Pages

5 September 2011

~Edisi Menghargai Follower #3~

Setelah beberapa minggu takde edisi menghargai Follower dan Pengkomen ni, maka lps raya, sesambil tgk gmbr dan citer raya, kita selit la edisi ni semula.

So, blog seterusnya - ummi.abbi.qis.adhwa. (sempoi je - sng kan Yan, takde banner segala. Cukup la ngan tulisan tu je, Reen pun dulu camtu gak. Takde semak2, buat 'berat' org nak masuk je kan)

1 happy family yg menetap di Johor. Dan mmg org Johor. Dan bleh dikatakan tuan punya blog yg dikenali sbg Yan ni adalah bisneswomen. (bleh kan Yan??hihi). Tokey dia ni. Beliau dan suami tgh mengusahakan kedai top up kat area Skudai. Eh. Btul ke Yan?

Aku kenal Yan mcm kebanyakan blogger2 lain yg aku kenal lps bln Okt 2010. Lps dia masuk contest sedondon raya aku last year lah. Aku igt lagi gambar dia masa tu ngan Qis. Kaler ijau. Tp takde rezeki menang gak (eh. dah sedondon abis ni, apsal juri2 tak pilih eh?-tp mmg di s/list nih)

So, mengenali blog Yan ni pun, kita leh kenal karakter dia dan pahit manis yang dilaluinya. Yang pasti aku tau, dia ni seorang yang gigih. Aku ngan dia rasa beza umo setahun kot. Tp yg buat kiterang leh ngam tu sbb kiterang salu tgk drama kat Ria, Prima or TV3, citer yg sama. So, leh la sembang2 citer tu. Kengkadang, buka puasa retu, ada je menda sama di makan. Hihi. Paling aku igt dia kata nak carik kuih 'magelek'. Aku tatau kuih apa, rupanya 'masalodeh' / vadey la.

Lagi yg aku tak sangka, Yan ni pun sama ber porem kat mesra dot net dulu. Tp masa tu aku tak berapa kenal ngan dia. And dia pun moderator rupanya. Tp memasing da tak aktip dah kat porem tu skang. Hihi. Dulu bleh la, time takde FB segala kan.

Skang ni dia dikurniakan rezeki lagi - menunggu orang baru dlm familinya. Murah sungguh rezeki dia bab tu. Walo dia mcm tak caya sbb si adik Dhuwa baru je setahun lebih. Aku tumpang gembira je bila tau org murah rezeki bab yg aku 'mahal' sket rezeki ni. Muga pas ni leh berjangkit la rezeki dia tu ke aku.

Utk Yan, walo kita jauh...moga persahabatan alam maya ni akan terus berkekalan. Terima kasih salu drop komen, salu dtg baca blog Reen ni.
Sila emel/ PM kat FB alamat yer, utk penghantaran mystery gift.

*********
Ini adalah entry ketiga bagi Edisi Menghargai Follower dan Pengkomen Blog Pnstoberi. Detail berkenaan edisi ini ada di sini :
http://pnstoberi.blogspot.com/2011/08/pasal-nak-buat-edisi-lah.html

Edisi pertama : Dunia Cik Anita
Edisi kedua : Firzmira's Life

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign