Pages

Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

31 July 2019

Isu Komen Dan Block di FB

Korang stalk tak samada ada orang block korang kat FB atau tak?
Kalau korang tahu ada orang block korang, korang meroyan tak?
Takde la. 
Sis tanya ja. Hehe.

Bagi sis, sis lantakkan saja. Nak block, silakan. Kau yg terhegeh2 nak add friend, kau pula yang nak block / unfriend. Kenapa sis kata add friend tu? Ya, sis jarang sesangat nak add friend. Hanya add masa awal2 join FB tahun 2008 tu, lepas tu dah takde. But, kalau ada yang sis add, memang sis akan jaga lah tak block/unfriend (at least,hide ja) sbb sis rasa tak ber adab pula, kita terhegeh nak kawan, kita pula sebok nak block/unfriend.

Sebenarnya kalau ada yang block kita, sis rasa (eh...menyampah pulak nak sis sis.. ketuk pala kang!). Okay ulang - sebenarnya, kalau ada yang block kita, aku rasa (haa.. best sket guna aku) mesti la ada sebab musabab. Orang takkan block tak semena-mena. Memang dia "perati" je tingkah laku ko. Contoh ada je tak kena. Orang upload gambar ni, kau down kan orang tu, orang cakap gini, kau betah kan tanpa mengira perasaan orang tu.

Simple sebenarnya hidup dalam laman sosial ni. Tambah lagi dah kertu. Yang umo dah 40-an bagai ni. Masih tak reti nak jaga perasaan orang ke. Kalau yg memuda dalam 20an tu faham lah. Mungkin orang kata masih hijau. Ni yang dah hijau pekat macam pokok nak tumbang pun masih perangai cam bebudak. Contoh la, kita upload gambar ngan kawan2. Datang la satu makhluk ni tetiba drop comment "eh, cantik lah! baju lah. Bukan kau yang cantik!"
Wah.. siap disclaimer nak cakap yang dia tulis cantik tu bukan utk kita.
Apa punya orang lah camni.
Datang kat "rumah" orang, tetiba nak drop komen konon lawak. Pi masuk raja lawak lah kalau nak lawak sangat.
Kita selalu kata orang body shaming.
Body shaming tu bukan hanya utk cakap - "hey, ko gemok lah!"
Yang drop komen cam contoh aku tu pun body shaming lah.
Aku pernah ya dapat komen camtu. Aku malas nak terasa hati, tapi orang yang menulis tu tak bleh fikir ke. Aku tak pernah minta pun pujian utk kata aku cantik. Aku tahu aku tak cantik. Aku tahu suami aku pun tak sehensem korang tu, aku tahu anak aku pun tak secomel anak2 sedara korang. Aku tahu tu semua, tapi kenapa sampai tergamak drop komen camtu. Aku pun kalau orang tu tak kawen lagi, pegang budak kecik, takde la aku nak tulis "hai.. bila nak kawen, dah ada tokoh tu, kawen la, dah terlajak2 tu, buat dihurung dek semut ja lambat kawen" Pedih tak? Pelik sesungguh aku. Kerja tempat2 elit, pangkat tinggi2, tapi budi bahasa out. Nak bergurau lah kononnya. Bukan aku tak boleh gurau. Boleh ja. Tapi, kenapa siap buat disclaimer bagitahu bukan nak kata orang tu yg cantik. Naseb la dia baru buat sekali. Kira dalam tempoh pemerhatian lah. Kalau selalu sgt buat perangai camtu, out you go lah. Patut lah keadaan kau macam tu (maaf... aku memang nak elak utk berkata bukan2, tapi kadang geram! Kita je nak jaga hati orang, orang main langgar ja. Kita je selalu beria nak tolong orang, tapi orang kalau bergurau lupa semua).

Itu satu, satu lagi jenis yang kalau kita upload apa2, ada je dia komen macam kita ni tak tahu apa. Contoh macam kau pergi bercuti lah. Katakan oversea. Tup tup beli beg LV. Datang dia, pi tulis "sis, tahu tak kat tempat sis pergi tu banyak handbag fake, hati hati ya sis"
Maigaaadddddd.... ko dah kenapa? Ko tahu idak orang tu beli kat mana. Tetiba ko komen macam kau tahu segala. Dan ini jenis yang memang kita perati, ada je tak kena. Kalau dia nampak menda tu lebih dari dia, mesti dia akan tunjuk good-good. Instead of kau drop komen camtu, molek kalau berikan solusi. Orang tu pun dah beli, dan kita jangan lah anggap orang ni tak tahu segala. 

Entah lah. Orang kata, biaq pi lah orang nak post apa, tulis apa, FB dia. Ya. Tapi, utk biaq pi hang nak tulih apa kat komen post orang, toksah buat perangai lah. Pikiaqqqq dulu sebelum drop komen. Pikiaq. Satgi orang block dah meroyan pulak. Orang block ni bukan sbb sekali dua dia tgk perangai kita tau. Mesti dah banyak kali sampai dia tak tahan.
Dan, please. Biarkan je lah dia block. Banyak lagi kawan lagi. Rugi ke dia block kita? Ada dia bagi gaji kt kita? Ada dia belikan kita tiket katebang nak bercuti? Takde, kan? Takde, let it go saja. Takyah teriak2. Biaq pi.

Aku senang ja. Bukan aku tatau ada ja unfriend aku. Lantok lah. Ada tu sebab dia komen apa ntah kt post aku, lps tu aku macam balas balik. Pastu dia rasa macam aku marah dia kot. Pastu aku tgk dah takde dah posting dia lalu lalang kat wall. Selalu ada je. Pastu aku try search, dah tkde kt list friend (stalk lah jugak kan... hahaha.. ye lah..utk confirmation). Dah unfriend lah tu. Pastu kesah pulak aku. Lantak lah. Ni lagi satu spesis. Dah dtg komen kat posting orang, pastu sendiri tak tahan, sendiri unfriend. Kau fikir aku rasa rugi kau takde dlm list friend aku? Haha. 

Macam aku kata tu lah. Kalau orang tu dulu dia yg add aku, lagi lah aku lantok kan. Sebuk nak kawan, sebuk pulak nak unfriend. Heh! And its vice versa. Kalau ada sesapa aku unfriend tu, maksudnya bukan la putus sahabat selama di dunia ni. Kan kita masih berkawan dalam alam realiti. Ini bermakna, biar lah kita berkawan di alam realiti saja kerana alam social belum cukup untuk kita memahami antara satu sama lain. Kerana apa yang ditulis dalam tu, telah diintepretasi dengan nada berbeza. Makanya, kekalkan lah persahabatan di alam realiti. Kalau pun fake di alam realiti, masih ada erti persahabatan tu.

Friend aku memang sket. Bak kata netizen "sis hehati, takde kawan ramai tu biasanya scammer". Lantak lah. Bukan aku juai barang pun. Ada takde, barang preloved aku. Itu pun mostly self pick up. Ko dtg amik barang, ko bayar lah. Kuasa lah nak pos2 ni. For me - quality adalah lebih baik dari quantity. Itu pun ada half dlm list of friends aku dah hide kan status aku. Lps tu aku dah unfollow jugak. Haha. Aku baru tahu, kalau hide tu dia tak boleh tgk trus any update. Aku ingat dia tak lalu kat wall orang tu ja. Mihmihmih. Naseb la. Bukan apa la, kadang malas lah, apa yang kita tulis kadang merata rata pegi nya. Pastu pi tafsir ke lain. Pastu perli2 pulak. Pastu jadi isu. Kadang kita tak tulis pasal office pun, udah deme kata kita cakap pasal office. Ya Tuhan.. uols ingat hidup mati aku kerana office je ke. Kome ingat aku takde life selain hal office ke. Apa ingat sbb kami husband n wife seoffice, makanya bila ada catatan tu bermaksud berkisar pada hal office je ke. How kelakar lah you. Dah. Jangan stalk. Aku takkan cakap apa2 lagi pasal office. Malas nak fikir. Aku sekarang fikir masa hadapan dan apa aku perlu buat utk peningkatan kendiri ja. 

So, uols, mana yang nak unfriend dengan aiols, feel free to do so. Kot menyampah ka asyik post entah hapa hapa. Kalau korang rasa macam aku sorang je poyo acah acah pejuang susu ibu ka apa ka, unfriend ja. Kalau tak suka, takyah la stalk2 bagai. Atau pun, tak stalk kat FB, stalk kt sini pulak ke. Udah2 la tu. Kalau nak baca, baca ja. Takyah pulak jadi bahan cerita. Ni kang, dah jadi bahan membawang pulak "ko nak tahu..Ida tu kan, dia ada tulis kat blog dia kan gini gini gini" Amboi!

24 February 2016

Buka FB

Setelah hampir setahun meng-deactivate FB, akhirnya active kan semula.
Kenapa?
Ada la sebab dan musabab tertentu.
Plus, dah temporarily closed IG. Jadi, berkuntum lah di FB balik.
Ya..ya.. ai mengaku, ai mmg tak boleh tak tgk laman sosial. Haha.
Okey, itu ai surrender.
Cumanya, kena ada salah satu. IG or FB or Twitter.
Tapi, kat twitter tak berapa nak aktif lah.
Ada lah. Utk bebel bebel. Situ takde ramai kenalan, jadi ai is seronok cakap apa2 aja.

So, after almost 1 year.
Alhamdulillah. Ai tgk ada perubahan pada FB.
Maksudnya pada kenalan ai dalam tu lah.
Ai pun tak ramai list of friends. Dalam 200 ++ je kalau tak silap.
Ai tgk no more orang mengadu domba.
Ramai juga yg dah tak up status.
Cuma share2 artikel. 
Nice!
Ramai yang pandai kontrol emosi dah (atau orang yg suka bebel2 tu ai dah hide kot masa sblm tutup FB dulu. Memang tak nampak langsung dah pun).
Walau ada juga yg macam ala ala nak "bubuh" kat orang dengan share artikel/motivation quote dan lps tu ujung-ujung letak quote "utk peringatan diri sendiri". Hehehe.
Never mind, if macam I cannot stand anymore, ai akan hide apa menda yg dia paparkan. Skrg kan boleh wat gitu. Sesekali kita stalk lah. Haha.

Kat FB skrg pun byk page orang2 yg memberi kan motivasi.
So, can follow them.
Ada sorang tu, aku suka update dia. Dia baru nak mulakan perniagaan. Meniaga nasik lemak tepi jalan. Cam best. Kalau tak silap dia ni kena berhenti kerja ke apa ke. Camtu lah. Best. Ailoike.
Then ada sorang cikgu. Aku dapat bila orang share2 dia bantu wife dia masa dalam pantang.
Yang ni mmg motivate. Bila aku scroll update dia yg lama lama, memang memotivasikan lah page dia. So, follow.
Kena follow orang orang camni supaya dalam news feed kita akan lalu menda2 yang memotivasikan. Dah kertu2 ni, takyah la tgk perihal artis ke apa.
Tapi, terpulang lah minat memasing kan.


My aunt, ai tgk selalu share pasal resepi masakan. Mana2 je beliau dapat agaknya. Setiap hari ada je. Awal2 pagi pun ada. Huhu. Jadi, ai takyah dah follow dah page2 resepi ni. Ai tgk je yg dia share lalu kat news feed. 
My brother pun selalu gak share resepi ni since wife dia rajin gak baking2. 
Pastu ada yg suka share tempat2 makan. Share tempat2 percutian. Okay jugak lah kan. 

Ada kawan cakap - dari FB gak kita tahu perkembangan orang walau dia tak update.
Contoh, macam orang ada anak sekolah, akan share menda2 bento, bekal anak.
Ada orang yg sakit ke, share2 berkaitan ayat2 penawar.

Tapi, berhati hati juga ya. Kadang orang boleh baca komen kita kat page lain.
Walau kawan2 kita tak follow/like page yg kita follow, tapi nampak juga komen kita lalu lalang dalam news feed kawan. Tetiba nampak kawan jadi pakar motivasi keluarga. Hihi.
Atau tetiba kawan kita reply komen tu atau bagi like. Ha.. kau....
Menda ni selalu terjadi kalau kat public page.
Godek2 lah supaya semua yg kita komen jadi private dan orang tak boleh nampak.

So, sekadarnya.
Gunakan sebaiknya.
Pepandai lah kita adjust.

6 July 2015

3 Bulan Tanpa FB

Masih memilih utk tidak meng-deactivate kan FB.
Sejak menunaikan umrah 6 April lepas, tutup FB sampai lah ke hari ni, tak pernah aktifkan semula.
Ini lah rekod ter-paling lama tanpa FB.
Biasanya buat seminggu dua ja. Atau paling2 sebulan.
Now, 3 bulan.



So, cemna?
Okay ja.
Tak semak pikiran.
Takde tgk orang komen meroyan.
Atau komen diri sendiri yang orang kata meroyan.
Takde tgk menda2 yang kita rasa rengsa.

Sokay lah kan.
Rasa aman aman sahaja.
Macam masa minyak naik harga. Dengarnya semua bising2 di 'dinding' ya.
Bagus. Aku takde FB. Tak payah baca. 
Takde la rasa nak sokong ke, nak marah ke, nak menyampah je.

Rasa ketinggalan? Tak dapat tahu apa yg viral di laman sosial.
Hehe.
Ai ada medium yang boleh tgk tu semua tanpa tgk FB.
Lagi best kot.

Macam tu hari kes orang dera anak lambung2 tu.
Kawan aku kata "ohhh..kau tak tahu kot, ko tak buka FB kan?"
Hello....! Ingat ai katak bawah gelaskah?
FB bukan satu satu satu satu nya medium untuk tahu dunia luar beb.
Orang yang on FB doplohpatjam ja ingat FB tu segalanya tempat sumber pengeluaran berita.

Takpe lah. Uols nak bertebeng kat FB, teruskan lah.
Memasing dengan cara memasing.
Takat ni, aku masih rasa aman. Takde masalah tanpa FB.
Tapi, belum lagi memutuskan untuk tutup terus.
Sbb ada gambar2 lagi yg aku belum delete apa semua.
Byk nak kena uruskan before tutup.

Dulu, mmg rasa susah nak deactivate. Sbb sedara mara ada yg update apa2 news kat FB. Macam ada orang meninggal ke, sakit ke apa. Tapi, takpe lah. Apa2 buleh msg, w.app kan. Takkan semua nak kabo ikut FB.
Tapi, idak lah nak kata aku tutup semua medium laman sosial aku.
IG aktip lagi (sangat aktip kalau buleh dikatakan), blog pun sama.

Kadang tu mmg rasa cam ada menda nak di "shout out" kat "dinding". Tapi dinding dah berkunci. Jadi, pendam dalam hati. Lelama cam eh, bagus pulak camni. Takde la nak shout out je kerja nya. Orang pun menyampah membaca. Siap kena cerca bagai kata meroyan la apa la. Eh, aku je la meroyan, orang lain pasal LRT pun hari hari update kat FB tau. Lebih meroyan lagi. 
Tu lah FB ni, kadang jadi tempat putus silaturahim pun buleh.
Yang penting, pepandai lah kita bawa diri.
Kat FB aku pun tak ramai friend. Friend office pun sgt limited. Abis, dah kawan kat office, kat FB takyah la kot.

Takat ni masih mampu bertahan.
Mungkin untuk tempoh 6 bulan, setahun, dua tahun dan last last langsung terlupa password.
Haha.
Tapi, kena gak masuk balik sbb nak organize gambar gambar dalam tu.
Nak delete mana orang tag2 tu. Lepas tu nak delete album bagai2 tu.
Udah udah la tu. Simpan dalam external hard disk sudah. Itu pun kan dah masuk photobook. 

Dulu aku pun cakap, org duk dalam gua je takde FB ni.
Tapi, skrg aku plak termasuk dalam gua. Gua berdinding kaca la tapi.
Haha.

Okay lah uols. Salam Ramadhan ke 19 (waaa... 10 hari je lagi nak raya - banyakkan amalan 10 malam ni terakhir Ramdhan ni yerp).

5 June 2014

Thoughtful Thursday - Have Some Consideration

Yer.
Ini blog kita.
Ini FB kita.
Ini Instagram kita.
Semua ini adalah akaun kita.
Kerana kita rasa itu hak kita, maka kita boleh mendabik dada dengan mengatakan "akaun aku, aku punya suka lah nak post apa. Kau tak suka kau boleh pergi berambus. Jangan tengok. Jangan follow"

Betul.
Dulu, masa memula join FB. Ada jugak rasa annoy dgn status orang. 
Tapi, terpikir. Itu FB dia - lantak dia lah nak tulis apa pun.
Kan?

Betul.
Tapi lelama, bila semua orang nak pegang kata-kata 'sukahati aku, akaun aku, aku punya suka'. Maka, timbullah pelbagai sengketa. Orang tu mula unfollow, orang ni mula di block. Main hide and seek.

Yer.
Orang selalu kata - rambut sama hitam - hati lain-lain.
Begitu lah kita di laman sosial kan.

Boleh.
Kita boleh kata 'sukahati aku, akaun aku, aku punya pasal. Kau tak suka, kau unfollow'
Betul.
Tapi, fikirkan semula untuk kami kita up setiap gambar, setiap status.
Niat. Nawaitu.
Kalau niatnya sharing. Salah satu maksud sharing - To allow someone to use or enjoy something that one possesses.

Aku sekadar mengingatkan diri aku sendiri sebenarnya.
Dalam laman instagram, hampir 2k gambar yg di up.
Tu pun ada gmbr yg aku dah delete. Kalau tak, mungkin lebih.
Ini sejak tahun bila. 2 tahun lepas kot.
Entah. Tak ingat. Sejak android ada instagram lah (kan sblm tu hanya iphone user je boleh upload i.g)

Bukan tak boleh berkongsi suka duka. Boleh. 
Tapi jangan sampai berlebihan.
Terlalu ber-PDA (Public Display Affection - beratus gambar berpeluk, bercium dengan pasangan).
Terlalu excited dengan pregnancy (dulu jarang post gmbr, tapi sejak pregnant, gambar itu je lah di up. Takde gambar lain).
Terlalu excited menunjuk segala barang dibeli - Pandora lah, kasut Carlo Rino lah.
Terlalu sakan up gambar makanan - makan kek SR pun nak tunjuk, buat juicing pun nak tunjuk (eh, ni  utk faedah orang lain jugak -dimaafkan lah). Lelebih lagi kalau masak salmon, masak ketam (haha. Aku memang tak pernah masak salmon, tapi ada orang yg tak pepernah nak tunjuk dia masak, tup2 bila masak salmon, terus up. Haha. Faizdickie pernah buat troll pasal ikan salmon ni. Kuikuikui).


Itu lah dia.
Bukan tak boleh berkongsi.
Tapi "have some consideration".
Satu lagi, takut timbul ujub dan riak tanpa disedari.
Jangan selfish dek kerana memegang prinsip "aku punya suka"
Bila kita akan keluarkan statement tu, bermakna kita tahu ada orang telah mula tak suka.
(Seriously, sekiranya ada je orang keluarkan statement 'sukahati aku' tu, aku mmg terus unfollow, walau statement tu bukan utk aku - sbb pada aku - konsep dia mmg tak perlu orang follow dia).

Apa pun, lebih baik kita besederhana.
Tak semua kita boleh share, terutama di laman sosial yang mana majoriti nya kita tak kenal dengan lebih rapat.
Simpan sedikit ruang privasi utk diri kita dan keluarga kita :)


2 May 2014

Cerita Ceriti Facebook

Aku busy sebenarnya. Nanti aku cerita lah apa yg aku busy kan. Apa salahnya kan.
Lain orang, lain pengalamannya. Kita sesama kongsi pasal kerja sesket. Nati orang tidak la kata begitu, kata begini kan. Aku tahu... ramai je budak ofis baca ni. Jadi, mudah nak bagi pencerahan kat sini. Gitew (eh. tolong war war kan url name dah tukar ni. Rugi ai kehilangan pembaca setia tawww.... muahahaha )


Tapi, dalam busy tu kadang2 carik la bahan utk me-release tension.
Oke. Aku dah lama tak bukak FB guna desktop view.
Dengan kata lain tak bukak kat PC la. Alah. Cakap terus terang kan senang.

Lain macam dah yer. Tak reti aku.
Kat myS2 mmg aku tak update. 
Sbb kat mynote aku update dia jadik cam tak bes.

Tapi, tu hari saja la aku nak clear kan apa2 yg patut kat FB aku tu.
Cam grup2 yg dah lama tak aktif. Delete. Leave grup semua kan.
Pastu tgk friend req - hurm. Mmg ramai. Sbb aku tak approved. Makan tahun kot aku tak approved.
Kenapa tak approved? Sombong sangat?
Aloh. Takkan tak approved pun diklasifikasikan sebagai sombong.
Ate' kalo kawan opis ni, hehari kita jumpa, tanya je kabo terus.
Lagi satu, kome pun baca blog ni kan. IG lagi. Ate' cukup le tew. Banyak2 beno kang menyampah pulak. 


Ada IG tu pun dah cukup. IG aku public. Takyah nak mintak approved. Follow je terus. Atau baca blog pun buleh.
Kadang sama je apa aku update tu.
Kat IG ada gmbr juice - aku terus share kat FB gak - sat g kang citer gak kat blog.
Dari itu, takyah la bebanyak friend kan.
Gitu.

Tapi, ada gak kawan bukan opis pun aku tak approved.
Cam kawan UiTM/ sekolah. Ni bukan apa. Tu ari aku pernah approved. Lps tu org tu tak aktif. Lps tu aku pun cam tak la rapat sgt. Jadi, ah, takyah lah. Takpe lah kalau tak tau pun kisah peribadi hidup dia. 
Jadi, mana yg takat 'hai' atau senyum masa selisih bahu masa blaja dulu tu, aku tak approved pun lagi.
Rasa cam.. nati2 lah. 

Lps tu ada masa sket, aku buat perangai stalk orang. Haha.
Aaa.. bukan stalk ex-bf oke. Ex aku suma pun ada list of friend. Cea gitew... kan aku dgn mereka berpisah secara baik dan terus menjadi kawan. Bebila minta pertolongan pun buleh. Kami profesional. Muahahaha. Giler.

Lps tu tgk suggestion utk friend tu. Friend of friend (FoF). Yg bukan friend aku sgt kan. Tapi kenal. Terus cam oo.. kawen gak derang ni rupanya. Sbb dulu last aku tahu derang kawan masa belajar. Hahaha. Lagi cam perangai #villagepeople kata dek Faizdickie (ni hanya orang yg follow IG dak faiz ni je mengerti ya. Haha. Skrg dia dah ada IG baru. IG lama kena block dek team IG gak. Agaknya byk orang report. Ah. Orang berlawak gitu laju nak report. Banyak lagi IG yg menyakitkan mata. Aku suka gak tgk IG faiz ni. Kadang2 terkena batang idung. Cam dia kata yg tunggu msg kat w.app tu. Mmg meleleh air mata aku gelak. Alah, yg mana tak elok tu abaikan lah. Cam kita ni maksum sgt kan. Kalau aku, aku rasa takde effect pun ayat2 dia yg tak elok tu. Entah lah. Eh. Apa ke hey aku citer pasal Faizdickie lak ni. Mmg perangai #kaklehabunting uols nih taw. Miahahaha)

Tapi, cam bes gak la buat perangai stalk2 ni kan. Muahaha.
Tapi, takyah la selalu. Dia biar lelama sket baru bes.
Ni pun ramai lagi aku tak approved ni. Nak "not now" kang cam biadap pulak (walo ada je aku not now. Yang tu mmg tahap tak kenal sungguh. Entah mana datang. Mungkin sbb aku FoF dia kot. Maka sesuka dia add. Mungkin lah. At least, kasik la PM)

Jadi, gitu lah.
Oh. Utk info. Aku jarang amat post something kat FB.
Kalau ada pun aku share artikel je.
FB ada satu grup yg nama nya acquaintances. Tak silap aku, sapa kawan yg tak aktif, secara otomatik akan masuk dalam tu tak silap aku. Jadi, if aku tak kelihatan, mungkin aku dah termasuk dalam grup tu kat FB korang tu. 


Hasil dari stalk dari FoF. Jumpa gambar ni. Aku ada gmbr ni. Tapi yg semenggah sket. Ni masa tadika. I is #villagepeople je. Jadi I is sekolah tadika kemas. Takde la tadika St.Mary ke St. Thomas ke apa. Haha. Ini gambar tahun 1985 semasa umur 6 tahun.
Kalau berjaya, carik lah puanstoberi dalam gambar tersebut.
Kihkihkih.

26 April 2014

Status FB : Tersentuh Rasa Hati

Salam Pagi Sabtu.

Pagi ni, betapa tersentuh nya hati bila ada kawan share berita yang sangat menyedihkan.

Mengalir air mata bila membayangkan keadaan baby tu. 
Lebih2 lagi bila terbaca yang anak pertama mereka juga meninggal dalam kandungan semasa 8 bln dalam kandungan.
Yang ni 7 bulan.

Ya Allah.

Allah menduga bila Dia tahu kita boleh menanggung dugaan tu.
Kita rasa kita lah paling teruk di uji.
Di duga tidak mempunyai anak setelah hampir 6 tahun berkahwin. 
Merasakan mengapa Allah bagi ujian begini pada kita.

Tapi,
Bila membaca kisah ini, terus rasa, dugaan kita hanya kecil berbanding dugaan yang diterima suami isteri ni.
Sungguh. Aku sangat tersentuh hati dan tersedar.

Anak yang pertama - meninggal bila lagi sebulan nak lahir ke dunia.
Anak kedua - meninggal semasa 7 bulan dalam kandungan. Dan mereka ditimpa musibah yg lebih hebat kerana terlibat dalam kemalangan.

Kita pikir kita takde anak, dah rasa terduga. Dah rasa beratnya Ya Allah ujian ni. Tapi mereka. Yang sedang bergembira menanti kelahiran zuriat... berkesudahan begini. 

Allahu..Allahu... tabahkan lah hati mereka Ya Allah.

Dan pada kita yang masih tidak dikurniakan zuriat, sama-samalah kita berdoa agar kita terus redha dengan ujian yang diberi ni. Sentiasa lah kita berbaik sangka dengan ujian yang Allah turunkan ini. Kerana, ada orang yg lebih hebat ujiannya.

Untuk baby tu - Al Fatihah - ibu bapanya insan bertuah, kerana ada yg menanti di pintu syurga.
p/s : sama-sama kita bantu jika berkemampuan.

4 February 2014

Prihatin, Concern atau Menyibuk?


Hari ini temuduga lagi. Seharian lagi dalam bilik temuduga.
Jadi, saya tinggalkan sayang2 saya dengan cerita panjang ini ya.


Sebelum tulis lebih pjg, meh saya bagi info utk rekod dulu ya. Kut ada yg baru ikuti blog ni kan. Utk rekod - saya adalah TTC'ian, lebih 5 thn. Currently treatment with Dato' Dr Hamid Arshat d Damansara. Pernah juga remove cyst last year. 

Orang kata..kalau ada yg tnya pasal kita itu namanya concern.
Orang kata..kalau yg terus jump into conclusion itu namanya prihatin.
Semua tu bukan menyibuk. Itu prihatin dan mengambil berat.

Baiklah. Lately dengan kehadiran fb dan segala instagram, flipgram dan apa gram entah lg mmg da ditakdirkan ramai yg prihatin. Kita tk boleh jengkel pun, sbb kita sendiri yg mengajar mereka utk 'prihatin'.

Tapi kot yer pun prihatin, tk perlu la kot sampai terus buat conclusion.
Yer, ini mmg ada kaitan dgn status fb aku last week.
Aku memang da lama sgt tk up status. Ada pun sharing artikel2.
So, tu ari aku nk try buat status bersyukur. Dengan status - Alhamdulillah,  terima kasih Ya Allah.
Aku tahu ianya bakal mengundang spekulasi. Sangat sangat sangat sangat pasti dan tahu.Ramai like status tu tp tkde yg berani nk tnya direct. Ye lah, kan katanya aku garang cam ghimau. Mungkin kalau tnya nati aku jd tak waras lalu terus mencerca org. Mungkin la pd pikiran mereka. Padahal tak pun..
Jadi, rentetan dr tu aku up pula status apakah warga TTC tk layak nk ucap syukur.

Ok, sebelum tu, aku rasa semua umat yg berFB tahu dan faham yg FB ni takde s.o.p nya. Tkde status yg boleh, tkde status yg tk boleh. Semuanya boleh dan tertakluk lah kpd empunya akaun tersebut. Juga kita ni tk boleh d kawal oleh FB nih. Kalo d kawal tu lah kau akn rasa amat annoyed dgn status atau apa saja d up oleh rerakan d FB. Panas je hati tu dan rasa tak puas je dengan status orang yang tak menepati standard kita. Once, aku pun pernah rs cemtu. Siap buat entry perkara menjengkelkan d FB. But, once..lama giler dah. Ms tu FB pun masih baru d Msia nih. Tp bila aku pikir balik, what for aku nk annoy dgn status org, suka dia lah nk letak apa pun.

Dan kita kena phm juga bahawasanya status kita juga mengundang 1001 persepsi kpd org. Terutama yang jenis tuju tuju kat orang tu. Kadang kita bc status org, kita rs eh, dia ni kata ke aku ke. Padahal tidak pun. Namun, org tu juga punya hati dan perasaan, sebagaimana kau rasa annoy, sebagaimana kau rs menyampah dgn status dia, begitu juga kau kna terima pula kalau org tu terasa dgn status kau. Dia juga ada hati.

Bila dah jd cemtu, mula lah berbalas. Org ni up status camtu, org tu balas balik. Lelama tk abis. Sudahnya gaduh. Dah mengundang ketidakharmonian. Dah ter bawa bawa keluar. Itu namanya FB dah berjaya tawan kita. FB da berjaya control kita. Tak boleh ke biarkan je orgnk tulis status apa. Knpa rengsa sgt? Knpa nk sgt org tu ikut prosedur kita? Dia tulis mesti bersebab.

Hidup kita ni mudah. Jgn sukarkan. Tak mampu kita nk please kan semua orang. Apatah lg nk kontrol org. Hanya kita yg bole kontrol diri kita. Aku pun smpai skrg ada jugak tgk status, gmbr2 yg menjengkelkan, tp aku cuba utk tidak direct up status esp kalau org tu baru sgt letak. Kang mengundang keketidakharmonian. Kalau bergelodak jiwa jugak tak puas hati, jangan hamburkan kat status, carik tempat lain. Ada caranya. 

Kita mmg lah bole ckp 'eh kau ni perasan sgt lah,.aku tk tuju kt ko pun' itu kata kita. Pada pihak dia, tak tahu dia ckp 'eh, suka aku lah aku nk terasa' see, tkde kesudahan.

Kalau rasa menyampah dgn status org tu hide je, unfolo. Abis citer. Jgn nk bagi alasan nati tk track dia punya cerita ke apa. Itu namanya kita dah d kontrol oleh FB. Unfolo je dol.. masih bole tgk wall dia. Bukan unfriend. Tp itu nama nya stalker. Benci tapi rindu. Kohkohkoh.  

Susah jd TTC'IAN ni, sapa tk merasainya jgn ckp la. Ucap syukur salah, tk ucap salah. Perlukah d detailkan knpa nk bersyukur tu. Dari tk jd riak, da org kata riak.
Syukur kerana walau tidak lah kerja hebat, tp kerja tetap. Kerajaan plak.
Syukur kerana walau tidak lah dapat beli banglo, tp ada rumah dkt dgn tpt kerja.
Syukur utk semua yg ada.
Salah? Aku nk tnya lagi sekali, perlu d detailkan smpai mcm tu ke dlm fb?
Ikut suka la org nk tulis cemna. Dan org yg menulis pun tpaksa akur apa yg di persepi kan. Aku tk marah pun org persepsi aku bersyukur tu sbg syukur sbb pregnant. Sebab aku dah agak. Cuma yang aku kesalkan orang anggap TTC'ian ni macamkan tak boleh nak bersyukur pasal lain. Dan satu lagi tak perlu la nak up status yang mengecam status tu. 


Jadi itu lah. Aku minta maaf sekiranya status tu membawa ketidakharmonian.  Dan aku dpt simpulkan d sini tk semua org gembira dgn apa yg kita ada. Malahan byk sifat hasadnya. Dan aku rasa, FB bukan tpt berkongsi kegembiraan sekiranya di izinkan Allah utk rezeki yang satu itu.


10 January 2014

Yang viral, Yang tak mampu

Yang Viral.
Last week deactivated Facebook jap.
Reason?
Atas sebab peribadi. Haha. Poyo angat alasan khen....

Ni da active kan balik, sbb nk join juicing challenge tu. Kalo tak oke je nk terus deactivate.  Aman jap dunia. Tapi kan..tu lah..bila tak on fb ni..mmg tk update la kita ngan viral yg ada kt fb tuh. Memacam gambar viral pulak sepanjang aku bercuti dan deactivate FB nih. Contoh viral yg aku ketinggalan, gambar penjawat awam ngulo main fb tu yer. Hihihi. Awas lo yg berada d frontliner, yg suka sembang2, mengilai ngilai, yg suka bergosip, yg tk buat kerja sepatutnya...org amik gambar lo nanti dan masuk dalam fb dan jd viral. Hahaha.

Walau aku tk on fb, aku tahu juga la pasal ni. Memula tu aku cam nk marah gak la bilamana org hampeh2 kan kerajaan. Padahal ada je govt yg da bg servis elok. E.g : JPN, imigresen. Lps tu bila aku bc explanation si pengupload gmbr, aku rs mmg elok di viralkan gambar tu. Aku tk pasti samada jabatan berkenaan counter-claim atau tidak pasal gambar tu, tp kalau camni biasanya mmg kena bagi penjelasan. 

Mmg ada org kaunter yg buat kita cam kita bangang sesangat. Cam aku pernah citer customer kena tempik kt jpj tu. Walau bukan aku di tempik, tp masa tu mmg aku rasa nak sangat report (anta emel) je trus ke jpj dan c.c menteri. Tapi, tu lah pikir2 gak sbb kita pun berada d line yg sama. Tapi bila tk buat camtu smpai bika derang nk berubah.

Cuma satu lah..jgn salahkan jabatan..it's about attitude. Swasta pun memcm gak kerenah birokrasi. Cam aku pernah gak buat entry pasal bank yg aku nk amik e-batal kereta aku tu. Cuma tu lah... zaman media sosial skrg kan..sekejapan je jd viral. So..hati2 ya.. jgn nk suka2 sgt esp org yg berurusan dgn pihak luar. Jaga adab dan etika sbg penjawat awam.

******
Yang tak mampu.
Apa yg tk mampu ni?
Begini, uols mesti ada kawan yg jenis camni
"Eh, I tk mampu beli beg Gucci ni.. I mampu beli handbag Christian Louboutin je"


Atau
"Tak mampu nak beli rumah banglo, umah semi-d ni je lah yg I mampu"
Atau
"I tak mampu nk pakai keta Ferrari nih, keta ni je la yg ada" (tunjuk bmw 5 series)
Atau
"Ala I tak mampu nk bercuti kt London, tahun ni mampu g Maldives je"

Motip?
Padahal bagi sesetgh orang,.apa yg kau ada..apa kau pakai tu menjejes peluh org nk dapatkan. Tak selesa betul aku ngan org bagi statement gini. Nak bgtahu tak mampu kononnya tapi menda d compared tu adalah menda yg high end,  high quality. Takde maknanya tak mampu.
Lain la kalau ko bebetul nk bagitahu ketidakmampuan kau camni :
"Saya memang tak mampu nak beli rumah semi-D tu, skrg pun duduk flat PPR je"
So, ada la sifat ooo,,.kesian dia...
Ini ko compared menda yg sifatnya pun mmg bukan semua orang boleh dpt. Yang mmg jenis mahal gak.
Oke, aku no hal kalau nk bergurau..sesekali ckp aku faham. Kadang aku pun berlawak gitu, tp kalo da acapkali..apa ke menda nyer

*pening*

Itu satu hal la..lg satu hal, bila org yg duk ckp tk mampu ni., tetiba ubah statement gini plak.
"Oh BR1M da open smpai org gaji 4k yer..tk dpt juga nk minta {buat muka seakan frust/ gambar icon frust}
Atau
"Oh, slip gaji saya hanya ada potongan zakat sahaja"

*rasa nak sekeh*

Motip? Lagi2 kalau orang yg buat statement tu orang yang sama dok kata tak mampu, tak mampu tu. Ni nk tunjuk apa sebenarnya ni. Org lain zakat juta2 kot..sekali segedebuk setahun skali bayar hujung tahun, tak main potong2 gaji ni, tkde plak nk gebang lebih. Tadi beria tk mampu bagai, tup2 secara tak langsung ter bagitau gaji lebih 4k, da tk bole mintak bantuan brim.

*geleng kepala*

Seboleh2 dalam blog aku ni, mmg aku tknk buat entry cemni.  Entry yg duk citer perangai orang sbb aku pun tk perfect.  Kang buat citer pasal orang, 4 jari tuding balik kt kita, 


Tp ni memang tak tahan woh, sekali dua tk ngapa. Ni berkali kali duk tak mampu, tk mampu.. eh., ni sudah lebih nih.

*tak boleh nk hadam*

Tak tahu apa masalah orang camni. Tak boleh orang lebih dari dia ke apa. Penyakit la kalau ada camtu. Kesian pun ada. Tapi, kita plak yg menyampah nengoknya asik keluar statement tak mampu, tak mampu. Konon cam merendah diri. Konon je lah. Padahal orang tak mintak pun dia merendah diri. Tak bertempat. Dah tak mampu, lps tu kuar plak statement gaji dia la paling terbanyak. Hai la hai. Please la. Takyah la tunjuk paling ter haibat, rumah paling ter cantik, kereta paling ter mahal. Orang lain yg sunyi je tu entah2 dah simpan ratus ribu dalam bank. Kita ni takat nak tunjuk dalam laman sosial. Buat malu je.

Jalan penyelesaiannya - kalo kawan fb - kita unfollow je lah citer2 dia kt newsfeed tu. Tick butang unfolo. Jgn tick unfriend plak. Kang timbul masalah lain. Unfriend kt fb ni bole jd unfriend kt luar jugak woh, bahaya..bahaya..
Kalau bukan kawan fb, bila cakap tk mampu, tk mampu tu cakap kt dia
"Jangan kufur nikmat"

Sekian, tazkirah petang Jumaat.

p/s : Apasal entry bawah tu ada star (*). Haha. Dah macam entry 'seseorang' plak. Terkena jangkitan ke apa aku nih. Haha.

11 October 2013

Deactivate Facebook



Siapa peduli pun aku nak active ke deactivate Facebook tu kan.
Haha.

Hari tu la. Aku ingat nak deactivate FB. Mmg dah deactivated pun. Aman jap dunia aku. Seminggu kot. Ke kurang.


Tapiiii... terpaksa buka sbb aku nak carik contact number orang yg buat alas meja. Dia ni pernah buat aku nyer sarung kusyen. Carik2, takde contact number dia. Rupanya selama ni aku berbalas PM di FB cuma. Cisssss.... terpaksa la aku active kan balik. 

Tapi, aku mengaku lah, susah gak takde FB ni kan.
Dia cam.. lambat sket la dapat berita.
Cam kadang, berita exciden ke apa. Selalunya cam Utusan ke, BHarian ke pun dah upload berita serta merta dah skrg. 
Tapi, boleh je kot kalo nak deactivate. Alah bisa tegal biasa. Twitter kan ada.. cepat jugak info. Hihi.

Tu lah. Ingat nak de activate kan balik. Tp kejap active, kejap de activate. Dah kenapa ko?
Sakit jiwa??
Haha.


Jadi, buat masa ni biar lah situ. Tp tak perlu aktif sgt up itu ini. Upload itu ini. Just baca news feed je. Tgk iklan orang. Tgk gmbr org ber PDA. Kihkihkihkih... (ada citer bes pasal PDA nih. Nati lah ada masa lapang aku buat entry).

*PDA - sila lah gugel sendiri apakah makna PDA. Bukan PDA yg Personal Digital Assistant tu yea.. 

1 April 2013

Nak Hantar Msg Kena RM0.47


Sejak bila ni uolss??
Sumpah tak perasan.

Dan aku pun tak perasan rupanya dalam inbox ada 'other folder'
Bila aku belek2, msg tahun 2010 pun ada dlm 'other folder'.
Other folder tu msg datang darinya yg bukan dlm list friend kita.
So, bila derang msg, akan masuk situ.
Aku igt bila takde list dlm friend derang tak buleh nak antar msg pun.
Rupanya bule jugak.
Hurm.


Aku perasan bila aku terjumpa kawan lama masa kolej KPYP dulu. Aku search guna full name - jumpa. Pastu nak antar msg, baru terperasan dia kata kalo nak antar masuk inbox kena 47 sen. Cais... jadi kalo taknak, dia akan hantar ke 'other folder' tu. Itu yg kebarangkalian tak perasan msg tu kang. 

Dia suruh bayar, kalo kita nak antar msg ke orang yg bukan kawan kita. Kalo taknak msg trus other folder. Gitu..

Hurm.

Tak pe lah. Harap2 2 kawan lama aku dah jumpa tu dapat bagi respond. Dan perasan aku ada antar msg. Huhu (T___T)

5 February 2013

Untuk Apa Kita Ber Facebook??


Saja nak bebel2 kan sempena bufday FB yg ke 9. Happy birthday Facebook 
kredit : here
2004 rupanya dia lahir yer. huhu. Aku pun lambat dah join FB nih. Akhir tahun 2008 baru hegeh2 nak join. Gmbr2 first aku masukkan adalah gmbr masa bertunang.

So, untuk apa anda ber facebook?
Aku?
Entah. Matlamat tak jelas. Yg jelasnya adalah - sekadar hiburan (kot). Kalo takde pun takpe (kot). MyDH takde FB. Hidup sejahtera je beliau. Haha. Itu kata dia lah kan. Aku ada kenal sorang ni - lawyer - pun takde FB. Oke ja dia. 

Untuk apa anda ber facebook?
Sbb ikut ikutan - org lain ada, kita pun kena ada? Haha. Ye lah, kang dikatakan duk zaman batu plak. Tp btul la pun. Kadang kat FB ni berita lebih cepat smpai. Diakui aku suka FB lagi dari twitter. Kat twitter, walo cam sng nak tau pasal jalan mana yg jem ke ada xciden ke apa, tp aku rasa cam 'sempit' je. FB oke lagi.. rasa 'luas' sket.

Untuk apa ada ber facebook?
Nak meniaga? Hihi. Pada yg kaki meniaga mungkin ini salah satu medium yg sgt mudah. Bila sorang kawan duk 'like' gmbr ke komen ke, secara tak langsung, kawan2 lain pun buleh tgk jugak. So, berkembang biak lah ia. Tapi kalo nak serius meniaga - elok ada fan page. Mudah dan lebih berkesan. Cuba lah. Tp jgn pula ko jaja gmbr dgn duit buat kipas tu ya.


Untuk apa anda ber facebook?
Jejak kasihan dgn kawan2 lama? Ahaha. Part yg ni aku mmg jahanam sket la... ramai je kawan lama aku tak approved. Malas! Ada juga aku approved, skali tgk sekali pun dia tak pernah aktif, yg ada cuma org tag2 gambar jualan. Arghh...! removed. Lagi, kalo kawan2 tu dulu pun sekadar hai hai bye bye.. pun aku tak approved. Teruk tak teruk la aku ni. Hahaha. Tp oke la.. at least bila bufday, ramai sket yg ucap happy bufday, walo dulu2 tak penah skali pun wish (dat y masa nak bufday, aku disable kan mendalah notification bufday tu)

Lagipun, insan 'terpilih' cam aku ni cepat sensitif kalo derang 'berbual' dalam tu pasal anak ke, apa ke.. oh..better aku takde dlm tu pun takpe... derang citer pasal anak, aku nak citer pasal apa?? Seme dah kata 'anak aku dah nak masuk U, aku dah nak masuk anak ke5, aku tgh pregnant lagi, nak tggu anak no.9' Brrrrr... stress... Lps tu kang kalo aku duk up status cam teringin itu ini, tetiba kang kata 'eh, pregnant yer..' Brrr... stress lagi. Takpe.. next..

Untuk apa anda ber facebook?
Nak meluah perasaan? Caci maki org?? Haha. Mungkin secara tak sengaja ada yg meluahkan perasaan , meluahkan ketidak puasan hatian - pasal rakan sekerja, pasal bos, pasal pejabat sendiri (tpt yg kita sendiri cari rezeki), pasal mak mertua, pasal family in law, pasal sedara mara, pasal pemerintah yg tak disukai. 

Semua ini mmg ada dlm FB ya. Dan aku sendiri ada pengalaman ini. Mmg buleh defend yg kata aku perasan yg mana status tu bukan dituju pada aku, tp sbg pembaca, aku juga ada hak utk kata yg status mmg utk aku bila mana aku ada bukti2 nya. Nah... aku print screen kan.. Mari kita berbicara secara terus dan clear kan permasalahan ni dari update begitu begini. Dan sbb tu jugak aku hadkan kawan yg berada dlm ruang lingkup aku. Eh. Dah hehari kita bersama dalam satu bumbung. Takyah la FB kut. Tp ko akan rasa lambat dpt berita. Tp takpe lah.. kadang2 kita boleh stalk juga dari kawan kepada kawannya. Eh....jahatttt... Muahahahah :P
Satu lagi salu kadang ada jugak tgk status org yg kita dapat agak cam laki bini bergaduh. Isk. Mungkin tak..tp dah letak status camtu, ter buat andaian la napaknya. Heh!

Untuk apa anda ber facebook?
Nak tunjuk makan tutti fruiti? Nak tunjuk makan burger bako?? Nak tunjuk pegi main ski kat oversea? Hah.. yg ni aku takde masalah. Lantak la situ ko nak tunjuk makan apa pun, pegi mana pun. Aku tahu bukan bermakna jakun ke apa. Saja nak sharing is caring kot. Tp tatau la kut nak up gambar camtu dgn niat - aku mampu makan eskrem mahal, ko ado?? Heh! kuasa aih.
Cuma... kalo gmbr piring yg ada sisa makanan selepas makan tu tak perlu tunjuk kut. Nak termuntah pun ada. Siap ada tulang ikan yg telah di 'sedut' , nasik tak abis, tisu lap mulut.. Oh.. bukan nak kata aku ni pembersih.. tp tgh tulis ni pun aku ada rasa nak termuntah. Kalo nak gak letak gmbr selepas - tak puas hati kan kalo tak letak - letak la gmbr bekas2 lauk tu ja.. tak perlu kot nak letak gmbr pinggan nasik sendiri yg siap ada tisu lap mulut seme tu. Geli.. eh.. tp FB dia kan.. yg aku susah hati apsal.. Susah la.... sbb masuk dlm wall. Kira oke tgk kat phone. Kut tgk kat PC... Muntahhh....

Jadi, apa yang anda dapat dgn ber facebook?
Berapa tahun aku ber FB- 5 tahun la lebih kurang kan. Apa aku dpt? Entah.... kata dpt kawan baru tu mmg takde la sbb seme kawan yg ada dlm 'kawan' aku tu mmg kawan aku kenal. Tak kenal mmg takde.
Dapat beli tudung? beli cardigan? beli jam? Cam tak relevan.
Entah ek..
Cuma tu lah, aku dpt merapatkan semula hubungan ngan cousin aku. Mmg cam bertahun kot lost contact. Akhirnya ari tu dpt berjumpa dan saling keep in touch semula. Itu je aku rasa yg terbesar. Lelain... rasa kalo de-activate pun takpe kut.

So, camna?? Ada rasa nak de-activate? Apa rasa kalo de-activate? Hidup zaman batu kah?? Jadi, kembali kepada persoalan asal. Untuk apa kita ber facebook??

*next entry nak buat utk apa kita ber blog pula*

Gambar kredit to : Hampeh e card

29 January 2013

Hijabista dan Hijabisters


Pepagi aku dah terbaca dari FB Wardina. Nak paste kat sini, tp tak buleh la sbb masa tu tgk kat phone. Aku try gak godek2 buleh dak copy n paste.. eh.. tak buleh plak. Tkpe.. skang dah kat umah.. leh copy and paste..
Komen aku - sama cam aku tulis kat FB juga
Memasing mengaku berhijab... Namun... 
Tu sbb aku sker guna bertudung ja.. Tk tercapai lg rasanya nk menggunakan word hijab tu. Kadang2 kita tk buleh terlalu pertahankan prinsip 'lantak la.. Aku punya suka'..
Dan aku nak tambah lagi.
Hijab ni bukan sekadar hanya berhijab menutup aurat, tp hijab dalam menjaga adab, tutur kata sebagai Muslimah.. mmg aku rasa aku masih jauh dari itu semua.. namun aku tak pernah putus  utk berdoa agar suatu hari nati aku bebtul dapat menggunakan word 'hijab' tu. Insyaallah..
**********************

Surat versi Melayu dari Muslimah risau... pendapat anda bagaimana?

Kehadapan HIjabista dan HIjabisters yang disayangi…

Saya menulis untuk melahirkan rasa risau sayan dengan cara majalah anda ‘mempamerkan’ wanita berhijab. Saya amat percaya bahawa konsep ‘kesederhanaan’ haruslah diseiringkan dengan pemakaian Muslimah (termasuklah hijab) dan kesederhanaaan ini merupakan perkara yang teramatlah penting sekali. Kesederhanaan oleh itu, perlulah diberi keutamaan dan penekanan oleh setiap wanita berhijab dan bertudung termasuklah majalah anda

Tudung ini bukan berfungsi sebagai ‘ganti’ rambut yang kami tutup. Ianya juga bukanlah hanya sekeping kain atau berkeping-keping kain di atas kepala. Hijab datang dengan pakej lengkap, ianya merangkumi akhlak, intelek dan adab. Hijab simbol wanita beriman, kesederhanaannya dalam setiap yang dilakukan, kelembutan, kesopanan. Maruah dirinya. Kebanggaan dirinya. Majalah anda tidak langsung menampilkan ‘kesederhanaan’ yang dituntut’ Islam ini dan biarlah saya berterus terang ini ternyata salah sama sekali.

Meletakkan wanita yang hanya berhijab tetapi disolek bak patung seolah model antarabangsa dalam majalah Vogue (beznya cuma tutup rambut) adalah satu bentuk penghinaan buat kami wanita Muslim. Juga menyedihkan apabila wanita berhijab tersebut sendiri rela diperlakukan sebegitu rupa, dieksploitasi dan cuma menipu diri bahawa mereka berada di jalan yang benar dan membuatkan Tuhan mereka gembira hanya dengan menutupi rambut mereka. Ya Allah, bagaimanalah anda boleh berfikir anda menggembirakan Allah dengan berhias dan bertabaruj sebegitu rupa sambil menayang kecantikan rupa paras dan tubuh badan anda?

Majalah anda seperti juga Vogue dan Cosmopolitan dan majalah-majalah seangkatan dengannya tiada LANGSUNG dimensi intelek mahupun spiritual didalamnya menjadikannya majalah ini kosong. Majalah anda secara tidak langsung berjaya ‘brainwash’ minda para hijabisters dengan menaikkan hawa’ nafsu mereka untuk berbelanja lebih banyak barang, lagi dan lagi. Hakikatnya wanita yang benar-benar beriman, seorang Muslimah sejati TIDAK perlu menayang segala aksesori kepada orang lain. Nilai wanita Islam BUKAN pada barangan tetapi keyakinan dirinya bahawa apa didalam hati mereka dan minda mereka lebih berharga dari segala gelang, kacamata hitam, kasut tinggi, tas tangan yang anda sogok di setiap muka majalah anda.

Majalah mempengaruhi pemikiran anak-anak muda yang masih mentah untuk menipu diri mereka dengan merasakan bahawa mereka akan lebih cantik dan dihormati dengan KASUT, AKSESORI dan style tudung yang merapu dan merepek.

Di dalam Quran Allah menegaskan bahawa Taqwa adalah pakaian yang terbaik. Tolonglah beritahu dan tunjukkan kepada saya dimana, di muka surat mana and tampilkan mesej ini? Malangnya tiada, tidak di satu muka pun. Ianya majalah yang menjual baragan semata, majlah berbentuk konsumer membuatkan para wanita jadi gila, menurut nafsu untuk membeli, untuk mahukan barangan material yang mungkin tidak langsung diperlukan atau mampu mereka miliki. Lifestyle yang anda tampilkan tidak berapa kena dengan syariat Islam. Masalahnya anda menggunakan Islam untuk menjual. Ini amat mengecewakan. Kemudian ramailah para gadis berangan untuk menjadi seperti covergirls yang telah pun anda tampilkan dengan badan yang ramping, barangan yang hebat dan muka yang gebu yang semestinya sudahpun anda photoshopkan wajahnya. Ianya palsu semata. 

Saya jujurnya risau anda merosakkan nilai hijab dan wanita Islam dengan majalah ini. Yang cuma diberikan penekanan adalah kecantikan yang palsu. Saya merayu, tolonglah dengan sepenuh hati nilailah dan muhasabah majalah anda dan isi kandungannya. Kami perlukan majalah yang menaikkan iman kami, yang menjadikan kami Muslimah yang lebih bertaqwa dan disayangi Allah. Majalah yang membantu kami mengubati penyakit-penyakit hati kami, bukan majalah yang membawa mesej apa yang penting adalah rupa anda pada LUARAN, baju apa yang anda pakai dan cara anda mengikat tudung. Walahu’alam

Ikhlas,
Muslimah yang Risau

8 January 2013

Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah


Ahad Januari 6, 2013
SPRM: Melayari 'Facebook' Pada Waktu Pejabat Satu Bentuk Rasuah
Oleh R.S.N. MURALI dan LOSHANA K. SHAGAR

MELAKA: Penjawat awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang melayari media sosial atau melibatkan diri dalam hal-hal peribadi semasa waktu bekerja boleh dikategorikan sebagai mempunyai rasuah komited, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sebagai contoh, jika seseorang menghabiskan tiga jam semasa beliau ditetapkan waktu bekerja untuk tugas-tugas peribadi, ia boleh disifatkan satu bentuk rasuah sebagai Kerajaan terpaksa membayar pekerja untuk menggunakan sepenuhnya tempoh bekerja untuk menyelesaikan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing, " kata SPRM Timbalan Ketua Pesuruhjaya Datuk Sutinah Sutan.

Ini juga digunakan kepada mereka yang melayari Facebook atau lain-lain bentuk media sosial, kerana tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai terpesong daripada spesifikasi kerja mereka, katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani ikrar integriti korporat oleh Kumpulan Melaka Berhad (KMB) di sebuah hotel di sini semalam.

KMB adalah agensi kerajaan negeri yang pertama untuk menandatangani ikrar yang bertujuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah dan menegakkan prinsip anti-rasuah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam adalah tetamu kehormat pada majlis itu.

Sutinah berkata perbuatan terlibat dalam tugas-tugas peribadi semasa waktu bekerja boleh dianggap sebagai melanggar kontrak pekerjaan dan pesalah boleh menghadapi tindakan disiplin oleh lembaga tatatertib.

Nak baca penuh kat sini 

******
Smlm kat FB, Utusan minta kita komen berkenaan perkara ni.
Aku ada komen gak la. Haha. Saja la kan. Tp ramai la komen kata byk lagi menda lain yg boleh SPRM ni amik berat, selain dari isu camni.

Berdasarkan definisi 'apa itu rasuah' yg diambil dari laman web SPRM :

Apa itu Rasuah?

Penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.

Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (ASPRM 2009) (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:
Meminta/Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]

Memberi suapan [seksyen 17(b) ASPRM 2009]

Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]

Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]

So, skrg ni SPRM kata main facebook/laman sosial = rasuah
Oke la, apa yg ingin disampaikan adalah, kita guna time pejabat utk urusan peribadi, cam dah guna duit dijalan yang salah. Bila dijalan salah, cam rasuah jugak lah kata SPRM. Gitu lah kot. Aku pun takde masa nak kaji satu persatu seksyen2 yg disebutkan atas tu.


Haha. Ada ke orang tgk fb ke laman2 web lain ni smpai 3jam - pada waktu pejabat? I dunno. Aku akui, kengkadang aku pun tgk juga. Zaman smartphone ni, manade yg guna PC office dah wey..seme tgk kat tipon memasing je. Tp takde la tegak straight 3 jam. Itu kalo takde keja kat rumah buleh la. Dah sendat palaotak tu kat tpt keja tu, tgk la kejap. Tgk instagram kejap. Pastu dah lah. 

Ini juga berkaitan tanggungjawab. Bukan t.jawab sebagai pekerja saja. Tp sbg khalifah Allah. Kalo tau dosa pahala, tau lah sebab dan akibatnya. Dah mengkalo tau ada curik2 masa tu, jgn la pulak berkira sgt dgn kerja. Kerja lebih masa dlm 2,3 jam lebih tu, tak perlu la claim. Kut ada nak g outstation - g airport terpaksa naik kenderaan sendiri - takyah la claim. Walau tau, "timbangan"  tak dikira camtu, tapi at least, ada timbal balik. Takkan la nak jadi robot sepanjang 8 jam ni weh. Mau stress - takde dah time tu nak pakai inner peace ke hapa dah.

Byk lagi kut yg boleh dikategori secara direct ngan term rasuah ni. Dan byk lagi yg perlu dibenteras. Toksah duk rigid sgt bincangkan pasal ni. Kang tak memasal Msia jadi nombor 1 yg byk rasuah (yelah.. da semua org ada FB kut). Kalo kat tpt kerja pun dikatakan rasuah kalo tgk FB, kat rumah pun, para isteri ni kalo diikutkan rasuah juga la sbb FB bukan salah satu tjawab dalam rumahtangga. (T____T)

p/s : Nak senang block je seme laman sosial ni dari dpt dilayari oleh seme orang. Bukan takat block kat pejabat je. Block seme2 dgn line2 internet segala. Takde broadband, unifi ke hapa seme tu. Biar negara Malaysia tak perlu ada seme tu. Aman lagi kot. Muahahaha.

19 December 2012

WW : Jakun kewww??


Hampeh sgt kan.
Terasa ai tauu.. salu gak buh gmbr laksa la, mi goreng lah.
Muahahaha.

2 November 2012

Titew X Shuke Lah!

Kalo salu duk dgr Era sure ada dgr iklan Kak Siti tu kan.
Ala, yg Siti Nurhaliza dok peringatkan jangan main cinta masa sekolah tu kan.
Laki aku cukup berbulu je dgn iklan tu. Dia eleh kan la apa la si Siti tu. Amik laki orang la katanya, pandai nasihat orang la apa la. Ewah. Kemain kau kan bang.. aku mestilah sokong Kak Siti. Ai kan peminat Kak Siti. Haha. *tetiba*

Tapi tu lah. Kadang tgk bebudak muda ni bercinta (kononnya), mmg tahap Ohmaigad! Gilos. Tolong yer.. tolong jangan memuntah-belahak-kan kami yg kertu ni. Aku tatau la orang lain. Tp aku, kalo tgk ayat kasih sayang derang ni kat FB, mmg tahap muntah belahak aku rasa. Sbb tu ada certain FB aku hide kat wall aku. Kang satu hal plak, elok tak morning sickness sbb pregnant, sbb lain plak halanya.

Wohooo... skang segala luahan rasa ko tulis kat FB kan. Dan dan tu la ber sayang, ber anja, ber B la, C la, D lah. Adoi.... (ini aku cakap generasi kelahiran tahun 90-an dan ke atas yer)
Yer, yer.. aku tau, mesti ada yg cakap, eleh, zaman ko takde FB ni, buleh la cakap, tgk kot ada.. cemana la ghoper nya kan.

Yerp. Mmg zaman aku bercintan cintun dulu takde FB. Tapi tak semestinya zaman ada FB ni kita perlu meluah rasa yg memuakkan tu kat satu dunia. Kau nak cakap ko sayang dia-gi msg la wey. Ko tahu ke tidak yg baca FB ko bukan kawan2 ko saja. Mak baca, bapak baca, makcik baca, pakcik baca, cikgu baca. Aduhai.

Atau pun ada yg cakap. Lantak la.. aku dah abis skolah, dah masuk U pun. Sukati lah. Ha, ni lagi bes. Kalo da masuk U, sila buat cara orang U sket yer. Jangan nak menunjuk satu dunia sayang2, anje2 ko tu. Huakkk... (muntah ijo). Lps tu tetiba tgk ada status "engaged with......" Ya Allah Ya Rabbana, rasa nak tercirit jap aku. Padahal ni aku ngan dia ada ikatan persaudaraan ni, motip la plak makcik dia tatau bila masa anak buahnya yg sorang ni nak kawen dah... kecik hati aku tau tak dijemput ke 'majlis pertunangannya'. Adoi... . Haha. Lawak apa kah mereka buat wey.

Elo. Elo. Esuk kalo elok hubungan tu, Alhamdullillah lah kan. Jangan sok, dah clash segala, ko buat ayat maki hamun plak dalam tu. Time tu anje anje dah takde, anjing mungkin la ada.

Jauh lagi anak-anak, adik-adik perjalanan ni. Jangan terlampau 'mengada' sgt.

Aku ada sorang lagi anak buah, lelaki - skang kat UTEM - buat degree mech engineering ke apa tah. Gitu lah. Ada FB juga. Ada gf juga. Tp aku leh tatau pun dia ada kawan, smpai la akak dia gitau. Kebetulan gf nyer tu satu U plak ngan aku. Eceh (satu U khenn...). Tp dia bkn post-grad la. Fakulti Sains.  Itu la cara orang U berkawan... elok je. Takde pun nak letak gmbau bersama, takde la nak letak 'in relation' ke, 'engaged with' ke. Bukan kita tak bagi kawan. Kawan lah elok2. Ari tu, masa aku buat housewarming, aku suh anak buah aku tu bawak skali 'kawan' dia tu. Elok je dia dtg. Dah aku plak tatau nak bahasakan diri aku apa. Makcik ke Kakak. Haha. Oke lah kan. Takde plak kita rasa nak muntah belahak ke apa.

Aku risau juga, tetiba aku bukak FB dah kuar 'married with'. Ha kau.... ni bkn tahap buleh cirit dah ni, dah buleh dapat penyakit schizophrenia terus aku.

Akhir skali, kalo tulis pun masih ejaan camni, elok takyah pikir la nak engaged ke married ke. Ini elok bagi dia buat karangan 1000 patah perkataan dengan ejaan rumi yg betul dulu.

arap fham... 
Aq xhot mcm kowank
Cpew nk kwn ngan aq ... Aq k...
Nt XXX mention nme hang bwu hang tw... 
Cpew uat XXX skit aty XXX akn block trus... 
Ase xder aper dh...
XXX kwn dngn semua ownk... 
Tpy aq xsombong... 
Lau XXX xbls im kowank... XXX bz ....
Tpy jgn mlebih...jgn nk antr at im ayt2 biru... 


Kredit gmbr to FB my kazen
(eh, kat mana nak carik gambar2 somee cards in BM ni. Kadang bes jugak. Hihi).
Smpai skang aku tatau apakah terjemahan kepada 'mcet' tu.
Ada kah muncet? adakah melecet? takkan mencit?
Sumpah tak paham!

13 January 2012

I Am Going To Live In Columbia For 14 Months :)

Lately (tak la lately sgt, smlm ngan kelmarin kut) ada tgk status 2,3 member kejap ke Germany, kejap ke Las Vegas. Ni mesti ada trend baru yg tgh berlegar2 di dinding FB nih.


Bila menimbulkan persoalan, google je lah. Sure jumpa.

Jadi, ini lah jawapannya

This is something women are doing on facebook for secret messages telling their birthmonth and day based on where they are going and for how many months. Here is the code below... Ladies, it is that time of year again! It is time to raise awareness for Breast Cancer. Remember the status about our bra color or where we put our purse?? It made more people aware of the problem as it went viral on FB and made the news. Don`t tell any MEN what the statusmeans! Copy, paste and resend this message to all your girl friends, let`s see if we can make it work like before, keep them guessing, let`s see if we make the news! The idea is to use your birthdate, month and day only, no year! Write: "I am going to live in (see corresponding city for your BD month below) for (day of your BD) months and a happy face. Ex. if your BD was on February 14th, then " I am going to live inLondon for 14 months!! :0) January - Mexico February - London March - Miami April - Dominican Republic May - France June - St. Petersburg July - Austria August - Germany September - New York October -Amsterdam November - Las Vegas December - Columbia
*sumber : Here

Rupanya nak bagi tau birthdate kita bila. Aduyainya pun.

Cam saya yg birthdate 14 December adalah

I am going to live in Columbia (lor..tak bes sungguh kan negeri bulan December nih) for 14 (day of my birthdate) months! :)

So, sapa yg tatau nak update apa, cuba lah tulis ni. 
Selamat Mencuba!

Susah2 je, kan senang kalo gitau - befday saya adalah pada 14 December 1979. Haha.

23 November 2011

Giler Like

Imej : Google

Pagi tadi sapa dgr Era kompom tau tajuk topik pagi tadi.
Topik dia 'ulat mukabuku'. Salu kan org kata ulat bulu buku pada yg sker baca buku, ni sapa yg rajin ber FB jadi lah ulat FB atau ulat mukabuku.

So, ada sorang caller ni. Dia dgn smgtnya kata ada 4 akaun FB.
Tu tak kesah la. Dah tu PakNil pun kata 'artis kew ada 4 akaun ni?'
"Retis la" katanya.. gegila budak pompuan tu. Klaka pun yer gak. Dgn ter slang kelantan dia la apa la.

Dia kata dia mmg giler like.
Kira cam dia tulis status tu, dia sanggup delete balik kalo tak bes, dan tak dpt like yg byk.
Dia sker like, dan org komen bebyk. 

Hie.hi.hi.

Memacam kan org kat mukabuku ni.

Cam aku salu cakap kat, aku mmg tak ramai kawan kat FB. Kira kalo masuk pertandingan like menglike tu mmg kompom kecundang. Udah la tak ramai kawan, lps tu segala bala application block seme lak tu. Jadi, mmg kalo contest like menglike tu mmg awal2 aku tak bleh masuk dah.

Dulu pun penah tulis pasal like ni. Malas nak ulang dah pun. 
Kadang org tulis pasal kematian pun like.
Like pada statement nya kah? atau like org yg kehilangan org tersayang tu?
Tersalah tafsir leh jadi putus sahabat. Oh.

Aku mmg tak salu lah upload gambau juga kat FB *kecuali gmbr FB Mobile, tu segala gmbo laksa, sotong kangkung seme ada*
Tp like terbanyak gmbr (album) aku penah dpt adalah gmbr CUTI CUTI CINTA HONGKONG tu ari.
Pada org yg ramai kawan mungkin apa la sgt, itu pun nak heboh. Tp aku yg ado ado ni, kira lebih 20 tu dah rasa macam ehh...terharu... Ada gak org like. Yg tak pepenah komen pun tumpang like jugak *ini aku rasa dia mengikuti perkembangan aku dlm senyap ni. Twehehehehe*

Kan....kalo kita jarang2 update gambau, dan tetiba update mmg org akan pi tgk la.
Tp kalo duk hehari taruk, malah beribu2 keping pun, mmg tak kuwasa la org nak tgk kan. *eh. no offense yer, aku saja bagi contoh ni, tp ada je member lama haku - bukan korang lah - yg duk buh gambo beribu2 keping smpai nak muntah aku tgknyer - bukan muntah tgk gmbr2 tu - muntah sbb kang kejap2 ada update gmbr masuk tu kat wall kan.

Dan smlm pun ramai gak la like gmbr aku ngan shawl satin tu.
Tenkiu la uols. Mak mmg terharu tergaru la uols. *giler pompuan ni, org like pun nak terharu*

Tp meletakkan gambar muka yg beso pinggan dlm FB tu mmg jarang amat mat mat matt la aku buat. Tu pun rasa poyo amat mat mattt dah. Sbb trus upload guna phone, mmg aku rasa cam tak la beso sgt. Ce tgk guna PC..*pitam - dari beso pinggan jadi beso talam* Miahaha.

Imej : Google


Oke la. Cakap byk pun tak guna. Mari lah kita meng like beramai-ramai.

Ehh..???

P/S : Dah redeem deal aku beli dari Mydeal ni. Buat photo canvas. Berdesup aku redeem. Reni dia start open utk redeem, reni jugak aku redeem. Miahahaha. Takut kang ter burn lagik. Dan biar dia hantar cecepat. Kalo lmbt nati ramai yg tempah, dia jadi lambat buat. Like tak?? Kui kui kui.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign