Pages

14 September 2011

~Pasal Tutorial Nak Beli Deal~

Tetiba cam poyo nak wat tutorial lak kan. Bahaha. Dah la tgh buat2 ter tekan 'publish' lps tu kelam kabut, trus delete entry tu dan buat semula entry lain. Phew. Mujo baru tulis 2,3 baris. So, kalo ada sesapa ternapak citer lebey kuang sama kat dashboard tu, tp bila click, dia kata page not found-ini lah dia citer nya. Haha.

Oke. Aku tau je ramai da tau pasal deal2 ni. Saja aku nak memoyokan diri. Hihi. Kut la ada yg berminat nak beli tp cam..ah..tak yakin..tak tau nak apa terjadi lps klik "BUY NOW", maka aku tunjuk la apa yg terdapat lps klik Buy tu. Aku biasa beli deal dari Groupon (sama je dgn Groupon Malaysia), Milkadeal (MAD) n Mydeal.

Kita mulakan dgn Groupon.

Memula log in or kalo blum register, register dulu. Bleh register guna FB juga instead of emel. Aku register dedua sbb kat opis, FB kan kena block.

Then pilih deal yg berminat dan klik BUY NOW.

Seterusnya isi segala butiran berkaitan - kalo nak buat gift tick tpt gift, tp kalo utk sendiri, ignore je yg tu - pilih cara bayaran - selain menggunakan Card Credit bleh gak guna Maybank2U (dan CIMB Click tak silap aku). Lagi satu aku rasa bleh gak tak bayar dulu, tp yg ni aku tak penah buat, adik unit aku penah buat. Aku beli, mmg terus bayar. Salunyer guna maybank2u.

Lps tu tggu emel. Kalo utk groupon ni kita kena tggu deal tu tamat baru dia kuarkan voucher. Voucher tu dia akan emelkan juga. Dan ada dalam my account kita. Semak disitu. If takde, cecepat call team Groupon ni atau emel derang. Derang akan respond cpt melalui emel sbb retu aku ada emel gak, dan ptg tu derang respond.


Jadi. Begitu. Skang MAD plak. MAD mudah sket sbb beli trus dpt voucher. Cam biasa klik BUY! juga lps pilih2 deal yg berkenan.

Isikan segala butiran. Nak beli 1 ke 2 ke atau berapa byk pun takpe. Pilih cara bayaran - klik proceed.

Lps bayar, dia akan antar respond kat emel dan deal kita juga akan masuk My Stuff. So, check di situ.

Dan kat mystuff juga leh tgk deal kita yg dah guna dan dah expired. Takat ni 2 deal dah aku guna dari MAD iaitu Red Velvet Cake dan Tinted. Deduanya oke. Takde masalah.

Seterusnya guna MyDeal. Sama gak. Sign in.

Pilih2 deal dan Click BUY NOW!

Tulis berapa quantity nak. Isi segala butiran

Pilih cara bayaran.

Tggu emel dan tgk pada my account kita - kalo berjaya, akan ada dlm 'view order history'. Kalo takde apa2 poblem seme akan ada kat situ. Bila nak redeem apa, just print je voucher tu.
Mudah kan.

Tapi sedikit tips kalo nak beli menda2 ni.
Baca bbtul apa yg di tawarkan tu. Mcm kalo beli tiket utk hotel2 tu, ada yg tawarkan utk weekday sahaja, ada yg letak term memacam juga. Baca bbtol sebelum klik buy now tu.
Lps tu kalo mcm barang yg kita tau harga oke la kan. Mcm tiket wayang tu ke. Sbb nyer kalo cam barangan yg kita tak bleh nak estimate ni (contoh cam aku amik deal tinted cemin keta tu kan), kadang kita mana tau tah ye tah tidak barang yg dia bagi tu rega asal mcm tu. Tentah dia bagi kita tu mmg pada rega belian kita tu. Tp kalo yakin-sokay la. Aku pun puas hati je dgn tinted tu, tp tatau lah kan.

So, saya mmg sudah terjebak dgn deal2 ini. Anda tidak mahu mencuba?? Huhu. Udah rupa iklan la pulak. Hihihihi :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign