Pages

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

12 March 2018

Rizq's First Movie

Apa barang tgk Special Force.
Tgk DIDI la baru hipsturrr sisturrr..
Hahaha.

Ramai blogger buat review filem KL Special Force hari ni nampaknya.
Tiket free ke tu yong?
Ahaks. Haks Haks.
Jangan le mareee yong :P

Okay. Kami pun dah berkurun abad tak tgk wayang weh.
Semalam bawa Rizq pergi wayang Didi n Friends.
Saja nak try bawa dia pergi nonton movie.
Tak plan apa pun.
Takde pun beli tiket awai ke apa.
Pagi Ahad tu baru cam rasa nak pi tgk lah.
So, tgk kt web TGV tygn pukul brapa tak ramai orang.
Pastu depend gak waktu tido Rizq.
Sbb dia tido kul 12 lebih and bangun kul 2.30 ptg.
Maka, jom lah pergi tgk.
Salin2 baju dia, basuh muka, trus pergi.
Kul 3 gerak, 3.20 smpai Jusco AU2.
Ngeh. ngeh. ngeh.
Walk in je beli tiket.
Tepat2 kul 3.30 masuk panggung.
Belum start pun.
Dalam 10 minit baru start.
Owh. Ni panggung family friendly katanya.
Konsepnya terang. Tak gelap macam wayang biasa.





Setgh jam pertama okay lah dia.
Didi..didi..didi.
Lps tu mula dah la panjat tangga apa semua.
Kiterang amik seat E - seat yang 2 kat tepi tu.
Kira okay la selesa macam tu. Kalau tgh lagi la rasa "terkurung"
Panggung penuh gak la.

Nampak la Rizq enjoy d movie.
Takde pun dia mengamuk ke hapa.
Cuma dia nak bergerak. Taknak statik setempat.
Dah nak last2 tu, ayah dia bawa turun bawah.
Bebudak pun ramai turun bawah joget2.
Komain seronok la dak kecik tu join d crowd.
Sampai tak nak balik. Haha. Pitam.

Tu yang baju ijau tu la si kecik tu.

Dia pun sebok hentak2 kaki gak. Hehe.
Seronok sgt ha. Semua pun have fun. Best la.


Sokay lah utk bebudak kan.
Memang tak best lah utk kita.
Tapi untuk anak-anak, best ja.
Ni cuti sekolah ni mesti ramai yang bawa anak2 nanti.
Pergi lah.
Tiket RM14 utk adult.
Kekanak bawah 3 thn - free. Duk kat riba kekdahnya.

19 April 2016

Ada Apa Dengan Cinta 2

Ku lari ke hutan 
Kemudian menyanyiku
Ku lari ke pantai 
Kemudian teriakku

Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Aku mahu bingar…aku mahu di pasar
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya 
Biar ramai..biar mengaduh sampai gaduh
Aihh..ada malaikat menyulam jaring labah-labah 
belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja locengnya 
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai?

****
Huwa... cam terimbau memori terus kalau dengar puisi atas tu kan.
Kenangan tahun 2002 - final sem degree.
Semua pun acah acah nak jadi Cinta masa tu. Haha.
Sampai aku pun terbeli la blouse yang Cinta pakai masa dia keluar ngan Rangga tu.
Aku tgk cam comel je blouse tu. 
(dan buat pesen rambut cam Cinta tu gak).
Haha. Alah, masa tu baru 23 tahun kot. 
Dah ada "relationship goal" kononnya.. (tapi lps tu tak masuk goal plak). Cia! Cia! Cia!

Eh. Siap beli lah CD Ada Apa Dengan Cinta.
Rasa pernah try pasang. Elok lagi.
Aku beli pasar malam je kot CD tu. Tapi tahan bertahun. Hua hua hua.

Now AADC 2.
Nak tgk, tapi macam tak la kot.
Semua wayang yg aku nak tgk, aku let it go je.
Dari Hunger Games, Munafik, Kung Fu Panda.
Rasa cam tak selesa je nak berlama lama dalam wayang tu.
Yang ni pun, lagi lah takde kot nya.
Tunggu je lah sesapa donlod kan. Pastu amik je lah nanti.
Tapi tatau lah kot myDH simpati lalu nak bawa. Mana lah tahu... hihi.

Sinopsis  AADC 2
Cerita film AADC 2 ini merupakan lanjutan dari AADC yang pertama, dimana pada akhir cerita di AADC yang pertama, Rangga berangkat ke luar negeri untuk melanjutkan studinya di New York.

Kala itu, hubungan Rangga dan Cinta sedang kurang begitu baik, mungkin bisa dibilang lagi marahan, Cinta yang memang sadar bahwa kekasih sejatinya adalah Rangga, kemudian mengejar Rangga yang sudah berada di Bandara untuk berangkat ke New York.

Sebelum berangkat, Cinta dan Rangga saling mengungkapkan isi hatinya satu sama lain. Cinta yang tak ingin Rangga pergi akhirnya di berikan sebuah buku yang dihalaman terakhirnya terdapat sebuah puisi yang berjudul “Ada Apa Dengan Cinta ?”.

Untuk Ada Apa Dengan Cinta 2 ini, berkisah tentang Rangga yang terpisah selama 14 tahun dengan Cinta, Kini Rangga dan Cinta mendapatkan kesempatan untuk kembali bertemu.

Akankah ini menjadi kesempatan kedua untuk mereka kembali bersama? Apalagi hidup mereka tidak lagi sesederhana dulu.

Ada apa lagi dengan Cinta, dan Rangga? Bagaimana kelanjutan kisah mereka?

Sinopsis AADC 2 Ada Apa Dengan Cinta 2 ini memang hanya seperti kutipan diatas, belum bisa didapatkan lebih banyak, mungkin biar para pecinta film ini penasaran dengan kelanjutannya :).

Kredit : [link]

13 January 2016

Nak Tengok : Kung Fu Panda 3


Nak tengok sangat nih.
Sbb Po dengan anak2 dia yg comey nih.


Dah kenapa comey sangat niiiihhhh?? *ketap bibir geram*


Lambat lagi. Bulan 3 nanti. 10 Mac 2016 baru release.
Huhuhuhu....
Oh. Masa cuti sekolah bulan 3 tu ya (tahu ada cuti sekolah sbb nak pergi bercuti ngan famili. Hihi).

Aduyai.
Sebenarnya banyak kali dah nak pi tgk wayang, tapi ter pegi.
Hunger Games pun tak tgk.
Tu ari dah nak beli tiket online Dilwale. Entah cam hapa ja web tgv masa nak beli tiket tu. Langsung tak beli. Dan langsung tak pegi. Padahal skrg ni merata tmpt dah boleh tgk. Seme tmpt baru2. Kat Jusco AU2, kat Quill Mall, kat Sunway Putra. Tapi tu lah.. bila nak pergi, rasa maleh pula.

Yang ni memang rasa nak pergi tengok. Sbb yang part 1 n part 2 pun tgk wayang.
MyDH mmg tak kuasa nak tgk katon ni. Tapi takpe..akan ku heret juga. Dia nak tido dalam wayang tu pun tido lah. Haha.
Okay. Boleh mark dah dalam kalendar.

26 October 2015

Coming Soon Movie : The Hunger Games


Release date kat Malaysia : 19 November 2015.
Save the date okay.
Tapi masa tu dah nak cuti sekolah. Sure la penuh.
Kena ambik early bird lah nih.

Dah terlupa dah mockingjay part I tu ari.
Kalau kat HBO sure ada dah back to back dia ni.
Abis, HBO pun dah potong. Huhu.
Last skali tu ari yang Peeta macam dah tak kenal Katniss.
Takpe, nanti baca balik buku dia sket.

Best tak best citer ni, ikut minat genre memasing lah kan.
Cam aku, mmg suka movie yg camni. So, ai mmg suka dan rasa best lah.
Orang tak suka dia kata tak best lah.
So, terpulang memasing yerp.

15 September 2015

Movie : Maze Runner Scorch Trial

Last Sunday gi tengok Maze Runner.
Actually, weols tak tgk yg Maze Runner 1 kat wayang dulu.
Tgk kat channel Fox je tu ari yg masa hari kebangsaan tu.



Memang cerita favourite aiols lah citer camni.
Aiols memang suka citer sains fiksyen.
Citer2 macam orang pergi bulan ke, pergi kutub buat research pastu jumpa alien lah apa la, tu mmg aiols minat. Haha.

Sapa tak minat citer sains fiksyen harus kata tak best dan tak suka.

Walau citer macam tak masuk dek akal, tp ai suka.
Tak masuk akal la, tak makan tak minum berhari tapi rilek ja jalan tengah padang pasir.
Pastu kena kilat pun buleh rilek2 sengih lagi si Min Ho bila dah tersedar.
Eh. Masa nak ending (bukan last sbb ada lagi satu trilogy last dia) Min Ho kena tangkap. Aduyai. Ni yang buat tak sabar nak tunggu ni.
Ada gak yg carik box set ni kang.
Aku dah pernah buat perangai camni  masa Hunger Games.
Siap beli online dari MPH. Haha. Tak sesabau nak tahu. Tapi, biasalah dalam movie tak lah se detail macam kat buku. Tapi, kita boleh lah bayangkan apa kita baca tu bila tgk movie.
Oh. Dia ada 4 buku rupanya.




Citer ni lebih kurang Hunger Games gak. Cuma cam HG tu kita tahu apa nak disampaikan.
Yang ni tak pasti pulak aku. Dah kenapa nak tangkap bebudak ni utk immune kan depa.

Utk Scorch Trial ni banyak action dari yang 1st.
Sket2 je macam terperanjat.
Pastu berdebar je rasa. 
Bagi aiols, memang best. 
Sapa yg suka Hunger Games, sapa yg suka 1st trilogy Maze Runner ni pergi lah tgk. Macam ni baru tak rasa bayar memahal tapi citer hampeh. 

Oh Teresa, kenapa la pulak kau berpihak pada Wicked (ha..sbb tu aiols kata nak beli box set, sbb tak sabau nak tahu kenapa Teresa buat camtu).



Kali ni weols tgk kat Jusco AU2.
Tempat baru uols.
Cantik. Suka. Suka.
Mungkin ni pun akan jadi port kami tengok wayang.
Tu ari tgk kat Quill City. Tapi, situ macam susah nak parking kalau lambat.

Selalu tgk kt Wangsa Walk. Ada twin seat. Tapi, situ pun parking hazab jugak kalau tengahari. Menyampah.
AU2 ni mmg tempat weols selalu singgah pun. Setiap minggu harus pergi. Seminggu 2,3 kali pun ada gak. Huhu.

Sapa yg suka citer sains fiksyen, buleh la tgk citer ni. Esp yg mmg follow dari Maze Runner 1st last year. Mesti nak tahu apa next episode nya kan.

Skrg ni org dah viralkan troll ni.
Haha.

26 May 2015

Pengatin Malam Dan Sawadikap

Last weekend bersantai santai di rumah saja.
Eh. Jap. Ahad la bersantai. Sabtu tu ada program.

Then, dpt tgk tv dari pagi sampai lah ke malam.
Tapi, macam takde citer menarik je kan walau kita ada beratus siaran.
Jadi, malam tu duk tekan2 channel ter tgk citer Pengantin Malam.
Aku cam eh, citer ni baru lagi ni rasanya. Yg ada kontrovesi sket tu kan. Yang DD jeles ke ND tu. Ke bukan citer ni. Entah. I dun folo lah sgt lah hal retis skrg ni.
Entah bila dia dah masuk tv tak tahu lah.
Tak pernah tgk plak.

Okay. So, tgk lah citer tu. Katanya masa promo dulu seram niihhhh citer nihhh.
Filem mmg lah genre seram. Cewah, guna ayat orang pilem - genre.
Tapi, citer haiiii... mengapakah suka sgt letakkan perempuan ni cam takde maruah je.
Wanita penggoda suami orang - rela bersekedudukan tanpa nikah - dijadikan perempuan simpanan - then mengandung - bila mengandung si lelaki taknak kahwin dgn dia - last2 mati - jadi hantuuuuu.
Apa apa lah.
Betul la, mmg la ada je kes orang goda suami orang apa seme ni, tapi takyah lah kot buat citer camtu. Atas alasan nak jadikan pengajaran kepada penonton?
Takyah la kot.. takkan pengajaran dia - kau jangan ambik suami orang - nanti kau mati jadi hantu.

Masuk lah sedikit elemen agama. Apa salahnya.
Masuk rumah, bagi lah salam. Banyak betul adegan si suami buka pintu rumah tapi langsung tak bagi salam.
Dah la pelakon ada 2,3 orang je.

Paling lawak, last2 lelaki tu jadi giler, dan hantu tu dapat duk ngan lelaki tu kat wad giler
And they live happily ever after....
Haha.

Tapi, aku je le kot menyampah tgk citer camni.
Dah tu - 4 hari tayangan dapat 1 juta uolsss.


Dan selepas citer tu ada citer Adnan Sempit Sawadikap.
Ini pun byk kali tayang kat tv dah, tapi kali ni je aku dapat tgk dari mula sampai abis.
Ini pun MIG punya.
Dan aku rasa citer ni lagi baguih la dari Pengantin Malam tu.
Mmg la nampak kebangangan jugak sbb pi letak anak atas carousel tu.
Tapi, takde la tahap menyampah nak tgk nya.
At least dia ber genre komedi. So, dia nak buat elemen komedi lah kan.
Sokay lah. 


Skrg ni mmg dah lama kot aku tak tgk wayang.
Rasa macam nak tgk, tapi tak tahu lah citer apa.
Citer melayu, takpe lah. Sok sok ada je kat tv dah. Cam citer ni seme lah.
Tahu tahu udah keluar tv.
Kalau dulu, tunggu raya baru keluar tv.
Now, entah bila2 je tup tup eh, dah keluar.

Eh. Dah nak raya dah kita ni.
Baju raya dah siap?? Ai dah siap... ngeeeee :D

7 January 2015

Night At The Museum Di Quill City Mall

First time being there.
Quill City Mall. Baru buka je Mall ni. Dalam hujung tahun lepas kot.

Ada yang tak tahu kat mana? Quill City Mall ni letaknya di Jalan Sultan Ismail.
Dekat dgn station Monorail Medan Tuanku.
Sebelah UniKL yang sebelah bangunan DBKL tu. Yang dekat Kg Baru tu.
Berhadapan juga dengan Sheraton Hotel.
Alah, siapa biasa area KL misti tahu lah kan. 

Sebelum review filem Night At The Museum, meh ai review dulu Quill City Mall ni.
Best jugak lah Quill ni. Cuma, tak seperti IOI City Mall Putrajaya, orang kat sini tak ramai lagi. Tapi okay lah. Seleso sket nak makan ke, nak jalan2 ke.
Bangunan ni actually lama terbiar. Sepanjang aku duk Kg Baru 8 tahun tu, mmg tak nampak la macam bangunan ni nak disiapkan. Tup tup tu hari, lalu depan situ dah nampak AEON. Eh, bila masa siap entah bangunan ni. Lagipun lps pindah KSU, mmg aku jarang2 dah lalu situ. 
Anchor tenant - AEON. Best pulak aku tgk AEON sini. First impression, aku nampak dia buat cam ala ala supermarket oversea. Cea.. macam la selalu sgt ke oversea kan. Tapi, ada la iras2 la dgn pasaraya aku tgk kat Perth tu. Nampak cam "moden" la supermarket AEON kat sini. Pastu ada 3,4 tgkt AEON lelain. Ada banyak jual Corelle, Corningware. Eh. Best la pulak.
Tempat baru, mmg la best kan. Toilet pun bersih. Sanitary bin pun guna sensor je. Amboi. Ni tahan lama ke ni. Kejap je kang jahanam. Huhu.
Food court belum ada, tapi restoran banyak je. Burger Bakar Kaw Kaw (kalau tak silap) pun ada. Suka. Mungkin boleh dijadikan tempat jalan2 kami kalau tak kemana-mana.

Wayang GSC - pun besar jugak. Tempat baru - orang pun tak ramai. Seleso beli tiket semua. Huhu. Pastu masuk je bau baru je kerusi semua. Huhu. Best. Best. Pasni takyah la pergi Wangsa Walk lagi dah kalau nak tgk wayang (sejak pindah aku tgk wayang kat Wangsa Walk. Situ TGV. TGV ada couple seat, tapi tak kesah la. Seat biasa murah sket kan).

Tu hari lepas keluar wayang, ingat nak jalan2 dulu. Tapi, keluar wayang, buka w.app, tgk ada berita ayah salah sorang staff kat unit aku meninggal. Dekat dgn rumah lak tu. Jadi, tak patut sgt kalau tak pergi. So, cecepat balik dan terus gi ziarah. Next time lah kita jalan2 lagi kat situ.


Okay Night At The Museum - Secret Of The Tomb.
Overall okay je lah cerita ni.
Sbb mmg yang 1 and 2 aku tgk wayang. So, ini pun kena lah tgk wayang.
Kali ni depa gi museum kat London.
Sbb tablet yang boleh hidupkan menda2 dalam museum tu dah rosak.
Kena pi carik pulak Firaun (bapak Ahkmenrah) kat muzium London utk bagitahu cemana cara nak pulihkan balik tablet tu. 
Kat sini depa jumpa Lancelot.
Kelakar jugak Sir Lancelot ni. Nak mencari Guinevere dia. Ni kena tahu sejarah pasal King Arthur la pulak kan. 

Ada watak caveman baru.
Caveman nama Laa. Muka cam Larry. Dia ingat Larry bapak dia.
Ini kelakar.


Cuma, ada part tak best cam kisah Pompeii tu.
Ada pulak si monyet Capucin tu kencingkan lahar gunung berapi tu.
Kuang hajau je kan. Tu kan salah satu petunjuk dan azab dari Allah pada kaum Pompeii ni.
Depa ni kan, ada je nak selit menda2 camtu kan.
Dan ada juga dia sebut kaum Yahudi kaum terbaik.

Selain dari tu, okay. Kelakar.
Lepas ni takde dah kot sequel dia.
Sbb si Larry pun dah berhenti kerja.
Tak jaga muzium dah.
Dah jadi cikgu.

24 November 2014

The Hunger Games : Mockingjay Part 1



"If we burn, You burn with us"

Selesai sudah menonton Mockingjay Part 1.

Berbanding The Hunger Games (pertama) dan Catching Fire (sequel kedua), Mockingjay Part 1 ni takde action sangat. 
Masa awal2 tu mmg macam bosan sket. Hey.. laki aku tertido oke masa awal2 tu. Boleh? Tu aku kata, dia tak berapa minat citer2 macam ni. Tapi, dek nak menggembirakan hati isteri, dia turut kan je. Hiwhiwhiw. Love you lah, incik asben! 

Cam biasa lah. Tgk di Wangsa Walk. Hari Ahad. Early bird. Mula ingat nak tgk malam minggu. Sekali tgk harga tiket beza sungguh lah kalau tgk siang dan malam. Kalau pagi, twin seat RM28 (+ RM1 booking online), tapi kalau malam minggu tu jadi RM50. Takyah lah aih. Pergi pagi je. Senang.




Sapa tak tengok sequel pertama and kedua, mmg aku tak galakkan la pergi tengok Mockingjay nih. Confirm lah tak faham dan tak kenal orang2 dalam tu. Cam Effie Trinket yang dah tak pakai custom bagai2 dah. Siapa Gale, siapa Finnick, Annie dan ramai lagi lah. Dah la start je wayang terus cerita.  Dan aku tak rasa bebudak kecik enjoy tgk citer ni. Baik la bawak tgk citer Big Hero 6 tu ke. 

Aku pun dah confuse sebenarnya. Haha. Dah terbayang yg no. 2 dulu. Yang baca kat novel lagi. 
Dalam Mockingjay Part 1 ni, selepas Katniss pengsan kat Arena tu (dalam Catching Fire), Katniss di bawa ke District 13. Ada penduduk di bawah tanah yang di ketuai oleh Presiden Coin (perempuan). So, derang nak Katniss jadi "Mockingjay" - symbol of rebellion. Tapi, yang susah bila Peeta pulak ada kat Capitol. Si Peeta macam dah diprogram kan utk memainkan emosi Katniss. Bila Katniss nak rebel je keluar la Peeta untuk kata jangan rebel lah apa lah. Sebelum Katniss setuju nak jadi Mockingjay, dia dah letakkan syarat supaya selamatkan dan bawa balik Victor (pemenang Hunger Games lain) dari Capitol dan diterima semula oleh penduduk District 13. Masa nak last tu, depa dapat lah bawak balik 3 orang victor ni (Peeta, Annie and Johanna). Tp yang sedih, Peeta macam dah tak kenal Katniss. Siap dia cekik Katniss. Team depa ni beranggapan yang Peeta macam dah di"racun" minda nya supaya buat hilang memori bersama Katniss. Yang ada memori kebencian dan nak musnahkan Katniss. Gitu lah lebih kurang. Macam yang derang alami masa kat arena dulu (Hunger Games pertama).
Lepas tu habis. Lepas tu tunggu lah lagi setahun untuk sequel terakhir. Huhu.


Berat citer ni sebenarnya.
Macam ada cerita di sebaliknya.

Macam dia tunjuk Presiden Snow arahkan orang bom hospital District 8. Sbb Katniss datang melawat pastu penduduk situ sokong Katniss utk rebel. Jadi, presiden marah dan dia arahkan tempat tu di bom.
Pembunuhan orang tak berdosa, negara di bom. Kat mana semua tu terjadi kat dunia ni? Memang ada kan, jadi kita andai kan lah.

Entah lah. Dah ter jebak. Maka teruskan lah hingga ke sequel terakhir.

Antara Pete and Gale. Aku suka lagi Gale. Last nanti baru tahu Katniss pilih siapa.






"Are you, are you
Coming to the tree
Where they strung up a a man they say murdered three.
Strange things did happen here
No stranger would it be
If we met up at midnight in the hanging tree"

19 November 2014

Movie : The Hunger Games - Mockingjay Part 1



Yieha!
Setahun ku menunggu sambungannya.

Hari Khamis ni dah keluar The Hunger Games : MockingJay Part 1.
Kalau ikutkan novel dia - trilogy. The Hunger Games - Catching Fire - Mockingjay.
Aku dah settle baca novel trilogy ni masa aku cuti MC sbb operation last year.

Tu hari yg Catching Fire tak berapa best sbb rasa macam kejap sesgt.
Lepas tu ending tergantung giler kot. Kalau baca buku dia mmg detail, movie dia ciput sgt. Rasa cam tak puas btol.
(dah keluar HBO tak silap aku last weekend, ke weekend nih. Takde kat rumah tu ari, tak dpt tgk).

Masuk yg Mockingjay ni sebenarnya makin complicated.
Dah takde dah main games bagai tu.
Sebenarnya citer ni ada simbolik di sebalik nya.
Ada lah yg cuba dirungkaikan.
Tapi, takyah la pikir2 sgt.
Tengok je sudah.

Sapa yg tak tgk 1st movie n 2nd movie, mmg aku tak saran kan lah nak tgk Mockingjay ni. Sbb rasanya nati lagi rasa terhapa hapa.
Aku pun dah settle baca trilogy tu baru faham.

Yg Mockingjay ni depa akan balik ke district depa. District 13 kan ada 3 pemenang. Depa duk rumah jauh dari penduduk lain. Lepas tu nanti Katniss jumpa balik boyfriend dia. Lepas tu entah, aku pun lupa.. pastu aku plak yang confused, aku tahu sbb aku baca ke, sbb mmg dah ada kat movie. Sbb macam terbayang2 pulak citer tu. Ke aku ter imagine sambil baca. Hoih. Giler.

Apa pun, aku mmg suka citer style camni.
Jadi, myDH terpaksa layan walau aku rasa dia tak berapa minat citer sains fiksyen melampau kudrat alam nih. Huhu.


"Katniss Everdeen"

Jennifer Lawrance

Okey, jom kita beli tiket.

7 July 2014

Movie : Transformers - Age Of Extinction

Hari Jumaat yg before puasa tu ramai update gmbr tiket wayang g tgk Transformers. 
Amboi, meriah uols kan.
Aiols je tgk early bird hari Sabtu. Haha.
Early tak early la. Kul 11am jugak. Dah jarang sangat tgk malam. Tapi, bukan je tgk malam. Wayang pun dah jarang tengok sebenarnya.

Hari tu gak la macam semua orang menyerbu mall. Penuh. Padat. Phew.
Sehari sebelum puasa katanya. 
Weols tgk kat Wangsa Walk Mall.


Beli tiket awal kemain. Takut habis!. Haha. Belum kuar lagi dah beli.
Masa nak pergi sukan kat Melaka tu dah nak beli kiranya. Tp TAC Maybank bengong time tu. Dah siap log out baru TAC nak sampai. Tak payah lah!
Jadi, hari Isnin tu baru beli. Memula tgk, alamak..sold out dah pun tiket hari Sabtu pagi. Tp rupanya tu yg cinema biasa.

Citer Transformers oke la layan 3D lah. Yg sebelum2 ni pun sama. Tgk 3D gak. Takpe lah. Once a blu moon kot. Kat TGV dia dah jadi 3D-X kan. Siap dapat terus spec 3D tu. Bagus. Hygiene and spek pun lawo. Haha. MyDH siap nak buat spek bawak keta. Lantok la bang... 

Citer transformers - takkan la tak best kan.

Walau takde dah hero yg muka luhur tu kan - si Witwicky tu.
Tapi, oke ja citer kali ni. Sbb ada elemen family, si ayah yg fatherly. Omputih pun masih jaga tatatertib anak derang kan.

Heroin
Hero
Harus la Mr Optimus Prime kan. Haha.

Actually kalau hero manusia - mungkin ayah si Tessa n boifren dia kot. Depa dua ni pun byk lawan lawan gak.
Best la. Rasa berbaloi kot hampir 2 jam.
Elemen lawak pun ada. Bumblee bee kemain marah bila dia tgk manusia cipta 'kereta' macam dia. Tapi, lagi comey - kaler merah (napak cam pink pun yer jugak). 

MyDH komen - citer dia mmg total action. Sket je la kalau nak kata takde. Masa awal tu je. 

Ada pulak Galvatron. Makanya harus ada sambungan sbb nak lawan Galvatron pulak kan.
Tapi, spesis autobot pun dah tinggal sket je.

Apa pun,
kalau minat, pergi lah tgk (rasa cam semua orang dah p tgk). Nak lagi best - tgk kat TGV - 3DX buleh dapat spec terus. Haha.
Tapi, bulan puasa ni pergi siang lah. Malam kang cam lagho pulak. Huhuhu. Tp pergi siang resah pulak bau popcorn yg semerbak tu.

19 June 2014

Movie : Now You See Me


Smlm tgk movie Now You See Me kat Fox. Layan smpai kul 1pagi. MyDH tak eager pun nak bola smlm. Takpe lah. Boleh la layan jap.
Tgk kat Wiki citer ni tahun 2013. Baru lagi lah.
Citer pasal ahli silap mata.
Best la. Sbb citer macam suruh berpikir.
Aku suka je citer camni.
Sains fiksyen ke apa orang kata tu kan.

Lepas tu kan, tetiba aku cam teringat, mana la pergi MH370.
Sbb cerita silap mata kan. 
Lebih 100 hari dah.
Hilang langsung. Tanpa berita.
Sedihnya.
Kadang terbayang, kalau kita dalam flite tu kan. Cemana la agaknya.
Kalau bukan kita dalam tu pun, sedara kita ke, family kita ke.
Isk.
Mana la derang pergi.
Apa lah nasibnya. (ramai kata dah mati. Tapi.. entah)

Dulu, ikut gak la cerita2 dia.
Pastu bila ada timbul memacam versi, masuk hal politik semua terus rasa cam ah... malas nak follow. Takpelah, kita doakan saja, walau apa terjadi pada mangsa, biarlah semuanya baik baik sahaja.
Kita pun tak tahu, apa yg tersirat. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Buruk utk kita, mungkin ada baiknya kemudian hari.

Oke, berbalik pada movie Now You See Me.
Kalau citer omputih ni, kalau tak tunjuk derang hebat, mmg tak sah la kan.
Kereta pun, semua yg memahal terbalik terbako. Ce citer kita.
Pastu myDH kata 'ye lah, tgk la citer kita, ada ke citer Hantu Dalam Botol Kicap'
(T______T)
Bang, teruk sungguh perbandingan tu.
Bukan je bagai langit dan bumi dah tu.

Jauh. Sangat jauh nak dibandingkan dgn produk kita. 
Cerita kita simple - lps tu claim ada pengajaran. Jenis yg ah, takyah susah2 nak pikir, org datang tgk movie nak tenangkan pikiran, hiburan, buat pe nak pikir2 kan. 
Betul lah tu. Tapi, jgn la buat simple nau. Smpai orang terus malas nak pergi tgk.

Tapi best citer ni.
Aku suka.
Dan suka magician yang ni.


p/s : Nak beli tiket Transformer - dah nak booking - tunggu TAC kemain lama. Bongok Maybank nih.  Pffftttt...Nanti penuh dah. Orang nak pergi sebelum puasa.

8 March 2014

Pesawat MAS Hilang, Movie Flight dan Hantu Tok Cha

Rata rata dah update citer pasal Pesawat MAS yang hilang tu kan.
Aku dapat tahu bila bangun tido, boss masukkan news dalam grup w.app kiterang.
Pastu dengar berita, tgk internet.
Bila tgk internet, ha..memacam versi ko keluar.
Memula kata dah selamat mendarat kat Nanning, China.
Lps tu dapat lagi laporan kata berkemungkinan terhempas.
Risau nya Ya Allah... walau apa terjadi, semoga segalanya dipermudahkan.

Teringat citer2 omputih yg plane terhempas ni.
Cam cerita FLIGHT yang aku tgk last week.

Citer ni pun pasal flight terhempas.
Tapi, kapten dia dapat control flight tu. 
Siap terbang terbalik.
Dan dapatkan minimakan orang cedera dan mati.
Citer ni bagus. Banyak pengajaran.

Aku rasa pelik. Kenapa kalau citer omputih, mesti ada pengajaran. Tak banyak, sikit mesti ada.
Cam citer ni. Mmg banyak.
Citer yg tabiat buruk (kapten tu kuat minum arak) akhirnya memakan diri. Kehilangan kerja, kehilangan famili.
Kira kalau kita tgk citer ni, cam ada something la kita dapat.

Dan minggu sama jugak (pada keesokkan hari selepas aku tgk movie nih), aku tgk plak Kecoh Hantu Raya Tok Cha. 
Ko rasa, ada pengajaran ke citer tu?
Haha.
Kalau la katakan tertgk wayang citer ni, harus merampus rampus marah.
Cam tak berbaloi bayar memahal.
Entah. Bila kata citer omputih lagi kualiti - ada orang marah.

Terpulang lah. Suka hati lah.
Aku pun tak kata aku tak sokong citer melayu.
Banyak je citer melayu aku tgk wayang.
Tapi, aku harap, citer2 antu2 komedi ni kurangkan lah. Tak membangunkan ummah langsung. Tgk tajuk pun takde keinginan nak tgk. 

Apa pun, #prayforMH370

2 December 2013

Catching Fire dan Mockingjay

Settled!
Yang nak tgk2 sgt tu.

How?
Tak berapa nak 'kick' sgt lah.

MyDH pun kata tak berapa menyengat.
Ye lah, satu sbb ending dia macam tergantung. Satu lagi sbb ini cerita tengah2. Kira yg 1st tu hari best sbb cerita permulaan. Nanti yg no. 3 yg akhir plak. So, no 2 ni macam penghubung cerita lah.


Jadi, tunggu la 2 tahun lagi nak tengok yang ketiga - Mockingjay.

Ini best sket la sbb nati Katniss balik kg dia (District 12) yang dah musnah. Lps tu derang lawan presiden Snow. Ending? Katniss pilih Peta ke Gale? Haha. Tunggu la movie tu atau pun beli lah trilogy dia. Aku pun sanggup beli dan baca masa aku MC sebulan tu hari.

Kalau novel lagi bes sebenarnya. Tapi manakan nak di sumbat semua cerita tu dalam masa 2 jam kan. Ni pun dah terlebih 2 jam sket. Dalam novel dia ada panjang sket citer dalam arena tu. Ni kejap je, eh.. Katniss dah tak sedar dah. Olooo.....



All pic credit google.

Sedikit info berkenaan Mockingjay :

The Story of the Mockingjay
In Suzanne Collins’ book, The Hunger Games, the mockingjay bird is the evolutionary result of a failed government breeding experiment. The evil government of Panem first created the jabberjay to spy on enemies and rebels of the Capitol, as they could memorize and repeat entire human conversations. However, once the rebels realized their conversations were being transmitted, they used the jabberjays against the Capitol, sending back false information. The government then abandoned the birds to die off in the wild.

But, in an example of extraordinary wildlife almost never doing what we expect, male jabberjays bred with female mockingbirds, giving birth to the mockingjay, which could repeat both human melodies and birdsong and were thus better able to protect themselves (and the rebels of Panem) in the wild. The inability of the government to control these animals made them an inspiration and a symbol for the rebel cause.

Though the mockingjay is not a real species, the fascinating trait of mimicry is very real in the wild, as seen in the mockingbird and other animals.

The Breakdown: Mockingbird vs. Mockingjay
Mockingjay - Fictional – It can repeat both human melodies and birdsong and plays a symbolic and thematic role in The Hunger Games.
Mockingbird - Real – It can mimic a variety of noises such as car alarms, cats, crickets, etc.


kredit article : http://blog.nwf.org/2012/03/is-the-mockingjay-from-the-hunger-games-real/

28 November 2013

Mari Catching Fire

Mihmihmih.

Walau terlewat lebih seminggu.
Takpe lah. Dari takde langsung.
Twin seat lagiii... saja..gedik dik dik.. padahal sama je. Pastu kena tmbh lagi 2 hinggit (*___*)

Dulu cinema fav kat BTS.
Sekarang dah kena ubah location lah sbb rumah pun dah berubah lokasi.

Rasa cam nak tgk Penanggal gak.
Cam best jer.
Marathon movie kang baru tahu. Huhu.
Lps tu citer Paku pun cam bes. Tapi, dengar berita Johan nak kawen ngan Lana terus rasa cam... ah, takyah tgk lah. :P

4 November 2013

Can't Wait! - Hunger Games : Catching Fire


*Tasaba nak tengok tp masa keluar citer ni, family aku datang sini n kami ada family trip (Insyaallah).
*Jadi, bersabo je lah tggu hingga ke next weekend nya.
*Excited nak tgk sbb dah baca trilogy dia. Kali ni semua pemenang2 keluar untuk bertarung lagi sesama sendiri.
*Tak mengapa lah lambat tgk pun sbb citer ni tak glamer cam movie trailer yang lain.

19 June 2013

Time is Money, Time Is Power


Semlm tgk movie In Time. Org lain berkurun dah tgk kan. Citer tahun 2011 kot. Justin Bieber Timberlake berlakon.
Ya lorh... sejak2 m.c sebulan ni byk gak movie aku dpt tgk. Tak kat HBO, kat Fox. Tp kat Cinemax kureng. Sbb dia takde HD punya. Suka tgk yg HD punya ja. Hamboih..ckp macam berentam napak. Haha. Yang TV3, TV1 hatta TV9 yg gmbr cam kelabu2 tu tgk je kan. Hoho. Takde lah..kalau ada pilihan, pegi la tgk yg lagi clear. Kalo tk, bakpe guna pakej itu kan. 
Ala, kalau kerja mmg limited time tgk tv. Berapa jam je ada kat umah. Kalau ari kerja tu dingdongdingdong dkt 12 jam juga takde kat umah. Pastu ada la dlm 3,4 jam je masa utk menonton. Kadang myDH layan drama. Dah kul 10 baru tgk movie apa yg bes. Kadang tido lagi bes. Dah cuti cemni, tgk je lah. Aku igt nak la try follow citer2  kat 393. Ada yg kata byk drama bes. Hurm.. napaknya mmg aku tak minat citer Korea ni. Mahap la yea. Tk buleh nak follow. Huhu.

Tp Astro ni pun kadang, kalo prime time tu manade citer bes. Yg movie la biasanya. Dia tgh mlm, atau tetiba kul 11pg tetiba ada citer bes.


In Time ni pun menarik. Aku suka citer sains fiksyen. Tp tokleh pikir la pilem ni. Cam melawan kudrat alam pun yer. Segala dibayar dgn masa. Nak keja, gaji di bayar dgn masa. Kira mmg jadi masa itu emas lah. Nak beli barang pun beli ngan masa. Naik bas pun bayar dgn masa, Makna, kalo ko ada masa lg setgh jam, tp tambang bas 2 jam, mmg tak bule la naik bas. Lps tu ada orang yang duk zon kaya raya. Kaya ni pun bukan kaya duit, tp kaya dgn masa. Kira mereka lah berkuasa sbb ada byk masa. Semua tahap ada masa yg smpai ratus2 tahun punya. Gambling pun dgn masa. Dan org yang paling kaya ada simpan masa sebanyak 1juta tahun. Hohoi.
Lps tu dia sebut a decade, a century. Dah mula pikir 10 tahun satu dekad, 100 tahun satu abad. 


Tapi cerita ni sebenar bukan sekadar cerita. Walau kita pikir omputih ni cam ngarut je buat citer camni. Tapi betul pun kan. Kita ni macam memerlukan sgt masa, tp kadang kita buang camtu je. Asik la kata tak cukup masa, takde masa. Kalo di beri lebih sedekad pun tak cukup juga. Pastu pulak bila ada byk masa terus jadi tamak.  Tapi bila dah byk sgt masa dapat, last last kita sendiri rasa masa tu tak berguna. Tak dpt nk guna dgn bermanafaat.

Masa dengan kita ni dah mencukupi. Sepertimana yg ada dlm surah Al-Asr tu. Jadi, kita lah seharusnya yang bijak mengatur uruskan masa ni. Pastikan ia tak terbuang dengan sia sia.

Sapa nk tk penah tgk citer In Time ni bule baca sinopsis sini.

Adoiiii....sapa plak bertukang kat atas nih... pening kepala. Mujo cuti aku dah nak abis dah. Kalo tak makin sakit jadinya ni. Ni rasanya org renovate buang tiles nih.... hoih..org da sethn masuk, ko baru nk renovate! eiiii....!!!

17 June 2013

Edisi Filem : Bikers Kental

Lama giler tak tgk wayang. Lupa dah entah bila yang last.
Yg ni keluar masa aku baru lepas buat laps. Memang takkan la nak pegi tgk kan. Mengarut.
So, tunggu punya tunggu kat Astro First. Lambat la plak. Selalu tu 2 minggu dah ada. 

Last week baru ada. Terus la beli.
Aku ni kan tak reti nak tgk kat p.c  ke lappy ke. Biar la p.c tu besar tv, tetap aku tak suka. Jd, mmg takde la nak tgk yg orang donlod ke apa. Kalo kat ofis pun cemtu. Rehat je seme org tgk movie la citer korea la. Aku mmg tak la.. tak reti aih. Rasa cam sakit kepala je tgk kat p.c
Pun, kalo dah donlod masuk pen drive pulak, satu hal bila aku tak tgk2. Byk da filem aku masuk pendrive pastu tak tengok2 smpai la citer tu da masuk tv pun. Haha.

So, beli. Terus tgk. 

Oke la citer dia. Takde la teruk sgt. Walau takde apa pun pengajarannya. Citer biasa2 je. Cuma ada lah menunjukkan perihal persahabatan. Persabahatan yg di "betray" akibat seorang perempuan yg bernama Saiya Sukaphorn. Haha.
Berpuluh kali kot kiterang tgk. Haha. Takde la. Menipu nau kalo berpuluh kali tu. Tp byk kali gak la. Yg saja tekan canel tu citer dah masuk separuh jalan dah. Yg tgk bebetul dari mula 3x. Haha. MyDH pun layan gak.
Aku rasa, kiterang suka citer ni mungkin sbb dia shooting tu kat Krabi. Kawasan pantai AoNang yg kiterang pegi tu. Siap nampak restoran yang kiterang makan tu (Chaba). Cam terus, ha..tu restoran kita makan tu. Hihi. Ala, masa kat Krabi tu mmg pusing2 kat situ je derang amik.
Suka tgk perempuan ni. Cherry. Sebenar si Bidin Al-Zaifa ni suka kat kawan dia yg Saiya tu, tp akhirnya dia pilih Cherry ni gak sbb dia lebih ikhlas. Suka dengar orang Thai ni cakap omputih. "shower..shower" Tp mmg derang ni cakap pun nada dia lembut je.

Boleh la. Dari Lu Ada Nampak Motor Gua tu kan. Tgk tajuk pun takde selera. Cari la tajuk semenggah sket. Taktau la kalo citer lagi bes kot. Hahaha.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign