Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

6 October 2015

Resepi : Kacang Pool

Baru ku tahu asalnya kacang pool adalah dari perkataan "foul"
Terus rasa fool. Hahahaa (T___T).

Aku pun idak la pro benar makan kacang pool ni.
Tu pun baru sekali makan tu hari masa outstation JB. Sedih. Haha.
Tapi, okay lah. Suka je. Buleh lah makan. So, buleh la buat sendiri sementara suka buat roti ni kan.

Okay. Mari kita share resepi kacang pool.
Untung2 tak perlu nak berjalan smpai ke JB nak makan kacang pool.
Tapi, rasa tu idak la mabeles dan superb macam kat JB.
Tapi, buleh la kata orang tu kan. Heheee..
Ai guna resepi yang di campur dari blog-blog. So, thanks to blog rezwati n simply sha

Okay, mari kita tgk apa bahan dan cara yg ai buat tu hari.

Bahan-bahan.
1 tin kacang foul (toskan air dan lenyek2 kasar)
1 tin kacang panggang (baked beans) *saya guna tin kecik sahaja.
200g daging kisar
Bawang (bawang kecik pun buleh, bawang besar pun buleh)
4 biji bawang putih
1 inci halia
1 setengah sudu besar  serbuk kari daging
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu cili blender
2 cawan air (agak2 la ikut bahan kita sbb kuah mudah pekat)
Garam 
Gula
Kiub ayam (suku atau separuh sahaja)
Butter / margerine utk menumis (minyak biasa pun buleh saja)
Kalau suka buleh letak 1 sudu teh jintan manis dan 1 sudu teh jintan putih (goreng tanpa minyak dan dikisar) *tapi tu hari saya tak letak

Garnishing :
Telur mata kerbau
Bawang besar - potong dadu
Lada - potong dadu (saya guna cili padi)
Limau kasturi / limau nipis

Cara-caranya :
1. Kisarkan bawang, bawang putih dan halia (dan juga jintan kalau digunakan)
2. Campurkan bahan kisar dengan serbuk kari daging & serbuk ketumbar dan juga cili blender. Masukkan sedikit air dan jadikan pes.
3. Panaskan minyak/butter/margerine dan tumis bahan yg telah menjadi pes sehingga berbau harum.
4. Masukkan daging kisar dan kacau rata. Masak sehingga daging agak masak.
5.Masukkan air dan didihkan kuah.
6. Apabila kuah telah mendidih, masukkan kacang foul yang telah dilenyek dan kacang panggang bersama sos nya.
7. Masak sehingga pekat. Tambah garam dan gula. Kalau letak kiub ayam, jangan letak garam byk sgt sbb kiub da sedikit masin.
8. Kalau suka agak berkuah, cairkan sedikit.

Settle.
Boleh cicah dengan roti bersama telur, bawang, lada dan limau.
Sedap weh.

*Kacang foul adalah kacang parang dalam tin
gambar dari blog CMG
Kalau susah cari, pergi kedai yg menjual barangan/makanan arab. Pasti ada.
Tu ari pergi kedai arab Berkat Madinah kat Ampang tu, mmg melambak. Pelbagai brand lagi ada.

3 August 2015

Resepi [Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar]

Nyum nyum.
Ai memang Perakian - as orang Perak sure orang kata gemar makan tempoyak kan.
But me not like tempoyak much.

Durian pun me tak kesah. Tak giler langsung makan durian. 
Sedari dulu lagi lah. Mungkin sbb dari kecik dah tahu mmg durian ni senang dapat.
Memang kat rumah kampung ada dusun durian. Takde la dusun ber ekar ekar. Tapi, kata orang tu nak makan memang lepas sangat.
Tempoyak lak - macam lauk2 lain la. Takde la oh, my favourite.
Tapi, idak la tak boleh makan. Takde la ewww.. apa tu, tempoyak? Ewww.. itu mengada kalau aku orang kampung yang ada durian cakap camtu. Pelempang kan aje.

Tempoyak mmg mak buat sendiri.
Mak buat mmg teliti lah. Guna pisau dan garfu. Takde la ramas2 ngan tangan tu. Yang tu baru ai ewww kan.

Jadi, bebaru ni kan musim durian.
Banyak tempoyak fresh mak buat.

So, me rajin sket la masa raya tu ari. Rajin sket masak. 
Kot tak, maleh la bebeno.

Raya ke berapa ke ntah, me buat pais tempoyak.
Semua my family tak pernah makan. Even tak pernah dengar pun.
Me pun tahun ni baru tahu pais tempoyak ni. 1st time makan masa HKK bulan 2 tu ari.
Yer, mmg ailoike much lah pais tempoyak ni.
Memang kena beno dgn tekak ai.

So, ai buat.
Bila buat, ramai suka.
Anak buah yang remaja2, yang jenis tak makan tempoyak pun suka.
"sedap la ucu" depa kata.
Abang ai, yang mmg tak makan gulai tempoyak pun suka juga.
Kak ipar dan seme seme lah suka.
Siap ratah2 gitu.

Memang sedap uols. Cuba lah. Tapi utk orang yg makan tempoyak je lah. Yang eww..ewww tu takyah la. Haha.

My pais tempoyak ikan patin.
Sorry lah nampak messy sket. 1st time lah uols.
Walau begini, ramai yang siap ratah2 tau.
Haha.

Nah ai share resepi (masa kat kg ai google gak. Tapi, maaf bebanyak, ai lupa sgt blog sapa yang ai refer tu. Walau cemana pun, thanks utk orang yg share kan tu).

Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar
Bahan-bahan.
*Seekor ikan patin fresh (patin sungai tau. Beli kat pasar tani, atau kat Temerloh atau memana lah. Kalau kat pasar, ke pasaraya ke itu patin besar peha tu, tak best. Mak kata patin laut.) Patin sungai ni saiz sedang2 je lah. Tidak besar, tidak kecik.
Suruh orang kedai tu bersihkan sesiap. Takyah rajin nak siang sendiri. Hehe.
*Daun kunyit.
*Daun pisang.
*Kunyit hidup.
*Bawang merah / bawang besar
*Cili Padi.
*Serai.
*Daun kesom
*Dan bahan paling utama - tempoyak lah. Yang fresh lagi sedap. Sbb dia ada manis2 durian tu lagi. Takde yang fresh pun takpe. Boleh ja. Asal nama tempoyak.

Cara-cara.
*Basuh bersih2 ikan patin. Kalau besar buleh potong dua. 
*Tumbuk bawang + kunyit hidup + cili padi. Tumbuk hancur. Letak garam sket. Kalau tak suka pedas sangat, tambah cili merah (cili masak).
*Pastu dah lumat semua, gaul dengan tempoyak. Tempoyak ni agak2 lah nak banyak mana.
*Serai di titik.
*Lepas tu salut lah badan ikan patin tu dengan tempoyak. Ratakan seluruh badan dia. Baru lah sedap dan sekata rasanya. Taruk serai yang dah dititik tu.
*Balut ngan daun kunyit, pastu dengan daun pisang. Ini sebab masa ai buat tu hari kat kampung which, semua ni amik kat keliling rumah. Kalau hidup di KL, dan duduk atas langit tu, takyah pun takpe daun kunyit tu. Balut ngan daun pisang cukup. Atau balut dgn daun kunyit ja. Either one la. Daun kunyit tu saja nak naikkan bau kata orang tu.
*Pastu perap lah dalam sejam. Biar je situ.
*Dah sejam, bakar.

Bakar ni ikut apa yang kita ada lah. Kalau ada magic pan, bakar lah guna tu.
Kalau ada periuk go shop (macam aku kat kg guna ni), bakar lah guna tu.
Kalau ada pengepit tu, pun boleh.
Kalau guna microwave... pun boleh kot. Tapi, kureng la sket kan. Takde hangit2 sangat. Haha.
Tak lama pun masak dia. Agak2 macam dah wangi, dah likat sket tempoyak tu, masak lah tu.

Tak suka ikan patin boleh guna ikan lain.
Katanya talapia pun best.
Tapi, ai tak pernah try. Sbb ai boleh makan ikan patin. Nak2 lagi macam ada lelemak tu kan. Itu lah sedap uols. Dulu ai pun eww eww kan ikan patin nih. Skali kawen ngan orang berdarah Pahang, terus rasa, sedap la pulak ikan patin. Hahaha.
Yang penting, ikan patin tu kena fresh. Baru isi dia manis... diadun dgn tempoyak... pergh.. terliur woi.

Kalau malas buat, gi beli je kat Gobang Maju tu.
Seketui RM18. Hehe.

*pais ni byk version kan. Lain tempat lain versionnya. Perak punya version mmg beza. Pais tempoyak ni rasanya mmg terkenal di Temerloh ja. Tempat lain mmg takde. Even my mertua orang Raub / Kuala Lipis pun tak pernah buat. So, kita bagi kredit - pais tempoyak ni mmg asal dari Temerloh. Hehe.

26 June 2014

Mushroom Soup to Mushroom Sauce

Petang semalam, lepas balik kerja, buat ni.
Meriah baq hang. Macam ada special occasion. Gitew.
Siap dengan float AnW.
Tapi takde apa pun.
Saja.
Sbb dah lama beli chicken chop ready made tu [brand Ayamadu - Maryland Chicken Chop. Tapi susah nak carik. Takat ni aku jumpa kat Giant]. Nanti puasa takkan nak ber chicken chop kan. Tak seswai. 

Eh. Jap, cam menyampah pulak aku tgk design dining table aku tu. Cam comot2 kan. Cam air tak dilap pulak. Eish. Tapi nak buat cemna. Sapa yg pilih design tu?? Sendiri khenn... Jadi, terima seadanya lah. (T___T)

Buat coleslaw yg simple. Ricik kobis, potong carrot, buh mayonis, buh lemon [terlebih masam pulakkk!!], buh garam secubit. Taruk dalam peti ais dulu.
Pastu baru buat kuah mushroom sauce tu. Aku kureng sket black pepper. Aku suka mushroom. Simple nau aku buat. Guna mushroom soup je. Pemalas. Mmg gitu lah. Patut homemade. Baru lah sihat kan.

Never mind, lemme tepek d resepi yah.

Mushroom Sauce.
Bahan-bahan :
*Button Mushroom [aku guna yg fresh - white button mushroom. Boleh juga guna yg dalam tin]
*Mushroom Soup [aku guna yg serbuk brand Campbell - ada 3 pek kecik dalam kotak tu - guna 2 pek. Buleh jugak nak guna yg dalam tin ]
*Black pepper sauce
*Butter / soft margerine utk buat minyak menumis
*Bawang besar - hiris kasar
*Bawang putih - tak letak pun takpe, tapi aku saja letak. Bagi naik bau.
*Serbuk lada hitam

Cara-cara.
Simple sesangat.
Panaskan periuk - masukkan butter - tumiskan bawang - masukkan fresh mushroom yang telah dihiris - bancuh mushroom soup dengan air panas (air jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit) - masukkan dalam periuk - kacau (kalau pekat tambah lagi air panas) - masukkan black pepper sauce - tabur sedikit serbuk lada hitam. Api perlahan - kacau la sesket - nak bagi kaler dia pekat sket kan.
Sbb guna mushroom soup, tak perlu letak garam, tak perlu letak gula, tak perlu kiub segala, sbb mushroom soup masin woh. Kalau nak npk gelap sket, taruk beberapa titis kicap. Jangan banyak. Nanti manis sauce tu aku tatau. Aku mmg tak suka menda2 manis nih. Kalau buleh nak je aku letak cili padi. Tapi, cam melampau lak. Haha.

Jadi, pagi ni tadi pun bawak bekal mushroom sauce ni. Cicah dgn roti. Pun lazattt..

Sila lah cuba. Tapi tokleh la buat selalu. Processed food mmg tak baik utk kesihatan. Pesanan khidmat masyarakat dari tuan kebun stoberi :)

p/s : Dapat news yang membuatkan mood turn down [Feeling annoyed]

6 January 2014

Resepi : Nasi Tomato Mudah

Ha. Tu hari aku buat nasi tomato kan. Pastu nak sharing is caring gak la resepi yg aku guna.
Seriyes, aku tak pernah nak cuba buat sbb aku rasa buat nasi tomato ni leceh.
Rupanya bila dah buat.. oke je lah. Takde la susah nau.

Aku amik resepi dari blog CikMat la.

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 30 minit
1 camca besar pes tomato (tomato puree)
2 camca besar sos tomato
2 camca besar minyak sapi
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 inci halia, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
3 1/2 cawan air
1 cawan susu rendah lemak (atau susu sejat)
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang/daun sup
Bawang goreng
Kismis
Kacang pis

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak sapi dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, halia, bawang besar, bawang putih dan daun pandan hingga harum. Masukkan pes tomato dan tomato sos, kacau rata dan masukkan beras. Gaul hingga mesra dan goreng beras tadi 1 minit.
Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Tuang air dan susu rendah lemak. Masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Tabur kismis dan kacang pis (jika guna). Dan biar nasi betul2 masak. Gemburkan dan matikan suis rice cooker tadi.
Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang/daun sup dan bawang goreng. Boleh juga anda kukus nasi tadi. Bila nasi masak dan lampu pada rice cooker, bertukar ke tanda "warm". Anda keluarkan nasi, letak dalam kukus yang dialas daun pisang (cucuk2 sedikit daun tadi untuk membuat lubang) dan kukus hingga masak.

*********
Akan, tetapi, resepi ni aku gabungkan dgn resepi dari buku 1Hari 1Resepi Chef Hanieliza
Maka, terjadi lah nasi tomato buat pertama kalinya dalam sejarah masakan haku. Huhu.
Sedikit tawar nasik tu sbb aku takut nak buh garam.

Cuma, aku tak guna minyak sapi. Selain aku tak berapa gemar, nak guna sket je pun. Beli kang, lebih tu nak buat apa lak kan. Ada butter dlm esbox. Maka ku guna guna butter je lah. Selain tu, aku alter sket ikut 1H1R tu. Guna tomato segar yg diracik2 kasar. Gitewww.
MyDH kata bau cam orang kenduri kawen. Hihi.

Utk lauk. Ikut suka hati. Nak buat dalca ka, kurma ka. Daku buat ayam madu saja. Wah. Tetiba ayam madu. Tak madu sgt la, cam ayam masak merah je sebenarnya. Itu resepi pun ikut dalam buku 1 Hari 1 Resepi.
Lps tu, kan aku masih 'pantang' nanas dan tak mahu gunakan cuka, maka ku buat la kerabu epal saja. Resepi kerabu epal cam kat sini.

7 October 2013

Mars Bar Slice : Resepi

Terpengaruh.
Haha.
Sbb before this ada aku tgk kat instagram artis mana entah. Ada org pos biskut nih. Cam sedap je rupa bentuk dia. 

Lps tu dalam last week sorang shbt instagram pos gmbr dia buat.
Lps tu tgk bahan cam senang je.
Lps tu instead of tgk resepi dia tempek, cuba gugel.

Memacam version ada.
Tp, dah nama jemari bukan jenis mem baking nih, baik carik yg simple and cepat.

Mostly mmg dari australia resepi dia.
Aku amik yg ini
Korang google je.. sure ada lah resepi nih.
Dia ala ala cam biskut batik jugak lah.

Bahan2 yg aku guna.
resepi mars bar
1) Coklat Mars Bars (dipotong kecik utk di cairkan)
2) 90 g butter (untuk dicairkan bersama Mars Bar)
3) 3 cawan Rice Bubbles
4) 200g coklat susu (boleh guna satu bar Cadbury Dairy Milk)
5) 30g butter (untuk dicairkan bersama Cadbury Dairy Milk)

Cara-cara :
resepi coklat mars bar

Potong mars bar kekecik. Masukkan dalam sauce pan bersama butter. Utk ni mmg aku tak abis kan seketul butter yg 250gm tu. Macam dalam resepi tu dia kata 90g. Lebih pun takpe. Takyah sukat sgt pun takpe. Agak2 je la kan. Tp,if nak sukat bebtul pun oke.
Panaskan dgn api paling perlahan. Tak perlu tggu dia blup blup. Aku masak guna electric cooker sbb panas dia sekata. Kalau guna dapur gas, pepandai lah adjust api paling kecik tu.

coklat mars bars

Selepas dah smooth semua, masukkan rice krispies. Dalam 3 cawan. Agak2 je la. Smpai semua bersalut. Oke dah. Sedap je rice krispies ni. Buh byk pun takpe.


resepi mars bar

Lps tu taruk la dalam tray/loyang. Aku buh dlm bekas tupperware saja. Yg di alas dengan aluminium foil. Mudah nak masuk peti ais. Tekan tekan bagi dia padat. Ketepikan kejap.

Utk topping coklat. Coklat bar cadbury tu - cairkan secara double boil bersama butter. Dalam resepi dia tulis 30g. Boleh la.. jgn byk sgt. Bagi just nice je. Utk ni aku tambah serbuk coklat juga sesudu kecik. Taknak pun takpe. Tapi oke je nak buh serbuk coklat. 

Lps dah smooth, dah sebati semua letak la atas rice krispies yg dah letak dalam loyang/tray/bekas tu tu. Biar sejuk kejap. Masuk esbox peti ais :)


Sedia utk di makan. Tp keras la pulak aku buat. Haih. Nak potong sikit punya susah. Tp, da potong.. sedap oih.. ter lagi lagi makan dia. Sama je aku ngan myDH. Tak buleh berenti. Dia tak muak sbb ada rice krispies tu. Nati aku nak terai dgn cornflakes honeystars plak lah. Tp maniss sgtt pulak nati. Hihi.

Sesapa yg hantu coklat.. cuba lah.. sedappp.....

18 July 2013

Edisi Resepi : Ikan Kukus dan Kerabu Epal

Yeszaa... abis segala buku resepi di keluarkan.
Yg bes adalah buku 1 Hari 1 Resepi tu. Ngan Langkah Demi Langkah tu.
Resepi simple and mudah disediakan.
Tapi aku banyak guna yg 1H1R tu lah.
Meh kita share resepi sihat yg simple dan mudah disediakan.
Elok sekali dibuat masa berbuka puasa ni sbb takde minyak, takde tumis.


Ikan siakap kukus. Resepi dari 1H1R

Bahan-bahan :
-Seekor ikan siakap
-2 sudu sos ikan
-3 batang serai (diketuk)
-Beberapa ulas bawang putih (sbb Gynea advise aku byk makan bawang putih, tu aku buh byk jugak).
-Sebiji bawang besar
-Beberapa biji cili padi.
-Sebijik cili merah (cili mahal. Jimat sket. Lagipun bkn makan)
-2 inci halia (diketuk) - takyah nak amik pembaris ukur 2 inci bagai plak. Agak2 je yer.
-2 pokok daun ketumbar.

Cara - cara
-Lumur badan ikan siakap yg dah dikelar2 dgn garam
-Masuk air sket. Campur sos ikan.
-Tabur je lah segala bawang, cili, halia, serai atas badan ikan.
-Letak atas api.
-Kalau dgn magic pan dalam 10 minit dah siap. Hihiw.

p/s : Oleh kerana aku cam tak berapa nak suka kukus2 ni, aku makan ikan tu ngan air asam. Sedap jugak. Hihiw. Air asam : tomato, belacan, bawang, cili padi - blend sekejap. Kalau suka tambah kicap. Tak suka tak apa. Sedap oiihh cicah ngan ikan tu. Huhu.

Tetiba bersyukur pan ni besar sbb sedang elok utk siakap tu =)

Kerabu epal. Pun resepi dari 1H1R

Bahan-bahan
-2 biji epal ijau.
-Separuh batang carrot.
-Sepokok ketumbar.
-Sebiji bawang besar.
-Sebiji cili hijau (suka pedas tambah cili padi. Aku tak buh sbb bulan puasa ni. Kang cirbir, satu hal plak dehydrate. Huhuhu)
-Lemon (nak amik air dia saja).
-Sedikit gula.

Cara-cara

Potong epal n carrot memanjang.
Buh daun ketumbar. Buh bawang
Buh air lemon.
Buh gula.
Dah settle.
Sekejap je

1 April 2013

Edisi Masak Weekend : Western Breakfast

Weekend ni  hanya masak untuk breakfast. Itu pun kalo buleh dikatakan masak sbb bukan la masak sgt pun. Huhu.
Baked bean.
Hiwhiw.

Ini pun berpunca bila myDH keluarkan statement yg aku tak penah buat breakfast ala-ala western ni. Dia salu tgk kat drama kan. Ada roti, baked bean segala ni kan. Haha. Ye tak ye kan. Bukan susah sgt. Tapi, being me. Mmg aku carik gak la resepi. Takkan nak tonggang je baked bean tu dlm mangkuk kan. Twehehewww...
Carik resepi here n there dan terus amik resepi kak Hanieliza ni. Rasa dia ada tulis dlm buku 1 hari 1 resepi tu gak. Tp aku tak pasan.

Jadi, pas balik keja Jumaat tu gi OTK jap.
Beli sosej, baked bean, roti. Bahan2 lain ada dah kat umah.


So, ari Sabtu, pagi tak pagi sgt la. Semangat buat breakfast ala ala western ini. 

Sonang bai tu je.
Sesekali makan sodap gak kan.

Cara2 masak baked bean ni :
Tumis kan bawang besar, bawang putih, cili merah. Pastu masuk sosej. Goreng hingga agak2 garing. Masuk sos tomato, pastu masuk la baked beans. Gaul2 kejap. Tutup api. Tabur daun sup/daun bawang. Settle. (aku tumis guna marjerin, bukan minyak).

Aku rasa cam sedap plak sosej jenama NutriPlus perasa Honey & Chilli Chicken Frank ni. Tak penah try lagi. 
Aku up dgn scrambled egg kononnya. Cam tak jadi ja. Haha. Kedekut. Telur sebijik ja. Mmg la cam tak jadi. Hahai. Pastu saja up jugak dgn jagung. Saja. Nak ratah. Telur tu grill sket la. Sapu ngan majerin, taruk dalam sauce pan. Oke sajork.

Ni jelah aku masak weekend tu ari.
Pastu keluar g Medan Mara. Ingat nak tempah baju. Tp kedai tu tutup plak. Sebelum tu lunch Ayam Penyet kat Maju Junction tu. Tah pehapa je tah. Kalo self service gitau lah, atau tulis kat meja ke kat mana. Ini tercongok la kita tgk dia lalu lalang. Idak la tanya ke apa ke kita ni. Bila kita nak mintak menu baru dia kata order kat kaunter. Hurm. Bagus sgt kan. Lps tu service caj ada jugak. Takat service nak antar makanan ja, tak payah la kot. Baik kita buat terus cam KFC tu, tggu je menda tu masak seme angkat sendiri ke meja. Pehapa tah.

Lps tu ingat nak keluar duit kat Maybank Sogo. Gigih la melawan arus orang yg kemain ramai. Pastu tgk beratur sket punya panjang. Mmg tak kuasa lah. Terus g Festival City. Shopping jap sana. Hahai.


Ahad - mmg tak masak sbb makan kenduri siang tu. Malam tapau CKT ja. Itu saja. Sekian citer weekend minggu ni. Mggu depan nak gi Perfect Living atau pun kalo rajin nak gi MIHAS tu gak. Yey!!

26 March 2013

Edisi Lauk Weekend

Hoi.
Cam la masak bagai2 vas vedegas sgt kan smpai nak masuk blog ni.
Haha.

Saja.
Takde menda nak citer.
Jaja la gmbr masakan weekend tu ari.
As I said dalam instagram tu - lunch kami 2 beranak.
A ah. Masa tu mmg MyDH takde. Outstation. Mujo la anak buah aku smpai KL dari Johor malam sebelumnya tu. Jadi, rekod tido sorang kt KSU masih belum dpt dipecahkan. Huhu. Walo pun fully guarded, siap ada interkom direct ke guard, aku rasa tatap la aku gerun. Dulu takpe la rumah sekangkang semut ja. Situ situ je seme. Skang ada byk bilik. Mau aku buka seme lampu kalo duk sorang gamaknya. Oke, takyah bayang dulu.

Jadi, tanya anak buah dia nak makan apa. Dia kata apa2 pun buleh. So, aku masak kari ayam. Sbb terasa2 nak makan kari ayam ngan sambal tomato. Omnomnom.
Siap google and tgk buku 1 Hari 1 Resepi utk kari ayam. Aku jarang buat kari ayam. Salu fail aje. Tapi kali ni.. walla.. menjadi uols. Cukup pekatnya. Cuma kurang garam kot. Cam tak masin ja.

Seriyes. Mmg aku tak reti masak kari ayam. Yg ni aku cuba2 jugak la. Mujo jadi. Phewww... Sonang bai ja kari ni kan. Cara masak :
Bahan2 : Ayam, kentang, cili blander, asam jawa, bawang merah, bawang putih, rempah adik beradik (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - ada jual kat kedai siap satu pek 50sen), santan (suka la nak pakai segera ke tak. Cam aku, aku pakai yg segera ja), serbuk kari daging/ayam.

Cara : 
-Tumbuk / hiris bawang putih, bawang merah. 
-Tumiskan bersama rempah adik beradik tu. 
-Bila da garing sket bawang, masuk cili blander. 
-Jangan banyak. Aku letak satu sudu kecik ja sbb aku tgk mak aku takde buh cili blander pun, saja aku alter sket ikut resepi. 
-Pastu masuk rempah kari yg telah di pes kan (bancuh ngan air).
-Lepas tu bila dah pecah minyak kasik masuk itu ayam. Gaul gaul. 
-Masuk kentang juga. 
-Perasa kan dengan garam. Cam aku tak buh garam byk sbb aku ada campak suku kiub ayam maggi. 
-Bila ayam dalam tu dah sebati ngan rempah kari, tuang santan. Ini kena pepandai tgk sbb nati terpekat, ter cair, ter timbul bijik2 santan. Buat just nice ja. 
-Tambah air. Biar menggelegak. 
-Napak kentang nak empuk, masuk air asam jawa sket. 
-Biarkan kejap. Lps tu dah siap. Mudah banget.

Aku tatau la sbb pakai induction cooker ke dia buleh jadi elok sbb kalo guna dapo gas mmg kena pandai setting api tu. Dia masa nak tggu pecah minyak tu api tak buleh kuat, da masuk santan pun api tak buleh kuat. Sbb tu dulu masa masak dapo gas salu fail aku masak kari. Tp dah namanya tak reti masak kan.. dapo gas plak disalahkan. Org dulu tu pakai dapo kayu je.. sedap gak masakannya kan... alasan je seme tu. Haha.

Lps tu sambal belacan tomato pun gugel gak. Haha.
Ni keja pemalas. Ku blender je. Smpai anak buah aku tanya. Ni air asam ke Ucu?? Haha. Belasah la nak...
Lps tu up dgn ikan sardin goreng n ikan terubuk masin. Goreng ngan bawang n cili padi. Sbb masa keluar lif, menusuk idung bau orang goreng ikan masin. Heh! Tak bley jadi ni. Kena goreng gak. Lagipun dah sebulan lebih dlm esbox tak berusik.

Bes gak memasak sebenarnya.
Malas ngan tak ja. Haha.

22 May 2012

Edisi Resepi : Spegeti/Makaroni

Spaghetti Bolognese by Pnstoberi. 
Last week ku instagram kan gmbr ni masuk kat FB. Then Yan katanya nak resepi. Uhhai. Malu kot nak letak resepi. Simple bebeno ni. Bak kata Chef Ridz tu, semudah ABC kan. Hihi.
Rasa cam penah buat la entry resepi ni, tp tatau kat mana. Ada kat note kat FB, tp dah tatau nak korek cemana bila da tukar timeline ni.. Sebenarnya resepi ni kena kredit pada my fren - Zawidatul a.k.a Kekucingkatz. Dia yg bagi kat aku 5 tahun lalu (kot). Resepi ni suppose utk makaroni, tp aku buat utk spegeti jugak.

Bahan-bahan :
-Spegeti
-Daging cincang *daging cincang Ramly tu dah tak dlm kiub. Aku punya la mencarik2 tu ari. Rupanya dia dah buh dlm packaging baru. Jadi petak plak. Cam daging burger nyer packaging. Haih la.
-Sos spegeti Kimball (aku guna yg cendawan)
-Bawang besar holland (yg kuning tu)
- Bawang putih
-Italian herb
-Capsicum
-Mixed vege.
-Cendawan butang dlm tin
- Kiub ayam (kalo suka), sedikit garam
- Planta
*sebenarnya yg aku masak ni bahan tak cukup, capsicum takde, bawang holland takde, aku ganti ngan bawang biasa je. Kureng sebenarnya, tp oke la.. boleh je mydear makan. Hikhik.

Cara-cara.
- Rebus spegeti dalam air mendidih. Rebus smpai lembut.
- Bawang besar dipotong kiub. Begitu juga bawang putih, cendawan, capsicum. - tp tak dapat kiub pun takpe lah. Ikut sker cemana pun takpe.Nak hexsagon ke bentuk love ke. Ikut kesenangan memasing.
- Panaskan kuali, masukkan dua sudu besar planta *yer, aku buat spegeti ke, makaroni ke mmg tak guna minyak. Tp kalo nasik goreng, tak bes lak rasanya guna planta ni*
- Tumis sebahagian bawang besar yg dah didadu.
- Masukkan daging cincang. Masak bebtul smpai daging masak. Mmg takes time sket.
- Masukkan sos spegeti. Kalo minat masam2 boleh buh sos tomato sket.
- Kalo nak buat spegeti berkuah ni, buh air sket. Lps tu taruk garam sket. Campak la sebahagian atau 1/3 kiub ayam. Saja, buat rasa-rasa.
- Masukkan segala bawang putih, lebihan bawang besar tadi.
- Campakkan mixed vege, capsicum dan cendawan.
- Kacau-kacau. Taburkan italian herb. Byk2 pun takpe. Lagi naik bau 'italian' dia. Hihi.
- Dah siap.
Kalo utk makaroni, tak perlu buh air, lps masuk sos spegeti, dah agak menggelegak, masuk je makaroni yg sudah direbus.

Begitu je. Mudah banget utk disediakan. Tp masak spegeti ni memacam. Ikut la kesukaan memasing kan.  Ada yg taruk susu. Kalo nak buat seafood pun boleh. Letak la udang ke sotong ke. Kalo aku, ini je la caranya yg mudah dan seme bahan2 tu aku makan. Ada yg kisar tomato la, tp aku tak sker tomato, jadi aku pakai sos je. Dan kengkadang nak pedas, aku taruk cili padi. Hihihi...

## Masih sempat join I ❤ Krabi Giveaway. Meh try.. leh dpt Fridge Magnet dari Krabi ke... :)

27 January 2012

Ketam Goreng Cili Campur Telur

ketam cili, ketam telur, ketam sambal, ketam sambal telur

Astaga. Citer ketam je aku ni kan. Haha. 
Lelama tukar nama blog ni jadi Dunia Cik Crab. 

Tah. Aku mmg peminat tegar ketam. Seafood lelain pun minat. Tp ketam mmg can't resist lah kata org tu.  Kali ni ketam yg aku masak sendiri plak. Beli kat Bagan Lalang retu lah. Ala, beli 2 eko je pun. Tp isi byk. Fresh kan. Sedap. Dap. 2 eko tu pun da dkt sekilo. 700gm.

Aku buat ketam goreng bercili. Biasa aku tak penah lagi buh telur. Kali  ni saja nak terai. Lps tu jadi cam kering plak. Tp takpe, meh share je resepi. *sebenar utk aku gak ni, nati lupa plak cena nak buat. Huhu

Ketam Goreng Bercili Campur Telur.

Bahan-bahan (utk makan 2 org) :

2 ekor ketam (dibelah dua)
Sebiji bawang besar (sederhana)
2 biji cili masak
2 ulas bawang putih
7 biji cili padi.
Sedikit kiub ikan bilis *optional. If tak sker, tak perlu pun takpe.
Kalau nak rasa masam2 sket, bleh perah limau sket.
Garam
Kalo suka bleh tambah sos tiram, sos tomato. Tp aku letak sos tiram je. Sesudu kecil.

Cara-cara :

1. Bersihkan ketam. Kerat dua.
2. Blend segala bawang, cili seme tu.
3. Tumiskan bahan blend.
4. Tambah air. Sbb nati bila da masuk telur dia jadi kering sgt.
5. Masuk ketam.
6. Gaulkan smpai rata seme. Smpai ketam masak.
7. Pecahkan telur dlm mangkuk. Pukul kejap. Curah dlm kuali.
8. Kacau2 telur tu supaya tak berketul. Tp kalo berketul pun oke je. Lagi sedap telur tu nati.
9. Biarkan kejap. Pastikan ketam masak betul.
10. Tutup api.

Settle. Mudah je kan. Ada gak resepi yg goreng ketam dulu apa. Tp aku sker lagi goreng camni. Lagi meresap seme rasa bahan blend tu.

Tp aku ada baca petua mana tah, dia kata kalo nak bagi cili padi tu pedas, bilangannya mesti ganjil. Tp tatau la kebetulan ke apa kan, sehari sebelum aku masak ketam ni, aku ada buat ikan goreng cili. Aku buh 6 bijik cili. Mmg tak pedas apa pun. Aku pikir, cili tu tak pedas lah. So, the next day, masa buat ketam cili ni aku taruk la 9 bijik. Skali, pedas meletop. My dear tak kuat pedas, sian nengoknya berpeluh2 masa ratah ketam ni. Huhu. Kasihan. Jadi, btul la kot. Nak kasik pedas, bilangan mesti ganjil. Hihi.

*gmbr dari FB. Kalo FB di block mmg tak bleh tgk. Huhu.

26 October 2011

Mi Goreng Mamak Simple


Ops. Sebelum tu. Tahukah anda bahawa ejaan Mi adalah M I sahaja dan bukan Mee. Oh. Da tau. Oke. Saja nak gitau. Hoho.

Ye.
Sila akur.
Kebanyakan resepi saya pasti ada word 'simple' blakangnya. Huhu.

Skang ni mau share resepi Mi Goreng Makmak Mamak plak.

Bahan-bahan
  • Sebungkus mi
  • Cili blander
  • Bawang kecik/bawang putih - kisar
  • Udang
  • Sawi
  • Tauge
  • Telur
  • Kicap mi
  • Sos cili, sos tiram, kicap
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • Garam
Cara-cara
  • Celur mi
  • Kisar bawang kecik (if nak pakai bawang besar pun bleh-belasah) & bawang besar (aku campak juga sedikit kiub ikan bilis) -taruk sedikit garam
  • Tumis bahan kisar
  • Bila da agak masak, masukkan cili blender
  • Masukkan kicap mi, sos cili, sos tiram  dan kalo sker taruk sket kicap manis
  • Masukkan rempah kari
  • Masukkan mi
  • Agak2 semua da rata pada mee, masukkan sawi
  • Lepas tu buat satu ruang tengah2 mi tu, pecah telur kat tgh tu.
  • Tunggu kejap bagi telur masak sket dan kacau
  • Masuk taugee
  • Kacau2 dan dah siap
  • Hiaskan dgn bawang goreng, cili masak n daun sup+daun bawang sekiranya suka
  • Nak lagi kick potong limau, nak makan nati picit je limau tu
 Itu saja. Yg buat beza  nya adalah buh serbuk kari. Tp kalo yg btul2 siap ada cucur udang bagai tu. kalo rajin leh je buat.

9 August 2011

~Pasal Nasi Lemak Ayam Goreng Rempah~

Hari minggu yg aku berkira kira nak masak ke tak tu, akhirnya aku masak gak.
Sbb nyer bila aku bilang mau buat ayam goreng rempah kat FB, anak buah ku kata sedapnya, dia nak dtg berbuka. Maka, ndak tak ndak mmg kena masak la kan. Takkan kita nak beli kat Pasar Ramadhan lak kan. Sgt tidak bernafsu, nak bagi org makan, kena beli.

Makanya seperti ku pikirkan lah menu nya. Nasik lemak ayam goreng rempah + ikan bilis goreng + ikan terubuk goreng + timun + kangkung rebus. Siap!
Oh. Aku kalo buat nasik lemak mmg sker asingkan sambal ngan ikan bilis goreng sbb aku sker makan ikan bilis yg krup krap krup krap rangupnya. Hihi.

Up lagi dgn air sirap + temikai yg di racik racik.


Oh. Aku jarang buat ayam goreng rempah. Jadi utk aku nak igt semula resepi dia, aku mau tepek resepi nyer. Utk diri sendiri je pun. Korang2 da tentu pejam mata je wat ayam rempah nih.

.Ayam goreng rempah.

Bahan-bahan
- 4 ketul ayam
- 4 biji bawang kecik, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, jintan manis, sedikit garam & gula - ditumbuk
- 2 sudu kecil serbuk kunyit (nak pakai kunyit idup pun oke juga)
- 2 sudu kecik serbuk kari daging

Cara-cara
Bersihkan ayam, perapkan dgn bahan2 tumbuk, serbuk kunyit serta serbuk kari dalam masak 1/2jam ke sejam. Nak lagi lama pun bleh. Takde hal punya. Lepas tu goreng la.

 Tp awas! Baunya semerbak hingga menyengat idung jiran tetangga. Hihi.


Juadah kami petang itu. Anak buah aku up pula dgn air soya ngan murtabak ayam & daging. Kenyang smpai sahur. Hihi.

Motip tayang gmbr makanan di tengahari buta ni? Ampunkan hamba penunggu gua... huhuhu.

6 August 2011

~Kuih Lapis Simple~


EL ari Khamis retu mcm tingin nak makan kuih lapis. Dulu masa kekecik kan sker makan kuih tu bkk sekeping, sekeping. Hihi. Suh my dear beli kat PaRam.
Tp dek krna EL, aku punya byk masa. Maka, google resepi kuih lapis. Jumpa yg simple tp napak vavavom. Bahan pun ada, trus buat. Hihi.

Resepi asal
http://www.myresipi.com/top/detail/682

Mmg simple. Tp aku da godek2 kan sket.
Maafkan saya ye tuan punya resepi.

Bahan-bahan :
  • 2 cawan tepung gandum
  •  3 cawan santan cair *aku pakai santai kotak yg 200ml tu. Yg akan dpt 1 cawan santan pekat, so cairkan dgn 2 cawan air.
  •  1 cawan gula - boleh kurangkan jika anda tak sker manis.
  •  Daun pandan.
  • Secubit garam
Cara-cara :
  • Santan (yg dah cair tu) dan gula dimasak dulu. Masuk daun pandan yg dah disimpul. Ni saja nak bagi aroma daun pandan, if takde or taknak letak pun takpe.
  •  Masukkan juga secubit garam - sekadar utk rasa lemak. Jgn  byk, nati jadi gulai lemak lak kang.
  • Dah masak, biarkan sejuk barang sejam dua.
  •  Kemudian gaulkan tepung dengan air gula beserta santan tadi.
  •  (sementara tu leh didihkan air dlm pengukus)
  •  Kacau hingga takde tepung berbijik-bijik.
  •  Tapiskan kepada dua bahagian (if nak buat 2 kaler, if nak buat 4, kaler bahagi kpd 4 la)
  •  Masukkan pewarna ke dalam adunan yg telah di bahagi2 kan tu.
  •  Masukkan satu layer ke dalam loyang/bekas - biar dalam 5 minit camtu.
  •  Mesti tunggu layer tu agak2 keras baru leh masuk layer kedua.
  •  Ulang smpai nak berapa layer pun.
  •  Sampai layer terakhir biarkan atas api lama sket.
  •  Da masak, tutup api biarkan sejuk seketika.
  •  Masuk peti ais.
  •  Nak makan baru kuarkan dan potong.
*kalo masuk dlm pengukus, tutup pengukus akan mengeluarkan air haba tu dan akan menitik pada kuih, so pepandai la balut dgn kain ke penutup atau pun selalu bukak and tekap dgn tisu.

Mudah je. Bleh dicuba untuk berbuka puasa. Tp kalo cam aku yg smpai umah kul 6, mmg tak smpt la. Wiken bleh la hadap. Huhu.

Aku tak buh dlm loyang biasa. Sbb aku loyang yg besau. Kompem tak abis punya besau2 ni. So, aku  buh dalam  loyang puding tu. Hihi. Udah susah nak potong camni gaya.

Ada lebih lagi sket adunan tu aku buh dlm bekas plastik kecik.

Mlm tu call mak, tnya patut pakai tepung apa. Mak kata tepung beras ngan tepung ubi. Ha..aku ada jumpa resepi guna tepung beras n ubi tu. Tp seme tepung tu takde kat umah aku. Yg ada tepung gandum. Pun bleh je.
My dear tak berapa sker la plak kuih ni, so lenkali tak yah  buat dah. Huhu.

10 May 2011

~Selera Selasa - Ketam~

Next menu is Ketam. Aku pun tatau ketam apakah ini.
Tp aku namakan je Ketam Goreng Pedas Pelbagai Rasa.
Haha.
Belasah.

Resepi asal adalah begini :
Bahan-bahan :
-1kg ketam (dibersihkan & digaul dgn garam)
-10 biji cili merah - kisar
-4 ulas bawang putih - kisar
-2cm halia - kisar
-3 sudu makan sos cili
-Minyak masak
-Air secukupnya

Cara-cara:
-Goreng ketam hingga kekuningan. Ketepikan.
-Panaskan 4 sudu makan minyak. Tumis bawah putih, cili, halia. Kemudian masukkan sos cili dan air. Kacau sekali sekala.
-Masukkan ketam yang digoreng, perlahankan api. Kacau hingga mendidih.

Tp aku selak buku resepi tu mukasurat sebelah dia ada resepi bes. Maka aku adunkan je.
Aku tambah -
1 kiub stok ayam- blend skali dgn bahan kisar tu gak. Lps tu ada tambah air limau kasturi (2 bijik). Dan satu 1 teh serbuk kari.

Itu sbb nya aku kata Ketam Goreng Pedas pelbagai rasa sbb ada rasa masam air limau, ada rasa kari jugak. Hihi.

Urm. Ketam ada 2 eko lagi. Nak goreng lagi. Nyum nyum nyum.

~Selera Selasa - Ayam & Ikan~

Tajuk je propa Selera Selasa. Tp mendalah ni selera di ari Ahad retu. Huhu.
Oke. Sbb saja nak gebang gak kengkonon aku je la rajin masak kan, maka aku nak tepek resepi. Tumpang lalu yer. Ngeh ngeh ngeh.

Resepi pertama saya yer puan-puan.
Ayam masak kicap manis. Boleh je diandaikan bahawa ayam yg dimasak dgn kicap manis atau ayam masak kicap yg manis sbb ada buh gula.
Sebenarnya ada memori sebalik resepi ni. Dulu masa kat Lendu, ramai tul yg sker makan ayam itam ni includes me. Zatul. Ko igt tak? yg kita bkk puasa tu, pehtu satu umah ada beli ayam itam ni, pehtu amik gmbr napak seketoi2 itam atas nasik. Haha. Aku ada simpan yaw gmbr tu. Hahahah.

Bahan-bahan :
-Harus la ada ayam. Katakan ni resepi 3 ketui ayam.
- Tepung goreng segera (could be Kentucky or apa saja lah)
-Bawang besar saiz sederhana sebijik (blend)
-Bwh putih 2 ulas (blend)
- Halia 2cm (haha. aku pun tatau betul ke tak 2cm tu. Agak2 je la yer)  (blend)
- Rempah 4 sekawan ke 3 sekawan ke. Ikut apa yg ada kat umah tu.
-Cili blander 2 sudu besar
-Sos tiram - setengah sudu
-Kicap mee - setengah sudu
-Kicap manis - setengah sudu.

Cara-cara :
- Basuh ayam. Celup ngan tepung segera tu. Goreng sehingga garing dan masak.
-Angkat dan ketepi kan dulu. Minyak menggoreng ayam tu ditinggalkan sedikit di dalam kuali utk menumis.
- Tumiskan bawang merah/putih, halia yg da diblend. Campak rempah 3 beradik tu.
- Dah naik bau best masukkan cili. Aku nak tau dia bau bes ke tak, aku tnya je mandur aku yg tgh duk tgk tv. Abg... ada bau bes tak?? hahahahah.
- kacau2 kejap. Masuk sos tiram, kicap mee n kicap manis. If suka leh je letak sos tomato. Tp aku tak letak pun.
- Kalo pekat sgt leh masuk air sket. Kat bhn2 aku mmg tak letak garam n gula sbb kicap/sos tiram tu masin dah. Dan ada manis2 kan. But rasa la. If tak berasa sgt, taruk la garam/gula/pak aji.
-Lepas tu terjun kan je ayam yg dah digoreng. Kacau2. Tutup api. Tadaaa.. da siap.

Seterusnya. Resepi kedua.
Ikan cencaru sumbat. Ya. Mmg dlm gambar ni tak napak pun seperti disumbat sbb ari Sabtu je aku rajin nak menyumbat perut ikan ni. Ari Ahad aku mandikan (sira) je dia. Huhu


Bahan-bahan :
-2 ekor ikan cencaru (sederhana besar) yg di belah belakang
-Sebijik bawang besar
-2 biji cili masak
-9 biji cili padi (aku baca petua kat mana tah, kalo nak bagi pedas, bilangan cili ni kena ganjil. Huhu)
-Sedikit garam, gula
-Air asam jawa.

Cara-cara
-Blend segala bawang besar, cili masak, cili padi, garam n gula. Dia jadi cam sambal la.
-Sumbatkan seperuh bahan yg diblend ke dalam perut ikan. Separuh lagi ketepikan dulu.
-Goreng ikan. Mmg agak mencabar sket la masa goreng sbb sambal dia akan keluar dari perut. Dan minyak ikan ni sure jadi itam.
-dah masak, angkat ikan.
-Tumis lak lebihan sambal yang da diketepikan tu (yg separuh da masuk perut ikan tu).
-Masukkan air asam jawa. 
-Kacau2 kejap. Dah masak sirakan la atas ikan tu.

Itu je la. Resepi temurun bonda ku yg mmg jadi feveret ku hingga kini. If aku balik kg sure mak masak ni. Aku sker cara mak aku buat ni je sbb aku mmg tak makan ikan cencaru masak lain. 

Haha. Itu 2 resepi aku gebangkan dulu. Tggu nati ptg resepi masak ketam plak yew. Huhu

14 February 2011

~Pasal Daging Masak Kicap Balun Saja~

Sori, kualiti gmbr kurang memuaskan.

Elok la. Da waktu lunch.
So, bley citer hidangan tengahari smlm.
Ku namakan beliau ini masak kicap balun saja.Haha.
Kenapa balun?
Tau balun tu apa? Sesetgh tpt mungkin membawa maksud pukul atau belasah.
So, ini pun belasah la. Tp bukan belasah pukul tu.
Ini belasah yg maknanya..... tah..aku pun tatau. Belasah je lah!

Aku jarang buat masak kicap walo mendalah ni senang walla je nak masak. Bkn mcm kari ko nak pi carik santan segala.
Oleh kerana jarang masak, aku pun trus google. Mana lagi kalo tak my resepi. Jumpa beberapa resepi. Ku amik 2 resepi berdasarkan bahan yg ada kat dapur.
Tp aku da mix kan dedua resepi tu menjadi satu. Hihi.
Satu resepi tu perlu gunakan pes cili, tp aku mls nak buh. Rasa mcm tak kena ngan tekak je.
Satu lagi tu biasa je. Yg taruk kicap n air tu.
Jadi aku 'balun' ikut suka aku.
Tp hasilnya.... entah la. Ikut tekak aku oke je lah.
Kalo ikut tekak my dear oke la kut sbb dia meratah je daging tu walo nasik da abis. Nak resepi?
Nah gi terai.

Bahan-bahan (aku takde sukatan oke, ko balun je sesedap rasa)
-Daging
-Bahan perapan : kicap pekat, kicap manis, sos lada itam n sos tiram (resepi tu kata serbuk lada itam, tp aku balun tukar jadi sos lada itam).
-Bahan tumis : bawang merah, bawang putih n halia
-Rempah 3 sekawan
-Bawang besar dipotong bulat
-Cili merah

Cara-cara :
-Memula hiris daging ikut suka besa mana nak. Jaga bebaik. Harus hiris ikut urat. Nati liat. Hihi
-Lepas tu basuh bersih-bersih, perap la dgn bahan perapan. Takyah lama pun takpe.
-Smbil tu tumbuk la bahan tumis tu.
-Dah siap, panaskan periuk, masuk minyak masak yg cukup utk menumis.
-Tumiskan bahan yg ditumbuk.
-Campakkan juga rempah 3 sekawan (tp aku buat 2 sekawan je, igt ada lagi kulit kayu manis, rupanya dah yilek.. tkpe, sok nati beli)
-Tumis la smpai kuning dan bau semerbak ke umah jiran. 
-Masukkan daging. Tak perlu masuk air dulu. Sbb air daging tu pun dah ada.
-Biarkan daging empuk. Tp kalo da agak2 kering, buh sket air. 
-Masukkan cili merah dan bawang utk hiasan.
-Oleh krn aku guna sos lada itam, mmg tak pedas, so aku potong cili padi sket. Campak dlm tu
-Tutup api. Sedia utk di makan. 
Oh, kalo sker buleh buh kentang juga. Hiris mcm wedges dan goreng dulu, then agak2 daging tu nak masak, baru masukkan.

So, mmg resepi balun je. Dihidang bersama ikan kering rangup yg beli kat Sabah retu n rebus kacang bendi cicah ngan sambal belacan. Dah. Settle. Itu pun dkt 2 jam aku kat dapo. Miahahahaha.

10 December 2010

~Pasal Nasi Goreng Tumbuk Tumbuk~

Tatau nak citer apa dah. Kasik up je la dinner malam tadi. Oleh krn sebuk sebuk utk pertandingan malam Jumaat (dan puas ati bila da tau pemenang), maka diner pun adalah simple simple sajork. 
Yer, mungkin kelihatan poyo yer, masak entah apa apa pun sebok nak up dlm blog. Huhu. Tak pe la..sekali sekala..bukan selalu.

So, mlm tadi makan nasik goreng tumbuk tumbuk dan paprik campur.
Pasai apa nama dia nasik goreng tumbuk tumbuk. Huhu. Ini la nasik goreng paling simple in d world aku rasa. Tp retu masa kat kg aku buat, abis anak2 sedara suma berebut. Smpai tak cukup. Tehehehe.. agaknya deme da biasa makan nasik goreng ibu n opah derang masak. Skali Ucu derang masak lain mcm lak rasa..trus la rasa nak nak. Cuba kalo aku da biasa masak utk derang sure tak bertambah pun makannya. Haha.

Ok, ini gmbr paprik lah. Setongkol serai ada. Haha. Sengaja tak buang.

Owh..aku masak paprik tgk resepi okeh. Haha. Selalu jugak buat paprik, kali ni saja nak tgk resepi sbb akak aku baru bagi segedebuk resepi yg dia potostat dari mana tah. Baru aku tau rupanya serai (ketuk) n daun limau purut tu kena tumis dulu dgn bawang suma ek. Oww....biasa aku campak skali dgn sayuran tu. Hihi. Tp dalam resepi tak letak sos tiram, tp aku letak. Juga dia tak letak capsicum, tp aku letak..sbb aku sker bau capsicum tu. 

Then ini nasik goreng tumbuk tumbuk. Kenapa tumbuk tumbuk. Sbb ko campak je bawang putih, bwg besar, ikan bilis, cili padi, belacan (or alternatifnya kiub ikan bilis) dlm lesung batu, lepas tumbuk suma. Tp jgn tumbuk hancur sgt. Seadanya lah. Lps tu tumis segala bhn tumbuk tu. Biar dia garing bebtul, kalo nak buh telur buh la sebijik, kalo taknak pun takpe. Aku tak buh pun sbb smlm da makan telur. Tk leh makan setiap ari, kolesterol tinggi. Lps tu kalo nak letak sayur apa2 pun taruk. Then masuk la nasik... rasa, kalo tak masin buh kicap, kalo masin tak perlu. Taraaa.... da siap..da mari kita menelan sesama.

Dah..abis citer. Kalo ikut mmg malas nak masak, tp sebenarnya ok je kalo nak masak. Makan camni pun da cukup utk alas perut. Lebih puas ati dari beli kan. Huhu.

27 August 2010

~Pasal Nasi Ayam Madu~

Auummm..nom nom nom. 
Hehe. My 1st attempt.
Mudah je rupanya buat nasik ayam kan.
Nati boleh la buat lagi.
Nasi ayam, nasi lemak mmg sng la nak masak. Lauk satu je tp kenyang  nya berpanjangan.
Alhamdulillah.

Nak tgk rupa nasi ayam tersebut??
Nah amik



Eh. mcm kat kedai je tu. Takkan makan pakai pinggan plastik kantin sekolah tu jer. Muahaha.

Ok lah. Tu bukan. Tu kat kedai Nasi Ayam Ownn. Kat Keramat sanun. Yg dkt petrol pump Esso, seberang jalannya adalah laluan Putra-LRT. Memang setap. Tp rega agak mahal sket yakni RM5. (ke biasa rega tu, sbb retu kat opis aku ada sorang budak mai komplen kat aku sbb rega  nasi ayam dia kena 5inggit. Dia kata kalo dia makan kat PV lagi murah. Owhh..ok.ok. Kenapa dia komplen kat aku? sbb aku incharge pasal cafe).

Ok, ni la rupa paras nasi ayam aku yg buat tadi.
nasi ayam madu che puan stoberi

Ni smlm la. Tetiba rasa nak terai buat nasi ayam. Cam biasa la harus aku mekik2 dulu kat FB. Then google. Amik resepi. Then ptg tu lelaju p JJ. Nak beli ayam segala. Trus berbuka kat JJ. Igt nak berbuka kat KFC. Skali tgk penuh. Penuh tu satu hal. Kaunter pun ada 2 je. Pehtu lembap plak. So, p kat food court je. Beli air tp  makan nasi beriani. Dpt kat opis. Kelab Sukan plak bagi. So, makan tu jelah.
Lps makan suma tu trus beli ayam, daun pandan, mentega, sup bunjut (tkde sup bunjut Adabi plak kat JJ ni, terpaksa beli Mak Siti- kureng la. Tak bau kuat cam Adabi), kiub ayam, sos tiram n sos cili thai. Bahan2 lain ada kat umah.

So, pagi td lps sahur trus buat sup ayam tu n perap ayam ngan sos tiram,kicap (aku guna kicap mee yg pekat tu) n madu. Masuk peti ais sesiap. Sbb aku tau ptg Jumaat sure jem gilak. Kang mana nak sempat nak sejukkan kuah sup la, perap ayam la.

Dan naseb baik aku buat suma tu dulu. Sbb tadi mmg cukup2 masa je siap suma trus azan. Alhamdulillah.

Balik umah trus basuh beras, masukkan kuah sup ayam, campur ngan mentega sket, buh serbuk kunyit sket utk kesan kuning, campak jugak kulit kayu manis, ketuk halia n koyak2 kan daun pandan. Then masak cam biasa. Bau dia..mangaii..bikin perut bergelodak. Sedap tul  bau dia.

Sementara tu aku goreng ayam yang da perap tu. Goreng kejap je sbb ayam kan da masak masa buat sup tu. 

Lps tu buat sambal cili - aku tumbuk cili padi, bawang putih, halia (byk tul guna halia, tp angin tak kuar gak), buh garam sket. Then aku campur ngan sos cili thai. Taruk air masak sket. Mmg mantopppp...sbb sos cili thai tu dia tak berapa pedas. So, bila buh cili padi baru lah perghhh...besstt..

Lps tu potong la sayur2 dia. Smlm gi JJ tgk salad adalah beso kalo nak beli. Tk pyh. Kang buat busuk dlm peti ais je. Bkn makan sgt pun. So, pikir kat umah ada kobis, so kasik hiris kobis je. Sedap juga.

Tomato pun takdak sbb kiterang tak sker tomato. So, ganti dgn carrot. Bes. Aku mmg sker ratah carrot. Lps tu timun.

Hasilnya ini.

ayam terlampau itam plak dlm gambar.
Upss..sup tak masuk gmbr. Tgh dipanaskan masa tu. Utk sup - tumis bwg putih n halia yg ditumbuk (see..halia lagik). Aku tak buh bwg merah pun sbb ikut resepi aku takde pun bwg merah. Tp ada gak resepi yg tumbuk skali bwg merah. Ok je. Aku pun kalo masak sup mmg tumis skali bwg merah. Dah tumis suma masuk la air. Gelegak sket masuk ayam. Lps tu campak kiub ayam. Nak buh bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis suma tu pun buleh.

Lps da masak sup buleh la angkat ayam utk diperapkan.


So, jadi la nasik ayam. Kira 80% jadi la. Cuma kuah kicap ada kureng sket. Dlm resepi dia kata mayang bawang putih, tumis kejap then masuk kicap dan sedikit kuah sup tu. Tp tak menjadi. Kena perbaiki neh.
Yg lelain adalah bes...my dear pun kata ok (ok je..tak sedap ke???).

Yey! misi berjaya.

19 July 2010

~Pasal Begedil~

Bukan berdegil tau.
Tp begedil. Ada org kata Pegedil.
Wat eva it's name it's still menda utk dimakan.
Esp makan dgn soto.

Aku sker jugak makan mendalah ni.
Tp tak penah nak cuba buat. Rasa mcm susah je.
So, smlm da tingin nak buat soto harus la kena ada begedil.
Kan begedil dan soto tu ibarat irama dan lagu, bagai aur dan tebing dan bagai isi dan kuku.
Tiada satu pasangannya itu maka akan pincanglah rasa.
Okeh. Apa yg aku repekkan ini.
Biasa la...puasaaaaa........ (lantakk..mmg buruk perangai yg baru hegeh2 nak puasa. Eh. aku ganti awal per..tp sehari je. Selebihnya..ha..skang ni la. Pedihnya prut wesss)
So, kasik gugel resepi.
Cam biasa..resepi paling aku caya kat dunia internet adalah resepi dari my resepi. Sure menjadi lah. Dah la simple2. So, aku salinkan utk korang. In case kalo tingin la. Aku amik dari sini - my resepi nyer resepi yg besss

Bedegil.. eh.. Begedil daging Cincang

Bahan-bahan ( utk 3 orang makan )

* 2 bj kentang
* segenggam daging cincang ramly
* daun sup dicincang halus
* 5 sudu besar bawang goreng
* satu sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil lada sulah
* 1 biji telur (di pukul)

Cara-cara

1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
5. gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
6. akhir sekali, celupkan dalam telur dan goreng.

Korang follow je la cara dia ni. Insyaallah menjadi. Tp aku terbubuh garam terbanyak plak. Harus masin. Tp ok je sbb makan dgn kuah soto. Jd sedap lah. Umm..nati harus aku buat lagi.

Eh. aku tak buat kuah soto sendiri sbb aku pakai kuah soto segera. Aku dpt 2 botol masa gi MIHAS retu. That y la aku rajin tetiba nak buat soto ni. Kalo tak..mmg tak la. Dan aku rasa, aku takkan buat lagi. Remeh oih. Memula kena rebus ayam tu. Pehtu amik ayam tu carik2 isi dia. Pehtu goreng kacang plak. Goreng suun plak. Buat sambal kicap. Celur mihun. Celur taugeh. Rebus nasi impit. Haihhh..my dear asik la kata 'eh. mcm open house' 'eh. mcm hari raya'. Mmg la pun. Abis suma piuk, mangkuk, tapis kena kuar. Tidak...tidak...tak kuasa.

Mudah dot com lagi kalo aku buat laksa. Mmg la napak renyah nak kena asing tulang bagai. Tp itu je la keja remeh nya. Since da start wat kuah tu ko dah leh duduk atas sofa tgk tibi. Potong timun2, bwg tu smbil2 celur laksa pun leh buat. Pendek kata sap sap sui la kalo wat laksa. Kalo buat soto mmg aku surrender dah. Lantak la kuah segera ke apa. Lagipun makan 2 org. Rasa tak baloi amat. Lebih baik aku laju2 pi beli.

Sapa nak buat kuah sendiri, sila amik resepi kat --- soto dari my resepi. Aku tak terai lagi. Tp aku rasa mcm ok je tu. Kalo korang da terai nati report kat blog memasing eh. Haha.

Nak tgk gmbr begedil aku yg masin tu. Utk resepi yg kat atas tu aku dpt lebey kuang 8 bijik dgn saiz aku buat ni. Tp ni da kurang sbb da kena telan. Da masak je trus aku ngan my dear makan panas2. Hehe. Xcited lebih aku ni kalo menda2 1st time aku cuba dan masak.

Gmbr soto ada. Tp blur. Tkyah la upload. Buat 'annoying' kat mata org je. Haha.

Dan diakhiri dgn gmbr durian.


Haha. Takde kaitan. Ini masa outstation Perak retu. Pengarah cawangan tu blanja. Tp aku adalah tidak makan. Eh. Makan la satu ulas. Nati org kata sombong. Tah..aku tak suka la durian isi tebal2 nih. Dan aku sker durian pokok kebun aku je. Eh. ada kebun durian? Hahahaha..pikir sendiri lah. sapa tau tu tau la. Mmg bukan dusun sbb dusun tu mcm gah sgt bunyi nya. Tp kebun tu setakat 2,3 pokok dan boleh la makan time musim tu kan. Isi nye tak la tebal sgt tp lemak manis.. umm..biasa la durian kg. Pokok lama plak tu. Tinggi melangit pokoknya.

Ok dah. Pedih prutt..pedih...solat la dulu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign