Pages

17 August 2011

~Artikel Ramadhan 17 : Surah Dalam Al-Quran~

Sempena Nuzul Al-Quran hari ini, mari kita sharing is caring sesuatu.

Dalam Quran ada 114 surah. Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:                    

o        Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

o        Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

o        Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

o        An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta keranaumurnya yang panjang.

o        Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

o        Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

o        Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

o        Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

o        At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

o        Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.

o        Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

o        Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

o        Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

o        Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

o        An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

o        Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

o        Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

o        Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.

o        Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

o        Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

o        Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

o        Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.

o        An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

o        An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

o        As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

o        An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

o        Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.

o        Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

o        Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.

o        Luqman: Diberikan hikmah.

o        As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.

o        Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

o       Saba ': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

o        Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

o        Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

o        As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

o        Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.

o        Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

o      Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

o        Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

o        Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.

o        Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.

o        Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.

o        Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

o        Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

o        Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

o        Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.

o        Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.

o        Qaf: Dimurahkan rezekinya.

o        Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.

o        Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

o        An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

o        Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

o        Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

o        Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.

o        Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.

o        Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

o        Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

o        Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

o        As-Saff: Ingin mati syahid.

o        Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

o        Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.

o        At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.

o        At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

o        Al-Mulk: Besar kerajaannya.

o        Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

o        Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.

o        Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.

o        Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

o        Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.

o        Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

o        Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

o        Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

o        Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

o        Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.

o        'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

o        An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

o        'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.

o        Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

o        Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

o        Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

o        Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.

o        Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

o        At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

o        Al-A'la: Mudah segala urusannya.

o        Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.

o        Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.

o        Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

o        As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

o        Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

o        Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

o        Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

o        Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.

o        Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.

o        Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

o        Al-'Adiyat: Mendapat kuda.

o        Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.

o        At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

o        Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

o        Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

o        Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

o        Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

o        Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

o        Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.

o        Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

o        An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

o        Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.

o        Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

o        Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

o        Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.  

kredit : http://www.al-azim.com/~lendu/bahan_bacaan/takwil_surah.htm

Moga kita dapat membaca Al-Quran beserta memahami maksudnya.

“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.” (Fathir: 29 – 30)

P/S: Terjumpa 1 laman web yg amat baik - ayat al-Quran beserta maknanya mengikut juz dan surah. 
http://www.surah.my/juz

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign