Pages

9 August 2011

~Pasal Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah~

Hari minggu yg aku berkira kira nak masak ke tak tu, akhirnya aku masak gak.
Sbb nyer bila aku bilang mau buat ayam goreng rempah kat FB, anak buah ku kata sedapnya, dia nak dtg berbuka. Maka, ndak tak ndak mmg kena masak la kan. Takkan kita nak beli kat Pasar Ramadhan lak kan. Sgt tidak bernafsu, nak bagi org makan, kena beli.

Makanya seperti ku pikirkan lah menu nya. Nasik lemak ayam goreng rempah + ikan bilis goreng + ikan terubuk goreng + timun + kangkung rebus. Siap!
Oh. Aku kalo buat nasik lemak mmg sker asingkan sambal ngan ikan bilis goreng sbb aku sker makan ikan bilis yg krup krap krup krap rangupnya. Hihi.

Up lagi dgn air sirap + temikai yg di racik racik.


Oh. Aku jarang buat ayam goreng rempah. Jadi utk aku nak igt semula resepi dia, aku mau tepek resepi nyer. Utk diri sendiri je pun. Korang2 da tentu pejam mata je wat ayam rempah nih.

.Ayam goreng rempah.

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam
- 4 biji bawang kecik, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, jintan manis, sedikit garam & gula - ditumbuk
- 2 sudu kecil serbuk kunyit (nak pakai kunyit idup pun oke juga)
- 2 sudu kecik serbuk kari daging

Cara-cara
Bersihkan ayam, perapkan dgn bahan2 tumbuk, serbuk kunyit serta serbuk kari dalam masak 1/2jam ke sejam. Nak lagi lama pun bleh. Takde hal punya. Lepas tu goreng la.

 Tp awas! Baunya semerbak hingga menyengat idung jiran tetangga. Hihi.


Juadah kami petang itu. Anak buah aku up pula dgn air soya ngan murtabak ayam & daging. Kenyang smpai sahur. Hihi.

Motip tayang gmbr makanan di tengahari buta ni? Ampunkan hamba penunggu gua... huhuhu.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign