Pages

Showing posts with label artikel Islam. Show all posts
Showing posts with label artikel Islam. Show all posts

29 May 2017

Apa Itu Zikir?

Last week saya ada share kan something di group bfmembers.
Tak sangka pula hits post tu. Hihi.
Sebenarnya menda back to basic ja yang saya share tu.
Kita je kadang kadang terkhilaf, terlalai.
Nanti saya share di sini pulak apa saya share tu okay :)

Hari ni saya nak buat entry apa itu zikir?
Sbb dalam post yg saya up tu ada sebut zikir.
And sorang mommy non muslim (India), tanya apa itu zikir, saya tak faham.
Haaaa.. cemana kau nak terangkan?
Baru lah kita rasa "a ah ek, apa sebenarnya zikir"
Memula yang terlintas di fikiran - zikir adalah bacaan kita mengingati Allah.
Tapi, nanti dia fikir, kita ni tak ingat Allah ke, kena ada bacaan baru ingat Allah.
So, mak macam was was nak bagi jawapan tu.
Tapi, bila google - memang itu lah jawapan nya.
Zikir - bacaan untuk ingat Allah.
Artikel ni rasanya cukup bagus utk kita huraikan apa maksud zikir. Walau agak panjang, tapi tak salah luangkan masa untuk membaca. Ilmu ni. Kadang kita macam tahu, tapi dah nak senja ni, kena refresh balik ilmu tu. Kan?
Sesama lah kita berzikir, tambahan lagi di bulan puasa ni.

Selamat berpuasa semua :)


PENGERTIAN ZIKIR

Bismillahir rahmanir rahim

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan kerana masih lagi mengizinkan adanya majlis ilmu ini. Semuga kita semua dapat menimba ilmu agar kita dapat lebih faham dan dengan sebab itu ibadah-ibadah kita dapat memberi kesan positif sama ada pada akal atau roh kita.

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad RSAW, kerananyalah kita dapat membuat kuliah ini dan kerananyalah kita beragama Islam. InsyaAllah kali ini kita akan bincangkan ZIKIR. Bila kita katakan zikir, kalau kita nak faham maksud tujuan tentu kita nak faham ilmunya.

Jadi kita nak faham definasi zikir. Zikir itu bahasa Arab , dalam bahasa Melayu maknanya ingat.

Jadi kalau berzikir tetapi tak ingat macam mana?. Kita ingat mak kita, itu ingatlah sama ada kita sebut atau tak sebut. Bila cinta dengan mak sudah mendalam sudah tak sebut. Termenung aja ingat mak, makan tak seronok. Tapi dengan mak jarang berlaku tapi biasanya dengan cinta kita, kerana mendalam cinta dah tak sebutlah diam aja, menunjukkan tinggi zikir itu!.

Jadi kalau begitu ada yang dia sebut tapi tak zikir, tanpa sedar. Mulut sebut hati tak sebut, itu tak zikir. Mulut tak sebut tapi ingat itu zikir. Zikir itu sebut di hati, ingat dihati. Kalau dimulut itu lafaz. Kadang-kadang mulut sebut tapi tak ingat di hati. Macam orang terperanjat sebut Allah Akbar itu budaya. Dia lafaz tapi hatinya tak ingat Tuhan.

Bila kita kata ingat, ingat apa?. Tentulah dimaksudkan ingat Tuhan. Macam mana ingat Tuhan?. Agak-agak macam mana?

Ingat Tuhan itu mengingat selagi ada sifat-sifat Tuhan yang mana satu tak kira, sesuai dengan kesempurnaan-Nya. Yang mana satu?

Ingat Tuhan, kuasaNya ke, kebesaranNya ke, kehebatanNya ke, nikmatNya ke, penglihatanNya ke, pendengaranNya ke, nerakaNya ke, syurgaNya ke. Apa saja yang ada hubungkait dengan Tuhan, itu yang dikatakan Zikir.

Sebab itu zikir yang paling besar, zikir yang paling banyak adalah baca Al Quran. Sebab dalam Al Quran kita jumpa macam-macam yang kesemuanya membuat kita ingat Tuhan. Sebab itu kalau orang boleh kekal baca Al Quran sikit pun tak apa, macam-macam terbangun dalam akal dan rohaninya. Kerana dalam Al Quran itu macam-macam kesempurnaan Tuhan dijumpai. Kalau zikir-zikir yang khusus, hanya 2-3 sifat Tuhan sahaja, itulah yang diulang-ulang tapi kalau baca Al Quran, jumpa macam-macam sifat Tuhan di dalamnya.

Jadi kalau orang baca Al Quran itulah zikir terbesar, yang sempurna, yang lengkap. Orang yang baca Al Quran dengan penuh beradab, mabuk, sekejap jumpa ini, jumpa itu dalam Al Quran.

Ertinya Al Quran mencetak kepala dan perasaan kita. Begitukah kita semasa baca Al Quran?... tak!. Sebab kebanyakan kita diajarkan fadhilat, nak pahala. Itu bukan zikir, itu nak fadhilat sedangkan zikir itu nak ingat Tuhan. Kalau baca Al Quran ingat Syurga, itu bukan zikir, itu fadhilat. Sebab tak ada hubungan dengan zat Tuhan. Orang yang duduk fikir ingat Syurga tak sama dibandingkan orang yang ingat Tuhan.

Jadi zikir yang paling besar baca Al Quranlah, macam-macam kita jumpa kesempurnaan Tuhan. Oleh itu kalau kita baca Al Quran kena beradab, wudhu sudah tentulah, maksud beradab ini adalah:-
    1. Faham makna
    2. Kita hayati
    3. Apa saja disebut, dia kena ada tindak balas dari kita

Sebenarnya kita baca Al Quran itu, kita bercakap dengan Tuhan. Jadi kalau kita faham makna, hayati, faham maksud berhadapan dengan Al Quran, kita betul-betul bercakap elok-elok dengan Tuhan, tak seronok ke?. Jadi asyik masyuk.

Memanglah baca Al Quran macam-macam kita jumpa, macam mana kita berdialog dengan Tuhan?. Contoh: Seperti kita jumpa ayat, Wallahu ghafururrahim Tuhan Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Apa kita punya respons?.... dalam hati kita cakap...ya Allah ampunilah aku, Tuhan yang maha Pengampun.

Baca lagi Innafikhalqisamawati...itu tanda kebesaran Tuhan, jadi macam mana ada lalai. Segala yang dibaca dicetak di kepala dan roh kita.

Misalnya ada ayat Innallaha ma'almukhsinin...Tuhan itu bersama orang yang baik. Kalau orang tak faham bahasa Arab dia tafsirkan ‘jadikan aku orang-orang yang baik’.

Kalau orang yang faham bahasa Arab, bila dia jumpa ayat 'Sesungguhnya Aku suka orang yang bertaqwa, kita jawab ya Allah jadikan aku orang yang bertaqwa. Kita jadi asyik.

Bila cerita tentang neraka, kita jawab ya Allah jauhkan aku dari neraka, aku berlindung denganMu dari neraka ,wahai Tuhan. Waktu itu rasa kecut, takut.

Begitulah adab-adab baca Al Quran. Jadi kalau baca Al Quran itu kita berdialog dengan Tuhan. Bukan saja kita berzikir tapi berdialog, tak indah ke?. Dia boleh mencetak akal dan roh kita.

Tetapi selama ini kita baca Al Quran tak di ajar untuk dapatkan rasa-rasa begitu. Kalau fasih, baca nak laju sahaja. Menyebut pun tak rasa, melafaz tak ingat, itu bukan zikir.

Padahal baca Al Quran itu berzikir, ingat Tuhan. Kalau lafaz dah tak ingat, itu terpulang pada Tuhan nak bagi pahala ke tidak. Sebab bukan begitu adab baca Al Quran, sebenarnya dia tak baca. Baca Al Quran sepatutnya bukan fikir nak khatam, tetapi dapat faham, dapat hayati dan dapat memberi tindak balas kepada setiap ayat yang dibaca. Amalan membaca Al Quran sebulan Ramadhan bukan nak khatam dijadikan matlamat...kalau dapat satu juz tetapi betul-betul dihayati itu yang lebih baik.

Jadi kalau ikut jaga tata tertib membaca Al Quran atau zikir, ia sangat mencetak akal dan roh kita. Sebab itu dikatakan 'mengingati Tuhan itu menenangkan hati', ertinya dia tenang dengan dunia, sakit di dunia tak terasa sakit, nikmat dunia macam tak nampak, masa depan dunia sudah tak fikir. Waktu itu dia fikir Akhirat, pasal dicetak oleh zikir baca Al Quran. Itu yang dimaksudkan tenang.

Ada orang yang bertanya,''Quran ada kata zikir itu menenangkan hati, saya berzikir tapi tak tenang.'' Sebenarnya dia tak berzikir, bukan zikir. Dia melafaz tapi tak sedar. Macam mana nak tenang hati tak diproses?. Boleh cakap Alhamdulillah tapi dok ingatkan untung ke perniagaan ini, ini zikrullah ke zikir duit?. Mulut zikir sampai tapi hatinya tak ingat Tuhan. Berzikir dok geleng-geleng tapi fikir kalau perniagaan tak untung tak dapat gaji bulan ini. Dia sudah kurang ajar dengan Tuhan.

Kalau kita nak cakap dengan raja tersalah cakap. Waktu kita sedang cakap kebesaran raja, cantik istana tuanku, hebat nampaknya, tiba-tiba kita pergi depan raja kita cakap saya ada kebun, ada kereta...bukannya ingat Tuhan tapi kurang ajar dengan Tuhan. Rupanya kita berzikir bukan ingat Tuhan malah kurang ajar dengan Tuhan. Sebab itu Rasulullah SAW ada menyebut yang ramai orang yang membaca Al Quran tetapi Al Quran itu pula melaknatnya. Tak takut ke?

Di dalam Al Quran juga disebut sembahyang itu zikir yang paling besar macam baca Al Quran sebab sembahyang itu lengkap, syumul, macam-macam boleh jumpa, semua dibuat dalam sembahyang. Dari zikir yang besar ini macam-macam yang berhubungan dengan Tuhan kita jumpa dalam sembahyang. Ini kalau kita hayati macam mana nak lalai, sudah tentu tak lalai. Tapi kalau tak dihayati jadi lalailah.

Ampun maaf

Sumber rujukan: Us Hj Ashaari Muhamad
Penyusun: Dewan Budiman, Wakil Rufaqa UK

[kredit link : pengertian zikir]

14 September 2015

Selamat Datang Zulhijjah

InsyaAllah pada 15 September kita akan menyambut 1 Zulhijjah.


Disamping itu, jangan lupa untuk berdoa pada hari Arafah.

Zikir Doa Hari Arafah ini sebaik-baiknya dibaca seberapa banyak yang termampu selepas solat Zuhur 9 Zulhijjah sehingga menjelang Subuh 10 Zulhijjah.
At-Tarmizi meriwayatkan, semasa Hari Arafah, Nabi ﷺ mengamalkan zikir doa berikut:
Keterangan Hadis:

*Doa yang paling utama adalah pada hari Arafah seperti zikir doa di atas yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ.
*Wukuf pada hari Arafah dimana kesemua para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah demi mengharapkan pengampunan dan rahmat dari ALLAH سبحانه وتعالى.
*Walaupun kita tidak berwukuf di Padang Arafah sepertimana para jemaah haji, kita turut dibolehkan untuk mengemukakan permohonan doa walau di mana pun kita berada.
*Nabi ﷺ bersabda; “Haji adalah (wuquf) di Arafah.” Ketika berada di tempat ini pada 9 Zulhijjah hendaklah seseorang itu memperbanyak doa, berzikir, dan membaca Al-Quran.
*Rasulullah ﷺ bersabda bermaksud; “Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari Arafah.” (Riwayat Tirmizi).
Adapun doa yang dimohonkan bergantung kepada keperluan masing-masing dengan syarat tidak bertentangan syariat, seperti mendoakan buruk untuk orang lain atau berdoa agar diberikan segala yang haram bentuknya.


Berkat bulan Zulhijjah ini, ku mohon urusan ku dipermudahkan.
Amin.....

11 September 2015

Yakin Dengan Allah

Hari ni kita share something yang agak menarik.
Full article dari blog ni [link : keranakasihnabi]
Panjang, tapi ada yang boleh dimanfaatkan bersama.
Esp pada rakan seperjuangan :)

****

Dalam Al-Quran nul Kareem, Allah Ta'ala mengisahkan keampuhan dan kekuatan senjata doa yang ramai daripada manusia kurang memberi perhatian – bukan pada doanya, tapi meyakini hebatnya doa. Ramai orang berdoa, tapi tidak ramai yang meyakini kehebatan, keampuhan, kekuatan senjata doa. Mereka lebih bergantung pada benda-benda yang bersifat material untuk menjadi asbab, ‘cause-and-effect’, prasarana, walaupun segala itu adalah penting. Tetapi di dalam Al-Quran nul Kareem, Allah SWT menceritakan tentang seseorang yang sudah putus sebabnya untuk mendapatkan apa yang boleh dihasilkan oleh sebab, yang tidak ada lagi wasilah untuk mendapatkannya melalui wasilah itu, iaitu kisah Nabi Zakaria.

Dalam Al-Quran, surah Mariam, Allah SWT berfirman, supaya kita memahami bukan hanya fadhilah doa tapi kehebatan doa, supaya setiap orang daripada kita kerap berdoa kepada Allah dan meyakini hebatnya doa dan mengambil iktibar daripada kisah Nabi Zakaria.

Nabi Zakaria merupakan salah seorang Nabi yang dipilih untuk membela dan menjaga Siti Mariam. Beliau sudah sekian lama menikah tetapi tidak mendapat zuriat, lalu diambillah Siti Mariam untuk dibela dan dididik, lebih-lebih lagi isteri Nabi Zakaria adalah mempunyai hubungan kerabat dengan Siti Mariam. Isteri Nabi Zakaria adalah adik-beradik kepada ibu Siti Mariam. Adalah perkara yang menggembirakan kepada Nabi Zakaria ketika beliau diberi Siti Mariam untuk dididik.

Dengan berlalunya masa, Siti Mariam pun membesar sehingga dewasa. Nabi Zakaria menyaksikan keajaiban padanya – setiap kali Nabi Zakaria masuk ke tempat beribadatnya Siti Mariam (mihrabnya), Nabi Zakaria mendapati ada hidangan makanan yang istimewa. Keistimewaan makanan itu nampak kerana apa yang terhidang tidak ada di luar. Hidangannya merupakan buah-buahan yang bukan di musimnya, untuk menunjukkan tiada sesiapa pun daripada manusia yang mendatangkannya. Macam mana nak mendatangkan buah yang bukan di musimnya? Allah mendatangkan makanan di musim sejuk sedangkan di luar musim panas, dan sebaliknya sehingga itu menampakkan keajaiban setiap kali Nabi Zakaria masuk ke mihrab Siti Mariam.

Nabi Zakaria bertanya, “Bagaimana kamu mendapatkan rezeki ini Mariam?” Jawabnya, “Ia datang daripada Allah SWT.” Maka, Nabi Zakaria, di situ berdoa. “Tuhanku..” Apa permintaan Nabi Zakaria? Beliau meminta untuk dikurniakan cahayamata, yang beliau sudah sekian lama menikah tapi beliau belum mendapatkan zuriat (surah Mariam, ayat 4):


Tapi dalam doanya, Nabi Zakaria penuh sopan-santun dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tulang saya ini sudah rapuh untuk melakukan sebab untuk mendapatkan zuriat, rambut saya pun sudah putih, tapi saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau.”

Kalimat “saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau” menunjukkan keyakinan yang mutlak mantap kalau apa yang didoakan pasti akan didapatkan. Kebanyakan orang kalau berdoa tapi tidak yakin yang doanya akan dimakbulkan, kebanyakan orang berdoa sekadar formaliti, kebanyakan orang berdoa tidak menghayati atau meresapi kalau doanya pasti dikabulkan!.

Tapi Nabi Zakaria mengatakan, “Saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau”. Katanya, “Wahai Tuhanku, berikan kepadaku daripada sisi Engkau…”. Perkataan daripada ‘sisi Engkau’, yakni beri daripada Engkau, bukan daripada aku, bukan daripada sebab yang diambil, bukan daripada ‘platform’ yang diambil tapi daripada Engkau (Allah), supaya manusia, bilamana berdoa yakin kalau datangnya (kabulnya) doa itu semata-mata dari Allah, walaupun datangnya melalui orang, atau sebab.

Surah Mariam, ayat 5:

Sambungan doa Nabi Zakaria, “..berikan aku waliyya…”. ‘Waliyya’ itu ertinya penolong. Subahanallah. Dalam ayat ini, Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT dan mempelbagaikan bentuk doanya – “Ya Allah aku mohon zurriyat yang baik.”, “Ya Allah berikan aku zurriyah walliyah (zuriat yang menjadi penolong)”. Bermacam-macam bentuk doa menunjukkan banyak dan kerapnya Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, seseorang kalau berdoa, jangan sekali-dua. 

Rasulullah ﷺ kalau berdoa kepada Allah SWT, terkadang satu permintaan diulang 3 kali, kerana baginda Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah itu suka kepada hamba yang mengulang-ulang dalam berdoa kepada-Nya.” Kenapa Nabi Zakaria meminta zuriat? Supaya zuriatnya itu dapat mewarisi dirinya dan keluarganya, dan bukan mewarisi harta/takhta, tetapi mewarisi tugasan menyebarkan dakwah dan menyampaikan ilmu.

Dalam ayat ini (ayat 5 surah Mariyam), Nabi Zakaria menzahirkan kerisauannya tentang kaumnya yang mungkin akan terpesong jika tiada yang menyambung dakwahnya, dan kerana itu, Nabi Zakaria memohon zuriat yang baik yang boleh menjadi waris kepada agama yang telah diwariskan kepada keluarga Nabi Yaakub supaya boleh diteruskan oleh zuriat beliau.
Kalau minta zuriat, minta zuriat yang baik, jangan minta zuriat sahaja, jangan minta zuriat yang ‘handsome’ saja, jangan minta zuriat yang cantik saja, minta zuriat yang BAIK, yang mendatangkan manfaat, yang mendatangkan kebaikan, bukan saja minta zuriat tapi minta zuriat yang baik.

Surah Mariam, ayat 7:

Nabi Zakaria berdoa dalam solatnya, dan Allah SWT hantarkan malaikat Jibril memanggil Nabi Zakaria yang masih dalam solatnya. Katanya seperti yang direkodkan dalam ayat 7, surah Mariam. Berita gembira itu diberi saat dia solat. Apa maknanya? Maksudnya doanya dijawab ‘CASH’. Setelah meminta, terus diberikan Allah SWT ketika dia masih dalam solat lagi dan tidak ditunda setelah dia habis solat. Inilah keampuhan kekuatan senjata doa.

Zuriat yang diberikan, diberikan nama ‘Yahya’, dan tiada orang sebelum itu yang dinamakan dengan nama Yahya. Nabi Yahya ialah buah kepercayaan doa seorang ayah kepada Allah SWT. Allah memberitahu ianya sebagai khabar gembira kerana mendapat zuriat merupakan perkara yang menggembirakan seseorang. Kita pun mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat zuriat. Tapi bukan sekadar sebut “Tahniah ye!” tetapi bacakan doa seperti berikut:

Kalau orang dapat rezeki anak, buat majlis aqiqah dan setiap orang yang datang baca doa seperti ini, 10 orang sudah 10 doa, kalau 100 orang yang dihimpunkan? Doakan – kalau tak tahu bahasa Arab, dalam bahasa Melayu pun boleh.

Yahya ertinya hidup, sementara umurnya tak panjang kerana dibunuh oleh Raja yang zalim. Dibunuhnya beliau menjadikan Nabi Yahya syahid – orang yang syahid tak boleh dikatakan mati, kerana Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 169,

Jadi, syahid itu sesuai dengan namanya ‘Yahya’ kerana dia tetap hidup di sisi Allah SWT sehingga suatu masa yang diizinkan. Apa yang diceritakan tentang Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dalam Al-Quran menunjukkan keampuhan dan kekuatan doa. Jadi, kalau nak berdoa, mesti memenuhi adab berdoa, dan salah satu adab yang penting ialah meyakini keampuhan senjata doa yang boleh mendatangkan kepada kita perkara yang apa-apa sebab atau mana-mana manusia tak boleh mendatangkan, tetapi doa boleh mendatangkannya kerana yang memakbulkan adalah Yang Maha Berkuasa yakni Allah SWT. Dan tidaklah ada orang yang paling banyak berdoa melainkan Nabi Muhammad ﷺ, penghulu kepada orang yang berdoa. 

14 August 2015

Doa Hilangkan Sakit Senggugut

Kredit to : resepirahsiaku

Cara-caranya.

Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat dibawah tersebut. Ditiupkan pada air setiap kali baca. 

1. Shalawat - 3x.

2. Al-Fatihah - 1x

3. Ayatul Kursi - 1x

4. Surah Al Nahl: Ayat: 65 - 3x








"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)". (Surah Al Nahl: Ayat 65)

5. Surah Ali Imran: Ayat 5,6 - 3x









(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: Ayat 5,6)

Insha Allah dengan izin-Nya. Moga-moga dipermudahkanNya.

------------
Nak dijadikan cerita, dah lama aku tak kena period pain after buat laps 2 tahun lepas. Tapi tu hari rasa cramp giler.
Jadi, terus google ayat hilangkan sakit. Terjumpa yang ini.
Terus buat. Ambil air segelas. Baca ayat2 tu.
Alhamdulillah..dengan izin Allah.. terus rasa selesa :)

6 July 2015

Maksud Bacaan Dalam Solat : Tahiyat

Makna bacaan tahiyat awal









Makna bacaan tahiyat akhir

5 July 2015

Ucapkan lah Insya Allah



Tak lama dulu ada perdebatan ejaan InsyaAllah ni kan.
Dalam tafsir pun di eja sebagai InsyaAllah (atau Insya'Allah), jadi, pada aku lah, takde masalah pun berkaitaan ejaan tu. Yang penting cara kita menggunakan perkataan tu.

3 July 2015

Siapa Mahram Saya

Bagi yang sememang dah tahu, anggap ini adalah review.
Bagi yang belum tahu atau masih eh boleh ke tak, eh mahram ke bukan, (macam saya lah, masih dalam proses utk menutup aurat sepenuhnya), kita jadikan ini rujukan.

Mahram seorang wanita - dengan siapa saya wajib berhijab dan haram bersalam
 Mahram seorang lelaki
Gambar kredit [here]


Tambahan pula nak bertemu ramai saudara mara di hari raya ni.
Pulak lepas terbaca artikel isteri tak selesa nak balik rumah mertua dan antara sebabnya adalah tidur beramai di ruang tamu dan tak selesa dalam menjaga aurat, maka kita perlu refresh semula pengetahuan bab ini.

Kalau selama ni kita main ah takpe lah (macam saya juga), kali ni kita berusaha lah untuk perbetulkan.
Macam saya, kalau di rumah mertua dan tidur di kampung, mmg kalau diikutkan senarai mahram tu, 100% dan setiap masa berada dalam rumah pun, saya harus menjaga aurat saya kerana saya ramai biras lelaki, sepupu suami pun ramai lelaki. 
Kalau di kampung saya sendiri, Alhamdulillah lah. Abg ipar seorang. Tu pun jarang balik dan bermalam di rumah kami. 

Ini juga ada graphic mudah kita nak faham.
Mungkin buleh print dan masuk dalam handbag.
Eh. Tak salah kan. Orang baru nak belajar.. :)


Islam itu mudah.
Tapi, jangan memudahkan.

26 June 2015

Tazkirah Ramadhan [9 Ramadhan]

Pagi tadi berkesempatan menghadiri majlis ilmu.
Sebenarnya setiap minggu dari sebelum puasa dah ada majlis tazkirah setiap pagi Jumaat ni.
Tapi, asyik lah ada kerja je nak diselesaikan.
Pagi ni, Alhamdulillah, lega sket. Maka buleh lah join majlis bacaan Yasin, Tahlil dan seterusnya tazkirah.

Okay, mari kita sharing is caring sedikit intipati dari tazkirah tu.

5 Keistimewaan Berpuasa di Bulan Ramadan
1. Mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah
2. Ikan ikan berdoa memohon keampunan untuk orang yang berpuasa
3. Allah telah persiapkan syurga
4. Syaitan telah diikat untuk tidak mengganggu orang berpuasa [kalau ada yang buat kejahatan tu, bukan dari syaitan, tapi disebabkan dek hawa nafsu]
5. Allah ampunkan segala dosa pada malam akhir Ramadhan [dan keesokkannya kita bergembira menyambut hari raya]

Jadi, begitu lah. 
Bila di google memang ada artikel berkaitan.
Boleh tgk web ini [link : mutiarapublic.com] untuk ulasan lanjut.

Sama-sama lah kita menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya :)


13 March 2015

Menjaga Solat




Motivasi untuk diri kita untuk menjaga solat 
dan solat di awal waktu.


6 March 2015

Solat Sunat Taubat

Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa dirinya bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah (bertaubat).
.
Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”  (HR Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
.
Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada bila-bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.






Kredit : Shafiqolbu

13 February 2015

Amalan Membawa Ke Syurga

Kredit : Jakim


6 February 2015

Istighfar (meminta ampun) dan Taubat




Telah di "screen-cap". Jadi sesiapa yang nak, boleh "save" dan kalau nak, boleh di "print". 

Boleh ditampal di meja/partition pejabat atau di bawa bersama di dalam handbag agar kita sentiasa dapat ingat dan baca :)

InsyaAllah.. sama sama kita amalkan.

2 January 2015

Salam Maulidur Rasul 1436


kredit : Here

Salam Maulidur Rasul.
12 Rabiul Awal 1436.
3 Januari 2015

(dan InsyaAllah kita akan menyambutnya sekali lagi pada tahun ini - 24 Disember 2015)

29 November 2014

Sharing Saturday : Make Duaa

Kredit Islamicpostz IG

21 November 2014

Kasih Sayang Dan Doa Untuk Kebahagiaan Sekeluarga




31 October 2014

Rahsia Rumah Tangga Bahagia

Setiap keluarga muslim pasti mengimpikan ketenteraman dan ketenangan dalam rumah yang mereka diami. Samada dia seorang suami, seorang isteri, ataupun sebagai seorang anak. Semua inginkan rumah mereka seperti kata orang: Baiti jannati, rumahku adalah syurgaku. Tidak semestinya rumah yang besar dan dilengkapi dengan perabot yang mewah itu tenang.

Rumah yang barokah adalah rumah yang apabila kita masuk dan berada di dalamnya kita akan merasa tenteram dan tenang. Misalnya apabila seorang suami pulang dari kerja, apabila ia masuk saja ke rumahnya, didapatinya rahah (lapang). Lelah dan kepenatannya akan hilang saat bertemu dengan isteri dan anak-anaknya. Ketenangan menyelimutinya. Manakala seorang isteri pula akan merasa senang apabila  berdiam dalam rumahnya. Karena memang seperti firman Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kaum hawa:


وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ
“Tetaplah kalian tinggal di rumah kalian.” (Al-Ahzab: 33)

Suasana dalam rumah juga turut mendukung timbulnya rasa senang tersebut. Anak-anak juga akan merasa senang dalam rumah mereka walaupun rumahnya kecil dan sederhana. Kerukunan dan kasih sayang sentiasa terjalin di antara anggotanya. Gambaran seperti yang kita ungkapkan tentunya menjadi keinginan setiap insan. Lalu, apakah rahsianya untuk mewujudkan baiti jannati tersebut?

Di antara faktor yang sangat penting adalah menjauhkan rumah dari para setan. Kenapa demikian? Karena setan merupakan musuh anak Adam, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:


إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا
“Sesungguhnya setan itu adalah musuh bagi kalian maka jadikanlah dia sebagai musuh.” (Fathir: 6)

Yang namanya musuh itu sudah tentu akan berupaya mencari kesempatan untuk mencelakakan dan menghancurkan orang yang dimusuhinya. Salah satu sasaran utama setan adalah merosak sebuah keluarga, menghancurkan ikatan di antara anggota-anggotanya. Iblis akan bergembira apabila anak buahnya setan berhasil memisahkan seorang isteri dari suaminya. Sebagaimana kabar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas air lantas ia mengirim kan tentera-tenteranya. Maka yang paling dekat di antara mereka dengan iblis adalah yang paling besar fitnah yang ditimbulkannya. Datang salah seorang dari anak buah iblis menghadap iblis seraya berkata, “Aku telah melakukan ini dan itu.” Iblis menjawab, “Engkau belum melakukan apa-apa.” Lalu datang setan yang lain melaporkan, “Tidaklah aku meninggalkan dia (anak Adam yang diganggunya) hingga aku berhasil memisahkan dia dengan isterinya.” Maka iblis pun mendekatkan anak buahnya tersebut dengan dirinya dan memujinya, “Engkaulah yang terbaik.” (HR. Muslim no. 7037)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullahu menerangkan bahwa iblis bermarkaz di lautan, dan dari situlah ia mengirim tentera-tenteranya ke penjuru bumi. Iblis memuji anak buahnya yang berhasil memisahkan suami dengan isterinya, karena kagum dengan apa yang dilakukan si anak buah dan ia dapat mencapai puncak tujuan yang dikehendaki iblis. Iblis pun merangkulnya. (Al-Minhaj, 17/154-155)

Kata Al-Imam Al-Qadhi Iyadh rahimahullahu, hadits ini menunjukkan besarnya perkara firaq (perpisahan suami dengan istrinya) dan talak, serta besarnya kemudharatan dan fitnahnya. Selain itu juga menunjukkan besarnya dosa orang yang berupaya memisahkan suami dari isterinya. Kerana dengan berbuat demikian bererti memutuskan hubungan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan untuk disambung, menceraiberaikan rahmah dan mawaddah yang Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan di dalamnya, serta merobohkan rumah yang dibangun dalam Islam. (Ikmalul Mu’lim bi Fawa’id Muslim, 8/349)

Iblis dan bala tenteranya ini berusaha menghancurkan hubungan suami dengan isterinya. Sementara suami dan isteri ini tentunya bernaung dalam sebuah rumah. Maka sudah tentunya setan tidak akan tenang jika  tidak dapat masuk ke dalam rumah tersebut. Bila setan telah berhasil mendiami sebuah rumah, nescaya ia akan menebarkan kerosakan di dalamnya, sehingga terjadilah perselisihan di antara anak-anak dan perpisahan antara suami dengan isterinya. Berubahlah mawaddah (kasih sayang) menjadi ‘adawah (permusuhan), rahmah menjadi azab.

Dengan penjelasan di atas, maka barulah kita sedar kenapa kita harus membentengi rumah kita dari setan yang terkutuk.

Di antara perkara yang boleh kita lakukan untuk membentengi rumah kita adalah:


1. Mengucapkan salam ketika masuk rumah dan banyak berzikir
2. Berzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika makan dan minum
3. Banyak membaca Al-Qur’an dalam rumah
4. Membaca secara khusus surah Al-Baqarah dalam rumah
5. Banyak melakukan solat sunnah/nafilah dalam rumah.
6. Membersihkan rumah dari suara setan
7. Membuang loceng dari rumah
8. Tidak menempatkan gambar dan patung berbentuk makhluk bernyawa di dalam rumah
9. Tidak memelihara anjing atau membiarkan anjing masuk ke dalam rumah 


****
Alhamdulillah, mmg dah anggap rumah sekarang "baiti jannati". Walau takde berkonsep bagai, walau takde perabot yang seragam, walau rumah tak bertanah. Tapi bila balik mmg rasa lega dan tenang.
Terima kasih Allah, atas rezeki ini :)

10 October 2014

Surah Al Insyirah (Alam Nasyrah)


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?

(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).

Kelebihan Surah Al-Insyirah.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.

Kredit : anakkedahukm

***
Salah satu surah yang boleh dibaca dalam solat Sunat Dhuha :)


3 October 2014

Surah Al Baqarah : Ayat 284 - 286


Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Dia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (284) 

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285). 

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286).

Kredit ayat dari : resepirahsiaku

****
Dengar rancangan kat TV sblm pergi kerja.
Kata Ustaz tu, selain Al-Fatihah, ayat ni juga mustajab dalam memohon apa dihajati.
Biasa orang baca dalam tahlil je katanya.
Tapi, elok diamalkan.

Dalam ayat ni jugak, ada ayat yang sering menjadi pedoman dan pegangan kita
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya"

Sama-sama lah kita amalkan. Moga apa dihajati akan jadi dimakbulkan oleh Nya .... :)

26 September 2014

Selamat Datang Bulan Zulhijjah


Peluang rebut kelebihan Zulhijjah

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, kita masih berpeluang mendapat kelebihan pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Selain ibadah korban yang dilaksanakan pada 10 Zulhijjah dan harihari Tasyrik, kita disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah.

Barangkali segelintir kita tidak mengetahui pada 9 Zulhijjah umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji disunatkan berpuasa iaitu puasa sunat hari Arafah.

Direkodkan oleh Imam Muslim, Nabi SAW bersabda: "Ketika puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa setahun yang lepas dan dosa-dosa setahun yang akan datang." Inilah peluang yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang beriman dengan disediakan peluang bernilai iaitu pengampunan dosa-dosa lepas dan akan datang bagi mereka yang berpuasa penuh keikhlasan dan mengikut sunnah Nabi SAW pada 9 Zulhijjah.

Selain ibadah puasa hari Arafah kita juga disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa. Jemaah haji yang berada di Arafah pada 9 Zulhijjah disunatkan memperbanyakkan zikir, tahlil, tasbih, takbir dan berdoa kepada Allah SWT memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Direkodkan oleh Imam al-Tirmidhi, Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang diucapkan olehku dan nabi-nabi sebelumku adalah: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sebarang syirik (sekutu) bagiNya, bagiNya segala penguasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dialah yang berkuasa bagi setiap sesuatu."

Dapatlah dirumuskan sekurang-kurangnya tiga pengajaran iaitu doa pada hari Arafah adalah bersifat umum iaitu disunatkan kepada jemaah haji yang berwukuf di Arafah mahupun mereka yang tidak menunaikan ibadah haji.

Doa yang sangat mustajab

Doa pada hari Arafah adalah antara waktu yang amat mustajab kerana ia sebaikbaik waktu untuk memohon permintaan dan pengampunan daripada Allah SWT. Kita disunatkan meminta doa pada hari Arafah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan pengharapan seperti ditunjukkan Nabi SAW.

Ketika tibanya hari Arafah, Nabi SAW bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT. Sunan alNasai, Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Nabi SAW pada hari Arafah beliau melihat Nabi SAW mengangkat keduadua belah tangannya memohon doa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh tali unta Nabi terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi masih tetap diangkat (untuk berdoa)."

Apabila tergelincir matahari di Arafah, Nabi SAW akan memendekkan khutbah dan kemudian menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak qasar.

(artikel penuh : http://anizyn.blogspot.com/2012/10/hari-arafah-dan-keistimewaan-hari-arafah.html )

8 August 2014

Puasa Enam Hari Di Bulan Syawal

Tak perlu lah diceritakan kelebihan puasa enam di bulan Syawal ni kan.
Semua pun tahu.
Dan semua pun tahu, puasa enam ni puasa sunat. Buat dapat pahala, tak buat, tak la dapat dosa.
Begitu.

Cuma soalan sejak turun temurun - boleh ke gabung puasa ganti dan puasa sunat bulan Syawal?
Soalan ni mmg 'evergreen'.

Penerangan lanjut perkara ni, boleh baca kat sini :
Gabung puasa

Bagi aku simple je.
Buat yang wajib dulu.
Abis citer.
Yang wajib apa dia? Yang wajib puasa ganti kita lah.
Itu yang wajib.
Jadi, niat puasa ganti je. Kalau tinggal 6 hari, dapat la jugak pahala berpuasa dalam bulan Syawal. If lebih 6 hari, nak habis, habiskan terus. If not, sambung la bulan Zulkaedah, Zulhijjah dan bulan2 lain. Boleh lagi.

Kalau berkesempatan dan rajin.
Buat puasa ganti, then sambung puasa sunat bulan Syawal.
Lagi lah berganda pahala nya kan.

Last year aku dapat buat puasa ganti dalam bulan Syawal.
Alhamdulillah lah. Itu lah pertama kali aku settle kan puasa ganti dalam bulan Syawal. Kalau tak, memanjang nya dah ujung2 tanjung, dah masuk Syaaban baru nak settle kan. Walau pun 6 hari cuma yg tinggalnya.. Huhu.

Jadi, tahun ni, nak cuba habis kan jugak.
Lega rasa bila dah habis nih.
Lps tu, nanti buleh buat puasa2 sunat yang lain.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign