度系屋企
梗系马来西亚呢块土地
全世界
呢度最掂 无问_
俾你大开眼界
靓女如云 唔使头痕
饮茶食饭 heh番一晚
生活唔使烦 系o甘
我地识搏杀仲识玩
去到边度 唔会改变态度
响我o既脑 你系最好
马来西亚系
我o既国土 亦系我o既宝

(Point Blanc – Translation)
If you ask Point Blanc where is home
It’s definitely this land called Malaysia
This is the best place in the whole world
There ain’t no problems
Just open up your eyes
There are plenty of beautiful women around
Enjoy all kinds of food and drink everyday
There’s no worries in our lives
We know how to work hard but we also know how to enjoy life
Wherever I go it will never change my view because in my mind you are the best
Malaysia is oh my homeland and is most precious to me

(Rabbit Mac)
Vanakam everybody hi hello
Oru suthe pollam jom let’s go
Okay yen pearu Malaysian boy
Yethe senjalum kita sempoi
Tambi tangachi
Mumy dady akka tata patti vanthachii
Dari kampung ke kota machi
Sabah sampai PNG
Sigappu nellam velle manje
Nerathil vaanavil yen nattil theriye
Vadakku kilaku east and west
Nambe naadu malaysia
We the best

(Rabbit Mac – Translation)
Greetings everybody hi hello
Come let’s go for a tour around the nation
Okay my name is Malaysian boy
Whatever we do we are always good
Brothers sisters
Mommy daddy sisters grandpa and grandma have come
From the village to the city
From sabah till penang
Red blue white and yellow
You can see rainbows of these colors in my country
North south east and west
Our country Malaysia
We are the best

2 September 2009

~1 Malaysia - Duit kecik~

Topik 1 Malaysia saya hari ini adalah berkenaan tabiat bertanyakan "duit kecik".
Kalo penah tgk iklan kat Astro - rancangan ALAMAK tu kan ada pasal duit kecik ni.
Yg ada mamak tu tnya kat customer dia ada duit kecik tak.
Sekali customer dia keluarkan note RM50 yg saiznya kecik. Ha..amik ko! Danggg......!!

Situasi ni aku rasa suma org biasa hadapi :-
Paparan di cash machine RM15.20.
Jadi customer pun memberi RM20.00 yg mana 2 keping not RM10.
Biasanya cashier akan tnya "ada duit kecik tak?" atau "ada 20sen tak?"


Itu lah..kita seringkali berhadapan dgn pekedai atau cashier tnya kat kita
"ada duit kecik tak?".
Kadang pertanyaan tu tak jadi masalah. Kalo ada, kita bagi.
Tp kadang tu jadi mcm annoying kat kita bila mana kita ckp takde n cashier mula buat muka tk puas ati. Haiya..! Org bagi duit ke dia pun marah ker??


Kalo kedai Ah Seng ke Pak Mat kat kg aku tu tanya aku idak la kesah sgt.
Tp sikap 1 Malaysia yg bertanya kan duit kecik tu kadang smpai ke pasaraya besau cam TESCO, Care4 suma tu. Aikk..takde duit tukar ke mereka2 ini.
Kadang tu kita nak cepat..capai aje la duit kertas..ditanya gak duit syiling. Makanya terkorek2 la kita dalam poket2, dalam copartment2 wallet tu, celah2 bedah handbag kita..
Kalo kena kat aku mmg aku bebuat lambat nak carik. Tp kdg mcm tk selesa la kat org belakang yg beratur. Atau bila mana org dihadapan kita lak yg tercarik2..ha..aku penah la bagi seposen kat org dpn aku yg tgh nak carik 10sen. Kesian lak aku tgk nyer tercarik2. Tu kat pasaraya besar tu.

Kadang mmg kita takde duit kecik..kalo ada mmg la kita bagi.
Katakan jumlah bayaran adalah RM72.00 camtu.
Customer bagi RM100.00. Mula la dia tanya "ada 2 ringgit kak"
Aku kalo ada..mmg aku bagi.. tp kalo takde..aku sua je wallet aku tu..takde..ada singgit ajek nih.
Ha..laju je dia tekan peti tu kasik duit keluar. Ha..ada je duit pecah..abis tu..watpe la tanya. Buat susah2 je.

Aku idak la rasa tabiat tanya duit kecik ni mendatangkan masalah besar sgt.
Tp saja nak citer...ini juga tabiat 1 Malaysia kita. Pegi la kedai mana..mesti ada pertanyaan "ada duit kecik kak, ada 20sen tak dik?"
Aku dulu penah kena..pasal tukar2 duit kecik ni gak aku kerugian RM10. Yelah..dpt kat aku yg bkn background duit2 ni, buleh kompius woo bila org duk tanya2 duit kecik nih. Dtg la blur aku nak wat kira2 debit kredit kat situ..ditambah lak org blakang kita mcm dah tak sesabau tolak2 barang dia ke depan.

Jadi itu citer pertama saya mengenai 1 Malaysia. Memacam lagi cerita 1 Malaysia akan di update nati.

Pnstoberi: Lenkali bagi kan aje duit syiling ke cashier tu. Bio dia terpinga2 mengira sekupang..sekupang.. Nak sgt duit kecik kan????

~1 Malaysia~


(Prelude)

Rakyat didahulukan.
Pencapaian diutamakan.

Semua org da biasa dgr sejak tampuk pemerintahan diambil alih.

Satu term yg agak sedap didengar,mudah disebut, tp kalo didalami maksudnya itu..buleh jadi 'berat' juga esp pada penjawat2 awam [termasuk la yg sdg menulis ini,tp ketika ini sy menjadi rakyat okeh..haha].

Nak citer lebey lanjut pasal 1 Malaysia ni buleh la masuk kat web nih.

Tp..konsep 1 Malaysia mmg boleh digunakan secara meluas.
Aku sker tgk iklan 1 Malaysia Proton tu. Sgt menarik.
Aku penah dgr topik kat ERA-by Aznil n Din Beramboi pasal ikon 1 Malaysia. Bila berckp pasal ikon ni slalu org igt ikon ni org2 yg terkenal, ternama je. Tp dalam topik pagi tu dia panggil tukang gunting rambut, tukang urut. Iye tak ye gak kan..mereka adalah ikon satu Malaysia.

Jadi semuanya 1 Malaysia.
Secara kebetulan dtg penyakit berbahaya yg melanda negara ketika ini jugak berkenaan nombor 1.
Sgt2 kebetulan.

Aku pun ter ada idea utk buat entry pasal 1 Malaysia ni.

So..ini adalah prelude entry 1 Malaysia aku eh.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign