Pages

Showing posts with label takde label. Show all posts
Showing posts with label takde label. Show all posts

14 November 2014

Birthday Che Merah Yang Ke Setahun

Salam Jumaat 21 Muharam 1436h bersamaan 14.11.14.
Oh. Nombor cantik juga hari ni ye. 14.11.2014. Oke nice.
Dan hari ini juga chemerah saya genap setahun.
Happy birthday untuk chemerah.
Sempena genap lagi sebulan birthday tuan dia pulak. Cewah. Sebooook  nak gtahu. Hiwhiwhiw.
Hadiah untuk chemerah -
Last week dah siap hadiah dia.
Rentetan dari cerita ini.
Terima kasih kepada "abang sulung" dia, incik kelabu yang berkorban memberikan NCD kepada chemerah. Hiwhiw. Banyak tul warna dalam kehidupan puanstoberi nih yer. Huhu.


Busy lah uols. Ada memacam cerita. Tapi tak sempat lagi nak up entry. Nanti ahkak draf dulu lah. 
Cerita balik Perak tapi lalu jalan lama ikut Teluk Intan.


Cerita pergi kursus.
Cerita photobook yang dah dapat.

Cerita itu. Cerita ini.

Okey lah. Nanti kita sambung lagi.
Esuk dah weekend ye..
Best.. best.. 

Happy weekend yaw!

29 May 2012

Edisi Hari Selasa Yang Macam Hari Isnin

Hye olss... 3 hari meninggalkan dashboard blogger.
Jenuh nak khatamkan balik. Ada dah baca sesket. Tp tak smpt drop komen lagi.

Adoi. Mengantuk la pulak. Ikut rasa mmg nak sambung cuti, tp takpe lah. Byk kali sgt pun dah cuti kan. Sakit perut pun yer gak ni.
Tah. Memacam hal.
Mak ada kat umah. This weekend kenduri kawen kat umah kazen lak.
Adoi.
Musim cuti2 ni, itu je lah agenda nyer.
Nenati lah citer wedding anak buah kat Taiping last weekend.

Org ofis duk sebuk nak gi Sukan kat Kelantan weekend ni. Urus setia pun seme dah siap nak pegi.
Weols berdua tak join. Sbb ada wedding tu lah. Mak pun ada kat umah.
Jadi, thn ni tak dpt la sertai. Takpe lah. Lama lagi kot service kat sini. Insyaallah.

Mengantuk. Brrr....

Oh. Pemenang GA Krabi. Thank you.
Saya dah dpt seme nama pemenang. Thank you sbb lelaju emel.
Jadi, takde la pemenang KIV nampaknya.
Lagipun, ada antaranya mmg dah ada alamat dlm simpanan.
So, senang dah.
Insyaallah, esuk atau lusa boleh gerak pun hadiah.

Adoi. Susahnya nak kembalikan mood ni.
Rasa cam ari senin plak...
*yawn*
Image : Google

4 May 2012

Edisi Aduan : Selesai Sudah

Oke lah. Alhamdulillah. Settle lah.
Cumanya, ce kabo kalo duit da masuk ke akaun. Emel la. Takde la aku tertanya2 mana dtg duit termasuk dlm akaun aku ni.
Jenuh aku pikir tau, sapa lak masukkan cek. Pulak tu date masuk time aku outstation Kedah tu ari. 26 April. Dah bajet org salah masuk ni. Padahal tak mungkin la kan, cek tu, kalo masuk by no akaun adalah kebarangkalian. Nak untung saja. Haha.

Pikir punya pikir, baru tingat.
Ini rentetan dari kes ini lah. Rujuk entry ini dan ini.

Alahai. Notice la sket ke aku. Bkn susah pun. Emel je. Saja nak suh aku emel lagi skali tertanya2 pasal duit tu? Hadoi. Aku pun terlupa dah pasal tu. April 20 aku antar detail aku. Then 26 April dia refund balik.

Terima kasih lah wahai sykt M*****. Harapnya lain kali jangan buat begini lagi.
Utk aku, mmg tak la nak berurusan lagi. Cukup. Cukup. Bkn la nak kata serik sgt. Tp at least dpt mengurangkan list sykt voucher yg aku berurusan. Dua cukup. Cukup.

Utk mengelakkan aku 'ter' beli lagi voucher dari situ, aku trus unsubscribe newsletter yg memenuhi inbox aku hehari. Bagus. 

Aku mmg tak byk pun beli voucher dari sykt ni.

Itu pun yg puas hati cuma photo canvas ngan kek. Kek tu pun cam hampagas gak la rasa sbb dah terbeli. Nak ngambik cam bercinta. Jauh terpelanting kat tpt perindustrian Puchong sanun. Itu tak salah sykt tu la. Salah aku. Dah tau jauh pasai apa gatai gedik nak beli kan.

Yg karaoke tu. Burnt. Sbb aku amik kat Redbox Sogo. Redbox Sogo harga dia lagi murah dari voucher. Sadis. Nak tukar tak boleh. Sadis lagi. Tak memasal Dee juga terpaksa menghanguskan duit dia. Ini mmg rasa geram gak la. Ala ala tertipu gak. Tp aku rasa aku yg bongok, tak tgk bebtul. Derang apa kira. Mau untung maaaa....

So, pada kawan2 yg sker ber voucher voucher, ber deal deal ni, jgn la risau. Satu dlm seribu je yg ter kena kes camni. Kalo terkena tu cpt2 emel pada derang. Insyaallah, derang akan settle kan apa2 masalah tu. Tp jgn la pulak takut nak beli. Boleh je. Takat ni sykt Groupon (plg aktif aku beli voucher), Milkadeal, tak pernah mendatangkan masalah lagi pada aku. Hopefully.

14 December 2011

Tentang Aku

Mau cerita tentang aku plak. Panjang ni. Kalo maleh baca, sila skip.

Aku adalah insan biasa-biasa je. Takde yang istimewa pun utk diceritakan. Tp utk dibebelkan mungkin banyak haha. Biasa je aku ni, asal dari kampung *ni ikut nada cam citer apa ke tah kat astro time raya tu ari*. Sekolah rendah kat kampung, naik menengah baru masuk bandar sket. Ala... tu pun tak bando sgt. Ipoh apa yg ada sgt dlm tahun 90-an tu. *Eh. Ada UO ngan wayang tau*

Oke, pasal family aku.
Family biasa-biasa jugak. Tak terlalu kaya, dan tak terlalu miskin. Sederhana kata org tu. Ada 5 beradik dgn komposisinya seorang kakak (sulung) and 3 abang. Aku bongsu lah kan. Mak - surirumah, arwah ayah - bekas askar. Jgn ditanya pangkat apa, mmg aku tatau. Huhu. Dulu arwah ayah salu citer, dia la paling susah kat kampung dia, tp dia nak ubah nasib dia. Dia salu ckp yg ni 'Allah takkan ubah nasib umatnya, kecuali kita yg berusaha untuk mengubahnya' - ayat Al-Quran tu kan. Tp tak igt surah apa. So, ayah mmg rajin. Lps pencen dia byk usahakan ladang2. Ada getah, kelapa sawit, kebun buah2 sesket. Dan ayah dan mak, walo tak berpelajaran tinggi tapi meke berjaya menyekolahkan kami adik beradik hingga ke peringkat tinggi dimana seme da menjawat jawatan dlm perkhidmatan awam. Syukur... Adik beradik aku ni seme cikgu dan aku pun ari tu nyaris2 jadi cikgu. Haha. Tp aku sedaya upaya nak pecah rekod, takmo jadi cikgu. Maka, mmg tak jadi lah. Hihik.
Eh. Ni da jadi citer pasal family. Oke, skip. Ni tentang aku kan. So, lagi.
Birthday tahun 2007 (alamak besaunya gg haku)
Pasal pendidikan.
Pun biasa-biasa jer. Blaja smpai degree je. Grad dari UiTM. Bkn lah UM ke mana ke yg haibat2. Tu aku kata, aku ni biasa2 je. Tp walo dari UiTM, aku dah pastikan result aku bkn la biasa2 suam suam kuku. Hihi. Oke, pasal result skip lah. Aku sekolah dari tahun 1986 - 1991 (rendah), 1992 - 1994 (PMR), 1995 - 1996 (SPM). Kan aku kata aku ni biasa2 je, maka aku masuk UiTM second batch-tahun 1997 ke 1998 tah. Tk igt. Dan tamat blaja tahun 2002.

Bila abis blaja aku tak trus keja tetap. Tp dpt jadi GSTT selama setahun pada thn 2003. Tu aku kata nyaris2 aku jadi cikgu tu. Ada jugak mintak KPLI, tp tak dpt. Ye lah..dlm hati bukan hendak sgt jadi cikgu kan. Tu la pasal. Setahun tu risau jugak takut tak dpt keja lain, tp rezeki menyebelahi aku bila dpt keja tahun 2004. Pun jawatan biasa biasa je. Patut mintak keja ngan degree, tp aku mintak ngan diploma. Jawatan pun diploma je lah.

Tp Allah tu dah tentukan sesuatu yg terbaik utk kita. Tahun 2008 aku kawen, dan tahun 2010, aku dpt jawatan yg menggunakan kelayakan degree. Tu lah rezeki namanya kan.
Potong kek beday n kek kawen - 2008
Tu pasal keja, pasal favourite plak - dah aku ni biasa2 je orang nyer, apa pun biasa-biasa je. Simple la org kata, tp aku sker yg simple but perfect. Ha... susah tu. Sapa jadi anak buah aku tau la. Aku simple je, takde la suruh itu ini, tp keja harus perfect. Tp idak smpai tahap cerewet yer.

Makanan plak, aku ni hantu laksa, dan luckily aku menurun mak aku yg pandai buat laksa. Eh. Bkn pandai la. Cam riak plak. Heh. Tak baik. Kira tau la buat, cukup asam garam n org makan tak pitam. Haha. Minuman, aku sker yg sejuk2 je. Air buah terutamanya tp tak sker fresh orange, tp kalo da terpaksa bleh je.
Dgn adik2 seunit - 2009
Karakter aku lak - org yg kenal aku dari jauh mungkin mengandaikan aku ni seorang yg sombong - aku biasa dgr tu. Aku bkn sombong la. Cuma aku tak sker org kecoh2 ni. Rimas giler kot. Cam dlu masa kat U, kan mcm ada time air takde kat hostel, org lain seme kelam kabut dah ni, ngan baldi hapa, aku ngan bff aku time tu - Juwita dok rilek lagi. Bleh siap tido seme. Apa nak kalut? Takde air lagi bes, takyah mandi, takyah gi klas. Takpun takyah mandi, tp gi kelas.
Lps tu aku ni tak pandai hipokrit. Tu la org kata sombong. Aku tak sker kau, ha...mmg aku tak sker la. Jgn igt aku bleh meleseh2 membodek kau.  Selain tu, aku jugak mengamalkan lantak kau la nak kata apa pun, bukan aku mintak duit ko, dan bukan kau yg bagi gaji kat aku. Kalo aku susah pun kau bkn nak tolong. So, sapa masuk dlm kategori tu, mmg aku lantak kan saja. Lain la mmg kategori yg tolong aku time susah, yg salu dengar poblem aku, ha..yg tu mmg aku sayang. Sbb aku ni kalo sayang..mmg sayang, kalo buat aku sakit ati, jadi kak nam nam seme mmg aku tak bleh hipokrit la nak suka ke apa.
Sebenarnya aku amat ceria org nyer. Dan bleh dikatakan 'extrovert' juga. Boleh memulakan perbualan dgn org yg tak dikenali. Juga mudah mesra. Hihi. Tak caya?? Sila tanya org2 yg penah jumpa aku for the 1st time. Yg salunya kawan dari porem mesra dot net dan kawan2 blogger.

2010 - kek takdak. Mydear sponsor BA
Lagi, oh. satu lagi kegemaran aku - travel. Setiap bln harus ada travel kalo ada kesempatan dan ada rezeki. Cumanya target aku, sejak aku gi Bandung tahun 2010, sekali dalam setiap tahun, aku cuba utk pergi luar sket dari Malaysia ni. Tp sbb aku ni biasa2 je, takde la aku bleh pegi smpai Paris ke seme tu.  Takat2 sekitar2 negara Asean/Asia ni je la.  Eh, bukan la kata aku nak menunjuk2 gitau gini, tp tu short-term target aku.  Dlm life kita kan memasing ada target/goal memasing.  Jgn la sket nak sentap, sket nak kasik komen yang tak membina.  Memasing dgn rezki memasing, so aku rasa tak perlu kut nak pertikai kan.

Bercakap soal target/goal ni, ada satu lagi target dalam hidup aku tak terlangsai yakni melanjutkan pelajaran. Aduhai. Part ni aku sendiri segan nak cakap dah.  Tp, Insyaallah, akan terlaksana juga satu hari nati, sbb itu adalah cita-cita aku. Master dan terus ke PhD kalo bleh.

Tu je lah tentang aku. Dan syukur Ya Allah kerana memberikan kehidupan ini utk aku walau pun biasa biasa je. Dan terima kasih Ya Allah kerana membenarkan aku menumpang di bumiMu utk 32 tahun ini dan izinkan untuk terus menumpang dan terus beribadat kepadaMu. Moga dihadapan sana, kehidupan menjadi lebih baik. Dan aku mohon agar aku dapat menjadi isteri terbaik utk suami ku dan diberi kesempatan menjadi seorang ibu.
Satu yg amat aku syukuri kerana apa yg aku hajati, Insyaallah akan tercapai, walo ketinggalan dgn sahabat2 yg lain, tp Insyaallah rezeki tu mmg ada. Dah lama aku perhatikan bermula dari masuk U dulu (kan aku kata 2nd batch), then kawen pun lewat (29 kira lewat la tu kan), org lama da jawatan dgn kelayakan degree, aku dpt lps 8 thn. Tu sbb aku tak risau sgt ttg rezeki anak sbb aku tau lambat laun Insyaallah ada. Kerana dgn dugaan dan ujian dari Dia ni lah aku tak pernah lupa pada Dia. Alhamdulillah.

Ikhas dari,
Insan yang biasa2 je yg meraikan harilahir ke 32 hari ini dengan biasa-biasa je.
Ucapan utk diri sendiri. Haha. Ko mampu ucap utk diri sendiri??Miahahaha



#Aku disable kan notification befday dlm FB. Saja. Haha

17 November 2011

Dah Open

Smlm aku tutup jap.
Kelam kabut. Minda tak terjana dgn betul.
Sbb mengesyaki ada 'stalker' yg saiko sdg mencari cari maklumat diri aku.

[wah. ko igt ko retis popular tetiba nak ada stalker bagai kah??]

Beliau mmg bukan antara boipren aku dulu. *wah. antara tu - harus ramai tu. Haha. Biasa la. Anak2 muda - alah. 3 je pun kot. Hau hau hau*
Sbb kalo ex boipren, seme aku add je kat FB tu - saja nak tgk life derang. Haha. Aku yg saiko ni kot nya. Cuma sorang lagi ex aku tak dpt trace. Kpd beliau, tolong lah add saya. Saya nak tau life awak skang, keja mana, anak berapa, rumah beli kat mana, pakai keta apa. Haha. *lagi teruk saiko nyer rupanya*

Tp kawan sekolah lah. Tp masa sekolah tak la kenal sgt. Cuma lepas sekolah - time aku nak smbg degree tah cena ter jumpa dia - lps tu senyap - tetiba aku da keja leh terjumpa plak - secara tak sengaja - lps tu ada hal nya maka tak jumpa balik- skang dtg kat FB plak - haisss...

Smlm petang, terpaksa filter kan seme sahabat2 di FB - yg aku percayai bleh menyebabkan si saiko tu bleh kesan aku - mujur aku mmg dah grup kan seme friend aku kat FB sanun (itu lah penting nya tak ramai kawan kat FB, sng nak filter kalo jadi apa2 hal - 2rat je kawan aku kan - kalo 2ribu - mmg mampuih mokcik nak trace seketoi seketoi)

So, mcm dah oke pagi ni. Jadi aku open.
Biasa la aku. Poyo lebih. Tahpehapatahkan.
Tentah org tu oke je kut. Mungkin dah berubah (tidakk... kata hati aku dia tetap saiko cam dulu. Dah lebih 5 thn dia tak dpt trace aku, tup2 muncul plak. Mintak FB aku kat kawan aku setelah aku reject request dia kelmarin. Eii.. saiko.saiko.saiko).
Moga dia buta IT la hendaknya, tidak menaip nama penuh aku kat goggle tu - kalo tidak mungkin dibawa terus ke opis aku dimana dia leh jumpa segala bala pasal aku - dan termasuk ke kebun stoberi ini jugak. Adoi. Tp kat sini pun dah dilengkapi dgn ciri2 yg tak bleh nak tgk seme entry aku - kan takde button older post kat bawah ni kan. Haha. Kat arkib pun tak bleh tgk seme sbb takde button older post - tu pun kalo dia rajin la nak selak selai selai.

Jadi moga moga takde la dpt berita lagi pasal org saiko tu carik aku.
Fuh..fuh..fuh... seriyes takut walo aku intai profile dia - ada tulis engaged with bla bla bla - eii.. takut gak. 5 thn lepas, tetiba lps jumpa dia aku dpt msg yg kononnya dari 'isteri' dia. Msg je. Lps tu bila aku call dia tak jawab. Aku tau yg dikatakan 'isteri' tu adalah dia sendiri. Guna no lain. Dia ugut2 aku. Lps tu aku kata aku dah hantar nombor tu kat polis. Dan terus diam smpai skang. Hingga lah dia muncul balik. Tak menakutkan ke kalo dah ugut2 tu??

So, moga oke semuanya. Aku taknak pasal ni plak aku terpaksa tutup terus kebun stoberi ni. Takkan hanya kerana si saiko giler tu kut. Negara ada undang-undang kan. Apa2 hal, aku akan terus ke balai polis.

Sekian terima kasih *eh. Aku lak cam saiko - miahahaha - cam Melly si saiko dlm citer Tentang Dhia tu*

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign