Pages

Showing posts with label kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan. Show all posts

17 January 2019

Jumpa Sahabat Lama

Ini sahabat kesayangan saya.
Sahabat, yang bukan saja BFF, tapi kesayangan dunia dan akhirat.
Persahabatan ni kiranya dari kami satu course DPA di UiTM (ketika itu ITM) Melaka. Tapi, masa tu tak berapa rapat.
Diteruskan bila kami sesama course BCA. Masih di UiTM yang sama.

Norzatuliffah.
Tau dak berapa lama kami tak jumpa.
14 tahun rasanya.
Last masa konvo tahun 2003. Tapi, Zatul kata dia ada datang KL, masa aku kerja KL. Tapi aku pun dah lupa. Lama giler. Yang pasti memang lebih dari 10 tahun pun.

Byk kali jugak lah kalau aku pi Johor, contact dia. Tapi, tak dpt berjumpa.
Kali ni Alhamdulillah.. Allah perkenankan.
20 Disember 2018.
Dia datang dari Batu Pahat ke Pontian.
Jauh juga kalau ikutkan tu.
Sbb aku mai Johor hari Khamis, makanya lps balik kerja baru dia dapat dtg ke Pontian.

Berdebar okeh masa nak tunggu dia tu.
Hehe.
Macam 1st date gitu.
Pastu jumpa je terus "huwaaaa.....!"
Peluk..peluk.. gelak.. gelak.
Dak Rizq cam "apahal pulak mak aku ni"
Haha.

Senang je kiterang jumpa. Suh depa datang hotel kiterang stay kt Pontian tu.
Lps tu, kat situ byk kedai makan.
So, kami lepak2 kat kedai je lah.
Org pulak tak ramai. Udah rupa kiterang je pajak kedai tu.
Jangan memain oi. Kedai hisptur ni. Kedai burger.
Sedap jugak food dia.

Tkpe. Meh aku memorikan dalam blog juga sesudah abadikan dalam FB.
Gambar ni, dalam fon yg masuk jamban tu, tapi yang ni aku upload cepat. Lps je jumpa terus upload. Jadi, selamat semuanya. 
Seronok sangat.
Tq tau Zatul dgn pelbagai present.
Dak Rizq pun dapat truck.
Dgn coklat nya lah.
Pastu para husband pun jenis okay. Ramah tamah je sembang macam dah lama kenal.
Seronok lah.
Pasni entah bila jumpa lagi skali.
Masa anak2 dia kawen pulak gamaknya :D


Zatul ada 2 hero dan sorang heroin. Besar2 dah anak dia.

Not bad gak kedai ni. Orang Pontian buleh la try
Para husband yg tlg ambikkan gambar.



15 May 2018

Kenduri Kawen Dan Ke GM Klang

Hoih.
1st time mak Rizq pergi GM Klang ni tau.
Okay. Jap lagi kita citer.
Sekarang kita citer pasal kenduri kawen dulu.


Ini adalah kenduri office mate.
Memang ini pasangan office juga.
Tak sangka, after 10years kami kawen, ada lagi yang ikut jejak kami.
Yang ini lagi tak sangka sbb memang tak sangka (apa punya banyak tak sangka daaaa...).
Deme ni entah bila bercinta.
Tetau tetiba w.app tanya ada kat rumah tak.
Tu lah. Yang adik jantan sorang tu.
Dia tu memang lah rapat dgn kakak dia ni.
Dan mak Rizq pun apa2 hal berkaitan IT memang refer ke dia je.
Pastu, ada satu hari tu lps balik office duk tanya kita ada kat rumah ke dak.
Siap call asben bila tak dapat call mak Rizq.
Eh. Macam penting sgt ni.
Siap suh send no rumah segala.
Okay lah.
Sekali ttiba dalam kul 7pm tu terjengui muka dia depan pintu.
Terperanjat giler! Pastu bagi kad.
Pastu bila baca.
OMG! OMG!.
Dan pastu rupanya dia bawa juga pasangan dia tu.
Haha.
Pasangan dia ni pun mak Rizq rapat juga, tapi tak la se rapat adik jantan sorang tu. Yang tu memang dari muda dulu kiterang byk gi sana sana sesama. Ngan kengkawan lain lah. Masa tu mak pun dah kawen. Kira kuar in grup.





Ini lah dinamakan jodoh kan.
Semua orang office pun tatau. 
Terharu juga sbb depa sampai datang rumah nak bagi kad jemputan.
Alahai.. sayang sangat ni kat depa ni.
Maka, kami pun pergi lah ke kendurinya.
Lps pilihan raya - 12 Mei 2018. Di Klang.
Tu yang weols decide nak balik mengundi Perak dulu.
If not, mmg balik PJ then baru balik Perak.

Weols mmg jarang turun area Klang ni.
Itu yang terus ajak ayah Rizq pergi GM Klang.
Bukan tau kat mana. Guna google maps lah. Itu pun sbb tgh buat jalan kat situ, jadi macam ada terlepas jalan jugak. Aiyooo....
Ambik gambar sbb kang melarat entah ke mana.

Budak kecik ni mmg taknak pakai stroller.

Best lah GM Klang ni.
Best dari Kenanga.
Masa tu, kira cam da nak petang kiterang sampai tu.
Ingat macam susah la dpt parking.
Bila masuk tgk, eh, okay ja.
Pastu sbb dia besar, orang mmg ramai, tapi dalam tu takde la sesak ke apa.
Okay ja.
Cuma laluan tu mcm kecik jugak lah.
Kenanga luas sket.
Dan barang lagi murah dari Kenanga.
Sbb kat sini, beli dalam 2,3 helai pun dah boleh dpt harga borong.
Beli ikat tudung tu - satu RM10, dua pun RM10. Ha..acena. Harus lah beli 2. Haha.
Ayah Rizq pun kata best. Dia suka situ dari Kenanga.
Ini sudah bagus. Hahahaha (gelak gembira).
Lagi pun sebenarnya dari KL senang juga nak pergi. 
Masuk ikut Kesas je. Exit Bandar Botani.
Nak balik pun, masuk je Kesas. Terus je lah.
Jauh memang lah jauh. Kot sesekali boleh la.

Apa je kiterang beli situ. Sbb bkn nawaitu nya nak soping sgt pun.
Dapat la blouse ngan skirt utk mak Rizq. 4 helai RM100. Haha. Cheapskate. Jadik lah utk pakaian harian ke office.
Pastu utk Rizq dapat la kemeja ngan seluar. RM60 - 3 helai. Siap akak suh ambik lagi satu. Dia bagi RM20 gak. Huwaaaa... godaan betul.
Pastu ayah Rizq beli seluar jogger pants tu. Ngan jam.
Pastu tgh jalan2 tu, nampak mak pak tolak anak dia ngan magic stroller tu.
Kiterang fikir, mesti menda tu ada kat situ.
Ye, mmg ada. Tingkat 3.
Tanya 2,3 kedai ja.
Terus angkat. RM70.
Yang gini.
Kiterang amik kaler hitam tu. Rizq mmg suka naik jenis2 camni. Orang tolak2 dia kan.
Ayah Rizq kata, rugi ja beli stroller ribu riban dulu. Last2 guna stroller 70hinggit. Haha.
Tapi, menda camni murah lagi kat situ dari Jalan Raja Bot tu.

Best lah. Nanti nak pergi lagi lah.
Hohohoho.

4 November 2016

Kalau Tak Plan Mesti Jadi

Semalam - 3 November 2016 ada course kat Dorsett Putrajaya.
Course berkaitan HR lah. Byk kali dah ci ngelat takmo pegi course lepas masuk kerja ni, ini kali lah kita kena pergi lah. Hihi.

1st time being there.
Mula cam celah mana lah hotel Dorsett ni.
Depa dok kata area masjid besi tu je.
Ye lah, area situ, tapi kat mana.
Pergi ngan driver ofis, so takde la risau2 sgt.
Dah la pagi tu, sebelum pergi, masuk ofis jap. Lif ofis rosak - hujan - jammed.
Lewat sket lah sampai Putrajaya nya.

Rupanya hotel Dorsett ni celah2 pejabat kerajaan tu.
Takde signage langsung nak menghala ke hotel tu.
Dia kalau dari masjid besi tu, kena la tgk belah kanan. Nanti nampak lah "Dorsett"

Pulak tu hujan, driver nak carik lah lobby.
Skali drop off point je yg ada. Kereta ke apa tak blh masuk.
Hah. Berlari lah kau dalam hujan nak masuk hotel tu.
Huk aloh!
Bawah hotel ni ada supermarket Hero.
Kira hotel dan shopping complex lah konsep nya.
Ada Toys R Us segala.

Tapi, kira selesa jugak lah hotel ni.
Apa apa hal kita tanya surau dulu sbb nati waktu break kudapan pagi tu kita ada "urusan rasmi".
Tanya pekerja situ, dia tunjuk lah. Oh. Lega. Sama aras je dgn bilik kursus.
Tak perlu nak pergi tempat lain.
Alhamdullilah. Dipermudahkan utk 1st time pump on the go ni. Huhu.
Surau pun wangi je lagi. Maklum lah. Baru lagi kan.
Yang best masa second session pumping waktu zohor tu, ramai lak plak dari jabatan lain yg dok pump skali. Siap blh sembang2. Hihi.
Dah la ada sorang tu pam dia sama brand. Siap dia gitau nanti carik spare part gini gini utk senang masuk dalam storage bottle lain apa semua. Hihi. Best lah.
Seronok plak pump secara berjemaah camni.

Gini lah daily routine EBM mom kan. 
Mujur dah beli bag yg sesuai bawak gi course. Sebelum ni guna bagpack Alegra. Macam susah sket lah nak bawak kalau ada meeting ke course ke. Ha.. ni senang.

Dalam tu blh sumbat ice pack, double electric pump, muat semua.
Suka lah GABAG ni.
Ice pack pun okay je tak cair sgt smpai petang.
Kira sejuk je lah (lagi pun cuaca smlm mmg mendung n kat hotel sejuk giler).



Okay, back to the title.
"kalau tak plan mesti jadi"
Citer punya panjang, isi utama masih tak masuk lagi. Hihi.
Ni sebenarnya sbb nak jumpa kawan aku sorang ni.


Yang baru balik dari Taiwan ni.
Baru tak baru lah. Berapa lama dah dia balik. Before aku deliver lagi.
And dia nak jumpa utk pass gift utk dak Rizq.
Bila dia napak status aku kat FB yg aku kata aku kat Dorsett terus dia w.app.
Dia keja area area situ gak. So, senang dia drop by jap.
Dia nak jumpa and pass adiah tu.
Senang camni. Kalau plan plan harus entah tahun bila plak nak jumpa kan.
Jumpa dia jap kat lobi.

Oh ya.
Makan sedap juga kat Dorsett ni.
Ok lah gak.
Pastry dia sedap!


Aunty Sue.. Aunty Sue..
Maceh bagi kapten reindeer ni.
Kapten shuke sbb boleh gigit gigit tinger ngan tanduk iyer.
Hihi.


26 October 2016

Alamak! Lama Tak Buka Emel

Alahai.
Maaf.. maaf.. maaf..
Sorry sesangat.
Sy lama tak buka emel [idaramli] tu.
My bad.
Padahal apa apa saya suruh emel kat situ kan.
Lagi sekali.. sorry tau.

Bila Fieza bagitahu kat komen semalam, baru lah buka emel.
Rupanya ramai yang feedback pada entry "berkaitan"
Okay. Okay.
Nanti saya reply / w.app eh.

Emel idaramli tu biasanya saya buka kat tab, tapi skrg lama nau dah tak buka tab.
Tu yang tak perasan emel masuk.
Okay pas ni sy janji sy buka emel tu hehari.
Utk blog ni sy masih guna emel cikstoberi.

Okay, apa apa emel je okay.
Esp rakan rakan TTC - yang nak tanya apa-apa, feel free to email me.
If nak tanya berkaitan treatment sy ke apa ke, email je.
Worries not :)
Nanti sy reply laju laju 




28 December 2015

Suprise Dari Sahabat

Thank u laling laling ku.
Muah muah.
Sebabkan ini sangat suprise, harus di jot down dalam blog ni.
Ada dua suprise sebenarnya.

Yang pertama :
Hari Rabu sebelum cuti panjang 4 ari tu ofis mmg sunyi.
Bukan sebab semua orang office ni dah bercuti ke apa.
Ada event festival kraf kat Johor. Jadi, ramai staff ke sana.
Tetiba dalam keheningan kesunyian, Mai operator call.

Katanya "kekda, meh sini amik barang. Bwk duit sesiap"
Aku cam eh.. manade order apa-apa.
Pastu dia kata takde lah..meh jap..meh jap...
Saja dia ngusik sbb aku mmg selalu dapat parcel beli online tu kan.

Aku pi lah depan.
Tgk2 ada despatch pegang bunga.
Eh. Takkan utk aku kot.
Sekali betui lah.
Eh. Takkan myDH buat suprise lagi.
Tak mungkin.. tak mungkin..
Blank trus nak fikir.
Pastu dah sign, tgk dari Marliza.
Oh.. adik ai yg tersayang.

Beria-ia tau nganto semua ni.
Iskkk.. terharu betul aku tau. Dah la dia tak mintak alamat apa seme.
Mmg bebetul suprise dibuatnya.
Terima kasih bebanyak Mar, susah susah je tau... :)

Keduanya :
Dari bff masa kat UiTM, Zatul.
Ya hampun.. sejak grad kami tak pernah jumpa tau.
Dia nun jauh duk di Batu Pahat.
Dari dia kawen, smpai beranak 3. Anak sulung dia dah 10 tahun kot
Kami abis UiTM tahun 2002. Grad tahun 2003.
Ha. Sejak tu lah tak pernah jumpa.

Tapi sentiasa berhubung thro w.app.
Tu hari dia mintak address. Aku pun tak tahu la apa yg dia nak hantar.
Dia siap tanya bila aku balik dari Langkawi apa semua. 
Sekali hari Selasa tu sampai parcel.
Dia guna alamat ofis dia. So, tak dpt detect.
Bila buka ada kad.
Ada brownies.

Ololooo.. yang ni pun terharu. Sbb nya hari Isnin tu ada meting AGM Puspanita.
Pastu ada brownies gak. Cuma aku tak sempat nak makan. Baru nak amik tgk dah habis.
Tapi takde la aku rasa apa-apa, terkilan sket lah.
Pujuk hati, takpe.. ramai je orang buat. Nanti bebila order je.
Takde masalah.
Tup tup, buka parcel, ada brownies... 
Terharu lagi.. Huhu.

Terima kasih lah pada sahabat2 yang masih mengingati,
yang sentiasa mengingati,
yang sentiasa memekarkan hubungan persahabatan kita nih.

Walau ada juga yang tak suka cara kita,
ada yg memandang serong dengan kita,
ada yg tak gembira dengan kehidupan kita,
tapi percaya lah.. ramai lagi yang sayang pada kita.

Jadi, biarkan lah mereka yang membenci kita,
biarkan lah mereka yg menyampah dengan kita,
abaikan saja manusia yang sentiasa menunggu untuk memberi komen menyakitkan hati kita.
Bak kata Ct Nurhaliza "tak hidup dek puji, tak mati dek keji"

22 May 2015

Makan Makan : Salon Du Chocolat

Kejadian yang dah berbulan.
Bila check balik blog, eh, takde rupanya entry ni.
Masa tu busy ngan HKK, buka jawatan kosong serta persiapan nak umrah. Agaknya lah.

Jadi, mari lah kita bercerita.
Tarikh kejadian - 13 Mac 2015 (ingat sbb gambar dalam phone, ada date. Hiwhiw).
Tajuk kejadian - belanja Dee sempena beliau.
Tempat kejadian - kat Quill Mall

Sebab dah berbulan kejadian nya, maka tempek gambau je lah.


Weols berdua ja. Jadi ambik ini je lah.
Itu pun dah tak termampu nak abiskan.
Yang panjang tu je abis. Yang petak, half bawa balik ke ofis.


Sedap. Ai mmg sker je menda2 berunsurkan coklat cair nih.

Macam coklat bar tu kureng sket.
Boleh la, tapi kalau cair2 camni mmg suka lah!

Kalau dah teringin sgt, ai cairkan je coklat, pastu makan ngan roti. 

Jangan tanya mana sedap.
Dip n Dip ke sini? sbb tak pernah makan kat dip n dip.
Lantak la tak trend ke tak urban ke.
Jauh dari rumah n ofis dan takde sebab nak ke tempat2 tu hanya nak makan cekelat.
Not worth..not worth esp utk orang yg tak heran pasal makan cam aku ni.
Ada, ada lah. Takde, takpe. 
Happy birthday Dee.
Gila lama baru ai nak up entry. Sowiii.. Hihi.
Ni mmg teman kategori bff alam maya la kiranya sbb kami start kenal dari alam maya.
Now dah lebih 10 tahun kot berkawan.
Beliau ni merata ceruk alam dunia dah berjalan.
Masa aku gi buat umrah tu ari, dia gi Scandinavia (ha, nak eja pun aku google cemna eja nya. Haha). Hampir sebulan kot dia kat sana. Melancong je tu. Sebelum ni melancong ke New York. Kau hado gi melancong ke New York. Berangan buleh la kan. Haha.
Selamba mamba ini orang dan buat kami2 jeles manjang ngan beliau. Hihi. Rezeki beliau lah sbb nak gi umrah beliau belum ada mahram lagi.
Ai doakan nanti u dapat tunaikan umrah dengan mahram (ijab kabul) u satu hari nanti. Tu hari pun ai dah doa kat Jabal Rahmah dah :)

p/s : Ni nak gi dating ngan beliau jap lagi. Luncheon. Nak tgk apa dia bawa utk aiols dari Scandinavia. Hahaha.

p/s/s : Jangan lupa, travel itu juga seperti membaca buku.
travel qoute

17 February 2015

Titian Silara [Canopy Walkway] FRIM Kepong

Titian silara rupanya nama melayu dia ya. Eh. Bagus jugak nama tu. Buleh mengingatkan kita mengenai titian silatur mustaqim. Ha..
Biasanya kita panggil canopy walkway lah kan.
Hari Sabtu lepas berkesempatan ber canopy walkway kat FRIM, Kepong.
Sebenarnya, dari last year lagi lah dah plan.
Tapi tak terjadi. So, last week baru jadi.

Pergi dengan my friend - Dee. MyDH takdak. Course kat PD.
Dee pick kat umah dalam kul 8.30pg camtu.
Then terus naik MRR2. Suppose dekat je lah dr rumah aku kalau naik MRR2. Skali jammed lps Batu Caves tu. Dee kata mmg hari tu ada run kat Taman Metropolitan tu. Aku pun cam ooo.. jom kita masuk ikut depan lah.
So, lalu ikut roundabout yang arah nak ke Kepong jugak tu. Tapi yang lalu Jinjang segala tu. Aku pun tak tahu jalan tu, tapi Dee guna waze. Melarat waze tu bawak kiterang masuk area cina mana tah kat Kepong tu (T____T).
Tapi, kalau takde waze mmg tak tahu la sesat barat ke mana sbb kalau lalu situ sebijik signage nak ke FRIM pun takde. 

Sampai FRIM dalam 9 lebih. Dedua pun 1st time masuk sini. Eh, tapi Dee pernah datang. 7,8 tahun dulu lah katanya.
Bayaran masuk utk sebuah kereta dan pemandu adalah RM5. Dan setiap penumpang RM1. Makanya kami kena RM6. I donno adakah ini parking fees atau entrance fees untuk setiap orang. Dan kanak-kanak sama ke cemna pun I donno jugak. 

Masuk situ pun tak tahu nak ke celah mana. Signage kurang nau. Sampai ter salah salah masuk. Entah kat mana nak beli tiket pun tatau. Tapi, kami nampak satu tempat macam ofis - ada ramai2 orang tgh duk tunggu. Itu lah agaknya. So, kami pergi.
Ada sorang staff jaga. Dia kata tiket naik canopy untuk 9.30pg dah habis. So, kena tunggu yang pukul 10.00 punya. Tunggu sini dulu, jap lagi booking katanya. Kami dua yang blur2 ayam, tunggu lah situ. Cemtu ke prosedur dia.

Rupanya begini.

Ada 3 session. Setiap session 50tiket je utk orang walk in. So, kita booking dulu lah utk session kul 10pg tu. Tapi, tak perlu bayar dulu. Tulis nama je dulu. Pastu kiterang gi makan kat kafeteria. Tak jauh la dari office tu. Jalan kaki je. Situ jugak ada tempat sewa basikal. Next time datang buleh sewa basikal pulak.


Dah tahu nak memanjat bukit tu, lagi mau makan cemni kan. Haha.  Okay la kantin dia. Orang pun tak ramai.
Dalam kul 10 kiterang pergi balik ofis tu. Huii... mmg tepat kul 10 baru dia keluarkan tiket. Beli awal pun tak buleh. Huhu. Ada sorang makcik tu dah bising2 sbb tak dapat sesi kul 10. Pastu kena book yang kul 11 punya. Pastu anak dia kata tak boleh bayar dulu. Dah makcik tu bebel2 kata saiko la apa. Hehe. Aku macam takde hal sgt pasal ni sbb aku dah baca sket2 blog orang yang dah pergi. Lagipun, aku rasa rasional dia tak bagi orang bayar tiket awal tu supaya orang tak pusu pusu naik awal walau tiketnya pukul 11. Kan? Tapi, rasanya takde la jadi masalah sgt pun. Dah gitu prosedurnya. Ikut je lah. Mesti ada sebab FRIM buat camtu kan. Dia nak hadkan orang yang naik tu. Kang jadi apa2, lagi susah. Dah la hutan. Canopy walk tu tinggi. Pikir tu je dah la macik oii.. takyah la saiko saiko kang orang...

Bayaran masuk utk canopy walkway ni RM5/person. Map takde. Ko tangkap lah gambar. Akak yang jaga tiket tu kata "kalau bagi map, map jatuh orang taknak kutip. Tp kalau handphone, jatuh, orang akan kutip. Sbb ramai orang buang2 map dalam hutan tu". Boleh?? Sukati kau lah kak. Government kan. What do u expect? Haha. Tapi, bila ambik gmbar rasa tak puas. Dan tak faham aih map tu.


Sebelum naik gi toilet dulu, buang apa2 yang patut. Dengan Bismillah mulakan langkah.
Oke, ni trail biasa lagi ni. Orang nak joging pun buleh ikut trail ni. Tak payah ambik tiket.

Ha, sampai sini baru laluan nak ke canopy walk. Tapi, kalau orang tak beli tiket pun okay ja nak lalu sini, cumanya tak boleh naik canopy walk lah. Kira cam buat larian trail ke apa buleh la. Tapi, idak la kuasa weh.. mendongak mendaki. Aku pun cam mintak nyawa je nak naik.. Haha.






Ni awal2 lagi ni. Buleh la ambik gmbr tersengih gini. Depan kiterang ada bebudak remaja belia in grup. Biasalah bebudak baru nak up ni kan. Mula tu bebising tau. Dee pun kata "eh, bising nya budak2 ni". Pastu tau tau dah senyap. Rupanya pancit. Salah sorang terus terduduk pucat lesi. Huhu. Tu lah. Jangan galak sangat ya dik. Hutan ni ada pantang larang nya. Kiterang pun tatau la grup tu dapat teruskan atau turun balik.
Aku mmg dah set minda tempat ni sukar nak naik sbb dah pernah naik canopy walkway kat Poring, Sabah. Cuma yang tu lebar sket trail dia. Ni cam sempit sket. Berpeluh habis lah satu badan. Ate nya.. orang jarang exercise kan. Dee takpe la. Dia rajin "berlari". Huhu. Kalau berenti pun lagi rasa cam nak pitam. Mmg kena keep on berjalan.

Sampai je, naik la 'rumah' utk ke walkway tu. Ada 2 orang staff FRIM bertugas. Jadi, dia akan terangkan pasal walkway tu. Kena berjalan jarak 2 papan dengan orang depan. Tempat amik gmbr kat mana semua. Memula tu mmg rasa gayat. Tapi, lepas tu dah okay.
Lagipun takde la tinggi sgt. Tinggi lagi Poring tu aku rasa. Dan bila tgk balik, mmg Poring lebih tinggi dan lebih panjang.

Canopy walkway FRIM : Panjang - 150meter, Tinggi dari aras tanah - 30 meter.
Poring : Panjang - 175 meter. Tinggi dari aras tanah - 41 -43 meter.

Mana yang lebih mencabar? Jawapan aku kat Poring. Kat Poring tu bergoyang kuat wei. Mmg ada rasa gayat gile. Tapi, sini takde la sangat. Ada tu ada. Tapi, tak terasa sgt. Tp gigil jugak nak keluarkan phone nak ambik gambar. 

So, layan gambar kami kat atas tu.

Ini walkway no. 2. Best yang ni. Panjang sket.
Nampak KL. Nak carik gak umah aku, nampak tak.
Tak buleh lelama atas tu. Kang sampai grup lain plak.
Yey!. Di hujung pokok!
Walkway last sebelum turun. Pendek je.
Laluan turun. Agak curam. Berhati hati.
Ada orang jatuh pun depan kiterang.
Mujo tak teruk.
Turun je terus amik arah ke kawasan piknik. Boleh la kalau nak turun balik ikut jalan naik tadi. Tapi, takpe lah. So, turun area piknik tu. Ada waterfall. Tapi, macam tak sesuai la nak bentang tikar segala. Tempat piknik sebenar ada kat bawah sana. Situ takat2 nak basah kan muka buleh la. Lps tu batu licin kot. Mendapat jugak aku jatuh berdebuk kat situ. Ha.. mujo takde apa2 kau. Aku dah agak masa pijak batu tu macam licin, jatuh ni. Then, mmg jatuh. Haha. Dah la ada couple yang pakwenya mcm KPOP tgh makan nasik lemak masa tu. Bikin malu betul. Tp sure derang terkejut. Dee pun terkejut jugak. Haha. Habis basah segala kasut. Tp baju okay lah, takde kena sgt.



Batu licin. Next time pergi nak bawak selipar,
baju spare. Hihi.
Turun, terus balik lah. Dah kul 1 pun masa tu. 
Oh, masa turun tu ambik gambar pokok2 canopy yg ada.



Cantik tau. Tapi, masa ni mendung plak.
Kalau ada matahari lagi cantik.
Ni mmg bare face je ni. Peluh pun dah kering dah nih.
Pakai bawal Maira. Ailoike.. meresap peluh.
Dan selesa.

Okay lah tempat ni if nak beriadah sekali sekala.
Rupanya tempat tu ada kejiranan dia. Ada rumah staff, sekolah segala.
Taktau pulak aku.

10 December 2014

Edisi Terima Kasih : Bingkisan Sahabat Alam Maya

Allahu. Ini lah indah nya persahabatan alam maya.
Ikatan terjalin walau tidak pernah bersua muka.

*senyum*

(hey..kau dah kenapa tulis2 camtu.. ala-ala nak tiru seseorang pulak.. tak kuasa tau... eii...tak suka..tak suka)

Orait, sambung. Last week punya cerita lah ni.
Secara kebetulan dapat bingkisan yang seakan sama temanya.
Secara kebetulan juga kedua dua nya minta alamat pada hari yang sama.
Dan bingkisan juga diterima berturut hari.

Yang pertama datang nya dari Cha. Famous blogger juga ni. Siapa tak kenal ibu kepada 3 beradik yang sering dipakaikan baju "seragam" tu kan. Pemilik blog si hijau cantik nih [link : Cha si hijau cantik].
Kad dan quilling bentuk stoberi. Siap ada magnet belakang nya.
Kad birthday tu. Awal2 lagi Cha dah bagi. Thank u Cha!



Sehari kemudian, sampai pula bingkisan ini.
Dari Alia [link : Alia Suka Suki].
Ah, dengan Alia ni, kami baru je kenal.
Kenal masa aku cari info berkaitan bypass masa bapa mertua buat bypass kat IJN tu hari.
Yang lebih merapatkan ukhwah kami adalah - kami sesama TTC dan tempoh nya juga sama. Dan kebetulan lain, dia tinggal di Ipoh. Ate, senegeri pulak la kan.

Alia ni, selain quilling, dia ada bakat melukis tau. Melukis komik pun buleh. Sbb tu dia hantar sekali tulisan karton tu. Comel kan.



Apa pun, terima kasih untuk mereka berdua. Terharu sebenarnya.
Ini lah indahnya persahabatan alam maya kalau kita ikhlas dalam bersahabat.

20 October 2014

Happy 10th Year of Friendship

kredit : Here

This entry specially dedicated to my friends

Mereka yg ku kenal dari alam maya.
Zaman internet baru mula nak berkembang.
Zaman internet baru dial up 1515. 
Zaman telefon bimbit yang hanya berfungsi untuk perbualan telefon dan SMS sahaja.

Kenal dari forum mesra.net.
Dari berbalas komen di forum, terus rapat, dan terus kenal di alam realiti. Virtual to reality.
Walau jarang jumpa, tapi kami tahu, kami adalah "kawan dan rakan"
Walau kadang bertelagah pendapat, kami tahu kami tetap "kawan"

Dulu kat forum memasing guna nick name kan. Dan nama tu still lekat smpai sekarang.
Dee (nama betul Linda)
Hana (Marini)
Fiza (ni mmg guna nama betul)
Mizdodol (Julie - tp panggil kak Julie dah ni)
and me - Puanstoberi.. hihi. Dak aih. Dulu ai dipanggil REEN. Gitchu...


Dulu, masa semua anak dara, kerap juga bercuti bersama. Ke Bukit Tinggi lah, ke Melaka, Cameron Highland, Penang. Paling jauh kami buat trip ke Bandung.

Mereka ni gak geng karoke ai. MyDH pun dah tahu, if nak karoke, harus dengan mereka nih.
Dulu... dulu lah.. siap main futsal sesama. Tu dulu... lama sgt dah. Zaman ku muda belia dulu. Ada gambar pun, tapi tak ku sanggup nak tampalkan kat sini.
Hihi.

Masa Hana tunang.
Turut bersama Kak Julie.
Semua wedding derang aku attend.

Dah kenapa aku kelihatan gemok dan selekeh tu. Haha.
Ni masa wedding adik Dee kat Morib.
Dan derang pun attend jugak tunang wedding aku kat Perak.
Dee n Hana tu siap jadi pengapit aku lah. Dee pengapit kat Perak. Hana pengapit kat PJ.



Kami ni memasing ada kisah tersendiri (yang biar lah kami2 je tahu).
Mungkin itu juga faktor merapatkan kami.

Sedar tak sedar dah 10 tahun kami berkawan.
Sekarang ni Hana, Fiza n Kak Julie dah beranak dua pun.
Kejap je kan. Dari zaman umur 20-an. Now ni semua memasing dah 30-an.
Uhuk. Uhuk.


Sekarang kami ada jugak jumpa2 since ada yang ofis di KL.
Esp kami bertiga.
Luncheon together.
Ni last month. Makan kat Ampang Park pastu jalan2 kat Intermark.
Me - Dee - Fiza
Tu lah. Dulu kenal kat porem pun buleh jadi kawan kan.
Sekarang ni tak boleh la simply2 begitu.
Tapi, ada juga yg kenal dari blog dah jadi member jugak kan.
Cam adik2 TTC aku.
Eh. Tetiba rindu pula dengan adik2 TTC aku tu.

*Hai adik adik... pe kabar uols...

28 August 2014

Jumpa Kawan Baru

Tahun ni tak buat acara makan2 skala besar, jadi takde la kenal ramai kawan baru.
Macam masa house warming (last 2 year), and makan2 last year, ramai gak ajak blogger. Jadi, ramai yg datang n dapat berkenalan. Walau ramai yg cam segan je sbb 1st time jumpa kan.
Eh, takyah la segan2. Datang je. Macam Su Su n Elina tu, mmg katanya setahun sekali la kita jumpa pun. 
So, tahun ni, buat makan2 skala kecil, jadi takde la ajak reramai pun.
Sapa free datang je.
Ajak juga kengkawan sekitar2 rumah.
Tahun ni dapat kenal lagi sorang kawan baru.
Actually pun dah kenal melalui blog kan.
Tapi, bila jumpa baru rasa cam ... 'mesra....'

Hihi.

Rasa ramai je kenal kot blogger nih.
Cikgu Azrine kita nih.
Kiterang sebaya tp beliau dah ada anak dara yg sama sebaya dgn salah sorang anak buah aiols.. oke..nangis tepi pintu ...





Sempat gak dia meluangkan masa datang bersama anak2 nya.
Yang ramah tamah kakcik tu. Comel sgt dengan keletah dia. Hihi.
Siap asyik usha kolam je. Huhu.
Oke. Nanti datang lagi rumah acik Ida oke. Kita mandi kolam.

Thanks tau Rine, sudi datang umah kite.
Sempat gak mintak cara2 buat cucur rangup sbb anak2 dia suka makan. Hihi.

edited :
Rine pun up entry lebih kurang waktu sama ngan aku up entry ni.
Cerita dia : http://azrinzfamily.blogspot.com/2014/08/jemputan-raya-rumah-blogger-puanstoberi.html

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign