Bleh katakan selama berpuasa ni, mmg aku masak tetiap hari kat umah.
Org tanya "Da, masak ke balik ni?"
Jawapan aku "masak!".
Org tanya my dear plak "Ida masak eh?"
Jawapan my dear "masak!"
Haha.
Takde aku nak bangga diri ke riak ke hapa ke sbb aku leh masak. Thn ni je pun aku berazam ni masak. Thn2 lps nan hado. Ada takde satu jenis je aku masak. Lelain beli. Tahun dpn da pindah rumah, entah sempat entah tidak la nak masak camni.
Tp thn ni mmg aku m.a.l.a.s. Yep. Mmg aku malas nak berhimpit2 kat Bazar Ramadhan. Dah la paking jauh. Berjalan kaki. Lps tu blank tatau nak beli apa.
Jadi, aku pun merajinkan diri utk memasak walo aku tak penah smpai umah kurang jam 6pm. Alah, aku masak pun simple2 je. Takat sambal tumis. Selang selang la, cam semalam aku masak sambal tumis sotong, lusa ke tulat ke aku buat sambal tumis udang ke, ikan ke. Lps tu sayur pun seme goreng/rebus je. Tumis, then taruk kicap. Sap sap soi kan.
Ada takde yg agak heavy (padahal easy mesy je kan) adalah kari ayam. Tp kari ayam pun sgt la sng. Tuang itu tuang ini da siap.
Utk masak ni mmg kena pikir 2,3 ari in advance da nak masak apa. So, sng la bajet masa. Cam aku, katakan ari ni aku nak masak kari ikan, maka ikan aku da pindahkan dari freezer tu ke bawah sblm gi keja. By dat time aku smpai umah jam 6, dia da defrost. Rendam kejap je da bleh masak. Kalo sotong ke udang ke aku da siap bersihkan ari minggu yg lps pegi pasar tu. Maka mmg ready utk dihumban dlm kuali je.
Dan yg paling membantu aku adalah mendalah ini
Sgt2 membantu. Aku ni mmg fail bab tumbuk menumbuk. Kalo nak tumbuk cili wat sambal belacan tu acapkali je masuk dlm mata. Hah! Rasa nak pitam dibuatnya. Hoho.
Oleh kerana itu lah, seme aku blend. Kalo nak buat sambal tumis, aku just buang kulit bawang, kerat kerat kasar, masuk segala asam garam seme dalam blender ni, putarkan je. Siapp.. terus tumis. Mmg senang. Cili mmg aku da blend sesiap. Tu mmg takde poblem. Jadi sambal tumis bleh siap dlm masa 15 minit je.
Blender ni ekceli blender serbaguna. Food Processor nama dia. Dia leh wat soya, fresh juice segala. Mcm blender biasa tu gak la, tp lebih mudah. Sbb kalo blender biasa, yg kecik blender kering tu mmg tak leh la nak blend bawang seme. Tp yg ni bleh. Takde masalah. Even sambal belacan, sambal kicap mahupun bhn2 nak buat kangkung goreng belacan pun aku blend. Tak smpat eh nak menumbuk2. (citer pasal ni ada kat entry lama aku, jenuh aku korek2 balik sbb nak gambar tu. Hihi - ada kat sini - http://pnstoberi.blogspot.com/2010/04/pnstoberi-fresh-fruit-juice.html )
Dulu rajin la aku buat soya la, jus mangga la, air temikai lah. Skang ni... nan hado..malehhh.. so, mmg aku guna utk blend2 bahan tumis je lah.
Menda ni aku beli last year masa kat Perfect Living. RM299 rasanya. Tp aku tgk kat Jusco brand Pansonic tak silap aku leh dpt RM159 ke RM199. Sebijik sama. Cumanya aku tgk lps aku dah beli bendalah tu.
Tp tak kesah lah. Sbb compare to blender biasa, aku lagi sering guna yg ni. Memudahkan aku. Sbb tu aku bleh je masak kalo balik umah.
Tp, kalo da tak rajin tu, buh la benda apa skali pun kan, mmg tak masak gak. Itu adalah berlaku pada diri aku ketika bulan tak puasa. Igt aku rajin ker? Haha. Seminggu 2,3 kali je kot masak. Selebihnya... pepaham sendiri la. KFC, McD seme sejengkal je dari umah. Kedai makan lagi tak kata. Hahah.
Eh. Bila aku view balik entry aku ni, sedapnya la hai tgk fruit juice tu. Ahah! nati nak beli buah la. Buat jus. Dapnya... nom nom nom.
Terima kasih atas komen anda :)