Pages

13 September 2011

~Artikel Syawal 15 : Bergurau Senda & Sindiran~

Ada majlis hari raya kementerian (KPKK) sebentar lagi kat opis aku ni. Org pun da mula ramai. Igt bleh la bersenang lenang menikmati pelbagai jenis makanan.
Tp rupanya kena jadi petugas protokol (FOH) plak. Napaknya menteri dah mai la baru bleh makan.
Aduhainyer...  tp tak pe lah.
Dgn itu aku tinggalkan blog ini dgn entry ilmiah sket utk tghari ni.
Islam itu mudah sekiranya kita mengikut jalan yg telah ditentukan.
Moga kita dapat iktibar dari nye.Amin....

Batasan Dalam Bergurau Senda

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”: Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !”
 Riwayat Abu Daud

Huraian
i) Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
ii) Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
iii) Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
a) Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
b) Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
c) Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
d) Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
e) Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
f) Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
g) Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
iv) Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.

Kredit : e-hadith

********

Sindiran

Pernahkah anda semua di tegur oleh orang – orang yang lebih baik dari anda? cuba perhatikan teguran mereka. Adakah teguran mereka itu adalah teguran yang berhikmah, atau sindiran? Cuba perhatikan semua jenis teguran yang kita terima…

Hasil daripada pemerhatian kajian kes ini, didapati majoriti individu yang menegur kesalahan bukannya menegur. tetapi menjatuhkan. Ada pula yang sememangnya menegur, tetapi menyindir. Yang ingin di “highlight” kan di sini adalah “Sindiran”

Tahukah anda? sindiran itu lebih tajam daripada Marah. Kerana? kerana sindiran itu meresap ke dalam hati. sindiran itu lebih cair daripada asid.

Kurangnya keprihatinan hati orang yang memberi sindiran itu ialah pada keadaan orang yang di sindirkan. Boleh menyindir. tetapi Buruk akibatnya. Jika sindiran kita itu adalah sindiran untuk melawak tidak mengapa. tetapi jika ada “isu” sensitif dan orang itu menyindir, ia akan membuakkan perasaan “BENCI” pada si penyindir. dan terus “direct” membuatkan perhubungan itu “bergoncang”

Mengapa? kerana : “We’ve cleaned up the air, but polluted the soul” dan sindiran juga memberi kesan yang sangat dalam pada si penerima sindiran.

Ingatlah…jika orang itu di sindir, dia akan menjadi orang yang lebih baik dan lebih hebat setelah masa berlalu dan mengalahkan si penyindir itu pula. dan pada masa itu si penyindir itu pula akan merasa sangat-sangat berdosa besar.

“Remember, Say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side” -George Carlin

kredit : amalan insan

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign